You are on page 1of 25

riday, December 12, 2008

Teks Pengacara Majlis - Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz & Delima


Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua-dua mempelai. Bunga mawar cantik berseri Dipetik juragan dibawa ke pekan Tarian kuda kepang nama diberi Marilah bersama kita saksikan Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Tarian zapin kami persembahkan Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan. Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan. Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli Di malam hari terang senegeri Memberi cahaya di tengah balai Majlis indah bertambah seri Untuk meraikan kedua mempelai Yang dihormati Ustaz Samad bin Hj. Misbah dan Puan Siti Mariam binti Hj. Dayat, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekasbekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Samad. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Samad di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu Anak Cina mengail patin Mengail patin di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada tahun 2001 ketika sama-sama menuntut di UNITAR, Johor Bharu. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini. Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada November 2007. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 9 Ogos 2008 iaitu pada hari semalam dan telah dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad, selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama. Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot. Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan. Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Pinggan mangkuk telah terhidang Kini masa makan beradab Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh dot.dot.dot. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan sebentar tadi. Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T. Saya serahkan kembali kepada rakan saya En. Ashaari. Dipersilakan. Oleh : Noor Azaref bin Naim (Master of the ceremony of the day) 10 Ogos 2008 Di Dewan Seri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor

SKRIP PENYAMPAIAN MAJLIS PERKAHWINAN

SKRIP PENYAMPAIAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA KEPADA _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________

1. PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN, KETIBAAN RAJA SEHARI / KEDUA-DUA MEMPELAI DIIRINGI OLEH PUTERI-PUTERI COMEL

BUNGA KEMBANG BERSERI, KUMBANG YANG TERBANG TERHENTI, GERBANG BUNGA MOLEK MEMAGARI, DUA PENGANTIN DIIRINGI PUTERI.

BUAH MANGGA MASAKNYA RANUM, MASAK DIPERAM DI DALAM RAGA, KUMBANG DAN BUNGA BERLALU TERSENYUM, KITA MEMANDANG TUMPANG KETAWA.

2.

DUDUK DI PELAMIN
KEDUA PENGANTIN MENJELING TAK SUDAH, SAMBIL TERSENYUM, MANIS KEDUANYA, AYAH BERUNTUNG, BONDA BERTUAH, DAPAT MENANTU MANIS ORANGNYA. DUDUK ELOK MENYUSUN JARI, KERLING MENGERLING PANDANGAN MESRA, SUDAH DICARI SERATA ALAM, DI ATAS PELAMIN BERTEMU HATI, CANTIK BERSERI MEMERCAP CINTA, CINTA KASIH PUN DUDUK DIAM. JELINGAN BAGAI KILAU KILAT, SENYUMAN PENAHAN PETIR, APA DINANTI APA DIHAJAT, DI SINI BERMULA KASIH BERGILIR.

3.

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG


BUNGA ANGGERIK KEMBANG BERSERI KEMBANG MENGHIASI PERKARANGAN ISTANA DIHARUMI PULA KEMBANG KENANGA SELAMAT DATANG KE MAJLIS INI MERAIKAN MAJLIS KITA BERSAMA BERSYUKUR DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA.

4.

PROTOKOL WELCOMING

TERLEBIH DAHULU MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT, TUAN-TUAN DAN PUANPUAN SEKALIAN KEMAJLIS PERKAHWINAN ______________________________. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

5.

BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIMULIAKAN.. SEBAGAI PEMBUKA TIRAI ATURCARA MAJLIS HARI INI IALAH BACAAN DOA SELAMAT. MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN____________________________________ UNTUK MENERAJUI DOA SELAMAT SEBAGI PERMINTAAN HAJAT DAN RESTU, AGAR MAJLIS KITA LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. AMIN...AMIN YA RABBAL ALAMAIN. SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS GILANGGEMILANG INI AKAN LEBIH DIBERKATI HENDAKNYA.

6.

ACARA PERSEMBAHAN SILAT PENGANTIN

SESUNGGUHNYA, PERKAHWINAN MERUPAKAN SAAT PALING INDAH YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH SETIAP PASANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN. PERTEMUAN ANTARA DUA HATI INI MENJANJIKAN IKATAN KEMESRAAN DAN KASIH SAYANG YANG HARMONI DAN DIBERKATI. BAGI MERAIKAN PAHLAWAN GAGAH DAN SERIKANDI INI, TERIMALAH SILAT PENGANTIN YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH_____________________________ DIPERSILAKAN. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

7. UPACARA BERSALAMAN DENGAN PENGANTIN


SEBELAH LELAKI 1.

2. 3. 4. 5. SEBELAH PEREMPUAN 1. 2. 3. 4. 5.

8.

PENGANTIN TURUN KE MEJA UTAMA

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA, MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA RAJA SEHARI TURUN DARI SINGGAHSANA KE MEJA UTAMA UNTUK AGENDA SETERUSNYA. TURUNLAH TURUN TUANKU DAN PEMAISURI LANGKAH MELANGKAHLAH BERHATI-HATI JARI BERKAIT TAUTAN HATI SEIA SEKATA KASIH TERMETRI PUTIH, EMAS DAN JUGA KUNING JADI HIASAN DEWAN MAHKOTA JALAN BERSAMA GANDING SEIRING MOGA TAK LUNTUR MAHKOTA CINTA

9.

JAMUAN MAKAN BERMULA


MENGAMIN SUDAH, MEMOHON PUN SUDAH MENJAMAH JUADAH YANG BELUM LAGI ..

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN ____________________________________ DIF-DIF KEHORMAT DAN ISTERI SERTA TETAMU-TETAMU YANG DIRAIKAN, UNTUK MEMULAKAN SENTUHAN SUTERA MENIKMATI SAJIAN YANG ADA.

SAJIAN DI MEJA LAMA MENANTI, MENGANCAM SELERA SEDARI TADI, SILAKAN TUAN RAPATKAN DIRI, MENJAMAH SAJIAN DEK SENTUHAN BESTARI. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

10. ACARA SELINGAN


SEMENTARA HADIRIN MENIKMATI JUADAH YANG DISEDIAKAN. APAKATA KITA TERUSKAN MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN SELINGAN SEBAGAI SANTAPAN HALWA TELINGA. SESUNGGUHNYA SENI WARISAN PUSAKA BANGSA TAK LUPUT DITELAN ZAMAN, TAK LEKANG DIKEKANG PERUBAHAN. UNTUK ITU TERIMALAH PERSEMBANGAN _________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

TINGGI-TINGGI SI BURUNG TEMPUA, TINGGILAH LAGI HARAPAN DI HATI, SELAMAT MENONTON BUAT SEMUA, HIBURAN DIPERSEMBAH KITA HAYATI DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN __________________

11. UCAPAN TERIMA PERKAHWINAN

KASIH

UCAPAN

AGENDA BERALIH SUSUN CARA BERGANTI

MENANTI DI HALUAN KINI IALAH UCAPAN TERIMA KASIH KERAIAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH AYAHANDA KEPADA PENGANTIN LELAKI. MUNGKIN MASIH ADA CERITA YANG BELUM DIHABISKAN. . BARANGKALI PULA MASIH ADA KISAH YANG BELUM DITAMATKAN.. TENTUNYA ADA RIWAYAT YANG MAHU DISELAMPITKAN. . . DAN BOLEH JADI MASIH ADA PESANAN YANG MAHU DISAMPAIKAN. . MAJLIS DENGAN PENUH HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA _______________ UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. UCAPAN ALUAN BERGEMA SUDAH UNGKAPAN KATA BERBAHASA INDAH MAKSUD DAN TUJUAN SUDAH TERSERLAH MELENYAPKAN PERTANYAAN HATI NAN GUNDAH MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PADA YANG BERUSAHA ___________ ATAS KESEMPURNAAN JANAAN UCAPAN ALU-ALUAN BELIAU SEBENTAR TADI.

12. UPACARA MEMOTONG KEK


SUDAH KE PENGHUJUNG RUPANYA KITA BAGAI TAK TERASA MASA BERLARI PANTAS BAGAI TAK TERASA SIANG SEMAKIN PETANG YA MACAM MANA MATA TAK LAYU KERANA PERUT BERISI SUDAH TAPI, MACAM MANA TAK TERTUNGGU-TUNGGU KEK YANG MOLEK BELUM DIBELAH KINI, TIBALAH SAAT KEMUNCAK. MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUADUA PENGANTIN BARU UNTUK NAIK SEMULA KE PETERNA INDAH BAGI UPACARA MEMOTONG KEK.

DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. PISAU DIANGKAT, TANGAN DIGENGAM KATA SEPAKAT, JIWA TENTERAM KILAU SEPOTONG MENYIMPAN PISAU KEK SEPOTONG MENYIMPAN GULA MANIS GULA, CANTIK DAN MANIS LAGI PENGANTIN KITA. (KEPADA SAUDARA MARA & SAHABAT HANDAI YANG INGIN MENGAMBIL POTRET KEDUA-DUA MEMPELAI KETIKA SAAT INI SEBAGAI TANDA KENAGAN, DIPERSILAKAN .

13. PENGANTIN KELUAR KE PINTU UTAMA


SAMPAI DI SINI MAJLIS AKAN SEGERA DIAKHIRI KENANGAN DAN MEMORI YANG TERCATAT SEBENTAR TADI SEMOGA DIBAWA BERSAMA MIMPI BAHAGIA DI MALAM HARI SEBELUM MAJLIS MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN BEREDAR KE PINTU UTAMA, MAJLIS MEMOHON KEHALUSAN BUDI BICARA TETAMU-TETAMU DI MEJA UTAMA UNTUK BEREDAR TERLEBIH DAHULU. DAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANGKENANGAN DARIPADA KELUARGA PENGANTIN SUDILAH TERIMA TITIPAN CENDERA KENANGAN BAK KATA PEPATAH MELAYU ADAT MELAYU BUDAYA DIJULANG, TETAMU BERTANDANG DIBERIKAN BINGKISAN, SEBELUM PULANG DITINGGALKAN BALASAN, UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN KEDUA-DUA PENGANTIN UNTUK BEREDAR MENINGGALKAN PENTAS DAN BERGERAK KE LALUAN PINTU UTAMA. KERLINGAN MANJA MENGGEGAR ASTANA HATI TERPAUT DISUSUL IKATAN MESRA YANG TERJALIN KASIH YANG BERTAUT

GERAK SEIRING MENGHALA BAHAGIA INI JANJI TUHAN BUNGA DAN KUMBANG BERSATU JODOH MESRA DAN SAYANG DUDUK BERSIMPUH BUKAN BISIKAN ANGIN BUKAN RANGKAIAN MAINAN LIDAH INI KENYATAAN BUNGA TERSENYUM INDAH KUMBANG PUN BERMADAH: DARI KEDAH KE BANYUWANGI PAKAI BAJU SUTERA KERAWANG JIKALAU KEMBANG ASALNYA WANGI SAMPAI LAYU TIDAK DIBUANG SESUNGGUHNYA, GITAR TAK AKAN BERSUARA TANPA JARI BULAN TAK AKAN PURNAMA TANPA MATAHARI RENUNGLAH . . . RENUNGLAH . . . RENUNGLAH SEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH S.W.T DAN SEGALA YANG KURANG ATAU KELEMAHAN ADALAH DARI KAMI INSAN BIASA MEMOHON DAN MEMBERI MAAF SEBELUM MENGUNDUR DIRI SAMBUTLAH SALAM MANIS UNTUK SEMUA DAN DISUDAHI DENGAN LAFAZ SUCI. . . WABILLAH HITAUFIK . . . WALHIDAYAH . . . WASSALAMUALAIKUM . . . WARAHMATULLAH . . . HIWABARAKATUH. SEKIAN, TERIMA KASIH

Teks Majlis Perkahwinan

TEKS MAJLIS RESEPSI KAPTEN DR NURWAHIDAH BT ZABIDIN DAN KAPTEN ADZRUN HISHAM BIN ADNAN KLANG EXECUTIVE CLUB 25 DISEMBER 2010 BERSAMAAN 19 MUHARRAM 1431

Ketibaan tetamu kehormat. Hadirin yang dirahmati sekelian, menggumumkan ketibaan tetamu kehormat: 1 Yg Berbahagia Mejar Jeneral Dato Dr Sukri Husin & isteri. 2 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato Dr Ilham Haron & isteri. 3 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato Dr Hussin Zainal Abidin & isteri 4 Yg Berbahagia Bregidier Jeneral Dato Dr Roshidah Ishak & isteri

Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Bunga manggar kilau bercahaya, Datang berkunjung ke majlis meriah, Sejarah terukir nilai permata, Lembaran sejarah kini bermula. Dari Raub pergi ke Pekan Hendak bermalam di Kuala Lipis Harap hadirin berikan perhatian Mohon saya memulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang dihormati Encik Zabidin bin Parman dan Puan Aziah bt Kassim, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai Kapten Dr Norwahidah bt Zabidin dan pasangannya Kapten Adzrun Hisham bin Adnan,yang berbahagia tetamu kehormat, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan kedua dua tuan rumah dan kedua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Bagi pihak tuan rumah, majlis merakamkan ucapan terima kasih dan selamat datang ke majlis resepsi kedua mempelai : Kapten Dr Norwahidah bt Zabidin dan Kapten Adzrun Hisham bin Adnan

Awal Bismillah kata bermula, Kalam dimula dengan sejahtera Semoga diberkati pengantin kita, Diretui Allah sepanjang masa Nobat paluan Istana negeri Keris jagoan bertatah intan Tepat ketibaan raja sehari Majlis resepsi kita mulakan Dif-dif kehormat dan hadirin sekelian, mengumumkan ketibaaan kedua mempelai Kapten Dr Nurwahidah bt Zabidin dan Kapten Adzrun Hisham bin Adnan. Ke Perdana Ballroom, Klang Executive Club, Hadirin diminta berdiri.

Anak Cina mengail patin Mengail patin di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati Jelatik burung Jeladan, Terbang seiring merentas maya Sama cantik sama padan Duduk berganding dihari bahagia Dipersilakan pasangan pengantin serta tetamu duduk

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21: Maksudnya Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn Haji Khairi Bin Parman iaitu bapa saudara pengantin perempuan. Majlis mempersilakan.

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa oleh Tn Hj Khairi sebentar tadi. Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Pinggan mangkuk telah terhidang Kini masa makan beradab Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga serta tetamu kehormat untuk bersama - sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. kepada tetamu yang baru tiba, saya bagi pihak tuan rumah mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

Hadirin yang dimuliakan, Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilafaz janji bersatu Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada akhir tahun 2005, majlis rumah terbuka panglima di kem kuantan membuka lembaran sejarah, membibitkan rasa ingin menawan hati sang puteri.. Namun pada pandangan kali pertama , adzrun pandai menyimpan debar di hati sehingga petemuan di mess pegawai membuka ruang untuk menyapa gadis yang menjadi idaman hati. Perkenalan sebagai rakan sekerja akhirnya membibitkan rasa percaya dan cinta di antara mereka. Namun takbir tuhan tiada siapa menduga.. sedang cinta mula berbunga.. Adzrun per intah kem di Ipoh tempat baru diarah bertugas . Namun jarak dan masa tidak menghalang cinta mereka ikan di laut asam didarat, dalam kuali bertemu jua, Kalau jodoh tidak kemana selang beberapa bulan Dr wahidah pula menerima arahan yang sama. Sekali lagi mereka bertugas di tempat yang sama. Kesempatan ini tidak dilepaskan untuk mereka lebih mengenali hati budi masing-masing. Namun dugaan

datang sekali lagi pabila Adzrun sekali lagi beralih angin bukan meninggalkan wahidah tetapi akur akan perintah di Kem Mahkota Kluang bakti dicurah.. Jarak yang memisahkan menambahkan resah dan gelisah.. akhirnya kata sepakat menunaikan sunah.. ke jinjang pelamin terdorong arah.

Setelah menyelami hati budi , setelah padu sumpah dan janji , setelah restu keluarga diberi , dalam keberkatan syawal yang lalu mereka telah mengikat tali pertunangan. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada petang semalam iaitu Jumaat, 24 Disember 2010 bersamaan 18 Muharram 1432H di kediaman pengatin perempuan.. dan pada hari yang berbahagia ini mereka diraikan di Klang Executive Club ini. Sebagai tanda kenangan , terimalah sebuah persembahan khas For The Rest of My Life

Hadirin yang dimuliakan, yang datang kami raikan, yang berbudi kami hargai, bagi menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih, Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Nurhidayah bt Zabidin, adinda pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Penakik Pisau Raut Ambil galah batang lintabung Seludang dijadikan nyiru Setitik dijadikan laut Sekepal dijadikan gunung Alam terbentang dijadikan guru Demikianlah tadi ucapan terima kasih oleh pihak tuan rumah yang disampaikan oleh Pn Norhidayah. Majlis mengucapkan terima kasih. Bagi memeriahkan dan menambah serinya majlis, Majlis dengan ini menjemput kedua dua mempelai untuk acara memotong. May your marriage mark the beginning of a rich and wonderful shared life,- no matter what life has in store, it will be easier because you will be there for each other.

Pengantin bangun dan memotong kek di meja yg disediakan

Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Pergi berzanji di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong Dengarlah ini ayah berpesan Anak menantu, ayah ingatkan Berkasih sayang sesama insan Jangan cepat menjadi bosan Amat garang datuk bentara Musuh melanggar habis dibenam Dulu seorang kini berdua Hidup bersama susah senang Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ayahanda dan bonda Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis resepsi pasangan Kapten Dr Nurwahidah dan Kapten Adzrun Hisham pada hari yang penuh keberkatan ini. Limau kasturi dibawa berembun Selepas diembun dibelah-belah Menyusun jari ku pohon ampun Mohon ampun barang yang salah Selepas diembun dibelah-belah Dicampur pula gula batu Mohon ampun barang yang salah Minta maaaf madah berlalu Dengan ini, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kedua pengantin mengambil tempat di pintu utama Dewan untuk mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang akan berangkat pulang. Hadirin sekelian, tetamu kehormat berangkat meninggalkan majlis.

Pengantin beredar ke pintu utama Dewan 12 Maka dengan ini, usailah sudah majlis resepsi Kapten Dr Nurwahidah bt Zabidin dan pasangannya Kapten Adzrun Hisham bin Adnan. Bagi pihak tuan rumah, sekali lagi saya

mengucapkan ribuan terima kasih. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Dengan itu saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

elamat pagi. Kita kembali ke segmen Teks Pengacara majlis. Kali ini Imanshah nak kongsikan teks pengacara Majlis perkahwinan yang pernah diacarakan oleh Imanshah untuk dijadikan panduan buat semua pengacara majlis. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat.
1 KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Nor Zafina bt Mohd Zamin dan Mohd Suffian b Zamali Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih 8.30 p.m

Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan

MEMPELAI BERADA DI PENTAS Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Yang berbahagia, Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato-dato, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tn Haji Mohd Zamin bin Kamaruzaman dan Puan Hajah Noraini bt Ahmad, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada malam ini.

BACAAN DOA DAN SELAWAT Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh .. Terima kasih diucapkan.

UPACARA MERENJIS Dengan Bismillah kami mulai, Tepung tawar si tepung jati, Dengan takdir Iiiahi Rabbi, Minta berkat dua sejoli.. (tepung tawar) Senarai daripada kelauraga pengantin

MAKAN BERADAB Majlis diteruskan dengan acara makan beradab Untuk itu dipersilakan pasangan pengantin kita untuk bergerak ke meja utama untuk upacara makan beradab. Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan

JAMUAN MAKAN MALAM DIMULAKAN Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati hidangan di depan mata. Untuk itu hadirin sekalian, silalah menjamu selera, usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua

NYANYIAN MC berbual2 Hadirin sekalian, sebagai halwa telinga serta memeriahkan lagi dengan penyanyi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, saya nak mempersilakan dan menjemput seseorang. Pada malam ini kita akan dihiburkan dengan beberapa penyanyi menyanyi buah lagu pengantin dan lagu-lagu cinta dari ........................................ khusus untuk pasangan mempelai. Sama-sama kita saksikan.

UCAPAN Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Tuan Haji Mohd Zamin bin kamaruzzaman, ayahanda pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T. Aduhai zafina dan juga Suffian Janganlah risau jangan gundah, Ambik senang ambik mudah Pesan tok imam dalam khutbah nikah, Sentiasa waras dalam susah Jgn seperti retak menunggu belah Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah Didengar org jadi fitnah Byk sabar byk tabah InsyaAllah rukun damai serumah-rumah. 8 PERTUNJUKAN SENI SILAT Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seni silat oleh

9 PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Tarian tradisional kami persembahkan

10

PERSEMBAHAN CD Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu

Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.. 11 UPACARA MEMOTONG KEK Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek...

12

BERSURAI Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T

DOA DI MAJLIS PERKAHWINAN/WALIMATUL URUS Bacaan Al-Fatihah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar. Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik. Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (NAMA PENGANTIN LELAKI) Dan (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN). Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan. Bacaan doa penutup.

KUALA LUMPUR: Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding. Paluan irama gamelan kumpulan Tepak Sirih dari Singapura bergema di segenap ruang foyer ketika pasangan pengantin sensasi itu diarak menuju ke pelamin, Mahligai Asmara rekaan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems Sdn Bhd yang tersergam di tengah dewan. Bungaan segar melatari setiap sudut dewan seperti mengalu-alukan ketibaan lebih 2,500 tetamu yang diundang khas bagi meraikan hari bersejarah pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, pagi Isnin lalu. Kira-kira jam 9 malam, upacara persandingan bermula apabila pasangan mempelai sepadan itu diarak masuk dewan, serentak dipancarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TV3 Bermula dengan bacaan doa dan pujian ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Asri Ubaidullah daripada kumpulan Rabbani, majlis penuh gemilang itu diteruskan dengan acara merenjis sebelum upacara makan beradab dilangsungkan. Siti kelihatan tenang, wajah bersihnya yang disolek cantik oleh jurusolek dari Indonesia, Mia terukir senyuman bahagia namun suaminya kelihatan agak gementar, lebih banyak tertunduk ketika upacara berlangsung. Upacara merenjis itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Sultanah Nur Zahirah; Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Hajah Norkiah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Ketika acara makan beradab, sebagai halwa telinga tetamu persembahan hiburan daripada dijayakan artis terkenal tempatan dan Indonesia antaranya Azlina Aziz, Kris Dayanti, Ning Baizura, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Uji Rashid, Ezlynn, Too Phat, Nora dan Nash dipersembahkan. Rangkaian lagu popular bertemakan cinta antaranya Syurga Di Hati Kita, Permata, Semakin Hari Semakin Sayang, Bukan Cinta Biasa, Mencintaimu, Percayalah dan Can't Help Fallin' Love berkumandang, seakan meraikan cinta suci mereka. Pengantin perempuan turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta ciptaan sepenuhnya Siti

yang ditujukan khas buat suami tercinta. Peluklah daku, sayangi daku, berjanji denganku semai cinta nan satu adalah antara bait lirik Cahaya Cinta yang jelas menggambarkan betapa tinggi harapan yang diletakkan Siti terhadap istana cinta yang baru seminggu dilayarinya. Melengkapkan hari bersejarah mereka, kedua mempelai kemudian menukar persalinan dengan rekaan Michael Ong untuk acara memotong kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.Untuk upacara itu, Siti menggayakan gaun berwarna krim dan pink bernilai RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan. Pasangan mempelai turut meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa pengantin perempuan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik yang ke-38 yang kebetulan disambut semalam. Acara itu juga menjadi kejutan manis buat ibu bapa Siti yang diraikan pada malam bahagia anak kesayangan mereka.Sebagai memeterai upacara ulang tahun itu, Siti membuat kejutan dengan menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning. Ishak Nengah dan Zakiah Anas bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis persandingan itu berlangsung. Antara artis yang hadir ialah Anita Sarawak dan suami, Mohd Mahathir Abdullah, Erra Fazira, Umie Aida, Camelia, Ella, Chef Wan, Hetty Koes Endang, Aishah, Norlia Ghani, Azwan Ali dan Betty Banafe. Terdahulu, kira-kira jam 5.40 petang, Siti menunaikan janjinya untuk bertemu peminat yang diadakan di balkoni Tingkat 3, KLCC sebagai menggantikan acara perarakan berkuda yang dibatalkan atas sebab keselamatan.Siti yang jelita dengan gaun putih disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, sempat meluangkan masa selama tujuh minit sebelum memberi laluan kepada pihak media untuk sesi bergambar. Lebih 1,000 peminat yang membanjiri pekarangan Taman KLCC mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat wajah penyanyi terkenal itu, sebahagian besarnya adalah peminat warga Indonesia.Bagaimanapun, sesi itu mengundang rasa kecewa sebahagian peminat yang hadir kerana tidak puas menatap wajah Siti yang hanya muncul dalam masa singkat sebelum kembali ke dewan untuk persiapan majlis resepsi. Sebelum ini pihak pengurusan Siti menjanjikan sesi itu berlangsung selama 30 minit. Maka tertunailah segala impian yang pernah Siti impikan dan lengkap kini fasa kehidupan penyanyi tersohor itu apabila bergelar isteri kepada Khalid, usahawan ternama yang bertakhta di sudut hatinya sebagai suami INFO Persandingan Siti, Datuk K * Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000. * Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek. * Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.

* Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K. * Siti menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka. Posted by Perkahwinan-1Malaysia at 01:37 0 comments: Post a Comment

You might also like