You are on page 1of 8

Pengenalan

Kesihatan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian. Ia definisikan sebagai kualiti hidup yang merangkumi kecergasan fizikal, emosi, sosial, mental, dan kerohanian individu hasil daripada adaptasi dengan persekitaran (Donattelledan Davis, 1996). Aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan ialah kecergasan fizikal (keadaan di mana seseorang itu mempunyai tenaga dan kekuatan yang cukup untuk melakukan tugas harian dan aktif tanpa merasa lesu). Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran. Terdapat lima komponen dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan, iaitu kecergasan kardiorespiratori, kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan dan komposisi badan. Manakala Kecergasan fizikal berasaskan kemahiran terdiri daripada ketangkasan, kepantasan, kuasa, imbangan, koordinasi, dan masa reaksi (Nieman, 2003).

Definisi Keseimbangan Keseimbangan bermaksud kebolehan seseorang mengekalkan posisi

badannya dengan teguh ketika dia berada dalam keadaan pegun (statik) atau semasa melakukan sesuatu aktiviti (dinamik).

Pengukuran Imbangan

Menurut Ahmad Hashim (2004), imbangan adalah keupayaan mengekalkan keseimbangan badan mengatasi daya tarikan graviti. Imbangann adalah komponen penting bagi tindak balas motor yang berkesan. Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi oleh kekuatan badan. Jika otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan atau sebahagian badan maka keseimbangan akan menjadi terhad. Keseimbangan statik ialah keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan ketika kedudukan badan berada dalam keadaan tetap dan tidak berubah. Bagi mengekalkan keseimbangan statik, pusat graviti mestilah berada di atas tapak

sokongan.Keseimbangan statik mempunyai hubungan ke atas setiap satu lakuan dalam semua ujian kemahiran asas motor yang diuji seperti berlari, melompat, menangkap, melontar, memukul dan menendang. Jenis ujian yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu bagi mengukur keseimbangan statik ialah ujian dirian bangau, ujian kayu bass menegak dan ujian kayu bass melintang.

Tajuk Ujian
Ujian Dirian Bangau (Stork Stand Test)

Tujuan Ujian
Ujian ini mengukur kebolehan murid mengimbang diri atas sebelah kaki secara statik. Peringkat Umur Murid yang Diuji : Murid Tahun 3 Kawasan Ujian : Padang SJK Chung Hua Tambirat (15 kaki panjang x 10 kaki lebar) Senarai Alatan : Jam randik, pencatat. Prosedur Ujian Dirian Bangau ; Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki untuk melakukan keseimbangan yang tidak diambil kira sebagai percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih tertadbir dan bersistematik. Penguji akan melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar. i) Murid berdiri atas sebelah kaki dominan dan sebelah lagi diletakkan pada bahagian lutut yang dominan (dirian bangau). Kedua-dua tangan berdepang. ii) Atas arahan mula, murid angkat tumit kaki dominannya dan imbangkan diri seberapa lama yang mampu. iii) Masa akan dihentikan apabila murid melepaskan tangan dari pinggangnya, menurunkan tumit kakinya, kaki yang bukan dominan tidak menyentuh lututnya, bergerak atau terlompat-lompat. iv) Tiga percubaan diberikan dengan percubaan masa (dalam saat) terbaik diambil kira.

Bateri Ujian Di dalam mengukur prestasi kecergasan kemahiran motor, terdapat banyak bateri ujian yang boleh diguna pakai. Ahmad Hashim (2004) telah mengariskan 17 bateri ujian berserta prosedur ujian yang piawai untuk kegunaan guru-guru Pendidikan Jasmani. Di antara ujian tersebut adalah

ujian lari pecut 30 meter, ujian mengelecek bola keranjang, ujian kayu bass menegak, ujian lompat kuadran, ujian melontar bola keranjang, ujian lompat jauh berdiri, ujian tindak balas Nelson, ujian ketangkasan SEMO, ujian lompat menegak, ujian pergerakan kepantasan tangan, ujian lari ulang alik 30 kaki, ujian mengawal mengelecek AAHPERD, Ujian lari 50 ela, ujian lompat kuasa menegak, ujian kayu bass melintang, ujian lari pecut 6 saat dan ujian dirian bangau.Daripada 17 bateri ujian tersebut terdapat hanya 12 bateri ujian yang mempunyai korelasi yang tinggi, Ahmad Hashim (2004) seperti jadual berikut :

Bateri Ujian Komponen Keseimbangan : Ujian Dirian Bangau Kesahan - r = 0 .83 (Ahmad Hashim,2003) Kebolehpercayaan - r = 0.85 (Ahmad Hashim,2003) Objektiviti - r = 0.99 (Ahmad Hashim,2003)

Kiraan Skor : Ukuran dibuat pada saat yang terhampir. Skor dikira berdasarkan lama masa yang diambil sehingga tumit kaki yang menyokong mencecah lantai atau hilang imbangan dengan menggerakkan bebola kaki dari kedudukan asal. Percubaan yang terbaik (mencatatkan masa yang paling lama) daripada tiga percubaan yang diberi dikira sebagai skor ujian.

Norma Skor Mentah Ujian Dirian Bangau

Sumber:- Norma ujian berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor

Kiraan Skor :

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Nama Murid Danish Farahin Mimie Natasha Mohd. Rozzi Nuramanina Rasyiqah

Skor 1 (saat) 42 120 97 76 130 65

Skor 2 (saat) 55 125 105 81 140 53

Skor 3 (saat) 62 119 102 65 135 69

Skor Terbaik (saat) 62 125 105 81 140 69

Rujukan :
1) http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Konsep%20Kesihatan%20&%20Gaya%20Hidup.pdf

2)http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRILAZLANAP040529 D2008TTP.pdf

3) http://www.scribd.com/doc/50577413/21/Fungsi-Ujian-dan-PengukuranKeseimbangan

4) http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/03/pendidikanjasmani-dan-kesihatan-bateri.html

5) http://www.freewebs.com/outdoorasia/zol%20ghani%20master's%20thesis.pdf

You might also like