You are on page 1of 56

TEMA 7 : SUMBER

BAB 6

( PMR )

~ DHEA CT ~

SUMBER-SUMBER UTAMA

SUMBER-SUMBER UTAMA

Sumber Semulajadi

Sumber Manusia
~Kualiti dan kuantiti penduduk ~Tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir.

Sumber Budaya
~Sumber modal ~ Contoh : wang, jurutera, kenderaan dan alat perhubungan.

Jenis-Jenis Sumber Utama Negara

Sumber boleh diperbaharui


~ Sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan habis. ~Contoh : air, udara, tanah

Sumber tidak boleh diperbaharui


~Sumber yang akan kehabisan jika digunakan secara berterusan. ~Contoh : arang batu, petroleum, kuprum

Sumber mineral Sumber hutan

Sumber air

Sumber tanih

Sumber tenaga suria

6.1

OBJEKTIF

Di akhir sesi pembelajaran anda akan dapat Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria. Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

6.2

SUMBER

Sumber semulajadi

Sumber yang boleh diperbaharui Sumber yang tidak boleh diperbaharui Tenaga pekerja manusia

Sumber

Sumber Manusia

Sumber Budaya

Sumber modal

Sumber ialah bahan atau sesuatu yang digunakan untuk keperluan manusia. Sumber boleh dikategorikan sebagai a) Sumber semulajadi. b) Sumber manusia. c) Sumber budaya. Sumber semulajadi ialah sumber yang diperolehi daripada alam sekitar. Contohnya ialah air, tanih, udara, mineral, tenaga suria, hutan dan haiwan. Sumber manusia merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan penduduk manakala kualiti penduduk pula merujuk kepada penduduk yang berpelajaran, berkemahiran dan dapat menggunakan sumber dengan bijaksana. Sumber manusia juga dibahagikan kepada sumber tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir. Sumber budaya pula ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan kegunaan penduduk. Sumber budaya juga adalah hasil ciptaan manusia itu sendiri bagi meninggkatkan lagi kualiti kehidupan mereka. Contoh ialah wang, kenderaan, teknologi dan sebagainya.

6.3

JENIS-JENIS SUMBER SEMULAJADI Sumber yang boleh diperbaharui Sumber yang tidak boleh diperbaharui
Hutan Tanih Petroleum Gas asli Pasir dan kaolin Batu granit

Suria Air

Sumber Semulajadi

Sumber semulajadi boleh dibahagikan kepada dua iaitu a) Sumber boleh diperbaharui. b) Sumber tidak boleh diperbaharui. Sumber boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. Contoh ialah udara, air, tanih dan tenaga suria. Sumber tidak boleh diperbaharui pula ialah sumber yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan dan tidak berhemah. Contohnya ialah petroleum, arang batu, bijih timah, bijih besi, kuprum dan gas asli.

6.4

JENIS-JENIS SUMBER UTAMA

Sumber mineral

Sumber hutan Jenis-jenis sumber utama


Sumber air Sumber tanih Sumber tenaga suria

6.4.1

Sumber mineral Mineral ialah bahan galian yang dikeluarkan daripada kerak bumi dan telah wujud selama berjuta tahun yang lampau. Sumber mineral merupakan sumber semulajadi dan tidak boleh diperbaharui. Apabila simpanan sumber mineral kehabisan maka manusia terpaksa mencari alternatif lain bagi menggantikan peranan sumber mineral tersebut. Sumber mineral terdiri daripada dua iaitu a) Sumber mineral logam b) Sumber mineral bukan logam Mineral logam terdiri daripada mineral yang boleh dileburkan dan diguna semula (kitar semula). Contoh mineral logam ialah bijih timah, bijih besi dan kuprum. Mineral bukan logam terdiri daripada mineral yang tidak boleh dikitar semula seperti petroleum, arang batu, gas asli dan batu permata.

Jenis Mineral Petroleum dan gas asli

Kegunaan Bahan bakar dan bahan mentah untuk industri petrokimia. Bahan bakar. Menyadur tin, piuter dan pateri. Pembinaan Membuat alatan kenderaan dan tin minuman. Bahan perhiasan. Barangan elektrik dan wayar elektrik. Bahan untuk binaan dan membuat kaca.

Arang batu Bijih timah Bijih besi Bauksit (aluminium) Batu permata Kuprum (tembaga) Pasir

Batu granit Batu kapur Kaolin (tanah liat) Emas

Membuat jalan raya dan bangunan. Membuat simen. Membuat batu-bata, pasu dan tembikar. Perhiasan.

6.4.2

Sumber hutan
Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Hutan menjadi habitat pelbagai hidupan seperti flora dan fauna. Hutan membekalkan sumber kayu keras dan kayu lembut kepada negara yang mempunyai pelbagai kegunaan. Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara kita. Hutan hujan tropikal membekalkan kayu keras seperti meranti, cengal, balau,keruing dan kapur.

Sumber hutan

Tumbuhtumbuhan

Haiwan

Kayu bakau diperoses menjadi arang dan cerucuk rumah.

Kayu keras digunakan untuk pembinaan.Haiwan Mamalia Rertilia Unggas

Pokok ru digunakan untuk membuat perahu.

Rotan digunakan untuk membuat perabot.

6.4.3

Sumber air Air ialah sumber yang boleh diperbaharui. Negara kita mempunyai sumber air yang banyak kerana menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu 2000 mm. Sumber air di negara kita ialah sungai, tasik dan paya air tawar. Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, mengairi kawasan pertanian dan digunakan untuk menjana hidroelektrik. Contoh :

a) Sungai Perak : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh). b) Sungai Terengganu : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Tasik Kenyir). Terdapat tasik semulajadi dan tasik buatan yang digunakan untuk membekalkan air domestik kepada penduduk setempat.

Sumber Air

Paya

Sungai

Tasik

Paya merupakan sumber air tawar.

Sungai penting untuk kegunaan harian dan domestik.

Sungai diempang menjadi tasik untuk menjana tenaga hidroelektrik.

6.4.4

Sumber tanih Tanih merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Tanih terbentuk daripada proses luluhawa. Luluhawa ialah proses penguraian batuan (proses geomorfologi) Tanih terdiri daripada bahan organan dan bahan bukan organan. Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. Bahan organan mereput dan mengurai menjadi humus yang sesuai untuk sector pertanian. Bahan bukan organan ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa.

Jenis tanih
Aluvium Laterit Beris Gambut Pasir Liat Kaolin

Kegunaan
Penanaman sawah padi. Penanaman getah dan kelapa sawit. Penanaman tembakau. Penanaman nanas. Penanaman kelapa. Pembuatan batu-batan. Pembuatan tembikar

6.4.5

Sumber tenaga suria Tenaga suria atau tenaga solar dihasilkan daripada cahaya matahari dan merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Negara kita berpotensi menghasilkan tenaga suria kerana mendapat pancaran matahari selama 6 jam setiap hari. Di negara kita, tenaga suria banyak digunakan di Teluk Apan (Pulau Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang) dan Gua Mulu (Sarawak). Antara kegunaan tenaga suria ialah a) Membekalkan cahaya dan haba kepada isi alam. b) Tenaga untuk meter meletak kenderaan. c) Tenaga untuk mesin pengira d) Inovasi penggunaan tenaga suria yang lain.

6.5

INFO TAMBAHAN
BIL 1 KONSEP/ ISTILAH Bahan organan HURAIAN Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. Bahan bukan organ ialah ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa. Proses luluhawa ialah proses penguraian batuan. Sumber ialah sebarang punca atau bahan yang boleh digunakan dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan manusia. Sumber semulajadi ialah bahan yang diperoleh daripada alam sekitar. Sumber manusia ialah sumber yang merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. Sumber budaya ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk. Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan.

Bahan bukan organan

3 4

Proses luluhawa Sumber

Sumber semulajadi

Sumber manusia

Sumber budaya

Sumber yang boleh diperbaharui

Sumber yang tidak boleh diperbaharui

BIL 1 2

FAKTA Mineral logam Mineral bukan logam

HURAIAN Mineral yang boleh dileburkan dan dikitar semula. Mineral yang tidak boleh dikitar semula, akan susut jika digunakan secara berterusan, kebanyakkan mineral digunakan dalam sumber tenaga fosil. Bahan api fosil yang terbentuk berjuta tahun dulu, terbentuk serentak, terbentuk daripada tekanan dan haba yang tinggi bawah tanah, bahagian atas petroleum terbentuk gas asli.

Petroleum dan gas asli

BIL 1 Sumber

KLASIFIKASI

HURAIAN Sumber semulajadi Sumber manusia Sumber budaya Sumber yang boleh diperbaharui Sumber yang tidak boleh diperbaharui Mineral logam Mineral bukan logam

Sumber semulajadi

Mineral

BIL 1

KRITERIA Hutan hijau tropikal

HURAIAN -Tumbuh di kawasan iklim Kahatulistiwa -Tumbuh secara malah hijau. -Mempunyai banyak tumbuhan keras dan haiwan (ekosistem semulajadi)

BAB 7 TABURAN PELBAGAI SUMBER

TABURAN PELBAGAI SUMBER

Sumber Mineral
Petroleum dan Gas asli *Perairan Terengganu *Perairan Sabah *Perairan Sarawak

Sumber Hutan
Hutan Hujan Tropika Hutan Pantai Hutan Paya Air Tawar Hutan Paya Air Masin
*

Sumber Tenaga

Sumber Tenaga di Negara Lain


Tenaga Suria di Jepun Tenaga Ombak di Perancis Tenaga Pasang Surut di China Tenaga Angin di Belanda Tenaga Biomas di India Tenaga Geoterma di Iceland

Kuasa Hidroelektrik Petroleum dan Gas Asli Suria

Kaolin (tanah liat) *Bidor, Perak *Tapah, Perak

Bauksit *Teluk Ramunia, Johor Emas *Penjom, Pahang *Rusila, Terengganu


Batu Kapur *Batu Caves *Pulau Langkawi

Arang Batu

Hutan Gunung *Pendalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak

Nuklear

Bijih Timah *Perak *Selangor

Biomas

Arang Batu *Kapit, Sarawak *Silantek, Sarawak

Tembaga
*Mamut, Sabah

7.1

OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan bukan logam. Menamakan jenis dan kawasan mineral di negara Malaysia. Menandakan dan menamakan taburan mineral di atas negara Malaysia. Menyenaraikan sumber hutan di Malaysia. Menamakan jenis dan kawasan hutan di Malaysia. Menandakan dan menamakan taburan hutan di atas peta negara Malaysia. Menyenaraikan sumber tenaga dan taburan di Malaysia. Menamakan sumber tenaga dan taburannya di Malaysia. Menanda dan menamakan taburan sumber tenaga di Malaysia. Menghuraikan penggunaan sumber tenaga di Malaysia. Membuat kesimpulan tentang penggunaan sumber tenaga negara Malaysia pada masa depan seperti kemajuaan teknologi dan kitar semula. Menyenaraikan jenis-jenis sumber tenaga negara lain. Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara lain.

7.2

SUMBER MINERAL

Sumber Mineral
Logam Emas Bukan Logam Petroleum

Bijih Timah
Tembaga Bauksit Bijih Besi

Gas Asli
Arang Batu

Sumber mineral diperolehi dengan cara melombong daripada tanah. Sumber mineral boleh dibahagiak kepada mineral logam dan bukan logam. Jenis logam yang dilombong di negara kita ialah bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit dan emas. Jenis bukan logam yang dilombong di negara kita ialah petroleum, gas asli dan arang batu. Mineral utama yang dilombong di negara kita ialah petroleum.

7.2.1

Perlombongan petroleum Petroleum ialah bahan api api fosil utama negara. Kawasan perlombongan petroleum ialah di luar pantai Terengganu, luar pantai Sarawak dan luar pantai Sabah. Semua telaga petroleum di negara kita terletak diluar pantai. Pelantar minyak didirikan di perairan untuk melombong petroleum. PETRONAS dengan kerjasama syarikat luar negara seperti Shell dan Caltex melombong dan menguruskan petroleum negara. Petroleum di negara kita adalah bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah. Oleh sebab itu, petroleum negara kita di eksport ke negara Arab Saudi, Kuwait dan Iran dengan harga yang tinggi. Pusat penapis petroleum negara kita terletak di Miri, Lutong dan Kerteh. Kaedah penyulingan berperingkat digunakan untuk mendapatkan gas, petrol, kerosin (minyak pesawat), diesel, minyak pelincir dan bitumen (tar). Kegunaan petroleum ialah a) Bahan api untuk kenderaan. b) Bahan api untuk stesen menjana kuasa elektrik terma. c) Digunakan untuk industri petrokimia. d) Menghasilkan minyak pelincir untuk jentera dan tar menurap jalan.

7.2.2

Gas asli Gas asli merupakan mineral jenis bukan logam yang penting di negara kita. Gas asli dilombong di luar pantai Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak. Gas asli yang dilombong disalurkan melalui salur paip ke pencairan gas asli. Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli di eksport ke Jepun melalui pelabuhan Bintulu. Kegunaan gas asli ialah a) Bahan api untuk memasak. b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu. c) Bahan api untuk kenderaan. d) Digunakan untuk industri petrokimia. e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.

7.2.3

Bijih timah Bijih timah merupakan mineral yang tidak berkarat. Perlombongan bijih timah di negara kita memainkan peranan penting dalam era 60-an dulu. Jumlah pengeluaran bijih timah negara telah merosot kerana kekurangan sumber, harga yang tidak stabil, kos pengeluaran yang meningkat, persaingan daripada bahan ganti seperti plastik, aluminium dan kaca serta persaiangan daripada negara pengeluar bijih timah yang lain. Terdapat beberapa bandar yang berkembang ekoran daripada perlombangan bijih timah ini iaitu Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Kawasan pengeluaran bijih timah negara ialah a) Lembah Kinta, Perak b) Lembah Klang dan Kuala Langat, Selangor c) Jemaluang, Johor d) Sungai Lembing, Pahang (telah ditutup). Bijih timah dilombong dengan pelbagai kaedah iaitu dengan menggunakan kapal korek, pam kelikir, lombong syif, lombong dedah dan mendulang. Kegunaan bijih timah ialah a) Menyadur tin. b) Membuat puiter (bijih timah dicampur dengan plumbum). c) Pateri. d) Membuat gangsa (bijih timah dicampur dengan kuprum).

7.2.4

Mineral Lain

Jenis Mineral

Taburan

Kegunaan

Bauksit

Teluk

Ramunia

dan

Seri

Medan

(Johor), Membuat aluminium

Semantan (Sarawak) Bijih besi Kota Tinggi dan Batu Pahat (Johor), Bukit Besi Bahan binaan bangunan, jambatan, landasan (Terengganu), Temangan (Kelantan), Tambun kereta api dan kenderaan. (Perak) dan Yan (Kedah).

Tembaga (kuprum)

Mamut, Sabah.

Barangan elektrik, wayar dan pancalogam seperti gangsa.

Arang batu

Silimpopon Balingian

(Sabah), dan Silantek

Merit-Pila, (Sarawak),

Mukah, Bahan api untuk melebur bijih besi dan menjana Enggor elektrik di Klang.

(Perak) dan Batu Arang (Selangor).

Emas

Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu), Kuala Lipis Barang perhiasan. dan Raub (Pahang), Mersing (Johor), Lahad datu dan Semporna (Sabah).

Batu kapur

Tasek (Perak), Jelai (Negeri Sembilan), sekitar Membuat simen. Batu Caves (Selangor).

Fosfat

Gua Niah (Sarawak)

Fosfat

dari tahi kelawar digunakan untuk

membuat baja.

Kaolin (tanah liat)

Bidor dan Tapah (Perak), Air Hitam (Johor).

Batu-bata, barangan tembikar.

Batu mamar

Pulau Langkawi dan Baling (Kedah)

Bahan binaan dan jubin.

7.3

Sumber Hutan

Sumber Hutan

Hutan Hutan Hutan Hujan Paya Air Paya Air Tropika Masin Tawar

Hutan Pantai

Hutan Gunung

7.3.1

Hutan hujan tropika Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara. Tumbuh subur di kawasan tanih aluvium dan tanih laterit. Tumbuh dikawasan kurang daripada 1000 m tinggi. Terdapat pokok kayu keras seperti cengal, balau, keruing, meranti dan kapur. Terdapat rotan dan buluh untuk di buat perabot. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah gajah, harimau, seladang, tapir,kera dan orang hutan. Terdapat empat lapisan iaitu lapisan emergen (renjung), lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan). Pokok-pokok tumbuh rapat dan malar hijau.

Hutan ini terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Crocker, Banjaran Iran dan Taman Negara.

7.3.2

Hutan paya air masin Hutan paya air masin tumbuh di kawasan lumpur di pinggir pantai. Antara kawasan hutan ini ialah di pantai negeri Perak dan Selangor, pantai barat daya Johor, pantai utara Sabah, muara Sungai Sungut dan muara Sungai Labuk. Jenis tumbuhan yang terdapat dihutan ini ialah pokok bakau, nipah, bakau kurap, bakau minyak, nibung dan gelam. Kayu bakau digunakan untuk membuat arang kayu, membina kelong, cerucuk bangunan dan kayu api. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah kera, keluang, ular, ikan, ketam, kerang dan udang.

7.3.3

Hutan paya air tawar Hutan paya air tawar terdapat di pendalaman dan mempunyai saliran yang buruk. Hutan paya air tawar tumbuh di kawasan tanah gambut. Antara kawasan hutan paya air tawar ialah Tasik Bera, sekitar Tasik Chini dan bahagian hilir Sungai Baram. Jenis pokok yang terdapat di kawasan ini ialah palma, nipah, mengkuang, keladi air dan ramin. Haiwan yang terdapat di kawasan ini ialah ular, biawak, ikan, burung dan kera. Nipah digunakan untuk membuat atap rumah. Mengkuang digunakan untuk mengayam tikar dan bakul.

7.3.4

Hutan pantai Hutan pantai tumbuh di kawasan berpasir. Kawasan yang ditumbuhi kawasan hutan ini ialah pantai Terengganu, Desaru (Johor), Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pulau Sipadan, Pantai Tanjung Rhu, Cherating, Pulau Talang-talang (Sarawak). Jenis pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok ru, kelapa, mengkuang laut dan pokok tapak kuda. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah burung, ular, kera dan biawak. Pokok ru digunakan nelayan untuk membuat perahu.

7.3.5

Hutan Gunung Hutan gunung tumbuh di kawasan melebihi 1 000 m dari aras laut. Hutan gunung terdapat di Banjaran Titiwangsa, Gunung Tahan, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu.

Jenis tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian.

Ketinggian ( m ) 1 200 1 800 1 800 2 900 2 900 3 500

Jenis tumbuhan

Pokok oak, berangan, paku-pakis dan orkid.

Pokok pain, sprus dan periuk kera.

Rumput aips dan pokok renek.

Melebihi 3 500

Tumbuhan alps, kulampair dan lumut.

7.4

SUMBER TENAGA DI NEGARA MALAYSIA

Sumber Tenaga di Malaysia


Petroleum Gas Asli Kuasa Hidroelektrik Elektrik Terma Arang Batu Biomas/Biojisim Tenaga Nuklear Tenaga Suria

7.4.1

Petroleum Petroleum merupakan tenaga api fosil yang penting di negara kita. Petroleum di lombong di a) Luar pantai Terengganu (Dulang, Tiong, Bekok, Pulai) b) Luar pantai Sabah (St. Joseph, Erb West, Tembungo, Semarang) c) Luar pantai Sarawak (Baram, Tukau, Temana, Betty). Petroleum di negara kita bermutu tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah. Pusat penapisan petroleum terdapat di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu Lutong dan Miri. Penggunaan petroleum mencemarkan alam sekitar. pencemaran alam sekitar. Kegunaan petroleum ialah : a) Bahan api untuk kenderaan. b) Bahan api untuk menjana terma elektrik. c) Bahan mentah untuk industry petrokimia. d) Kerosin untuk pesawat, minyak diesel untuk kenderaan, minyak pelincir untuk jentera dan kenderaan, bitumen dan tar untuk menurap jalan raya. Petroleum tanpa plumbum diperkenalkan untul mengurangkan

7.4.2

Gas asli Gas asli merupakan bahan api fosil yang penting bagi negara kita. Gas asli di lombong di a) Luar pantai Terengganu (Pilong, Jernih, Bujang)

b) Luar pantai Sabah (Kinarut, Glayer) c) Luar pantai Sarawak (Laila, Beryl, E11, M1, F6) Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli yang di lombong disalurkan melalui paip didasar laut ke pusat-pusat pencairan gas asli. Kegunaan gas asli ialah a) Bahan api untuk memasak. b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu. c) Bahan api untuk kenderaan. d) Digunakan untuk industry petrokimia. e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.

7.4.3

Kuasa hidroelektrik dan elektrik terma (haba) Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. menggunakan tenaga air yang mengalir. Tenaga hidroelektrik merupakan tenaga yang penting dan digunakan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak empangan hidroelektrik di negara kita iaitu: a) Empangan Temenggor b) Empangan Chenderoh c) Empangan Kenyir d) Empangan Pelagus Tenaga hidroelektrik diperolehi dengan

Negara kita mempunyai potensi untuk menjana tenaga hidroelektrik kerana mempunyai aliran air yang deras dan isipadu sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun kerana menerima hujan sepanjang tahun. Antara kelebihan menggunakan kuasa hidroelektrik ialah tidak mencemarkan alam sekitar, mudah digunakan dan dapat di hantar dengan cepat. Kegunaan tenaga hidroelektrik ialah; a) Kegunaan domestik (memasak dan menerangi rumah). b) Tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik. c) Bekalan tenaga elektrik untuk kilang-kilang. d) Tenaga untuk pengangkutan seperti lampu isyarat dan rel ringan (komuter dan LRT). Tenaga elektrik terma dihasilkan dengan menggunakan sumber tenaga seperti gas asli dan arang batu. Antara stesen menjana elektrik terma ialah di Paka (Terengganu), Klang (Selangor) dan Prai (Pulau Pinang). Penggunaan tenaga elektrik terma mencemarkan alam sekitar.

7.4.4

Arang batu Arang batu merupakan bahan tenaga api fosil yang dilombong di Batu Arang (Selangor), Merit-Pila dan Mukah-Balingian (Sarawak), Enggor (Perak) dan Silimpopon (Sabah). Kegunaan arang batu : a) Bahan api untuk menghasilkan elektrik terma. Contoh di logi Connaught, Klang. b) Bahan api untuk melebur bijih besi. Penggunaan arang batu sebagai bahan api mencemarkan alam sekitar.

7.4.5

Tenaga nuklear Penggunaan tenaga nuklear di negara kita adalah di tahap yang rendah. Tenaga nuclear digunakan secara kecil-kecilan dalam bidang perubatan dan sector perindustrian. Tenaga nuklear dihasilkan dengan mengunakan bahan aktif seperti uranium dan plutonium. Tenaga nuklear belum dimajukan di negara kita kerana memerlukan kos yang tinggi, memerlukan teknologi yang tinggi dan tenaga pakar yang mahir dan bahan nuklear sangat berbahaya.

7.4.6

Tenaga suria/solar Tenaga suria merupakan tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari. Alat photovoltaic digunakan untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Negara kita berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana suhu tinggi sepanjang tahun dan menerima cahaya matahari melebihi enam jam sehari. Di negara kita tenaga suria digunakan untuk a) Memanaskan air di rumah. b) Tenaga untuk perhubungan telefon. c) Mesin kira. d) Mengeringkan hasil pertanian. Sumber tenaga suria digunakan di Teluk Apan (Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang), dan Gua Mulu (Sarawak).

7.4.7

Tenaga biomas/biojisim Tenaga biomas dan biojisim dihasilkan melalui sisa pertanian dan hasil bungan haiwan. Contoh sisa pertania ialah hampas kelapa sawit, sabut kelapa dan sekam padi. Contoh bahan buangan haiwan ialah najis lembu dan najis ayam. Pereputan sisa pertanian menghasilkan gas mentana dan etana. Gas mentana digunakan sebagai bahan api domestik. Kayu api merupakan sumber tenaga biojisim yang digunakan dalam industry membuat batu-bata dan mambuat batik di Kelantan.

7.5

SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN

Sumber Tenaga di Negara Lain Tenaga biomas/biojisim di India Tenaga geoterma di Iceland

Tenaga suria di Jepun

Tenaga ombak di Perancis

Tenaga pasang surut di China

Tenaga angin di Belanda

7.5.1

Tenaga suria di Jepun Tenaga suria di Jepun digunakan untuk kegunaan domestik dan digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik. Alat photovoltaic digunakan untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan dipasang pada bumbung rumah. Penghasilan tenaga suria memerlukan teknologi tinggi dan menelan perbelanjaan yang banyak. Kegunaan tenaga suria di Jepun a) Tenaga untuk stesen pemancar televisyen dan radio pendalaman b) Petempatan di pendalaman yang menggunakan tenaga suria. c) Kenderaan di padang golf. d) Alat komunikasi, papan tanda di jalan raya dan rumah api.

Alat photovoltaic di atas bumbung rumah di Jepun.

7.5.2

Tenaga ombak di Perancis Perancis merupakan negara pertama yang mengembangkan tenaga ombak di dunia. Empangan pertama yang menjana tenaga ombak telah dibina di Sungai Rance, St. Molo. Tenaga ombak dihasilkan dengan menggunakan kaedah sakuran ters, pelampung, kolan berayun dan turbin air bawah air. Kaedah pelampung ialah kaedah dimana pelampung diletakkan di paras laut mengerakkan pam hidraulik yang dihubungkan dengan turbin. Kolam berayun ialah kaedah di mana ombak memasuki saluran tegak dan air akan turun ke bawah apabila ombak mengundur. Air turun ke bawah dalam saluran akan memusingkan turbin. Kaedah turbin bawah air ialah kaedah dimana turbin akan berputar apabila ombak berdampar dan berundur. Kaedah ini sama dengan kaedah kinci air.

Turbin untuk menghasilkan ombak.

7.5.3 Tenaga pasang surut di China Negara China mempunyai arus pasang surut yang deras sesuai untuk memperoses tenaga pasang surut. Stesen pasan surut yang terdapat di China terletak di Jiangxia, Baishakou dab Wenzhou. Stesen Wenzhou merupakan stesen pasang surut yang terbesar di Asia. Tenaga pasang surut dihasilkan melalui dua kaedah iaitu kaedah empangan dan kaedah arus pasang surut. Kaedah empangan ialah cara di mana pintu empanagn dibuka semasa air pasang dan air laut akan terperangkap dalam empangan. Apabila air surut, air dalam empangan akan dilepaskan untuk mengerakkan turbin. Kaedah pasang surut diletakkan di kawasan yang mempunyai arus yang kuat bagi mengerakkan turbin.

7.5.4

Tenaga angin di Belanda Kincir angin digunakan untuk menghasilkan tenaga angin. Di Belanda, kincir angin dipasang di tepi pantai dan di tengah laut di mana terdapat tiupan angin kencang. Pada peringkat awal, penggunaan kincir angin di Belanda digunakan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengisar jisim. Tapi kini kincir angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Kincir angin di Belanda

7.5.5

Tenaga biomas/biojisim di India India merupakan negara yang menggunakan tenaga biomas. Di India, bahan mentah untuk menjana tenaga biomas diperoleh daripada sisa pertanian, sisa peternakan dan habuk kayu gergaji. Tenaga biomas digunakan secara meluas di Bandar Chennai, New Delhi dan Mumbai. Pereputan sisa pertanian dan sisa haiwan menghasilkan gas metana dan etana. Gas metana dan etana digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan domestik dan perindustrian.

7.5.6

Tenaga geoterma di Iceland Iceland merupakan negara beriklim sejuk dan tundra. Tenaga geoterma digunakan secara meluas di negara ini. Tenaga geoterma dihasilkan melalui pancutan wap air panad (geiser). Iceland berpotensi menghasilkan tenaga geoterma kerana terdapat banyak geiser di kawasan gunung berapi aktif. Di Iceland, kawasan kolam geoterma bersuhu kurang daripada 150 C digunakan untuk memanaskan rumah, membasuh dan memasak. Kolam geoterma yang melebihi suhu 200 C digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Logi geoterma terdapat di sekitar Iceland iaitu Reykjavik.

Logi tenaga geoterma dan geiser (pacutan air panas).

7.6

INFO TAMBAHAN

BIL 1

KONSEP/ ISTILAH Tenaga nuklear

HURAIAN Tenaga nuklear ialah tenaga yang dihasilkan dengan menggunakan bahan aktif. Tenaga suria ialah tenaga yang dihasilkan daripada sinaran matahari. Tenaga biomas ialah tenaga yang terhasil daripada proses pereputan tumbuhan dan haiwan.

Tenaga suria

Tenaga biomas

BIL 1 Bijih timah

FAKTA

HURAIAN -Bahan tidak berkarat. -Bahan mineral yang tidak boleh diperbaharui.

BIL 1

KLASIFIKASI Sumber mineral

HURAIAN -Petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi, kuprum, emas, bauksit, arang batu, batu kapur, kaolin dan batu mamar.

BIL 1

KRITERIA Hutan hijau tropika

HURAIAN -Tumbuh di kawasan kurang daripada 1000 m tinggi. -Tumbuh di kawasan tanah aluvium dan laterit. -Tumbuh rapat dan malar hijau. -Tumbuh di kawasan lumpur dan bersaliran buruk -Tumbuh di kawasan gambut. -Tumbuh di kawasan berpasir. -Tumbuh mengikut ketinggian. -Tumbuh pada ketinggian 1200 -3500 m lebih.

2 3 4 5

Hutan paya air masin Hutan paya air tawar Hutan pantai Hutan gunung

BAB 8

KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER

Bahan mentah untuk perindustrian

Getah, minyak sawit dan banyak lagi

Mewujudkan peluang pekerjaan

Sektor pelombongan, pertanian, pembalakan dan pembuatan

Kepentingan Pelbagai Sumber

Menambahkan pendapatan negara

Eksport dan cukai

Pembukaan kawasan baru

Jengka dab Muazam Syah (hasil pertanian) dan Miri, Lutong dan Kerteh (penapisan petroleum) Kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan air da elektrik

Mengembanagkan kemudaha infrastruktur

8.1

OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Menyenaraikan kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia. Menjelaskan dengan contoh kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia. Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber kepada pembangunan negara Malaysia.

8.2

BAHAN MENTAH UNTUK PERINDUSTRIAN

Sumber semulajadi banyak dijadikan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian. Kayu hutan hijau tropika seperti meranti, balau, keruing dan cengal digunakan sebagi industri perabot. Buluh dan rotan digunakan untuk membuat kraftangan dan perabot. Pokok bakau digunakan untuk mebuat cerucuk dan kayu api. Pokok ru digunakan untuk membuat perahu. Mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul. Batang nibung digunakan untuk membuat rumah dan kelong. Petroleum dan gas asli digunakan dalam industri petrokimia. Gas asli dan fosfat digunakan dalam industri baja urea di Bintulu. Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, petai dan pokok setawar digunakan dalam industri perubatan.

Sumber air digunakan untuk menjada kuasa hidroelektrik dan mengairi kawasan pertanian.

8.3

PELUANG PEKERJAAN

Penerokaan sumber semulajadi akan mewujugkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perlombongan, perikanan dan perhutanan. Pada tahun 2004, seramai 1.4 juta orang penduduk negara kita terlibat dalam sektor pertanian dan perhutanan dan 41 928 orang terlibat dalam sektor perlombongan. Sektor perhutanan mewujudkan peluang pekerjaan seperti pembalak, pemandu lori balak dan pekerja di kilang papan. Sumber air penting dalam memajukan sector perikanan di negara ini iaitu perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam. Kegiatan akuakultur juga memberikan peluang pekerjaan dalam sector perikanan di negara ini. Kegiatan perlombongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang luas seperti perlombongan bijih timah di Lembah Kinta, Lembah Klang dan Jemaluang. Perlombongan petroleum memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Kerteh, Port Dickson, Miri dan Lutong. Peluang pekerjaan dalam pertanian wujud di kawasan penanaman padi, getah, kelapa sawit, teh, kelapa, nenas dan tembakau. Peluang pekerjaan juga wujud dalam agensi yang terlibat dalam pertanian seperti FELDA, RISDA, FAMA, MARDI dan MPOB.

8.4

MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA

Penerokaan sumber menambahkan pendapatan negara. Negara yang banyak mengimport sumber dari negara kita ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan China. Sektor pelancongan menambahkan pendapatan negara. Pada tahun 2002, seramai 13.3 juta orang telah melancong ke negara kita. Kegiatan akuakultur iaitu peternakan udang dan ikan dijalankan untuk menambahkan pendapatan negara. Hasilnya akan di eksport ke Jepun dan Taiwan.

8.5

PEMBUKAAN KAWASAN BARU

Sumber alam menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan baru. Petempatan kecil akan berkembang menjadi kawasan Bandar. Penerokaan sumber mineral tenaga petroleum dan gas asli mendorong kepada perkembangan Bandar seperti Kerteh, Paka, Bintulu dan Miri. Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan telah membangungkan kawasan petempatan baru seperti Sandakan di Sabah. Penerokaan sumber air untuk menjada kuasa hidroelektrik telah membuka kawasan petempatan yang baru dan mampu menjadi daya tarikan pelancongan. Contohnya Tasik Kenyir, Terengganu. Kegiatan pertanian mempengaruhi pembukaan petempatan baru seperti penanaman kelapa sawit dan getah di kawasan terancang seperti di Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.

8.6

KEMUDAH INFRASTRUKTUR

Penerokaan sumber meningkatkan kemudah infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, bekalan air, elektrik dan perhubungan. Kemudahan sosial seperti kemudahan perubatan, sekolah, tempat hiburan dan rekreasi akan meningkat apabila penduduk berhijrah ke kawasan sumber yang di teroka. Bandar Kerteh mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik kerana di pengaruhi oleh kegiatan perindustrian petroleum. Kawasan tanah rancangan mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik. Terdapat kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan air dan elektrik di kawasan ini. Contohnya ialah FELDA.

8.7

INFO TAMBAHAN

BIL 1

KONSEP/ISTILAH Bahan mentah

HURAIAN Bahan mentah ialah bahan asas yang digunakan dalam sektor industri. Industri petrokimia ialah industri yang berkaitan dengan petroleum dan gas asli. Akuakultur ialah sektor perikanan yang menternak ikan di dalam sangkar.

Industri petrokimia

Akuakultur

BAB 9

KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan Penerokaan Terhadap Alam Sekitar

Perubahan Landskap (pandang darat)

Kepupusan flora dan fauna

Peningkatan suhu

Kesan hakisan tanah

Banjir

Pencemaran udara dan air

9.1

OBJEKTIF

Di akhir unit ini anda akan dapat : Menyenaraikan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia. Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.

9.2

PERUBAHAN PANDANG DARAT


Penerokaan sumber menyebabkan perubahan landskap atau perubahan pandang darat. Kegiatan perlombongan, pembalakan, penerokaan tanah untuk pertanian dan pembinaan empangan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kegiatan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang meninggalkan bekas lombong yang terdiri daripada tasik, timbunan tanah dan pasir. Kaedah melombong bijih timah dengan menggunakan kapal korek meninggalkan tasik bekas lombong. Kaedah lombong dedah meninggalkan lekukan yang luas. Kegiatan pembalakan menyebabkan hakisan tanah. Hakisan tanah menyebabkan perubahan landskap. Penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti penanaman teh, kelapa sawit dan getah mengubah kawasan hutan menjadi pandang darat buatan manusia. Bukit-bukit diteres bagi proses penanaman dijalankan. Pembinaan empangan untuk menjana proses hidroelektrik dan empangan untuk proses pengairan pertanian akan menenggelamkan kawasan hutan dan mengubah landskap menjadi tasik yang luas. Contohnya ialah Empangan Tasik Kenyir di Terengganu.

Kawasan Pertanian

Kawasan Pembalakan

PERUBAHAN LANDSKAP

Kawasan Empangan

Kemudahan Insfrastruktur

9.3

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA


Penerokaan sumber menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan untuk pertanian memusnahkan habitat flora dan fauna dan akan menyebabkan sepsis pokok dan binatang yang berharga mengalami kepupusan. Antara sepsis pokok yang mengalami masalah kepupusan ialah pokok keruing, jelutung, merbau, berlian, orkid hutan dan pokok bakau. Kegiatan pembalakan akan menyebabkan habitat haiwan musnah. Haiwan yang kehilangan habitat akan mati kerana kekurangan makanan. Antara sepsis haiwan yang mengalamikepupusan di negara kita ialah tapir, kijang, rusa, seladang, orang hutan harimau, badak sumbu dan kambing gurun.

Tapir

Kambing Gurun

Flora dan Fauna yang Hampir

Pupus

Pokok Meranti

Orang Utan Pokok Merbau

9.4

PENINGKATAN SUHU
Penerokaan hutan menyebabkan kawasan suhu setempat meningkat. Pernerokaan hutan telah menyebabkan permukaan bumi terdedah terus kepada sinaran cahaya matahari. Permukaan tanah akan kehilangan kelembapan dengan cepat dan seterusnya menyebabakan peningkatan suhu setempat. Suhu di kawasan berhutan tebal lebih rendah dan sejuk berbanding dengan suhu kawasan yang telah digondolkan. Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan suhu melalui proses transpirasi. Transpirasi ialah satu proses penyejatan air permukaan daun ke atmosfera. Ekoran daripada penebangan hutan secara berlelusa, maka proses transpirasi akan berkurangan dan suhu setempat akan meningkat. Contohnya ialah peningkatan suhu di Tanah Tinggi Cameron. Min suhu di Tanah Tinggi Cameron ialah 19 C dan ekoran daripada penebangan hutan menyebabkan suhu meningkat kepada 19.5 C.

9.5

HAKISAN TANAH
Penebangan hutan untuk pertanian, perlombongan dan jaringan pengangkutan mendedahkan tanah kepada proses hakisan tanah yang giat. Tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan air hujan. Kanopi tumbuhan menghalang air hujan terus sampai ke permukaan bumi. Akar tumbuhan mencengkam tanah dan manghalang proses hakisan berlaku. Penebangan hutan telah menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan tanah dan menyebabkan aliran lumpur, gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Tanah runtuh sering berlaku di kawasan lebuh raya.

Tanah yang terhakis menuruni cerun dalambentuk lumpur dan memasuki sungai. Tanah yang termendap di dasar sungai menjadikan sungai semakin cetek dan kaejadian banjir kilat akan berlaku. Tanah yang mendap di dasar sungai juga menjejaskan hidupan akuatik sungai. Penebangan paya bakau di pinggir laut mendedahkan hakisan ombak di pinggir laut semakin giat berlaku. Kegiatan pertanian pindah yang dilakukan oleh kaum asli menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan. Tanah yang terhakis akan kehilangan nutrient dan menjadi gersang.

9.6

BANJIR
Kegiatan pembalakan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah kejadian banjir. Keadaan air sungai yang keroh menunjukkan sungai berkenaan membawa bahan-bahan hakisan tanah yang banyak. Air sungai di kawasan pembalakan sentiasa keruh dan menjejaskan hidupan akuatik. Tanah yang terdedah ekoran daripada proses pembalakan akan terhakis dibawa oleh arus air ke sungai dan termandap di dasar sungai. Dasar sungai yang cetek tidak dapat menampung air apabila hujan lebat dan menyebabkan air akan melimpah keluar daripada sungai. Maka kejadian banjir akan berlaku. Kegiatan pembalakan di hulu Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjebabkan kejadian banjir di kawasan hilir sungai.

9.7

PENCEMARAN UDARA DAN AIR


Penerokaan sumber mencemarkan alam sekitar.

Perlombongan bijih timah dan kegiatan pembalakan menyebabkan tanah yang terhakis memasuki sungai dan menjejaskan hidupan akuatik. Bahan yang terhakis semasa hujan seperti pasir, lumpur dan kelodak mengalir masuk ke sungai dan mencemarkan sungai. Lumpur dan kelodak yang berasal dari kawasan perlombongan bijih timah bertoksid dan boleh membunuh hidupan akuatik. Kuari dan granit menyebabkan pencemaran bunyi dan mencemarkan udara dengan habuk dan asap. Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak mencemarkan laut. Tumpahan minyak menjejaskan hidupan laut.

9.8

INFO TAMBAHAN
BIL 1 2 KONSEP/ISTILAH Pandang darat Pandang budaya HURAIAN Merupakan permandangan semulajadi. Permandanag semulajadi yang telah diubah menjadi suatu kawasan yang membangun. Hasil kerja manusia. Proses sejat peluhan yang berlaku terhadap tumbuhan.

Proses transpirasi

BIL 1

KLASIFIKASI Hakisan tanah -Tanah runtuh -Aliran lumpur -Gelongsoran tanah -Pencemaran air -Pencemaran bunyi

HURAIAN

Pencemaran

BAB 10 PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan Sumber

Kepentingan pengurusan sumber

Langkah-langkah pengurusan sumber

Pengurusan sumber air di Jepun

*Mengelakkan kepupusan

*Mengekalkan keseimbangan ekologi


*Menjamin bekalan berterusan *Menjimatkan sumber *Mengelakkan pembaziran sumber

*Langkah pemeliharaan *Langkah pemiliharaan *Penguatkuasa undang-undang

*Pengurusan sumber air semulajadi. *Rawatan semula air sisa industri dan domestik.

*Pendidikan

10.1

OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat Menyatakan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap penerokaan sumber. Menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif penerokaan sumber. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh digunapakai dalam pengurusan sumber untuk kegunaan masa depan. Menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber air di Jepun.

10.2

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER


Mengelakkan kepupusan Mengekalkan keseimbangan ekologi

Kepentingan Pengurusan Sumber

Menjamin bekalan berterusan Menjimatkan sumber Mengelakkan pembaziran sumber

10.2.1 Mengelakkan kepupusan sumber Pengurusan sumber penting untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Sumber hutan, hidupan liar dan sumber mineral perlu diurus untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Pengurusan sumber penting untuk generasi akan dating dapat menggunakan sumber. Penggunaan sumber secra berterusan akan menyebabkan kepupusan sumber. Contohnya, penerokaan sumber hutan tanpa penanaman semula akan menyebabkan kepupusan. Kouta pengeluaran perlu ditetapkan dalam pengeluaran sumber agar tidak berlaku pembaziran dan kepupusan sumber. Sumber tenaga fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli akan pupus jika digunakan secara berterusan. Penggunaan tenaga alternative seperti kuasa hidroelektrik, tenaga suria dan angin dapat mengurangkan masalah kepupusan sumber.

10.2.2 Mengekalkan ekosistem Pengurusan sumber penting dalam mengekalkan ekosistem semulajadi. Ekosistem ialah interaksi antara komponen biotic dan abiotik. Interaksi komponen biotic dan abiotik melibatkan proses kitaran makanan dan kitaran udara. Pengurusan sumber yang tidak terancang akan menyebabkan ekosistem tergangu. Biotic ialah benda-benda hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Abiotik ialah benda-benda tidak hidup seperti angin, cahaya matahari, tanah dan air.

10.2.3 Menjamin bekalan berterusan Kawalan pengurusan sumber iaitu kuota pengeluaran ditetapkan supaya bekalan sumber akan berterusan.

Kawalan pencemaran laut dan sungai dilakukan agar hidupan akuatik tidak terjejas. Tukun tiruan diperbuat daripda tayar buruk dan diletakkan didasar laut agar hidupan laut mendapat perlindungan dan membiak. Pengurusan sumber yang lemah akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber.

10.3

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER

Langkah-langkah Pengurusan Sumber


Pemeliharaan Pemuliharaan Penguatkuasaan Undang-undang Pendidikan

Pengurusan Sumber
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Penggunaan sumber Alternatif. Menggunakan kayu getah, rotan, buluh bagi menggantikan kayu keras. Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga suria, biomas dan hidroelektrik menggantikan tenaga fosil Program Kitar Semula Mengamalkan konsep 3R Reduce, Reuse dan Recycle. Kitar semula bahan seperti kertas dan logam. Penghutanan Semula Menanam semula spesies-spesies pokok bermutu tinggi dan cepat matang Contoh akasia, yemane dan batai. Ladang Hutan Kayu bermutu seperti akasia, yemane dan batai di tanam secara ladang. Rawatan Sivilkultur Pokok bermutu akan di bantu dan diberi bantuan untuk hidup dan bersaing Penebangan Terpilih Membuat pemantauan supaya pokok yang betul-betul matang dan berdiameter sekurang-kurang 45cm boleh ditebang.

Penguatkuasaan undangundang

Akta Kualiti Alam Sekitar Pemeriksaan dan pemantauan kawasan tumpahan minyak / penerokaan mineral lain. Akta Perhutanan Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) Akta Perlindungan Hidupan Liar Mewarta Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara Kawasan tertentu duwarta sebagai hutan simpan, taman negara, hutan lipur danrizab perlindungan haiwan Contoh Hutan Simpan Sik< Taman Negara Pahang dan Bako Sarawak. Pemulihan Bekas Lombong Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri menggariskan langkah-langkah pemuliharaan selepas penerokaan.

Pendidikan alam Sekitar

Penubuhan FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang menjalankan penyelidikan perhutanan. Penwujudan PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi melindungi taman negara dan huidupan liar Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) danTabung Alam Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang menjalankan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai.

10.4

PENGURUSAN SUMBER AIR DI JEPUN

Pengurusan air di Jepun terbahagi kepada tiga iaitu :


Pengurusan Air Membina empangan pelbagai guna Membina empangan kecil di kawasan terpencil Melebar dan mendalamkan dasar sungai Membina laluan banjir (floodways) Membina sistem pebetungan Membersihkan tasik-tasik Mengawal pembiakan rumpai Mendalamkan tasik Undang-undang Kawalan Kualiti Air Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958 Undang-undang asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar

Pengurusan Sungai

Pengurusan Tasik

Kawalan Undang-undang

10.5

INFO TAMBAHAN

BIL 1

KLASIFIKASI Langka-langkah pengurusan sumber -Pemeliharaan -Pemuliharaan -Undang-undang -Pendidikan

HURAIAN

You might also like