You are on page 1of 1

Apakah maksud konsep penduduk berikut: 1.

) Pertumbuhan penduduk semula jadi - Merujuk kepada perbezaan yang wujud antara kadar kelahiran dengan kadar kematian. 2.) Pertumbuhan penduduk - Merangkumi pertumbuhan semula jadi dan migrasi bersih. 3.) Kadar kelahiran - Jumlah kelahiran bayi hidup bagi sesuatu tahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang. 4.) Kadar kematian - Jumlah kematian bayi hidup bagi sesuatu tahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang. 5.) Migrasi - Merujuk kepada penghijrahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain. 6.) Migrasi dalaman dan jenis - Merujuk kepada perpindahan penduduk dari suatu kawasan ke kawasan yang lain di dalam negara. Jenis migrasi dalaman ialah dari luar bandar ke bandar, luar bandar ke luar bandar, bandar ke bandar dan bandar ke luar bandar. 7.) Migrasi antarabangsa dan contoh - Migrasi antarabangsa melibatkan pergerakan merentasi sempadan antarabangsa. Contohnya, dari Malaysia ke Indonesia. 8.) Imigrasi - Merujuk kepada perpindahan masuk imigran ke sesebuah negara. 9.) Emigrasi - Merupakan pergerakan keluar penduduk dari sesebuah negara ke negara lain. 10.) Piramid penduduk dan jenis - Graf bar yang menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Piramid penduduk dibahagi kepada empat jenis utama, iaitu piramid progresif, peralihan, stabil dan terganggu. 11.) Kurang penduduk - Sesebuah negara mengalami kurang penduduk sekiranya bilangan penduduknya sedikit berbanding dengan jumlah sumber semula jadi yang ada. 12.) Penduduk berlebihan - Keadaan sesebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang banyak berbanding dengan sumber yabg ada dan tahap teknologi yang rendah menyebabkan sumber tidak dapat menampung keperluan penduduk. 13.) Penduduk optimum - Keadaan sesebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang cukup dan tahap teknologi yang tinggi untuk membangunkan sumber yang ada dan menikmati taraf hidup yang tinggi.

You might also like