You are on page 1of 3

Alat Tanam Benih Baris Pneumatik Di Tanah Basah Untuk Pengurusan BioMekanisasi Padi

(A Pneumatic Wetland Row Seeder for Bio-Mechanisation Rice Management Approach)


Azizul Ghazali
Mechanization and Automation Programme, SENR, MARDI Serdang Selangor DE

Abstract A pneumatic tractor mounted dryland seeder was improved for wetland row paddy seeder. Its aimed was to provide an access for mixed management approach in controlling of pest and diseases through fish/duck culture. This paper discusses the experiences in adapting of the pneumatic seeder and its performance when attached to narrow wheel tractor. Abstrak Alat tanam benih baris untuk tanaman padi tanah basah dimajukan dari pengubahsuaian alat tanam biji benih pneumatik tanah kering implemen pada traktor. Ia bertujuan untuk membolehkan pendekatan pengurusan bercampur bagi kawalan makhluk perosak dengan kultur ikan atau itik. Kertas ini membincangkan pengalaman mengadaptasi alat tersebut dan keupayaannya apabila dipadankan kepada traktor beroda nipis. 1.0. Pendahuluan Kos bahan kimia yang meningkat dan pencemaran yang berterusan serta kerentanan daya tahan makhluk perosak yang semakin meningkat menyebabkan pengurusan sawah padi memikirkan semula kaedah biologi saperti kultur ikan atau itik di sawah. Amalan biologi ini sudah diamalkan beratus tahun ketika tanaman padi masih dijalankan secara rendeh. Peralihan amalan tanaman kepada tabur terus serak dan penggunaan bahan kimia telah melupuskan suasana biologi tersebut. Tanaman tabur terus secara baris di jangka dapat membantu mewujudkan semula kepada suasana pengurusan biologi. Alat tanam benih pneumatik implemen pada traktor yang diubahsuai dari

kegunaan di tanah kering dimajukan sebagai pilihan kepada pengurusan tersebut. Terdapat beberapa alat tanam baris tanah basah pernah diguna dan dimajukan . Alat tanam baris IRRI dan beberapa alat lain yang ditarik secara manual pernah dicuba dan di majukan (Tengku Ahmad dan rakan 1982; Tengku Ahmad 1986). Chan dan Abu Hassan (1990) mengubahsuai penyembur galas berinjin dengan menambah paip sepanjang 5m dan 26 baris untuk benih padi ditanam secara baris di tanah basah. Bagaimanapun tiga orang pekerja diperlukan untuk menjalankannya..Kanetani dan Fauzi (1991) memajukan alat tanaman baris yang di pasang pada traktor dua roda. Alatan-alatan yang pernah diuji menggunakan tenaga manual atau traktor dua roda dan tiada terdapat lapuran tanam secara baris menggunakan traktor untuk tanah basah. Alat pneumatik tanam baris untuk tanah basah dimajukan dan di pasang pada traktor empat roda. Keupayaan alat di bentangkan. 2.0. Alat Tanam Baris Pneumatik Alat terdiri dari tangki benih, pelaras benih, kipas pneumatik yang di pacu dari PTO untuk tolakan angin pada benih. Corong dan pembuka serta penutup alur. Benih dari tangki diselaraskan kecorong melalui pusingan roda penyelaras biji benih. Pelaras biji benih di lapik dengan lidah getah dan berus nylon. Benih dari pelarasan di bawa oleh tujahan angin ke penyebar dan pembahagi benih (Gambar 1). Dari sini benih di tolak ke pembuka alor . Untuk tanah basah pembuka dan penutup alor tidak diperlukan. Pengubahsuaian untuk tanah basah dilakukan pada roda pelarasan benih dan tiub serta pemicu benih (Gambar 2). Untuk menyangkutkan corong tersebut ,Galang sepanjang 4.8 meter digunakan. Pada galang di pasang satu tiub PVC bergaris pusat 13cm untuk memandu
1

benih jatuh kedalam baris. Jarak tiub ialah 20cm. Sebanyak 24 tiub digunakan membolehkan 24 baris diujudkan bagi satu lalauan. Roda penyelaras biji benih ditukarkan dari 65cm ke 90cm untuk menambahkan kelegaan tinggi.

lakukan. Benih jenis MR84 digunakan dengan kadar 100 kg/ha.

Gambar 2. Traktor beroda besi nipis dan alat tanam baris pneumatik untuk mekanisasi padi 4.0. Keupayaan Alat Keupayaan taburan alat bagi setiap corong diuji dengan memusingkan roda pemicu benih. Taburan diselaraskan bagi setiap meter panjang. Taburan benih diantara 64-88 benih/m pada purata 73 benih/meter (Gambarajah 1). Perbezaan pertaburan di sekitar 10.9 % berbanding dengan keupayaan penyembur galas berbaris iaitu 28.9 % (Chan 1990). Pada kadar 100 kg /ha ,taburan benih dalam baris di petak kajian ialah 70-80 biji benih/meter. Ini memberikan kadar benih 300400 untuk satu meter persegi. Pada kadar kelajuan traktor 3.2 km/jam dan di tanah baik dan perjalanan traktor tidak tersangkut,kadar kerja ialah 1 ha/jam. Keupaya-an ini sepatutnya boleh dipertingkatkan lagi jika rekabentuk corong yang seimbang dimana peralihan angin dan jatuh biji benih secara graviti dapat dipertingkatkan dan halaju traktor boleh dipercepatkan.

Gambar 1. Mekanisma pelarasan benih alat tanam baris pneumatik 3.0. Kajian Diladang Alat tanam baris pneumatik dipasang pada traktor empat roda yang dilengkapi roda nipis. Penyediaan tanah secara basah dan perataan dijalankan keatas petak kajian. Benih di rendam 8 jam dan di perap 8 jam sebelum penanaman di

Gambarajah 1. Bentuk taburan benih alat tanam baris 4.8 m lebar


Bil benih/m 100 80 60 40 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 nombor baris

5.0. Kesimpulan Alat pneumatik tanam biji benih baris telah diubah suai untuk kegunaan tanah basah dan benih pra cambah. Dengan dipasang pada traktor empat roda yang dilengkapi roda nipis ia dapat digunakan pada kawasan yang luas (Gambar 2). Penanaman biji benih secara baris dapat membantu pengurusan secara biologi dan dengan ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia yang mencemari persekitaran. Ia juga dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran. Walau bagaimanapun alat perlu dipertingkatkan lagi untuk mempercepatkan kadar kerja. Penghargaan Penghargaan dirakamkan kepada En Hashim, En. Said dan En. Rahim , Mardi Seberang Prai yang membantu menjalankan kajian ini.

Rujukan Chan C.W. and Abu Hassan Daud (1990) A concept of direct seeding in rice cultivation under puddled soil. Proc. Of Int. Agric. Eng. Conf. And Exhibition, Bangkok, Thailand, 3-6 Dec 1990. Pp 239-241: V.M. Salokhe and S.G. Ilangantileke ed. Asian Institute of Technology, Bangkok, Thailand. Tengku Ahmad, T. I. Yeoh, K.C. and Fazlil Ilahi, A.W. (1982). Consideration for mechanization of rice direct seeding. In Bengkel tanaman tabur terus padi, 17 August 1982, MARDI, Serdang, pp15. Tengku Ahmad, T.I. (1986) Innovative mechanical methods for direct seeding. Prosiding Bengkel Mekanisasi Padi 22 July 1986, Penang, Malaysia. Pp 63-76: MARDI, Serdang Yutaka Kanetani and Mohamud Fauzi Mansor
(1991) Mechanized direct seeding of rice in Muda, Malaysia. JARQ 25, 209-313

You might also like