You are on page 1of 50

KRAF TRADISIONAL

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, BATU PAHAT, JOHOR.

ALAT DOMESTIK

Alat domestik berkaitan dengan keperluan harian terutamanya di rumah. Alat-alat memasak seperti kukur kelapa, senduk kayu, lesung kayu, penapis santan, bakul dan nyiru adalah alat-alat kraf tradisional yang sering diperlukan dalam kraf tradisional.

KRAF TRADISIONAL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN ALAT MEMPERTAHANKAN DIRI BATIK SENI TEKAT TEMBIKAR ANYAMAN KELARAI UKIRAN

ALAT DOMESTIK

Dalam mengharungi kehidupan seharian, orang-orang Melayu menghasilkan barangan domestik untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Secara tidak langsung, kreativiti dalam menghasilkan peralatan domestik berlaku.

ALAT PERMAINAN

Di kalangan masyarakat Melayu, alat permainan menjadi satu kreativiti yang tidak boleh dipandang remeh. Wau bulan, gasing, congkak adalah antara alat permainan yang dominan dan menjadi keperluan penting dalam keperluan masyarakat Melayu.

ALAT MEMPERTAHANKAN DIRI

Alat mempertahankan diri sering kali dikaitkan dengan penggunaan senjata Melayu yang telah digunakan turun temurun. Keris, tombak, kerambit, parang, pedang, lembing andalah alat mempertahankan diri yang sering digunakan oleh orang-orang Melayu.

ALAT MEMPERTAHANKAN DIRI

Alat mempertahankan diri sering kali dikaitkan dengan penggunaan senjata Melayu yang telah digunakan turun temurun. Keris, tombak, kerambit, parang, pedang, lembing andalah alat mempertahankan diri yang sering digunakan oleh orang-orang Melayu.

BATIK

Batik ialah kraf tradisional yang amat terkenal di Asia dan unik di Gugusan Kepulauan Melayu. Ia berkreativiti dan berkehalusan seni tekstil yang tinggi. Kini, batik menjadi salah satu produk untuk melariskan sektor pelancongan di Malaysia.

BATIK

Keindahan batik tidak luput ditelan zaman dan setanding dengan jenis tekstil lain yang dipasarkan Keindahan reka corak dan penggunaan kain batik turut berkembang selari dengan peredaran zaman dan cita rasa pembeli Perkataan batik berasal daripada Indonesia yang bermaksud rintik-rintik putih yang ada pada kainn yang berwarna dan bercorak

Canting

BATIK

Dalam bahasa Melayu batik bermaksud titik, manakala bahasa Jawa perkataan batik bermaksud setitik lilin. Umumnya batik merupakan kraf yang dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain putih.

BATIK

Sejarah perkembangan batik di Malaysia bermula pada kurun ke -15. Ia dibawa masuk secara langsung dari Kepuluan Indonesia. Perusahaan batik di Malaysia bermula di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada peringkat permulaan, perusahaan membantik hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi kini ia diusahakan secara komersial di Semenanjung Malaysia.

BATIK

Kain batik mula dicipta pada tahun 1911 oleh Haji Che Su bin Ishak. Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dan celup. Perusahaan batik pelangi Haji Che Su diusahakan bersama dengan rakan-rakannya iaitu Haji Awang, Encik Kundur, Haji Ahmad dan Haji Abbas. Mereka menjalankan perusahaan tersebut di Lorong Gajah Mati, iaitu di tepi Sungai Kelantan.

SENI TEKAT

Seni tekat dikenali tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan keduanya mempunyai persamaan, iaitu menggunakan benag emas. Tekat mempunyai bentuk seperti kayu timbul.

TEMBIKAR

Merupakan kraf tradisional yang paling awal dikesan oleh tamadun manusia Di Malaysia, kraf tembikar tradisional menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau di tepi sungai. Pada zaman dahulu rupa bentuk tembikar dicipta berdasarkan fungsinya seperti peralatan memasak atau pun kelengkapan ritual

ANYAMAN

Anyaman ialah satu seni warisan yang popular di kalangan orang Melayu, terutama di kawasan luar bandar di negeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian-helaian daun mengkuang atau pandan untuk diolah dijadikan perkakas atau objek kegunaan harian seperti tikar, bakul, tudung saji dan lain-lain.

ANYAMAN

Terdapat tiga jenis anyaman yang dihasilkan, iaitu; Anyaman kelarai Anyaman pandan Anyaman sulam

ANYAMAN TIKAR

Dalam kraf anyaman tradisional, objek yang sering dihasilkan adalah dalam bentuk tikar. Antara jenis tikar yang dihasilkan ialah: Tikar biasa Tikar sembahyang Tikar parudan Tikar alas nikah

ANYAMAN TIKAR
1. Tikar biasa - Tikar jenis ini biasanya luas dan lebar. Tikar ini dihasilkan untuk alas tempat tidur atau untuk kegunaan tetamu dan selalunya dibuat dengan menggunakan daun pandan. Tikar mengkuang pula lebih sesuai digunakan sebagai pelapik lantai.

ANYAMAN TIKAR
2. Tikar sembahyang - Ia digunakan sebagai sejadah ketika orang Islam bersembahyang dan diperbuat daripada daun pandan 3. Tikar parudan -Saiz tikar ini kecil dan digunakan sebagai alas semasa memarut kelapa

ANYAMAN TIKAR
4. Tikar jemuran -Bentuk dan coraknya agak kasar serta sesuai digunakan di luar rumah. Tikar ini diperbuat daripada mengkuang dan khas untuk menjemur padi. 5. Tikar alas nikah - Tikar pandan ini digunakan oleh pengantin lelaki semasa upacara akad nikah sebagai alas tempat duduk.

KELARAI

Kelarai ialah corak atau motif yang terbentuk atau terhasil daripada proses mengayam Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman ghadas atau anyaman biasa. Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman.

KELARAI

Biasanya, dua warna kontra digunakan untuk mendapatkan kelarai yang menarik. Jenis kelarai boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi nama berdasarkan pengamatan daripada objek-objek tertentu atau nama individu.

UKIRAN KAYU

Kraf ukiran kayu Melayu tradisional menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka Seni ukiran kayu ini termasuk dalam seni Mukaddas iaitu seni yang mempunyai maksud tersirat selain daripada maksud yang tersurat.

UKIRAN KAYU

Motif-motif yang digunakan melibatkan awan larat atau ragam hias yang diambil daripada unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geomteri Seni ukiran dalam kehidupan masyarakat Melayu dilihat melalui ukiran-ukiran yang boleh didapati pada istana, masjid, rumah kediaman, makam, kepada sampan,perabot, senjata dan peralatan kegunaan harian.

UKIRAN KAYU

Hasil-hasil seni ukiran tradisional ini boleh dilihat dan dihayati pada bangunan-bangunan lama yang masih boleh didapati seperti di : Istana Kenangan , Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Istana Balai Besar, Kedah Istana Tengku Nik ( Muzium Induk Negeri Terengganu )

JENIS-JENIS UKIRAN
1. 2. 3. 4. 5.

Ukiran Ukiran Ukiran Ukiran Ukiran

layang bunga timbul tebuk terus arca larik.

UKIRAN KAYU

Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Masjid Kampung Keling, Melaka Rumah-rumah kayu di negri Perlis, Melaka dan Johor Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.

You might also like