You are on page 1of 2

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN Biro kebajikan dan keselamatan merupakan salah satu biro yang diwujudkan

bagi pelaksanaan Program Bina Insan Guru ini.Seperti yang kita semua sudah sedia maklum,tugas biro ini adalah untuk memantau dari aspek kebajikan dan keselamatan para peserta

sepanjang program dijalankan.Disamping itu,biro kebajikan dan keselamatan juga bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dikawasan aktiviti sentiasa berada dalam keadaan maksimum bagi mengelakkan sebarang perkara buruk daripada terjadi. Dalam program ini,biro kebajikan dan keselamatan memainkan peranan penting sepanjang aktiviti berlangsung.Memandangkan ada di antara para peserta yang sedang mengandung,biro ini telah berusaha untuk menyediakan pengangkutan khas bagi memudahkan pergerakan peserta-peserta tersebut.Sekiranya terdapat peserta yang mengalami masalah kesihatan sepanjang aktiviti program berlangsung,mereka akan ditempatkan di bilik rawatan/khas dan akan dijaga oleh salah seorang kem komanden yang bertugas pada waktu tersebut. Terdapat juga para peserta wanita yang masih dalam keadaan berpantang.Memahami kesulitan mereka mendapatkan makanan yang bersesuaian,biro kebajikan dan keselamatan telah menyediakan menu khas bagi peserta-peserta yang terlibat.Bagi memudahkan para peserta program mendapatkan rawatan segera sekiranya berlaku sebarang kecederaan,biro kebajikan dan keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk menyimpan serta memegang First Aid Kit.Sepanjang program ini berlangsung,tiada masalah kesihatan yang serius berlaku kepada para peserta dan segala aktiviti berjalan seperti yang dirancang.Para peserta juga sentiasa memberikan komitmen terbaik sepanjang program dijalankan. Manakala dari aspek keselamatan pula,biro-biro adalah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan peserta dan kawasan aktiviti berada dalam keadaan yang memuaskan.Bagi memastikan objektif ini tercapai,biro kebajikan dan keselamatan telah mengambil langkah untuk memeriksa setiap bilik para peserta setiap malam bagi memastikan keselamatan setiap peserta terjamin.Peserta-peserta program juga akan diperiksa mengikut bilik setiap kali selepas aktiviti pada waktu malam dijalankan bagi memastikan semua peserta telah kembali ke bilik masing-masing. Sentri atau lebih dikenali berjaga malam juga dilakukan pada setiap malam mengikut jadual yang telah disediakan.

Selain daripada itu,kawasan yang terlibat dengan aktiviti program juga sentiasa dipantau dan diperiksa bagi memastikan ia selamat dan kondusif untuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Walaupun banyak perkara yang terpaksa dilakukan oleh setiap ahli jawankuasa biro,namun ia tidak menjadi penghalang kerana kebajikan dan keselamatan peserta telah menjadi keutamaan bagi setiap biro. Sepanjang program ini dijalankan,tiada isu atau masalah besar melibatkan biro kebajikan dan keselamatan.Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan awal walaupun terdapat sedikit masalah dari segi pengurusan masa.

Disediakan oleh, Khairunizah Binti Rahmat Ketua Biro Kebajikan dan Keselamatan.

You might also like