You are on page 1of 19

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

KPD3026-PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN MURID DALAM KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DAN KEMAHIRAN MEMBINA HIPOTESIS BAGI SUBJEK SAINS MENENGAH RENDAH

NAMA MATRIK NUMBER PROGRAM NAMA PENSYARAH

: SUARDI BIN NANANG : D20091035131 : AT16 : DR. RAZAK ABD. SAMAD BIN YAHYA

KANDUNGAN

BAB I

MASALAH KAJIAN

1.1 1.2 1.3 1.4

Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Tujuan Tindakan 1.4.1 1.4.2 1.4.3 Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian

1.5 1.6 1.7

Kepentingan Kajian Batasan Kajian Rumusan

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pengenalan Sains dan Kurikulum Sains Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Proses Sains Keputusan Sains KBSM Rumusan

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Rekabentuk kajian Prosedur Kajian Sampel Kajian Instrumen kajian 3.5.1 Borang Maklumat pelajar

3.5.2 3.5.3 3.6 3.7 3.8

Ujian Pra dan Ujian Pos Soal Selidik

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Tempoh Kajian Rumusan

Rujukan Lampiran

BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Kebolehan memahami Kemahiran Proses Sains membantu pelajar menguasai ilmu sains dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, penyelidik memfokuskan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman dua Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh perlu dicapai di dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Hasrat untuk mencapai taraf negara yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi Sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020. Antara cabarannya ialah:

"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005: 2)."

Namun begitu, bersediakah Malaysia dalam melaksanakan usaha ke arah pembentukan status negara maju ini? Apakah usaha awal yang perlu dilakukan untuk memenuhi criteria sebagai pemegang status ini? Perlu diingat bahawa dalam memartabatkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020, masyarakatnya memainkan peranan yang amat penting. Pembentukan masyarakat yang mempunyai semangat ingin tahu dan mencuba, bercelikkan sains, berfikiran terbuka, berkeupayaan membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan berbudaya sains dan teknologi perlu diwujudkan. Oleh itu, kurikulum

pendidikan sains yang telah digubal merupakan satu pendekatan yang dijangka dapat menghasilkan warga negara yang berbudaya sains dan teknologi. Daripada kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepentingan menguasai KPS dalam usaha menggalakkan minat dan kecenderungan serta pemahaman yang lebih mendalam tentang sains. Maka, melalui kajian ini penyelidik cuba memfokuskan kajian terhadap tahap kefahaman pelajar-pelajar dalam menguasai dua KPSB iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis.

1.3 Pernyataan Masalah

Tujuan mengkaji tahap penguasaan dua kemahiran proses sains iaitu kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mengawal pemboleh ubah kerana ramai guru sekolah menengah yang mengajar mata pelajaran Sains mendapati bahawa ramai di kalangan pelajar masih kurang menguasai kemahiran proses sains terutama bagi kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mengawal pemboleh ubah. Di samping itu, selaras dengan hasrat KBSR dan KBSM, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupuk nilai murni yang berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman, dengan memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri penemuan (Abu Hassan Bin Kassim 2001).

1.4 Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: a) Meningkatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah

1.4.1 Objektif Kajian Kajian in secara terperincinya untuk mencapai objektif: a) Meningkatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah dengan menggunakan modul menjawab soalan pembolehubah dan hipotesis.

1.4.2 Persoalan Kajian a) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah dengan menggunakan modul dan tanpa menggunakan modul.

1.4.3 Hipotesis Kajian a) Tidak terdapat perbezaan yang signifikasi dalam tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis bagi murid yang menggunakan modul dan tidak menggunakan modul.

1.5 Kepentingan Kajian

Sebagaimana yang diketahui, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap penguasaan KPS bagi kemahiran mengawal pemboleh dan kemahiran membuat hipotesis. Maka sedikit sebanyak kajian ini dapat membantu pelbagai pihak dalam merealisasikan salah satu objektif di dalam Kurikulum Sains ini dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains. Mereka adalah terdiri daripada penggubal kurikulum, tenaga pengajar di institusi pendidikan dan pelajar pendidikan sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang sebenar di sekolah. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat ini, pihak kementerian khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dapat merancang pelbagai latihan dan modul untuk membantu guru-guru Sains dalam memperolehi pengetahuan berkaitan KPS dengan lebih baik. Latihan atau modul yang dibina mestilah bertepatan dengan objektif pembinaannya dalam membantu keberkesanan proses P&P serta penguasaan KPS. Aktiviti minds-on dan hands-on perlu ditekankan untuk membantu guru-guru memahami dengan jelas teknik pengajaran dalam mengendalikan eksperimen, projek atau perbincangan. Selain itu, kajian ini turut dapat membantu guru-guru Sains mendapat maklum balas terhadap kefahaman serta kelemahan pelajar di antara ketiga-tiga KPS yang dikaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah Sains. Jadi, keadaan ini dapat menentukan KPS yang manakah perlu dititikberatkan atau ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan pelajar menguasai KPS dengan baik untuk masa depan. Guru-guru juga dapat

memilih kaedah rawatan yang bersesuaian bagi membantu pelajar dalam menguasai KPS dalam proses pembelajaran mereka. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tahap KPS seseorang pelajar dalam pelajaran. Diketahui bahawa sains adalah sebagai proses inkuiri yang secara amnya membawa maksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Jadi pembelajaran secara penemuan berlaku apabila pelajar menyiasat sendiri dengan melakukan eksperimen dan mencapai kesimpulan sendiri dan guru memainkan peranan dalam memberikan pelajar memahami konsep Sains yang dipelajarinya. Seterusnya, tahap KPS pelajar dapat ditingkatkan apabila pemilihan strategi P&P oleh guru berkesan dan oleh sebab itu sedikit demi sedikit hasrat kerajaan untuk mendapatkan nisbah 60:40 pelajar sains dan pelajar sastera di peringkat Universiti akan tercapai.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: a) Wujud kesukaran untuk mengawal kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen daripada berinteraksi antara satu sama lain b) Kajian ini hanya melibatkan pelajar menengah rendah di sebuah sekolah sebagai sampel kajian. Oleh itu dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar menengah rendah di semua sekolah.

1.7 Rumusan

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang, rasional, objektif, tujuan, hipotesis, kepentingan dan batasan kajian. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kafahaman pelajar dalam KPS yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam subjek sains menengah rendah.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman dua Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian mengenai kemahiran proses sains (KPS).

2.2 Sains Dan Kurikulum Sains

Sejak tahun 1989, kurikulum sains telah menguji kebolehan pelajar sekolah untuk menjalankan tugas penyiasatan saintifik seperti membuat pengukuran, membandingkan ciri-ciri yang diperhatikan, mencari perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah dan lain-lain lagi. Jadi kemahiran proses adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Ia merupakan kemahiran memperolehi dan memproses maklumat di sekeliling untuk mencari jawapan secara sistematik. Ianya berbeza daripada kemahiran manipulatif yang berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Menurut Wellington (1989) dan Screen (1986), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal selepas faktafakta menjadi lapuk atau dilupai. Di Malaysia, kurikulum sains sekolah rendah memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam. Dalam kurikulum ini, kemahiran saintifik yang dimaksudkan terdiri kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Hasil dari kurikulum sains yang baru ini, maka inovasi penilaian sains di negara kita hanya melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains sahaja. Kemahiran prosedural tidak

dipertimbangkan langsung. Inovasi ini telah dilaksanakan pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (Lembaga Peperiksaan 1997). Untuk sekolah rendah, guru-guru sains tahun 6 diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan Mac sehingga bulan Julai. Dalam kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR), kemahiran proses sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993) yang dikenalpasti untuk dinilaikan adalah disenaraikan seperti di bawah:

Jadual 2.1: Jadual Kemahiran Proses Sains KEMAHIRAN PROSES SAINS Memerhati TAKRIFAN Menggunakan penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelas Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Kebolehan penting mengukur. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun tidak. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, menggunakan untuk nombor adalah

menguasai

kemahiran

atau jadual. Menggunakan perhubungan ruang dan Memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz masa sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Mentafsir maklumat Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang terkumpul. Mendefinisi secara operasi Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu

dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah Dalam suatu penyiasatan, pembolehubah yang boleh mempengaruhi keputusan eksperimen perlu dikawal. Membuat hipotesis Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkata atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Menguji sesuatu hipotesis yang melibatkan kemahiran kemahiran proses di atas.

Dengan ini, para guru sains perlu mementingkan perkembangan kemahiran proses sains murid-muridnya dan bukan setakat pembelajaran fakta-fakta sains sahaja. Murid-murid perlu mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran proses sains dengan sendirinya kerana kemahiran-kemahiran ini tidak dapat dipelajari melalui bacaan semata-mata.

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Proses Sains

Menurut Radford (1992), jika guru mengharapkan pelajar mempelajari proses sains, sekurang-kurangnya tiga syarat perlu ada iaitu;

(a) guru mesti mempunyai kecekapan dalam proses sains, (b) pelajar mesti diajar dan diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran tersebut, (c) kemajuan pelajar dalam melaksanakan kemahiran tersebut mesti dinilai.

Penguasaan kemahiran proses sains oleh murid bergantung kepada kebolehan guru untuk menerapkannya dengan berkesan. Aiello-Nicosia, Sperandeo & Valenza (1984) telah menyiasat perhubungan antara sifat guru sains dan hasil murid. Sifat guru yang dipilih termasuk kefahaman kemahiran proses sains dan kebolehan mengawal pembolehubah. Hasil murid merupakan pencapaian dalam kandungan sains dan proses. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan dalam pengawalan pembolehubah dan kefahaman proses sains merupakan pembolehubah guru yang berkait dengan hasil murid, khususnya penguasaan dalam pengawalan pembolehubah. Kajian mengenai pencapaian kemahiran proses sains di kalangan guru maupun murid di Malaysia amat kurang. Chong Ah Hoi @ Chong Thian Fook (1990), telah menilai tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu bagi program sains paduan di kalangan 360 pelajar Tingkatan III dan 35 orang guru yang mengajar Sains Paduan Tingkatan III di sebuah daerah di pantai timur Semenanjung Malaysia.Pencapaian kemahiran proses sains pelajar dikaji dengan menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu I & II (Test of Integrated Process Skills I & II, TIPS I & II). Lima kemahiran proses sains telah diuji dalam kajian ini: (1) mengenalpasti pembolehubah; (2) mengenalpasti hipotesis; (3) mentakrif pembolehubah secara operasional; (4) mentafair data & graf; dan (5) merekabentuk ujikaji. Hasilan kajian menunjukkan bahawa pencapaian kemahiran proses sains bersepadu pelajar adalah rendah. Hanya kemahiran yang selalu dilakukan oleh pelajar sahaja dapat dikuasai oleh sebahagian besar daripada mereka. Pencapaian yang rendah ini mungkin disebabkan oleh penekanan guru kepada kemahiran proses sains tersebut adalah sederhana. Pada amnya, penekanan guru hanya terhad kepada tahap memperkenalkan kemahiran kepada pelajar sahaja,

manakala, penekanan kepada aspek menggunakan kemahiran adalah amat tidak mencukupi. Kajian ini juga mendapati wujudnya korelasi positif yang lemah (pekali korelasi +0.274) di antara pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains dengan penekanan guru kepada kemahiran proses dalam pengajaran.

2.4 Keputusan Sains KBSM

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum sains ini dapat dilihat melalui keputusan Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan juga melalui keputusan sains dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1997. Berikut adalah jadual perbandingan keputusan sains PMR bagi peringkat negeri Sarawak dengan peringkat nasional dari tahun 1997 sehingga 2000.

Jadual 2.2: Keputusan Sains Untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (Aliran Bahasa Malaysia)

Jadual 2.3: Keputusan Sains Untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Aliran Bahasa Cina)

Dari jadual 2.2 dan 2.3 di atas, nampaknya pencapaian sains PMR di negeri Sarawak masih jauh ketinggalan bila dibandingkan dengan purata pencapaian di peringkat nasional. Mengikut Laporan Status Penguasaan Sains Sekolah Menengah Negeri Sarawak Tahun 2000 (S.C. Lau, 2000), salah satu sebabnya ialah kerana penguasaan kemahiran saintifik di kalangan murid masih lagi terbatas. Kemahiran proses sains yang diberikan penekanan dalam kebanyakan

pelajaran masih tertumpu kepada kemahiran peringkat rendah tertentu seperti kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor. Kemahiran proses sains di tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, membuat inferens, membuat hipotesis, mengawal pembolehubah, mendefinisi secara operasi dan mengeksperimen masih belum menjadi amalan dan budaya dalam pengajaran sains di peringkat sekolah rendah.

2.5 Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian tindakan yang dilakukan. Antara kajian yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan kurikulum sains di Malaysia yang menitikberatkan proses-proses kognitif atau cara berfikir, keberkesanan guru dalam menerapkan kamahiran proses sains, dan kemahiran saintifik pelajar yang masih terbatas.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini seterusnya menceritakan tentang metodologi yang melibatkan rekabentuk kajian, prosedur kajian, sampel kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan dan analisis data, dan tempoh kajian yang digunakan bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam menjawab soalan.

3.2 Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi kerana pelajar yang terlibat berada di dalam kelas yang telah sedia ada dan telah ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Sebuah kelas dipilih sebagai kumpulan eksperimen yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada modul-modul teknik menjawab soalan pembolehubah dan hipotesis dan membandingkannya dengan sebuah kelas lain dalam kumpulan kawalan yang tidak dibekalkan modul.

3.3 Prosedur Kajian

Kelas-kelas tersebut telah diberikan ujian pra pada hari pertama kajian dijalankan. Selepas diberi ujian pra, jawapan-jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, pelajar yang terdiri daripada kumpulan eksperimen diberikan taklimat tentang teknik bagaimana meningkatkat kemahiran proses sains yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis. Di samping itu, pelajar tersebut juga dibekalkan dengan modul teknik menjawab soalan. Ujian pos dijalankan pada hari seterusnya dan boring soal selidik diberikan kepada mereka. Markah ujian dikumpulkan dan dianalisis menggunakan ujian-T. Data yang diperolehi berdasarkan hasil

analisis dapat menunjukkan atau menguji sejauh mana tahap keberkesanan aktiviti yang dilakukan terhadap kumpulan eksperimen. Selain analisis secara kuantitatif, analisis secara kualitatif juga dibuat dengan menganalisis boring soal selidik yang diberikan kepada kumpulan eksperimen.

3.4 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar menengah rendah. Pelajar dibahagikan kepada dua kelas yang terdiri daripada 25 orang untuk kumpulan kawalan dan 25 orang lagi untuk kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen dibekalkan dengan modul teknik menjawab soalan kemahiran proses sains yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membuat hipotesis manakala bagi kelas kawalan pula, mereka tidak dibekalkan dengan modul dan hanya menggunakan pengetahuan sedia ada.

Jadual 3.1: Populasi sampel kajian

Pelajar Kumpulan Kawalan Kumpulan Eksperimen Jumlah

Bilangan 25 25 50

Peratus (%) 50 50 100

3.5 Instrumen kajian

Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar, dua kertas ujian iaitu kertas ujian pra, kertas ujian pos dan satu boring soal selidik. Ujian pra diberi pada awal perlaksanaan kajian manakala ujian pos setelah mereka dibekalkan dengan modul. Ujian pos dijalankan bagi melihat perkembangan yang berlaku.

3.5.1 Borang Maklumat pelajar

Borang maklumat pelajar digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat yang diperlukan meliputi nama, jantina, bangsa, persepsi terhadap subjek sains.

3.5.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dan ujian pos terdiri daripada 15 item soalan yang bertujuan menguji kefahaman pelajar dalam menjawab soalan pembolehubah dan hipotesis. Soalan ini terdiri daripada soalan pembolehubah dan hipotesis. Soalan yang berbentuk objektif ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang tepat bagi setiap item yang dikemukakan. Soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang akan diajar berdasarkan buku-buku rujukan akan dijadikan instrument kajian. Konsep yang digunakan adalah sama bagi kertas ujian pra dan pos.

3.5.3 Soal Selidik

Soal selidik hanya akan dijalankan ke atas pelajar kumpulan eksperimen sahaja selepas dibekalkan dengan modul teknik menjawab soalan juga selepas menjawab ujian pos. soal selidik ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan modul yang diberikan dalam membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran proses sains yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis.

3.6 Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Analisis data secara kuantitatif dilakukan dengan menentukan markah skor bagi keduadua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 100 peratus yang terdiri daripada 15 soalan. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah.

Jadual 3.2 Skor tahap pencapaian ujian

Skor (%) 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

Tahap pencapaian Sangat baik Baik Sederhana Lemah Sangat lemah

Penganalisaan data secara kualitatif dilakukan dengan menggunakan boring soal selidik yang diberikan kepada pelajar berkaitan dengan persepsi mereka terhadap keberkesanan penggunaan modul dalam meningkatkan tahap pemahaman mereka dalam kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis. Min dan peratusan digunakan untuk menilai persepsi mereka dalam dalam setiap item yang ditanya.

Jadual 3.3 Skor persepsi

Skor (min) 2.1-3.0 1.1-2.0 0-1.0

Pandangan Setuju Tiada pendapat Tidak setuju

3.7 Tempoh Kajian

Tempoh kajian terdiri daripada beberapa fasa: a) Fasa 1= Ujian pra dijalankan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian pelajar. (hari pertama) b) Fasa 2 = Penerangan dan modul diberikan kepada kumpulan eksperimen. (hari kedua) c) Fasa 3 = Ujian pos dilakukan dan boring soal selidik diedarkan untuk menilai peningkatan pencapaian pelajar. (hari ketiga)

3.8 Rumusan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah. Kajian dijalankan ke atas responden yang belajar di dalam dua buah kelas yang melibatkan instrumen kajian dalam bentuk borang soal selidik, satu set ujian pra dan ujian pos. Data-data yang akan diperolehi dapat membanding bezakan keberkesanan aktiviti yang dilakukan dari segi penilaian kuantitatif. Manakala bagi penilaian kualitatif pula, ianya dinilai melalui boring soal selidik persepsi pelajar.

RUJUKAN

Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains dalam Kemahiran Saintifik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Aiello-Nicosia, M.L., Sperandeo, R.M. & Valenza, M.A. (1984). The relationship between science process abilities of teachers and science achievement of students: An experimental study. Journal of Research in Science Teaching, 21(8), 853-858.

Chong Ah Hoi @ Chong Thian Fook (1990). Menilai tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu bagi program sains paduan. Universiti Teknologi Malaysia.

Gott, R. and Duggan, S. (1995). Investigative Work in the Science Curriculum. Buckingham: Open University Press.

Jabatan Penerangan Malaysia (2005). Dasar Sains dan Teknologi Negara 1986. Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wellington, J. (1989). Skill and process in science education: An introduction. In Wellington, J. (Ed), Skills and process in science education: A critical analysis. London: Routledge.

Radford, D.L. & Others (1992). A preliminary assessment of science process skills, achievement of pre-service elementary teachers. A paper presented at the annual meeting of the National Association for Research in Science Teaching, Boston, MA.

Screen, P. (1986). Warick process science. Southampton: Ashford Press

You might also like