You are on page 1of 32

SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

KAJIAN TINDAKAN

HUBUNGAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR GEOMETERS SKETCHPAD DENGAN MOTIVASI PELAJAR DALAM TOPIK GRAPHS OF FUNCTION II

NAMA PENSYARAH PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH

AHLI KUMPULAN NOR ASHIKIN BINTI SUED SITI KHALIJAH BINTI AB. RAHIM M20111000451 M20111000735

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan minat serta kemahiran pelajar dalam topik Graphs of Function II dengan menggunakan alat bantu mengajar iaitu Geometers Sketchpad. Keadaan ini berpunca apabila kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai teknik melukis graf dengan betul. Apabila pelajar ini tidak dapat melukis graf dengan betul, ia akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar dalam topik Graphs of Function II. Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk membuatkan pelajar berminat dan berasa seronok semasa mempelajari topik graf disamping dapat mengajar mereka melukis graf dengan betul. Sasaran kajian adalah seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5K3. Untuk menjalankan kajian ini, tinjauan awal telah dilakukan terhadap pelajar dengan menganalisis ujian pra yang telah dilakukan. Di dalam ujian pra tersebut pelajar telah diminta untuk menjawab soalan dalam topik Graphs of Function II. Ujian tersebut mengandungi 4 soalan. Hasil daripada ujian tersebut hampir separuh daripada pelajar tidak memahami bagaimana untuk melukis graf dengan betul. Terdapat juga pelajar yang tidak dapat membezakan di mana paksi-x dan di mana paksi-y. Mereka juga tidak dapat mengenal pasti bahagian positif dan negatif di dalam graf. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu Geometers Sketchpad bagi meningkatkan motivasi dan minat pelajar serta kemahiran pelajar dalam topik graf ini. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti melukis graf dengan menggunakan Geometers Sketchpad. Di sini pelajar akan lebih faham bagaimana mahu melukis graf dengan betul kerana di sini guru dapat menunjukkan jalan kerja dengan lebih jelas dan cepat. Hasil ujian pra yang lalu dan ujian pos jelas menunjukkan perbandingan yang ketara. Di mana pelajar sudah mula menunjukkan minat dan faham apa yang dipelajari dalam topik graf ini. Disebabkan saya melakukan kajian ini ke atas pelajar yang lemah, hasil ujian pra menunjukkan pencapaian pelajar adalah rendah dan hasil dari ujian pos yang dilakukan saya dapat lihat peningkatan pencapaian mereka.

Selepas melaksanakan kajian ini, saya berasa gembira kerana pelajar yang lemah telah menunujukkan peningkatan di mana mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan sebelum ini. Pelajar juga dilihat lebih berminat untuk belajar topik ini. Oleh itu, saya berpendapat setiap pelajar memerlukan pendekatan gaya pembelajaran yang berbeza.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Kajian ini dijalankan kepada 30 orang murid Tingkatan 5 Kemanusiaan 3 (5K3) di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, Perak. Sekolah ini mempunyai 8 kelas Tingkatan 5, 4 kelas Sains, 3 kelas Kemanusiaan dan 1 Kelas Vokasional. 5K3 adalah kelas Kemanusiaan yang ketiga. Objektif kajian pertamanya untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar dalam topik Graphs of Function II. Keduanya untuk memastikan pelajar dapat menguasai teknik dan kemahiran melukis graf dengan betul. Beberapa tahun kebelakangan ini, semenjak tahun 2010, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas Tingkatan 5 Kemanusiaan 2 dan 5 Kemanusiaan 3. Kesemua pelajar ini telah diajar mengenai topik Graphs of Function I semasa Tingkatan 3. Walau bagaimanapun, pada pemerhatian saya, setiap kali saya mengajar topik Graphs of Function II, ramai pelajar mempunyai masalah untuk melukis dengan baik. Pada tahun ini, saya mengajar kelas Tingkatan 5 Kemanusiaan 3 dan sekali lagi saya mendapati pelajarpelajar saya mempunyai masalah untuk melukis graf. Kebanyakan pelajar kurang berminat dan tidak mempunyai motivasi untuk mempelajari topik graf kerana pada pandangan mereka topik graf adalah satu topik yang sukar dan meremehkan. Terdapat sebilangan besar pelajar juga yang tidak dapat mengenal pasti dengan baik di manakah terletaknya paksi-x dan paksi-y. Selain daripada itu, setengah pelajar juga kurang pasti dimanakah terletaknya kedudukan kawasan positif dan kawasan negatif bagi paksi-x dan paksi-y. Pelajar juga tidak mahir untuk menggunakan skala yang diberi dan memplot titik koordinat pada graf dengan baik. Masalah yang berlaku ini menyebabkan pelajar kurang gemar untuk menjawab soalan graf semasa peperiksaan kerana menganggapnya sebagai soalan yang sukar walaupun pelajar dapat mengumpul markah yang banyak daripada soalan ini. Daripada keputusan Ujian Bulanan 1 juga di dapati tahap penguasaan pelajar masih lagi berada di tahap yang lemah dan terdapat ramai pelajar yang memilih untuk tidak menjawab soalan graf kerana tidak yakin untuk melukis graf dengan baik. Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini.

Walau bagaimanapun, sangkaan saya meleset. Oleh sebab itulah, saya cuba mengambil inisiatif untuk cuba menarik minat pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari dan menjawab soalan graf ini melalui penggunaan perisian Geometers Sketchpad (GSP).

2.0

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar mempelajari topik Graphs of Function II dan menggalakkan pelajar menjawab soalan graf semasa peperiksaan. Fokus utama kajian adalah: i) ii) iii) Pelajar berminat dan berasa seronok untuk mempelajari topik graf. Pelajar dapat melukis graf dengan baik dan betul. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran melukis graf dengan betul.

Diharapkan pelajar dapat menjawab soalan graf dengan betul semasa peperiksaan dan juga bagi mengelakkan pelajar tidak menjawab langsung soalan graf kerana amat mudah bagi pelajar untuk mendapat markah dengan banyak dalam soalan graf.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dilaksanakan, diharapkan pelajar dapat mencapai objektif di bawah: Objektif Am: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar dalam topik Graphs of Function II.

Objektif Khusus:

i) Pelajar menguasai kemahiran dan teknik melukis graf dengan betul.

4.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua pelajar kelas 5K3, di mana kelas ini adalah merupakan

kelas yang lemah. Pelajar kelas ini terdiri daripada 30 orang, 26 orang lelaki dan 4 orang perempuan di mana 6 orang daripadanya Melayu, 3 orang pelajar India, 1 Sikh dan 19 orang adalah pelajar Cina.

5.0

PROSEDUR KAJIAN

5.1: Tinjauan Masalah Bagi mengenal pasti masalah ini, saya akan melakukan beberapa langkah pemerhatian seperti berikut; i) Pemerhatian Saya menjadikan topik ini sebagai tajuk kajian kerana walaupun topik graf pada asasnya nampak mudah tetapi menjadi satu topik yang sukar kepada pelajarpelajar saya. Pelajar-pelajar menunjukkan kurang minat dan kurang bermotivasi juga menunjukkan apabila mempelajari topik ini. Keputusan Ujian Bulanan 1 keputusan yang kurang memberangsangkan.

i) Menganalisis markah Ujian Bulanan 1

Analisis Ujian Bulanan 1 dilakukan bagi mengenal pasti apakah masalah-masalah yang dihadapi pelajar semasa menjawab soalan graf. ii) Temu bual dengan pelajar. Temu bual dengan pelajar dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai keyakinan dan motivasi pelajar semasa menjawab soalan graf. iii) Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menguji kemahiran mereka tentang konsep graf ini. Ujian Pra ini dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan aktiviti yang dirancang untuk kajian ini. Hasil dapatan daripada Ujian Pra akan dibandingkan dengan Ujian Pos yang akan dilaksanakan selepas pengajaran menggunakan GSP di dalam ke kelas ke atas pelajar.

5.2: Analisis Tinjauan Masalah

Setelah mengenal pasti permasalahan ini, saya telah merekodkan pemerhatian tinjauan masalah seperti berikut: 5.2.1: Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati pelajar lebih memahami dan dapat menguasai konsep topik di atas. Pelajar juga menunjukkan minat dan bermotivasi untuk menjawab soalan graf apabila mereka dapat melukis graf dengan betul. Pelajar berasa seronok mempelajari topik graf menggunakan perisian GSP dan secara tidak langsung terdapat peningkatan pemahaman pada pelajar mengenai cara-cara melukis graf yang betul. 5.2.2: Ujian Bulanan 1 GRED TH G E D C C+ B B+ AA A+ BIL. PELAJAR 2 15 1 0 10 1 1 0 0 0 0 PERATUS 6.7 % 50 % 3.3 % 0% 33.4 % 3.3 % 3.3 % 0% 0% 0% 0%

MARKAH 0 1-39 40-44 45-49 50-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-89 90-100

Jadual 1: Analisis markah Ujian Bulanan 1 bagi subjek Matematik Kelas 5K3. Carta 1 di bawah dikelaskan seperti jadual berikut: GRED A (A+ A A-) B (B+ B) C (C+ C) D BIL. PELAJAR 0 1 11 0

E G TH Jadual 2: Analisis markah Ujian Bulanan 1

1 15 2

Analisis Markah Ujian Bulanan 1


16 14 12 10 8 6 4 2 0 A B C D Gred E G TH

Bilangan Pelajar

BIL. PELAJAR

Carta 1 Daripada analisis yang dilakukan (lihat Carta 1), masih ramai pelajar yang mendapat gred C dan ke bawah iaitu seramai 28 orang. Separuh daripada pelajar kelas ini mendapat gred G iaitu gred Gagal semasa Ujian Bulanan 1 walaupun topik yang diuji semasa Ujian Bulanan tersebut hanyalah 2 topik sahaja iaitu Number Bases dan Graphs of Function II. Jadi, ini membuktikan pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan untuk menguasai kemahiran untuk melukis graf dengan lebih baik bagi membantu mereka untuk mendapatkan lebih banyak markah di dalam peperiksaan dan bagi meningkatkan motivasi serta keyakinan pelajar untuk menjawab soalan graf.

5.2.2:

Temubual

Saya telah menemubual pelajar di kelas saya iaitu kelas 5K3 mengenai pandangan mereka terhadap topik Graphs of Function II. Kebanyakan daripada mereka tidak berminat dengan topik ini dan mereka tidak berminat untuk menjawab soalan ini dalam peperiksaan. Bagi mereka, soalan dari topik ini amat susah dan mereka tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan ini dengan betul. Pelajar juga menyatakan bahawa mereka seringkali keliru antara kedudukan positif dan negatif bagi paksi-x dan paksi-y.

5.2.3 Ujian Pra

Bagi melihat keberkesanan kajian ini, Ujian Pra telah dilaksanakan terhadap pelajar Kelas 5K3. Pelajar diminta menjawab soalan dari topik Graphs of Function II. Sebanyak 4 soalan telah diberikan kepada pelajar dan pelajar diminta menjawab soalan dalam masa 1 jam. (Lampiran B- Soalan Ujian Pra)

10

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

NAMA Leow Ai Li Norazlin Syafiqah bt Ahmad Razuan Nur Fathiyah Hanis bt Badarudin Vaytiswari a/p Marimuthu Chan Kar Wai Chee Yau Gin Chin Jong Yan Chong Wai Loon Chung Kah Hon Dalgesh Singh a/l Tara Singh Heo Wai Hung Kwan Mun Chun Lee Chung Cheng Lee Kin Weng Lee Weng Sang Luei Yoong Shen Mohamad Khairul Ikhwan b Rahmat Ali Muhammad Faris b Baharuddin Muhammad Firhan Shafiquan b Amran Muhammad Nur Afiq b Shafie Murali Thas a/l Virginan Ng Weng Fai Prakash a/l Rahman Thong Wai Lik Tuen Siew Chun Vikneshwaran a/l Raja Kumaran Wong Kar Yean Yap Che Hoe Yap Wai Hoe Yim G. Hao

UJIAN PRA 65 36 20 15 50 40 37 67 43 34 13 21 33 17 41 10 30 35 27 9 7 52 6 TH 11 8 26 40 40 0

Jadual 3: Keputusan Ujian Pra.

11

12

Keputusan Ujian Pra


80 70 60 50 40 30 20 10 0 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 Pelajar
Carta 2

Markah (100%)

SKOR UJIAN PRA

Pemerhatian: Melalui keputusan Ujian Pra dari Carta 2, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid amat tidak memuaskan kerana lebih separuh daripada pelajar iaitu seramai 20 orang yang gagal ujian tersebut. Hanya 10 orang pelajar sahaja yang lulus ujian tersebut dan dapat menjawab dengan agak baik walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

Refleksi: Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih menyertai Kajian Tindakan ini amat tidak mampu untuk menjawab soalan yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah dari tahap kesukaran yang mudah dan sederhana. Kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diberikan pemulihan yang sewajarnya.

5.3:

Melaksanakan Tindakan

Sebelum tindakan dilaksanakan, guru telah menerangkan kepada semua pelajar yang terlibat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh kajian ini akan diadakan. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu (8 sesi) dan di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waktu seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep mudah melukis graf ini. Pada minggu yang pertama saya menjalankan ujian pra dengan pelajar bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan dan tahap penguasaan pelajar di dalam topik Graphs of Function II. Saya juga menjalankan temu bual bersama dengan pelajar bagi mendapatkan maklumat tentang pendapat dan tahap motivasi pelajar semasa mempelajari dan menjawab soalan-soalan graf. Setelah Ujian Pra dilaksanakan, barulah saya mengajar para pelajar semula topik ini dengan menggunakan perisian GSP yang telah dibina.

Melalui penggunaan GSP ini, saya tekankan mengenai paksi-x dan paksi-y serta skala-skala pada paksi-x dan paksi-y yang biasa digunakan dan cara untuk menulis skalaskala tersebut pada paksi-x dan paksi-y. Selain itu, kedudukan kawasan positif dan negatif juga ditekankan supaya para pelajar benar-benar dapat memahami konsep kawasan negatif dan kawasan positif bagi paksi-x dan paksi-y. Pelajar akan diminta untuk memplotkan kedudukan titik koordinat yang diberi daripada soalan ke dalam graf di dalam GSP. Kemudian pelajar akan diminta untuk menyambung setiap titik-titik tersebut menggunakan butang yang telah disediakan pada perisian GSP yang telah dibina. Pada akhir pembelajaran, pelajar akan diminta untuk mengecam di mana kedudukan paksi-x dan paksi-y, dan kedudukan kawasan positif dan negatif bagi setiap paksi tersebut. Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah sangat memberangsangkan dari segi pemarkahan berbanding dengan latihan pada minggu pertama. Pada minggu ketiga para pelajar menduduki Ujian Pos yang mana soalan-soalan Ujian Pos ini adalah hampir sama dengan Ujian Pra dan mengandungi 4 soalan juga.

Pemerhatian: Para pelajar kelihatan berminat dengan aktiviti di dalam kelas apabila menggunakan perisian GSP ini. Para pelajar kelihatan seperti teruja apabila guru meminta pelajar untuk melukis graf dengan menggunakan GSP. Ini mungkin kerana mereka tidak perlu menggunakan kertas graf san melukis sendiri graf tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar kelihatan bermotivasi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di jalankan.

Refleksi: Para pelajar didapati sangat berminat dengan aktiviti pembelajaran menggunakan GSP ini. Pelajar tidak mengambil masa yang lama menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka seperti apabila guru bertanya mengenai kedudukan paksi-x dan paksi-y, kedudukan kawasan positif dan negatif pada paksi-x dan paksi-y. Ini mungkin kerana pelajar dapat melihat secara terus paksi-paksi tersebut dan kedudukan kawasan positf dan negatifnya. Pelajar juga dapat memplot kedudukan titik koordinat dengan baik di dalam graf.

5.4:

Penilaian

Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan Ujian Pasca ke atas kumpulan sasaran di mana soalan yang diuji dalam Ujian Pasca adalah soalan yang hampir sama yang diuji semasa Ujian Pra. Skor yang diperolehi oleh pelajar semasa Ujian Pasca dibandingkan dengan skor Ujian Pra. Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah seperti jadual di bawah: UJIAN PRA 65 36 20 15 50 40 37 67 43 34 13 21 33 17 41 10 30 35 27 9 7 52 6 TH 11 8 26 40 UJIAN PASCA 88 68 50 40 72 65 53 90 59 60 37 41 58 42 57 34 64 66 56 42 45 70 44 50 47 36 66 78

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

NAMA Leow Ai Li Norazlin Syafiqah bt Ahmad Razuan Nur Fathiyah Hanis bt Badarudin Vaytiswari a/p Marimuthu Chan Kar Wai Chee Yau Gin Chin Jong Yan Chong Wai Loon Chung Kah Hon Dalgesh Singh a/l Tara Singh Heo Wai Hung Kwan Mun Chun Lee Chung Cheng Lee Kin Weng Lee Weng Sang Luei Yoong Shen Mohamad Khairul Ikhwan b Rahmat Ali Muhammad Faris b Baharuddin Muhammad Firhan Shafiquan b Amran Muhammad Nur Afiq b Shafie Murali Thas a/l Virginan Ng Weng Fai Prakash a/l Rahman Thong Wai Lik Tuen Siew Chun Vikneshwaran a/l Raja Kumaran Wong Kar Yean Yap Che Hoe

PENINGKATAN +23 +32 +30 +25 +22 +25 +16 +23 +16 +26 +24 +20 +25 +25 +16 +24 +34 +31 +29 +33 +28 +18 +38 +50 +36 +28 +40 +38

29. 30.

Yap Wai Hoe Yim G. Hao

40 0

79 35

+39 +35

Jadual 3: Perbandingan Markah Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 3, jelas menunjukkan peningkatan ke atas Skor Ujian Pos jika dibandingkan dengan Skor Ujian Pra. Hal ini menunjukkan aktiviti yang dijalankan telah memberi impak yang positif ke atas pencapaian pelajar. Peningkatan pencapaian pelajar boleh dilihat dengan lebih jelas melalui carta 3 di bawah.

Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca


100 Markah (100%) 80 60 40 20 0 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 Pelajar
Carta 3

SKOR UJIAN PRA SKOR UJIAN PASCA

Selain dari Ujian Pos, pelajar juga diminta untuk mengisi borang kaji selidik untuk melihat sama ada penggunaan Geometers Sketchpad dapat menarik minat pelajar atau tidak dalam mempelajari topik Graphs of Function II. Di bawah merupakan hasil ujian kaji selidik yang telah dijalankan dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Sikap Saya suka belajar topik Graph of Function II melalui GSP Tidak pasti Setuju Sangat setuju Total Belajar matematik dengan menggunakan GSP menyeronokkan Tidak pasti Setuju Sangat setuju Total Belajar dengan GSP meningkatkan kefahaman saya Tidak pasti Setuju Sangat setuju Total GSP dapat megukuhkan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan lebih berkesan Tidak pasti Setuju Sangat setuju Total Saya lebih berminat mempelajari subjek matematik apabila guru meggunakan GSP Tidak pasti Setuju Sangat setuju Frequency 2 21 7 30 5 16 9 30 1 21 8 30 0 23 7 30 0 21 9 Percent 6.7 70.0 23.3 100.0 16.7 53.3 30.0 100.0 3.3 70.0 26.7 100.0 0.0 76.7 23.3 100.0 0.0 70.0 30.0

Total

30

100.0

Jadual 4 Berdasarkan jadual 4 di atas, jelas menunjukkan sikap pelajar 5K3 terhadap alat bantu mengajar Geometers Sketchpad adalah sangat positif. Di sini, kita dapat lihat tidak ada seorang pun pelajar yang memberi jawapan negatif terhadap penggunaan Geometers Sketchpad sebagai alat bantu mengajar. Sebaliknya, dengan menggunakan Geometers Sketchpad pelajar berasa lebih suka untuk belajar topik ini dan mereka merasakan lebih seronok semasa belajar. Selain itu, dengan menggunakan Geometers Sketchpad ini, dapat mengukuhkan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek matematik.

5.5:

Refleksi Kajian

Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh aktiviti yang telah dirancang. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa pendekatan yang pelbagai di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat, motivasi dan kemahiran pelajar dalam sesuatu topik dengan baik. Pelajar akan berasa seronok sekiranya guru menggunakan kaedah dan pendekatan yang berlainan daripada kaedah pengajaran secara tradisional. Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan keberkesanan aktiviti yang telah di jalankan dalam kajian tindakan saya. Seramai 27 orang yang lulus dalam Ujian Pos yang telah dijalankan dan hanya 3 orang pelajar sahaja yang masih gagal. Terdapat 2 orang pelajar yang mendapat gred A dalam Ujian Pos tersebut. Para pelajar juga kelihatan amat berminat dan bermotivasi untuk belajar topik graf ini dan kelihatan bersemangat untuk menjawab soalan-soalan graf yang diberikan. Oleh itu, penggunaan GSP dalam topik Graphs of Functions II ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan teknik pelajar melukis graf dengan baik. Perkara ini dapat membantu guru untuk merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik di masa akan datang.

6.0

Cadangan Kajian Seterusnya

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam subtopik melakar graf, perlu ada pendekatan yang lebih mudah difahami bagi melakar graf untuk pelajar-pelajar yang lemah seperti pelajar-pelajar kelas 5 Kemanusiaan 3. Perisian GSP dapat digunakan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam melakar graf dengan betul dan baik. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid tidak kira untuk apa jua mata pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam meminimumkan lagi kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang lebih besar.

RUJUKAN

Sim Kwang Yaw et. al. (2006). Mathematics Form 5. Selangor Darul Ehasan: Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.scribd.com/doc/36246698/KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK

LAMPIRAN Lampiran A: Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Temu bual pelajar Ujian Pra Penggunaan GSP dalam P&P. Ujian Pos Tinjauan ke atas pelajar menggunakan borang soal selidik. Refleksi Kajian Tindakan Menulis Laporan Kajian Tindakan

Tarikh Perlaksanaan 9 April 2012 10 April 2012 11 April 2012 16 24 April 2012 25 April 2012 26 April 2012 30 April 2012 1 Mei 2012

Catatan

Lampiran B: Soalan Ujian Pra PRE TEST

Name: ..........................................................

Class: ...................................

Answer ALL the questions given. By using the graph paper given, draw the graph using the scales given in the questions.

1.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 2 units on the yaxis, draw the graph of of . [12 marks] for the values of x in the range

2.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 2 units on the yaxis, draw the graph of range of . [12 marks] for the values of x in the

3.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 5 units on the yaxis, draw the graph of the range of . [12 marks] 4. a) Complete the table below with the values of . for the function for the values of x in

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 1 units on the yaxis, draw the graph of of . [12 marks] for the values of x in the range

Lampiran C: Soalan Ujian Pos POST TEST

Name: ..........................................................

Class: ...................................

Answer ALL the questions given. By using the graph paper given, draw the graph using the scales given in the questions.

1.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 2 units on the yaxis, draw the graph of range of . [12 marks] for the values of x in the

2.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 5 units on the yaxis, draw the graph of range of . [12 marks] for the values of x in the

3.

a)

Complete the table below with the values of .

for the function

[2 Marks] b) Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 5 units on the yaxis, draw the graph of range of . [12 marks] 4. a) Complete the table below with the values of . for the function for the values of x in the

[2 Marks]

b)

Using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis and 2 cm to 2 units on the yaxis, draw the graph of of . [12 marks] for the values of x in the range

Lampiran D: Borang Kaji Selidik Bahagian A Latar Belakang Responden Tandakan pada kotak yang sesuai

Tingkatan: _______________

Bangsa:

Melayu Cina

India Lain-lain

Jantina:

Lelaki Perempuan

Bahagian B Sikap pelajar terhadap Geometers Sketchpad (GSP) dalam topik Graph of Function II

Sila tandakan jawapan anda mengikut skala berikut 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Tidak pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju

1. Saya suka belajar topik Graph of Function II melalui GSP

2. Belajar matematik dengan menggunakan GSP menyeronokkan 3. Belajar dengan GSP meningkatkan kefahaman saya 4. GSP dapat megukuhkan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan lebih berkesan 5. Saya lebih berminat mempelajari subjek matematik apabila guru meggunakan GSP

You might also like