P. 1
KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

|Views: 6,508|Likes:
Published by dhea ct

Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan.

Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan 1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang enggan berkerjasama.

Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.

Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari kumpulan ikan Selar dan Cincaru.

Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484 tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.

Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perika

Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan.

Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan 1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang enggan berkerjasama.

Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.

Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari kumpulan ikan Selar dan Cincaru.

Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484 tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.

Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perika

More info:

Published by: dhea ct on May 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2014

pdf

text

original

KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap aspek ekonomi memang tidak boleh di pertikaikan. Kekayaan sumber akuatik adalah pemberian alam yang tidak terhingga. Industri perikanan moden merupakan bidang yang berpotensi besar bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan penternak dan nelayan di samping mengurangkan

kebergantungan import dari negara luar. Justeru itu, usaha ke arah memajukan sektor perikanan tidak harus bernoktah selagi tidak mampu mencetuskan transformasi sektor ini sebagai satu entiti komersial yang maju, moden dan berdaya saing. Di Malaysia, sektor pengeluaran makanan berasaskan perikanan kini diberi suntikan nafas baru supaya ia dapat dibangunkan secara terancang di samping menyediakan peluang kepada golongan sasar yang terdiri daripada pengusaha berskala komersial atau agro-entrepreneurs mahupun nelayan tradisional.

1

Peluang ini di terjemahkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menggariskan dasar dan hala tuju strategik baru yang di dokong oleh program dan projek khusus bagi memartabatkan sektor perikanan khususnya dan pertanian umumnya sebagai jentera ketiga penjana pertumbuhan ekonomi negara. Perancangan jangka panjang ini adalah selaras dengan Pelan Pengeluaran Ikan Negara yang merupakan pendekatan masa depan secara tersusun dan bersepadu dari segi pengeluaran, kualiti dan keselamatan makanan, latihan, pemasaran, pemindahan dan penggunaan teknologi,

pembangunan usahawan kecil dan sederhana serta penglibatan sektor swasta. Sub-sektor perikanan yang terdiri daripada perikanan tangkapan (laut pantai, laut dalam dan tuna), akuakultur (air tawar dan air payau) dan pemprosesan perikanan, dilihat mampu menghasilkan sumbangan yang besar dalam pembangunan sektor perikanan di negara ini.

Walau bagaimanapun, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat berkekalan. Justeru itu, perancangan ke arah pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan sumber akuatik yang berkesan perlu dilakukan dengan berpaksikan. Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab (Code Of Conduct For Responsible Fisheries, CCRF) seperti yang disarankan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO). Kod Amalan ini mula diperkenalkan dan diterima secara sebulat suara

2

pada tahun 1995 apabila perikanan dunia tidak mampu lagi menampung pembangunan dan eksploitasi sumber yang berlaku dengan pantas dan tidak terkawal. CCRF menyediakan prinsip dan piawaian antarabangsa bagi amalan bertanggungjawab yang menyentuh aspek-aspek biologi, teknologi, ekonomi, sosial, persekitaran dan komersial. Ia boleh digunapakai kepada semua subsektor perikanan termasuk pemprosesan serta perdagangan ikan dan produk perikanan, operasi penangkapan ikan, akuakultur, penyelidikan perikanan dan integrasi perikanan ke dalam pengurusan kawasan pesisir pantai.

Berikutan dengan pembangunan pesat Negara, pengurusan sumber asli turut menjadi semakin kompleks dan rumit. Pertambahan penggunaan sumber asli perlu diimbangi dengan keperluan pada masa akan datang. Seperti sumbersumber asli yang lain, sumber perikanan juga turut akan mengalami kepupusan sekiranya dieksplotasi melebihi kadar kemampuan sumber tersebut untuk memulih sendiri secara semulajadi. Selain itu, keadaan ini akan turut membahayakan alam sekitar marin dan ekosistemnya. Ini kerana kerosakan yang dialaminya tidak akan dapat dipulihkan akibat impak negatif aktiviti pembangunan di daratan mahupun di pesisiran pantai. Oleh yang demikian, sistem pengurusan efektif perlu mengambil perhatian akan faktor-faktor tersebut yang sekaligus akan meliputi kesemua faktor yang boleh memberi kesan terhadap sumber perikanan laut.

3

Di bawah Dasar Pertanian Negara, ikan merupakan sumber protein penting dan keperluan ikan negara akan dipenuhi melalui penggunaan kaedah penangkapan moden dan pembangunan sepenuhnya sumber-sumber perikanan. Dalam usaha memajukan sektor perikanan, kerajaan tidak terlepas daripada menghadapi cabaran untuk mengekalkan sumber perikanan laut dalam. Berdasarkan kepada keperluan dan isu pembangunan dalam sektor ini, pengurusan sumber perikanan perlulah berkesan bagi memastikan kemampanan sumber perikanan negara terus terjamin. Ini secara amnya memberikan manfaat yang ketara kepada negara dan khususnya masyarakat yang terlibat dalam pekerjaan sebagai nelayan.

Seperti sedia maklum sumber perikanan berlainan daripada sumber-sumber asli yang lain dan ianya bukanlah hak milik individu. Tanggungjawab menguruskan sumber perikanan terletak diatas bahu kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan, sama ada di Sabah atau semenanjung Malaysia. Memandangkan sumber perikanan, sama ada di Sabah mahupun Semenanjung perkara ini amatlah rumit untuk diurus, maka ia memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh disamping perancangan yang teliti untuk mengekalkan stok ikan yang ada tanpa mengalami kepupusan seperti yang berlaku di beberapa negara lain didunia. Perkara ini jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 6 Akta Perikanan 1985. Dalam usaha untuk menguruskan sumber perikanan secara berkesan

4

Dalam usaha mnegurus sumber perikanann secara lebih berkesan pihak kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan dengan mnegambil kira keadaan sosioekonomi masyarakat nelayan setempat. Ini termasuklah

menetapkan bilangan lesen agi sesuatu jenis peralatan menagkap ikan bagi sesuatu kawasan pembekuan lesen baru dan mempertingkatkan

penguatkuasaan. Setakat ini usaha-usaha yang dijalankan telah didapati memberi kesan positif dan memberangsangkan dalam sektor perikanan dengan penambahbaikan dalam perlagai keperluan yang diperlukan oleh nelayan. Bagi memperluaskan lagi pengururan perikanan negara, Jabatan Perikanan Malaysia teleh memperkenalkan program MCS (Monitoring ,Control and Surveillance) dengan bantuan Kerajaan Canada melaui ‘ Canadian International Development Agency’ ( CIDA). Dengan terlaksananya program ini akan membolehkan Jabatan perikanan mengawal sumber perikanan negara dengan lebih berkesan. Program MCS telah diakui sebagai satu pendekatan yang terbai dalam pengurusan sumber perikanan yang melibatkan aktivit perikanan dalam sesebuah negara.

Bagi membolehkan penaksiran sumber perikanan dibuat maka beberapa penyelidikan telah dilakukan dari semaa kesemasa. Ianya boleh dilaksanakan dengan mempertingkatkan kemampuan penyelidikan itu sendiri. Sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan negara, penyelidikan merupakan

tanggungjawab Kerajaan Pusat sepenuhnya. Menurut peruntukan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang Laut (UNCLOS), sekiranya negara dapat mengeksploitasi sumber perikanan di perairan Zon Ekonomi

5

Eksklusif, ia hendaklah membernarkan negara jirannya mengeksploitasi sumber tersebut. Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia akan merugikan negara. Tambahan pula di bawah program Kawasan Pembangunan Asean Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), peluang untuk menerokai bidang perikanan laut dalam semakin cerah dan terbuka. Dalam keadaan sekaranf ianya sesuai dilaksanakan menerusi kerjasama di antara pengusaha-pengusaha dari negara-negara yang terlibat dalam program BIMP-EAGA.

Pengeluran perikanan negara dijangka akan terus meningkat ke tahap sederhana dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus setahun bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan angtarabangsa. Peningkatan ini dijangka disumbangkan oleh pertambahan pengeluaran perikanan laut dalam dan akuakultur. Sungguhpun demikian,sektor perikanan di negara ini secara relatifnya adalah kurang maju jika dibandingkan dengan negara-negara Asean yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh LKIM pada tahun 1985, menyatakan bahawa Thailand telah mengusahakan perairan lautnya dengan sepenuhnya dan telah mengadakan perjanjian yang dibuat secara usaha sama menerusi permit bagi meneroka sumber ikan negara-negara seperti Australlia, India dan Saudi Arabia. Hasil pembangunan perikanan yang pesar menjadikan Thailand negara yang ke 9 penting dalam pengeluran ikan. Disamping itu, negara jepun juga sebagai negara pertama, Korea Selatan yang ke 8, Indonesia yang ke 10, Filipina ke 12 dan Malaysia hanya berada pada tempat ke 24. Secara geografinya kedudukan

6

Malaysia sewajarnya meletaknan negara ini sebagai pengeluar sumber perikanan setanding dengan negara-negara Asean Maritim yang lain. Hal ini didapati berlaku disebabkan oleh peneroaan sektor perikanan yang lebih tertumpu kepada kawasan perairan pantai sahaja dan penerokaan kurang dilakukan di perairan laut dalam.

Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan dengan pengistiharan ini keluasan perairan negara telah bertambah dari 47,000 batu persegi kepada 162,000 batu persegi. Ini secara tidak langsung telah menyediakan tambahan sumber perikanan negara dan memberi peluang kepada kita untuk mengeksploitasinya. Sumber ini perlulah ditangani dengan bijaksana supaya hak yang diterima dapat digunakan sepenuhnya oleh malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha bagi memenuhi syarat memiliki sepenuhnya ZEE. Ini dapat dilihat dengan usaha mengadakan Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 dan Akta Perikanan 1985 yang bertujuan mengurus dan menerokai sumber-sumber ikan ke tahap yang optimun tanpa menjejaskan sumber-sumber tersebut. Susulan dari keadaan ini kerajaan telah sedaya upaya memajukan sektor perikanan negara.

Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 telah memberi tekanan yang khusus kepada pembangunan industri perikanan. Pihak kerajaan khususnya Jabatan Perikanan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan galakan seperti mengadakan kajian sumbe ryang komprehensif pada tahun 1985-1987,

7

menyediakan kemudahan kredit, latihan, insentif dan sebagainya kepada penduduk. Permintaan ikan negara untuk tujuan makanan menjelang tahun 2010 diaggarkan sebanyak1,579,800 tan metrik, sementara penawaran ikan

dianggarkan sebanyak 1,298,860 tann metrik iaitu 82,2 peratus dari keperluan negara. Dalam keadaan pengeluran ikan dunia mengalami kemerosotan. Kemerosotan pendaratan ikan dunia adalah akibat dari 70 peratus daripada sumber perikanan dunia telah diterokai sepenuhnya.

1.2

Latar belakang kajian

Malaysia merupakan negara yang mengeluarkan hasil pertanian yang aktif di dunia. Perkembangan sektor pertanian di Malaysia giat dijalankan dengan pelbagai kemudahan dan perkembangan yang aktif yang dilakukan oleh kerajaan sepanjang tahun. Kegiatan perikanan merupakan kegiatan yang mendapat perhatian di dalam negara untuk dimajukan dan dikembangkan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor penyumbang utama kepada kemajuaan industri pertanian negara pada masa kini.

Sumber ikan merupakan sumber semulajadi yang boleh berkembang ataupun berkurang. Manakala nelayan pula bergantung hidup kepada salah satu kegiatan manusia yang tertua sekali iaitu menangkap ikan sama ada yang dilakukan secara tradisional atau menggunakan teknologi moden. Pembiakan atau pengurangan sumber ikan bergantung kepada tindakan manusia dan alam

8

sekitarnya. Perusahaan perikanan mempunyai peranannya dalam ekonomi Malaysia kerana ia menyumbang ke arah bekalan sumber protein utama rakyat, sumber pekerjaan, sumber keuntungan kepada pemodal dan membawa masuk pertukaran wang asing melalui eksport hasil perikanan negara ke luar negara.

Pembangunan kawasan perusahaan perikanan harus mengambil kira ciri-ciri dasar laut, topografi dan hidrografi yang menentukan metedologi dan teknologi menangkap ikan. Penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengambil kira ciri-ciri hidrografi akan membazirkan sumber perikanan serta merosakkan kawasan pembiakan ikan. Perbezaaan dalam penggunaan alatan menangkap ikan akan mengakibatkan jumlah pendaratan ikan yang berbeza yang seterusnya menentukan pendapatan pengusahanya. Selain itu, daripada terdapat konflik di antara pengusaha dengan pentadbir berpunca daripada penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak sesuai dangan masa dan ruang perairan.

Sistem pemasaran dan segala kemudahannya seperti kilang air batu, bekalan minyak, pengangkutan serta agensi pemasaran harus cekap sekiranya matlamat menyingkirkan orang tengah yang menindas kaum nelayan dicapai. Petempatan nelayan dari segi paburan, saiz, komposisi, corak dan struktur perlu dirancang serta dilaksanakan secara bersepadu. "Pekan Nelayan" dan "Perusahaan Perikanan Laut Dalam" di Zon Ekonomi Eksklusif perlu dilaksanakan segera untuk memastikan nasib dan perencanaan masa depan nelayan yang berhala tuju dapat di realisasikan. Kod Amalan ini telah diperkemaskan lagi dengan

9

mengambilkira senario perikanan yang berbeza di Asia Tenggara. Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) telah memulakan program Penserantauan Kod Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (Regional Code Of Conduct For Responsible Fisheries) sejak tahun 1998. Melalui program ini, SEAFDEC telah menghasilkan empat garis panduan teknikal untuk perikanan bertanggungjawab di Asia Tenggara yang terdiri daripada:

1) Garis Panduan Serantau untuk Operasi Menangkap Ikan yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fishing Operation)

2) Garis Panduan Serantau untuk Akuakultur yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Aquaculture)

3) Garis Panduan Serantau untuk Pengurusan Perikanan yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fisheries Management)

4) Garis Panduan Serantau untuk Amalan Lepas Tuai dan Perdagangan yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara: (Responsible Post-Harvest Practices and Trade)

10

1.3 Pernyataan masalah

Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan.

Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan 1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah di

Perikanan telah diberi kuasa untuk

melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan

11

perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang enggan berkerjasama.

Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.

Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut

12

adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari kumpulan ikan Selar dan Cincaru.

Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484 tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.

Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan

perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perikanan terutamanya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor perikanan memberikan pulangan yang lumayan dalam perkembangan kegiatan pasar tani, namun demikian

13

perkembangan sektor perikanan juga turut memberikan sumbangan dalam perkembangan infrastruktur di kawasan yang terlibat. Sejauh mana

perkembangan sektor perikanan mempengaruhi perkembangan infrastruktur akan dapat dilihat melalui kajian dan penyelidikan mengenainya. Hal ini demikian kerana, sektor pengankutan amat penting dalam memastikan kelancaran sesuatu sektor terutamanya sektor perikanan disebabkan kecekapan dalam sektor pengankutan akan dapat memastikan hasil tangkapan dapat dihantar kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat dan pengguna dapat menikmati hasil yang masih segar.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian

ini

merupakan

satu

kajian

yang

penting

dalam

mengetahuai

perkembangan sektor perikanan dan perananya kepada penduduk setempat. Kebanyakan kajian yang telah dilakukan hanyalah berfokus kepada kepentingan pengeluaran hasil perikanan, hala tuju pemasaran hasil perikanan, industri hiliran berasaskan sumber perikanan, jenayah maritim serta kurang menekankan kaitan di antara perkembangan sektor perikanan kepada pembangunan sosioekonomi penduduk terutama kepada perkembangan kawasan, infrastruktur dan aktiviti perniagaan yang di jalankan di sekitar kawasan ini hasil daripada perkembangan sektor perikanan.

14

Kajian ini amat penting dalam mengetahui perkembangan sosioekonomi penduduk yang berhampiran dengan sumber perikanan di samping mengetahui perkembangan yang berlaku hasil daripada kemajuan yang dibawa dengan berkembangnya aktiviti perikanan. Perikanan merupakan satu sektor yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Dengan ini, melalui kajian yang akan dijalankan kita akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan sosioekonomi penduduk hasil daripada perkembangan

perusahaan perikanan yang banyak membantu dalam perkembangan kawasan yang terdapatnya sumber perikanan untuk di majukan.

Kajian ini juga amat berguna sebagai garis panduan untuk mengetahui hala tuju dan perkembangan kawasan kajian hasil daripada perkembangan sektor perikanan yang mambawa sinar baru kepada penduduk yang terlibat dengan kegiatan nelayan terutamanya penduduk di Kuala Besut yang majoritinya kegiatan utama mereka adalah dalam sektor perikanan. Melalui kajian ini kita akan dapat menyedari perkembangan sektor perikanan di Kuala Besut turut membawa perubahan kepada perkembangan sosioekonomi penduduk di Kuala Besut yang terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan.

1.5 Skop dan batasan kajian

Kajian yang dilakukan ini terhad kepada penduduk di Kuala Besut yang terlibat dengan kegiatan perikanan. Populasi yang dipilih ialah penduduk Kuala Besut

15

yang mendiami sekitar kawasan ini dan terhad kepada penduduk yang terlibat dengan kegiatan perikanan sahaja sebagai fokus utama kajian. Penduduk akan ditanya mengenai perkembangan kegiatan perikanan dan kesannya kepada sosioekonomi dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual yang akan dilakukan sendiri oleh pengkaji. Soalan yang akan dikemukan berfokus kepada perkembangan kegiatan perikanan, perkembangan kawasan serta kemajuan yang semakin ketara di lihat dikawasan ini hasil daripada perkembangan kegiatan perikanan yang berlaku. Jawapan yang dipilih melalui soal selidik akan disemak dan dilakukan pengiraan dan draf awal mengenai dapatan kajian dan semakan. Dapatan kajian adalah tertakluk kepada populasi persampelan dan jangka masa kajian yang dilakukan dalam masa yang terhad.

1.6 Matlamat dan objektif kajian

Objektif umum kajian ini ialah mengkaji kesan perkembangan sektor perikanan kepada pembangunan yang berlaku terhadap sosioekonomi penduduk di Kuala Besut. Untuk mencapai matlamat ini, pengkaji telah mengariskan beberapa objektif khusus iaitu: (i) (ii) Mengetahui perkembangan kegiatan perikanan di Kuala Besut. Mengetahui kesan kegiatan perikanan kepada perkembangan

infrastruktur di Kuala Besut (iii) Mengenal pasti masalah dalam meningkatkan perkembangan kegiatan pembangunan di Kuala Besut

16

(iv)

Mencadangkan langkah-langkah dalam meningkatkan sosioekonomi penduduk.

17

1.7 Kerangka konseptual

Kegiatan perikanan di kuala besut Infrastruktur

Kesan kepada sosioekonomi penduduk

aktiviti perniagaan Pembangunan kawasan

sumber perikanan

pembangunan kawasan di kuala besut

Perniagaan berasaskan sumber perikanan

Pembangunan jalan raya, pembinaan bangunan baru

Kemudahan penduduk tempatan dan luar

Pernigaan sendiri dan kerajaan

Aktiviti naik taraf jalan kampung dan bangunan di Besut

Hipotesis kajian Kesan kegiatan perikanan membawa perubahan kepada sosioekonomi penduduk Kuala Besut

18

1.8 Organisasi Penulisan Laporan

Organisasi penulisan laporan menceritakan mengenai perkara yang berkaitan dengan bab-bab yang akan dikemukakan oleh pengkaji dalam menyiapkan keseluruhan kajian yang dilakukan. Dalam bab pertama meliputi aspek-aspek latar belakang kajain, pernyataan masalah, skop dan batasan kajian, matlamat kajain dan objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, teori kerangka konseptual dan organisais penulisan laporan. Di dalam bab dua pula merangkumi ulasan-ulasan literatur dan kajian lepas yang melibatkan pembacaan, penghuraian dan perbincangan secara menyeluruh berkaitan kajian, laporan dan penulisan ilmiah berkaitan tajuk kajian. Manakala di dalam bab tiga pula merangkumi penghuraian mengenai metodologi kajian yang merangkumi lokasi kawasan, keperluan data, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data serta sampel dan kaedan persampelan.

Selain itu, dalam bab empat pula melibatkan analisis data dan penemuan. Dalam bab ini pengkaji akan menganalisis data-data primer dalam bentuk analisis deskriptif dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan carta. Penyelidik juga akan menyatakan penemuan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan mengaitkan data-data sekunder dan ulasan literatur bagi mnegukuhkan dapatan kajian yang telah ditemui dalam kajian yang telah dilakukan. Manakala akhir sekali dalam bab lima pengkaji akan mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan kajian dan membuat kesimpulan secara keseluruhan berkaitan

19

dengan penemuan dan kajian yang telah dilakukan. Dengan ini disertakan rajah organisasi laporan seperti rajah di bawah.

BAB 1

PENGENALAN

BAB 2

ULASAN LITERATUR BAB 3

METODOLOGI KAJIAN BAB 4 ANALISIS DATA DAN PENEMUAN BAB 5

CADANGAN DAN KESIMPULAN

20

2.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian dalam bidang perikanan boleh merangkumi bidang kajian yang luas dan pelbagai aspek boleh dilakukan kajian mengenainya. Skop dan kajian yang terperinci perlu dilakukan dalam setiap aspek untuk mendapat input yang sebenar. Oleh itu, kajian yang dilakukan dalam bidang ini dilakukan dengan penuh terperinci dan dengan kajian yang teliti untuk mendapat hasil yang berkualiti

21

BAB 2

ULASAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.1.1 Sejarah Besut

Sejarah kewujudan kuala besut tidak dapat dibuktikan secara jelas, namun demikian berdasarkan catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan buku Tuffatul Nafis karangan raja Ali Haji. Sejarah besut banyak di perolehi daripada cerita yang menerangkan asal usul besut, salah satu cerita mengenai nama besut kononya berpunca dari zaman dahulu di mana daerah ini merupakan salah sebuah kawasan yang berada di bawah pemerintahan kerajaan siam. Nama Besut dikatakan timbul dari perkataan BE dalam bahasa Siam bermakna “daerah” manakala “sut” mengambarkan tempat atau kawasan paling jauh atau penghujung sesuatu kawasan. Ini jelas boleh dipercayai berdasarkan faktor jarak antara Bangkok yang merupakan pusat pentadbiran siam dengan Besut amatlah jauh.

Selain itu, terdapat satu lagi cerita mengenai sejarah kewujudan nama Besut, menurut cerita kononya dahulu kawasan ini diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya yang merupakan ketua lanun yang sangat zalim yang

22

menyebabkan tidak ramai orang yang ingin tinggal di kawasan ini. Namun demikian selepas raja ini meninggal kawasan ini di ambil alih oleh kumpulan penduduk yang terdiri daripada orang Pangan yang ketua mereka bernama BESUT, dengan ini dipercayai nama BESUT adalah di ambil daripana nama ketua Pangan itu. Namun kesemua cerita mengenai sejarah kawasan ini tidak dapat di buktikan sepenuhnya, ini kerana bukti yang menyentuh mengenai kewujudan daerah ini amat sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dari buku Tuhfatul Nafis karangan Raja Ali Haji yang mana dalam catatanya ini ada diceritakan mengenai kumpulan pedagang Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut dengan diketuai. Dalam catatan ini dicertiakan mengenai sekumpulan pedagang dari pattani (Selatan Siam yang datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Dipercayai Cik Latif ini berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di Pattani. Cik Latif telah menawarkan segantang Mata Kail kepada orang Pangan dan berjaya menyuruh irang pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Dengan ini beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampungan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mengambil sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang dijadikan pusat pentadbiran pertama di Kuala Besut sebelum kampung Raja. Walau bagaimanapun selepas Cik Latiff meninggal dunia dan diganti dengan Cik Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Besut berada dalam keadaan huru hara kerana ancaman lanun. Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik

23

Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir. Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian. Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak di atas Pulau Rhu. 2.2 Sejarah sektor perikanan

Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan Perikanan telah di beri tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan Ketiga (1976-1980), sebanyak RM 96 juta diperuntukkan kepada Jabatan ini bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan Subsidi Nelayan. Sebanyak RM 45 juta diperuntukkan untuk mengadakan infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, jabatan ini telah memperkenalkan dasar perlesenan yang lengkap dan seragam bagi membantu pembangunan dan pengurusan sumber perikanan.

24

Bermula tahun 1981, kerajaan mengistiharkan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000 batu nautika persegi. Selain itu, Akta perikanan turut diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada januari 1986. Jabatan perikanan turut giat menjalankan penyelidikan perikanan bagi memantapkan lagi kegiatan perikanan negara. Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang. Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, jurumudi, Pembuat Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan

Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan laut dalam telah dilancarkan pada 1 7 September 1987 oleh YA.B. Perdana Menteri Malaysia bersama dengan Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi mempergiatkan aktiviti ini.

25

Jabatan

juga telah

memainkan

peranan

yang

cukup aktif

diperingkat

antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program Teluk Bengala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak 1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuab Departmen

Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah ditububkan pada 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun 1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara; apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam dan akuakultur

2.3 Sumbangan sektor perikanan

2.3.1 Menambahkan pendapatan negara

Sektor perikanan pada tahun 2004 telah menghasilkan 1,537,988 tan metrik pengeluaran ikan bernilai RM 5,505.9 juta termasuk 456 juta ekor ikan hiasan yang bernilai RM 106.03 juta. Pengeluaran ikan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.64% dari segi pengeluaran dan sebanyak 6.17% dari segi nilai. Mengikut sektor, pengeluaran perikanan tangkapan marin menyumbang

26

1,331,645 tan metrik atau 87% daripada pengeluaran ikan negara yang bernilai RM 4,241.4 juta. Perikanan pantai masih kekal sebagai penyumbang utama dengan pengeluaran sebanyak 1,060,150 tan metrik atau 69% daripada keseluruhan pengeluaran ikan negara. Sektor perikanan laut dalam telah menyumbang 271,495 tan metrik iaitu 17.6% daripada keseluruhan pengeluaran ikan negara. Sektor akuakultur pula telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 202,225 tan metrik, menghasilkan 13.2% daripada jumlah pengeluaran ikan negara. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.72% jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2003. Bagaimanapun, pengeluaran daripada sektor ini menunjukkan kenaikan dari segi nilai pengeluaran sebanyak 7.86% daripada RM 1,172.31 juta pada tahun 2003 kepada RM 1,264.5 juta pada tahun 2004.

2.3.2 Peluang pekerjaan

Kegiatan perikanan di Kuala Besut menyumbang pekerjaan kepada penduduk yang tinggal di Kuala Besut. Hampir 98% penduduk disini berkerja sebagai nelayan dan terlibat dalam kegiatan yang berasaskan perikanan. Perkembangan kegiatan perikanan ini menyumbang kepada penduduk pekerjaan sebagai nelayan,pembuat bot, industri keropok, membuat pukat dan industri hiliran yang berasaskan kegiatan perikanan. Selain itu, perkembangan kegiatan ini juga telah membolehkan penduduk dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik hasil daripada perkembangan kegiatan perikanan ini yang menyumbang kepada pendapatan penduduk di sini.

27

2.3.3 Pembangunan kawasan

Perkembangan kegiatan perikanan ini telah banyak membangunkan kawasan di Kuala Besut. Kegiatan perikanan yang giat dijalankan disini telah membawa perubahan kepada pembinaan jalan raya yang lebih baik, projek naik taraf jeti pendaratan ikan, perkembangan kawasan dan pelbagai kemudahan lain yang ditambah dikawasan ini seperti masjid, stesen bas, stesen kereta sewa dan kegiatan perniagaan lain.

2.4.2 Taraf hidup penduduk meningkat

Perkembangan kegiatan perikanan ini telah membawa kepada perkembangan kegiatan susulan seperti perniagaan kecil-kecilan dan perusahaan kecilan seperti pasar tani dan kegiatan membuat keropok di Kuala Besut. Hasil daripada perkembangan ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk dan hampir 98% penduduk di sini mempunyai peluang pekerjaan dan dapat menikmati segala kemudahan yang ada dan menggunakannya. Kadar kemiskinan di kawasan ini juga adalah pada tahap yang sederhana. Ini jelaslah menunjukkan walaupun penduduk terlibat dengan kegiatan perikanan, namun taraf hidup mereka masih pada tahap yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang lebih baik dan dapat menampung hidup.

28

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kawasan kajian

Kajian ini dijalankan di Kawasan nelayan di Kuala besut yang merupakan kawasan perkampungan yang terdiri daripada golongan nelayan. Kajian yang dijalankan di kawasan ini bertujuan untuk mendapat gambaran sebenar dari responden yang terdiri daripada nelayan. Kuala Besut di pilih sebagai lokasi kajian kerana bertepatan dengan tajuk yang diambil dan kawasan ini merupakan kawasan yang giat dilakukan aktiviti perikanan. Di kawasan ini hampir 98% penduduk terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan. Pemilihan kawasan ini adalah amat bertepatan dengan kajian yang akan dilakukan kerana kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan nelayan, kegiatan pembangunan perikanan, aktiviti hiliran yang berasaskan perikanan dan aktiviti perniagaan yang berasaskan sumber perikanan dijalankan di kawasan ini.

Selain itu, lokasi kegiatan perikanan yang dijalankan di kawasan ini juga jelas memperlihatkan saling kaitan antara sumber perikanan dan pembangunan penduduk nelayan di kawasan ini. Saling kaitan ini dapat dilihat dimana perkembangan sektor perikana di Kuala Besut telah membawa banyak perubahan kepada sosioekonomi penduduk. Hal ini terbukti dimana di Kuala

29

Besut sekarang telah di bangunkan pelbagai kemudahan seperti Bank Pertanian, Lembaga Kemajuan ikan (LKIM), pejabat pos, pusat pelancongan, jeti pendaratan ikan, pendalaman muara di kawasan pendaratan, perkembangan pasar tani, stesen bas, kemudahan infrastrktur dan sosial lain bagi kemudahan penduduk di Kuala Besut.

Namun demikian, kepelbagaian pembangunan yang dilakukan disebalik kesan kegiatan perikanan telah menarik pengkajia untuk melihat kesan kegiatan perikanan kepada sosioekonomi penduduk seperti dalam aspek perkembangan kegiatan pasar tani, perkembangan infrastruktur dan perkembangan

pembangunan kawasan Kuala Besut. Kajian mengenai perkembangan pasar tani dilakukan untuk mengetahui setakat mana kegiatan perikanan memberi kesan kepada kewujudan pasar tani dan bagaimana hasil perikanan yang diperolehi dipasarkan kepada pengguna. Kajian yang dijalankan mengenai perkembangan infrastruktur dilakukan untuk mengenai bagaimana perkembangan kegiatan perikanan memberi kesan positif kepada pembangunan infrastruktur kawasan ini seperti kegiatan naik taraf jalan raya, pembanguan kemudahan pendaratan ikan, bangunan dan sebagainya untuk kemudahan penduduk di Kuala Besut.

30

Kuala Besut,Terengganu 3.1.1 Lokasi

Rajah 3.1: Peta kawasan kajian. Sumber: http://www.dromoz.com/directory/place/?id=1087

31

Daerah besut merupakan salah satu daerah di dalam negeri Terengganu yang merupakan pntu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan. Daerah ini mempunyai keluasan 123,3678 hektar iaitu kura-kira 9.52 daripada keluasan negeri Terenganu. Daerah Besut mempunyai aggaran penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu. Pertumbuhan purata penduduk ialah 2.89% setahun. 93.8% penduduk ialah berketurunan melayu, dan nisbah lelaki dengan perempuan ialah 101 kepada 114 orang pada tahun 1998 berbanding 84 orang pada tahun 1983 dengan ini jelas menunjukkan mejoriti penduduk daerah ini menetap di kawasan luar bandar.

3.1.2 Kedudukan Geografi Topografi daerah ini adalah landai disebelah utara dan beralun disebelah selatan. Keadaan fizikal ini telah menjadikan kawasan rendah sebagai lembah di lembangan Sungai Besut. Sebanyak 35.8 peratus daripada keluasan mempunyai ketinggian kurang daripada 20 meter. Kawasan berbukit diselatan mempunyai ketinggian melebihi 200 meter dan di kiri kanan sempadan daerah tersergam Banjaran Gunung Tebu dan Hutan Simpan Pelagat. Daerah ini diairi oleh Sungai Besut yang mengalir dari Hulu Besut hingga ke muara Sungai di Kuala Besut dan Laut China Selatan. Pusat Pentadbiran daerah Besut ialah di Kampung Raja. Pusat-pusat tumpuan utama ialah Jerteh dan Kuala Besut. Pusat-pusat kecil daerah pula terdiri daripada Bukit Payong, Pasir Akar, Kg. Renek, Jabi, Apal dan Tembila. Daerah Besut mempunyai 15 mukim pentadbiran. dan

32

kawasan berhalangan di daerah Besut berjumlah 113,241 hektar termasuk kawasan hutan, pertanian, perladangan, tapak bina dan saliran. Guna tanah daerah Besut dipecahkan kepada pertanian 33,089.6 hektar, bangunan 27,761.9 hektar, industri 517.5 hektar, rizab hutan 56,243 hektar, tanah kerajaan persekutuan 733.5 hektar dan lain-lain kegunaan 204 hektar.

3.1.3 Kawasan pentadbiran Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Negeri Terengganu: Kuala Terengganu, kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru, Setiu dibentuk. Kini terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu. Di antara daerah-daerah ini,

33

Hulu Terengganu mempunyai kawasan yang terluas iaitu hampir satu pertiga daripada keluasan Negeri Terangganu. 3.1.4 Keluasan kawasan di negeri Terengganu DAERAH Besut Dungun Hulu Terengganu Kemaman Kuala Terengganu Marang Setiu JUMLAH KELUASAN (hektar) 123,367.8 273,503.1 387,462.6 253,559.9 60,528.1 66,654.3 130,436.3 1,295,512.1 PERATUS 9.52 21.11 29.91 19.57 4.67 5.15 10.07 100.00

Sumber: Majlis Daerah besut 2008

3.1.5 Kemudahan yang terdapat di Kuala besut. Nama Jabatan Kerja Alamat 21200 Besut, No.Tel 09Faks 09-6956557

34

Raya Besut Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut Tenaga Nasional Berhad

Terengganu Darul Iman Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu

6956133 096956922 09-6958820

Tingkat 1,Bangunan Persekutuan Besut 22200 Besut Terengganu Darul Iman Pencawang Masuk Utama, Jalan Kuala Besut, Kampung Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu.

096956042

09-6957003

096971532

-

Jabatan Pengangkutan Jalan

Cawangan Kecil Besut, 22200 Kota Putra, Terengganu

096958757

09-6958723

3.2 Keperluan data

Secara amnya, data yang diperlukan dalam kajian yang dilakukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder diperoleh daripada laporan yang dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan seperti kerajaan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan agensi yang

35

terlibat lain. Manakala data primer diperoleh hasil daripada proses soal selidik yang akan dijalankan di kawasan kajian untuk mendapatan maklumat lanjut mengenai kajian ini.Data-data yang diperlukan dalam kajian ini meliputi data pembangunan di Kuala Besut, perangkaan perikanan, data pembangunan kawasan serta lain-lain data yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan di kawasan ini.

3.3 Kaedah pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data merupakan kaedah yang penting dalam memastikan data yang dikumpul mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi menjamin mutu kajian ini berlaku dengan lancar, pengkaji memilih untuk mendapatkan data dan mengumpul data dan maklumat penting yang diperlukan daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang akan digunakan oleh

pengkaji ialah dengan mengunakan kaedah temu bual dan soal selidik yang akan dilakukan di kawasna kajian untuk mendapat bukti dan maklumat yang diperlukan mengenai kajian yang dijalankan. Soalan-soalan yang akan dikemukan meliputi pembangunan kawasan, perkembangan kemudahan dan kegiatan pasar tani yang dijalankan dikawasan ini.

Selain itu, pengkaji juga akan mengemukakan soalan kepada responden seperti jantina responden, pendapatan, umur, pekerjaan. Pengkaji berpendapat dengan memilih cara ini untuk melakukan kajian, pengkaji akan dapat mendapatkan

36

maklumat secara terus dengan penduduk dan dapat mengetahui sendiri mengenai maklumat yang sepatutnya pengkaji perolehi. Maklumat juga pengkaji akan perolehi secara terus tanpa melalui pihak lain. Dengan cara ini pengkaji akan dapat perolehi maklumat secara terperinci dan maklumat yang diperoelhi oleh pengkaji akan lebih dipercayai kerana pengkaji sendiri yang mendapatkan maklumat tersebut.

Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan bahan sekunder. Bahan sekunder merangkumi dokumen-dokumen dan bahan

penerbitan. Dokumen dan bahan penerbitan juga melibatkan pembacaan pengkaji terhadap bahan seperti jurnal,artikel, keratan akhbar, latihan ilmiah, kertas seminar, prosiding dan bahan bacaan daripada internet. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat daripada buletin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia dan buku Perangkaan Perikanan Malaysia.

37

Permasalahan kajian

Pembentukan objektif dan matlamat kajian

Pembentukan kerangka konseptual kajian

Keperluan data yang akan digunakan Data Primer Data sekunder Kaedah pengumpulan data

Soal selidik

Jabatan kerajaan yang berkaitan

Analisis data

Temu bual

LKIM

Majlis Daerah

Variasi pemilihan kawasan perikanan

Persatuan Nelayan

Lain-lain

Cadangan dan kesimpulan kajian

38

3.4 Kaedah analisis

Kaedah analisis data merupakan satu aspek penting dalam membuktikan kesahihan data yang diperolehi supaya boleh dipercayai dan dilakukan kajian terperinci. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob ( 2005) analisis dalam aspek sekarang membawa penegertian bahawa seseorang itu melakuka prosedur statistic terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan dalam metodologi. Maklumat dan data yang diambil daripada soala selidik yang dilakukan dari jabatan yang berkenaan akan dikumpulkan dan disemak dengan teliti supaya data yang diperolehi mempunyai kesahihan yang tinggi. Data kuantitatif yang didapati daripada soal selidik akan dianalisis melalui kaedah statistic dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical package For Sosial Science). Program SPSS merupakan kaedah yang bermutu tinggi dan tepat dalam menganalisis data. Data-data seperti data kuantitatif dan kualitatif perlu dikumpulkan untuk diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferens untuk melihat hubungan antara variable. Data dan maklumat yang diperolehi akan dilakukan pemerincian dengan memberikan penerangan dengan

menggunakan jadual dan graf bagi memudahkan pemaparan hasil dapatan kajian yang dilakukan. Pemaparan dalam bentuk ini adalah memudahkan penyampaian maklumat untuk mudah difahami oleh pembaca.

39

3.5 Sampel kajian

Dalam kajian yang berkaitan dengan kegiatan perikanan Kuala Besut, sample kajian yang dipilih yang terdiri daripada sebahagian daripada keseluruhan populasi yang ada. Sampel soal selidik yang dipilih secara rawak terdiri daripada nelayan di Kuala Besut serta penduduk sekitar yang tinggal di kawasan ini. Sampel yang digunakan untuk kajian ini ialah 100 orang. Ini bagi memudahkan pengkaji mendapatkan data daripada sampel yang tidak ramai serta mengatasi masalah kekangan masa dan kewangan untuk ke lokasi kajian. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian rawak mudah yang mengandaikan bahawa setiap pengunjung yang terlibat dalam aktiviti perikanan mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel.

3.6 Kaedah persampelan

Kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan kebarangkalian. Dengan cara ini pengkaji memilih teknik persampelan rawak secara berlapis sebagai terknikyang sesuai dalam menentukan sampel bagi kajian yang dilakukan terhadap penduduk di Kuala Besut. Melalui kaedah ini pengkaji akan

menjalankan satu langkah iaitu mengambil sampel dengan mengasingkan dahulu sampel unsur-unsur dalam populasi kepada kumpulan tidak bertindih yang setiap satunya dinamakan lapisan atau strata. Selepas itu, pengkaji akan mencabut satu sampel secara rawak mudah daripada tiap-tiap lapisan ini.

40

3.7 Peralatan dan jadual kerja

Keseluruhannya, sesuatu proses penyelidikan yang dilakukan memerlukan data dan bahan kajian yang khusus untuk melakukan penyelidikan, namun dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya menggunakan set borang soal

selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Set-set soalan yang digunakan ini digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian seperti maklumat penduduk, jantina dan sebaginya yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Manakala dalam proses pengumpulan data, kajian ini akan menggunakan kemudahan komputer dan perisisan SPSS untuk memproses maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian.

Bagi melakukan penyelidikan ini ke kawasan kajian, ianya akan bermula selepas minggu peperiksaan semester sebelumnya. Selepas peperiksaan akhir

semester, pelajar akan melakukan perbincangan dengan penyelia mengenai penyelidikan yang akan dijalankan pada semester akan datang dan pengkaji juga akan menjalankan penyelidika pada cuti semester kerana pada waktu ini terdapat kelapangan masa yang banyak dan boleh digunakan untuk melakukan penyelidikan dan kajian ke lokasi. Antara perkara yang akan dilakukan semasa cuti semester ialah:

41

I. Mengemas kini maklumat, objektif kajian dan metodologi kajian yang akan dijalankan II. Membuat ulasan literatur dan mengemaskini maklumat yang sepatutnya dilakukan III. Mereka bentuk soalan soal selidik dan fokus yang akan diberikan dalam set soalan soal selidik IV. Membuat pra ujian V. Melakukan proses soal selidik ke lokasi kajian VI. Mengumpul set-set soalan soal selidik

Selepas cuti semester berakhir, penyelidikan akan dimulakan dengan melakukan kerja-kerja menganalisis set-set soalan soal selidik, menganalisis data, membuat laporan, membuat penyemakan laporan, berjumpa penyelaran dan seterusnya menghantar laporan untuk disemak oleh penyelia.

3.8

Kesimpulan

Dalam bab tiga ini pengkaji akan melakukan beberapa pendekatan yang telah diambil dan sepatutnya dilaksanakan dalam kajian yang akan dijalankan. Pendekatan ini meliputi penerangan secara jelas mengenai lokasi kajian dengan memaparkan peta lokasi kajian, keperluan data dalam melakukan kajian, kaedah pengumpulan data daripada sumber primer dan sekunder dan penjelasan

42

mengenainya, kaedan analisis data yang akan dilakukan, pembentukan hipotesis kajian serta kaedah persampelan yang akan digunakan dalam melancarkan proses kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Segala maklumat dan paparan maklumat yang diberikan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kajian yang dijalankan oleh pengkaji disamping memudahkan gerak kerja pengkaji menjalankan penyelidikan mengikut langkah yang sepatutnya dilakukan dan tidak mengelirukan pengkaji melakukan kajian. Segala maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh pengkaji adalah untuk memudahkan lagi kelancaran kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.

43

Jadual kerja penyelidikan

Cuti Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Mengemas kini maklumat,objektif dan metodologi kajian Merangka soalan soal selidik Pra ujian (pilot servey) Kerja lapangan ( menjalankan soal selidik) Ujian literatur Menganalisis data Menulis draf laporan penyelidikan Pengubahsuaian dan pembetulan Laporan akhir penyelidikan semester M1 M2 M3 M4 M5

Minggu pembelajaran M6 M7 M8 M9 M10

M11

M12

M13

M14

44

45

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->