You are on page 1of 61

BAHAGIAN B

ii. BAHAGIAN B ( MENULIS KARANGAN ) 1.Tiga soalan karangan akan dikemukakan. Calon dikehendaki memilih satu soalan sama ada soalan 1, 2 atau 3. 2.Calon perlu menguasai pelbagai jenis karangan. 3.Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 4.Karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai 6 perenggan. ( 1 perenggan untuk 1 isi ) 5.Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 40 minit. 6.Jumlah markah untuk bahagian ini ialah 30 markah. 7.Jenis karangan:

BAHAGIAN B(karangan yang

biasa diuji dalam UPSR


KARANGAN BERFORMAT TIDAK BERFORMAT

Surat kiriman tidak rasmi Surat kiriman rasmi Dialog Syarahan Ucapan Laporan Berita Catatan harian Perbahasan

Cerita / cereka Melengkapkan cerita Keperihalan Fakta Autobiografi Biografi Peribahasa Tindakan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B 1. Memilih soalan @Baca setiap soalan yang diberi dengan teliti. @Pilih sama ada soalan 1 atau 2 atau 3 . @Pilih soalan yang benar-benar sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan murid sendiri. @Pastikan kamu mengetahui format jika karangan berformat. @Pastikan kamu mempunyai isi yang cukup.

1. Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sebagai ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan dalam majlis tersebut. Sediakan ucapan kamu selengkapnya. 2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke suatu tempat yang menarik. Selaku setiausaha persatuan, kamu ditugaskan untuk menulis laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan kamu selengkapnya. 3. Semasa menjalani latihan sukan di sekolah, seorang rakan kamu telah terjatuh lalu pengsan. Ceritakan apakah tindakan yang perlu kamu ambil.

2. Menentukan Kunci Soalan. @Baca keseluruhan soalan dengan teliti. @Kunci soalan biasanya kata atau rangkai kata penting dalam soalan. Contohnya: Ceritakan, Tuliskan Syarahan, Nyatakan cara-cara, Terangkan faedahfaedah, Sediakan ucapan, Tuliskan surat dan lain-lain. @Garisi kunci soalan atau kehendak soalan. @Kenal pasti : kehendak soalan/jenis atau format karangan. @Contoh Soalan: Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan kamu itu selengkapnya.

3. Menganalisis Soalan @Kunci Soalan: Laporan @Jenis Karangan: Karangan Laporan @Format: Karangan Berformat; mesti ada tajuk, pendahuluan, isi, penutup, penulis laporan, tarikh laporan @Kehendak soalan: Menulis laporan tentang lawatan yang disertai oleh ahli Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu.

4. Merangka Karangan @Baca soalan dengan teliti. @Tentukan format karangan yang perlu ditulis, jika berformat. @Pilih mana-mana kaedah yang mudah un tuk mencari isi. @Senaraikan semua isi penting secara ringkas. @Susun isi mengikut keutamaan. @Rangka karangan penting sebagai panduan kamu menulis dengan lancar dan teratur.

Menggunakan

pelbagai kaedah:( Kaedah peta minda/Kaedah Kata Tanya/Kaedah Rangka Karangan) Soalan 1: Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan kamu itu selengkapnya.

Pilih

kaedah yang sesuai (Kaedah Rangka karangan) Tajuk laporan Pendahuluan :-tarikh, masa dan tempat lawatan Isi 1 : -tujuan lawatan mengetahui sejarah Isi 2 : -bilangan ahli yang menyertai Isi 3 :-disambut oleh penyelia muzium Isi 4 :-barangan yang dipamerkan Penutup :-pulang rasa gembira

5. Menulis Karangan @Tulis karangan mengikut format yang betul jika berformat. @Setiap isi yang ditulis perlu dihuraikan atau diperkembangkan. @Tulis satu isi dalam satu perenggan. @Pastikan perkara-perkara berikut diberi keutamaan: +Struktur ayat +Tanda Baca +Ejaan yang betul +Perbendaharaan kata/Kosa kata yang sesuai. +Kekemasan tulisan.

Tajuk

Laporan : Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negeri

Pendahuluan

:-tarikh, masa dan tempat lawatan Ayat 1 : Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Kuala Tiga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Kelantan. Ayat 2: Kami ke muzium tersebut pada 29 Januari 2011 yang lalu. Ayat 3: Kami berkumpul di sekolah lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Isi

1 : -tujuan lawatan mengetahui sejarah Ayat 1: Antara tujuan lawatan adalah untuk mengembang ilmu pengetahuan mengenai sejarah negeri Kelantan kepada ahli . Ayat 2: Di samping itu, lawatan ini memberi peluang kepada ahli untuk menanam semangat patriotisme ke dalam jiwa mereka. Ayat 3: Sekali gus dapat melahirkan sikap cintakan negeri Kelantan.

Isi

2 : -bilangan ahli yang menyertai Ayat 1: Lawatan tersebut disertai oleh tiga puluh lima orang ahli persatuan dan diringi oleh lima orang guru penasihat iaitu Cikgu Mohd Asri, Cikgu Mohamad Daud, Cikgu Salina, Cikgu Namiran dan Cikgu Suhaimi. Ayat 2: Rombongan kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas. Ayat 3: Kami sampai di muzium negeri pada pukul 10.00 pagi.

Isi

3:-disambut oleh penyelia muzium Ayat 1: Ketibaan kami telah disambut oleh penyelia muzium tersebut, Encik Hassan Borhan. Ayat 2: Beliau mengiringi kami melawat ke seluruh muzium sambil memberi penerangan ringkas. Ayat 3: Peserta lawatan telah mencatat beberapa perkara yang penting berkaitan sejarah negeri Kelantan.

Isi

4:-barangan yang dipamerkan Ayat 1: Kami berpeluang untuk menyaksikan pameran barang-barang purba yang diadakan pada hari itu. Ayat2: Antara barang-barang yang dipamerkan di sini ialah senjata-senjata lama, pakaian-pakaian lama, barang-barang purba serta antik dan sebagainya. Ayat 3: Bangunan muzium merupakan bangunan yang tertua di negeri Kelantan.

Penutup

:-pulang rasa gembira Ayat 1: Setelah melawat hampir dua jam, kami pun bertolak pulang ke sekolah. Ayat 2: Kami merasa amat gembira dengan lawatan ini kerana inilah kali pertama kami dapat melihat barang-barang purba yang dipamerkan.

Contoh Jawapan Soalan 2: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negeri Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Kuala Tiga telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Kelantan. Kami ke muzium tersebut pada 29 Januari 2011. Tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan kepada ahli tentang sejarah negeri Kelantan. Di samping itu, lawatan ini juga memberi peluang kepada ahli untuk menanam semangat patriotisme ke dalam jiwa mereka. Lawatan itu disertai oleh tiga puluh lima orang ahli persatuan dan diiringi oleh lima orang guru penasihat iaitu Cikgu Mohd Asri, Cikgu Mohamad Daud, Cikgu Salina, Cikgu Namiran dan Cikgu Suhaimi. Rombongan kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas. Kami tiba di muzium negeri pada pukul 10.00 pagi. Kami disambut oleh penyelia muzium tersebut, Encik Hassan Borhan. Beliau membawa kami melawat ke seluruh muzium sambil memberi penerangan ringkas. Peserta lawatan mencatat beberapa perkara yang penting tentang barang-barang pameran. Antara barang-barang yang dipamerkan di sini ialah senjata-senjata lama, pakaian-pakaian lama, barang perhiasan serta antik dan sebagainya. Bangunan muzium merupakan bangunan yang tertua di negeri Kelantan. Setelah melawat hampir dua jam, kami pun pulang ke sekolah. Kami merasa amat gembira dengan lawatan ini.
Laporan oleh, (MOHAMAD AMIRUL MUKMININ) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan. 13 FEBRUARI 2011

6. Menyemak Karangan @Setelah siap menulis karangan, kamu dikehendaki menyemak karangan dari segi: +Struktur ayat +Tanda Baca +Ejaan yang betul +Perbendaharaan kata/Kosa kata yang sesuai. +Kekemasan tulisan. @Sekiranya masih ada, betulkan setiap kesalahan.

PROSES MENGARANG KAEDAH PETA MINDA/KAEDAH KATA TANYA

PROSES MENGARANG
Sebelum Mengarang
1. Baca soalan dengan teliti.

2. Jawab soalan yang ada pengetahuan atau pernah dijawab.


3. Kenal pasti tema dan kehendak soalan. 4. Buat rangka karangan menyenaraikan idea.

Contoh Bahan bacaan Bagaimana ? Bahan bacaan Mendapat ilmu pengetahuan

Dapat kerja baik Lulus peperiksaan Bagaimana ? Banyak tahu pandai

Pendahuluan Ulasan tema soalan

FAEDAH MEMBACA

Penutup Kesimpulan, saranan, pendapat perasaan, harapan

Mendapat hiburan Hilang rasa bosan Masa tidak terbuang

Tidak ketinggalan

Mengetahui isu semasa


akan dihormati

Rangka karangan: Tajuk laporan Pendahuluan :-tarikh, masa dan tempat lawatan Isi : -tujuan lawatan mengetahui sejarah : -bilangan ahli yang menyertai :-disambut oleh penyelia muzium :-barangan yang dipamerkan Penutup :-pulang rasa gembira

Semasa Mengarang
1. Pastikan ada pendahuluan/definisi/pendahulu/intro mengenai tema soalan. (tiada pendahulu skor turun 1 markah). 2. Pastikan ada empat hingga lima perenggan idea. 3. Satu perenggan satu idea 3 ayat satu perenggan. Ayat 1 penyataan idea, Ayat 2 huraian Ayat 3 contoh 4. Idea yang penting didahului Jangan tulis idea negatif 5. Markah akan diberi berdasarkan persembahan idea dan bahasa 6. Pastikan ada penutup Kesimpulan, saranan, pendapat, perasaan, harapan dll. (tiada penutup skor turun 1 markah).

Selepas Mengarang Semak semula karangan.


Semak ejaan, tanda baca, penggunaan perkataan, susunan ayat dan penggunaan imbuhan

KARANGAN ARAS CEMERLANG TINGGI


PENDAHULUAN ADA 3 - 5 ISI Setiap isi mesti ada i. Penyataan isi ii.Huraian iii.Contoh

PENUTUP
* Tiada pendahuluan / penutup skor turun 1 markah

KARANGAN BERFORMAT

Surat kiriman tidak rasmi Surat kiriman rasmi Dialog Syarahan Ucapan Laporan Berita Catatan harian Perbahasan

Semua calon mesti menulis dalam format yang sama. Maksimum markah dipotong untuk kesalahan format ialah 2 markah. (Salah sebahagian 1 markah potong, salah penuh 2 markah potong)

Surat Kiriman Biasa

Nama dan Alamat pengirim (F) Tarikh . (F)

...., ...., . .....

.... ..
Saudara, (Kata ganti diri penerima)(F) (idea-idea penentu skor) ....

(ucap selamat/salutasi) (F)

.. .... ..
Sekian, terima kasih. (F) Yang benar, Tandatangan, (F) .. (penutup) (F)

KATA GANTI DIRI SURAT BIASA


Ayah / pak cik - ayahanda Emak / mak cik - bonda/ibunda Adik / adik saudara - adinda/dinda Datuk / nenek - nenda Kakak / kakak saudara - kakanda/kanda Abang / abang saudara - kakanda/kanda Cucu - cucunda Sahabat perempuan - saudari Sahabat lelaki - saudara Anak / anak saudara - anakanda

...., Nama dan Surat Kiriman Rasmi Alamat pengirim ...., (F) . (Garis lintang) (F) _______________________________________________________________ ...., Alamat ...., penerima Tarikh . ..... . (F)
(F)
Tuan / Puan, (Tataucapan) (F) Tajuk/Perkara (F)

.......

Perenggan pertama tiada nombor (F)

..... .
Idea idea penentu skor ...

2.(F)

.
Sekian, terima kasih. penutup (F) Yang benar, .... (NAMA HURUF BESAR) Jawatan Tandatangan, (F)

Dialog (Perbualan/Wawancara)
Saya : Apa khabar, cikgu ? Cikgu : Khabar baik . Saya : Pendulu idea.. Cikgu : Pendulu idea .. Saya : Idea idea ... Cikgu : Idea-idea . Saya : Penutup idea ..... Cikgu : Penutup idea ..... Saya : Terima kasih, cikgu ? Cikgu : Terima kasih kembali. Penutup dialog (F) Idea-idea penentu skor Pendulu dialog (F)

** Perbualan ** Wawancara

dua hala sehala

Ucapan / Syarahan
Kata aluan - (F) ..... .. Hadirin yang dikasihi sekalian, (tataucapan) (F)

Pengenalan idea : memperkenalkan tajuk ucapan/ syarahan ..... Terima kasih kepada pengerusi
Idea idea penentu skor ..... Penutup ucapan / syarahan mohon maaf (F) ..... Sekian, terima kasih. penutup (F)

Perbahasan
Kata aluan - (F) Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana, yang disegani barisan pembangkang / pencadang, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong/membangkang tajuk perbahasan yang berbunyi . Hadirin yang dikasihi sekalian, (tataucapan) (F) Pengenalan idea : ulasan tajuk perbahasan ...... Idea idea (hujah-hujah) penentu skor ...... Penutup perbahasan mohon maaf (F) ...... Nyatakan juga pendirian terhadap tajuk sokong /bangkang Sekian, terima kasih. penutup (F)

Laporan
Tajuk (F) ....................................... 1. Pengenalan Bilakah tarikh, hari, masa Siapa penganjur / pengelibatan / penyertaan/ nama kegiatan Di manakah tempat kegiatan dijalankan 2. Idea-idea penting i. Apakah tujuan ? ii. Apakah persediaan / persiapan ? iii. Bagaimanakah aktiviti dijalankan ? (nama aktiviti) iv. Keputusan / kesudahan 3. Penutup isi Kesimpulan / gambaran menyeluruh / pengajaran Dilaporkan oleh, (NAMA PELAPOR huruf besar) Jawatan (F) 13 OGOS 2006.
TARIKH HURUF BESAR. (F)

Idea - idea

Berita
Format NAMA TEMPAT Tarikh,
Contoh: PASIR MAS 13 Februari 2007, .. Rangka karangan, 1. Pengenalan Di manakah ? Bilakah ? Siapakah ? Apakah ? tempat (huruf besar) Format - tarikh / hari - yang terlibat - peristiwa / kejadian yang berlaku

2. Idea-idea penting i. Bagaimanakah ? punca / cara berlaku ii. Tindakan / cara mengatasi / bantuan iii. Perkembangan peristiwa / keadaan iv. Kesudahan / Keputusan / Akibat / Kesan 3. Penutup pengajaran / pengalaman / kesimpulan

Catatan Harian
Satu hari Selasa, 20 Februari 2007. 8.00 pagi Aktiviti / peristiwa

Dua hari / lebih


Selasa, 20 Februari 2007. Aktiviti / peristiwa Selasa, 20 Februari 2007. Aktiviti / peristiwa

PENGALAMAN / TINDAKAN

Peristiwa sebelum kejadian / Peristiwa awal


Tindakan awal mendekati, tanya khabar, minta bersabar, berjanji untuk menolong Tindakan Susulan Bantuan sendiri -Beri duit / kongsi bekal -Rawatan ringan -Bawa tempat selamat -Mengawal lalu-lintas Telefon (ibu bapa/saudara, polis,bomba, hospital) Bantuan bersama orang lain -Beritahu kawan -Beritahu guru -Beritahu ayah/abang/keluarga -Beritahu orang kg/sekitar -Bawa bilik kesihatan -Bantu polis, bomba, ambulans -dll

Nilai Murni ucapan terima kasih / nasihat / saranan

Karangan cereka (peribahasa/menyudahkan karangan) akhir dengan gembira/berjaya/bahagia. Latar belakang watak Masalah miskin / lemah dalam pelajaran/ Perbalahan keluarga Cara Atasi Masalah kerja sambilan, pergi pustaka, tanya guru, perbincangan kumpulan, kurang main / tv, banyak ulangkaji, internet, pinjam buku rakan Tinggal keluarga - kerja Peristiwa penting Masuk periksa UPSR jawab dgn baik Sakit - insaf

Kejayaan / Kebahagiaan Dapat 5A / asrama penuh / MRSM Ada perniagaan / kerja Kembali ke pangkal jalan / ingat keluarga
Ayat yang diberi / peribahasa ulasan / Kesimpulan

CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG PENDAHULUAN


Terus bicarakan tajuk atau kemukakan pendapat atau kaitkannya dengan isu semasa. Tidak lebih daripada satu perenggan. Perlu jelas dan tepat. Pendahuluan yang baik akan dapat Tidak memasukkan isi. memikat Memadai dengan dua ayat. pembaca!

PENDAHULUAN UCAPAN/SYARAHAN

UCAPAN PERPISAHAN

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar Sek. Keb. Sungai Serdang, Yang diraikan Cikgu Jamal, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah memberi peluang kepada saya mewakili Tahun Enam Tekun untuk memberi ucapan sempena perpindahan cikgu yang kita semua kasihi.

TAJUK : MEMESAN BUKU Tuan, MEMESAN BUKU RUJUKAN UPSR

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa saya ingin memesan beberap buah buku rujukan UPSR daripada syarikat penerbitan tuan.

CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG


PERENGGAN ISI Memadai empat isi.
Satu perenggan hanya satu isi. Kemukakan isi dahulu, kemudian huraian. Sertakan contoh. Memadai tiga ayat. Perlu jelas dan tepat.
-Perlu cari sekurang-kurangnya 4 isi/idea. -Ada 4 isi/idea kita akan dapat Aras cemerlang

PERENGGAN ISI
3 AYAT ISI POKOK HURAIAN

PENGOLAHAN JELAS SATU ISI SATU PERENGGAN

ISI DALAM PERENGGAN

HURAIAN LANJUT BUKTI CONTOH

KOSA KATA YANG BAIK

PERENGGAN ISI
Soalan: Menghargai persahabatan Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Setidak-tidaknya manusia memerlukan seseorang dalam hidup mereka untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran atau berkongsi pengalaman.
Satu perenggan isi lebih kurang 30 perkataan

CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG


PERENGGAN PENUTUP Memberi kesimpulan atau rumusan. Memberi saranan atau pandangan. Mengemukakan peribahasa (jika perlu). Pantun yang sesuai. Menyatakan pendirian. Memadai dengan dua ayat.
Perenggan penutup yang baik akan memantapkan karangan anda !

PENUTUP
Kesimpulan menyeluruh

Pantun / ungkapan

Menyatakan saranan

PENUTUP
Menyatakan harapan 3 ayat Menyatakan pendirian

PERENGGAN PENUTUP

Kesimpulannya, membaca komik banyak mendatangkan keburukan kepada murid sekolah. Bagi mengatasinya, murid perlu menukar pola pembacaannya kepada bahan bacaan yang lebih berfaedah.

Jangan lupa kalau sudah buka hendaklah ditutup .tutup rapat-rapat...

Huraian Ciri-ciri Karangan Cemerlang 1. Karangan mematuhi format; -Karangan itu hendaklah ditulis berdasarkan format yang betul. -Ini kerana karangan yang salah dari segi format akan kehilangan markah. 2. Mempunyai pengenalan yang menarik dan berkesan; -Sesebuah karangan yang baik mesti mempunyai pengenalan yang menarik dan berkesan. -Pengenalan yang berkesan akan dapat menarik perhatian pemeriksa untuk terus membaca karangannya. -Di samping itu, pengenalan yang hendak dibuat itu mestilah unik, pada dan istimewa. 3. Isi yang tersusun kerana telah membuat rangka karangan; -Isi yang ditulis juga mestilah tersusun iaitu mengikut keutamaannya. -Kemudian, diolah dengan menggunakan bahasa yang betul. -Untuk mendapatkan markah yang cemerlang, pelajar perlu mengembangkan isi. -Isi yang tidak dikembangkan akan menyebabkan pelajar kehilangan markah isi.

4. Mempunyai 4 isi atau lebih; 1 isi untuk 1 perenggan ; -Karangan yang baik, sekurang-kurangnya mempunyai 4 isi. -Setiap satu isi hendaklah ditulis dalam satu perenggan. -Isi lain ditulis dalam perenggan yang lain. 5. Penutup yang berkesan; -Penutup yang berkesan mesti mempunyai kesimpulan atau rumusan tentang soalan itu. -Di samping itu, pelajar juga boleh memberi saranan atau pandangan. -Untuk penutup, memadai dengan membina dua ayat 6. Isi yang bernas dan dikembangkan dengan baik; -Untuk mendapatkan markah yang cemerlang bagi isi, pelajar perlu mengembangkan isi. -Isi yang tidak dikembangkan dakan menyebabkan kehilangan markah -Untuk mengembangkan isi, pelejar perlu berlatih dengan bimbingan guru.

-Fahami kehendak soalan betul-betul supaya tidak terkeluar daripada tajuk. -Karangan yang baikakan menjawab apa yang ditanya. -Karangan yang lemah hanya akan menjawab apa yang diketahui tanpa memikirkan kehendak soalan. 8. Mempunyai 6 perenggan; 1 perenggan pengenalan, 4 perenggan isi dan 1 perenggan penutup; -Setiap perenggan mesti mempunyai pengenalan, isi dan penutup. -Setiap perenggan mesti mempunyai kesinambungan dengan perenggan yang ian. -Keseluruhan karangan yang baik mesti mempunyai sekurang-kurangnya 6 perenggan -Sepatutnya setiap isi ditulis dalam perenggan yang berlainan. 9. Menggunakan perbendaharaan/kosa kata yang terkini; -Karangan yang baik mestilah menggunakan perbendaharaan/kosa kata yang terkini. -Sekurang-kurangnya setiap karangan mesti mengandungi 5 kosa kata terkini. -Penggunaan kosa mestilah baik, sesuai dan menarik.

10. Ejaan dan Imbuhan yang tepat; -Karangan yang baik tidak ada kesalahan ejaan dan imbuhan. -Kedua-duanya akan dinilai secara keseluruhan dengan mengesan setiap kesalahan. -Setiap kesalahan ejaan dan imbuhan akan ditolak markah. 11. Tulisan yang kemas dan cantik; -Pelajar juga harus menulis karanganya dengan kemas dan cantik. -Tulisan memainkan peranan untuk menentukan mood pemeriksa. -Pelajar perlu berlatih menulis dengan cantik dan kemas.

12. Jumlah perkataan; 80 hingga 120 patah perkataan; -Sesebuah karangan yang cemerlang mestilah ditulis dalam lingkungan 80 hingga 120 patah perkataan. -Jangan terlalu panjang kerana akan menjejaskan markah dan jangan terlalu pendek. -Bagi memastikan pelajar biasa dengan jumlah perkataan yang tidak kurang 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan, galakan pelajar menulis satu halaman sahaja. 13. Susunan ayat yang betul dan menarik; -Struktur ayat mestilah ditulis dengan betul dan menarik. -Karangan yang cemerlang semestinya tidak mengandungi ayat salah. -Oleh itu, pelajar haruslah berhati-hati ketika membina ayat. -Pelajar digalakkan menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar ataupun loghat daerah. -Biarlah karangan itu mempunyai susunan ayat yang ringkas tetapi mudah difahami.

Pastikan skor 30 markah.

Isi MESTI diolah dengan baik


Olahan MESTI mengandungi 3 ayat: AYAT ISI + AYAT HURAIAN + AYAT HURAIAN LANJUT

ii. Kelemahan Calon dalam Bahagian B Calon memilih soalan yang tidak sesuai dengan kemampuan (kurang pengetahuan tentang soalan yang dipilih.) Format yang salah ( bagi karangan yang berformat) Isi yang terpesong atau kurang tepat dengan tema soalan. Kelemahan mencari isi: isi tidak tepat, isi tidak cukup, banyak isi berulang, isi tidak dihuraikan, sturktur ayat tidak kemas. Terdapat banyak kesalahan bahasa dari aspek sturktur ayat, kosa kata,penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan. Ayat yang dibina kurang gramatis. Calon kurang keyakinan diri ketika menjawab soalan. Menjawab sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Minda

yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. - Philip Massinger Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze Kegagalan adalah asas kemenangan - Lao Tze

Bahan-bahannya; 250 gm Daya usaha 100 gm Kesabaran 100 gm Keimanan 190 gm Keinsafan 150 gm Pengorbanan 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna ) 8 sudu teh rasa tanggungjawab 200 gm senyum secukup rasa YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA

Sekian, terima kasih . Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pada TAHUN 2011
Daripada : Wan Nasri Wan Hamzah, SK. Kuala Tiga, TM. JULAI 2011.

You might also like