You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN DAN

TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

4. Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen
atau tenaga pengajar sambilan :-

4.1 pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan;

4.2 permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang-kurangnya


2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula;

4.3 pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak
melebihi 4 jam seminggu;

4.4 pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan
atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;

4.5 pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau
pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk suami / isteri / ibu / bapa /
adik beradik / saudara mara yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;

4.6 pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen / ¡®home
tuition¡¯ atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui
risalah atau secara lisan kepada pelajar;

4.7 pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di
pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing;

4.8 khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru
dan dijalankan di luar waktu pejabat;

4.9 pemohon tidak digalakkan memberi khidmat mengajar di luar stesyen / kawasan tempat
beliau bertugas (luar stesyen bermaksud jarak lokasi tempat khidmat tuisyen atau mengajar
secara sambilan dengan pejabat tidak lebih daripada 25 km);

4.10 pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan
menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan;

4.11 tempoh pemohon memegang jawatan sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar
sambilan dihadkan satu (1) tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan menggunakan
permohonan seperti kali pertama;

4.12 pemohon hendaklah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing-masing tertakluk


kepada prestasi kerja dan keperluan perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong
atau tidak sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang
tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993;

4.13 kuasa untuk meluluskan permohonan pemohon terletak kepada budi bicara Pihak
Berkuasa Meluluskan dan keputusan adalah muktamad; dan

4.14 Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan jika
didapati pemohon melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

http://www.moe.gov.my/pustaka_jbt_pdf/2007/Pekeliling%20Perkhidmatan%20Bil.1%20Tahun
%202006.pdf

Masyarakat pada masa sekarang begitu peka dengan tuntutan pendidikan . Pencapaian
murid yang cemerlang dalam peperiksaan awam bukan lagi menjadi kejutan . Bilangan murid
yang ramai mengumpul A1 dalam semua matapelajaran juga bukan lagi sesuatu yang
luarbiasa . Sebahagian besar daripada murid yang berjaya ini menyatakan kejayaan mereka
berpunca dari usaha yang berterusan, sokongan ibu bapa dan guru, gigih dan sabar dalam
pembelajaran serta mengikuti kelas tambahan di sekolah ataupun mengikuti tuisyen.

Bagi guru-guru di sekolah yang mengajar tuisyen secara sah ataupun tidak , adakalanya
mereka lebih menyerlah apabila mengajar di luar waktu persekolahan. dalam erti kata yang
lain, sangat hebat ketika melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga
pengajar sambilan . Kebanyakkan guru di sekolah yang memohon melakukan pekerjaan luar
biasanya menjadi guru tuisyen di pusat-pusat tuisyen. Namun begitu ramai juga yang
melakukan perkara yang sama secara senyap di rumah kediaman. Berkemungkinan ramai
yang tidak menyedari perbuatan mengajar tuisyen di pusat-pusat tuisyen ataupun apa yang
sering dikatakan memberi bimbingan kepada anak-anak jiran di rumah tanpa kebenaran
merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pendidikan 1996 Seksyen 133 yang membawa
denda maksimum antara RM 5,000.00 hingga RM 10,000.00 .

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat


Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1 Tahun 2006 yang
memaklumkan garis panduan kelulusan melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau
tenaga pengajar sambilan. Namun begitu masih ramai yang tidak mematuhi arahan
berkenaan menyebabkan pelbagai aduan diterima dari orang awam . Diantaranya ialah ramai
tenaga pengajar di pusat tuisyen samada telah diberi kebenaran atau tidak , didapati
tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang
mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform dalam mempromosi
tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi. Secara dasarnya seseorang pegawai
perkhidmatan awam di larang melakukan pekerjaan luar yang mendatangkan sebarang
bentuk faedah ataupun keuntungan. Namun begitu atas keprihatinan kementerian terhadap
keperluan murid dalam mendalami ilmu dan menguasai pembelajaran tambahan, para
pendidik di beri kebenaran untuk membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-
mana institusi pendidikan swasta (IPS) dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak
bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam. Kebenaran bersyarat ini
merupakan satu alat kawalan dalaman bagi memastikan aktiviti tersebut selaras dengan
kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993.

Oleh itu , bagi warga pendidik yang mahu memartabatkan proffesion keguruan , perlulah akur
dan mematuhi setiap arahan yang diberi . Jestru itu perlu diingat juga bahawa masyarakat
pada hari ini cukup peka dengan apa tindakan kaum guru samada secara sedar atau tidak.
http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=1510

www.arkib.gov.my/panduan_rancang.html

Tanggungjawab Anda Terhadap Rekod Awam


• Mewujudkan rekod-rekod yang jabatan anda perlukan di dalam urusan harian.
• Menentukan supaya rekod-rekod yang masih diperlukan oleh jabatan disimpan secara
sistematik dan dipelihara dengan baik.
• Mengasingkan rekod-rekod yang tidak lagi diperlukan.
• Menghubungi Arkib Negara Malaysia di atas apa-apa perkara mengenai rekod-rekod
yang tidak diperlukan.
• Menyediakan senarai pemindahan bagi rekod-rekod yang berusia 5 tahun setelah
ditutup bagi menentukan sama ada rekod-rekod tersebut perlu dipindahkan ke Arkib
Negara Malaysia untuk disimpan dan dimusnahkan.
• Mempastikan semua rekod bernilai yang telah berusia 20 tahun semenjak diwujudkan
disenarai dan dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
• Meminta kebenaran daripada Ketua Pengarah Arkib Negara untuk pemusnahan rekod-
rekod yang tidak bernilai.
• Mendapatkan khidmat nasihat dan bekerjasama dengan Pegawai-Pegawai Arkib
mengenai cara pengurusan rekod di jabatan anda.
• Untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan rekod yang lebih berkesan, Pegawai
Rekod Jabatan dan Pegawai Kerani Rekod perlulah dilantik.

www.jpa.gov.my/pekeliling

You might also like