You are on page 1of 6

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PORTFOLIO (PORTFOLIO ASSESSMENT )

Definisi Portfolio Portfolio ialah satu koleksi dokumen pencapaian dan langkah-langkah yang diambil dan dilakukan untuk melengkapkannya. Koleksi ini merupakan satu usaha kerjasama dalam kalangan guru dan pelajar untuk menentukan tujuan, kandungan dan kriteria penilaian ke atas portfolio. Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada koleksi pelajar sepanjang tahun. Ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menunjukkan pencapaian akhir dan cara menunjukkan apa yang pelajar benar-benar boleh lakukan. Portfolio bilik darjah menunjukkan pencapaian seorang pelajar iaitu dari segi kerja bertulis, kerja seni, projek sains, pemikiran sejarah, atau matematik. Kerja pelajar disusun mengikut kerja-kerja dalam proses seperti draf awal, peringkat percubaan, kajian rintis, atau laluan awal. Ini adalah cara yang ideal untuk menilai penguasaan akhir, usaha; refleksi dan pertumbuhan dalam pembelajaran yang memberitahu pencapaian pelajar. Idea penilaian portfolio bilik darjah telah mendapat sokongan. Banyak sekolah menggunakan portfolio dan lain-lain jenis pameran untuk membantu memotivasikan usaha dan pencapaian persembahan dan perkembangan pelajar dalam pembelajaran. Walaupun kebolehpercayaan dan kesahihan penghakiman seseorang guru bilik darjah tidak selalunya tepat atau relevan, tetapi guru berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan memerhatikan kerja mereka serta mengesahkan penghakiman mengenai keupayaan mereka.

Rasional Portfolio Tujuan utama portfolio adalah sebagai bukti yang membolehkan para guru, ibu bapa dan pelajar menunjukkan pelbagai karya yang pelajar tahu dan boleh buat daripada pelbagai ujian yang dilakukan dan dibuat pelh para pelajar. Selain itu, portfolio juga menunjukkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan menyelesaikan masalah, menggunakan strategi dan kemahiran yang berbentuk prosedur dan membina pengetahuan dalam proses-proses menyiapkan tugasan mereka. Di samping itu, ia juga menunjukkan kesungguhan, usaha belajar, kesediaan untuk berubah, kemahiran dalam memantau pembelajaran mereka sendiri,
[1]

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

dan keupayaan untuk menjadi lebih baik selain sebagai maklumat kepada guru mengenai pencapaian seseorang pelajar. Portfolio juga adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan guru-guru lain tentang tahap pencapaian seorang pelajar. Gred kad laporan hanya menunjukkan markah, tetapi portfolio memberikan nilai tambahan gred untuk ditunjukkan kepada ibu bapa, guru, dan pelajar selain terdapat bukti-bukti yang menyokong setiap kemajuan pelajar. Portfolio bukan alternatif kepada ujian kertas dan pensil, ujian esei, atau ujian prestasi. Sekiranya kita mahu menilai asas pengetahuan fakta belajar, ujian jenis objektif yang sesuai. Jika kita berminat dalam penilaian gambaran bagaimana seorang pelajar menggunakan strategi kognitif, terdapat cara yang tidak melibatkan kerja-kerja yang diperlukan untuk penilaian portfolio. Tetapi, jika kita menilai kedua-dua pencapaian dan pertumbuhan dalam konteks yang tulen, portfolio adalah satu alat yang perlu anda pertimbangkan. Akhirnya, portfolio adalah satu cara untuk memotivasikan pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Ianya sangat berkait antara pengajaran di bilik darjah dan penilaian dalam cara yang konsisten dengan teori kognitif moden pengajaran dan pembelajaran.

Memastikan Kesahan Portfolio Salah satu matlamat portfolio adalah untuk menilai sejauh mana pelajar boleh berkomunikasi. Walau bagaimanapun, kita hanya mengumpul sampel formal bertulis. Namun, dalam kriteria penilaian pelajar, kita terlalu memberi penekanan kepada penyelesaian terakhir. Ini adalah sebahagian daripada perangkap yang boleh menjejaskan kesahihan portfolio. Secara amnya, terdapat tiga cabaran kepada kesahihan portfolio yang kita perlukan iaitu kerepresentatifan, rubrik dan relevan. 1) Representatif Representatif adalah cara terbaik untuk menjelaskan kemahiran pembelajaran kognitif yang mahu dinilai.

2) Rubrik Rubrik adalah pertimbangan yang sama untuk mereka bentuk kriteria yang jelas untuk menilai prestasi kompleks atau demonstrasi juga digunakan untuk menilai portfolio.
[2]

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

3) Relevan Dalam penyediakan portfolio, kita tidak seharusnya menilai kebolehan pelajar secara luaran sahaja tetapi secara menyeluruh.

Langkah Penyediaan Portfolio Langkah 1: Menentukan tujuan portfolio. Portfolio adalah satu cara untuk meningkatkan kesahihan penilaian pelajar iaitu: Kemajuan pelajar secara keseluruhan Menyampaikan apa yang telah dipelajari kepada ibu bapa Memindahkan maklumat kepada guru-guru Menilai sejauh mana sesuatu yang telah diajar Menunjukkan apa yang telah dicapai Memberikan gred kursus

Langkah 2: Mengenal pasti kemahiran kognitif dan tabiat. Ia boleh mengukur pertumbuhan dan pembangunan kecekapan dalam bidang-bidang seperti pembinaan pengetahuan, strategi kognitif, kemahiran prosedur dan metakognisi.

Langkah 3: Menentukan siapakah yang akan merancang portfolio. Menentukan perancangan portfolio adalah untuk kegunaan semua pihak iaitu para guru, pelajar dan ibu bapa mereka. Ia melibatkan penglibatan ibu bapa dengan memberi penjelasan penilaian portfolio dan juga meminta agar ibu bapa dan pelajar membincangkan matlamat dan kandungan portfolio tersebut.

[3]

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Langkah 4: Menentukan produk yang dimasukkan ke dalam portfolio dan berapa banyak sampel bagi setiap produk. Cara terbaik dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mengukur apa yang telah anda ajar adalah untuk mengkategorikan produk yang sesuai dengan tujuan pengajaran anda dan hasil kognitif yang boleh dicapai serta membenarkan pelajar dan ibu bapa untuk memilih sampel bagi setiap kategori.

Langkah 5: Membangunkan atau membina rubrik portfolio. Langkah ini adalah untuk memutuskan persembahan portfolio yang manakah dalam kategori yang baik, sederhana dan lemah. Untuk hasil pembelajaran kognitif dalam setiap kategori kandungan portfolio, senaraikan sifat asas atau perwatakan yang difikirkan penting. Kemudian bina kadar skala untuk menerangkan kadar prestasi pelajar yang berlaku untuk setiap sifat

Langkah 6: Membangunkan porfolio mengikut prosedur. Untuk setiap kategori yang dimasukkan dalam portfolio, pelajar akan menerima skor untuk setiap draf dan hasil terakhir. Guru akan memutuskan bagaimana untuk agregat skor ini ke dalam skor akhir atau gred bagi setiap kandungan portfolio secara keseluruhan.

[4]

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Langkah 7: Menentukan logistik. Tempoh masa di mana para pelajar dan ibu bapa mereka perlu tahu tarikh sebenar bagi setiap penilaian. Ini akan memperkukuhkan lagi minda pelajar anda dan memberi satu definisi tentang hubungan antara pengajaran anda dan apa yang perlukan dalam sesuatu portfolio. Antara yang diambil kira ialah: Menentukan bagaimana, bila dan di mana anda mahu pelajar anda untuk menghasilkan produk mereka sama ada dibuat pada awal kelas atau di akhir kelas iaitu di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tempat untuk penyimpanan semua hasil kerja (portfolio) pelajar juga perlu diambil kira sama ada untuk menyimpannya di dalam almari berkunci ataupun tidak atau disimpan oleh para pelajar itu sendiri. Menentukan di mana sesuatu produk akhir itu akan disimpan sama ada untuk disimpan oleh para pelajar itu sendiri mahupun disimpan oleh guru-guru di sekolah. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan kemudahan untuk mencari apabila diperlukan kelak. Menentukan siapakah yang mempunyai akses untuk melihat kepada portfolio yang dilaksanakan itu sama ada pelajar-pelajar itu sendiri, pelajar-pelajar lain, ibubapa, guru-guru atau pentadbir semasa. Merancang satu perjumpaan akhir dengan para pelajar sama ada secara individu atau juga bersama-sama dengan ibubapa masing-masing. Ia bertujuan untuk

membincangkan tentang portfolio

berkenaan dan memberi komen tentang

pembangunan dan pencapaian akhir pelajar. Elemen-elemen ini penting dalam proses pembangunan portfolio itu sendiri. Kesimpulannya, pelbagai perkara perlu diambil kira dalam memastikan proses pembangunan portfolio ini berjalan dengan sempurna dan terancang.

[5]

SGDE 4013

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

[6]

You might also like