P. 1
Persediaan Ke Alam Persekolahan

Persediaan Ke Alam Persekolahan

|Views: 510|Likes:
Published by MizaZainal

More info:

Published by: MizaZainal on May 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2014

pdf

text

original

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014

)
TAJUK MODUL: Persediaan Ke Alam Persekolahan (Motivasi Guru)
Nama Pensyarah: Encik Azli Bin Ariffin
Nama Ng Seng Wei Normala Binti Musa Salmiza Binti Zainal Abidin Norharyan Erdayu Binti Sahar Nor ‘Awaathif Binti Mohd Ghazali Lee No. Matriks D20091035105 D20082033975 D20091035074 D20091035078 D20091035070

1.0 PENGENALAN
1

Latihan mengajar adalah salah satu perkara asas yang perlu dilalui oleh semua insan bergelar guru. Ini merupakan langkah awal yang perlu dilalui oleh mereka sebelum melangkah ke alam realiti sebagai seorang guru yang bertauliah. Dalam tempoh latihan ini, guru-guru pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Adakah teori dan praktikal ini mampu membentuk seorang guru yang unggul sekiranya mereka sendiri tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi sebelum melangkah ke alam persekolahan. Sekirannya teori, praktikal dan motivasi digabungkan, ini mampu membentuk seorang guru yang mempunyai pakej yang sempurna. Bukan mudah untuk membentuk motivasi yang tinggi sekiranya bakal guru itu sendiri tidak bersedia dari awal dan kurang keyakinan diri. Oleh itu,bakal guru digalakkan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Seperti yang kita ketahui bahawa pelbagai rintangan dan halangan yang akan dilalui seawal melangkah ke alam ini. Contoh yang paling jelas ialah cara untuk mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai dan tekanan dari pihak sekolah dan persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan ialah penempatan guru di kawasan pedalaman yang kurang dari segi infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah. Sekirannya keadaan ini tidak dibendung,maka kita akan lihat betapa ramai guru akan berpaling arah. Tidak hairanlah jika kita lihat para pensyarah dan guru binbingan memberi perhatian, tunjuk ajar serta memberi galakan serta motivasi kepada bakal guru supaya mereka tidak akan terkejut sekiranya mereka ditempatkan di kawasan luar bandar. Oleh itu,bakal guru haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran ini dengan membekalkan diri dengan ilmu dan motivasi yang tinggi. Di harap dengan modul yang disediakan ini dapat membantu bakal guru untuk melangkah ke alam persekolahan yang realiti dengan penuh keyakinan dan semangat yang baru.

2.0 MOTIVASI GURU Guru Pemangkin Negara. Itulah kata-kata yang sering disebut untuk menggambarkan betapa beratnya tugas sebagai seorang guru. Ini bersesuaian dengan tugas seorang guru untuk
2

membentuk generasi berilmu dan menjadi pemimpin di masa hadapan. Tanpa kita sedari,sebenarnya pelajar sebenarnya dapat mengenal pasti dan menilai samada guru itu profesional atau tidak. Ini dibuktikan dengan melihat cara guru itu sendiri mengajar sepanjang tempoh pembelajaran. Contohnya yang paling jelas ialah semasa guru itu memberi ulasan dan huraian,mempunyai keyakinan diri untuk memberi jawapan dan ketegasannya semasa pembelajaran. Oleh itu,seorang guru yang terlatih harus mempunyai tahap motivasi yang tinggi sebelum melangkah ke alam persekolahan. Menurut Wan Mohd Zahid(1994:84), guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Oleh itu motivasi yang tinggi dan semangat amat diperlukan untuk menjayakan segala aktiviti kokurikulum dan interaksi di dalam sekolah. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya samada secara positif atau negatif. Ia juga bermaksud suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang,sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan. Selain itu,ia didefinisikan sebagai darjah atau tahap kesungguhan dan usaha secara berterusan untuk mencapai matlamat. Oleh itu motivasi guru dapat disimpulkan sebagai satu usaha,persediaan dan langkah yang berterusan untuk mencapai matlamat dan menempuhi cabaran sebelum dan sepanjang bergelar guru Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesion guru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha ke arah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum. Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi,
1

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 1994. Wawasan pendidikan : Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Cahaya

3

penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma2. Terdapat beberapa faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan motivasi seseorang guru itu menjadi lemah. Ini bukan hanya memberi kesan yang jelas kepada guru itu sendiri, tetapi kepada pelajar dan mungkin akan menimbulkan masalah kepada institusi dan pihak sekolah. Seperti papatah melayu pernah menyebut“ Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Oleh itu, sebagai seorang guru kita harus sedar bahawa sikap buruk seseorang guru boleh menjejas dan memberi kesan kepada pihak yang lain. Antara punca yang boleh menyebabkan jatuhnya motivasi seseorang guru ialah: • • • • Perasan malu terhadap profesion perguruan. Suasana dan persekitaran tempat kerja yang tidak selesa. Niat yang salah Merasakan kebebasan dan kesempatan untuk meningkatkan kualiti peribadi terbatas. • • • • Kurang keyakinan diri dan ketrampilan diri(cara pemakaian) Ketidakpusan hati terhadap masalah-masalah yang kecil. Tekanan pelajar dan pihak sekolah Kegagalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah melibatkan kerjaya sebagai seorang guru.

Mengapakah kerjaya guru ini dipilih? Antara faktor pemilihan kerjaya guru ialah pengaruh keluarga yang menginginkan anak mereka menjadi seorang pendidik terutamanya di kalangan perempuan. Berminat untuk menjadi seorang guru sejak kecil juga dapat menjadi faktor guru itu bermotivasi kerana ini merupakan matlamat dan impian mereka. Ini akan membantu mereka untuk mencintai bidang ini. Kebanyakkan memilih kerjaya ini disebabkan mempunyai masa bersama
2

Cheng, Y.C. 1996. Profiles of Organizational Culture and Effective Schools. School Effectiveness and School Improvement 4 (2): 85-110.

4

keluarga berbanding bidang lain. Seperti yang kita tahu bahawa keluarga amat penting dan ini dapat membantu dalam meningkatkan motivasi dan memberi semangat kepada diri untuk menyelesaikan hal dan urusan kerja dengan baik. Menurut kajian Mohd Sahandri(1996) mendapati ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan.3 Dapatan yang sama juga didapati dalam kajian Muhamad sani et al.(2002) di mana dorongan ibubapa adalah faktor utama pemilihan kerjaya perguruan.4Faktor sukakan kanakkanak juga adalah penyebab mengapa kita dapati lebih banyak wanita menceburi bidang ini.( Berry (1998)5 dan Jantzen(1981)6. Umumnya, guru pelatih menunjukkan sikap yang positif terhadap kerjaya perguruan walaupun kebanyakkan mereka menyatakan profesion ini agak mencabar dan memberi terlalu banyak tekanan berbanding profesion lain, terutamanya mereka yang tidak berminat untuk menjadi seorang guru dari awal lagi. Bagi mereka yang berminat dan bermotivasi semasa mengajar lebih menunjukkan sikap positif kepada kerjaya perguruan kerana menganggap telah menyumbang sesuatu yang bernilai kepada pelajar. Mereka sentiasa berfikiran positif dan menganggap bahawa kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang tinggi, kesabaran, kreatif serta persediaan yang baik untuk menjadi guru yang berjaya dan berkualiti. Seseorang guru juga mestilah mempunyai kemahiran mengajar yang tinggi, berpengetahuan luas dalam subjek yang diajar, mempelbagaikan kaedah mengajar serta mahir dalam teknologi untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beberapa faktor yang penting untuk meningkatkan motivasi guru pelatih sebelum melangkah ke alam persekolahan ialah suasana kelas seperti tingkah laku pelajar, motivasi pelajar, suasana iklim sekolah, sokongan daripada pihak sekolah dan hubungan baik dengan guru-guru sekolah. Ini akan membantu guru pelatih supaya lebih bermotivasi terhadap kerjaya perguruan dan bersedia untuk mengajar selepas lakihan mengajar. Bagaimanapun, motivasi guru pelatih akan berkurangan dan rasa takut untuk menghadapi situasi sekolah sebenar selepas tamat latihan

3

Mohd. Sahandri Ghani bin Hamzah. 1996. Analisis pemboleh ubah demografi terhadap prestasi pengajaran di kalangan guru pelatih. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan 4 Muhamad Sani et al. 2002. Motif pemilihan profesion perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 350-362. 5 Berry, B. 1988. Labour market choices and teacher reform: Policy options for the public school of the twenty-first century. Teaching and Teacher Education 4 (1) :71-81. 6 Jantzen, J.M. 1981. Why college students choose to teach: A longitudinal study. Journal of Teacher Education 32 (2) : 45-48.

5

mengajar apabila suasana harmoni sepererti yang dialami semasa menjalani latihan mengajar tidak wujud di sekolah yang akan ditempatkan selepas tamat pengajian. Di sini disenaraikan beberapa ciri yang menunjukkan guru pelatih berprestasi baik dan lemah: Ciri-ciri guru pelatih berprestasi baik dan bermotivasi tinggi7

7

Halimah Harun.2006. Jurnal Pendidikan 31.Minat,Motivasi, dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih 91.

6

Ciri- ciri guru pelatih berprestasi lemah dan motivasi rendah.8

8

Halimah Harun.2006. Jurnal Pendidikan 31.Minat,Motivasi, dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih 92.

7

8

Sekiranya motivasi guru menjadi lemah,apakah cara agar motivasi itu kembali,kemudian akan membantu kita menjadi guru yang unggul?Antara langkah yang boleh diambil ialah: • • • • • • Berbangga dengan profesion perguruan kerana ia tugas yang mulia. Belajar dari kegagalan dan pengalaman yang dilalui. Terus belajar dan tidak mudah berputus asa untuk menjadi guru yang lebih baik. Yakin pada diri dan keterampilan diri. Menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah. Tahu untuk mengatasi tekanan pelajar dan sekolah.

Oleh itu,sebagai seorang guru kita harus bersyukur dengan kerjaya yang telah diberikan. Jalankan tugas dan amanah sebaik mungkin tanpa terlalu banyak merungut dan terus melemahkan motovasi sebagai seorang guru. Guru yang bermotivasi membentuk pelajar yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 ( Mahathir 2001),pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi anspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang realiti.9
9

Mahathir Mohammad.1991.Malaysia: The Way Forward.Kuala Lumpur:Malaysia Business Council.

9

3.0 ISU-ISU KOMPETENSI GURU Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kompetensi guru merupakan salah satu faktor yang penting. Secara amnya, kompetensi bermaksud kemampuan atau kecekapan untuk menentukan dan memutuskan sesuatu. Cowell10 mengertikan kompetensi sebagai suatu keterampilan atau kemahiran yang bersifat aktif. Manakal menurut Lefrancois11, kompetensi merupakan keupayaan untuk melakukan sesuatu yang dihasilkan dari proses pembelajaran. Dalam bidang perguruan, kompetensi guru dapat ditakrifkan sebagai kemampuan pelajarnya menguasai dari segi pengetahuan keterampilan dan keperibadian yang utuh atau keahlian guru dalam menjalankan tugasnya mendidik dan mengajar anak muridnya. Kompetensi guru tersebut merangkumi kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi profesional dan kompetensi sosial. 3.1 KOMPETENSI PEDAGOGI a) Pemahaman wawasana atau landasan pendidikan b) Pemahaman terhadap anak murid c) Pengembangan kurikulum atau silibus d) Perancangan pembelajaran e) Pelaksanaan pembelajaran yang mendidik dan berhikmah f) Pemanfaatan teknologi pembelajaran g) Evaluasi hasil pembelajaran h) Pengembangan pelajar untuk mengenal pasti pelbagai potensi yang dimilikinya Dalam Undang-Undang No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen dikemukan kompetensi pedagogi adalah ‘kemampuan mengelola pembelajaran pelajar’. Kompetensi
10

Richard N. Cowell, Buku Pegangan Para Penulis Paket Belajar (Jakarta: Proyek Pengembangan

Pendidikan Tenaga Kependidikan, Depdikbud, 1988), pp. 95-99
11

Guy R. Lefrancois, Theories of Human Learning (Kro: Kros Report 1995), p.5.
10

ini dapat dilihat dari segi kebolehan menyusun program pengajaran, kemampuan melaksanakan interaksi dan kemampuan melakukan penilaian. 3.2 KOMPETENSI KEPERIBADIAN a) Mantap b) Berakhlak mulia c) Arif dan bijaksana d) Berwibawa e) Stabil f) Dewasa g) Jujur h) Menjadi teladan bagi pelajar dan masyarakat i) Secara objektif mengevaluasi hasil kerja sendiri j) Mengembangkan diri secara berterusan Guru sebagai tenaga pendidik yang tugas utamanya mendidik pelajar perlu memiliki perwatakan yang berpengaruh kepada pembinaan jati diri seorang pelajar. Ini kerana keperibadian itulah yang akan menentukan apakah seorang guru itu menjadi pendidik dan pembina bangsa yang baik buat anak didiknya atau sekadar menjadi perosak dan pemusnah masa depan pelajarnya. Hal ini sangat penting bagi pelajar yang jiwa remajanya masih dalam proses pembentukan jati diri. Guru yang fleksibel ialah guru yang mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi tanpa mudah dipengaruhi oleh keadaan-keadaan negatif.

3.3 KOMPETENSI PROFESIONAL a) Berkomunikasi lisan, tulisan dan isyarat
11

b) Menggunakan teknologi komunikasi dan informasi secara tepat c) Bergaul secara efektif bersama pelajar, rakan sejawat dan anggota-anggota pendidikan yang lain d) Bergaul secara santun dengan masyarakat sekitar dengan mengindahkan norma serta sistem nilai yang berlaku e) Menerapkan prinsip-prinsip persaudaraan sejati dan semangat kerjasama Menurut Undang-Undang No.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen, kompetensi profesional adalah ‘kemampuan penguasaan mata pelajaran secara meluas dan mendalam’. Selain itu, kompetensi profesional adalah pelbagai kemampuan yang diperlukan agar dapat mewujudkan dirinya sebagai guru profesional. Kompetensi profesional meliputi kepakaran atau keahlian dalam bidangnya termasuklah penguasaan bahan yang harus diajarkannya berserta kaedahnya, rasa tanggungjawab dan kerjasama dengan rakan sejawat. 3.4 KOMPETENSI SOSIAL a) Kemampuan menguasai pembelajaran secara luas dan mendalam sesuai dengan standard pengisian mata pelajaran, atau kelompok mata pelajaran yang dipelopori. b) Konsep-konsep dan kaedah disiplin keilmuan, teknologi atau seni yang relevan, yang secara konsepnya meliputi atau koheren subjek mata pelajaran yang di ceburi. Guru yang efektif adalah guru yang mampu membawa pelajar merealisasikan objektif pembelajarannya. Mengajar di hadapan kelas akan mewujudkan interaksi dalam proses komunikasi. Menurut Undang-Undang Guru dan Dosen12, kompetensi sosial adalah kemampuan guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif dan efisien dengan pelajar, guru-guru, ibubapa pelajar serta masyarat sekeliling. Kompetensi sosial juga boleh dikatakan kemampuan yang diperlukan oleh seseorang agar berhasil dalam hubungan dengan orang lain. Dalam kompetensi sosial ini termasuk keterampilan dalam interaksi sosial dan melaksanakan tanggungjawab sosial. Undang-Undang Guru dan Dosen diperolehi daripada laman sesawang http://www.scribd.com/doc/2591271/Undangundang-Guru-dan-Dosen pada 19 Mac 2011
12

12

Walaubagaimanapun, seorang guru dikatakan memiliki kompetensi tersebut apabila berjaya menguasai kriteria kompetensi seperti berikut13:
a) Cognitive Objective, yang mengkhususkan kemampuan memiliki pengetahuan dan

kemampuan intelektual, seperti pengetahuan tentang psikologi.
b) Performance Objective yang menuntut pelajar mampu menunjukkan beberapa kegiatan,

mampu berbuat sesuatu, mampu memecahkan soal.
c) Consequence Objective ditekankan dengan istilah hasil kegiatan belajar. Guru tidak

hanya harus tahu mengajar, tetapi juga dapat mengajar dan menghasilkan perubahan tingkah laku kepada pelajar.
d) Affective Objective biasanya dihubungkan dengan kemunduran sosial yang terjadi pada

peribadi pelajar, seperti sikap yang konkrit, nilai-nilai murni, kepercayaan, persahabatan.
e) Exploratory Objective, khususnya kegiatan yang menimbulkan belajar menjadi

bermakna dengan cara mewujudkan sistem pembelajaran yang spesifik dan memiliki strategi pembelajaran yang tersendiri.

Namun begitu, bagi memastikan kompetensi guru dapat dimiliki oleh setiap guru, pengetua atau guru besar sekolah harus memainkan peranan. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan dapat berjalan secara efektif dan berkesan. Terdapat enam peranan utama pengetua atau guru besar sekolah14: 1. Pengetua sebagai educator (pendidik) Kompetensi guru diperolehi daripada laman sesawang http://www.docstoc.com/docs/59996088/kompetensi-guru pada 19 Mac 2011
13

Kompetensi dan Peran Kepala Sekolah daripada laman sesawang http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/21/kompetensi-guru-dan-peran-kepala-sekolah-2/ pada 15 Mac 2011
14

13

Pengetua

yang

menunjukkan

komitment

tinggi

dan

fokus

terhadap

pengembangan kurikulum dan kegiatan belajar dan mengajar di sekolahnya. Justeru itu, pengetua akan memerhati peningkatan kompetensi guru-gurunya sekaligu akan berusaha bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada guru-guru supaya proses pembelajaran dapat dijalankan secara efektif dan efisien.
2. Pengetua sebagai pengurus

Dalam mengelola tenaga pendidikan, tugas yang harus dilakukan oleh pengetua adalah melaksanakan kegiatan pemeliharaan dan pengembangan bidang para guru. Oleh itu, sewajarnya pengetua dapat menyediakan dan memberikan kesempatan kepada para guru untuk melaksanakan kegiatan yang berkaitan dengan bidang guru, kesempatan melanjutkan pendidikan dan juga peluang untuk mengikuti berbagai aktiviti pelatihan yang diselenggarakan oleh pihak lain.

3. Pengetua sebagai supervisor

Ini perlu agar pengetua dapat mengetahui sejauh mana guru mampu melaksanakan pembelajaran. Pengetua haruslah melakukan pemerhatian secara berkala supaya dapat dikesan kelemahan dan diketahui keunggulan guru dalam melaksanakan pembelajaran. Pemerhatian ini boleh dilakukan dengan mengunjungi kelas bagi melihat sendiri bagaiman proses pembelajaran berlansung dan mengenal pasti kaedah pengajaran yang diguna pakai. Selain itu, pengetua juga dapat melihat penglibatan pelajar secara maksimum di dalam kelas.

4. Pengetua sebagai pemimpin • Dalam teori kepimpinan, dua gaya kepimpinan dapat di kenal pasti iaitu kepimpinan yang berorientasi kepada tugas dan kepimpinan yang berorientasi kepada manusia. Dalam rangka meningkatkan kompetensi guru, pengetua haruslah dapat menerapkan dua gaya kepimpinan tersebut secara tepat dan fleksibel, disesuaikan dengan kondisi dan keperluan yang ada.
14

5. Pengetua sebagai penghidup suasana kerja • Budaya dan suasana kerja yang kondusif akan memungkinkan setiap guru lebih termotivasi untuk menunjukkan hasil kerja secara unggul, yang disertai usaha untuk meningkatkan kompetensinya. Oleh itu dalam usaha mewujudkan suasana harmoni dan kondusif, pengetua haruslah memastikan para guru bekerja dengan lebih giat apabila kegiatan yang dilakukannya menarik dan menyenangkan. 6. Pengetua sebagai wirausahawan

Pengetua dapat mencipta pembaharuan, keunggulan dan memanfaatkan pelbagai peluang. Pengetua dengan sikan kewirausahawan yang kuat akan berani melakukan perubahan-perubahan yang inovatif di sekolahnya, termasuk perubahan-perubahan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelajar dan kompetensi gurunya.

4.0 STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. 4.1 LATAR BELAKANG Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
15

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan Negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu, Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru kea rah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: “… as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality and that all students have access to high quality teaching.”15 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan
15

Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal.106
16

perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. 4.2 RASIONAL Standard Guru Malaysia digubal berdasarkan beberapa rasional yang telah dipertimbangkan. Antara rasionalnya ialah guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru professional dengan berkesan. Selain itu, rasional yang seterusnya ialah agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi. Hal ini sangat penting untuk memastikan bakal guru bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengajar di sekolah kelak. Rasional lain ialah Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan. Seterusnya, Standard Guru Malaysia juga menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. Hal ini bertujuan untuk memastikan guru mencapai tahap profesionalisme yang telah ditetapkan. 4.3 TUJUAN Standard Guru Malaysia digubal bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Tahap kompetensi guru perlu dikenal pasti bagi membolehkan guru memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan intelektual guru sejajar dengan perkembangan ilmu dan teknologi maklumat. Selain itu, Standard Guru Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi
17

latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Institusi dan agensi yang terlibat perlu sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan supaya bersesuaian dengan kehendak dunia global.Standard Guru Malaysia juga diwujudkan supaya dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut diperbaiki dan diperhalusi untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. 4.5 PENGGUNAAN Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh beberapa individu dan agensi yang terlibat di dalam bidang pendidikan. Golongan guru sudah semestinya perlu menggunakan SGM untuk membuat refleksi kendiri terhadap pencapaian standard dan mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Hal ini kerana guru perlu mengetahui tahap pencapaian diri dan seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti. Guru perlu memandang serius keperluan ini kerana peranan guru sangat penting dalam membangunkan modal insan pelajar seterusnya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Selain itu, pendidik guru di latihan perguruan juga menggunakan SGM sebagai rujukan untuk mengenal pasti tahap standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). Bakal guru perlu dikenal pasti kelemahan mereka supaya dapat diperbaiki sebelum melangkah ke alam persekolahan. Pendidik guru juga dapat mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. Hal ini penting untuk memastikan mereka dapat menguasai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang betul supaya proses penyampaian ilmu di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar. Pengurus dan pentadbir institusi latihan perguruan juga perlu menggunakan SGM untuk mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Selain itu dapat mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. Hai ini sangat penting kerana setiap latihan yang disediakan oleh institusi perlu bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan dunia. Sebagai contoh, institusi perlu menyediakan latihan penggunaan alat bantu mengajar yang lebih afektif, canggih dan menarik sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Selain itu, strategi bagi meningkatkan tahap
18

pencapaian standard juga perlu dikenal pasti untuk memastikan guru mencapai tahap profesionalisme yang telah ditetapkan. Apabila berada di sekolah, guru besar dan pengetua memainkan peranan penting untuk mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru. Sekiranya terdapat guru yang tidak mencapai standard yang telah ditetapkan, guru besar dan pengetua perlu menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard guru tersebut. Maka dengan itu, tiada lagi guru yang tidak mencapai tahap profesionalisme dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik mahu pun bidang lain. Seterusnya, agensi latihan perguruan perlu mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di latihan perguruan.

Selain itu, tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan perlu dikenal pasti. Perkara ini perlu diperhalusi supaya guru yang dihasilkan berkualiti dan mencapai tahap profesionalisme. SGM juga bertjuan untuk mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.
5.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya tugas seorang guru itu bukan mudah seperti yang dijangka. Sebelum melangkah ke alam persekolahan, bakal guru perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal dan seharusnya mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Motivasi dapat membantu membentuk nilai-nilai bitara yang unggul seperti berintegriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Nilai-nilai bitara ini penting untuk menghasilkan guru yang berkeyakinan, bermotivasi tinggi dan berketerampilan. Ini dapat menujukkan kewibawaan guru dalam menghadapi kerenah pelajar yang pelbagai. Tanpa kita sedari,sebenarnya pelajar sebenarnya dapat mengenal pasti dan menilai samada guru itu profesional atau tidak. Ini dibuktikan dengan melihat cara guru itu sendiri mengajar sepanjang tempoh pembelajaran. Isu-isu kompetensi guru meliputi aspek kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi profesional dan juga kompetensi sosial. Segala aspek kompetensi ini amat penting dalam melahirkan seorang guru yang fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan sebarang
19

keadaan. Selain itu, guru perlu menguasai setiap mata pelajaran yang di ceburi agar dapat melahirkan generasi pelajar yang unggul. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

6.0 RUJUKAN Sumber Bacaan: Drs. M. Dimyati Mahmud (1990) Psikologi Pendidikan: Suatu Pendekatan Terapan Yogyakarta: BPFE-YOGYAKARTA Ee Ah Meng (2003) Pendidikan Di Malaysia III. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd Khadijah Rohani Mohd Yunus & Mazariah Abd Samad (2008) Bimbingan Dan Penasihatan Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Poh Swee Hiang (2000) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Robert F. Mager (2004) Teknik Mendorong Pelajar Belajar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Richard N. Cowell, Buku Pegangan Para Penulis Paket Belajar (Jakarta: Proyek Pengembangan Pendidikan Tenaga Kependidikan, Depdikbud, 1988), pp. 95-99 Guy R. Lefrancois, Theories of Human Learning (Kro: Kros Report 1995), p.5. Sumber Internet:
20

Standard Guru Malaysia diperolehi pada 10 Mac 2011 di laman sesawang
http://www.moe.gov.my/sgm/index.html

Kompetensi Guru dan Peran Kepala Sekolah diperolehi pada 15 Mac 2011 di laman sesawang http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/21/kompetensi-guru-dan-peran-kepala-sekolah-2/ Sinopsis-kompetensi-guru diperolehi pada 22 Mac 2011 di laman sesawang http://yusufhadi.net/wp-content/uploads/2009/02/sinopsis-kompetensi-guru.pdf Kompetensi guru diperolehi daripada laman sesawang http://www.docstoc.com/docs/59996088/kompetensi-guru pada 19 Mac 2011 Undang-Undang Guru dan Dosen diperolehi daripada laman sesawang http://www.scribd.com/doc/2591271/Undangundang-Guru-dan-Dosen pada 19 Mac 2011 Sumber Jurnal: Halimah Harun, Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 83-96

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->