You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI WPKL 2011.

Terima kasih pengerusi majlis, Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Bangsar/Pudu ______________________________ Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Keramat Pn. Hajah Hanim Yang Berusaha Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan En. Tajudin bin Mohamad Mor Ketua Penolong Pengarah HEM En. Mohd Amir bin Abdul Ghani Ketua Unit HEM, JPWKL Cik Rosnah binti Abdullah Penyelia Kanan Bimbingan & Kaunseling Pn Mahani Aeria binti Abdullah Penolong Pegawai Pelajaran PPWS Merangkap Penyelaras program Pn Nor Ayu binti Adni barisan urus setia, para pelajar peserta Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah Peringkat Negeri WPKL 2011 yang dikasihi sekalian; Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, Segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita dapat bersama-sama pada petang ini di dalam majlis penutup Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah Peringkat Negeri WPKL 2011. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak urus setia kerana menjemput saya untuk merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah serta sijil bagi peserta kursus ini. Hadirin yang dihormati sekalian, Menjadi harapan saya dan jabatan agar semua peserta yang terlibat pada kursus ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari selama 2 hari ini bagi membantu kelancaran para peserta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas di sekolah masing-masing. Saya yakin apa yang para pelajar pelajari dan perolehi sepanjang tempoh kursus ini sedikit sebanyak juga akan menjadi titik tolak kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang disegani. Saya juga berharap agar objektif kursus yang telah dirancang dapat dicapai setelah melalui tempoh 2 hari berkursus. Saya difahamkan objektif kursus ini adalah untuk memangkin tahap pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap aktiviti luar bilik darjah di samping membimbing murid-murid mengaplikasikan disiplin ilmu secara menyeluruh. Tuan-tuan dan puan-puan, Para peserta yang dikasihi sekalian, Amalan disiplin yang baik, dan kepimpinan yang berhemah dikalangan pengawas mencerminkan identiti sesebuah sekolah. Sikap ini akan dapat memberikan gambaran kepada orang awam terutamanya ibubapa betapa keseluruhan sekolah mempunyai nilainilai murni yang tinggi yang boleh dicontohi oleh anak-anak mereka kelak. Amalan yang baik ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan dan kakitangan lain dalam organisasi. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar para peserta yang hadir pada hari ini dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan yang lain agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama demi kepentingan sekolah khasnya dan jabatan pelajaran negeri amnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah Peringkat Negeri WPKL 2011 ini terutamanya kepada Penyelaras program, Pn Nor Ayu binti Adni yang telah bersama-sama para peserta selama 2 hari, pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha untuk memastikan kursus ini berjaya dilaksanakan serta para peserta kursus yang berjaya menamatkan tempoh 2 hari kursus ini. Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya dengan rasminya menutup Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah Peringkat Negeri WPKL 2011. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

You might also like