You are on page 1of 17

Pendahuluan: Semua keluarga dalam dunia sudah pasti merancang untuk

perkembangan keluarga mereka seperti bila mereka inginkan anak, berapa jumlah bilangan anak, perancangan persekolahan, masa anak untuk melanjutkan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi dan bila anak sepatutnya mendirikan rumah tangga. Tekanan keluarga berlaku disebabkan pelbagai punca antaranya ialah kurangnya interaksi antara anggota keluarga dalam menangani masalah. Dalam usahanya untuk menghadapi krisis ini, banyak keluarga mengalami kesulitan menanganinya kerana kurangnya pengetahuan, kemampuan, dan fleksibiliti untuk berubah. Menurut seorang kaunselor yang berpengalaman, keluarga yang mengalami kesulitan seringkali menghadapi halangan-halangan yang ada dalam keluarga iaitu sikap dan tingkahlaku yang menghambat fleksibiliti dan menghalangi penyesuaian kembali dengan situasi yang baru. Jenis halangan-halangan tersebut muncul dalam keadaan yang berbezabeza seperti halangan dalam komunikasi timbul jika masing-masing anggota keluarga tidak tahu bagaimana mereka harus membahagikan perasaan mereka dengan anggota keluarga lainnya atau bagaimana mengungkapkan perasaan mereka dengan jelas (Collins, 1998). Di samping memenuhi keperluan psikologi, perkahwinan juga mestilah memenuhi keperluan ekonomi. Dengan kata lain, di samping memberi kasih sayang kepada isteri, seorang suami juga berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Terdapat beberapa masalah dari aspek ekonomi yang sering mencetus tekanan rumah tangga seperti suami yang sememangnya tidak mampu menyediakan nafkah yang mencukupi, suami yang sengaja cuai menyediakan nafkah yang mencukupi, sikap isteri yang sentiasa meminta sesuatu yang sememangnya tidak dapat diadakan oleh pihak suami, sikap suami yang memeras harta isteri manakala jika kedua suami isteri sama-sama bekerja, terdapat pula sikap berkira di antara keduanya di dalam menguruskan ekonomi rumah tangga. Masalah ini juga menyebabkan berlakunya masalah tekanan keluarga (Siti Zulaikha Hj Mohd. Noor, 2003).

Perihal Perundingan: Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan (1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhierarki. Lippitt dan Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat. Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh digunakan di luar ruang rujuk masalah pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklumat yang baik. Tujuan proses adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus kepada cara melayan pelajar yang kurang berminat dalam suatu matapelajaran. Fokus perundingan dalam keadaan ini mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah pelajar tersebut, cara meyakinkan pelajar tersebut tentang pentingnya prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt dan Lippitt (1978). Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses penyelesaian masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud ini memberi erti bahawa perundingan diperluaskan kawasan penggunaannya kepada kelompok, organisasi, selain daripada individu. Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka, ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik.

Komunikasi Perundingan Dalam Keluarga : Kecemerlangan sebuah kehidupan, sangat berkait rapat dengan kualiti modal insan yang mendukungnya. Manusia sebagai subjek utama kehidupan ini memerlukan kepada tumpuan dan usaha yang maksima ke arah membangunkan potensinya. Manusia membentuk sebuah negara. Manusia juga membentuk sebuah organisasi. Pada skala yang lebih kecil, manusia merupakan tunggak kepada sebuah keluarga dan di peringkat inilah manusia pada hakikatnya dibentuk, dicorakkan dan dibangunkan segala potensinya sebelum mereka menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat pada skala yang lebih besar. Justeru, kualiti struktur keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak tidak boleh menjadi agenda sampingan. Kecemerlangan seorang pelajar di sebuah sekolah, seorang pekerja di sebuah syarikat atau jabatan, amat dipengaruhi oleh suasana, nilai-nilai dan cara hidup yang melingkungi kehidupan sebuah keluarga. Kehidupan turut merangkumi satu bentuk kepimpinan dalam mengurus diri baik dari segi pemikiran, emosi dan fizikal melalui sumber dan pendekatan yang betul.

Hari ini, dalam pendekatan global dalam pelbagai rantai hubungan kemanusiaan, kepimpinan keluarga penting untuk berhadapan dengan konflik yang berlingkar di sekeliling kita. Konflik difahami sebagai satu keadaan yang tidak harmoni, tidak wujudnya keserasian baik dalam diri mahupun dengan orang lain. Kewujudan konflik berada di mana-mana sahaja, dalam keluarga, masyarakat, malah selalunya melibatkan negara berdasarkan paparan media hari ini. Tetapi, konflik tidak bermaksud timbulnya sesuatu bersifat buruk, sebaliknya pertembungan antara hak dan batil atau pengendalian sesuatu yang bersifat benar juga boleh membawa kepada keadaan ini. Dengan mengamalkan etika dalam berkomunikasi seseorang individu akan dapat memelihara hubungan kekeluargaan mereka, amalan etika ini mampu memberi kesan positif terhadap diri seseorang individu untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Di antara etika komunikasi tersebut ialah: i. Pertamanya, seseorang individu dengan jujur seharusnya menceritakan perasaannya. Sekiranya tersinggung hendaklah mengatakan bahawa diri atas perasaan sendiri. Ia akan menyebabkan itu tersinggung. Seseorang yang tidak jujur akan perasaannya seumpama tidak bertanggungjawab hubungan menjadi tegang dan komunikasi menjadi negatif. ii. Kedua, perlunya komunikasi yang mementingkan kepentingan dan

tujuan bersama dan tidak mementingkan tujuan peribadi. Dalam situasi ini tidak b oleh bercakap kerana hendak memperjuangkan perasaan diri sendiri sahaja. iii. Ketiga, semasa berkomunikasi etika yang perlu dijaga ialah dengan memberi maklumat secara tepat. Tidak boleh memberi maklumat palsu. iv. Keempat tidak boleh sekali-kali mempunyai niat hendak menipu dan memperdaya orang lain sewaktu sedang berinteraksi.

v. Kelima untuk menjaga keharmonian sebuah keluarga setiap individu perlu menggelakkan diri dari terus mengumpat dan bergosip. yang berbuat demikian, individu yang mendengar tidak Keadaan ini perlu masuk akan meruntuhkan lagi keteguhan kekeluargaan. Sekiranya terdapat individu campur dan adalah lebih baik mendorong mereka yang bergosip berhenti denga n baik tanpa menyinggung perasaan. vi. Etika yang keenam ialah apa yang diperkatakan hendaklah selari dengan gerak-geri. Contohnya kalau mulut berkata Tidak maka kepala juga harus menggeleng tidak. vii. Ketujuh dalam etika komunikasi ialah tidak boleh menyampuk dan

memotong cakap kepada individu yang sedang bercakap. Biarkan mereka bercakap sehingga akhir sebelum diri mengambil gilirang untuk bercakap. viii.Kelapan, perkara yang perlu diambil perhatian ialah apabila seseorang individ u sedang bercakap berkenaan sesuatu perkara, tidak wajar bagi individu yang lai n menyebut perkaraperkara lain yang tidak ada kaitan dengan apa yang disebutnya. ix. Kesembilan tidak dibenarkan berbuat apaapa yang mengganggu

individu lain daripada bercakap dan mendengar dengan tenang. Contohnya tidak dibenarkan mengacau kopi kuatkuat dan mengetukngetuk meja dengan pen. x. Etika terakhir ialah apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain, perkara yang paling penting untuk dilakukan ialah sentiasa memberi atau mengik tiraf dan menghargai orang yang sedang kita bercakap. Perkara ini juga sangat p enting apabila berkomunikasi dengan ahli keluarga tidak kiralah sama ada antara suami dan isteri dan ibu bapa dan anakanak mereka. Hubungan yang sentiasa ada pengiktirafan ini mudah untuk bermesra dan berguna dalam mengu

kuhkan ikatan kekeluargaan. Kerjasama juga akan lebih mudah dilakukan sekiranya etika ini dilaksanakan.

Perkahwinan Masyarakat Malaysia: Perkahwinan adalah hari yang paling bermakna dalam hidup dan sentiasa dinanti- nantikan oleh setiap pasangan yang bakal bergelar raja sehari dengan mengimpikan sebuah majlis yang boleh memberi satu kelainan supaya ia menjadi kenangan yang paling indah untuk diabadikan. Setiap pasangan pengantin dengan ringgit. Konsep perkahwinan yang bakal diketengahkan sebagai tema untuk meraikan majlis perkahwinan mereka tentulah yang mempunyai kelainan dan keunikannya yang tersendiri agar dapat menarik perhatian tetamu yang datang. Semakin hampir dengan majlis, semakin sibuk pasangan pengantin mencari kelengkapan perkahwinan dan yang menjadi tumpuan tentulah pusat barangan khusus untuk bakal pengantin sama ada butik yang menyediakan baju pengantin, kedai kek, pelamin mahupun aksesori dan perhiasan. Kini orang ramai terutamanya bakal pengantin, yang sedang mencari-cari pengusaha kelengkapan perkahwinan untuk membuat tempahan, mempunyai pelbagai pilihan dalam memilih kelengkapan perkahwinan seperti baju, kasut, perhiasan, hantaran dan sebagainya. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama pesertapeserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan. Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekodrekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli yang bakal yang meraikan diimpikan hari bahagia mereka untuk mengharapkan mendapatkan kesempurnaan dalam majlis yang bakal diadakan serta dapat memuaskan hati persiapan walaupun kos kelengkapan itu mencecah ribuan ringgit dan ada yang sehingga ratusan ribu

antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti. Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami). Perkahwinan Melayu:

Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak 9

dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka. Perkahwinan Cina:

Perkahwinan Cina (pinyin: hn yn) secara tradisi diatur antara keluargakeluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina. Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina. 10

Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik. Perkahwinan India:

Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

11

Pengurusan Komunikasi Perundingan Rumahtangga: Fenomena hari ini yang menyaksikan pelbagai gejala sosial membabitkan generasi muda dilihat sebagai tanda keretakan institusi kekeluargaan, sekali gus memerlukan perhatian kita agar menilai kembali halangan dalam institusi keluarga yang menjadi penyebab kepada keretakan berkenaan khususnya membabitkan komunikasi. Halangan itu merujuk kepada proses interaksi dua hala antara suami dan isteri, ibu bapa dengan anak atau sesama ahli keluarga yang lain merangkumi komunikasi intra-personal dan interpersonal. Hakikatnya, keseluruhan hidup seseorang itu yang memerlukan

komunikasi sama ada melalui percakapan mahupun bahasa isyarat bagi mencapai keharmonian. Gunanya agar kita dapat memahami, membimbing, mendidik, menyatakan perasaan dan fikiran dalam proses meningkatkan kepercayaan terhadap pasangan. Kita menggunakan komunikasi dalam proses mendapatkan zuriat, menyatakan perasaan dan kehendak, membina kemesraan dan kasih sayang, berhibur, mengenali pasangan dengan lebih dekat dan juga untuk membimbing dan mendidik.

Dalam mencapai proses itu, suami isteri haruslah sedar bahawa rumah tangga yang dibina itu adalah milik bersama. Bahkan mereka juga perlu memberi masa kepada pasangan untuk berkomunikasi dan saling bertindak balas.

12

Pasangan juga perlu sentiasa melayan dan menjadi pendengar yang baik, selain berusaha mengelak komunikasi yang tidak selaras serta menggunakan panggilan yang mesra dengan penuh kasih sayang. Terdapat beberapa petua dilakukan oleh ramai pasangan yang bahagia dan sudah terbukti keberkesanannya. Antaranya berkongsi melakukan kerja rumah dan berbincang dalam membuat perancangan pengurusan serta keputusan. Memang ada perbezaan mengenai cara berfikir lelaki dan perempuan. Mungkin si isteri suka bercakap, suaminya pula lebih banyak berdiam menyebabkan perbincangan sering kali menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak satu lagi. Di sinilah kemahiran berkomunikasi sama ada secara verbal mahupun perbuatan perlu diketahui oleh setiap pasangan. Sesekali, pasangan suami isteri perlu menggunakan komunikasi berjenaka untuk mengurangkan konflik dan ketegangan.

Ada beberapa perkara yang dapat mengeratkan lagi kemesraan sesama ahli keluarga. Misalnya memperingati dan meraikan hari penting pasangan. Beribadah dan diamalkan secara berjemaah. Selain kegiatan beriadah dan melancong bersama. Pada masa yang sama, setiap suami dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya melayan pasangan iaitu dengan menggunakan cara dan adab yang sudah digariskan dalam Islam seperti memberi salam, sopan dan hormat. Sebagai ibu bapa pula, perlu sentiasa diingat bahawa ibu bapa adalah 13

contoh kepada anak dan tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak. Sentiasalah dampingi mereka dengan memberikan kasih sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang masalah mereka. Anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggungjawab ini, jiwa anak-anak akan kekosongan dan mereka berasa tidak diperlukan oleh ibu bapa. Itulah sebabnya ada yang akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya, ramai yang terjebak ke kancah maksiat dan dadah. Keluarga itu tentulah akan retak hubungannya. Selain itu, cara penampilan ketika berbicara juga perlu diambil kira. Misalnya memek muka, kesediaan fizikal dan mental, nada suara serta tatacara memberi tumpuan Pasangan juga dinasihatkan agar tidak terlalu mempertahankan hak dan kedudukan mereka. Letakkan sikap saling hormat-menghormati dan anggaplah pasangan hidup tersebut individu terpenting dalam kehidupan. Malah jangan sesekali melakukan penderaan fizikal dan psikologikal. Pasangan juga dinasihatkan agar sentiasa menganalisa diri mereka. Tujuannya bagi mencari kelebihan, kelemahan, peluang, cabaran dan cara menanganinya. Malah, turut digalakkan mencari ilmu dan kemahiran serta meneguhkan pegangan agama untuk diri dan keluarga. Selain saling hormat-menghormati, mengambil tahu dan tolong-menolong dalam usaha mencapai impian dan matlamat kebahagiaan keluarga. Suami selaku pemimpin rumahtangga dan bapa juga perlu menjadi model ikutan, sering bermusyawarah, berjimat dan menguruskan kewangan dengan berhemah serta mengamalkan kebaikan dan kebajikan serta menjauhi kemungkaran. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Sebagai ibu bapa, mendidik anak mengenai pentingnya amalan nilai murni akan menentukan keharmonian serta membina asas kekitaan yang kukuh dalam diri. Dengan cara ini, anak itu akan

14

berkembang menjadi individu berkualiti serta dapat menjamin pembentukan generasi yang lebih baik di peringkat yang lebih meluas Tujuh Pendekatan Keharmonian Suami Isteri: 1. Sayang menyayangi antara satu sama lain 2. Amanah dan bertanggungjawab 3. Melaksanakan kepimpinan sebagai ketua keluarga 4. Ikhlas dan jujur 5. Nafsu yang terkawal 6. Tidak angkuh dan besar diri (ego) 7. Saling hormat-menghormati. Ibu dan bapa sebagai pengemudi bahtera rumah tangga haruslah sentiasa mengekalkan kemesraan tali percintaan mereka. Cinta yang dipupuk ini bukanlah cinta berdasarkan hawa nafsu tetapi cinta murni dan sejati yang tidak akan dapat diputuskan oleh pedang yang tajam dan tidak terlerai oleh gunung yang tinggi dan jurang yang dalam. Mereka perlu sentiasa ingat bahawa tugas mendidik anak-anak adalah perkara yang amat sukar. Namun semuanya akan berjaya dilaksanakan dengan kekuatan cinta dan tidak menyimpang dari garis kebenaran. Perlu diingatkan bahawa watak dan peribadi anak-anak di masa hadapan banyak bergantung kepada darah keturunan dan pendidikan yang diterimanya hari ini. Pasangan suami isteri perlu ingat bahawa perceraian antara mereka merupakan racun yang sangat berbisa bagi jiwa anak-anak. Pendidikan yang tergelincir dari garis kebenaran, bahaya, kecelakaan dan kekacauan tidak akan dapat dibaiki dalam tempoh yang pendek.

15

Penutup: Masyarakat kita sedang mengalami perubahan-perubahan besar akibat proses pemodenan dan pembangunan ekonomi. Pelbagai proses perubahan sedang berlaku ke atas individu-individu Melayu. Setiap perubahan itu membawa pelbagai kesan positif dan negatif. Salah satu kesan perubahan itu menjejaskan nilai-nilai sosial individu, dan nilai-nilai baru itu mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan perkahwinan dan kekeluargaan. Sebagai contoh, dalam masyarakat moden hari ini, tujuan individu berkahwin adalah untuk mencapai kebahagiaan peribadi, bukan lagi kerana didorong oleh keperluan biologi semata-mata, atau kerana desakan ekonomi atau kerana memenuhi ajaran agama. Akibatnya, jumlah perceraian meningkat kerana faktor tidak bahagia yang dialami oleh individu. Menurut laporan pakar-pakar kaunseling rumah tangga, faktor komunikasi adalah faktor paling penting di dalam masalah krisis rumahtangga. Di dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki. Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Sebagai suami peranan asas ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk memberi pendidikan akademik yang penting untuk perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani dan fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran dalam sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.

16

Bibliografi: Abdullah Nasih Ulwan, (1997). Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, Jilid 2, Syed Ahmad Semait (penterjemah) Singapura, Pustaka National. Awang Had Salleh, (1996). Masyarakat Melayu Dalam Pendidikan Dan Sosiobudaya, Publications. Leha @ Zaleha Muhamat, (2005). Wanita: Model Ibu Mithali, Kertas Kerja Seminar Wanita Era Baru, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 26 Mac 2005. Maslow A., (1968). Towards a Psychology of Being, New Jersey: Princetown. Mohamed Anwar Omar Din, (ed.)(2004). Dinamika Bangsa Melayu, Menongkah Arus Globalisasi (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Azis Nik Pa, (2002). Keluarga Berdaya Maju, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nik Azis Nik Pa, (1994). Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haron Din et al., (1990). Manusia dan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusuf al-Qardhawi, (1999). Tamadun Islam: Alternatif masa Depan, Ustaz Haji Juanda Haji Jaya (penterjemah), Selangor: Maktabah al-Qardhawi. Jurnal Pemikir, Julai-September, Kuala Lumpur: Utusan

17

You might also like