P. 1
SISTEM PENGUDARAAN

SISTEM PENGUDARAAN

|Views: 6,565|Likes:
Published by haizamk

More info:

Published by: haizamk on May 31, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2015

pdf

text

original

ASSIGNMENT 1

NAMA KURSUS KOD KURSUS : :

Ahli Kumpulan:

1. Muhammad Akram Bin Nasaruddin 2. Khairul Haizam Bin Mohd Radzi 3. Mohd Khairulfaiz Bin Hairuddin 4. Kamaruliza Bin Mohd Kamal 5. Sah Hardi Bin Yatimin 6.

SX110623GHS04 SX111569GHS04

SISTEM PENGUDARAAN

Proses mengekalkan keadaan terhadap suhu, kelembapan dan oksigen di dalam sesuatu ruang dengan memasukkan udara bersih ke dalam ruang-ruang bagi menggantikan udara kotor atau yang tidak digunakan.

Udara yang terhasil dari badan manusia, bahang cahaya matahari dan dari pekakasan-pekakasan elektrik akan menghasilkan udara panas di dalam bangunan. Selain itu, terdapatnya habuk, bakteria dan segala macam bauan di dalam udara. Udara ini perlu dikeluarkan dari dalam ruang-ruang di dalam bangunan bagi menjamin keselesaan dan kesihatan pengguna di dalam setiap ruang di dalam bangunan.

Semasa kebakaran, asap dan gas beracun akan terhasil. Keadaan ini perlu dikawal bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna diutamakan.

Keadah Pengudaraan

i.

Pengudaraan Semulajadi

Ianya merupakan suatu proses secara semulajadi tanpa memerlukan bantuan satu sistem pengawalan. Pengudaraan jenis ini hanya bergantung kepada sebanyak mana pergerakkan udara dan juga perbezaan suhu di dalam dan di luar bangunan. Selain itu, pengudaraan jenis ini bergantung kepada sebanyak mana pembukaan yang ada pada sesuatu bangunan samaada pada tingkap, dinding, ataupun pada bumbung bangunan.

Terdapat tiga cara di mana sistem pengudaraan semulajadi ini terjadi. Ianya bergantung kepada tekanan udara, kesan stack ataupun kedua-duanya sekali.

a) Tekanan Udara.

Ianya berlaku apabila terjadi perbezaaan tekanan udara di dalam dan di luar bangunan. Udara akan bergerak dari zon bertekanan tinggi ke zon bertekanan rendah. Semakin tinggi kadar kelajuan angin, semakin ketara perbezaan tekanan udara tersebut. Terdapat tiga cara keadaan ini terhasil iaitu melalui bukaan pada tingkap, dinding, ataupun bumbung bangunan.

Pengudaraan

melalui

tingkap,

merupakan

satu-satunya

cara

bagi

mendapatkan pengudaran secara semulajadi. Ianya bergantung dari segi rekaan bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap. Oleh kerana pergerakan angin sentiasa berubah-ubah, seelok-eloknya tingkap perlu ditempatkan disemua bahagian dinding bangunan. Perletakan tingkap mestilah tepat pada kedudukannya. Ianya bagi memastikan pergerakkan udara di dalam bangunan tidak terhenti.

Pengudaraan melalui dinding bergantung kepada bukaan pada dinding seperti ram tetap, bata berongga, dan unjuran dinding. Kesemua bukaan tersebut membolehkan angin masuk ke dalam ruang melalui kesan tekan angin.

Pengudaraan melalui bumbung pula bergantung kepada bukaan pada bumbung untuk membolehkan angin masuk ke dalam ruang bangunan.

c) Kedua-duanya Keadaan ini berlaku apabila angin bertiup kuat kea rah pembukaan stack. manakala bukaan udara keluar adalah pada satu corong yang dipanaskan bagi tujuan mewujudkan perbezaan suhu di dalam bangunan. Udara panas akan naik ke atas iaitu kea rah siling atau bumbung manakala ruang bawah akan digantikan dengan udara sejuk. Udara di dalam bangunan akan diganti dengan udara bersih dari luar bangunan pada aras bawah ruang. kualiti dan kawalan pergerakan udara melalui sistem secara semulajadi. ketinggian ruang. Di samping itu. Bukaan masuk udara diletakan pada aras yang rendah. Ini akan menyebabkan udara di dalam ruang bangunan disedut keluar. Pengudaraan kesan stack boleh dijadikan sebagai salah satu cara pengudaraan yang baik dengan mengambilkira bukaan masuk udara. Pengudaraan Mekanikal Pengudaraan jenis ini menggunakan bantuan pekakasan-pekakasan mekanikal kerana sukar mendapatkan kuantiti. .b) Kesan Stack Kesan stack berlaku apabila terjadi perbezaan udara di dalam dan di luar bangunan. saiz dan kedudukan sesuatu bukaan masuk udara. ii. Kadar pergerakkan udara bergantung kepada perbezaan suhu. haba yang berlebihan serta segala kekotaran di dalam udara di dalam bangunan dan digantikan dengan udara baru ke dalam bangunan secara efisien. Dengan bantuan pekakasanpekakasan mekanikal ianya dapat mengendali dan mengawal persekitaran dalaman bangunan dan dapat menentukan udara yang cukup bagi setiap ruang-ruang di dalam bangunan.

Proses kemasukkan udara ke dalam ruang-ruang ke dalam bangunan dan pengeluaran udara dari ruang-ruang dalam bangunan secara mekanikal. dan ruang tempat letak kereta di tingkat bawah bangunan (basement). Ianya merupakan satu sistem gabungan di antara sistem bekal dan sistem keluar. . dan sebagainya. manakala udara dari luar memasuki ruangruang dalam bangunan secara semulajadi melalui pembukaan yang ada. Dengan kata lain. tekanan udara boleh dikawal bergantung kepada kehendak sesuatu kegunaan bangunan itu sendiri. tandas. a) Sistem Bekal Udara disedut masuk ke dalam ruang-ruang dalam bangunan secara mekanikal dan udara di dalam bangunan dikeluarkan secara semulajadi. Udara yang terperangkap akan keluar melalui sebarang pembukaan yang ada. kilang dan sebagainya. sistem ini digunakan untuk mengawal asap sewaktu kebakaran. b) Sistem Keluar Dalam sistem ini udara dari dalam ruang-ruang dalam bangunan akan dikelurkan secara mekanikal. Pengawalan udara boleh dilakukan samaada pada proses kemasukkan udara ataupun semasa proses pengeluaran udara berlaku. Pada amnya. Udara di dalam bangunan akan digantikan bagi menyamankan keadaan lembap seperti di bilik air.Jenis – Jenis Pengudaraan Mekanikal. Udara yang terperangkap di dalam ruang-ruang dalam bangunan akan dipaksa keluar apabila tekanan udara yang wujud akibat kemasukkan udara secara mekanikal. mengeluarkan bau dari tempat memasak. Contoh sistem ini digunapakai adalah seperti di kawasan tempat letak kereta di bawah bangunan (basement). c) Sistem Seimbang (Gabungan Sistem Bekal dan Sistem Keluar.

Jenis Bangunan Fungsi Ruang iii.FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMILIHAN SISTEM PENGUDARAAN :i. ii. Iklim / Cuaca v. Lokasi Bangunan iv. . Peralatan Pemasangan Yang digunakan. Mutu Pengudaraan vi.

Pembahagian sistem dengan cara lain adalah mengikut ciri-ciri sampingan yang tersendiri. Kelembapan dikawal dengan proses ‘humidification’ dan ‘dehumidication’. . penggantian udara. Sistem penyaman udara yang aktif dan kerap digunakan terbahagi kepada dua. iaitu: a) b) Sistem Unit Sistem Loji Pembahagian sistem di atas berdasarkan tatasusunan. Ini termasuklah sistem-sistem kecil dan juga sistem-sistem yang besar. Untuk mencapai fungsi-fungsi di atas.PENYAMAN UDARA Penyaman Udara merupakan sejenis peralatan mekanikal yang digunakan sebagai alat perawatan udara bagi ruangan tertutup. bentuk kelengkapan dan komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem tersebut. Sistem ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan keupayaan. Perawatan dilakukan terhadap suhu. pemanasan dan penyejukkan diperlukan dalam pengawalan suhu. Keperluan kepada Sistem Penyaman Udara. penapis penyucian dan peresapan diperlukan. kelembapan. a) b) c) d) e) Keselesaan Prestasi Kerja Kesihatan Alatan Simbol Status Jenis Sistem Penyaman Udara Sistem penyaman udara kini terdapat banyak di pasaran. Untuk menjamin kebersihan udara pula. kebersihan udara dan pengagihan udara bagi mencapai keperluan-keperluan tertentu untuk ruang di mana ia berfungsi.

Sistem ini selalu digunakan untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak atau berasingan. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Sistem unit dapat dibahagikan kepada beberapa jenis: 1. . Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. Sistem penyaman udara unit pisah ( Split unit ) 3.5kW dengan keupayaan pengelolaan udara sebanyak 2832 liter/saat ke bawah berdasarkan keluasan lantai dalam lingkunan 5 m2 hingga 300 m2. Sistem penyaman udara unit tingkap ( Window unit ) 2. Kini terdapat sistem unit dengan keupayaan yang lebih besar direka bagi memenuhi keperluan pasaran semamsa. Sistem penyaman udara unit pisah berbilang ( Multi split unit ) Sistem Penyaman Udara Unit Tingkap Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyaman udara bagi sesebuah bilik. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik.SISTEM PENYAMAN UDARA UNIT Sistem unit digunakan untuk pendinginan kecil hingga ke pendinginan sederhana yang melibatkan beban pendinginan dalam lingkungan 105.

(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding. kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan. (iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan. (ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.ubah (kekal). (ii) Salur udara tidak diperlukan.Kebaikan sistem penyaman udara unit tingkap: (i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyaman udara yang mengawal suhu secara berasingan. (iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubah. . Keburukan sistem penyaman udara unit tingkap: (i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap. ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.

.

.

kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang dipasangkan setempat. (iii) Gantungan siling. Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah: (i) Lekapan dinding. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam dan unit luar. Unit luar pula terdiri daripada pemeluwap. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan di luar bilik .Penyaman Udara Unit Terpisah Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyaman udara yang berasingan unit penyejatan dan pemeluwapan. . pemaipan. (ii) Lekapan lantai.

.

.

Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubahubah mengikut kehendak pengguna. sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan konsep keselesaan. sunyi dan daya penyerapan haba yang baik. lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan.Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa ini kerana : (i) (ii) Pemasangannya lebih mudah dan cepat. Pemaipan unit luar dan unit dalam Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan. (iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi. Unit luar dan unit dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Sungguhpun harga sistem penyaman udara unit terpisah lebih tinggi daripada unit tingkap. hanya sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm. Untuk menyambungkannya. . (v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.

pemasangan unit terpisah masa yang agak panjang untuk menebuk dinding atau tingkap. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi kerja-kerja pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan dengan unit luar. .Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup untuk semasa kitarannya. memerlukan (purging) pada unit dalam untuk menyambungkannya Berbanding dengan unit tingkap.

Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut citarasa atau pengguna. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi tiga unit. . Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.Penyaman Udara Unit Terpisah Berbilang Penyaman udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu unit luar dan beberapa unit dalam. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada kediaman pejabat yang mempunyai bilik yang banyak. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya tinggi.

Unit Iuarnva pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan menyingkirkan haba dan dua atau tiga penyejat.dan penerima. injap solenoid.Kebaikan unit terpisah berbilang: (i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat. pemindah haba. Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut . seperti subakumulator. (ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap. pengatur tekanan rendah. (iii) Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Oleh itu. banyak alat tambah digunakan.

Compressor 4. Capillary Tiub . Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan ) 3. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat ) 2.Kompenen-Kompenan Asas Sistem Penyaman Udara 1.

Seal Type with Motor Inside .

.

EVAPORATOR FAN & BLOWER .

CAPILLIARY TUBE .

Di dalam sistem penyaman udara yang kecil sistem kapilari digunakan sebagai injap pengembangan dan di dalam sistem penyaman udara berpusat injap pengembangan termostatik digunakan. jumlah udara sejuk yang . Di samping itu. hotel. udara yang sejuk akan dihasilkan dengan senyap dan juga efisen. di semua bilik hanya akan ada salur udara dan tidak terdapat unit-unit individu dan juga bahagian-bahagian lain dalam sistem penyejukan di setiap bilik. Udara yang dingin akan melalui saluran untuk ke semua bilik. Melalui sistem ini. Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat digunakan apabila bangunan besar. lapangan terbang. Sistem ini berfungsi sama dengan sistem penyejukan yang biasa(sistem pendingin udara unit pisah dan unit tingkap). semua bahagian-bahagian ini adalah lebih besar dalam saiz dan mempunyai kapasiti yang lebih tinggi. Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat (Central Air Conditioning Plants System) memerlukan satu bilik loji yang besar yang akan menempatkan pemampat(compressor). pusat membeli belah dan sebangainya memerlukan sistem penghawa dingin di seluruh ruang bangunan. pemeluwap(condenser). Pemampat adalah jenis salingan terbuka dengan beberapa silinder dan disejukkan oleh air seperti enjin kereta. dewan dan ruang lain yang berhawa dingin. di mana bangunan-bangunan tersebut memerlukan beban penghawa dingin yang tinggi. Di sini sistem penghawa dingin unit pisah dan unit tingkap tidak sesuai digunakan untuk bangunan-bangunan besar yang mana ianya tidak ekonomi kerana dalam setiap pejabat dan bilik akan memerlukan satu penghawa dingin unit pisah jika ianya digunakan. Oleh itu.SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT LOJI (Central Air Conditioning Plants) Sistem Pemprosesan Penghawa Dingin Berpusat biasanya digunakan di hotelhotel. injap pengembangan termostatik(thermostatic expansion valve) dan penyejat(evaporator). hospital. Walau bagaimanapun. dan sebagainya. bangunan besar yang mempunyai aras/tingkat yang banyak. Pemampat dan pemeluwap yang digunakan adalah jenis kelompang dan tiub.

diperlukan di dalam bilik boleh dikawal dan bergantung kepada beban jumlah haba di dalam bilik tersebut. Sistem ini selalu digunakan untuk pendinginan yang melibatkan beban pendinginan 105. beberapa utiliti elektronik tambahan telah ditambah kepada sistem penyaman pusat ini. Sistem Logi Air Dingin Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk menempatkan alatan loji serta agihannya. Kerja mengintegrasi dan mengkoordinasi sistem penyaman udara dengan struktur dan ruang dalaman bangunan adalah sangat penting dibuat pada peringkat awal pembinaan untuk mengurangkan masalah semasa proses pembinaan. Sistem Loji Pengendalian Pusat 2.5kW dengan keupayaan pengelolaan udara 2832 liter/saat ke atas. Oleh itu hanya terdapat beberapa syarikat di dunia yang pakar dalam sistem ini. Sistem Penyaman udara berpusat adalah satu sistem aplikasi yang canggih dan penggunaannya memerlukan kepakaran yang khusus. . Ia dapat dibahagikan kepada dua sistem asas: 1. Dalam era moden ini. Lazimnya sistem ini dipasang semasa proses pembinaan sesebuah bangunan sedang dijalankan.

Selain itu. sistem ini memerlukan satu ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit pemeluwap atau menara pendinginan. Udara boleh diagihkan secara mendatar boleh dibuat melalui lubang menegak. Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengendalian pusat dipasang dalam satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang mengelolakan sebahagian besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. . Oleh sebab sistem ini menggunakan salur udara seluruhnya. ia selalu dikaitkan dengan sistem semua udara.Sistem Loji Pengendalian Pusat. Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan.

. Ruang loji sistem ini perlu berdekatan dengan ruang yang akan didinginkan.Masalah utama dalam penggunaan sistem ini ialah penghasilan bunyi bising dan getaran alatan. Masalh ini wujud terutama dari alat pemampat dan kipas penghembus yang diagihkan memlaui salur udara ke ruang yang didinginkan.

Sistem ini menggunakan media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk diagihkan ke berapa bilik unit pengelolaan udara. Perlakuan proses ini menyebabkan ia lebih dikenali sebagai sistem loji air dingin. b) Kitaran air mengalihkan haba dari unit pengelolaan udara ke lingkaran pemeluwap di loji pendinginan melalui media air. Ini bermakna sistem ini mempunyai empat pusingan berasingan bagi mengalihkan haba dari dalam ruang didinginkan ke udara luar bagunan iaitu: a) Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit pengelolaan udara melalui media udara. .Sistem Loji Air Dingin Ciri utama sistem logi air dingin ialah penggunaan air yang disejukan dari kitaran penyejukan untuk menyejukan udara dalam kitaran udara.

Contoh Water Colling Tower . d) Kitaran air mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke menara pendinginan melalui media air juga.c) Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran penyejat dalam alat pendinginan air diloji pendinginan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->