P. 1
PCK 3-sce3103

PCK 3-sce3103

|Views: 375|Likes:

More info:

Published by: Nuraishah Kamaruddin on May 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/09/2014

pdf

text

original

PCK 3 TAJUK 6: ALKOHOL, ETER DAN AMINA AKTIVITI: Mengenalpasti produk-produk pengguna seperti produk makanan, minuman

, agen pembersih rumah, peralatan mandi, kosmetik dan sebagainya yang mengandungi alcohol, eter dan amina. Kami perlu mengumpul dan membawa label produk yang mengandungi samaada alcohol, eter atau amina dan membincangnya di dalam kelas. JAWAPAN AKTIVITI: 1. ALKOHOL DAN KEGUNAANNYA      Alkohol adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Dari segi kimia, alkohol ialah sebatian organik yang mengandungi satu atau lebih kumpulan hidroksil(-OH), sebagai kumpulan berfungsi. Alkohol sering dikaitkan dengan minuman keras seperti wain, wiski, bir dan brandi. Bagaimanapun alkohol mempunyai pelbagai kegunaan lain. Empat kegunaan utama alkohol ialah: (a) sebagai bahan api - Metanol dan etanol boleh digunakan sebagai bahan api

(b) sebagai pelarut - Etanol digunakan sebagai pelarut untuk minyak wangi, pengekstrakan pati minyak wangi, pengekstrakan ubat daripada tumbuhan dan haiwan, menghilangkan kekotoran seperti dakwat dan darah, melarutkan syelek dan digunakan sebagai varnish untuk mengilatkan kayu.

(c) dalam bidang perubatan - Etanol digunakan sebagai ubat kumur, bahan antiseptic, mengawet specimen. Isopropanol pula digunakan untuk mensterilkan kulit sebelum

suntikan dan luka-luka kecil. Mentol, sejenis alkohol daripada tumbuhan digunakan sebagai ramuan ubat batuk dan ubat gigi.

(d) dalam industri kosmetik - alkohol menjadi satu komponen utama dalam pembuatan bahan kosmetik seperti minyak wangi, varnish kuku, losen dan sabun wangi. - Krim pembersih dan krim pelembap juga mengandungi alkohol. 2. ETER DAN KEGUNAANNYA  Eter adalah sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi yang terdiri daripada „disubstituted oxygen‟ atau atom oksigen terikat kepada 2 atom karbon (jika bersebelahan dengan keton, kumpulan berfungsi akan disebut ester).  Eter sering digunakan sebagai pelarut organik bagi industri ataupun tindak balas kimia. Petroleum eter (naptha) sering digunakan bidang industry manakala dietil eter biasa digunakan di dalam makmal.  Eter juga digunakan dalam bidang perubatan. Ia digunakan sebagai „anesthetic/analgesic‟ untuk pembedahan. Penggunaannya menggantikan klorofom yang sangat toksik.  Dalam bidang automotif, eter disembur ke dalam „air intake‟ untuk menghidupkan enjin yang sukar dihidupkan. Ia juga ditambah ke dalam bahan api di dalam kereta lumba untuk kuasa tambahan. 3. AMINA DAN KEGUNAANNYA   Amina adalah sebatian organik yang mengandungi unsur nitrogen. Nitrogen boleh membentuk ikatan kovalen dengan tiga atom lain. Apabila kesemua tiga atom tersebut terdiri daripada unsur hidrogen, ia dipanggil ammonia (NH3). Apabila salah satu atau lebih unsur hidrogen diganti oleh kumpulan organik (mengandungi karbon), ia dipanggil amina.  Amina banyak digunakan dalam bidang perubatan. Chlorpheniramine digunakan sebagai “antihistamine” untuk alahan, „rhinitis‟, kegatalan dan gigitan serangga. Chlorpromazine bagi melegakan keresahan dan kebimbangan. Amitriptyline sebagai anti kemurungan (antidepressants).

Amina juga digunakan untuk membuat „azo-dyes‟ yang banyak digunakan dalam industry pencelupan sebagai pewarna contohnya methyi orange dan sunset yellow.

Amina juga salah satu kompaun yang digunakan untuk membuat nylon.

4. ANTARA PRODUK-PRODUK PENGGUNA YANG MENGANDUNGI ALKOHOL, ETER DAN AMINA NAMA PRODUK 1. „Hand sanitizer‟ („antimicrobial hand gel‟) 2. Ubat batuk 3. Minyak wangi 4. Krim antiseptic 5. Krim rawatan rambut 6. Deodoran udara 7. Pewangi (cologne) 8. „Permanent marker‟ 9.Ubat alahan („antihistamine‟) 10. Gel perapi rambut 11. Pencelup fabrik 12. „Roll-on deodorant‟ 13. Penyembur racun serangga 14. Buih mandian 15. Ubat pelega sesak hidung („decongestants‟) Polyethylene glycol Amitriptyline Eter Amina Triethanol-amine Azo dyes Stearyl ether Dimethyl ether Amina Amina Eter Eter Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Chlorpheniramine Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Amina NAMA BAHAN KIMIA Etil alkohol JENIS BAHAN KIMIA Alkohol

Rajah 1 : Antara produk yang mengandungi alkohol

Rajah 2 : Antara produk yang mengandungi amina

Rajah 3 : Antara produk yang mengandungi eter

SOALAN : 1. Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti ini? Daripada pengalaman menjalankan aktiviti ini, saya mempelajari bahawa banyak produk-produk pengguna yang mengandungi alkohol, eter dan amina. Apabila kami meneliti label setiap produk secara tidak langsung kami mempelajari kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam produk tersebut. Alkohol dan eter adalah pelarut organik yang baik dan digunakan secara meluas di dalam industri dan makmal. Manakala amina pula banyak digunakan dalam bidang perubatan dan farmasi.

2. Bahagian manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan topik ini? Sains Tahun 3 Theme : Learning about Materials Around Us Learning Area : 6.0 Mixing Substances Learning Objective : 6.1 That Different Substances Have Different Properties. Learning Outcomes : 6.1.2 Descibe the Results of Mixing Different Substances with Water, 6.1.3 Describe the Results of Mixing Different Substances with Vinegar.

3. Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran? Di dalam topik Tahun 3 yang berkaitan adalah, murid mencampurkan beberapa bahan pepejal seperti tepung gandum, tepung ubi, garam, susu dan gula bersama dengan air dan cuka. Murid mengenalpasti bahan yang boleh terlarutcampur dan tidak terlarutcampur didalam air dan cuka. Daripada pengetahuan kami dalam topik ini, guru boleh menjalankan suatu aktiviti pengayaan, iaitu murid boleh juga mencampurkan bahan-bahan pepejal tersebut dengan alkohol (etanol) bagi menggantikan air dan cuka. Murid mengenalpasti bahan yang boleh terlarut campur dengan alkohol. Selain itu guru juga boleh menggalakkan murid menjalankan aktiviti mencampurkan bahan cecair dengan

cecair yang lain. Contohnya air dan alkohol, air dan cuka dan cuka dan alkohol. Guru boleh memberi penjelasan bagaimana dua larutan boleh terlarutcampur atau tidak terlarutcampur iaitu dengan memerhatikan sama ada terbentuk lapisan ataupun tidak. Dengan menjalankan aktiviti seperti ini, ia menarik minat pelajar untuk meneroka sifat-sifat bahan. Walaupun aktiviti ini dijalankan bersama murid tahun 3, ia boleh dilakukan dengan bimbingan guru. Dengan mendapat pengetahuan secara hands-on ini, ia boleh memberi ingatan jangka panjang kepada murid dimasa akan datang.

4. Apakah peranan guru di dalam aktiviti ini? Peranan guru di dalam aktiviti ini antaranya ialah:      Berperanan sebagai fasilitator dan menjalankan aktiviti terbimbing bersama murid. Bertindak sebagai perancang sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti agar murid mendapat pengetahuan baru. Merangsang dan menggalakkan murid mencuba melakukan perkara yang baru. Membimbing murid menjalankan kemahiran manipulatif disamping menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti. Menggalakkan murid membuat perbincangan di dalam kumpulan kecil, tentang keputusan aktiviti dan membuat kesimpulan.

RUJUKAN: Ooi Theng Theng, Yoong Yook Yam, C.Y.Looi. (1997). Sukses Lengkap Terkini SPM Kimia. Petaling Jaya. Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Amine-Wikipedia, the free encyclopedia. http://www.en.wikipedia.org/wiki/Amine Ether-Wikipedia, the free encyclopedia. http://www.en.wikipedia.org/wiki/Ether What Are the Amines and There Uses. http://www.blurtit.com/q399691.html What is ether. http://www.wiki.answer.com>…>Science>Chemistry

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->