You are on page 1of 26

2 PENAMPILAN DIRI

3 IMEJ DIRI
4 Objektif

• Memberi definisi imej diri.


• Mengetahui & memahami
kepentingan imej diri.
• Mengenal pasti gaya penampilan
yang betul dari segi rambut,
solekan & pakaian.
• Menyesuaikan pakaian, kasut dan
aksesori mengikut situasi.
• Mengamalkan tatasusila yang
berhemah.

• Mengamalkan gaya hidup sihat.


5 Rangkuman….

• Definisi
• Kepentingan imej diri
• Gaya penampilan
• Penyesuaian
• Tatasusila berhemah

• Gaya hidup sihat


6 "PENAMPILAN DIRI"

• PENAMPILAN DIRI
• DEFINISI

• TAMPIL
• •DATANG ATAU MELANGKAH
• •MEMAJUKAN, MENGEMUKAKAN

• MENAMPILKAN
• •MENGEMUKAKAN

• •MEMAJUKAN SESEORANG
ATAU SESUATU

7 "PENAMPILAN"

• PENAMPILAN
• • PERIHAL (TINDAKAN, USAHA)
MENGEMUKAKAN

• SESEORANG ATAU SESUATU.


8
9 DEFINISI

• Imej merupakan gambaran diri


yang ditampilkan. Ini termasuklah :
• i. rupa paras,
• ii. cara bercakap,
• iii. berpakaian dan bertindak,
• iv. kemahiran sikap,
• v. perawakan dan gerak geri
• vi. hiasan tambahan dan
persekitaran
• vii.serta rakan taulan.
 Polly Bird, 1997

10
11 "Gaya diri bermaksud tingkah
laku..."

• Gaya diri bermaksud tingkah laku


atau sikap. Tingkah laku
melibatkan pergerakan seperti
berdiri, berjalan dan duduk
manakala sikap melibatkan
tatatertib dan sopan santun serta
dapat melakukan sesuatu tugas
dengan penuh keyakinan.

• Rahmat Ismail, 1997

12 KEPENTINGAN IMEJ

• Imej boleh membentuk kekayaan


nilai diri, reputasi, kejayaan atau
kelunturan nilai diri,keaiban dan
kegagalan.

13 "Imej bukanlah segalanya- akan


tetapi..."

• Imej bukanlah segalanya- akan


tetapi tanpa imej tidak akan wujud
sesuatu yang bernilai pada diri
anda.

14 "Imej boleh membina atau


memusnahkan..."

• Imej boleh membina atau


memusnahkan kepercayaan orang
lain terhadap kita.
15 "Memberi kekuatan dalaman dan
keyakinan..."
• Memberi kekuatan dalaman dan
keyakinan diri.

16 Ada apa pada pandangan pertama?

• Melalui pandang pertama atau


pertemuan pertama inilah lazimnya
akan melahirkan takrif umum
terhadap individu. Jika baik, ia
akan kekal selama-lamanya dan
jika buruk sukar untuk
mengkikisnya kerana tafsiran
sudah dibuat.

• “First Impression Counts”


17 Pakar Psikologi
Buku : Abdullah Hassan & Ainon
Mohd.

• Pakar Psikologi mendapati, orang


yang memiliki penampilan menarik
menerima layanan yang lebih baik .
Mereka juga dipersepsi dengan
cara yang lebih positif daripada diri
mereka yang sebenarnya. Orang-
orang yang tidak memiliki
penampilan menarik tidak diberi
layanan istimewa. Mereka
dianggap kurang pintar, kurang
mahir, kurang berkebolehan dan
kurang pandai menyesuaikan diri.
18 "Within the first three seconds..."

• Within the first three seconds of a


new encounter, you are
evaluated… even if it is just a
glance.
19 "People appraise your visual and..."

• People appraise your visual and


behavioral appearance from head
to toe. They observe your
demeanor (perilaku), mannerisms
(tabiat), and body language and
even assess your grooming and
accessories – watch, handbag,
briefcase. Within only three
seconds, you make an indelible
impression. You may intrigue some
and disenchant others.
20 "This first impression process
occurs..."

• This first impression process


occurs in every new situation.
Within the first few seconds, people
pass judgment on you – looking for
common surface clues. Once the
first impression is made, it is
virtually irreversible.

21 "You can learn to make..."

• You can learn to make a positive


and lasting first impression, modify
it to suit any situation, and come
out a winner. Doing so requires you
to assess and identify your
personality, physical appearance,
lifestyle and goals. Those who do
will have the advantage.

22 Apa pentingnya imej diri?

• Mempunyai pengetahuan tentang


penampilan diri sudah pasti dapat
meningkatkan :
• - imej individu di mata masyarakat
• - imej keluarga
• - imej institusi / organisasi
• - imej masyarakat
• - imej agama

• - imej bangsa dan negara

23 "Cara-cara untuk kelihatan kemas


dan..."

• Cara-cara untuk kelihatan kemas


dan bersih.

• Kasut - Sewajarnya selesa dan


bersih.

• Rambut - Kemas dan tidak


menutup muka dengan “style” yang
menarik dan bersesuaian.

• Pakaian - Bersih dan digosok


dengan rapi

• Rantai Bentuk ringkas dan


sederhana

• Tangan - saiznya

24 "Cincin"
• Cincin - Bentuk ringkas dan
sederhana saiznya

• Solekan - Memadai dengan bedak


dan mungkin lipstik
• sahaja.

• Tangan - Pastikan kuku dipotong


dengan rapi dan sentiasa dalam
keadaan bersih.

25 "Umumnya dalam memakai atau


guna"

• Umumnya dalam memakai atau


guna,
• prinsip asas ialah:

• Selesa
• Ringkas dan menawan
• Warna seimbang
• Peka dengan kehendak sosio-
budaya

• Jadilah diri anda sebenar


26
27 "Senyuman sihat bermakna
seseorang"

• Senyuman sihat bermakna


seseorang
• bukan sahaja kelihatan baik, bagus
• tetapi juga “berbau” bagus.

• Untuk memperolehi senyuman


yang
• sihat seseorang itu perlulah
• mengamalkan penjagaan mulut
dan

• gigi yang betul.


28
29
GAYA HIDUP SIHAT
30 Kaedah kekal sihat sepanjang hayat

• Kajian di seluruh dunia


menunjukkan :
• kurang kesedaran untuk menjaga
kesihatan diri, walaupun menyedari
kos perubatan sungguh mahal.

• Kikis perkataan ‘tidak apa, nanti,


kejap lagi atau esok’ dalam usaha
menjaga kesihatan.
31 "tidak berlengah dan membuang
budaya..."

• tidak berlengah dan membuang


budaya ‘tidak apa’ kerana ia tidak
membawa kebaikan.
• “ Betulkan yang biasa dan
biasakan yang betul.”

• masyarakat kita; sekadar tahu


tetapi tidak buat apa-apa
sehinggalah ditimpa penyakit.


32 KAEDAH / LANGKAH HIDUP SIHAT
33 Enam perkara asas bagi
mendapatkan kesihatan menyeluruh
:

• pemakanan seimbang
• pengawalan berat badan
• gaya hidup
• senaman
• mengurangkan pengambilan
tembakau,
• ubat dan alkohol

• 6. menguruskan tekanan.
34 Yummy…….
35 TIPS MAKAN SECARA SIHAT :

• mematuhi jadual makan terutama


sarapan

• Meninggalkan satu waktu makan


untuk mengurangkan jumlah kalori
bukan amalan baik kerana apabila
terlalu lapar, kita akan terdorong
untuk makan lebih banyak.
36 "makanan perlu dipelbagaikan –"

• makanan perlu dipelbagaikan –


• kuantitinya pula mesti disesuaikan
dengan keperluan setiap individu.

• memilih makanan berasaskan


tumbuh-tumbuhan (sayur, buah,
kekacang, bijirin dan ubi) kerana ia
mengandungi fitokimia dan
antioksidan yang boleh membantu
mengelakkan penyakit seperti
kanser dan serangan jantung.

37 "pilih makanan kurang lemak,"

• pilih makanan kurang lemak,


rendah kalori dan kaya serat –
• membantu kita cepat rasa kenyang
serta mengurangkan
kecenderungan untuk makan.

• Minum banyak air masak. - Jadikan


minum air masak itu sebagai tabiat.
Jangan tunggu hingga mulut kering
atau terasa dahaga baru hendak
minum kerana itu antara tanda
akhir badan kekurangan air. Air
membolehkan organ berfungsi
dengan cekap dan membantu
menyingkir bahan buangan,”
38 "INFORMASI :"

• INFORMASI :
• * Kajian menunjukkan 1.9 juta
kematian di seluruh dunia
disebabkan kurang bersenam.
Gaya hidup tidak aktif
mendedahkan seseorang itu
berdepan 1.5 kali risiko mendapat
penyakit jantung.

• * Hindari rokok dan alkohol.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) melaporkan, tembakau
adalah punca kedua utama
menyebabkan kematian di seluruh
dunia dan dijangka mengakibatkan
10 juta kematian pada 2020.

39 "4000 racun bahaya dalam asap..."

• 4000 racun bahaya dalam asap


rokok.

• rokok penyebab utama : penyakit


jantung, kanser (paru-paru,perut,
pankreas, buah pinggang dll)

• “ BERHENTI MEROKOK
SEBELUM TERLAMBAT….”
• BAGAIMANA…?

• “ THE CHOICE IS YOURS !!!! ”

40
41 APA ITU STRESS!!!!!!!!

• Tindakbalas tubuh terhadap


sesuatu perubahan
o Tindakbalas terhadap
 Perasaan
 Persekitaran/situasi
 Manusia

o Fikiran terlalu menumpu


terhadap kemungkinan-
kemungkinan bakal berlaku
perubahan atau perubahan
yang telah berlaku
42 Penyebab streSS di kalangan
remaja

• Ke sekolah/kolej/universiti baru
• Perpisahan/perceraian ibu bapa
• Menang pertandingan/anugerah
• Mengambil ujian
• Kematian saudara terdekat

• Sakit
43 PUNCA STRESS
DARI SUDUT AGAMA

• Kelemahan Hati
• ~ raja segala anggota badan

• Kelemahan Roh
• ~ roh menghidupkan jasad atau
badan

• ~ dinilai dari sudut mengenali Allah


s.w.t

44 "Pengaruh Nafsu"

• Pengaruh Nafsu
• ~ Hakikat manusia
• ~ Dua bentuk;
o Nafsu Lawwamah
o Nafsu Mutmainnah
• Kelemahan Akal
• ~ sesuatu yang memperolehi ilmu
@ tempat pengetahuan.

• ~ ilmu itu makanan akal ( hukama’)

45 "Ingkar"

• Ingkar

• Niat tidak murni

• Tidak Kenal Diri

• Bodoh Sombong

• Ada ilmu tetapi tidak diamalkan

• Tidak istiqamah

• Tidak satu hati

46 Adakah stress musuh kita?

• Stress sering didefinisikan


sebagai…
o Rasa bimbang
o Rasa tegang
o Rasa tertekan

• Sebenarnya…

o …bukan semua stress memberi


kesan buruk!
47 Kebaikan stress…

• Menggembirakan
• & membahagiakan
• Menyeronokkan

• Memberi cabaran

48 Kategori Stress

• EUSTRESS

• UNDERSTRESS
• OVERSTRESS

• DISTRESS

49
50 "Stres positif!"

• Stres positif!
• Dialami apabila sesuatu yang tidak
• diduga dan menakjubkan berlaku
• dalam hidup.
• Stres yang ‘baik’ ini perlu dirasai
• sesekali dalam hidup.
• Anda akan mengalaminya seperti

• menaiki roller coaster!!!


51
52 "Antonim kepada Eustress."

• Antonim kepada Eustress.

• Anda dilanda bosan, berputus


harap dan ‘suka memerap’.

• Memberi kesan negatif pada


kehidupan
53
54 "Berlaku apabila sasaran tidak
tergapai"

• Berlaku apabila sasaran tidak


tergapai

• Sering dialami ahli sukan

• Juga boleh berlaku kepada individu


lain yang meletak sasaran terlalu
tinggi

• Juga meninggalkan kesan negatif


55
56 "Akibat kekecewaan tak
berpenghujung;"

• Akibat kekecewaan tak


berpenghujung; takut, marah dan
bimbang yang terkumpul tanpa
jalan penyelesaian…
57 Stres keterlaluan memudaratkan?
58 Tanda-tanda stres
59 Tanda pada RAGA
• Nervous
• Gopoh & tidak keruan
• Degup jantung kencang
• Gangguan perut
• Berpeluh

• Kerap kencing
60 Tanda pada JIWA

• Kurang tumpuan
• Mudah lupa
• Prestasi menurun
• Tak dapat belajar

• Lalai
61 Tanda pada RASA

• Bosan
• Pemarah
• Sedih & menyedihkan
• Takut
• Mengalah
• Suka cari gaduh

• Mengalami igauan

62 Apa perlu dibuat?


63 "Oleh kerana telah ditakdirkan
stress..."

• Oleh kerana telah ditakdirkan


stress akan sentiasa menemani
kita sepanjang hayat, amat penting
untuk kita bijak menanganinya.

• Pastikan kita yang menguasai


stress… BUKAN stress menguasai
kita.
64 Cara menangani STRES

• Amalkan deep breathing exercises


• Berfikiran positif
• Cari/curi masa untuk relaks dan
tenang

• Sembahyang

65 "Bahan bacaan memberi inspirasi"


• Bahan bacaan memberi inspirasi
• Berangan-angan sesuatu yang
diingin
• Luahkan pada seseorang

• Elak menumpu pada kelemahan


diri

66 "Bersedia lebih awal"

• Bersedia lebih awal


• Makanan berkhasiat
• Satu perkara pada satu masa
• Letak sasaran munasabah

• Berhenti bimbang sesuatu yang


belum pasti

67 4 langkah Selesai Masalah:-

• Senaraikan cadangan
penyelesaian
• Fikirkan kemungkinan-
kemungkinan
• Pilih satu penyelesaian

• Nilaikan pilihan anda!


68 Kesimpulan

• Pandang dan terima stress dari


sudut yang positif
• Jadikan stress pemangkin
kejayaan

• Beranilah hadapi stress sehingga


stress takut mendekati anda!
69
70 "Pakaian adalah unsur utama
penilaian..."

• Pakaian adalah unsur utama


penilaian awal seseorang. Melalui
pakaian ; gaya,
warna,“accessories” akan
menyampaikan
• gambaran mengenai :
• i. Jantina ii. Kepercayaan
• iii.Pekerjaan iv. Citarasa

• v. Kecenderungan
71 "Citarasa yang baik bukanlah
dari..."

• Citarasa yang baik bukanlah dari


pakaian yang mahal atau dengan
menukar imej supaya lebih ‘up to
date’ atau mengikut perkembangan
fesyen, kerana walau minat
sekalipun dalam hal-hal fesyen kita
tidak boleh mengenepikan
“peraturan berpakaian.”
72 BERPAKAIAN UNTUK KEJAYAAN!

• Trenda fesyen TIDAK PERLU


menentukan cara kita berpakaian
• Prinsip asas berpakaian hendaklah
seperti yang dituntut oleh agama.

• Berpakaian mencerminkan ilmu


yang kita miliki. Pilihlah fesyen
pakaian yang melambangkan
ketinggian ilmu dan budi pekerti.

73 KONSEP BERPAKAIAN

• Mencerminkan personaliti
• - kemas atau selekeh
• - kemas sepanjang masa –
seorang yang

• punya disiplin yang kukuh.


74 KONSEP BERPAKAIAN

• Menutup aurat
• - Wajib tutup
• aurat
• - Tujuan: elak
• fitnah dan
• keruntuhan

• akhlak.
75 KONSEP BERPAKAIAN

• Menampakkan ketampanan

• - Pilihan fesyen yang sesuai ,


bersih dan berpadanan akan
memperlihatkan seseorang lelaki
itu kacak, segak dan bergaya.
76 KONSEP BERPAKAIAN

• Menonjolkan kejelitaan
• - Tidak semua fesyen sesuai
dengan semua orang.


77
78 KONSEP BERPAKAIAN

• Menonjolkan identiti
• - seorang imam tidak akan
memakai pakaian golongan ‘rock’

• - seorang pemain bola sepak tidak


mungkin memakai jubah ketika
masuk ke padang
79 KONSEP BERPAKAIAN

• Perlindungan
• - Tanpa pakaian, kulit terdedah
kepada kekotoran dan cahaya
matahari.

• - CTH: Orang di padang pasir


berjubah utk mengelakkan debu
pasir, orang eskimo memakai
pakaian bulu untuk elak kesejukan.
80 KONSEP BERPAKAIAN

• Kesesuaian
• - Pakailah pakaian ikut
kesesuaian.
• - CTH: pakaian ke majlis mesti
sesuai untuk majlis, kalau tidak,
kita akan jadi tumpuan.

• - Pakaian untuk ke pejabat, tidak


sesuai untuk pergi bersiar-siar.

81 KONSEP BERPAKAIAN

• Keselesaan
• - Orang Melayu lebih selesa
berkain pelekat bila ke surau atau
masjid.

• - Pekerja mekanik lebih selesa


berpakaian overall daripada bertali
leher
82 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN

• Tahap ekonomi
• - Dapat dilihat tahap ekonomi
seseorang melalui pakaian.

• - Tahap ekonomi yang tinggi akan


memilih jenama mahal dengan
aksesori yang mahal.
83 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN

• Tahap pendidikan

• - Dalam keadaan tertentu, orang


yang mempunyai tahap akademik
yang tinggi biasanya sentiasa
memastikan pakaian mereka
sentiasa kemas dan segak.
84 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN

• Tahap sosial
• - Status sosial juga dilihat daripada
apa yg dipakai.

• - CTH : dalam masyarakat


Malaysia tali leher dan kot dipakai
oleh mereka yang berjawatan
tinggi, tapi di negara-negara
tertentu kot dipakai untuk
mengelakkan sejuk.
85 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN

• Kebolehpercayaan
• - Seorang polis akan memakai
pakaian seragam supaya orang
percaya beliau adalah anggota
polis

• - Seorang imam pula mesti


memakai jubah dan serban.
86 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN

• Tingkahlaku moral
• - Pakaian yang kemas akan
menyebabkan seseorang itu
dianggap baik atau berdisiplin.

• - Seseorang yang selekeh akan


menyebabkan seseorang itu
dianggap tidak sopan dan tidak
berdisiplin.

87 PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN
• Kejayaan dan masa depan
• - Pakaian juga menampakkan
seseorang itu kelihatan berjaya dan
mempunyai masa depan yang
cerah
• - Mereka biasanya mengenakan
pakaian yang glamor dan
meyakinkan

• - Mereka biasanya memilih


pakaian daripada jenis kain
bermutu demi menjaga imej diri.
88 PAKAIAN KERJA

• Pakaian yang biasa digunakan ke


pejabat iaitu kemeja lengan
panjang dan tali leher ataupun
“bush jacket” ( seluar dan baju
sama warna).

89 Lelaki

• kurang sesuai berbaju lengan


pendek jika bertali leher.
• Kemeja lengan pendek hanya
sesuai untuk fast-food manager
• Tidak sesuai untuk tujuan
mempamerkan imej yang baik
seperti ketika temuduga.
• Sematkan semua butang baju jika
tidak bertali leher ( kecuali butang
kolar ).

• Jangan lipat bahagian lengan


kemeja baju lengan panjang.

90 "Lengan kemeja hendaklah ½ inci..."

• Lengan kemeja hendaklah ½ inci


lebih dari lengan kot
• Putih dan himpunan warna cerah
serta padat paling sesuai untuk
pilihan kemeja

• Elak warna kuning pekat dan


merah jambu kerana warna ini
sering dikaitkan dengan wanita

91 Celana

• Celana panjang (trousers) dikira


cukup labuh jika stokin tidak
kelihatan

• Stokin mesti dapat melitupi betis


ketika kaki disilang

• Kaki celana cukup labuh jika


jatuhannya sedang elok di hadapan
92 BATIK LENGAN PANJANG

• Dipadankan dengan seluar


berwarna gelap. Sesuai untuk
acara pagi, tengahari, petang dan
malam.
93

PAKAIAN YANG SESUAI/PAKAIAN


BEBAS/PAKAIAN SOPAN

• Adalah lebih baik jika lelaki


memakai batik lengan panjang dan
wanita memakai baju kurung.
94 CONTOH PAKAIAN MAJLIS RASMI(
Bukan Islam)
95 PENYESUAIAN TALI LEHER
96 PENYESUAIAN TALI LEHER

• Kriteria pertama memilih tali leher


ialah mengetahui panjangnya
supaya kemas dan sesuai dipakai.
• Tali leher yang baik diperbuat
daripada sutera, diikuti polyester,
kain campuran polyester dengan
sutera dan bulu kambing atau
kapas.

• Panjang tali leher dalam


lingkungan 55 inci dan lebar hujung
depan 1 inci setengah.
97 PENYESUAIAN TALI LEHER

• Semasa memakai tali leher,


hujungnya hendaklah jatuh di
kepala tali pinggang.
• Biasanya tali leher berwarna plain
gelap/terang.
• Tidak sesuai memakai tali leher
yang berwarna-warni, besar, batik,
usang atau pudar.

• tali leher berjalur sesuai dengan


baju tanpa corak
98 PEMAKAIAN TALI LEHER
• Tali leher sesuai dipakai dengan
baju lengan panjang.

• Sematkan semua butang baju jika


bertali leher.
99 PEMAKAIAN TALI LEHER

• Warnanya hendaklah bertentangan


dengan warna baju tetapi
berpadanan

• Sekiranya menggunakan kot, tie


pin hendaklah berada di tengah
kocek
100 PEMAKAIAN TALI LEHER

• Sekiranya dipakai tanpa kot, tie pin


hendaklah berada dibawah kocek
• Gunakan tie pin yang sesuai dan
warna yang berkilat

• Tali leher batik tidak sesuai dipakai


di majlis-majlis rasmi
101 PEMAKAIAN TALI LEHER

• Tali leher biasanya mempunyai


hujung yang tajam

• Tali leher yang rata hujungnya


hanya sesuai untuk fesyen
102 PENYESUAIAN KOT - pemakaian

• Warna lembut untuk dipakai pada


waktu siang dan majlis tidak rasmi
• Warna gelap untuk dipakai pada
waktu malam dan majlis-majlis
rasmi

• Kot batik tidak sesuai untuk majlis-


majlis rasmi
103 CONTOH “BUSINESS SUIT”
104 PENYESUAIAN KOT - pemakaian

• Lazimnya seluar tidak bell-bottom

• Tuala kocek disesuaikan dengan


tali leher
105
106
107
108 PAKAIAN WANITA
• Pemilihan warna dan corak

• Bagi mereka yang berkulit hitam


manis, cuba elakkan warna-warna
terang dan garang seperti biru laut,
biru nila, hijau serindit, merah
jambu terang, merah menyala dan
oren.

• Corak bunga besar akan


menjadikan seseorang yang kecil
kelihatan besar dan corak bunga
yang kecil akan menjadikan
seseorang kelihatan kecil.

109 PAKAIAN WANITA-


pakaian siang

• Elakkan memakai jenis berkilat

• Jangan gunakan satu warna


sahaja.

• Jangan melebihi empat warna


pada satu masa.

• Jalur menegak untuk orang berisi.


Jalur melintang untuk orang kurus.

• Elakkan warna gelap yang boleh


menyerap haba pada waktu siang.

• Warna hitam memperlihatkan tubuh


badan yang kurus.
110 PAKAIAN WANITA
pakaian siang

• Sekiranya memakai tudung,


gunakan warna yang bertentang
dengan warna baju.
111 PAKAIAN WANITA
pakaian malam

• Kain labuh berkilat dengan labuci


sesuai untuk pakai malam.

• Kain jenis brocade dan songket


juga sesuai.

112 PENYESUAIAN ALAT


SOLEK,PEWANGI DAN BARANG
KEMAS
• Biasakan memakai alat solek yang
sederhana dan sesuai dengan
warna kulit.
• Gunakan Eu de toilete pada waktu
siang dan perfume pada waktu
malam.


Gunakan barang kemas yang
sederhana dan sesuai dengan
bentuk muka dan badan.
Penampilan diri punyai pengaruh dalam membentuk sikap, imej positif seseorang

APAKAH yang menyebabkan seseorang itu kelihatan menarik walaupun pakaian dan aksesori yang
dipakainya bukan jenis mewah.

Sebaliknya ada orang yang memakai pakaian dan aksesori berharga ribuan ringgit, tetapi penampilan
yang cuba ditonjolkan tidak kena langsung.

Ramai orang ingin mempamerkan imej menarik dan bergaya, tetapi tidak mengetahui caranya
sedangkan penampilan diri mempunyai pengaruh yang besar hingga mampu membentuk sikap dan
emosi positif dalam diri seseorang.

Penasihat imej di Bollywood Starz Glizz Beauty Studio, Pamela Wathy, berkata masih ramai individu
yang tersilap bergaya.

Katanya, antara punca utama keadaan itu berlaku adalah kerana terlalu terikut dengan gaya orang
lain yang sebenarnya tidak sesuai dengan tubuh sendiri.

"Hanya tubuh kita yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh apabila bergaya. Paling penting ialah
mengenali bentuk tubuh dan nada warna yang sesuai dengan kulit," katanya.

Beliau berkata, ini yang menyebabkan kelas dandanan penting bagi meningkatkan kefahaman
terhadap bentuk dan anatomi tubuh.

"Apabila kita memahami keadaan tubuh, kesedaran terhadap kepentingan menjaga penampilan diri
akan wujud sendiri," katanya.

Sementara itu, katanya warna kulit terbahagi kepada dua, iaitu sejuk dan panas dengan kebanyakan
wanita Asia memiliki warna kulit kategori panas.

Oleh itu, warna yang sesuai bagi kategori ini adalah warna tanah seperti pastel, kuning, hijau, coklat
dan krim. Warna rambut yang disarankan untuk wanita Asia ialah coklat terang dan coklat gelap.
Bagaimanapun, mereka boleh mencuba merah gelap (maroon) atau burgundy (wain perang).

Bagaimanapun, Pamela menasihat supaya tidak mewarnakan keseluruhan rambut dengan warna
merah atau kelabu.

Memperjelaskan cara mengenal pasti warna yang sesuai mengikut kulit, katanya kaedah itu dilakukan
oleh penasihat terlatih di bawah cahaya semula jadi tanpa pantulan cahaya lampu. Kemudian kain
atau kertas dalam kategori warna berlainan diacukan ke wajah untuk melihat kesesuaiannya.
Selain itu, katanya perkara yang perlu diutamakan untuk membentuk penampilan diri adalah
potongan dan warna rambut. Bagi yang bertudung, warna dan cara ikatan yang sesuai tidak harus
diabaikan.

Pamela berkata, aspek lain yang penting ialah pemilihan aksesori, kesihatan diri, cara bergaul,
senyuman dan cara berjalan.

"Menyedari kepentingan menjaga ketrampilan diri, terutama wanita, kami menyediakan kelas untuk
tujuan itu.

"Kelas terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu remaja berusia antara sembilan hingga 13 tahun dan
wanita 18 tahun ke atas. Kelas wanita korporat sesuai untuk wanita yang baru memasuki dunia
pekerjaan," katanya.

Keistimewaan di Bollywood Starz Glizz Beauty Studio ialah kelas dandanan bagi kanak-kanak berusia
antara sembilan hingga 13 tahun adalah percuma.

Pamela juga sempat menitipkan beberapa petua memilih pakaian dalam yang turut diajar dalam kelas
dandanan, iaitu remaja yang sedang membesar harus peka memilih pakaian dalam, terutama coli.

"Selepas akil baligh, badan akan membesar termasuk payudara. Oleh itu, pemakaian bra dengan span
tebal adalah tidak digalakkan. Elakkan juga membeli seluar dalam saiz bebas," katanya.

INFO: Solekan mata natural

Kulit putih

Bagi yang berkulit putih, warna paling sesuai untuk dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna
coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada
tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar.

Kulit sawo matang

Gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh
juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan
mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos.

Kulit kuning langsat

Oleskan warna karamel, perang kekuningan (tan) atau kuning gangsa (bronze) bagi mendapatkan
kelainan. Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah
malam.

Kulit gelap

Tidak perlu khuatir kerana untuk yang berkulit gelap, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian
pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat
memberikan hasil berkilau di kulit gelap anda. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk
kelihatan lebih segar.
MAKNA PENAMPILAN DIRI

KEHEBATAN seorang usahawan dinilai bukan saja berdasarkan tahap pencapaian mereka dalam bidang-bidang yang diceburi,

tetapi keyakinan orang lain terhadap dirinya.

Perunding Imej, Norma Norrel berkata seseorang itu akan dinilai oleh orang lain melalui pandangan pertama mereka dengan

melihat tiga aspek utama iaitu keterampilan dan sikap, bagaimana seseorang itu bercakap dan apa yang dicakapkan.

Menurut beliau, orang akan membaca sikap dan peribadi seseorang hanya melalui pergerakan mata dalam tempoh 40 saat sahaja.

Sebagai contoh katanya, sebelum membeli sesuatu produk atau barangan yang diperkenalkan, orang akan melihat penampilan

mereka terlebih dahulu sebelum bertanya, melihat dan membeli barangan yang dijual.

”Bukan sesuatu yang mudah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli sesuatu produk, lebih-lebih lagi sikap dan ragam

manusia yang sememangnya berlainan dan sukar diduga.

”Tetapi jika mereka menggunakan ketiga-tiga aspek tersebut dengan betul dan kena pada cara dan tempatnya, mereka tidak akan

menghadapi masalah besar apabila berhadapan dengan pelanggan sedemikian,” katanya ketika menyampaikan ceramah Aksesori

Fesyen dan Keterampilan Wanita pada Bengkel ‘Bersama D’or Ke Arah Kecemerlangan Wanita anjuran D’or Rue Sdn. Bhd. dan

majalah Wanita, di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara baru-baru ini.

Keterampilan dan sikap seseorang itu dinilai dari segi fizikal, cara berpakaian dan penyesuaian, kesihatan dan kecantikan serta

penjagaan dan fesyen rambut.

Ini juga termasuk pergerakan badan, mimik muka, peradaban serta penjagaan kulit dan andaman.

Menyentuh mengenai bagaimana seseorang itu membuat penilaian ketika mereka bercakap, Norma berkata kebiasaannya orang

lain tidak hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan kepala dan badan tetapi juga gaya yang ditampilkan,

Selain itu turut diambil kira ialah dari segi mimik muka, isyarat badan, pengucapan, penyebutan dan kefasihan seseorang

menuturkan kata-kata.

”penerangan juga perlu jelas dalam menyampaikan apa yang ingin diperkatakan dengan memastikan nada suara sentiasa berada

dalam kawalan dan apa yang penting setiap yang diperkatakan adalah berkaitan dengan sesuatu topik yang sedang

diperbincangkan,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang itu dapat menggunakan kesemua aspek tersebut bermakna dia berjaya memberi gambaran kepada

orang lain bahawa mereka menumpukan perhatian terhadap apa yang dibincangkan.
Menyentuh mengenai aspek ketiga iaitu apa yang dicakapkan, beliau berkata selain pengetahuan, turut dilihat ialah sejauh mana

seseorang itu mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam sesuatu topik yang dibincangkan.

”Mungkin seseorang itu boleh menyelitkan unsur jenaka dalam percakapan mereka dengan orang lain. Tetapi biarlah bersesuaian

dengan topik dan keadaan ketika itu,” ujarnya.

Norma menambah, kesemua itu memberi gambaran secara keseluruhan bahawa orang yang sedang bercakap dengan mereka adalah

seorang yang bijak, matang serta mempunyai imej yang baik dan positif.

Terdapat tiga jenis imej yang perlu diketahui dan dikaitkan dengan seseorang iaitu imej mental, imej spiritual dan imej fizikal.

Imej mental menurutnya, lebih dikaitkan dengan jiwa dan kerohanian seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai jiwa

yang negatif seperti bersikap takut, suka membenci dan saling mendengki hanya akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada

diri mereka sendiri tetapi juga orang lain.

”Orang lain boleh membaca keadaan seseorang itu pada masa tersebut hanya melihat mata dan air muka mereka.

”Perasaan gembira, tenang atau marah sekalipun boleh digambarkan pada air muka seseorang itu dan tentunya mereka tidak akan

dapat menyembunyikannya,” ujarnya.

Manakala imej spiritual pula lebih dikaitkan dengan minda seseorang itu yang bertindak mengawal cara bercakap, berpakaian, cita

rasa dan sebagainya.

”Imej fizikal pula lebih kepada apa yang membalut tubuh badan seseorang itu.

”Seseorang itu tidak harus terlalu berlebihan dan tidak terlalu kurang dalam penampilan mereka. Sebaiknya sentiasa bersederhana.

”Misalnya cara mereka berpakaian, bersolek mahupun mengenakan sebarang aksesori,” tambahnya.

Apa yang penting seseorang itu tidak memasangkan niat yang buruk bertujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain apa yang ada

pada diri mereka.

Seseorang usahawan itu berkemungkinan sama dari segi pencapaian termasuk pelajaran, kerjaya mahupun alam rumah tangga,

tetapi apa yang membezakan dengan orang lain ialah sikap mereka.

Bersikap positif amat penting bagi memastikan mereka menjadi individu yang boleh membawa diri dan disenangi oleh orang lain ke

mana dan di mana sahaja.

”Setiap orang dilahirkan dengan penuh keunikan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang perlu diketahui ialah aset yang paling

berharga pada diri seseorang ialah diri mereka sendiri,” kata Norma.
Sehubungan itu, amat penting sekiranya mereka menampilkan diri secara sederhana agak tidak janggal pada pandangan orang lain.

Seorang yang bergelar usahawan seharusnya tampil dengan gaya ringkas tetapi bersesuaian dengan suasana dan majlis yang akan

dihadiri.

Katanya lagi, seseorang itu tidak perlu meniru orang lain tetapi cuba sedaya upaya untuk mengubahsuai diri menjadi diri sendiri.

”Kita tidak akan jadi seperti orang lain termasuk dari segi cara penampilan, percakapan malah tahap pencapaian mereka dalam

sesuatu bidang.

”Tetapi kita boleh menjadikan sikap dan cara mereka bekerja sebagai panduan positif yang boleh dipelajari dan diikuti,” ujarnya.

Sebaik-baiknya jangan beri sekalipun peluang kepada orang lain memberi pandangan dan membuat tanggapan negatif terhadap diri

kita.
12 Kesilapan Dalam Bergaya.
Gaya mencerminkan personaliti. Sekali pandang pun boleh
menilai sama ada anda celik fesyen atau buta fesyen. Bergaya
memang baik untuk memberi tanggapan orang terhadap diri
anda jika kita tahu caranya. Tentu kita rasa bangga kalau ada
orang memuji anda adalah jenis 'in trend' orangnya. Walau apa
pun, yang penting ialah keyakinan anda boleh dicetuskan oleh
gaya anda berfesyen. Pernahkan anda rasa terpencil, tidak
selesa atau menyisih diri di khalayak atau ketika berada di
sesuatu majlis? Itu tandanya anda kurang yakin dengan
penampilan diri. Kenapa? Mungkin anda rasa pakaian anda
tidak kena dengan majlis atau 'out-of-trend'. Tidak apa kalau
anda ingin menimbulkan sedikit kelainan atau keunikan asalkan
kena gaya dan sesuai majlis.

Selalunya, kesilapan atau ketidakselesaan gaya berpakaian


anda disebabkan anda tidak prihatin tentang fesyen. Anda ingin
bergaya tapi tidak tahu bagaimana mengenakan sesuatu
fesyen, apa yang anda perlukan untuk saling melengkapi fesyen
yang anda pakai dan bila fesyen itu sesuai dipakai. Adakalanya,
oleh kerana terlalu hendak bergaya, ia menjadi tidak kena dan
menyebabkan anda menjadi bahan ketawa dan bualan orang
tentang gaya anda yang tidak sesuai itu. Justeru, penting bagi
anda meneliti dahulu pakaian yang anda pilih sebelum membeli
dan memakainya.
Tidak salah sekiranya anda mendapatkan panduan dengan
membelek-belek majalah atau menonton program tv berkaitan
fesyen untuk mendapatkan gaya yang menepati citarasa anda!
Ketahui apakah kesilapan-kesilapan yang mungkin sering anda
lakukan dalam memilih pakaian sebelum anda menampilkan diri
di khalayak ramai.

Penampilan Diri

Potensi sikap positif dalam diri kita sebenarnya telah ada, hanya “apakah dari diri kita mau mengembangkan sikap

positif tersebut atau tidak. Ada orang yang memperhatikan dan ada orang yang kurang memperhatikan
penampilan diri. Salah satu pengembangan sikap positif dapat di asah melalui sikap penampilan diri positif. Kita

akan mudah memperhatikan atau mengenali orang – orang di sekeliling kita melalui percakapannya, pakaiannya,

rambutnya, accessories yang dikenakan, dsb. Seperti contoh kita di undang oleh seorang teman ke sebuah pesta

pernikahan anaknya di sebuah hotel mewah berbintang di Jakarta. Lalu kita datang ke pesta tersebut dengan

mengenakan baju lengan pendek berwarna kusam dan bermotif casual/ santai dan mengenakan sepatu sandal.

Sesampainya di lokasi tujuan anda melihat banyak orang yang hadir dalam acara tersebut ada pria ada yang

wanita, yang pria mengenakan kemeja batik dan mengenakan jas begitu juga yang wanita mengenakan gaun

malam yang anggun. Bagaimana perasaan anda ?. Saya merasa yakin se cuek apapun anda akan merasa bersalah

atau mungkin merasa rendah diri. Begitu pula bagaimana perasaan lingkungan sekitar pesta tersebut, teman-

teman anda ? Coba anda banyangkan jika situasi tersebut di balik, anda berpakaian rapi dengan jas atau kemeja

batik ? bagaimana perasaan anda dan bagaimana lingkungan memandang anda. Anda pasti rasa penuh yakin dan

positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Begitupula

erat kaitannya dengan peningkatan karir anda di kantor. Jika kita melakukan presentasi mengenai suatu proyek

kerja bersama para pimpinan dengan rambut yang berantakan atau mungkin dengan baju yang “kusut” .

bagaimana persepsi para peserta rapat melihat diri anda? Apakah mereka sangat tertarik mendengar presentasi

anda ?

Dengan memberikan sejenak waktu dengan memiliki sikap penampilan positif. Anda peluang anda mendapatkan

perhatian dan berkarir dikemudian hari.

Ada beberapa hal yang dapat anda lakukan untuk mengembangkan dan membentuk sikap penampilan diri positif:

• Dengan memperhatikan potongan rambut, dapat dilakukan dengan memotong yang dengan diri anda.

• Pintar memilih warna baju dan celana atau stellan yang akan dikenakan

• Perhatikan pulan jenis –jenis pakaian sesuai dengan acara

• Tampil rapi tidak kusut

• Gunakan aksesori seperti - Jam tangan, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.

• Cermati Gaya anda seperti cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka serta perhatikan pula keceriaan wajah,

kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.

• Tebarkan senyum positif kepada lingkungan

Tuntutan akan penampilan tentunya di sesuaikan dengan norma yang berlaku dalam lingkungan dimana anda

berada. Yang perlu di ingat dengan menampilkan sikap penampilan diri anda telah melakukan komunikasi.

You might also like