You are on page 1of 2

Keluaran Majalah Wanit Jun 2004

Lokasi : Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula, Taman Tun Dr. Ismail No. 13 A, Jalan
Tun Mohd Fuad 3
Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03- 77273457/ 03- 77273700

Terima Kasih : Zaimal Sdn Bhd

Buang Bulu Roma Berlebihan cara Zai’s Beauty Formula

Ramai wanita yang berkeluh kesah apabila menghadapi masalah bulu roma berlebihan di bahagian muka
atau badan dikatakan mengurangkan ciri-ciri kewanitaan.

■ Bulu roma berlebihan pada bahagian muka mengganggu kelicinan kulit dan apabila berbedak,
wajah kelihatan berkerut dan bertompok tidak rata.
■ Bahagian atas bibir pula kelihatan seperti misai. Apabila menggunakan gincu bibir, tidak kira
apa warna pun, bertambah ketara lagi misai seseorang wanita.
■ Disebabkan ramai wanita Malaysia menggunakan produk mencerahkan kulit muka, “misai”
wanita kelihatan lebih jelas lagi.
■ Bulu roma berlebihan pada bahagian badan mengurangkan kewanitaan kerana apabila disentuh
tidak lagi terasa kulit yang halus dan gebu.

Rawatan Zai’s Beauty Formula dapat membuang bulu roma cara BERKEKALAN

Teknik rawatan :- (gabungan khazanah Tradisi DiRaja dan Teknik Moden)


i) Bahagian rawatan dicuci EPIL LOTION 1 disapu untuk membuka folikel bulu roma.
Alat “Tabla Wave” digunakan untuk membantu pembukaan folikel bulu roma supaya
memudahkan penetrasi bahan rawatan selanjutnya.

ii) Perca Muslin yang direndam dengan EPIL LOTION 2 (mengandungi ekstrak akar ceraka, getah
betik dan getah pokok jarak pagar serta ekstrak pucuk cili padi diletak pada bahagian rawatan.
Bahan EPIL LOTION 2 dapat mematikan bahagian dermal papilla dan akar bulu roma.

iii) Alat “Thermolitik” pula digunakan untuk membantu mematikan umbi-umbi bulu roma.
Selepas dibilas, HairGone lotion disapu.

*Lotion “HairGone” merupakan produk rawatan di rumah supaya membantu membuang bulu roma
secara kekal. (Harga HairGone : RM35.00)

Tips Dr Tunku Zaidar

Jangan sekali-kali mencukur bulu roma. Ini akan menggalakkan pertumbuhan bulu roma yang lebat,
kasar dan berkerinting.

1
Gambar 1(BuangBulu4.jpg): Alat “Tabla Wave” digunakan pada folikel folikel bulu roma

Gambar 2 (BuangBulu5.jpg): Perca Muslin yang


direndam dengan EPIL LOTION 2 diletak pada bahagian
rawatan.

Gambar 3 (BuangBulu8.jpg): Alat “Thermolitik”


digunakan untuk membantu mematikan umbi-umbi
bulu roma.

*Dapatkan rawatan diatas pada harga promosi RM75.00 sahaja (Sila bawa kupon di mukasurat
sebelah)

You might also like