http://jqafskbukitdinding.blogspot.com/2012/05/penyelidikan-keberkesanan-j-qaf.

html

PENYELIDIKAN KEBERKESANAN j-QAF
PROGRAM j-QAF : PERANAN DAN PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAANNYA DALAM MEMPERKASAKAN PROGRAM DAKWAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN 1.0 PENGENALAN Dakwah adalah tugasan utama yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW dalam menyeru manusia ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 125: Maksudnya: “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhanmu dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. Al-Quran telah menjelaskan tiga metode dakwah yang menjadi teras dalam usaha pendekatan dakwah iaitu metode al-Hikmah, al-Mauizah al-hasanah dan al-Mujadalah. Menariknya ketiga-tiga metode di atas juga digunakan dalam dunia pendidikan. Jesteru itu, salah satu cara yang paling efektif untuk berdakwah ialah melalui pendidikan. Kerana pada hakikatnya, wujud satu persamaan di antara dakwah dan pendidikan iaitu berlakunya proses pemindahan pengetahuan. Persamaan itu melahirkan beberapa persamaan tujuan antara dakwah dan pendidikan iaitu “membentuk keperibadian muslim yang sejati” sebagai matlamat utama. Pendidikan sebagai agen perubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi (Hassan Langgulung 1987). Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan merupakan salah satu proses dakwah terpenting, bahkan paling banyak memberi kesan dalam pembentukan sahsiah pelajar tersebut. Di Malaysia, Perdana menteri Malaysia yang ke lima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengandungi sepuluh teras asas. Dimulakan dengan pendahuluan, sistem pendidikan kebangsaan sebagai perletakan asas, pendidikan kebangsaan melangkah ke hadapan, membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan, melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, serta faktor kritikal kejayaan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006). Selaras dengan teras asas tersebut, Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
Kementerian Pelajaran Malaysia telah lebih awal merealisasikan asas tersebut dengan menubuhkan sebuah program pelajaran yang baru iaitu dinamakan program j-QAF. Program j-QAF ini berasaskan idea Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar , bengkel dan mesyuarat j-QAF

(http://www.bpi.edu.my).

Pada 6 bulan kedua. guru Pendidikan Islam dan guru-guru lain yang berkelayakan dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. 3. Ia akan dilaksanakan 4 kali setahun (ibid). 2. Model 6 bulan Khatam Al-Quran akan menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama waktu persekolahan. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu seminggu. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini. Pada masa yang sama murid yang belum menguasai bacaan Al-Quran akan membaca dengan bimbingan guru dan meneruskan kaedah IQRA’. .Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi. iaitu selama 2 waktu seminggu. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :      Model Khas Pemulihan Jawi Model 6 bulan Khatam Al-Quran Model Tasmik Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi Model Bestari Solat Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi muridmurid biasa. Model Tasmik Al-Quran dillaksanakan di luar waktu persekolahan dengan bimbingan guru j-QAF. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi Khatam Al-Quran Menguasai Bahasa Arab dan Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. asuhan Tilawah Al-Quran menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu untuk tahun 2 hingga 6. Bacaan murid akan direkod oleh guru di dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Model Bestari Solat akan dilaksanakan luar jadual waktu persekolahan. Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah. Tenaga guru yang khusus digunakan bagi mengendalikan program ini. Ia diajar bersama-sama dengan mata Pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi. 4. Al-Quran. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 Jawi diajar selama 2 seminggu. Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat (ibid): 1.

serta Kuiz Jawi. Sekolah Berasrama Penuh (SBP). ponteng dan masalah buli (Khalim & Wan Zulkifli 2009). pengaruh rakan sebaya (Zainudin & Norazmah 2011). Di Malaysia pelajar akan melalui beberapa peringkat pengajian yang dimulai dari peringkat rendah. Sering kali dinyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem Pendidikan Islam di sekolah (Asmawati 2008) kurangnya perhatian dari ibu bapa. keadaan persekitaran sekolah dan terutamanya konflik dalaman diri remaja itu sendiri (Zainudin & Norazmah 2011) dan faktor-faktor ini membawa kepada perlanggaran disiplin disekolah seperti hisap rokok. Begitu juga apabila di nilai tahap penghayatan agama adalah berbeza di antara beberapa jenis sekolah yang wujud seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). maka wujud beberapa model tambahan lain yang menyokong pelaksanaan model tersebut seperti Model Kem Literasi al-Quran dan Model Kem Bina Juara.0 PENYATAAN MASALAH Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja muslim semakin membimbangkan. kemahiran membaca jawi dan pengetahuan asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar muslim semakin membimbangkan. Jesteru itu beberapa modul telah diperkenalkan melalui program j-QAF. bergaduh. keluarga dan pengaruh rakan sebaya (Aswati 2007). Bahasa Arab dan Fardu Ain. Semua acara pertandingan tersebut memerlukan pengetahuan dan penghayatan yang mantap terhadap ilmu fardu ain. Acara yang diperuntukkan di dalam program ini seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran. di antara faktor yang mendorong kepada masalah ini ialah faktor keluarga. Namun Pendidikan Islam sedia ada di peringkat rendah tidak dapat berjalan dengan sempurna disebabkan tuntutan kurikulumn. rakan sebaya. Seterusnya di dalam program j-QAF telah dilaksanakan acara tahunan program dakwah j-QAF yang dinamakan program khatam al-Quran j-QAF. kemahiran membaca al-Quran (Azhar Ahmad & Halim Tamuri 2005). biadap terhadap guru. ledakan media massa serta kemajuan penggunaan internet yang tiada tapisan secara menyeluruh. Program ini ditubuhkan bagi memantapkan lagi pencapaian pelajar dalam menguasai pengetahuan agama secara lebih menyeluruh dalam pembentukan ilmu agama dan akhlak Islamiah yang terpuji di samping dapat membantu guru Pendidikan Islam sedia ada disekolah. Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman seperti kekeliruan dalam diri pelajar itu sendiri dan faktor luaran seperti persekitaran sekolah. diantaranya Modul khatam al-Quran yang mensasarkan semua murid wajib khatam al-Quran sebelum . 2. Kalam Jamaie. Kurang pengetahuan dan penghayatan agama ini bukan sahaja dialami oleh pelajar diperingkat menengah bahkan diperingkat pengajian tinggi pun turut terlibat dalam masalah ini. Maka dengan inisiatif kerajaan malaysia telah menubuhkan program j-QAF dengan beberapa matlamat tertentu. Program j-QAF adalah suatu program baru yang ditubuhkan bagi memperkasakan lagi program Pendidikan Islam disekolah rendah (SK. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). 2011).Setelah model-model itu dilaksanakan. serta kemahiran asas bertutur bahasa arab. vandalism. kemahiran membaca al-Quran dan jawi. Maka Pendidikan Islam di sekolah menengah tidak dapat menangani masalah ini secara menyeluruh. SJK) diseluruh negara. menengah dan seterusnya keperingkat pengajian tinggi. Dikir Barat Bahasa Arab. Ditambah pula dengan kekurangan penghayatan agama seperti pengetahuan solat. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Teknik / Vokasional (SMT/V) (Sarimah et al. Jesteru didikan awal diperingkat rendah adalah sangat penting dalam pembentukan asas ilmu yang mantap. masa yang terhad (Aderi & Rohani 2010) dan kekurangan guru Pendidikan Islam itu sendiri.

2 Subjek kajian Kajian ini dijalankan sekolah-sekolah kebangsaan Jerantut. 5. .0 OBJEKTIF KAJIAN 1.berpindah ke sekolah menengah. Menganalisis tahap keberkesanan program dakwah di sekolah dapat diperkasakan selepas pelaksanaan program j-QAF (melalui data e-pelaporan j-QAF). Sejauhmanakah tahap keberkesanan program dakwah di sekolah dapat diperkasakan selepas pelaksanaan program j-QAF. 5. apakah program j-QAF ini berperanan memberi sumbangan dalam mengislahkan (menambah baik) lagi program “dakwah” yang sedia ada di sekolah dan bagaimanakah persepsi guru Pendidikan Islam dan jQAF terhadap perlaksanaan program dakwah di sekolah serta sejauhmanakah keberkesanannya terhadap pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan asas agama Islam. 3. Namun tahap keberkesanan program ini masih belum dikaji secara menyeluruh. menunjukkan peningkatan terhadap minat pelajar menyertai program tersebut adalah baik menurut (Asmawati & Lokman 2009). Begitu juga dengan Modul Kem Bestari Solat j-QAF. Apakah peranan program j-QAF dalam memperkasakan pelaksanaan program dakwah di sekolah. 1. Mengenal pasti persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap perlaksanaan program dakwah disekolah. temu bual berstruktur dan rujukan maklumat dokumentasi. Borang soal selidik diedarkan kepada guru Pendidikan Islam dan j-QAF. Bagaimanakah persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap tahap perlaksanaan program dakwah disekolah. 3. program ini baru dilaksanakan dan memerlukan kajian yang terperinci untuk proses penambahbaikan. Responden kajian ini adalah terdiri daripada guru Pendidikan Islam. 5. 2. Temu bual berstruktur dan bersemuka secara individu. 4.3 Instrumen kajian Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini.1 Reka bentuk kajian Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Mengetahui peranan program j-QAF dalam memperkasakan pelaksanaan program dakwah di sekolah. Setelah modul ini berjalan selama 6 tahun iaitu dari tahun 2005 sehingga tahun 2011. tahap kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid telah menunjukkan peningkatan yang baik (Fairus 2011).0 PERSOALAN KAJIAN 1. 2.0 METODOLOGI KAJIAN 5. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. j-QAF dan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Tambahan pula. Kajian tinjauan ini merupakan kajian infrensi yang menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif. 2. Oleh yang demikian timbul beberapa persoalan di sini. Pahang. Data-data dipungut melalui borang soal selidik. 3.

2010 dan 2009. Maimun & Roslan 2005) yang telah dilaksanakan sebagai garis panduan kepada guru Pendidikan Islam disekolah serta peranan (Ismail Abas 2007. Othman Napiah (2010). Manakala data e-pelaporan j-QAF dianalisis melalui perisian data e-pelaporan 11. Berdasarkan penjelasan ringkas di atas maka kajian literatur ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Seterusnya temu bual secara berstruktur dilakukan kepada dua orang pegawai secara berasingan Masa yang diperuntukkan selama 30 minit setiap seorang dan jawapan direkod secara bertulis dan melalui rakaman video. 2008. Beberapa perkara penting diambil kira dalam mencapai tujuan kajian ini yang menjadi faktor penting dalam menilai peranan guru Pendidikan Islam j-QAF dari segi keberkesanan pendidikan dakwah di sekolah dalam menangani masalah tersebut. Data juga dipersembahkan di dalam bentuk jadual.4 Prosedur kajian Prosedur pengumpulan data yang dilakukan melalui borang soal selidik diisi oleh responden secara tidak serentak. di mana pengkaji membuat tinjauan ke atas kajian-kajian lepas untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan kajian (Chua 2006). Responden terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta Pegawai Pendidikan Islam dan j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Adibah 2008. 2011.3.0 (Statistic Package For Social Science). Masa pengisian borang soal selidik tidak dihadkan. Aziz 2010. graf dan carta. 6.0 LIMITASI KAJIAN Lokasi kajian ini hanya meliputi sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Jerantut Pahang. . Azhar & Nor syakirah (2010) terhadap pelaksanaan Pendidikan Islam disekolah. 7. Seterusnya kajian yang menjelaskan dasar pelaksanaan program j-QAF (Rafidah 2009. Ahmad Johari et al.0 TINJAUAN LITERATUR Tinjauan literatur merupakan bahagian yang penting dalam penyelidikan. Khalim & wan zulkifli 2009. 5. Pencapaian Iqra’. Item yang dikaji meliputi program dakwah dalam j-QAF sahaja. Data e-pelaporan pula diambil dari 3 tahun ke belakang iaitu 2011. Pengkaji telah menemui beberapa kajian yang menjelaskan perkara yang berkaitan dalam memperkemaskan lagi kajian yang akan dilaksanakan. Asmawati & Lokman 2009. Amla Salleh & Abd.5. Sebelum pengisian borang soal selidik responden kajian diberikan penerangan tentang cara pengisiannya. Sapora Sipon 1999) yang telah dimainkan oleh guru dalam mendidik akhlak pelajar dan juga beberapa persepsi pelajar dan guru (Syed Najmuddin 2009. Data e-pelaporan ini akan dirujuk dari data e-pelaporan j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Di antaranya ialah penjelasan mengenai keruntuhan akhlak remaja dan masalah disiplin (Zainudin & Norazmah 2011. Sarimah et al. Baharom et al. Solat. Fairuz 2011) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia secara umumnya. 2009) dibeberapa peringkat pendidikan seperti di peringkat universiti dan diperingkat menengah. Tinjauan kajian juga mendapati beberapa konsep dan pendekatan (Halim Tamuri & Khairul Azman 2010.5 Analisis data Data daripada setiap item borang soal selidik yang diisi oleh responden dikodkan dalam komputer dengan menggunakan program SPSS 18. 2008. Pencapaian Khatam Al-Quran dan Bahasa Arab. Data temu bual disusun secara sistematik mengikut susunan soalan yang telah ditetapakan di dalam temu bual tersebut. e-pelaporan j-QAF yang mengandungi item tahap penguasaan Wudu’. Ghazali 2007. Seterusnya kajian yang menjelaskan tahap penghayatan agama (Azhar & Halim Tamuri 2010. 5. Jaffary Awang et al. Aswati 2007) dalam kalangan pelajar di malaysia.

Manakala kajian Ahmad Johari et al. kes buli dan ponteng. faktor dalaman yang melibatkan kekeliruan minda. seterusnya keseimbangan ilmu dunia dan akhirat serta budaya praktikal amalan agama yang istiqamah. Sekolah Menengah Teknik / Vokasional (SMT/V) (Sarimah et al. Manakala analisis terperinci dari segi peratus kekerapan penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain. budaya hiburan. Kedua. nilai-nilai hidup materialistik. bentuk pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran dari sekolah yang merupakan faktor luaran. vandalisme. Kajian Aswati (2007) menjelaskan bahawa ada dua faktor yang menjadi impak besar dalam pembentukan akhlak dikalangan orang Melayu iaitu Pertamanya. Perbezaan jenis sekolah juga telah mempengaruhi tahap pengetahuan dan penghayatan agama dalam kalangan pelajar. pengaruh media massa. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh dapatan kajian yang dibuat oleh Jaffary awang et al. bergaduh. biadap terhadap guru. faktor idola serta suasana masyarakat sekeliling. (2009) yang menjelaskan bahawa tahap pengetahuan. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). . Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan agama dalam kalangan pelajar di UTM adalah tinggi. 7. Kajian ini disokong oleh Zainudin & Norazmah (2011) yang menjelaskan Faktorfaktor yang mempengaruhi keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja disekolah ialah faktor latar belakang diri sendiri.2 Tahap Pengetahuan dan Penhayatan Agama. faktor luaran yang secara jelasnya melibatkan faktor persekitaran sosial yang tidak membina seperti pengaruh media massa dalam menyebarluaskan budaya hidup glamor. Berdasarkan faktor-faktor diatas juga. lahirlah beberapa masalah perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar di peringkat remaja ini seperti menghisap rokok disekolah. Perbezaan ini terjadi disebabkan pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru disekolah tersebut. Ini kerana mereka lebih menumpukan kepada ekademik dan kepimpinan semata-mata dan hubungan pengetahuan agama dan amalannya adalah pada tahap yang rendah. Namun tahap penghayatan agama dari segi amalan mereka adalah sederhana. penghayatan dan amalan disekolah agama adalah lebih baik berbanding dengan sekolah menengah harian biasa. Azhar Ahmad dan Halim Tamuri (2010) menjelaskan bahawa tahap penghayatan akhlak peribadi dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Khalim dan Wan Zulkifli (2009) menyatakan bahawa faktor-faktor di atas adalah diluar kawalan sekolah dan amat rumit. Seperti diselangor terdapat beberapa jenis sekolah yang berbeza latar belakang sistem pembelajaran dan sukatan pelajarannya seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).7. Adibah (2008) di dalam kajiannya menjelaskan bahawa tahap penghayatan agama dalam kalangan pelajar pada peringkat tinggi ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor pendorong iaitu seperti faktor dorongan ibu bapa. (2009) pula memfokuskan berkenaan tahap pengetahuan agama dan amalan agama serta gaya hidup mahasiswa untuk dijadikan panduan kepada pihak pentadbiran universiti. tahap pembelajaran dan persekitaran sekolah. pengaruh rakan sebaya. Namun hasil dari dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor idola adalah subjek yang paling tinggi mempengaruhi pelajar. 2011). kerapuhan pegangan agama dalam kalangan masyarakat umum khususnya generasi muda dan sikap negatif terhadap jaringan komunikasi dalam masyarakat. faktor latar belakang keluarga. Dan seterusnya dapatan kajian merumuskan bahawa faktor latar belakang diri sendiri paling mempengaruhi remaja terlibat dengan masalah sosial yang merupakan faktor dalaman.1 Faktor Keruntuhan Akhlak dan Disiplin Pelajar.

namun konflik yang terjadi di antara ibu bapa juga menjadi faktor utama. intelek. mendorong minat pembelajaran. soal jawab. Kefahaman dari segi amalan perlu diterapkan secara serius sehingga pelajar itu betul-betul mahir (Abdul Halim Muhammady 1986). Halim Tamuri dan Khairul Azman (2010) telah membincangkan di dalam kajian mereka mengenai amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkesan dan beberapa komponen teras kesediaan yang perlu ada pada setiap guru Pendidikan Islam. membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-nilai Islam serta membina rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. Perbincangan ini berasaskan kepada konsep “Mualim”. Selain daripada itu. didikan yang sempurna dan betul dan lain-lain. berfikir dengan cara Islamik. Guru juga seharusnya sedar bahawa selepas waktu persekolahan murid akan berhadapan dengan masyarakat secara lebih luas dan tiada kawalan. Kajian ini seterusnya menjelaskan bahawa guru seharusnya sedar dan peka terhadap amalan murid setelah pengetahuan diserap kepada pelajar. Namun di antara faktor yang mempengaruhi amalan dan nilai yang diterapkan lebih menunjukkan pengaruh keluarga adalah memainkan peranan penting (Baharom et al. Aziz (2010) menjelaskan mengenai peranan bapa dalam mempengaruhi pembangunan sahsiah pelajar diperingkat remaja dari segi tanggungjawab . Sementara itu. dan personaliti sebagai guru Pendidikan Islam. Hasil utama kajian menunjukkan bahawa kaedah-kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam adalah kaedah nasihat.4 Peranan Pendidikan Islam. bercerita dan lakonan. Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai 4 komponen asas yang menjadi syarat sebagai “Mualim” berkesan iaitu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. keluarga dan masyarakat. motivasi. Amla Salleh dan Abd. aplikasi kaedah-kaedah ini berkesan kepada kepelbagaian tingkah laku dan sahsiah pelajar di antaranya. hafalan. rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. nasihat dan latih-tubi. penguasaan ilmu. Maka beberapa cadangan diberikan bagi menangani konflik tersebut seperti curahan kasih sayang yang secara menyeluruh.7. dalam kajian ini mendapati pengajaran guru-guru perempuan lebih berkesan daripada guru-guru lelaki (Maimun & Roslan 2005). membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran Islam. menyediakan suatu peruntukan masa yang cukup kepada mereka (remaja). 7. Guru dan Ibu bapa. Seterusnya diteliti kajian mengenai peranan Pendidikan Islam dalam membentuk personaliti pelajar yang mencakupi aspek emosi. 2008). Akibatnya lahirlah beberapa kesan negatif kepada remaja yang membawa masalah sosial yang tinggi. Pendidikan Islam disekolah dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pendekatan dan kaedah bagi menarik minat dan kecenderungan terhadap amalan agama dan penghayatannya. Seterusnya tinjauan berkenaan peranan Pendidikan Islam dan guru dalam beberapa perspektif dikenal pasti. memperbaiki perangai dan akhlak mereka.3 Konsep dan Pendekatan Pendidikan Islam. Di antaranya ialah peranan guru membina watak seseorang pelajar itu dan menjadi guru yang berkualiti. Seterusnya Kajian yang telah dijalankan dibeberapa buah sekolah di brunei bagi mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang paling popular yang selalu digunakan oleh guru-guru agama dan juga untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. didisplin. Kajian ini mendapati beberapa kaedah pengajaran yang popular dan kerap digunakan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam iaitu kaedah penerangan. rasa hormat. Bertepatan dengan dapatan kajian di atas satu kajian yang dibuat oleh Sapora Sipon (2008) iaitu menjelaskan berkenaan peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja adalah paling penting. Di antaranya Ismail Abas (2007) menjelaskan beberapa item yang menunjukkan peranan guru dalam menghadapi gagasan 2020 dari gagasan yang ketujuh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman mengenai pengetahuan Pendidikan Islam adalah tinggi namun pelaksanaan nilai dalam kehidupan harian mereka adalah di tahap sederhana.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan etika ini adalah tinggi terhadap rakan sejawat dan seterusnya kepada ibu bapa.5 Persepsi Pelajar dan Guru Syed Najmuddin (2009) dalam Kajiannya telah menjelaskan persepsi pelajar terhadap kepimpinan guru Pendidikan Islam di MRSM.6 Konsep Pelaksanaan Proram j-QAF.ketua keluarga. 90 orang pelajar telah terlibat sebagai sampel kajian yagn diambil secara rawak berkelompok. guru. sedang berkhidmat di sekolah rendah seluruh negara dan 40 orang pensyarah j-QAF yang bertugas di institut perguruan. Sampel terdiri daripada 834 orang guru j-QAF yang sedang mengikuti pengajian secara KDC. 7. pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar adalah secara positifnya tinggi dan bagi mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah suatu mata pelajaran yang penting (Othman 2008). Rafidah (2009) telah membuat kajian dalam menjelaskan kaedah pelaksanaan j-QAF dan penguasaannya di Sk Seri Laksamana Masjid Tanah Melaka. mengawas disiplin murid. . 1011 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini yang menggabungkan 10 buah MRSM diseluruh negara. menceriakan bilik darjah dan menganggotai ahli jawatankuasa. masyarakat dan negara. ketepatan masa dan penyempurnaan tugasan institut agak rendah. Kajian dibuat di atas dasar menguji tahap keberkesanan program tersebut serta mendapatkan pandangan dan persepsi jabatan pendidikan. Dan penilaian kepada seluruh aspek yang dinilai di atas adalah pada tahap yang tinggi. Seterusnya Azhar dan Nor Syakirah (2007) di dalam kajian mereka telah menjelaskan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap tanggungjawab pelaksanaan etika profesion perguruan. tahap pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam. peratusan min bagi menilai tahap penilaian kajian. Seterusnya kajian berkaitan status pelaksanaan program j-QAF di institut perguruan juga dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. menyediakan pentas bagi acara rasmi. Penilaian tersebut terbahagi kepada beberapa perkara iaitu imej dan personaliti guru Pendidikan Islam. Penilaian ini disokong dengan Kajian yang menjelaskan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dalam pembangunan pendidikan mereka disekolah. Guru pelatih menyatakan terdapat tugas-tugas tambahan seperti guru ganti. Penggunaan model asuhan bapa digunakan sebagai asas pengukuran di dalam borang soal selidik. jangka masa kursus program j-QAF perlu disemak semula. murid dan ibu bapa terhadap pelaksanaan program tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar berkaitan dengan pelaksanaan program j-QAF disekolah tersebut pada keseluruhannya adalah tinggi. Seramai 62 orang guru Pendidikan Islam di kawasan Johor Bahru terlibat sebagai responden dalam kajian ini. pencapaian akademik pelajar dan juga pandangan pelajar bagaimana tahap komunikasi bapa dengan mereka. namun tidaklah kerap sangat dilaksanakan (Ghazali 2007). kepimpinan guru Pendidikan Islam serta bagaimana tahap kemahiran interaksi mereka dengan pelajar. Seramai 132 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Beberapa kajian telah dibuat menjelaskan dasar pelaksanaan program j-QAF di sekolah kebangsaan di seluruh negara. menjaga kebersihan sekolah. Mereka juga dapat menguasai kemahiran yang di ajar pada tahap sederhana tinggi. Guru j-QAF harus mempertingkatkan komitmen mereka kerana min item yang berkaitan dengan kepatuhan terhadap tugasan. Modul yang dibekalkan dapat membantu pensyarah melaksanakan tugas pengajaran kepada guru jQAF. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bentuk kekerapan. Seramai 468 pelajar digunakan dalam sampel kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pensyarah jQAF menyatakan pemilihan guru j-QAF adalah memenuhi kriteria yang ditetapkan. 7.

Tahap kebolehan membaca al-Quran berdasarkan jantina juga dinilai dalam kajian ini berdasarkan skor markah yang diperolehi. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pelajar berminat mengikuti aktiviti Kem Bestari Solat ini dengan baik. . kemahiran dan penghayatan Islam melalui modul khatam al-Quran dan Kem Bestari Solat bagi memantapkan akidah. Namun 0. Program dakwah jQAF merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu. Dapatan kajian 81% murid tahun enam telah menguasai bacaan al-Quran pada tahap memuaskan dan selebih menguasai mengikut bacaan guru. Seramai 3443 pelajar telibat dalam kajian ini. 8. Proses pendidikan melalui program dakwah j-QAF ini dapat digambarkan seperti rajah berikut.0 KERANGKA TEORITIKAL Model program dakwah j-QAF adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji sebagai hamba Allah. alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.78% murid tidak dapat menghabiskan sukatan khatam al-Quran ini. Fairus (2011) menjelaskan mengenai tahap pencapaian Literasi al-Quran pelajar yang melalui Program Khatam al-Quran j-QAF. masyarakat. Seramai 309 orang guru j-QAF di Selangor terlibat sebagai responden di dalam kajian ini.Kajian mengenai beberapa program dakwah j-QAF juga telah dilaksanakan dengan mengambil sebahagian dari program tersebut seperti Asmawati dan Lokman (2009) mengkaji mengenai keberkesanan pelaksanaan Kem Bestari Solat j-QAF yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. ibadah dan akhlak dalam membentuk sahsiah terpuji dan dapat membangunkan diri.

khususnya Bahagian Pendidikan Islam. Dapatan dari persepsi ini juga dapat memberi maklumat kepada guru Pendidikan Islam dan j-QAF mengenai proses dakwah disekolah serta dapat menilai tahap pengajaran yang telah mereka laksanakan disekolah.0 SIGNIFIKAN KAJIAN Penemuan daripada hasil kajian ini diharapkan dapat menunjukkan tahap keberkesanan program j-QAF di Daerah Jerantut. Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sumber rujukan untuk mengislahkan program dakwah dalam Pendidikan Islam agar tahap keciciran pelajar Islam mengenai pengetahuan agama mencapai tahap “sifar cicir”. Pengkaji juga cuba untuk mengetahui persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta pegawai pelajaran daerah terhadap pelaksanaan program dakwah j-QAF di sekolah rendah.0 KESIMPULAN . Kajian ini seterusnya boleh memberi input yang sangat berguna kepada warga jabatan.Rajah 1 : Model Program Dakwah j-QAF (Diubahsuai dari Falsafah Pendidikan Islam) 9. 10. Pahang.

Ali Suradin. Chua. Universiti Teknologi Malaysia. Zahara Aziz. 43-56. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Keadaan ini adalah disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri. Journal Of Islamic And Arabic Education 1(1) 15-28. Aswati Hamzah. 2008. Ab. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Nor Salis Samingan. Zuria Mahmud & Abd. Universiti Teknologi Malaysia. Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. 2007. 2006. Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan.Bhd. RUJUKAN Al-Quran. Tahap Pencapaian Murid-Murid Tahun Enam Dalam Modul Khatam AlQuran j-QAF Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan. Pengetahuan umat Islam yang terlalu lemah terutamanya pengetahuan agama Islam itu sendiri. Za’aba Helmi Khamisan. Adibah Mat Jusoh. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 9-17. Universiti Terbuka Malaysia. . 2005. Azhar Ahmad & Ab. Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib. Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Bertapa dahsyatnya pengaruh yang dibawa oleh musuh Islam terutamanya pengaruh media massa dari barat yang telah membawa satu budaya songsang menjelajahi negara umat Islam. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Fakulti Pendidikan. pendidikan awal umat Islam adalah satu usaha yang sangat perlu diambil berat kerana ia merupakan pembentukan asas dan teras yang kukuh kepada umat Islam dalam menghadapi cabaran global yang hanya mendidik manusia mengejar kepada kemajuan keduniaan semata-mata. Tesis Dr. Faktor Pendorong Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pelajar Islam Fakulti Pendidikan. 2010. sepatutnya tidak wujud umat Islam yang buta huruf dalam membaca al-Quran terutamanya manusia di zaman ini yang telah mempunyai pelbagai alat dan cara untuk memudahkan pengusaan al-Quran. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia. . Journal Of Islamic And Arabic Education 2(1). Fairuz Samsudin. 2008. Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Melayu. Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Tanggungjawab Pelaksanaan Etika Profesion Perguruan. 2011. Para ulamak dan cendikiawan Islam sedar sesungguhnya peranan pendidikan dalam gerakan dakwah Islam adalah pendekatan yang paling utama dan secara menyeluruhnya dakwah itu adalah pendidikan.Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja umat Islam seluruh dunia semakin membimbangkan. Azhar Muhammad & Nor Syakirah Samsuni. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Jesteru itu. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Johari Sihes. Abdul Rahim Hamdan. Aziz Mahyuddin. Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia. Jamaluddin Ramli. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. Tesis Sarjana Pendidikan. Pengetahuan dan pengamalan solat amatlah penting kepada pembentukan jati diri yang teguh dalam kalangan kanak-kanak Islam. Baharom Mohamad. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia. 2009. 2010. Journal Of Islamic And Arabic Education. Amla Salleh. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Fal. Begitu juga dengan kemahiran membaca al-Quran. Yan Piaw. Halim Tamuri. Fakulti Pendidikan Dan Bahasa. Tesis Sarjana Muda Sains serta Pendidikan. 2010. 2010.

Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jaffary Awang. Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak. Sapora Sipon. volume 1 Mac 2011. 2007. Sabri Mamat. 2009. 2007. Kumpulan Kajian Dunia Melayu & Islam Institut Alam dan tamadun Melayu (ATMA). Isahak Othaman. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Maimun Aqsha Lubis & Roslan Aspar. Melaka. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 93 – 109. 2009. 2007. Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran 2020. Khalim zainal & wan zulkifli wan hassan. Othman Napiah & Munada Mohamad Rodi. Selangor. Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan. 2011. Mohd Kashfi Mohd Jailani. 2010. Peranan Psikologi Dalam Masyarakat Malaysia Semasa. Ab. Pages 115-140 / ISSN: 2231-735X . 2011. Journal of Education Psychology & Counseling. Sosialisasi Agama Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Di Selangor. Dlm. 2007. 2009. Jilid 10. Rafidah Muhamad Noor. Kaedah Pelaksanaan Program j-QAF Dan Penguasaannya Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana. Kamaruddin Salleh. Mohd. 2005. Syed Najmuddin Syed Hassan. Hairunnizam Wahid. Kamarulzaman Abdul Ghani. Kementerian Pelajaran Malaysia. 141-150. Journal Of Islamic And Arabic Education 1(2) 2009. Masjid Tanah. Melaka. Selangor Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Selangor. 1-14. Rozmi Ismail. Ab. Sarimah Mokhtar. Pelaksanaan Program j-QAF Mengikut Persepsi Pensyarah dan Pelajar. Jilid 10. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Diselangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam. 2009 31-50.edu. Pendekatan Islam Dalam Menangani Masalah Disiplin Tegar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Satu Kajian Kes. 2009. Journal of Islamic and Arabic Education 1(2).my Ismail Abas. http://www. Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Jabatan Kemajuan Negeri Cawangan Sabah. 1999. 2009.bpi. Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam Di Brunei Darussalam. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Pendidikan 30. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. Gjat | December 2011 | Vol 1 Issue 1 Issn : 2232-0474 | E-Issn : 22320482. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. Halim Tamuri. Halim Tamuri. Sungai Lereh.Ghazali Darusalam. Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja.