You are on page 1of 30

JENIS KURSUS : MANKAYU 111 BHG 11

Unit : Semua Unit ( PKK, PM , PR)

SESSI : 1

1. TAJUK : DEWASA DALAM PENGAKAP

2. MASA : 60 MINIT

3. OBJEKTIF ;

Selepas sessi ni para pesetra kursus akan dapat


3.1. mengetahui dasar polisi sumber dewasa dunia dan konsep dewasa dalam
kepengakapan.
3.2. mengetahui penggunaan manusia dan kebendaan dalam proses
pengembangan ahli dewasa.
3.3. memahami ujudnya peningkatan kendiri dalam jawatan dan pengiktirafan
tugas-tugas yang pelbagai.
3.4. Melaksanakan tugas sebagai pemimpin .
3.5. alam membantu muda remaja dalam kepengakapan.

4. KAEDAH PENYAMPAIAN:

4.1. Ceramah
4.2. Perbincangan terbuka.

5.0 NILAI-NILAI MURNI

5.1. Dadikasi
5.2. Bekerjasama
5.3. Sukarela
5.4. Ikhlas

6.0. BAHAN-BAHAN / PERALATAN

6.1 . Gambar
6.2 . Model Kejayaan Pemimpin
6.3 . Power Point
6.4 . Contoh pengiktirafan.

6. PENYAMPAIAN PENGAJARAN :

Lanngkah 1 : melatih pemimpin berkomunikasi yang efektif.


Langkah 2 : mengadakan model inspirasi dan galakan.

Langkah 3. memberi sokongan ,kaunseling dan nasihat.


Langkah 5 memudahkan penyediaan program dan aktiviti.

Langkah 6. memberi petunjuk –petunjuk mendapatkan dana.

Langkah 7. menggalakan lebih inovatif ,kreatif dalam menguruskan program yang


Dirancang.
Unit - Pengakap Remaja ( PR ).

Sesi - 2.

1. Tajuk - Perkhidmatan Kepengakapan 1


- Kebombaan.
- Alat Pemadam Api.
- Khidmat Masyarakat.

2. Masa - 60 minit.

3. Objektif - Diakhir kursus peserta-peserta akan dapat:

3.1- Mengetahui fungsi dan tugas ahli bomba.


3.2- Mengetahui cara menggunakan alat pemadam
api.
3.3- Mengetahui teknik asas mencegah dan memadam
kebakaran.
3.4- Tahu bagimana menggunakan kemudahan awam
bagi membantu mangsa kebakaran – telepon,
rumah sakit dan orang awam.
3.5- Memberikan bantuan kecemasan sementara.

4. Kaedah - 4.1- Ceramah.


4.2- Demonstrasi.
4.3- Tayangan Slide / LCD.
4.4- Gambar.

5. Nilai murni - 5.1- Menghayati.


5.2- Menghargai.
5.3- Disiplin.
5.4- Komunikasi.

6. Bahan / alat - 6.1- Alat pemadam api.


6.2- Bahan edaran.

7. Penyampaian / Pengajaran.

7.1- Langkah 1 - Taklimat mengenai bidang tugas kebombaan.


- peranan.
- fungsi.
- peralatan.
- kemudahan bantuan kecemasan.

7.2- Langkah 2 - Penerangan mengenai api dan jenisnya.


- keperluan.
- kegunaan.
- penggunaan.

7.3- Langkah 3 - Kebakaran.


- Punca kebakaran.
- kesan kebakaran.

7.4- Langkah 4 - Memadam kebakaran.


- teknik dan cara.
- pengawalan.
- langkah keselamatan.
- langkah kecemasan.

7.5- Langkah 5 - Bentuk perkhidmatan / bantuan.

- menghubungi pihak bomba.


- Polis.
- Keselamatan awam.
- Kecemasan.

7.6 – Langkah 6 - Penilaian.

8. Lampiran - Alat pemadam api.


N0 telefon :
- bomba.
- polis.
- ambulan.
- rumah sakit.
- keluarga mangsa kebakaran.

Carta / gambar kebombaan.


Unit - Pengakap Remaja ( PR ).

Sesi - 3.

1. Tajuk - PERKHIDMATAN KEPENGAKAPAN 2.


- Pertolongan Cemas.

2. Masa - 60 minit.

3. Objektif - Diakhir kursus peserta-peserta akan dapat:

3.1- Memahami fungsi pertolongan cemas.


3.2- Memberikan bantuan awal kecemasan.
3.3- Mengetahui jenis kecederaan ringan dan
tindakan kecemasan yang perlu dilakukan
segera.
3.4- Mengetahui jenis-jenis kecederaan dan sebab
berlakunya kecederaan:
- pitam.
- Pengsan terkejut.
- Patukan ular / binatang buas.
- Terbakar.
- Lemas.
- Sakit.
- Kecederaan ringan disebabkan benda
tajam seperti pisau, paku, kaca dll.

4. Kaedah - 4.1- Ceramah / taklimat / kursus.


4.2- Latihan amali.
4.3- Demonstrasi.
4.4- Bengkel / perbincangan.

5. Nilai Murni - 5.1- Memahami perasaan.


5.2- Kasih sayang.
5.3- Betanggungjawab.
5.4- Berdisiplin.
5.5- Mengikut peraturan.

6. Bahan / alat bantu 6.1- Peti pertolongan cemas.


6.2- Kain anduh.
7. Pengajaran / Penyampaian.
7.1- Langkah 1 - Memahami konsep dan fungsi pertolongan
cemas.
- keperluan.
- Kepentingan.
- Perkhidmatan.

7.2- Lagkah 2 - Mengetahui langkah-langkah awal keselamatan


yang perlu dilakukan.
- rawatan sementara.
- Khidmat nasihat.

7.3- Langkah 3 - Mengetahui jenis kecederaan ringan dan


tindakan keselamatan.
- bantuan polis.
- Ambulan.
- Hospital / kelinik terdekat.

7.4- Langkah 4 - Memahami punca berlakunya kecemasan dan


bentuk bantuan yang harus diberikan:
- pitam.
- Pengsan.
- Kejutan.
- Sakit perut dll.

7.5- Langkah 5 - Bagaimana memberikan bantuan kecemasan


kepada mangsa:
- dipatuk ular.
- Binatang berbisa.
- Keracunan makanan.

7.6- Langkah 6 - Langkah keselamatan dan pertolongan cemas


bagi mangsa:
- terbakar.
- Lemas.

8. Lampiran - Buku rujukan pertolongan cemas.


Peti ubat.
Maklumat kecemasan.
Unit - Pengakap Remaja ( PR ).

Sesi - 6.

1. Tajuk - KEMAHIRAN EKSPEDISI.

2. Masa - 90 minit.

3. Objektif - Diakhir kursus peserta-peserta akan dapat:

3.1- Memahami jenis-jenis ekspedisi pengakap


Remaja.
3.2- Memahami keperluan peralatan ekspedisi.
3.3- Tahu bagaimana menyusun haversack.
3.4- Mengetahui dan tahu bagaimana menyediakan
Arahan dan tugasan dalam ekspedisi.
3.5- Menyediakan log ekspedisi.

4. Kaedah - 4.1- Taklimat.


4.2- Arahan dan tugasan.
4.3- Amali.

5. Nilai Murni - 5.1- Disiplin.


5.2- Teamwork.
5.3- Mengikut arahan.
5.4- Ketepatan masa.
5.5- Tugasan kerja.

6. Bahan / alat bantu 6.1- peta.


6.2- kompas.
6.3- buku log.
6.4- peti pertolongan cemas.
6.5- No telefon peribadi dan keluarga.
6.6- Tongkat pengakap.

7. Penyampaian / Pengajaran:

7.1- Langkah 1 - Memberikan penerangan mengenai aktiviti


Pengembaraan dan jenis-jenis ekspedisi.

- lokasi.
- Persediaan.
- Buku Log.
- Maklumat yang dperlukan.
- Langkah keselamatan.

7.2- Langkah 2 - Membuat persediaan keperluan dan peralatan


Ekspedisi:

- peta.
- Kompas.
- Peti pertolongan cemas.
- Harver sack.
- Keperluan makanan.
- Keperluan peralatan yang dperlukan.
.
7.3- Langkah 3 - Membuat demonstrasi menyusun pakaian dan
keperluan pengembaraan ke dalam harversack.

- teknik.
- Keperluan keutamaan.
- Penyusunan.

7.4- Langkah 4 - Memahami arahan dan tugasan ekspedisi.


- prosidur.
- keperluan diri dan patrol.
- tugasan yang dikehendaki.
- maklumat yang tepat.

7.5- Langkah 5 - Bagaimana menyediakan Buku Log.


- Laporan perjalanan.
- Tugasan.
- Arahan.
- Peta perjalanan.
- Tindakan.

7.6 – Lagkah 6 - Penilaian.

- Penyediaan laporan/ tugasan.


- Pembentangan.

8. Lampiran - Arahan dan tugasan.


Peta.
Bahan ekspedisi.
Buku Log.
Sampul surat.
Carta.
Unit: PR
Bilangan Sesi: 9

1. Tajuk Sesi: PERKHIDMATAN KEPENGAKAPAN: PERTOLONGAN


CEMAS (BERPENGKALAN)
i. Rawatan Anggota Patah I
ii. Rawatan Anggota Patah II
iii. Sistem Pemulihan Nafas-CPR
iv. Mengusung Pesakit Tercedera

2. Masa: 120 Minit (30 Minit Satu Pengkalan)

3. Objektif:
3.1- Kepentingan Pengetahuan Pertolongan Cemas dalam
pengurusan dan perlaksanaan aktiviti berpengakap.

3.2- Mutu Kemahiran Pertolongan Cemas dalam meningkatkan


kualiti perkhidmatan kepengakapan kepada masyarakat.

4. Kaedah: Sistem Berpengkalan (Syarahan / Demonstrasi, Teori & Amali)

Pengkalan i. - Rawatan Anggota Patah I


a. Patah Tulang Dagu
b. Patah Tulang Selangka (Sebelah)
c. Patah Tulang Selangka (Kedua-Dua Belah)
d. Patah Lengan Atas
e. Patah Lengan bawah

Pengkalan ii. - Rawatan Anggota Patah II


a. Patah Tulang Rusuk
b. Patah Tulang Paha
c. Patah Tulang Betis

Pengkalan iii. - Sistem Pemulihan Nafas-CPR


a. Pemeriksaan
b. Hembusan Dan Tekanan

Pengkalan iv. - Mengusung Pesakit Tercedera


a. Mendukung Di Belakang
b. Mendukung Di Bahu
c. Mengganding (Seorang & Dua Orang)
d. Berbuntut-Buntut
e. Duduk Di Atas 2, 3 Dan 4 Tangan

5. Nilai Murni: 5.1- Kerjasama dalam kumpulan


5.2- Bersedia menghadapi cabaran
5.3- Memupuk kayakinan diri

6. Alat Bantu: 6.1 Pengkalan i (Demonstrasi, Teori Dan Amali)


- Kain Pembalut Segi Tiga
- Kayu Tuap (Pelbagai Saiz)
- Gambarajah

6.2 Pengkalan ii ((Demonstrasi, Teori Dan Amali)


- Kain Pembalut Segi Tiga
- Kayu Tuap (Pelbagai Saiz)
- Gambarajah

6.3 Pengkalan iii (Demonstrasi, Teori & Amali)


- Dummy
- Gambarajah

6.4 Pengkalan iv (Demonstrasi, Teori & Amali)


- Gambarajah

7. Penyampaian / Pengajaran:

7.1- Langkah 1
Penerangan

7.2- Langkah 2
Demonstrasi

7.3- langkah 3
Amali

8. Lampiran 8.1- Nota


8.2- Gambarajah
UNIT : PKK / PM / PR

BILANGAN SESI : 11

1. TAJUK SESI : ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin PKK / PM / PR

4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;


1.1 Mengetahui sejarah anugerah pengakap Malaysia.
1.2 Mengenali jenis-jenis anugerah dan bintang pengakap Malaysia.
1.3 Memahami bahawa setiap pemimpin pengakap berpeluang mendapat
anugerah dan bintang pengakap.

5. KAEDAH

5.1 Syarahan
5.2 Perbincangan
5.3 Percambahan fikiran

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Menanam sikap bertanggungjawab.


6.2 Menghargai jasa pemimpin pengakap.
6.3 Mengiktiraf sumbangan dan jasa ahli pengakap

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin.


7.2 Komputer
7.3 OHP dan lutsinar
7.4 Papan putih.

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 LANGKAH 1 (5 minit) :


Jurulatih bersoaljawab dengan peserta mengenai pengiktirafan yang
diberikan oleh pengakap kepada pemimpin pengakap yang berjasa
dan memberi sumbangan.

8.2 LANGKAH 2 (20 minit) :

8.2.1 Jurulatih menjelaskan mengenai sejarah anugerah pengakap


Malaysia dan bagaimana bermulanya penganugerahan dan cara
anugerah ini disampaikan kepada pemimpin pengakap yang
terpilih.
8.2.2 Jurulatih menerangkan cara untuk seseorang pemimpin
dicalonkan untuk mendapat anugerah dan bintang pengakap

8.3 LANGKAH 3 (30 minit)

8.3.1 Jurulatih menunjukkan contoh beberapa anugerah dan pingat


pengakap, seperti Semangat Padi
8.3.2 Peserta berbincang mengenai syarat-syarat yang telah
ditetapkan untuk mendapat dan dicalonkan anugerah dan
pingat.

8.4 LANGKAH 4 ( 5 minit ) :

Jurulatih membuat rumusan bahawa semua ahli pengakap yang telah


berkhidmat dan menyumbang jasa bakti kepada pengakap akan diberi
pengiktirafan dan anugerah.

9. LAMPIRAN.

9.1 Nota edaran pingat dan anugerah pengakap Malaysia.


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

TATARACARA PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI


PENGANUGERAHAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT
KETUA PENGAKAP NEGARA , PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 Pindaan No.143 danNo.409 tahun 1989
( sisipan pada Akta ; guna pakai dalam permakluman - 1989 )

RASIONAL

Rasional Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan


Pengakap Malaysia ;

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi


pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa
terhadap perkembangan dan pembangunan Kepengakapan secara langsung atau
tidak langsung di dalam dan di luar negara. Kecemerlangan Kepengakapan amat
bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih,
membimbing dan mengasuh setiap ahli Pengakap agar berguna kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan pencapaian dan pembangunan
pergerakan Kepengakapan di Malaysia masa kini.

OBJEKTIF

Objektif Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan


Pengakap Malaysia :

a. Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin Pengakap yang telah


berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen
terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Memberi peluang dan ruang berinteraksi dan maklum balas tentang


pencapaian terkini dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

c. Menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan


Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

d. Menjadikan ia contoh tauladan kepada ahli-ahli Pengakap dan pemimpin


generasi muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima
anugerah

TATACARA PENGURNIAAN & PENCALONAN


1. Tatacara pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat adalah sangat
terperinci dan memakan masa selama lima bulan, iaitu dari mula calon
dicadangkan hingga kepada upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran. Ia
bermula pada bulan Disember setiap tahun apabila diminta menyerahkan senarai
calon kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat pada AKHIR
BULAN Mac tahun depan. Pencalonan disalur melalui proses penapisan oleh
Majlis Pengakap Negeri, baharu dimajukan kepada Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.

2. Ketua Pengakap Negara adalah sumber bagi segala kehormatan dan kebesaran
dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau sahaja yang boleh mengurniakan
serta mewujudkan Darjah, Pingat Penghormatan dan Kebesaran. Walaupun
pengurniaan Darjah Kebesaran adalah hak mutlak Ketua Pengakap Negara.
Perlembagaan memperuntukkan Ketua Pengakap Negara merujuk kepada
Jawatankuasa Anugerah.

3. Pada awal bulan Mei, senarai nama pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran
yang telah ditentukan bagi setiap kategori bersama dengan biodata dan sokongan
yang terperinci setiap calon akan dibentangkan terlebih dahulu di mesyuarat
Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia. Di sini dipastikan
bahawa calon mempunyai kelayakan mengikut Garis Panduan dan kriteria yang
telah ditetapkan serta pandangan dan pendapat ahli Jawatankuasa Anugerah
mengenai setiap calon yang dikemukakan. Ahli Majlis Jawatankuasa Anugerah,
Persekutuan Pengakap Malaysia amat teliti dalam pemprosesan maklumat
mengenai setiap calon. Sebarang maklumat yang tidak menepati atau
pengecualian akan dibangkitkan kepada Majlis, walaupun hal tersebut mungkin
kecil.

4. Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengakap Negara akan


bersidang untuk meneliti setiap pencalonan. Di dalam kes-kes yang mendapat
perhatian wajar oleh Majlis Jawatankuasa Anugerah, Ketua Pengakap Negara
akan merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap
Malaysia untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat
keputusan muktamad untuk diperkenankan.

5. Senarai nama calon yang terpilih kemudiannya diserahkan oleh Persekutuan


Pengakap Malaysia kepada Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi
bagi tujuan penyiasatan dan kelulusan dan bukan muflis serta bebas dari apa-apa
kesalahan Polis dan Badan Pencegah Rasuah.

6. Senarai yang telah diperakukan dan diperkenankan akan dihantar untuk


makluman kepada Majlis Pengakap Negeri-Negeri, mengikut Bintang dan Pingat
yang diterima. Satu senarai penuh nama-nama penerima mengikut Bintang dan
Pingat akan dikeluarkan sebagai kesahihan penerima mengikut abjad (Gelaran
dan nama tambahan diletakkan selepas nama, kecuali gelaran keturunan Di-Raja
dan Bangsawan).
UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT

1. Upacara penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat akan dilakukan diperingkat


Kebangsaan, dimana pihak Jawatankuasa Anugerah/Majlis Pengakap
Malaysia/Ketua Pengakap Negara akan membuat ketentuan diperingkat
kebangsaan untuk menentukan samada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong / Y.A.B Perdana Menteri / Y.A.B Timbalan Perdana Menteri atau
sekiranya dibuat di negeri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang
Maha Mulia Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, boleh juga
disempurnakannya semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan
diperingkat Majlis Pengakap Negeri-Negeri, boleh ditentukan oleh Ketua
Pengakap Negara kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya atau Ketua
Pengakap Negara sendiri akan menyampaikannya.

2. Bagi Darjah dan Bintang : Bintang Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I),
Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – (BSP-II), Bintang Semangat Rimba
Kelas I (Emas) – (BSR-I) dan Bintang Semangat Rimba II (Perak) – (BSR-II) dan
Bintang Pahlawan hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara atau
dalam satu-satu majlis yang dimaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, pihak
Majlis Pengakap Negeri boleh memohon penurunan kuasa pada Majlis Pengakap
Negeri untuk memohon ‘Penaung’ Majlis Pengakap Negeri atau Y.A.B Menteri
Besar atau Y.A.B Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Penuh Kerajaan
Persekutuan untuk menyampaikanya walaupun pada masa yang sama Ketua
Pengakap Negara ada atau tiada bersama dalam majlis berkenaan.

3. Sementara semasa ketidakboleh beradanya Ketua Pengakap Negara disatu-satu


Majlis Penganugerahan bagi Pingat Cemerlang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau Yang DiPertua
Majlis Pengakap Negeri atau Pengerusi Majlis Pengakap Negeri bolehlah Ketua
Pengakap Negara memberi penurunan kuasa penganugerahan kepada mereka
setelah dipohon dan diberikan kuasa oleh Ketua Pengakap Negara.

4. Bagi Pingat-Pingat Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Pingat


Perkhidmatan Lama (PPL) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN),
dimana ada yang akan terpilih untuk menerima diperingkat kebangsaan (atas
dasar jarak dan fakta-fakta tertentu yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa
Majlis Penganugerahan) ianya akan disampaikan diperingkat Majlis Pengakap
Negeri dan penurunan kuasa boleh dipohon daripada Ketua Pengakap Negara,
untuk disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong-
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-Ahli Majlis yang dilantik
sebagai EXCO Persekutuan Pengakap Malaysia, Yang DiPertua Majlis Pengakap
Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Ahli-
Ahli Yang Berhormat (selaku perasmi majlis), Pegawai Daerah (jika di dalam
daerah), Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri (yang diberi kuasa atas pemakluman Pesuruhjaya
Pengakap Negeri).
JANGKAMASA, WAKTU UNTUK DIBUAT PENCALONAN

Waktu/jarakmasa penganugerahan diantara satu-satu pingat dengan pingat atau


bintang.

a. Dimaklumkan warta disini bahawa anugerah yang paling rendah tetapi


membawa makna dan pengiktirafan yang sama ialah “Sijil Kepujian Ketua
Pengakap Negara(SKKPN)” dan “bar” ini diberikan kepada pemimpin yang
bertauliah dan berkhidmat lebih 12 bulan.

b. Di dalam waktu yang sama dari tarikh seseorang pemimpin bertauliah


menerima “bar dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN)”
bolehlah dianggap satu tahun dicampur 3 tahun jumlahnya 4 tahun, untuk
dicadangkan dan dicalonkan untuk menerima Pingat Perkhidmatan Baik
(PPB).

c. Kemudian dari penerima “Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara


(SKKPN)” dan “Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)”, jarak masa bilangan
tahun seseorang pemimpin bertauliah yang berterusan berkhidmat dengan
cemerlang selama 6 tahun (atau 4 tahun dari tarikh penerima Pingat
Perkhidmatan Baik (PPB)) boleh diteruskan dengan pencalonan untuk
mendapat Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) (Di dalam jangkaan mengikut
keadaan biasa jarak tahun untuk pencalonan seterusnya boleh dibuat semula
untuk pingat-pingat seterusnya adalah minima 4 tahun).

d. Selepas menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), jangkaan untuk


menerima pencalonan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR-II)
dan keatas (Bintang Semangat Rimba Kelas Kelas I (Emas) – (BSR-
I)/Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – ( BSP –II) dan Bintang
Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I) adalah tertakluk kepada Majlis
Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Malaysia untuk mencalonkannya.

e. Sementara untuk anugerah Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), jarak waktu


khidmat seseorang pemimpin yang bertauliah dan bertugas dengan
cemerlang tanpa putus perkhidmatannya (terus menerus) atau jumlah
perkhidmatan sebagai pemimpin selama dua puluh tahun (20 tahun) (di
dalam keadaan-keadaan tertentu atau luar biasa) jangkaan bilangan tahun
minima adalah lapan belas tahun (18 tahun) boleh dipertimbangkan untuk
pencalonan.
KURNIAAN KHAS & STATUS “KEHORMAT”

1. Kepada pemimpin yang memegang jawatan Penolong Ketua Pesuruhjaya


Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang menjalankan tugas jawatan
tersebut selama tidak kurang daripada 4 tahun dengan cemerlang, setia dan gigih
bolehlah dicalonkan oleh Jawatankuasa Anugerah untuk dianugerahkan dengan
Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR – ii), seterusnya berkhidmat
secara terus menerus bertugas dengan cemerlang selama 8 tahun, bolehlah
dicadangkan pula untuk menerima Bintang yang lebih tinggi atau atas keadaan
biasa dengan persetujuan Ketua Pengakap Negara.

2. Penganugerahan Bintang dan Pingat berstatus “Kehormat”, Bintang dan Pingat


yang dianugerahkan kepada Ketua-Ketua Negara dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
Pengakap Negara dari luar Malaysia (atas juridiksi).

a. Dicadangkan oleh Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap


Negara.

b. Jawatankuasa Antarabangsa.

c. Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara.

d. Jawatankuasa Pengurusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ini juga adalah tertakluk kepada persetujuan dan perkenan oleh Ketua Pengakap
Negara.
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

1. BINTANG SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA – EMAS (BSP – I)


(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) adalah


anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya
disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat
terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu,
penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-
pemimpin negeri dan negara.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat


Padi Kelas Pertama ini adalah dari kalangan Ketua-Ketua Negara dan
Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-
Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap
Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di
negara ini.
c. Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi
Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia
Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika
Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada
pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan,
Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap
Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh
dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau
Pengakap dari kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang
setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap
dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan
kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas
status Kehormat.

d. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-


unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi,
tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun
Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi
dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,
ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang
lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan
yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah
Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-
nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

e. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh
Ketua Pengakap Negara (KPN).

2. BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA – PERAK (BSP – II)


(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)
a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak (BSP – II) adalah anugerah
kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya
disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang
amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu,
penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-
pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah
banyak berjasa.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat


Padi Kelas Kedua ini adalah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-
pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia
Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika
Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada
pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap
Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam
keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada
pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin
Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-
Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau
mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada
pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara.
Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga
diberikan tetapi di atas status Kehormat.
c. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-
unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi,
tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun
Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi
dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan,
ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang
lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan
yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah
Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-
nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

d. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh
Ketua Pengakap Negara (KPN).

e. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 05 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
3. BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA – EMAS (BSR – I)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR – I) adalah


anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang
hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi
perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu


yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari
kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan
sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-
pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan
antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara
boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-


unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat,
kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan
cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan
bangsa melayu.

d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
4. BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA – PERAK (BSR – II)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR – II) adalah


anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM),
yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi
perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu


yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari
kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan
besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin
Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga
diberikan tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-


unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat,
kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan
cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan
bangsa melayu.
d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih
daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

5. BINTANG PAHLAWAN
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada


pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam
menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.
6. PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)
(Bentuk : Sijil dan Pingat – Kalung)

a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada


pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan
bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat
daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi,
mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan
yang terpuji.

b. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerah kepada


individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan
berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta
terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan
Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
7. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-


pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat
bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10
tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan
Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para
pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya
Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
8. PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-


pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa
Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang
sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan
pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah,
setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

b. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih


daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang
diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
9. PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)
(Bentuk : Sijil dan Pingat)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin


bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik
selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan
Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.

10. SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)


(Bentuk : Sijil dan Reben)

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada


pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan
terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi
pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan
Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan
orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan
Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.
Unit: PR
Bilangan Sesi: 12

1. Tajuk Sesi: KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif:
3.1- Mengetahui Apa Yang Dimaksudkan Komunikasi /
Perhubungan.

3.1- Mengetahui Kepentingan Komunikasi Dalam Kepengakapan.

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Merapatkan pengakap dengan masyarakat supaya saling


faham-memahami.

5.2- Memperolehi sokongan dan penyertaan masyarakat dalam


usaha memperkembangkan aktiviti kepengakapan.

5.3- Membuka mata pengakap terhadap dunia luar dan sebaliknya.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Definisi Komunikasi / Perhubungan.

7.2- Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi.

7.3- Bentuk Dan Jenis Komunikasi.

7.4- Prinsip Berkomunikasi.

7.5- Halangan Berkomunikasi.

8. Lampiran 8.1- Nota


8.2- Soalan Perbincangan (Tujuan Pemahaman)
Unit: PR
Bilangan Sesi: 13

1. Tajuk Sesi: PENILAIAN DAN PENCALONAN MANIKAYU

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif: 3.1- Mengetahui Proses Penilaian Dan Pencalonan Manikayu.

3.2- Mengetahui Sikap Dan Tanggungjawab Yang Perlu


Dilaksanakan Sepanjang Tempoh Penilaian.

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Mengetahui prinsip dan maksud yang tersurat dan tersirat
dalam manikayu.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Borang Pencalonan Peringkat IV.


Tempoh, Bidang Dan Bentuk Penilaian.

7.2- Borang Pencalonan Manikayu.

7.3- Peranan PLD Dan Pembimbing.


Organisasi PLD, Tugas Dan Tanggungjawab Pembimbing

8. Lampiran 8.1- Nota


8.2- Borang Penilaian Peringkat IV
8.3- Borang Pencalonan Manikayu

You might also like