You are on page 1of 27

Kerja Kursus Sejarah 2011 INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

RANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH DAN WILAYAH


(FELCRA BERHAD SEBERANG PERAK)

NAMA

: NUR AISYAH UMAIRAH BT ZULKIFLI

TINGKATAN : 3 AZALEA NO I.C : 960805-06-5142

NAMA GURU : PUAN MARIAM BT MOHD YASIN

Senarai Kandungan
PERKARA PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN : 1. Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasmi/nama ringkas/nama lain. Lokasi Matlamat/objektif/Misi/Visi penubuhan Carta organisasi dan senarai pentadbir 2. Latar Belakang Sejarah penubuhan Undang-undang tubuh/undang-undang kecil/garis panduan penubuhan Perincian peranan/tanggungjawab bidang tugas pentadbir Cara pelantikan pentadbiran tempatan 3. Peranan Ekonomi Pendidikan Keagamaan Kemasyarakatan Kebudayaan Peranan Pelancongan MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah dengan sempurna dan lancar dan seperti yang telah dijadualkan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Zulkifli bin Ahmad Husin dan Jamilah bt Amat yang telah banyak member dorongan dan semangat serta bantuan dari segi idea,maklumat,kewangan serta sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Mariam Mohd. Yasin,iaitu guru mata pelajaran sejarah kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dari mula kerja kursus ini dilakukan hinggalah selesai dengan sempurna.

Ucapan terima aksih juda kepada para rakan iaitu Puteri Syahirah bt Megat Jamil, Nurul Izzaty Bt Isma Yatim dan Dyana Amiera bt Mohd Ishak yang turut membantu dan berkongsi bahan serta idea sepanjang kita bersama-sama membuat kajian ini

Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak,Pn Selemah Bt Awang yang telah membenarkan saya membuat lawatan serta memberi segala bahan dan maklumat yang diperlukan

Segala jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai dan terima kasih sekali lagi.

Objektif Kajian

1.

Kajian yang saya lakukan ini dapat melatih saya dalam aspek mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta tentang sejarah pentadbiran institusi tempatan iaitu tentang Felcra Seberang Perak

2.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui dan memahami sejarah penubuhan, latar belakang dan peranan yang dimainkan oleh Felcra Berhad Seberang Perak.

3.

Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap perkembangan dan kemajuan serta cabaran yang dihadapi oleh Felcra Seberang Perak.

4.

Akhir sekali, kajian ini dilaksanakan sebagai satu wadah penghargaan untuk menunjukkan rasa bangga dengan kewujudan dan kemajuan yang dibawa oleh Felcra Seberang Perak.

Kaedah Kajian

1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari untuk mendapatkan maklumat tentang kajian adalah seperti : (a) (b) (c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Seberang_Perak www.felcra.com.my esistem.felcra.com.my

ini

2. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya telah menemubual Pn Salmah Bt Awang sebagai Timbalan Pengurus Besar di Pejabat Timbalan Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Seberang Perak. Beliau merupakan orang sumber yang menjadi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.Selain itu, kaedah lawatan dan pemerhatian turut saya gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain bersama telah pergi ke Pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak (Seberang Perak),Bandar Baru Seberang Perak, 36800 Kg. Gajah,Perak Darul Ridzuan.

Puan Selemah Bt Awang.

3. Akhir sekali, saya menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat tambahan. Antara dokumen yang dianalisis ialah laporan projek, keratan bahan bacaan dan gambar-gambar berkaitan perkembangan dan aktiviti kakitangan Pejabat Penyelaras Felcra Berhad Sebarang Perak.Dokumen yang saya kaji ialah: Majalah Felcra informasi-interaktif edisi 2011

Hasil Kajian
1. Institusi Pentadbiran Tempatan: - Nama Rasmi FELCRA LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN kini dikenali FELCRA BERHAD -Lokasi Bandar Baru Seberang Perak, 36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan. -Matlamat PERKEMBANGAN BERIMBANG PERTUMBUHAN BERTERUSAN FOKUS KEPADA CORE BUSINESS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN LAIN -Objektif

Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan. Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf. Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini. Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.

-Misi Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta. Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladangladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan. Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.

-Visi Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang berjaya.

-Carta organisasi dan senarai pentadbir

Lembaga Pengarah
Nama Jawatan

1 Y. B. Dato' Haji Tajudin Bin Abdul Rahman

Pengerusi / Ahli Politik

2 Y. Bhg. Tuan Hj Juzilman Bin Basir

(Pemangku)Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden

3 Y. Bhg Dato Dr. Mohd Isa Hussain

Timbalan Setiausaha Bahagian, Pelaburan, MKD & Penswastaan, Kementerian Kewangan

4 Y. Bhg. Dato Ibrahim Bin Muhamad

Ahli Lembaga

Pengurusan Tertinggi
Nama Jawatan

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Emel: juzilman@felcra.com.my Tel: 03-4143 3646 / 6002

Y. Bhg. Tuan Hj Juzilman Bin Basir

Pengurus Besar Kumpulan Kewangan Emel: ramlee@felcra.com.my Tel: 03-4143 3646 / 3100

Y. Bhg. Tuan Hj. Ramlee Bin Abu Bakar

Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Korporat Emel: jahare@felcra.com.my Tel: 03-4143 3646 / 6007

Y. Bhg. Tuan Hj. Jahare Bin Abu Bakar

4 Y. Bhg. Tuan Hj Ku Mohamad Rodzi Bin Ku Mat Esa

Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pengurusan Emel: kmrodzi@felcra.com Tel: 03-4143 3646 / 4051

Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Peserta Emel: kamaludin@felcra.com.my Tel: 4143 3646 / 3020

Y. Bhg. Tuan Hj Kamaludin Bin Ibrahim

2.Latar Belakang -Sejarah penubuhan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkanFELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial. Pembangunan ke kawasan Perak Selatan dan Perak Tengah telah wujud semenjak tahun 1976 lagi dimana sebuah Firma Perunding ESAMS(MALAYSIA) dengan kerjasama Howard Humphreys(UK) telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuaan untuk menjalankan kajian di kaw asan ini.Hasil kajian tersebut mendapati kawasan Seberang Perak ini sesuai untuk tanaman padi,kelapa sawit dan koko. Dalam tahun 1978 sebuah Firma Perunding iaitu KPM Khidmat Sdn.Bhd dengan kerjasama Snowy Mountain Engineering Corporation(Australia) telah dilantik untuk menjalankan kajian kemungkinan dari segi teknikal dan ekonomi(Technical dan economic feasibility) yang meliputi keperluan perairan,pengangkutan,memproses dan pemasaran.Pada awalnya Projek Pembangunan Bersepadu Seberang Perak dialaksanakan oleh berbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan.

-Undang-undang Tubuh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRABerhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan

-Perincian peranan bidang tugas pentadbir Penyelarasan projek dibuat oleh Pengarah Projek yang juga bertanggungjawab terus ke atas perlaksanaan projek komponen FELCRA.Di peringkat tertinggi,penyelarasan projek dibuat oleh sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemandu Projek Seberang Perak yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

-Cara pelantikan pentadbir tempatan Perjawatan dan pelantikan ke jawatan bagi kesemua pekerja di Felcra ini dilakukan oleh Felcra Berhad sendiri melalui permohonan , proses temuduga dan pelantikan dan seterusnya urusan penempatan pegawai atau pekerja.

10

3.Peranan - Ekonomi Pembangunan kawasan ini akan menyatukan rancangan-rancangan pertanian sedia ada di kawasan ini dengan kawasan baru yang akan diletakkan di bawah satu projek.Adalah menjadi harapan kerajaan bahawa rancangan ini akan dapat menambahkan keluaran beras negara ,menyediakan lebih 6000 peluang pekerjaan baru dan juga meningkatkan pendapatan petani, sesuai dengan proses permodenan sector pertanian yang akan dibawa ke kawasan ini. Aktiviti
pembangunan di sesebuah kawasan misalnya, ia turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan bumiputera untuk mengambil bahagian bersama-sama Koperasi Peserta Rancangan Felcra (KPR) dan Koperasi Peserta Felcra Bhd. (KPFB) yang ditubuhkan. "Keanggotaan ahli KPR atau KPAB itu sepenuhnya terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera, justeru ia secara tidak lang- sung turut menggalakkan mereka untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

-Pelancongan
Pelancongan Desa Pelancongan Desa adalah bertujuan untuk memberi pendapatan tambahan kepada penduduk melalui Sewaan Rumah, Pengangkutan Awam, Jualan Produk Desa dan Khidmat Pemandu Pelancong. Ianya juga akan mewujudkan dan mengerakkan aktiviti hiliran seperti perusahaan makanan dan kraftangan serta menjadikan perkampungan bersih dan indah. Di samping membantu kepada perubahan sikap dan kearah pemikiran terbuka serta meningkatkan tahap pendidikan ianya juga akan mewujudkan peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong dan menjadikan perkampungan sebagai sebuah Pusat Pembelajaran dan Latihan. Bagi tujuan pelancongan desa ini, dalam RMK 9 diunjurkan sebanyak RM1,057,608.00 akan dibelanjakan dengan aktiviti utamanya iaitu untuk pembangunan Industri Pelancongan. Aktiviti ini akan memberi impak kepada 6,532 orang peserta. Di bawah RMK 9, Felcra Berhad telah mendapat syiling peruntukan sebanyak RM5,900,000.00 untuk program Homestay di p Program Homestay Dan Pertanian Komersial

11

-Keagamaan Setiap projek telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi pengeluaran hasil dan mampu memberikan lebihan serta keuntungan kepada peserta.Projek Pembangunan Bersepadu Seberang Perak telah memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan terkumpulnya daripada tanaman padi untuk bayaran zakat kepada Baitumal Negeri Perak.Jumlah zakat terkumpul yang telahpun dibayar ialah RM21,639,454.27 dengan pecahan tahun.

-Pendidikan Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai program Pembangunan Peserta untuk : 1. Meneruskan pemilihan dan penempatan peserta bagi projek yang boleh diisi peserta 2. Menyerapkan PPRT ke dalam projek FELCRA 3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan taraf hidup peserta.

12

4. Perkembangan .- Sumber kewangan Dibawah Rancangan Malaysia ke 9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan bagi membantu usahawan FELCRA di dalam program Latihan Usahawan , Pemasaran/Promosi seperti mempromosi produk luar bandar terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian dengan menyediakan rangkaian pemasaran unuk pasaran dalaman dan ntarabangsa. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga sering mengadakan usaha untuk menambah peruntukan ke arah peningkatan taraf hidup semua peserta di sini. .- Pembangunan prasarana / fizikal Di dalam kawasan Felcra ini pihak kerajaan memberi dan mengadakan pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur seperti air , elektrik , jalan raya , balai raya , sekolah menengah , sekolah rendah , balai polis , masjid , dewan orang ramai dan sebagainya.Masih dalam perbincangan pula ialah projek mengganti paip air ke setiap rumah di Felcra ini bagi menggantikan paip yang lama. .- Kemajuan yang dicapai Pada peringkat awal penubuhannya , pendapatan peneroka tidaklah begitu besar. Ini kerana masalah harga kelapa sawit yang merupakan bahan komoditi sering berubah-ubah dan menyebabkan pendapatan peserta statik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini pendapatan peserta bertambah lumayan kerana harga kelapa sawit yang semakin meningkat iaitu sekitar RM 650 setan. Hasil daripada kenaikan harga ini , sejumlah peserta mampu membeli kereta dan mengubahsuai rumah . Ada juga peserta yang telah membina rumah baru yang lebih besar dan cantik. .- Cabaran yang dihadapi Pihak pengurusan Felcra menyatakan bahawa harga kelapa sawit yang sedang meningkat mampu meningkatkan pendapatan peserta dan pengurusan Felcra sendiri. Namun begitu dalam jangka masa panjang beliau melahirkan rasa khuatir dengan harga pasaran pada masa akan datang. Pengurusan Felcra juga menghadapi masalah kekurangan pekerja untuk melakukan kerja pengurusan ladang seperti menuai hasil , mengangkut hasil , membaja , meracun rumput rampai dan sebagainya.. Ianya adalah disebabkan masalah umur mereka yang melebihi 50 tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini pihak pengurusan mengambil pekerja asing untuk membantu. Para peserta pula berhadapan dengan masalah jika usia tanaman mereka melebihi 20 tahun kerana terpaksa dilakukan proses tanam semula. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan utama dan terpaksa bergantung pada wang sara hidup yang dibiayai oleh pihak Felcra pusat. 13

Rumusan

Kajian sejarah ini telah dapat membantu saya mengetahui lebih mendalam peranan institusi pentadbiran tempatan terhadap masyarakat setempat.

Maklumat yang diperoleh telah memberikan pendedahan,pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga kepada saya betapa pentingnya kita mengetahui peranan sesebuah institusi.Melalui kajian sejarah seperti ini kita telah didedahkan cara pembelajaran menggunakan dan memproses malumat atau fakta sejarah sebenar.

Aktiviti kajian ini telah memupuk semangat bekerjasama,bantu-membantu,setia kawan dan menanam perasaan jati diri terhadap sejarah negara dan memelihara warisan bangsa yang tidak ternilai harganya

\ Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus ini,dapat memberikan pendedahan yang amat berguna pada masa depan saya.Melalui kajian ini,secara tidak langsung semangat patriotik dapat dipupuk dan ditanam dalam sanubari

14

-.

Pejabat timbalan pengurus besar perak.

Pusat latihan FELCRA BERHAD Seberang Perak 15

Pejabat Timbalan Pengurus Besar Felcra Seberang Perak

16

Rujukan
1.Orang Sumber

Puan Selemah Bt Awang Timbalan Pengurus Besar Pejabat Felcra Seberang Perak, Bandar Baru Seberang Perak.

17

2.Melawat tempat kajian Pejabat Timbalan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak(Seberang Perak),Bandar Baru Seberang Perak,36800 Kg Gajah,Perak Darul Ridzuan.

18

3.Internet

http://felcradev.skali-mps.net/web/guest/mesejceo;jsessionid=AD04FD348E353DD8CD7D6180485C519A

http://cikgurazak.blogspot.com

19

4.Risalah,Pamplet

20

You might also like