You are on page 1of 16

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

ANALISISKAN SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN YANG BERJAYA DALAM MENGURUS ORGANISASI AWAM 1.0 PENGENALAN Kepimpinan berlaku apabila seseorang pemimpin cuba untuk mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif atau matlamat yang tertentu. Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian organisasi. Kepimpinan mesti melibatkan pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Pengikut membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan pengikut. Para pemimpin juga mempunyai autoriti untuk memberikan arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan pengikutnya, manakala pengikut pula mengikut arahan daripada pemimpin mereka. Kepimpinan juga boleh dijelaskan sebagai kemahiran atau sifat semulajadi, sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau hubungan antara manusia (Andrews & Herschel, 1996). Ramai para sarjana menyatakan bahawa kepimpinan merupakan keupayaan pemimpin mempengaruhi orang bawahannya untuk melakukan sesuatu yang mereka sebenarnya tidak mahu melakukan. Pemimpin tidak dapat dipisahkan dari kelompok, akan tetapi boleh dipandang sebagai suatu posisi dengan potensi tinggi di lapangan. Dalam hal yang sama, Krech dan Crutchfield memandang bahawa dengan kebaikan dari kedudukannya yang khusus dalam kumpulan ia berperanan sebagai agen primer untuk penentuan struktur kumpulan, suasana kumpulan, tujuan kumpulan, ideologi kelompok, dan aktiviti kelompok. Terdapat pelbagai definisi berkaitan dengan kepimpinan di dalam organisasi.Melalui definisidefinisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan memerlukan kualiti yang tertentu dan peranan kepimpinan itu sendiri amat penting dalam menentukan kejayaan kumpulan yang

dipimpinnya. Kepimpinan juga merupakan aspek yang penting di dalam organisasi memandangkan 1
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

pemimpin bertanggungjawab menunjukkan arah yang perlu dilalui oleh pengikut atau orang bawahannya. 2.0 KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif bagi memastikan keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan ini juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, karisma dan sebagainya. Menurut Singh (2003), pengurus yang berjaya merupakan mereka yang secara konsisten menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berada pada ranking terbaik dalam penilaian prestasi mereka dari kedua-dua aspek kualitatif (seperti sikap terhadap pelanggan, keupayaan memimpin, dan sebagainya) dan kuantitatif (seperti sasaran jualan, audit dan sebagainya). Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja memerlukan motivasi daripada pemimpin atau pengurus mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Melalui Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House, telah mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan mempunyai motivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan atau mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan. Justeru, seseorang pemimpin menghadapi cabaran untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemenelemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi. Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja di dalam organisasi: 2

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership) Satu jenis pengajaran gaya pengurusan yang disifatkan oleh seorang pemimpin yang memberitahu kakitangan bawahan apa yang sepatutnya mereka lakukan dan bagaimana untuk melaksanakan tugastugas yang dijangkakan. Gaya arahan kepimpinan mungkin berguna untuk pengurus dalam perniagaan di mana kakitangan bawahan mereka mempunyai pekerjaan yang tidak dikhusus dan kerana itu mereka memerlukan bimbingan yang lebih banyak untuk mengelakkan ketidakpastian. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugasan serta menerangkan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan arahan mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan. Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership) Kepimpinan ini dikaitkan dengan cara-cara pengurusan yang menetapkan matlamat yang mencabar, membantu dalam latihan, menekankan peningkatan, dan menjangka tahap prestasi tertinggi. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, pemimpin juga melayan pekerja tanpa berdasarkan status sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja bermotivasi bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership) Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin member peluang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbangkan idea serta pandangan mereka. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi. Sebagai pekerja, mereka diberi kebebasan untuk mencadangkan pandangan dan pendapat mereka untuk membuat keputusan mengenai beberapa aspek tertentu, ia akan meningkatkan motivasi kepada 3
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

pekerja, dengan mengandaikan bahawa pihak pengurusan serius menimbangkan cadangan mereka. Ia sudah tentu mempunyai kesan yang sangat positif terhadap prestasi kerja berpasukan di samping menyumbang kepada persekitaran kerja yang baik, dan produktif. Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership) Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi dan juga menguji kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Hal ini dilakukan oleh pemimpin dengan menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut. Di dalam Teori Laluan Matlamat, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks. Sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan dan jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan. Gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang memerlukan kawalan. Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Akan tetapi, ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. 3.0 KEPIMPINAN BERKESAN

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Keperibadian pemimpin juga dikatakan dapat menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Umumnya, pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan dapat membantu organisasi menjadi cemerlang melalui aktiviti kepimpinannya. Pemimpin yang baik dan cemerlang adalah pemimpin yang mampu menyediakan halatuju organisasi dan mampu mempengaruhi perlakuan pengikutnya. Pemimpin juga mempunyai visi dan matlamat yang jelas, mampu menjangka masa depan, mampu mengatur organisasi dengan kreatif dan mampu untuk memberi arahan dengan jelas. Sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti Ramai individu yang boleh menjadi pentadbir tetapi tidak semua daripada mereka boleh menjadi pemimpin. Pemimpin yang berkaliber memerlukan ciri-ciri positif untuk dirinya diiktiraf sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang baik bukan lahir dengan sendirinya tetapi diperoleh melalui latihan berterusan, pengalaman mahupun ilmu. Memimpin sesebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi tersebut. Kepimpinan yang berkesan dikatakan mampu memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguhsungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman yang diberikan kepada pengikut akan dapat meningkatkan produktiviti dalam jangka masa yang pendek tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada pekerja untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Ciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah semangat yang tinggi. Seorang pemimpin haruslah mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya. Kejujuran dan integriti juga diperlukan oleh seorang pemimpin dimana mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan. Selain itu, dorongan kepimpinan juga penting bagi pemimpin. Mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin. Ciri-ciri kepimpinan lain adalah keyakinan diri yang tinggi terhadap keupayaan diri sendiri. Kepintaran seorang pemimpin juga diperlukan kerana pemimpin berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak bagi memimpin sesebuah organisasi. Antara lain, mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin., kreativiti yang membolehkan pemimpin berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna dan mempunyai inovasi yang tinggi serta fleksibiliti bagi memastikan pemimpin berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan pengikut dan keperluan situasi serta masa.

4.0 GAYA KEPIMPINAN Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Berikut merupakan lima jenis gaya kepimpinan: 4.1 Kepimpinan Demokratik .Gaya kepimpinan demokratik juga dikenali sebagai gaya penglibatan bersama. Menurut Blake & Mouton (1964), stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya Kepimpinan jenis ini mengalakkan pekerja untuk terlibat sama dalam proses membuat keputusan. Semua maklumat yang melibatkan pekerja akan disalurkan dan melibatkan mereka ketika membuat keputusan dan menangani sesuatu masalah secara bersama. Seorang pemimpin yang demokratik akan membantu pekerja menilai 6
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

prestasi masing-masing berdasarkan pelan pembangunan yang dibangunkan bersama. Pemimpin ini juga akan membenarkan pekerja membuat sasaran masing-masing. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Ianya juga mengalakkan semua pekerja untuk meningkat dan membangunkan kebolehan diri dan kerjaya masing-masing serta turut memberi peluang untuk kenaikan pangkat dan tanggungjawab yang lebih berat. Pengiktirafan dan galakkan juga diberikan mengikut pencapaian pekerja. Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin. Pemimpin demokratik juga lebih bertimbang rasa dan sentiasa memberi galakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dilakukan. Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Gaya kepimpinan demokratik memberi banyak faedah jika digunakan pada masa dan situasi berikut: i- Pengurus mahu semua pekerja tahu dan mendapat maklumat terhadap apa-apa perkara yang memberikan kesan kepada mereka. ii- Membenarkan pekerja berkongsi dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian. iii- Juga sesuai digunakan bagi memberi peluang kepada pekerja untuk membangun dan meningkatkan pembangunan personaliti dan kepuasan kerja. iv- Masalah yang besar dan komplek yang memerlukan banyak input untuk menyelesaikannya. v- Perubahan yang perlu atau penyelesaian masalah yang boleh memberi kesan kepada pekerja. vi- Bagi menggalakkan kerja berpasukan dan penglibatan bersama.

Manakala gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan apabila: 7


125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

i- Mempunyai masa terhad bagi mendapatkan input daripada semua orang. ii- Jika pengurus mendapati dengan melakukannya sendiri lebih mudah dan efektif. iii- Jika kesilapan tidak dapat diterima atau diberi kelonggaran. iv- Apabila pengurus merasa terancam jika menggunakan gaya kepimpinan ini. v- Apabila melibatkan keselamatan pekerja. Oleh itu, kepimpinan demokratik perlu digunakan pada masa yang sesuai supaya aktiviti kepimpinan menjadi lebih berkesan. Kepimpinan demokratik membawa kepada banyak kebaikan tetapi jika disalahgunakan ia akan membawa kepada masalah yang berat. Pemimpin yang mempunyai keperibadian yang bersifat demokratik ini lebih digemari oleh pekerja kerana sikap mereka yang banyak bertolak ansur dan sentiasa membantu pekerja mereka. Oleh yang demikian setiap pemimpin seharusnya mempunyai sedikit sebanyak karakter yang baik yang boleh diikuti di dalam kepimpinan demokratik ini. 4.2 Kepimpinan Autokratik Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada pekerja lain ataupun tiada langsung. Proses membuat keputusan juga tidak kreatif. Pemimpin menetapkan kesemua polisi dalam organisasi. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan daripada pekerja dalam sesuatu perkara. Pemimpin autokrasi lebih cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan, mengkritik apabila dirasakan dan mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima kesan akibat daripada keputusan 8
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

yang dibuat sama ada baik atau buruk. Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin dengan perasaan pengikut. Oleh itu mereka selalunya tidak digemari dan pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear). Adolf Hitler merupakan satu contoh pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Kepimpinan beliau secara perlahan-lahan telah menghakis kebebasan awam. Walaupun pengaruh Hitler diakui sangat kuat dan berjaya untuk jangka masa pendek, namun untuk jangka masa panjang Hitler gagal mencapai matlamatnya. Malah Hitler juga turut dikenang sebagai antara pemimpin yang paling kejam dalam sejarah kepimpinan dunia. Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila sesuatu keadaan sedang meruncing dan memerlukan keputusan yang cepat dan jelas. Di dalam organisasi, pemimpin autokratik diperlukan apabila keputusan ingin dicapai dengan segera ataupun pada saat yang genting. Walaupun kebanyakan pekerja kurang selesa dengan pemimpin seperti ini, namun mereka diperlukan untuk memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, pekerja terpaksa mengikut arahan yang diberikan walaupun mereka tidak suka untuk melakukan perkara tersebut berbanding dengan kepimpinan demokrasi yang lebih banyak bertolak ansur dan keputusan diambil dengan tempoh masa yang lebih lama. 4.3 Kepimpinan Laissez Faire (kebebasan) Pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan. Mereka tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan ini mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Walaubagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya dan kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin seperti lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok menentukan 9
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima pelanggan Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sangat sedikit. Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedemikian memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya . Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire adalah: i. Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa penjelasan daripada pemimpin. ii. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan. iii. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas. iv. Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi. v. Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya. Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana perkembangan pesat sedang berlaku pada masa kini apabila kualiti, keberkesanan, inovasi dan teknologi sangat diberi perhatian. Gaya kepimpinan ini mungkin berkesan sekiranya setiap ahli atau pekerja bawahan yang matang yang mempunyai kepakaran dan bermotivasi tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaubagaimanapun, dalam kes-kes yang melibatkan ahli yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti sebagai kurang baik dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja. Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin. Motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire juga berada di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli, perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah kepimpinan laissez faire. 4.4 Kepimpinan Transformasional

10

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Pemimpin transformasional adalah pemimpin yang cuba untuk mengenal pasti keperluan pengikut dan cuba meningkatkan keperluan itu ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama cuba memenuhi keperluan potensi kakitangan. Penglibatan keseluruhan seperti emosi, intelek dan moral diantara pemimpin dan pengikut akan menggalakan pengikut membentuk keupayaan diri mereka. Bentuk kepimpinan ini mengikat pemimpin dan pengikut dalam satu proses perubahan yang akan mempengaruhi keseluruhan prestasi organisasi dan sekaligus menghasilkan persekitaran yang produktif dan inovatif. Kepimpinan transformasional bertindak sebagai pemangkin perubahan dan bukan berubah untuk bertindak balas sahaja. Pemimpin seperti ini selalunya mengamalkan tingkah laku yang menggalakan kakitangannya supaya bertindak dengan lebih yakin terhadap kemampuaan diri tanpa seliaan atau arahan dan pemimpin mampu mempengaruhi pekerja secara luar biasa. Pemimpin transformasional cuba memotivasikan kakitangannya untuk melipatgandakan usaha mereka berbanding prestasi biasa. Prestasi biasa kakitangan diperolehi berdasarkan keyakinan biasa mereka untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Peningkatan atau penambahan usaha ini boleh dicapai dengan adanya usaha pemimpin untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kakitangan terhadap kepentingan dan nilai matlamat organisasi. Pemimpin juga perlu menjelaskan cara untuk mecapai matlamat dan meningkatkan kesedaran diri tentang pentingnya organisasi. Peningkatan terhadap kesedaran tentang pentingnya prestasi organisasi terhadap pekerja adalah perlu bagi memastikan pekerja sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pemimpin akan sentiasa memberikan dorongan yang tinggi kepada pengikutnya supaya mereka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan situasi semasa. Terdapat ada tiga cara seorang pemimpin transformasional memotivasi pekerja, iaitu dengan cara mendorong pekerja untuk lebih menyedari erti penting hasil usaha dan mendorong pekerja untuk mendahulukan kepentingan kelompok di samping meningkatkan keperluan pekerja yang lebih tinggi seperti harga diri dan aktualisasi diri. Ciri-ciri pemimpin transformasi seperti berikut:11
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

i. Karisma - Menyediakan wawasan dan misi, meningkatkan maruah, hormat dan kepercayaan. ii. Semangat - Meletak dan menyebarkan matlamat yang mencabar yang ingin dicapai secara bersama. iii. Menggerakkan intelek - Menggalakkan kecerdasan, rationaliti, dan pragmatik. iv.Memberi perhatian - Memberikan perhatian yang menyeluruh secara personal, bimbingan dan nasihat. Kepimpinan transformasi dianggap sebagai kepimpinan yang paling berkesan pada masa kini kerana ia dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk melaksanakan tugasan yang diberikan kepada mereka. Sifat-sifat yang ada pada pemimpin transformasi memberi inspirasi kepada pekerja dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja mereka. Pekerja juga tidak merasa ragu-ragu mengenai kepimpinan yang diberikan kerana mereka telah diberikan penerangan yang jelas oleh pemimpin berkenaan. Pekerja juga akan lebih berinovasi dan sentiasa melontarkan idea-idea mereka untuk membuat penyelesaian bersama dalam mempertingkatkan prestasi organisasi. Pemimpin ini selalunya akan disegani oleh pengikutnya kerana karekteristik yang dibawa oleh mereka dapat menarik perhatian orang disekelilingnya tidak kira sama ada pemimpin tersebut lelaki mahupun wanita. Oleh itu, pada masa kini ramai pemimpin yang cuba untuk mengaplikasikan jenis kepimpinan ini supaya organisasi mereka dapat dikembangkan daripada segala aspek.

4.5 Kepimpinan Transaksional Ciri-ciri kepemimpinan transaksional terdiri atas dua aspek, iaitu ganjaran kontingen, dan pengurusan eksepsi. Kepimpinan transaksional adalah gaya kepimpinan yang sering digunakan oleh banyak organisasi. Kepimpinan ini percaya bahawa hukuman dan ganjaran dapat memotivasikan pekerja. 12
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Kepimpinan ini juga menganggap bahawa apabila pekerja atau orang bawahan bersetuju untuk melakukan tugasan tertentu, maka mereka memberi kuasa kepada ketua mereka. Pemimpin mengawal dan mempunyai kuasa ke atas orang bawahan dan pekerja mereka. Matlamat utama pekerja ialah untuk mematuhi perintah pengurus mereka. Dalam kepimpinan transaksional juga pemimpin mempunyai hak untuk menghukum pekerja bawahan jika prestasi mereka tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan. Di dalam kepimpinan ini, dua aspek utama yang diberi penekanan adalah hukuman dan ganjaran. Pendapat ini di sokong oleh Darussalam Abu Bakar (2007) yang menyatakan Dalam kepimpinan transaksi, hadiah dan hukuman adalah di antara sumber motivasi manusia. Sesetengah pemimpin suka memberikan ganjaran. Sekiranya mereka mendapati pekerja mereka melakukan tugasan dengan baik atau menunjukkan prestasi yang cemerlang, maka pekerja tersebut akan diberi ganjaran yang setimpal. Selalunya ganjaran akan diberikan dalam bentuk wang, hadiah, bonus gaji dan sebagainya. Sebaliknya, jika pekerja menunjukkan prestasi yang kurang baik maka mereka akan diberikan hukuman yang setimpal. Pemimpin percaya bahawa hukuman dan ganjaran dapat memotivasikan pekerja untuk melaksanakan tugasan yang diberikan kepada mereka.

5.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya mengambil tindakan berikut iaitu memastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuan mengimbangi kepentingan matlamat organisasi dan keberkesanan perhubungan dengan orang bawahan. Tingkah laku yang 13
125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

diamalkan itu hendaklah bersesuaian dengan situasi. Pemimpin seharusnya mengembangkan dan mengamalkan kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran membangun kumpulan yang efektif, kemahiran penggambaran (delegating), kemahiran asertive, kemahiran merangsang orang bawahan dan sebagainya. Sesebuah organisasi yang bagus memerlukan seorang pemimpin yang dapat mempengaruhi ahli-ahli dalam organisasi tersebut kearah mencapai tujuan dan matlamat. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh di mana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan. Kepemimpinan mempunyai kaitan yang erat dengan motivasi. Hal tersebut dapat dilihat dari keberhasilan seorang pemimpin dalam menggerakkan orang lain dalam mencapai tujuan yang telah ditetapkan sangat tergantung kepada kewibawaan, dan juga pimpinan itu dalam menciptakan motivasi dalam diri setiap orang bawahan, mahupun keatas pimpinan itu sendiri. Melalui perbincangan mengenai gaya kepimpinan pemimpin, di dapati bahawa tiada satu kepimpinan yang spesifik yang dapat diamalkan oleh seseorang pemimpin untuk menjadikan kepemimpinannya berkesan. Hal ini adalah kerana, jenis kepimpinan adalah bergantung kepada situasi semasa dan situasi pengikut. Oleh itu, Semua jenis kepimpinan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pemimpin perlu bijak menyesuaikan jenis kepimpinan mereka dengan keadaan sekeliling. Kemahiran dan kualiti kepimpinan juga adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya. Oleh itu pemimpin seharusnya menunjukkan karekteristik yang baik dan bersesuaian supaya pengikut mudah untuk menerima perkara yang disampaikan oleh pemimpin dan yakin dengan kepimpinan mereka. Pemimpin harus memberikan petanda bahawa beliau adalah orang yang dapat dipercayai (Larson, 2004).

14

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

RUJUKAN Andrew, P. H., & Herschel, R. T. (1996). Organizational communication: Empowerment in a technological society. Boston, MA: Houghton Mifflin Benkhoff, Birgit, 1997, Ignoring Commitment is Costly: New Approaches Establish The Missing Link Between Commitment and Performance, Journal of Human Resources, Vol 50. No. 6

15

125368

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Blake, R.; Mouton, J. (1964). The Managerial Grid: The Key to Leadership Excellence. Houston: Gulf Publishing Co., The University of Michigan. Darussalam Abu Bakar (2007). Komunikasi kepimpinan: Menangani cabaran global. Petaling Jaya: Prentice Hall. Krech,D.;Crutchfield,R (1974). Elements of psychology, Knopf Larson C. U. (2004). Persuasion: Reception and responsibility. Canada: Thompson Learning. Singh, K. (2003). Women managers. Journal of Management Research, 3(1), 31-43. Nurhelmi Ikhsan (2008, Mei 03). Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Demokratik Dan Kepimpinan Mei 07,2012, Laissez-Faire dan Kesannya Terhadap Pengurusan Organisasi. Capaian pada daripada http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?

option=com_docman&task=doc_view&gid=131&Itemid=54 Dian Wahyu Utami (2009, Disember 25). Gaya Kepemimpinan dalam Organisasi. Capaian pada Mei 05,2012, daripada http://dbrainstorms97.blogspot.com/2009/12/gaya-

kepemimpinan-dalam-organisasi.html

16

125368

You might also like