You are on page 1of 20

Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untukdijadikan satu rumpun yang kuat dan

boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang bolehdianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang

Bahan Daun mengkuang

Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman pandan Daun pandan duri Anyaman Buluh Anyaman Rotan Anyaman Lidi Anyaman riburibu

Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain yang sesuai Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan diproses lain-lain Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor. Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas ribu. seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: 1.Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas 2.Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau 3.Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek 4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah 5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

ALATAN ANYAMAN TIKAR Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa proses penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang diperlukan ialah: 1. Parang Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.

2.

Pisau Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman. Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun. Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun

pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas.

3.

Jangka Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya. Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.

4.

Pelurut Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar. Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut. Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan

5.

Penyisip Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di bahagian hujungnya Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman. Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai

6.

Tempayan Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang

7.

Besen/baldi Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN TIKAR

PROSES PENYEDIAAN DAUN 1. Pemilihan dan pemotongan daun

Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda, sekurang-kurangnya berusia kurang dua tahun. Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun dari cepat layu. Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Selepas itu duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang.

2.

Melayur daun Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.

3.

Menjangka daun Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/ mencarikkan daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Penggunaan alat jangka diperlukan bagi proses ini. Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahanlahan.

4.

Melurut Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut menggunakan pelurut. Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung.

5.

Merendam Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau). Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur.

Alat menganyam 1. Parang -digunakan untuk memotong atau menetak daun daripada pokok. Pisau juga digunakan untuk membelah daun daripada empulur (tulang belakang daun) dan bah pinggir daun yang berduri 2. Jangka -Dibentuk seperti sisir. Ia juga disebut sisir kayu bermata tajam dan digunakan untuk menjangka iaitu membelah helaian daun menjadi jalur-jalur halus. 3. Pelurut -Dibuat daripada buluh dan ukurannya antara 17 cm panjang dan 4 hingga 5 cm lebar. Digunakan untuk melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan daun. 4. Tempayan -untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang 5. Penyisip 6. Besen/baldi 7. Periuk 8. Dapur/bahan baker/api 9. Ampaian 10. Merendam

Kelarai Motif tumbuh-tumbuhan 1. Tampuk pinang 2. Tampuk pinang berantai 3. Tampuk jantung 4. Tampuk manggis 5. Pucuk rebung 6. Pucuk didalam 7. Berakar Anyaman- Pewarnaan ms 100 1. Proses pewarnaan tradisi Tertumpu pd penggunaan bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yg dihasilkan ialah kuning, merah dan biru kehitaman. 2. Pewarnaan cara moden Menggunakan pencelup dyestuff (semasa basic) serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan berwarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna dihasilkan bergantung kpd jenis pewarna serta teknik pencelupan yg digunakan.

Peringkat awal air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna.Kemudiannya dibancuh dan dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yg telah ditongkolkan, dicelup kedalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yg dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup selama 15 hingga 20 minit. Selepas dicelup, tongkol2 pandan/mengkuang diangkat dan dibiarkan seketika utk sejuk. Tongkol2 ini kemudian dibasuh dgn air biasa aatau air sabun. Ikatan tongkol dibuka dan dijemur hingga kering ditempat yg redup atau jauh daripada matahari bagi mengelakkan warna dari pudar. Proses dan teknik anyaman 1. Lagang -Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupa bentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagang yg dibuat. Tiap2 satu bilah pandan/mengkuang dibuat bentuk V di bahagian tengah ditempat sesuatu anyaman bermula. 2. Anyaman - Anyaman melibatkan 3 proses iaitu Anyaman Kelarai, Anyaman biasa dan Anyaman sulaman. Dimulakan drp asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dlm bentuk empat persegi.Untuk mendapatkan berbagai wrana dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan. 3. Lepih - Dikenali juga sebagai anyaman mati pada tepi tikar sbg mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sbg tepid an kemudian dijahit pd barangan yg dikehendaki. 4. Sisip - Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan daun bilah atau lebihan helaian daun yang telah direncungkan(ditajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindarkan anyaman dr terburai. 5. Kerat - Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman nampak kemas dan menarik. 1. Pewarnaan cara tradisi Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah: Kuning mendidih - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air

Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan kapur sireh

Merah Biru kehitaman

- proses sama dengan warna kuning pinang masak - daun mengkudu digunakan

2.

Pewarnaan cara moden Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup dyestuff (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan. Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup se;ama antara 15 hingga 20 minit.

CORAK ANYAMAN TIKAR Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selangseli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: 1. 2. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3.

Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

4. 5.

6.

7. 8. 9.

10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. 11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

LANGKAH ANYAMAN TIKAR 1. 2. 3. 4. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain. Hujung bilah (A2) dilipat keliling Bilah daun baru ditambah (C) Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)

5.

Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)

6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas 7. Bilah (A1) dilipat ke bawah 8. Bilah (B2) dilipat ke bawah 9. Dua bilah baru ditambah (E dan F) 10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E) 11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

ANYAMAN BAKUL BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

Pengurusan Rotan Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

ALATAN MENGANYAM ROTAN 1. 2. 3. Pembaris digunakan untuk mengukur Gunting - boleh gunakan sebarng gunting Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL. 1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.

2.

Sebatang rotan latitud dianyam

3.

Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar

4.

Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya menganyamkannya

5.

Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama

6.

Anyaman mudah

LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA BERPALANG 1. 15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2.

Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

3.

Anyamkan

4.

Anyamkan satu pusingan dan teruskan

5.

Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud

6.

Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

7.

Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah

8.

Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan

9.

Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam tapaknya.

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL 1. Lagang

Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti V di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula. 2. Anyaman

Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan. 3. Lepih

Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenisjenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut 4. Sisip

Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai 5. Kerat

Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik.

PERANAN PEREKABENTUK DAHULU DAN SEKARANG

Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari Rusila, dari Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat mengetahui tokoh yang terlibat secara langsung. Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah penglibatan tukang atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi pengekalan dan perkembangan kraftangan, terdapat beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam memperkenalkan atau melangsungkan tradisi kraftangan. Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk tradisi. Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya. Perekabentuk tradisi masih melanjutkan warisan ini.

Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi cabaran hidup. Manusia mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga; mongering seterusnya mencipta warna. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan hidup dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun, membetnuk tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks budaya masyarakat kita. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam, pantang larang, nilai budi, malah ilmu. Anyaman Seni Sejagat Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang berterusan bagi menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan dan keperluan. Sama ada daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang), nipa fruticans (nipah), jenis paku pakis, rumput rampai dan sebagainya, pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan baik alam yang bakal digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran, dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alatalat untuk menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman. Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan buluh, rotan untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti dan sebagainya. Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima sebagai keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai bahan pelengkap

dalam upacara kelahiran dan kematian. Manik-manik, pakaian, dan sepatu yang berhiaskan anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. China, Korea, dan Jepun menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan musim dingin, bakulbakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas mongering padi, cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan, Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan kepercayaan ritual. Dengan lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum. Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja, misalnya mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana ia ringin dan mudah diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan sebagainya), dipakai di kepala sebagai pelindung panas di lading atau di laut sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang menciptanya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Disebabkan oleh kelainan gaya, seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi keindahan atau estetika seni. Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya persekitaran alam Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang dicipta dalam peta politik. Manusia NUsantara sejak berabad-abad lalu bebas ke sana ke mari, berdagang dan menjalinkan hubungan melalui sistem perkahwinan, atau system ekonomi seperti pertanian, ataupun perikanan. Di Semenanjung Malaysia misalnya, kita mengenal suku Bugis, Jawa Batak, Riau atau Minang. Dalam situasi begini wajarlah kita menyebutnya sebagai kelompok manusia Melayu yang mempunyai kaitan budaya timbale balik, saling memberi, menerima, mengolah kembali hingga menimbulkan seni budaya tempatan yang dapat diklasifikasikan sebagai seni yang terus berkembang. Hal ini juga dapat dikaitkan sebagai warisan keturunan yang kemudiannya dilanjutkan oleh generasi seterusnya melalui proses perkembangan bentuk dan gaya. Anyaman di Songkhla, Patani misalnya menampakkan kesamaan bentuk dengan anyaman di Kelantan atau Terengganu. Malah dari kaca mata kepercayaan, kita melihat betapa bentuk seni anyaman Kelantan hamper menyamai gaya seni anyaman Bali atau Burma. Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. Suku Jawa atau Bugis tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok yang menetap di wilayah asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya), namun dengan penyebutan Nusantara pula sering ditanggapi sebagai wilayah yang tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu. Oleh itu gabungan Melayu Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu yang mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu sehingga ke wilayah yang lebih jauh sekalipun. Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni, bentuk anyaman masih mengekalkan makna fungsinya, disamping perkembangan rekabentuk yang artistik. Begitu juga dari segi teknik, anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat kecuali dengan penggunaan berbagai-bagai pencelup.

Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman tikar, alas tempat duduk kusyen, tudung saji), daun serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau), lidi (leka), akar (kipas), rotan (kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari beberapa wilayah Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali, Songkhla/Patani, Igorot-Filipina, dan Jawa/Madura. Tudung Saji. Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama. Tudung saji berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan harian atau adapt istiadat, juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan petani dan nelayan. Tudung saji sebagai penutup makanan lebih sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai bentuk yang seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt istiadat terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang seakan-akan gunungmeru, di Kelantan diberi nama tudung saji enam penjuru, mempunyai ruang lima tingkat berbucukan puncak gunungan di setiap tingkat dan bucu. Terdapat 6 puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang puncak tertinggi di bahagian paling atas. Leka. Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar. Kemudian berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap sebagai bahan hiasan dinding. Terdapat 6 model yang menarik untuk diperkatakan. Dari segi teknik, leka menggunakan bahan lidi daripada daun kelapa, nipah enau, nibung kesemuanya daripada jenis palma yang terkenal di kawasan khatulistiwa. Untu tapak yang lebih besar,simpai pusar dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka, manakala leka lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh), Sungai Besar, Igorot-Filipina, Bajau-Tuaran.

You might also like