You are on page 1of 45

OLEH:

Jamila bt Mohd Kusaini Siti Zuhana bt Haji Sungip Radziah bt Taris Zalinda bt Mohd Zahari Rasidah bt Mohd Abdul

( P59127) (P59167) (P58975) (P58973) (P58953)

PENGENALAN
Perpaduan kaum merujuk kepada satu sistem

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai. Mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Mengekalkan toleransi antara pelbagai bangsa dan budaya ( Melayu, cina, india dll ) Mendukung hasrat dan cita-cita negara untuk bersatu dan maju.

DEFINISI PERPADUAN

satu

proses yang menyatupadukan anggota

masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian agenda penting daripada perpaduan negara.

DEFINISI PERPADUAN NEGARA


Satu

keadaan

di

mana

rakyat

dari

pelbagai

kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti

kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan

Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel


Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

DEFINISI INTERGRASI NASIONAL


Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat

dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa sendiri Malaysia yang

mempunyai

identitinya

berteraskan

Perlembagaan

Persekutuan

dan

Rukun

Negara.

(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

DEFINISI BANGSA MALAYSIA


Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa

depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup

dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang


sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada

bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September


2003)

DEFINISI SATU MALAYSIA


1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk

perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatanpendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

3.0 TEORI HUBUNGAN KAUM


3.1 Segregasi - Hubungan bersifat pemisahan di antara etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari undangundang atau tidak. 3.2 Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma2 etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi tertentu mereka saling bergantungan.

Sambg TEORI HUBUNGAN KAUM


3.3 Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam @ menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsurunsur budaya asal. 3.4 Asimilasi - dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti berbeza-beza berdasarkan perbezaan fizikal ( seperti warna kulit)sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. 3.5 Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

Sejarah perpaduan dalam pendidikan


SEJARAH AWAL DAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

SEJARAH AWAL
- Sistem Pemerintahan mengikut pemerintahan beraja.

- Mempelajari Islam dengan merujuk kepada imam dan guru agama. SEMASA PENJAJAHAN BRITISH - Melaksanakan sistem pendidikan berteraskan Pendidikan Inggeris. - Cabaran kepada bangsa melayu: Melayu tidak mahir menggunakan Bahasa Inggeris. - British menyekat masuk pelajar Melayu untuk belajar di kelas Inggeris. - British tidak memainkan peranan dengan adil terutama dari segi layanan kepada semua bangsa.

PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


Laporan Razak Ordinan Pelajaran

1956

1960

Laporan Rahman Talib Jadi perintis terhadap pengukuhan sistem pendidikan di Malaysia.

1961

Akta Pelajaran Bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA MEMBAWA PERPADUAN

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah


membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan Berikutan perbezaan serta sensitiviti yang

terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk. peristiwa itu, kerajaan telah

mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan

integrasi nasional.

Menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara

Memperluaskanrancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat

Memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan Sain dan Teknologi moden.

RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isuisu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini TAHUN 1972 Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara. TAHUN 1974 Ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. TAHUN 1980 Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah JPM.

TAHUN 1983 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara. TAHUN 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. TAHUN 2004 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

TAHUN 2008 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. TAHUN 2009 Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN NASIONAL


KPM memainkan peranan penting - melalui misi dan

matlamat
Misi KPM Membangunkan sistem pendidikan yg berkualiti &

bertaraf dunia (kurikulum) Memperkembangkan potensi individu (menyeluruh) Memenuhi aspirasi negara ( negara maju)

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN NASIONAL


Matlamat KPM

Melahirkan bangsa Malaysia yang: taat setia bersatupadu beriman berakhlak mulia berilmu berketrampilan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia utk keperluan kemajuan negara memberi peluang pendidikan kpd semua warganegara.

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN NASIONAL


1. PIPP 2006-2010
2. SEKOLAH WAWASAN 3. SEKOLAH BESTARI

4. SEKOLAH KLUSTER
5. NKRA 2011

1. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006 - 2010


Oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tujuan : Melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah Melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan Mampu mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia 6 strategi digariskan: 1. Membina negara bangsa 2. Membangunkan modal insan 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan 4. Merapatkan jurang pendidikan 5. Memartabatkan profesion perguruan 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

2. SEKOLAH WAWASAN
Berkonsepkan belajar bersama-sama dlm satu kawasan yg sama tanpa
mengira kaum atau agama.
3 buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditptkan dlm 1 kawasan
Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yg disambungkan di antara

satu sama lain dgn jambatan penghubung


Tujuan : memupuk semangat integrasi antara pelajar pelbagai aliran,

generasi bersifat toleransi, persefahaman, mengekalkan interaksi maksimum melalui perkongsian kemudahan sekolah dan aktiviti;

1. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya- SK Tun Hussin On, SJK(C) Tun Tan Cheng Lock dan SJK(T) Tun Sambanthan 2. Kompleks Sekolah wawasan Pekan Parit Buntar, Perak 3. Kompleks Sekolah wawasan Taman Permai, Pulau Pinang

3. SEKOLAH BESTARI
Ditubuhkan dgn teknologi canggih

Pengubahsuaian kurikulum selari dgn era sains & teknologi


Melatih pelajar cerdas & pandai menggunakan teknologi terkini Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf

dunia

Melahirkan generasi mampu menghadapai cabaran wawasan

2020 Cth:

SMK Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor SMK Telok Dato, Banting Selangor SMK Dato Dol Said, Alor Gajah Melaka SMK Derma, Kangar, Perlis SM Sains Selangor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

4. SEKOLAH KLUSTER
Sekolah yg dikenlapasti kecemerlangan dlm kluster dlm aspek

pengurusan sekolah dan kemenjadian murid Dpt melonjakkan kecemerlangan sekolah dlm sistem pendidikan Membangun sekolah yg boleh dicontohi Bertaraf CEMERLANG dlm SKPM GPS dinilai dlm Peperiksaan UPSR, PMR, SPM 3 tahun berturut-turut Cth : SK Seliau, Rantau Negeri Sembilan SK Sri Langat, Banting, Selangor SM Tinggi Kluang, Johor SMK Alor Akar, Pahang

5. National Key Result Area (NKRA) 2011


Diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak PM

Malaysia ke-6 Tindakan lanjutan Key Performance Indicator (KPI) (Petunjuk Prestasi Utama) NKRA ke-3 Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan 4 sub NKRA : 1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi 3. Mewujudkan sekolah Berprestasi Tinggi 4. Mengiktiraf pengetua dan guru besar yg berprestasi cemerlang

A-Dasar meritokrasi bagi kemasukan ke IPT B- Isu pemberian biasiswa C-Sistem persekolahan pelbagai aliran D-Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum E-PPSMI digantikan dengan MBMMBI F-Merealisasikan wawasan 2020

A-Dasar meritokrasi bagi kemasukan ke IPT


Menggantikan dasar kemasukan

berasaskan prinsip kuota . Pemilihan yang diamalkan adalah tertakluk kepada susunan merit.

B- Isu pemberian biasiswa


Perasaan prejudis antara kaum dan

menebalnya perasaan perkauman di kalangan rakyat

C-Sistem persekolahan pelbagai aliran


Perlaksanaan pengajaran berbagai-bagai

matapelajaran yang boleh membentuk perpaduan di sekolah-sekolah kerajaan masih belum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia

D-Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum


Perlaksanaan pengajaran berbagai-bagai matapelajaran yang boleh membentuk perpaduan di sekolah-sekolah kerajaan masih belum dapat dilaksanakan dengan berkesan, terutamanya di sekolah-sekolah swasta.
Sekolah-sekolah biasa lebih mementingkan mata pelajaran yang dianggap dapat memberikan

pekerjaan, seperti sains, matematik dan lain-lain.

D MBMMBI Menggantikan PPSMI


Ada yang berpendapat bahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini boleh menentukan jatuh bangun negara di masa akan datang maka bahasa Inggeris (BI) perlu dikuasai oleh rakyat PPSMI juga dikatakan menghakis kedudukan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan, yang menjadi bahasa pengantar persekolahan sejak awal 1970-an (Alimuddin Mohd Dom, 2012).

F-Merealisasikan wawasan 2020


Hanya tinggal 8 tahun lagi.
Dengan situasi masyarakat dan negara

sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masingmasing. Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai


contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan

mereka kepada perkara-perkara yang


menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaumkaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat : dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey

(1996) pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan.
Harus beri peluang kepada semua individu untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Tujuan utama : menyatupadukan semua lapisan kaum mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan kaum.

A- Peranan Dasar Kerajaan B- Sistem Penyampaian C- Hubungan Masyarakat

A- Peranan Dasar Kerajaan


Dasar pendidikan digunakan untuk memastikan

agenda perpaduan rakyat tercapai. Program bersama antara SK, SJKC dan SKJC. Menjadikan mata pelajaran bahasa mandarin dan bahasa tamil sebagai mata pelajaran wajib.

B- Sistem Penyampaian
Sistem penyampaian sistematik dan berkesan :

a-Perbanyakkan iklan-iklan perpaduan di media-media massa. b-menjadikan sekolah sebagai pusat sumber maklumat bagi semua dasar dan program kerajaan.

C- Hubungan Masyarakat
Pelaksanaan dasar pendidikan yang terancang.

Membangunkan minda mayarakat kelas

pertama.

KESIMPULAN

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar negara bagi memastikan keperluan rakyat. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan masih wujud. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.

Sambg .

KESIMPULAN

Masalah-masalah yang melibatkan isu antara kaum perlu


diselesaikan segera. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu

berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan


melalui dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang

harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan


menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like