You are on page 1of 2

BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN 3

SAJAK ORANG TUA (Puspa Rani a/p Munusamy)


1. Maksud sajak: Rangkap 1: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yang merempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya yang buruk. Rangkap 2: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak. Rangkap 3: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang menuntut mayatnya di bilik mayat. Rangkap 4: Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhluk ciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budi anak-anaknya. 2. Tema: Tema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh wanita tua akibat diabaikan. 3. Persoalan: a) Penderitaan hidup warga tua. b) Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi. c) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. 4. Nada: Sinis

KOMSAS ANTOLOGI

NSB

BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN 3

5. Bentuk: a) Berbentuk bebas b) Terdiri daripada empat rangkap c) Berisi enam baris serangkap d) Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris e) Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris f) Rima akhir rangkap pertama ialah abcdee, rima akhir rangkap kedua ialah abcdce, rima akhir rangkap ketiga ialah abacbb, dan rima akhir rangkap keempat ialah abccda. 6. Unsur-unsur Bunyi: a) Asonansi (pengulangan vokal a). Contohnya:Nampakkah kau tiada siapa datang menuntutnya. (Pengulangan vokal e). Contohnya: membawa bersamanya beg usang tetapi bezanya mereka diabaikan. b) Aliterasi (pengulangan konsonan l). Contohnya: lelaki tua di hujung jalan. (Pengulangan konsonan m). Contohnya: mukanya comot rambutnya kusut. 7. Gaya Bahasa: a) Repetisi (pengulangan kata dalam baris ayat yang sama). Contohnya: ayat Nampakkah kau pada baris pertama rangkap 1, 2, dan 3. b) Sinkope. Contohnya: kau c) Peribahasa. Contohnya: mengalas perut. d) Bahasa puitis. Contohnya: mukanya comot rambutnya kusut. 8. Nilai: a) Kasih sayang. Contohnya: kasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan. b) Mengenang budi. Contohnya: membalas segala jasa yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa. c) Prihatin. Contohnya, mengambil berat terhadap ibu bapa. 9. Pengaajaran: a) Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap golongan warga emas terutamabya ibu bapa. b) Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita. c) Kita janganlah mementingkan diri. d) Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa.

KOMSAS ANTOLOGI

NSB

You might also like