You are on page 1of 10

AMALI (PCK 1)

Tujuan eksperimen

Mengkaji pertukaran atau perubahan tenaga.

Hipotesis

1. Apabila tindak balas eksotermik berlaku, suhu persekitaran akan meningkat. 2. Apabila tindak balas endotermik berlaku, suhu persekitaran akan menurun.

Teori

: Imbuhan ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba mengalir

keluar. Tenaga dibebaskan daripada bahan tindak balas dan dialirkan ke persekitaran. Tindak balas eksotermik menyebabkan suhu persekitaran bertambah. Hal ini biasanya boleh dikesan dengan menyentuh dinding bekas tindak balas dengan jari. Perubahan tenaga yang berlaku semasa tindak balas eksotermik adalah perubahan tenaga kima kepada tenaga haba. Endotermik pula bermaksud haba diserap ke dalam. Tindak balas endotermik merupakan satu tindak balas dimana tenaga diserap daripada persekitaran. Suhu persekitaran akan berkurangan dan bekas tindak balas akan menjadi sejuk. Perubahan tenaga yang berlaku semasa tindak balas endotermik juga adalah perubahan tenaga kima kepada tenaga haba.

Gambar rajah aras tenaga ialah satu graf yang menunjukkan perubahan tenaga bagi suatu tindak balas kimia. Ia menunjukkan keadaan kandungan tenaga bagi bahan dan hasil tindak balas. Perubahan tenga diwakili dengan H. Ia juga menunjukkan perbezaan antara tenaga tindak balas dengan kandungan tenaga hasil tindak balas.

Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik

Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas endotermik

A. Tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid nitrik

Senarai bahan

Asid nitrik, larutan natrium hidrogen karbonat

Senarai alat radas

Termometer, silinder penyukat, bikar

Susunan radas

Kaedah eksperimen 1.

25.0cm3 asid nitrik 1 mol dm-3 ditambahkan ke dalam bikar dengan menggunakan silinder penyukat.

2. 3.

Termometer diletakkan dalam asid nitrik dan suhunya direkodkan. Larutan natrium hidrogen karbonat 1 mol ditambahkan kepada asid nitrik dengan menggunakan silinder penyukat.

4.

Campuran tindak balas itu dikacau secara perlahan-lahan dengan menggunakan termometer dan suhu tertinggi yang dicapai dicatat. 3

B. Tindak balas antara natrium hidroksida dengan asid hidroklorik

Senarai bahan

Asid hidroklorik, natrium hidroksida

Senarai alat radas

Termometer, silinder penyukat, bikar

Susunan radas

Kaedah eksperimen 1.

25.0cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3 ditambahkan ke dalam bikar dengan menggunakan silinder penyukat.

2. 3.

Termometer diletakkan dalam asid hidroklorik dan suhunya direkodkan. Larutan natrium hidroksida 1 mol ditambahkan kepada asid hidroklorik dengan menggunakan silinder penyukat.

4.

Campuran tindak balas itu dikacau secara perlahan-lahan dengan menggunakan termometer dan suhu tertinggi yang dicapai dicatat. 4

C. Natrium hidroksida dilarutkan dalam air

Senarai bahan Air, natrium hidroksida

Senarai alat radas

Termometer, silinder penyukat, bikar, spatula

Susunan radas

Kaedah eksperimen 1.

50cm3 air ditambah ke dalam bikar dengan menggunakan silinder penyukat.

2. 3. 4.

Termometer diletakkan dalam air tersebut. Satu spatula pepejal natrium hidroksida ditambahkan ke dalam air. Air dikacau dengan termometer secara perlahan-lahan untuk melarutkan natrium hidroksida. Suhu tertinggi yang dicapai direkodkan.

D. Ammonium klorida dilarutkan dalam air

Senarai bahan Air, ammonium klorida

Senarai alat radas

Termometer, silinder penyukat, bikar, spatula

Susunan radas

Kaedah eksperimen 1. 50cm


3

air ditambah ke dalam bikar dengan menggunakan silinder

penyukat. 2. 3. 4. Termometer diletakkan dalam air tersebut. Satu spatula ammonium klorida ditambahkan ke dalam air. Air dikacau dengan termometer secara perlahan-lahan untuk melarutkan ammonium klorida. Suhu tertinggi yang dicapai direkodkan. 6

Data dan Pemerhatian

Tindak balas

Suhu awal, (oC)

Suhu tertinggi, (oC)

NaHCO3 + HNO3

31

32

HCI (ak) + NaOH

31

48

NaOH (p) + air

31

48

NH4CI (p) + air

31

25

Perbincangan:

1. Apakah ciri tindak balas eksotermik yang telah anda gunakan untuk mengelaskan sesuatu tindak balas sebagai eksotermik dalam aktiviti ini? Tindak balas eksotermik membebaskan haba keluar ke persekitaran dalam sistem. Suhu di persekitaran akan menjadi lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Tenaga haba yang dibebaskan akan menyebakan bekas yang

mengandungi tindak balas itu terasa panas jika disentuh dengan tangan. Suhu campuran bahan-bahan tindak balas eksotermik akan meningkat. Tenaga yang dibebaskan daripada pembentukan ikatan adalah melebihi tenaga yang diperlukan untuk pembentukan ikatan. Kandungan bahan tenaga tindak balas melebihi kandungan hasil tenaga hasil tindak balas, maka perubahan tenaga yang berlaku ialah negatif.

2. Apakah ciri tindak balas endotermik yang telah anda gunakan untuk mengelaskan sesuatu tindak balas sebagai endotermik dalam aktiviti ini?

Tindak balas endotermik akan menyerap tenaga haba daripada sekeliling ke dalam bahan hasil tindak balas Suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahanbahan kimia yang ditindak-balaskan. Tenaga haba yang diserap daripada persekitaran akan menyebabkan bekas yang menampung tindak balas itu terasa sejuk jika disentuh dengan tangan. Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik akan menurun. Tenaga yang diperlukan untuk memecahkan ikatan adalah melebihi tenaga yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan. Kandungan bahan tenaga tindak balas kurang daripada kandungan hasil tenaga hasil tindak balas, maka perubahan tenaga yang berlaku ialah positif. 8

3. Jika haba diserap daripada sekeling dalam tindak balas endotermik, mengapakah campuran tindak balas terasa sejuk? Ke manakah perginya haba itu?

Tindak balas endotermik menyebabkan haba diserap daripada persekitaran. Suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik juga akan menurun. Tenaga yang diperlukan untuk memecahkan ikatan adalah melebihi tenaga yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan. Tenaga haba yang diserap daripada persekitaran akan menyebabkan bekas yang mengandungi tindak balas itu terasa sejuk apabila disentuh dengan tangan.

4. Apakah masalah yang anda hadapi semasa aktiviti? Berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Kekurangan asid nitrik dan asid hidroklorik. Melakukan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil, dimana ahli di dalam kumpulan adalah lebih ramai. Menyediakan asid nitrik dan asid hidroklorik dengan lebih banyak.

Penggunaan termometer Menggunakan termometer yang berlainan untuk setiap aktiviti bagi mengelakkan ralat sewaktu mengambil bacaan suhu.

5. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?

Pertukaran

tenaga yang berlaku semasa tindak balas kimia terbahagi

kepada dua iaitu tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Tindak balas eksotermik : Membebaskan haba keluar ke persekitaran. 9

Suhu di persekitaran akan menjadi lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Bekas yang mengandungi tindak balas terasa panas. Suhu campuran bahan-bahan tindak balas eksotermik meningkat. Perubahan tenaga tindak balas eksotermik menunjukkan nilai negatif. Tindak balas endotermik Menyerap tenaga haba daripada persekitaran. Suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Bekas yang mengandungi tindak balas terasa sejuk. Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik menurun. Perubahan tenaga tindak balas endotermik menunjukkan nilai positif.

6. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ini?

Sains Tahun 5 Tema : Menyiasat Daya dan Tenaga (Investigating Force and Energy) Tajuk : 4) Tenaga Haba 4.1 : Understanding that temperature is an indicator of degree of hotness.

Kesimpulan

Tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid nitrik, natrium hidroksida dengan asid hidroklorik serta natrium hidroksida dengan air

menghasilkan tindak balas eksotermik kerana perubahan suhu yang berlaku ialah positif manakala tindak balas antara ammonium klorida dengan air menghasilkan tindak balas endotermik kerana perubahan suhu yang berlaku ialah negatif.

10

You might also like