You are on page 1of 9

`

BAB 17 => Komposisi Penduduk di Pendang Serta Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk
Nama Murid: Nur Shafiqah Bt Mohd Zauki, Nawal Radhiah Bt Mohd Nasir, Siti Zaharah Bt Abdul Rahim Tingkatan: 2 Khas 1 Nama Guru: Puan Zalina Bt Daud T.Tangan Murid (NsMz) (Nawal) (Zaharah) T.Tangan Guru .. (Zalina Bt daud)

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

Nama Pendang dikatakan berasal daripada nama Pendiat yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati. Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ufti ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh. Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru. Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat. Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum lain memiliki kurang dari lima peratus. Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah. Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1989 juga turut dititikberatkan di Daerah Pendang. Melalui program ini, jumlah Ketua Isi Rumah termiskin dapat dikurangkan. Daerah Pendang adalah sebuah daerah yang belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk dibangunkan sebagai satu daerah yang maju di masa hadapan melalui perancangan yang teratur dan terancang.

Kawasan Pekan Pendang merupakan kawasan perindustrian secara kecil kecilan.Penduduk di sini lebih tertumpu kepada kaum Melayu. Terdapat juga kaum Cina, Siam dan India tetapi jumlahnya jauh berbeza dengan kuantiti kaum Melayu. Saya bersama ahli kumpulan telah menemu ramah beberapa penduduk Taman Melur, salah satu taman yang terdapat di pekan Pendang yang telah memudiki Pendang sejak dahulu lagi. Secara pemerhatian, saya mendapati bahawa taburan penduduk di Pekan Pendang adalah bercampuran dan sekata di seluruh taman yang terdapat di Pekan Pendang. Orang yang telah saya menemu ramah kebanyakannya menjalankan perusahaan atau perniagaan.Ada juga yang makan gaji dengan bekerja sebagai guru dan sebagainya. Kesemuanya telah berumah tangga.Kebanyakkan orang yang saya menemu ramah bekerja dalam sektor perkhidmatan dan kemanusiaan. Dari segi kemanusiaan adalah ladang-ladang dan sawah-sawah padi yang banyak terdapat di Pendang dan yang berkaitan. Ada juga bekerja dengan kerajaan. Terdapat 6 orang yang mengusahakan perniagaan sendiri dan 7 orang yang bekerja dengan kerajaan dan 5 orang bekerja dengan swasta. Tidak terbilang apa pekerjaan yang dilakukan oleh pendudukpenduduk di sini. Kebanyakkan penduduk di pekan bekerja makan gaji dan berniaga berbanding dengan pendudukpenduduk kampung. Penduduk-penduduk kampung lazimnya melakukan kegiatan berkenaan pertanian dan juga perniagaan seperti mengendalikan kedai runcit, kedai menjahit, pasar mini dan lain lain. Rujuk graf yang telah disediakan.

Pekerjaan di sini bergantung kepada pembangunan dan bentuk muka bumi seperti kawasan tanah di sini rata dan sesuai untuk penanaman padi sawah dan perladangan serta penternakan kerana kawasan Pendang mempunyai banyak saliran sungai. Dari segi pembangunan pula, penduduk bandar akan bergiat aktif untuk melakukan perniagaan perkhidmatan. Penduduk Cina yang mempunyai jumlah yang agak besar dalam penceburian aktiviti perniagaan. Walaupun begitu, penduduk Melayu juga tidak ketinggalan dalam hal ehwal perniagaan seperti menjalankan restoran, gerai-gerai makan dan kedai runcit. Penduduk India pula mempunyai kepakaran dalam perguntingan rambut dan membuka kedai menggunting rambut. Penduduk-penduduk di sini boleh dikatakan seimbang dari segi pekerjaan iaitu ada segelintir yang memakan gaji dan ada yang menjalankan perniagaan secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Penduduk di sini boleh dijangkakan sudah lama menetap di daerah Pendang ini, iaitu sekitar 9 -> 12 tahun.

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut=>

(a) Memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian

(b) Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian (c) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

You might also like