Kaedah Soal Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya

Tujuan utama KSJ ialah:
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Kelebihan KSJ
Kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil pelajaran/ aras yang dicapai oleh seseorang guru.

Kita akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar kita dengan sebaiknya.

Kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap guru :
Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea. Sebaran ke seluruh kelas.

Melayan semua jawapan pelajar dengan baik

Memberi petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar.

Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.

Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful