You are on page 1of 25

Pengenalan Bandaraya Kuala Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia.

Kedudukan Terengganu yang strategik dan terletak 500 kilometer di timur laut bandar raya Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Sebuah negeri yang mempunyai kekayaan yang tersendiri dan keunikan yang agung. Penduduk dan ekonomi yang dimiliki oleh negeri Bandaraya Warisan Pesisir Air ini berada dalam pola yang semakin menaik ekoran daripada pembangunan yang semakin giat berlaku. Pengukuran yang dibuat untuk sesebuah negeri yang bertaraf bandaraya ialah bilangan penduduk yang menjadi ukuran yang penting. Peningkatan penduduk bandar raya Terengganu berlaku dari semasa ke semasa. Sekaligus menjadikan Terengganu sebuah negeri yang bertaraf bandar raya pada tahun 2008. Struktur ekonomi juga mengalami perubahan yang ketara dari semasa ke semasa. Sebelum Terengganu menemui telaga pertoleum majoriti penduduk di negeri ini menjalankan aktiviti dalam sektor primer termasuklah sebagai nelayan ekoran petempatan yang berhampiran dengan kawasan laut, menjual di pasar secara kecil-kecilan, menjayakan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang melibatkan ramai penduduk Melayu tidak ketinggalan juga bertani mengusahakan kebun dan tanah sawah secara persendirian. Namun, struktur ekonomi bagi negeri pantai timur ini mengalami perubahan setelah penemuan petroleum tiga dekad yang lalu yang menjadikan negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang menyumbang kepada pendapatan negara (KDNK). Penemuan petroleum di luar pantai Terengganu telah memberi peluang untuk struktur ekonomi di Terengganu diubah semula.( Katiman Rostam, 2005). Perubahan ekonomi yang berlaku di negeri ini telah memberikan pelbagai impak terhadap sosioekonomi penduduk yang

menyumbang kepada proses pembangunan yang giat sehinggakan mewujudkan sebuah negeri yang maju ianya juga bagi mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju dan bertaraf dunia.

Latar Belakang Kajian. Proses pembandaran yang giat berlaku di bandaraya Terengganu telah memberikan impak terhadap sosioekonomi penduduknya. Ekoran daripada penemuan telaga minyak, gas asli dan sebagai hab utama petrokimia sudah cukup untuk menjadikannya salah satu satu elemen untuk meneruskan proses pembangunan di negeri ini. Tahap sosioekonomi yang dipengaruhi oleh proses pembandaran termasuklah, tahap pendidikan penduduk, taraf kesihatan, pusat perkhidmatan sosial, peluang pekerjaan, pendapatan bulanan penduduk, darjah ketersampaian dan juga jaringan pengangkutan dan perkidmatan. Kesemua elemen ini menjadi isi kandungan dalam konsep sosioekonomi penduduk Bandaraya Terengganu. Peralihan struktur ekonomi pada tiga dekad yang lalu telah banyak memberikan kesan kepada negeri ini baik dari segi ekonomi mahupun politik dan sosial. Peluang pekerjaan yang semakin banyak ditawarkan kepada penduduk bukan sahaja dalam sektor primer tetapi dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian, pembukaan lebih banyak kilang untuk menguruskan sumber bahan mentah di negeri ini telah memberikan impak positif kepada penduduknya. Jika dibandingkan sebelum penemuan petroleum dan gas asli, kebanyakan penduduk terlibat dengan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan majoriti belia dan generasi muda berhijrah ke negeri-negeri lain yang menawarkan peluang pekerjaan yang lebih moden dan berpendapatan yang lebih tinggi keadaan ini mengalakkan kadar migrasi ke luar. Namun setelah berlaku peralihan struktur ekonomi, bilangan penduduk di negeri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Peningkatan penduduk dapat dibuktikan melalui data yang diambil oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu. Bilangan penduduk diambil dari dua tahun yang berbeza, perbezaan ini menggambarkan peningkatan bilangan penduduk dari tahun 2000. Kadar pertumbuhan penduduk bagi tahun 2006 menunjukkan angka yang tinggi iaitu 20.23%, iaitu berlaku pertambahan penduduk dari tahun 2000 iaitu seramai 898 825 orang dan angka ini mengalami peningkatan kepada 1,081,286 orang pada tahun 2006. Bilangan penduduk menggambarkan sama ada sesebuah negeri itu layak untuk diiktiraf sebagai bandar raya ataupun tidak.
PENDUDUK

MENGIKUT KUMPULAN UMUR.


KUMPULAN UMUR 2000 Lelaki Perempuan Jumlah 2006 Lelaki Perempuan Jumlah

0-4 5-9 10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75+ JUMLAH

58,072 54,293 64,558 61,488 63,086 60,659 51,126 50,253 33,830 29,994 29,506 28,326 29,097 28,947 29,298 28,401 25,870 24,847 20,276 18,795 16,100 14,218 11,849 11,080 9,933 10,737 5,206 5,795 4,413 5,274 6,129 7,369 458,349 440,476

112,365 70,073 126,046 77,900 123,745 76,124 101,379 61,693 63,824 40,821 57,832 35,604 58,044 35,111 57,699 35,353 50,717 31,217 39,071 24,467 30,318 19,427 22,929 14,298 20,670 11,985 11,001 6,281 9,687 5,326 13,498 7,398 898,825 553,078

65,100 73,733 72,741 60,267 35,958 33,970 34,716 34,056 29,796 22,536 17,046 13,284 12,881 6,953 6,327 8,844 528,208

135,173 151,633 148,865 121,960 76,779 69,574 69,827 69,409 61,013 47,003 36,473 27,582 24,866 13,234 11,653 16,242 1,081,286

Sumber:Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Jabatan Perangkaan Malaysia.

BILANGAN

PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR 2006


DAERAH 0-14 15-64 65 ke atas

BESUT 58,835 82,049 4,440 DUNGUN 63,969 88,828 7,199 HULU 30,159 42,369 2,384 TERENGGANU KEMAMAN 68,652 97,808 8,416 KUALA 147,972 203,010 10,819 TERENGGANU MARANG 40,958 57,493 4,019 SETIU 25,126 32,929 3,852 JUMLAH 435,671 604,486 41,129
Sumber:Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu Jabatan Perangkaan Malaysia.

Latar Belakang Kajian. Ekoran daripada proses pembandaran yang semakim merebak di bandar raya Kuala Terengganu memberikan impak yang maksimum terhadap tahap sosioekonomi, kertas cadagan ini akan mengukur taraf hidup penduduk di kawasan bandar dengan menggunakan jumlah pendapatan bulanan penduduk sebagai elemen. Kesan daripada pertambahan peluang pekerjaan yang lebih tinggi ditawarkan khususnya dalam sektor perindustrian, perkilangan mahupun perkhidmatan memberikan peluang bagi penduduk di kawasan bandar raya Terengganu. Menurut Katiman Rostam dalam kajiannya pada tahun, 2005 sepanjang tempoh 1996-2000, sebanyak 79 projek perindustrian telah diluluskan oleh kerajaan Terengganu dengan melibatkan modal kira-kira RM13.2 bilion. Keadaan ini menggambarkan bahawa kerajaan Terengganu telah menjadikan negeri yang berpotensi tinggi ini sebagai hab pelaburan yang tinggi untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri yang maju menjelang tahun 2020. Pembandaran yang semakin giat berlaku di pusat bandar ini seiring dengan teori kutub yang merupakan teori kutub pertumbuhan yang dikemukakan oleh F. Perroux dan kemudian dikembangkan oleh R.J. Boudeville melalui ideanya tentang pusat pertumbuhan (Katiman Rostam,2005). Teori ini membincangkan bahawa apabila pusat-pusat yang dikenalpasti dan dianggap akan memberi manfaat yang sepatutnya diberi suntikan modal sama ada dalam sektor pembuatan mahupun perindustrian ianya akan memberikan manfaat kepada kawasankawasan sekitarnya seterusnya menggalakkan rebakan proses pembandaran ke seluruh kawasan yang berdekatan. Keadaan inilah yang akan dikaji untuk melihat implikasi terhadap sosioekonomi akibat daripada rebakan proses pembandaran ini secara meluas dan lebih jelas. Selain dari itu juga, taraf pendidikan dan termasuklah elemen-elemen lain yang akan menjadikan kajian ini lebih kondusif seperti taraf kesihatan penduduk di kawasan bandar raya Terengganu akibat daripada proses pembandaran yang berlaku. Menurut Rosniza Aznie Che Rose dan Asmah Ahmad dalam kajiannya pada tahun 2010, menyatakan bahawa Terengganu menunjukkan Kadar Kematian Kasar (KKK) dan Kadar Kematian Bayi (KKB) telah menurun secara berterusan semenjak selepas merdeka. Kadar Kematian Bayi (KKB) merupakan indek untuk mengukur kemajuan pembangunan sosio-ekonomi, taraf kesihatan kanak-kanak, kesejahteraan dan kemakmuran penduduk dalam sesebuah negara. Penurunan KKB dianggap sebagai satu penunjuk atau indikator kepada kemajuan pembangunan sosio-ekonomi yang dicapai oleh sesebuah negeri.

Lokasi kajian.

Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Jerteh, Kg. Raja, Kuala Besut, 2000

Pernyataan masalah. Proses pembandaran dan pembangunan yang semakin pesat berlaku di negeri pantai timur ini bukan sahaja memberikan impak kepada ekonomi malah ianya juga memberikan impak terhadap sosial penduduk di kawasan tersebut. Proses rebakan bandar yang berlaku di sekitar pusat bandar telah memberikan kesan terhadap gejala sosial penduduk di pusat bandar. Kemajuan dan pembandaran negeri Terengganu memberikan gambaran bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam sosial penduduk. Tahap keselamatan penduduk semakin terancam dengan gejala sosial seperti rompakan, ragut, kecurian dan jenayah yang lain. Kesan-kesan ini timbul sedikit sebanyak berpunca daripada proses pembandaran yang berlaku tanpa mengira sempadan. Kemajuan yang dicapai telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan, bagi pihak pelabur atau firma yang menawarkan peluang pekerjaan mempunyai pilihan yang lebih tinggi seterusnya mempengaruhi pengambilan tenaga buruh. Firma akan cuba untuk merendahkan kos pengeluaran dan mendapatkan tenaga buruh asing kerana golongan buruh asing ini tidak memilih pekerjaan walaupun kerja itu membebankan dan pulangan pendapatan yang tidak memuaskan. Kemasukan tenaga buruh asing ini akan memberikan impak yang negatif kepada kesejahteraan sosial penduduk di sekitar kawasan pusat bandar. Pembandaran yang pesat ini juga akan menyumbang kepada kesesakan penduduk, persaingan guna tanah yang menyebabkan harga tanah melambung tinggi dalam pasaran tempatan, keadaan ini akan dikaji dengan teliti yang akan mengukur tahap sosial penduduk di sekitar kawasan bandar. Akibat daripada taraf pendidikan yang semakin tinggi ekoran daripada proses pembandaran yang menyumbang kepada pembinaan dan pembukaan lebih banyak institusi pendidikan di Terengganu telah menyumbang kepada peningkatan golongan profesional. Keadaan ini secara realistiknya akan menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran. Taraf pendidikan yang tinggi dimiliki oleh majoriti penduduk di kawasan pusat bandar menyebabkan golongan ini lebih mementingkan kerjaya masing-masing seterusnya berkahwin pada usia yang lewat. Usia perkahwinan yang lewat akan menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan dan secara relatifnya, kadar kelahiran akan menurun. Pemilihan pekerjaan yang lebih tinggi juga akan meningkatkan kadar migrasi ke luar negeri mahupun ke luar negara untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih profesional dan ianya bersesuaian dan layak dengan taraf pendidikan tinggi yang dimiliki oleh mereka.

Skop kajian. Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengkaji implikasi pembandaran terhadap tahap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar raya Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Bandar Warisan Pesisir Air. Skop bagi kajian ini lebih kepada implikasi terhadap taraf hidup penduduk ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku di negeri ini. Proses pembandaran yang pesar berlaku tanpa mengira sempadan dan jarak ini mempunyai kepelbagaian implikasi terhadap beberapa aspek yang penting. Taraf hidup penduduk merupakan salah satu daripada aspek tersebut, antara elemen yang terkandung dalam aspek ini termasuklah pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kesihatan, ketersampaian juga merupakan elemen-elemen yang perlu dikupas dan dijadikan isu kajian untuk pembandaran. Sebagai bukti, ekoran proses pembandaran di Terengganu juga telah meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan penduduk di kawasan pusat bandar dan luar bandar. Banyak institusi pendidikan ditubuhkan untuk menjadikan penduduk Terengganu celik huruf dan berpendidikan tinggi. Universiti Darul Iman, Universiti Malaysia Terengganu, UiTm, Taman Ilmu di Besut, dan Insitusi kemahiran merupakan institusi pendidikan yang menjadi pusat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan baik dari segi kemahiran dan akademik yang bermutu tinggi. Dengan adanya, pendidikan yang tinggi penduduk akan mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai dan menjamin masa depan mereka baik dari sektor swasta mahupun sektor awam. Pekerjaan yang mampu mengubah masa depan mereka ini akan membantu mereka untuk menaikkan taraf hidup dengan pendapatan bulanan yang tinggi, mereka mampu untuk membeli rumah kediaman, tanah dan kereta dan ini merupakan alat untuk mengukur taraf hidup penduduk di kawasan bandar raya Terengganu. Pemilikan kenderaan ,rumah dan tanah persendirian ini akan membuatkan mereka lebih mementingkan kesihatan dengan melawat klinik-klinik sama ada swasta mahupun kerajaan bagi mendapatkan rawatan kesihatan yang berkualiti, seterusnya kadar kematian akan menurun secara berterusan. Keadaan inilah yang dijadikan sebagai skop kajian dalam kertas cadangan untuk mengukur taraf hidup penduduk ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku di bandar raya Kuala Terengganu.

Kepentingan kajian. Kertas cadangan ini mempunyai kelebihan dan kepentingannya kepada beberapa pihak. Kajian tentang proses pembandaran dan implikasinya terhadap tahap sosioekonomi ini dianggap penting unutk diselidiki kerana ianya akan menyentuh dengan lebih terperinci tentang impak pembandaran terhadap gaya hidup, taraf hidup, dan juga kos hidup penduduk. Seperti diketahui umum, Terengganu mencapai kemajuan setelah mencapai kemerdekaan lagi namun ianya semakin pesat membangun setelah penemuan telaga petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu yang menjadik keunikan dan kekayaan negeri persisir pantai ini. Kepentingan kajian ini boleh dilihat, bukan sahaja dari aspek positif dan tanpa disedari proses pembandaran juga sedikit sebanyak akan memberi impak yang negatif kepada penduduk. Kertas cadangan ini mengkaji impak pembandaran terhadap gejala sosial yang semakin berleluasa di pusat bandar Terengganu. Majoriti penduduk di pusat bandar negeri Penyu ini mempunyai kerjaya yang tinggi dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi kerana tumpuan yang diberikan kepada kerjaya melebihi segala-galanya termasuklah keluarga mereka sendiri. Daripada kajian ini, dapat dilihat bahawa kebanyakan penduduk di pusat bandar tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk bersama dengan keluarga. Keadaan ini cukup untuk remaja pada hari ini meluangkan masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan berkualiti dan wujudlah masalah-masalah seperti lepak, pergaulan bebas, rempit dan kecurian. Kajian ini juga akan menyentuh tentang gejala sosial yang berlaku di pusat bandar,khususnya. Selain daripada itu, kajian ini juga penting kerana melalui penilaian terhadap beberapa elemen yang dikaji termasuklah peluang pekerjaan, tentang kualiti, pendapatan, masa rehat, dan elaun pendapatan akan diselidik untuk mengukur sejauh mana pembandaran memberikan impak kepada penduduk dari segi peluang pekerjaan yang ditawarkan. Keadaan ini kerana, ramai orang beranggapan bahawa mempunyai kerja di pusat bandar memberikan pulangan yang lumayan namun dari segi teori ekonominya, disebabkan pilihan tenaga buruh yang ramai ekoran daripada peningkatan taraf pendidikan yang meningkat, pelabur atau firma akan menggunakan tenaga buruh yang menggunakan kos yang paling rendah untuk memaksimum keuntungan mereka disebabkan ini, ramai penduduk akan bermigrasi ke negeri lain dan meningkatkan kadar migrasi negeri.

Berdasarkan kajian yang ingin dilakukan ini, ianya untuk mengenalpasti dan menilai pengaruh pembandaran terhadap tahap sosioekonomi penduduk di pusat bandar. Merujuk Katiman Rostam,2005 yang mengatakan bahawa pembandaran yang berlaku di pusat-pusat bandar ini mempunyai hubung kait dengan teori yang dikemukakan oleh F. Perroux dan kemudian dikembangkan oleh R.J. Boudeville yang mengatakan bahawa sesebuah negeri yang mempunyai pusat bandar yang membangun dan maju, secara relatifnya ianya akan mempengaruhi kawasan sekitarnya untuk menerima tempias proses pembandaran ini. Sebagai contoh, kertas cadangan yang mengkaji pembandaran di pusat bandar Kuala Terengganu yang menyediakan pelbagai kemudahan insfrastruktur yang sempurna akan memberikan kelebihan kepada pelabur asing untuk menyuntik modal bagi projek sama ada dalam sektor perindustrian, perkhidmatan, perlancongan mahupun perbankan. Terdapat banyak kelebihan yang timbul ekoran daripada suntikan modal dari pelbagai pihak, maka kajian ini akan membantu mereka untuk menilai sejauh mana proses pembandaran ini memberikan kesan dan pengaruh kepada penduduk sekitar. Sebagai contoh, Kuala Terengganu yang terletak di lokasi yang strategik dan ianya terkandung dalam ECER untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah gerbang pelancongan yang dinamik ke ECER. Keindahan semulajadinya merupakan salah satu aset utama negeri ini, seperti yang dapat dilihat melalui pantai yang indah dan laut membiru yang mengelilingi pulau-pulau terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol dan lain-lain, serta pantai-pantai tanah besarnya seperti Tanjung Jara, Teluk Bidara, Kampung Penarik dan Kijal-Kemasik. Potensi pelancongan ini merupakan salah satu langkah atau projek yang boleh dimajukan di Terengganu dan kajian tentang penduduk, taraf hidup serta pendapatan penduduk yang akan dikaji dalam kajian ini akan menjadi sumber bagi pihak pemaju menganalisis prosedur yang boleh dititikberatkan. Suntikan modal di pusat bandar tidak akan mendatangkan kerugian kepada pemaju dan pelabur asing kerana ianya akan mendatangkan pulangan yang berbaloi. Lebih-lebih lagi Terengganu diisytiharkan sebagai gerbang pelancongan antarabangsa ke Pantai Timur di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Kajian literature. Kertas cadangan yang mengkaji tentang proses pembandaran yang berlaku di bandar raya Terengganu ini boleh dikaitkan dengan jurnal dan hasil kajian yang dikaji oleh Katiman Rostam yang berjudul Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor KemamanDungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu pada tahun 2005. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh beliau terdapat beberapa persamaan dari segi angkubah yang terdapat di dalam hasil kajiannya. Antaranya, penulis menyatakan bahawa ekonomi negeri Terengganu mengalami proses peningkatan yang pesat sejak penemuan telaga petroleum di luar pantai Terengganu pada tahun 1976. Penulis menegaskan bahawa penstrukturan ekonomi yang dilakukan bertujuan membolehkan Terengganu menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020 (Terengganu 1999a, 1999b; 2002). Negeri telaga petroleum ini telah memberikan peluang kepada pihak kerajaan untuk mempelbagaikan program pembangunan oleh pelbagai agensi termasuklah kerajaan negeri dan pusat. Perubahan ekonomi yang pesat ini telah meninggalkan impak yang positif ke atas penduduk orang Melayu di koridor itu. Fakta yang dibawa oleh penulis memberikan pengaruh yang besar dalam kertas cadangan ini untuk meneruskan kajian tentang impak pembandaran terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar raya ini.

Selain itu juga, kajian impak pembandaran ini memberikan pengaruh yang besar terhadap taraf pendidikan dan golongan profesional yang wujud akibat dari proses pembandaran ini dan keadaan ini juga mempunyai elemen yang sama dengan hasil kajian lepas yang telah dibuat oleh Nor Hayati Saat yang berjudul Golongan Profesional Di Terengganu : Kajian Sosio-Budaya dan kajian ini dilakukan pada tahun 2004. Dalam hasil kajian penulis, penulis menyatakan bahawa peningkatan golongan profesional yang wujud di Terengganu disebabkan proses pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pembangunan di kawasan tersebut. Bersesuaian dengan kertas cadangan yang mengkaji tentang kesan pembandaran terhadap taraf pendidikan dalam kalangan penduduk khususnya di pantai timur seperti Terengganu. Penulis juga menyoal tentang majoritinya golongan profesional hanya wujud di negeri maju di pantai barat Semenanjung Malaysia, tapi tanpa disedari golongan ini juga wujud di negeri pantai timur khususnya di Terengganu. Lanjutan kajian ini lebih menarik untuk diteruskan kerana hasil kajian yang lepas telah membuktikan bahawa proses pembandaran yang berlaku di Terengganu telah memberikan kepelbagaian impak terhadap struktur ekonomi dan sosial penduduk.

Taburan penduduk dan data jumlah penduduk yang tepat juga dimasukkan oleh hasil kajian yang dijalankan oleh Katiman Rostam dalam kajiannya yang bertajuk Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu pada tahun 2005. Penulis telah merujuk Laporan Banci Penduduk 1947 yang mencatatkan Dungun (Kuala Dungun) yang mempunyai penduduk sebanyak 4,256 orang dan Chukai dengan penduduknya seramai 4,521 orang yang merupakan dua buah petempatan yang terpenting bagi daerah Dungun dan Kemaman sekaligus menepati lokasi kajian yang ingin dianalisis oleh penulis. Pengenalan mengenai bilangan penduduk yang dibuktikan oleh penulis juga telah memberikan ilham untuk memasukkan data bilangan penduduk yang mendiami negeri Terengganu. Bilangan penduduk merupakan salah satu indikator yang penting untuk mengukur tahap pembandaran yang dicapai oleh sesebuah kawasan atau negeri. Kajian yang dilakukan oleh penulis ini memperlihatkan bahawa fakta yang mengatakan bahawa penduduk merupakan indikator penting bagi pengukuran tahap pembandaran kerana data bilangan penduduk dilampirkan pada bahagian pengenalan. Kaedah ini memberikan tunjuk ajar untuk melampirkan bilangan penduduk dahulu sebelum meneruskan kertas cadangan ini. Selain itu juga penulis meletakkan peta lokasi untuk menggambarkan Koridor KemamanDungun, Terengganu. Perletakan lokasi peta atau lokasi kajian akan lebih memudakan pembaca untuk mengenal pasti lokasi kajian dengan lebih jelas dan tepat bagi pembaca yang tidak mengenali lokasi kajian ini akan membantu mereka mengenali sesuatu kawasan dengan perletakan peta atau lokasi kajian dalam tulisan kajian yang dilakukan. Perletakan peta Terengganu juga dibuat dalam kertas cadangan ini untuk memberitahu dan memperkenalkan lokasi negeri pantai timur,Terengganu ini dengan lebih jelas dan mudah untuk diingati. Perkaitan ini sangat jelas untuk dianalisis kerana kajian yang dilakukan oleh penulis Katiman Rostam juga dilakukan oleh di negeri pantai timur, Terengganu. Ini memudahkan untuk meneruskan kajian di negeri penyu bertelur ini. Perletakan peta ini perlu untuk menggambarkan lokasi kajian bukan untuk bertujuan lain, dan kaedah ini seringkali digunakan oleh penulis hasil kajian yang berunsurkan geografi.

Dalam kertas cadangan kajian ini juga mengupas isu tentang perubahan guna tanah yang berlaku di negeri Terengganu sejak berdekad yang lalu akibat daripada penemuan telaga minyak yang telah mengubah strukur ekonomi, budaya dan sosial penduduk di Terengganu, dan fakta ini juga dipersetujui oleh penulis Katiman Rostam yang juga mengupas tentang isu perubahan guna tanah yang berlaku ekoran daripada proses pembangunan yang dimajukan oleh pelbagai pihak baik swasta mahupun awam yang melibatkan kawasan Koridor Kemaman-Dungun sedang mengalami proses perindustrian yang pesat dan perubahan yang berlaku ini menunjukkan perubahan yang sangat drastik selain landskap fizikal, landskap budaya di lokasi kajian khususnya Kemaman-Dungun telah mengalami transformasi yang tinggi. Khususnya, perubahan guna tanah yang berlaku ekoran daripada pertanian dan belukar kepada bangunan tinggi yang menempatkan pelbagai aktiviti ekonomi serta petempatan dan rumah kediaman dapat diperhatikan di sepanjang koridor itu kerana proses perindustrian yang berlaku kira-kira dua puluh tahun lalu telah memberikan pelbagai impak terhadap sosioekonomi penduduk di Terengganu. Perbandingan boleh dibuat dengan strukur ekonomi sebelum penemuan petroleum dengan selepas penemuan petroleum penduduk lebih melibatkan diri dalam bidang pertanian, perikanan sebelum penemuan petroleum dan struktur ekonomi telah mengalami perubahan kerana keterlibatan penduduk dalam sektor perindustrian semakin meningkat dari semasa ke semasa cukup untuk membuktikan bahawa pembangunan dalam sektor perindustrian telah menjadikan negeri pantai timur ini salah satu negeri maju yang terdapat di Malaysia kerana sumber alam yang sangat berharga yang dimiliki oleh negeri ini. Sebahagian besarnya, ianya disumbangkan oleh penemuan petroleum yang telah membuka jalan pembangunan di kawasan ini. Penulis Katiman Rostam juga ada menyentuh tentang isu ini dan menyatakan bahawa terdapat banyak pusat perindustrian yang membangun dengan pesat ianya bermula dengan aktiviti industri yang berkembang di Chukai. Kebanyakan industri itu ringan dan bersaiz sederhana,termasuk kilang elektrik dan elektronik, selain perabot, papan dan kabel dan keluli. Kawasan ini dimajukan dan telah menarik pelaburan asing untuk menyuntik modal dan melabur di kawasan tersebut. Di kawasan perindustrian yang baru, khususnya di Telok Kalong dan Kerteh, lebih banyak industri yang besar yang berasaskan petroleum dan gas. Pembukaan lebih banyak infrastruktur dan pengangkutan telah menyumbang kepada proses pembandaran dan perubahan struktur ekonomi.

Pembukaan lebih banyak pusat perindustrian akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dalam pelbagai bidang. Ekoran daripada pembukaan lebih banyak pusat dan kilang-kilang ini secara langsungnya akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk sekitarnya. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan kajian yang dijalankan oleh penulis Katiman Rostam pada tahun 2005 yang mengatakan bahawa Terengganu merupakan negeri pengeluar utama petroleum dan ekoran daripada kepentingan ini, maka Industri yang berasaskan bahan kimia, petroleum dan gas, seperti loji penapisan minyak, loji memproses gas, etilena dan polietilena selain terminal petroleum dan gas bertumpu di sekitar Kerteh selain daripada itu Kerteh juga merupakan pusat untuk projek perindustrian petrokimia yang dimajukan di Kerteh. Secara tidak langsungnya, pemusatan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sama ada tawaran untuk tenaga buruh mahir, separa mahir dan buruh kasar. Jika dapat dikaitkan dengan peningkatan taraf hidup yang akan dikaji dalam kertas cadangan ini ianya merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk. Kewujudan kepelbagaian peluang pekerjaan yang disediakan dan ditawarkan oleh pelbagai agensi, pelabur tempatan dan pelabur asing akan memberikan peluang kepada penduduk sekitar untuk meningkatkan taraf hidup yang boleh diukur dengan jumlah pendapatan bulanan yang akan dikaji sejurus selepas kertas cadangan ini diterima. Peningkatan pendapatan penduduk akan meningkatkan kuasa beli penduduk dan kuasa pemilikan penduduk sama ada pemilikan tanah, rumah persendirian, kereta dan kemudahan lain akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk. Menurut Katiman Rostam lagi dalam hasil kajiannya pada tahun 2005 yang bertajuk Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu mengatakan bahawa proses pembandaran lebih pesat berlaku di kawasan pinggir bandar yang merupakan tapak perindustrian yang baru untuk dimajukan. Sebagai contoh, kajiannya ini berkait rapat dengan penemuan petroleum pada tahun 1976, yang menyumbang kepada pemusatan perindustrian di Kerteh,khususnya. Kemasukan penduduk di kawasan tersebut akan menggalakkan lagi proses pembandaran dengan pertambahan jumlah penduduk. Penduduk akan tertumpu ke kawasan tersebut disebabkan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Manakala, kawasan yang terletak berhampiran laluan Lebuhraya Persekutuan Kuantan-Kuala Terengganu pula menjadi pilihan pemaju hartanah. Kawasan di pinggir bandar dengan

keadaan fizikal yang baik juga telah dibangunkan kilang, rumah dan kedai untuk menampung pertambahan penduduk.

Bagi penulis Rosniza Aznie Che Rose dan Asmah Ahmad dalam kajian mereka yang berjudul Peningkatan pendidikan menjejaskan fertiliti penduduk tempatan di

Besut,Terengganu pada tahun 2010 ada mengupas isu tentang impak pembandaran dan pembangunan yang berlaku di Terengganu yang memberikan impak kepada kadar fertiliti penduduk tempatan melalui peningkatan pendidikan. Peningkatan pendidikan yang disumbangkan oleh proses pembandaran pada hari ini memberikan impak terhadap kadar fertiliti penduduk. Kajian ini menyentuh tentang negeri Terengganu yang menunjukkan penurunan Kadar Kematian Kasar (KKK) dan Kadar Kematian Bayi (KKB) secara berterusan semenjak 1957 disebabkan oleh peningkatan tahap pendidikan dan kesihatan ekoran daripada proses pembandaran telah mendorong kaum wanita melibatkan diri dalam pelbagai pekerjaan yang membolehkan mereka berdikari dari segi ekonomi dan keterlibatan wanita yang berkerjaya ini disebabkan oleh peningkatan taraf hidup dalam kalangan penduduk di Terengganu. Peningkatan taraf hidup penduduk akan membuatkan isi rumah lebih mengutamakan pendidikan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan berkualiti terutamanya di pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Taraf pendidikan yang cemerlang dimiliki oleh penduduk di Terengganu akan melayakkan mereka untuk bekerja dalam bidang yang profesional dan berkemahiran tinggi. Penulis juga mengaitkan antara era pemodenan hari ini dengan proses pembangunan luar bandar (PLB) yang sedang mengalami perkembangan yang pesat dan berjaya

mengintegrasikan beberapa bidang utama pengetahuan. Ia merupakan satu strategi untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial khususnya masyarakat miskin di luar bandar. Konsep yang dibawa oleh penulis menyokong tentang impak proses pembandaran yang ingin dikaji dan dimasukkan di dalam kertas cadangan ini yang menekankan secara relatifnya bahawa proses pembandaran yang berlaku akan menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan penduduk seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar fertiliti penduduk khususnya di Terengganu. Penulis juga menjelaskan bahawa proses pembangunan luar bandar diertikan sebagai proses peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia termasuklah penyediaan keperluan asas yang mencukupi serta keperluan psiko-sosial yang lain seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian dan keselamatan. Elemen-elemen inilah yang terdapat dalam kajian yang ingin dilakukan, tentang peningkatan prasarana serta sosial ekoran daripada proses pembandaran yang berlaku.

Rosniza Aznie Che Rose dan Asmah Ahmad juga ada merujuk Hassan, 2000 yang menjelaskan dalam hasil kajiannya yang mengatakan bahawa kriteria-kriteria yang boleh digunakan untuk mengukur pembangunan ialah pertambahan sekolah rendah dan menengah, pertambahan murid berdaftar, pengurangan peratus buta huruf penduduk, pertambahan guru yang berkelayakan, kemudahan- kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, peratus kelulusan di setiap pepeperiksaan dan peratus memasuki institusi pengajian tinggi. Dan kesemua kriteria tersebut dinyatakan dalam bentuk kuantitatif. Keadaan ini menepati secara relatifnya dengan proses pembandaran yang berlaku di sesuatu kawasan dengan memberikan impak terhadap pendidikan khususnya. Penulis juga menegaskan bahawa pembangunan sosioekonomi negeri Terengganu telah menjadi perhatian utama kerajaan negeri sejak tahun-tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun perancangan yang khusus di daerah Besut telah bermula pada tahun 1990an iaitu melalui Rancangan Struktur Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Besut (1991-2010), Rancangan Tempatan Jerteh-Kg. Raja dan Kuala Besut (2001-2010) dan Rancangan Pembangunan Daerah Besut-RPD (1998). Perancangan-perancangan tersebut telah

membabitkan pelbagai kajian semula yang lebih fokus dan bersepadu meliputi keseluruhan daerah Besut. Kawasan kajian pembangunan sosio-ekonomi daerah Besut jumlah keseluruhan kawasan iaitu merupakan 9.52 peratus daripada keluasan keseluruhan negeri Terengganu. Keadaan ini juga relatifnya dengan projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan negeri Terengganu baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Ianya menjadi serius selepas penemuan petroleum di kawasan luar pantai Terengganu pada tahun 1976, yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengubah struktur ekonomi negeri dan menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mampu menarik pelabur asing dengan kekayaan sumber alam yang berharga dan tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain. Permulaan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri memberikan impak yang sangat memberansangkan dan mampu menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju.

Menurut penulis Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor dan Aishah@Esah Mohamed dalam hasil kajian mereka yang berjudul Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia dan beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat pada tahun 2010 pula ada mengetengahkan isu tentang proses rebakan bandar yang berlaku di kawasan pinggir bandar. Mereka menjelaskan bahawa proses pembandaran dan peluasan bandar telah membentuk dan menggubah pola petempatan dan kejiranan di kawasan pinggir wilayah metropolitan lanjutan (WML) di kebanyakan negara membangun seperti Malaysia dan perubahan yang berlaku itu melalui proses peluasan kawasan bandar ke zon pinggir wilayah metropolitan yang sering dikenali juga sebagai proses rebakan bandar. Permintaan terhadap ruang bagi pembangunan kawasan perindustrian, rumah kediaman dan pusat perniagaan sangat tinggi telah mengasak kawasan luar bandar di pinggir WML untuk berubah menjadi bandar. Keadaan yang cuba ditekankan oleh penulis ini sama dengan keadaan yang ingin ditekankan di dalam kertas cadangan ini yang merupakan kesan rebakan bandar yang pada mulanya berpunca daripada pemusatan perindustrian yang menyumbang kepada pembangunan dari segi petempatan, pengangkutan pembangunan dari pelbagai kemudahan sosial contoh yang boleh ditunjukkan ialah kesan perindustrian yang berlaku di kawasan pinggir bandar Terengganu seperti Kerteh dan Paka yang menyebabkan permintaan guna tanah dan rebakan bandar mempunyai hubungan yang rapat dengan proses pembandaran yang berlaku pada hari ini. Penulis telah merujuk Pendall, 1999 yang mengatakan bahawa proses rebakan bandar sering dikaitkan dengan tekanan politik, pelaburan dan amalan pemberian subsidi dalam pentadbiran awam bagi membangunkan infrastruktur juga akibat pertumbuhan penduduk dan peningkatan kadar migrasi keluar dari zon tengah bandar ke pinggir bandar. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan keadaan yang berlaku di Terengganu iaitu proses rebakan bandar yang berlaku disebabkan pelaburan. Dan faktor ini boleh dikategorikan sebagai faktor yang utama kerana dengan wujudnya aktiviti pelaburan dan suntikan modal maka pembinaan dan pembangunan sektor perindustrian, perniagaan, pembinaan perumahan dan infrastruktur dapat dijalankan dengan pesat dan menggalakkan kemasukan penduduk di zon tersebut dengan pelbagai tujuan. Kemasukan penduduk ke kawasan pusat perindustrian khususnya akan meningkatkan bilangan penduduk dan menyumbang kepada proses pembandaran sehingga menyebabkan negeri Terengganu layak diisytiharkan sebagai bandar raya Terengganu.

Menurut Anuar bin Amir dalam hasil kajiannya yang berjudul Ke arah Pewilayahan Petempatan Luar Bandar Yang Mengalami Tekanan Limpahan Pembandaran pada tahun 2004 yang mengatakan bahawa petempatan luar bandar yang menerima impak daripada proses pembandaran ini mengalami perubahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi merangkumi aspek sosioekonomi dan corak hidup penduduk. Keadaan inilah yang akan dikaji dalam kalangan penduduk bandar Terengganu dan penduduk sekitarnya. Penulis juga menjelaskan dalam tulisannya bahawa pembangunan pesat dan proses pembandaran yang berlaku di barat Metropolitan Johor Bahru berlaku sejak tahun 1980an disumbangkan oleh pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Dasar pembangunan yang memberikan keutamaan kepada kawasan yang mempunyai kemudahan infrastruktur menyebabkan bahagian barat metropolitan mengalami pertumbuhan yang lebih pesat sebagai pusa petempatan dan aktiviti perniagaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa proses pembangunan yang akan menyumbang kepada proses pembandaran di sesuatu kawasan bergantung juga kepada peranan kerajaan. Kes ini juga sama dengan pembangunan yang berlaku di Terengganu sejak tahun 1976, Terengganu termasuk dalam projek pembangunan ECER yang mempunyai kepelbagaian projek untuk menjadikan negeri ini termasuk dalam salah satu negeri termaju di Malaysia menjelang tahun 2020. Dalam hasil kajian penulis dalam kajiannya, didapati bahawa ketersampaian penduduk lebih tinggi disebabkan oleh taraf ekonomi semakin membangun dan canggih. Penyediaan kemudahan awam lebih banyak dan selesa. Keadaan ini disumbangkan oleh peningkatan ekonomi ekoran daripada proses pembandaran di sesuatu kawasan. Sesebuah kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan asas dan pengangkutan yang sempurna akan meningkatkan ketersampaian penduduk ke peringkat yang lebih tinggi. Penulis dapati bahawa secara keseluruhannya penduduk berpuas hati disebabkan oleh jarak untuk mendapatkan kemudahan awam seperti pejabat pos, bank, gerai makan, kedai runcit, mini market, komplek membeli belah selain itu juga penduduk juga jelas berpuas hati kerana majoriti petempatan mereka akan memudahkan mereka unutk mendapatkan bahan media cetak, klinik, kedai ubat, ke pusat keagamaan seperti surau, ke tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, dan ke sekolah agama. Rebakan pembandaran ini akan menyumbang kepada darjah ketersampaian dalam semua aspek yang telah dianalisis oleh penulis dalam hasil kajiannya.

Metodologi kajian. Kaedah kajian Dalam kajian yang akan dijalankan terdapat beberapa kaedah utama untuk melancarkan proses dan perjalanan kajian yang akan dijalankan di Terengganu. Salah satu daripadanya ialah pemerhatian. Kaedah ini akan membantu untuk melihat dan mengukur sejauh mana perubahan penduduk dari segi ekonomi dan sosial. Kaedah ini juga akan membantu penyelidik melihat corak hidup penduduk seharian di kawasan sekitar bandar Terengganu. Kaedah pemerhatian dapat dijalankan dengan dua cara yang tersendiri iaitu pemerhatian yang melibatkan responden turut serta dan mengetahui bahawa penyelidik sedang

memerhatikannya dan memberikan kerjasama. Penyelidik juga boleh bersosial dengan responden dengan kaedah ini penyelidik mampu untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang corak hidup penduduk sekitar termasuklah tentang jenis pekerjaan yang dimiliki oleh responden dan cara responden menghabiskan masa mereka di kawasan petempatan mahupun di lokasi pekerjaan. Selain daripada itu, pemerhatian juga dapat membantu penyelidik untuk melihat perubahan prasarana di kawasan bandar dan proses pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar bandar tersebut. Sebagai contoh, untuk mengetahui kebarangkalian penduduk ke pusat kesihatan, klinik dan hospital awam dan melihat kekerapan penduduk menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah dan menengah. Kesemua aspek ini akan memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti ketersampaian penduduk di kawasan bandar dan sekitarnya. Selain daripada itu, kaedah pemerhatian juga boleh juga dilakukan tanpa diketahui oleh penduduk atau responden. Keadaan ini boleh dilakukan untuk memastikan bahawa penduduk di kawasan bandar tidak mengalami masalah kemiskinan dan setinggan. Kaedah ini boleh membantu penyelidik mendapatkan hasil kajian dengan memerhati penduduk di kawasan kajian secara jauh dan menilai mereka dengan menghubungkaitkan keadaan mereka dengan impak pembandaran. Bukan semua responden akan memberikan kerjasama yang baik dan kaedah ini merupakan kaedah yang boleh diguna pakai oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang responden. Kaedah ini bukanlah menjadi kaedah kajian yang utama untuk digunakan oleh penyelidik tetapi ianya menjadi salah satu kaedah kajian selain daripada kaedah-kaedah yang lain.

Antara kaedah yang lain akan digunakan oleh penyelidik termasuklah kaji selidik. Kaedah ini meluas digunakan oleh para pengkaji dalam bidang geografi dan sains sosial. Terdapat beberapa kebaikan untuk menggunakan kaedah ini sebagai kaedah kajian ianya lebih tepat dan bersifat asas. Sebelum memulakan kajian tentang impak pembandaran terhadap sosiekonomi penduduk, borang soal selidik perlu diedar dan borang yang diedar mestilah mempunyai beberapa soalan yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Dan mengambil sosioekonomi sebagai aspek yang penting kerana penyelidik ingin mengkaji tentang impak pembandaran terhadap sosioekonomi maka, sosioekonomi perlu menjadi soalan yang penting untuk diedarkan oleh penyelidik kepada responden yang dikaji dan diselidik. Kaedah kaji selidik ini juga dikelaskan sebagai kaedah kuantitatif kerana ianya akan melibatkan beberapa responden di lokasi kajian yang akan dijalankan. Dalam kaedah ini juga akan disekalikan dengan beberapa soalan antaranya termasuklah soalan tentang latar belakang pendidikan, pekerjaan, jenis rumah, jenis pemilikan harta ,taraf kesihatan penduduk, jumlah pendapatan, bilangan anak, dan ketersampaian responden. Beberapa elemen yang diutarakan dalam soalan soal selidik itu akan membantu penyelidik untuk menilai dan menganalisis tahap dan corak hidup responden di kawasan tersebut. Selain daripada kaedah kuantitatif yang akan digunakan untuk melengkapkan kajian, kaedah kualitatif juga akan digunakan untuk menjadikan kajian sebuah kajian yang lebih lengkap dan sempurna. Kaedah kajian yang berunsur kualitatif ini merupakan kaedah kajian temu bual dengan responden yang akan dipilih di lokasi kajian yang tertentu. Teknik temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan data secara asas dan jelas ini kerana temu bual akan dijalankan dalam kalangan penduduk dan ianya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kerana responden akan diambik secara rawak baik dalam kalangan responden yang berkerja, menuntut di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta dan juga responden akan terdiri daripada golongan yang berumur 50 tahun keatas dan golongan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Golongan-golongan responden ini akan ditemu bual mengikut kesesuaian umur dan ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka tentang corak dan gaya hidup mereka pada hari ini. Seisi temu bual ini akan diadakan secara rawak di kawasan sekitar bandar dan pinggir bandar kerana ianya akan membantu perolehan maklumat secara lebih terperinci. Dalam proses temu bual, penyelidik akan mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik dan semua jawapan yang diberikan oleh responden akan dimasukkan dan disimpan sebagai data primer.

Selain daripada ketiga-tiga kaedah kajian yang akan digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan maklumat tentang tahap sosioekonomi penduduk di lokasi kajian, kaedah yang seterusnya yang akan membantu penyelidik untuk melengkapkan kajian ialah pengumpulan data sekunder. Kaedah ini seringkali digunakan dalam proses pengumpulan data, untuk kajian ini penggunaan data sekunder lebih banyak yang akan digunakan khususnya untuk mendapatkan bilangan penduduk yang terkini melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu. Bilangan penduduk perlu diambil kira untuk menilai pertambahan penduduk yang berlaku di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya. Penggunaan data sekunder juga kerap digunakan untuk mengambil gambar peta sebagai lokasi kajian. Petempatan peta dalam kajian bertujuan untuk menampakkan dan menjadikan lokasi kajian lebih jelas dan dapat dikenali dengan lebih jelas dan tepat. Kebiasaannya, peta akan diambil daripada Majlis Daerah Tempatan. Penggunaan data sekunder juga kerap kali digunakan sebagai rujukan untuk memantapkan lagi kajian yang akan dijalankan sebagai contoh, rujukan kajian lepas dan jurnal hasil tulisan pengkaji yang terdahulu. Bagi kajian ini, terdapat beberapa penulis jurnal yang mengkaji tentang ekonomi Terengganu dan ianya boleh digunakan sebagai rujukan utama dan garis panduan untuk menulis hasil kajian nanti. Penggunaan data sekunder bukan hanya bermaksud jurnal atau hasil kajian lepas tapi juga merangkumi data yang diambil oleh beberapa jabatan awam seperti Jabatan Statistik, Unit Perancang Ekonomi Negeri, dan laporan-laporan badan berkanun kerana jabatan-jabatan ini akan menerbitkan data yang terkini dan ianya akan membantu untuk menyiapkan dan dapat membantu dalam proses analisis data yang dikaji oleh penyelidik.

Sampel kajian. Kajian yang akan dilakukan di kawasan bandar Terengganu memerlukan seramai 200 orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian dan sekitarnya. Responden ini akan dipilih secara rawak untuk mewujudkan keseragaman data. Sampel responden yang akan dipilih terdiri daripada golongan tenaga mahir, separa mahir dan buruh kasar bagi menilai corak pendapatan hidup mereka dan taraf hidup yang dimiliki oleh mereka. Selain itu juga, responden yang akan dipilih mempunyai perbezaan umur keadaan ini bermaksud responden yang akan dipilih berlainan identiti tetapi tidak akan ditanya atau ditemu bual dengan soalan yang berbeza. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob, dalam bukunya yang berjudul Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi ketiga yang mengatakan bahawa dalam proses pengumpulan data, keseragaman perlu wujud dalam hasil kajian ini bermakna soalan yang ditujukan kepada responden yang berbeza umur, latar belakang dan petempatan perlu sama kerana ianya bertujuan untuk mewujudkan keseragaman. Responden juga akan dipilih majoritinya yang tinggal di kawasan bandar Terengganu, dan beberapa daerah di pinggir bandar untuk menilai impak pembandaran yang berlaku di bandar Terengganu terhadap sosioekonomi penduduk. Golongan umur yang akan dipilih di kawasan bandar ini juga akan berbeza iaitu 20% daripada responden terdiri daripada golongan responden yang berumur lebih 55 tahun dan 20% lagi terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah selebihnya iaitu sebanyak 60% lagi terdiri daripada golongan yang berkerja dan menuntut di institusi pengajian tinggi. Perbezaan umur yang akan dipilih bertujuan untuk menilai tahap sosioekonomi yang wujud dalam kalangan penduduk seperti taraf kesihatan dan taraf sosial penduduk di kawasan yang terpilih. Dari segi jantina, majoritinya responden yang akan dipilih 60% terdiri daripada golongan wanita dan 40% terdiri daripada golongan lelaki. Kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik mengikut bilangan penduduk di Terengganu yang menunjukkan bilangan golongan wanita yang lebih ramai bilangannya, selain itu juga golongan wanita dipercayai lebih teliti dalam membuat keputusan dan dipercayai lebih jelas dan tepat dalam memberi jawapan yang akan diberi dalam bentuk soal selidik dan temu bual dalam seisi kajian yang akan dijalankan. Majoriti golongan wanita yang akan dipilih terdiri daripada golongan wanita bekerjaya dan ianya menunjukkan peratusan sebanyak 60% daripada golongan wanita akan dijadikan responden.

Prosedur pengumpulan data.

Prosedur penganalisis data.

Tatacara perlaksanaan data.

Kesimpulan. Kajian yang akan dijalankan ini untuk mengenal pasti, mengukur dan menilai sejauh mana proses pembandaran memberikan impak yang besar terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan bandar Terengganu. Kebiasaanya, pembandaran akan mengubah corak kehidupan penduduk daripada hidup di rumah papan dan tinggal di kawasan kampung dan luar bandar akan berubah ke tinggal di rumah batu dan lebih besar, tinggal di kawasan bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan asas dan lebih selesa yang menyediakan kemudahan pusat rawatan yang lebih sempurna yang akan pasti akan meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk. Kesemua elemen yang disebutkan menjadi indikator untuk menilai sejauh mana proses pembandaran ini memainkan peranan dan mempengaruh penduduk di sekitar kawasan bandar. Selain daripada itu juga, tahap sosial yang ada dalam kalangan penduduk juga akan turut berubah sejurus dengan era kemodenan pada hari ini. Kadar kelahiran bayi dan kadar kematian kasar didapati menurun ekoran daripada proses pembandaran yang semakin pesat menular di negeri-negeri pantai timur yang semakin dikenali dan menonjol dalam sumbangan KDNK negara pada hari ini. Penurunan kadar kelahiran yang wujud akibat proses pembandaran ini disumbangkan oleh peningkatan taraf pendidikan yang dimiliki oleh

penduduk hari ini yang melayakkan mereka untuk menyandang jawatan yang tinggi dan berpendapatan tinggi dan akhirnya perkahwinan di usia yang lewat telah menurunkan kadar fertiliti wanita khususnya. Peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan lagi diisi oleh golongan yang berumur tetapi juga diisi oleh golongan yang masih lagi remaja kerana pada hari ini proses pembandaran telah menyumbang kepada penawaran kerja yang terdiri daripada pelbagai sektor dan bidang terutamanya pembuatan, perkilangan, perkhidmatan, pelancongan dan perbankan. Lebih-lebih lagi,pada hari ini Terengganu diisythiharkan sebagai Negeri Gerbang Pelancongan Antarabangsa kerana sumber alam yang dimiliki oleh Terengganu. Pembukaan peluang pekerjaan ini sekaligus akan mengurangkan kadar pengangguran negeri Terengganu dan Malaysia. Proses pembandaran yang berlaku pada hari ini bukan sahaja melonjakkan Terengganu ke peringkat antarabangsa tetapi menjadikan penduduk Terengganu lebih berwibawa dan moden dari segi akademik, ekonomi dan sosial.

You might also like