You are on page 1of 5

ELEMEN 1 : MENGUMPUL FAKTA SEJARAH ELEMEN 2: MEREKOD FAKTA SEJARAH SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin

mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya .[isikan]... dan ..[isikan] yang telah memberi sokongan moral, bimbingan, tunjuk ajar dan sumber kewangan bagi membolehkan saya menjalankan Kerja Kursus Sejarah dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu .[isikan]. yang telah membimbing saya sepanjang projek yang dijalankan. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya untuk menjayakan kajian tempatan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan iaitu .[isikan].. dan..[isikan]. di atas dorongan dan kerjasama mereka. Mereka merupakan sumber motivasi kepada saya.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk Memenuhi matlamat pendidikan Sejarah yang menyepadukan unsur pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme. Selain itu, markah kerja kursus ini turut menyumbang kepada pemarkahan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tujuan saya menyiapkan kerja kusus ini juga untuk mengetahui tentang produk keluaran negara seperti makanan, pakaian, kraf tangan dan pertukangan.Saya akan dapat mengenali latar belakang Syarikat keropok lekor iaitu Best Food Industry termasuklah sejarah kewujudan, punca dan jumlah modal sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman, pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan, tujuan / kepentingan produk, serta keistimewaan / kelebihan / keunikan produk keropok lekor. Saya juga dapat memupuk rasa cinta dan bangga terhadap produk yang terdapat di negara kita. Saya turut dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul maklumat tentang kaedah / cara penghasilan keropok lekor termasuklah dari segi tenaga kerja,bahan yang digunakan,peralatan, proses kerja / peringkat penghasilan bahan, spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran serta kawalan mutu menghasilkan keropok lekor yang saya kaji. Selain itu, saya juga dapat merekod dan menganalisis maklumat yang berkaitan dengan keropok lekor Iaitu rangkaian pemasaran, pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan, kemajuan yang dicapai kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi keuntungan yang diperoleh, lambang identiti setempat, cabaran / masalah yang dihadapi, potensi produk serta perancangan masa hadapan syarikat. KAEDAH KAJIAN Beberapa kaedah kajian telah digunakan oleh saya untuk memperoleh maklumat kajian produk tempatan. Antaranya ialah kaedah temubual/lisan. Saya telah menemubual Puan Nadiah Binti Nazri di kilangnnya yang beralamat No. 33 & 37, Jalan Lumpit 10, Taman Teratai, 81100 Kangkar Pulai, Johor Bahru. Saya bertanyakan kepada beliau tentang keropok lekor yang dihasilkan oleh syarikat suami beliau. Selain itu juga juga menggunakan Kaedah Lawatan dan pemerhatian.Saya dan beberapa orang kawan iaitu ,..dan.. telah melawat ke kawasan kajian yang beralamat di . 33 & 37, Jalan Lumpit 10, Taman Teratai, 81100 Kangkar Pulai, Johor Bahru Pada 14 April 2012. Terakhirnya saya telah melayari laman web www.wix.com/otak-otakgelangpatah/bestfoodindustry untuk menambahkan maklumat bagi menyiapkan kerja kursus ini. HASIL KAJIAN MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN NAMA PRODUK Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah keropok lekor

KATEGORI Kategori produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan . NAMA PENGUSAHA / SYARIKAT / STATUS HAK MILIK Produk keropok lekor ini telah diusahakan oleh Encik Mohd Osman Bin Md Tap. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini mulai tahun 2009 sehingga sekarang. Encik Mohd Osman Bin Md Tap merupakan pemilik tunggal perusahaan keropok lekor ini. Status hak milik syarikat ini adalah hak milik tunggal. LOKASI Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 33 & 37, Jalan Lumpit 10, Taman Teratai, 81100 Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor. Ianya terletak kira-kira 25 kilometer daripada bandar Johor Bahru . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di pinggir bandar. LATAR BELAKANG SEJARAH KEWUJUDAN Perusahaan keropok lekor ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 2007. Ianya dilakukan oleh Encik Mohd Osman Bin Md Tap bersama isterinya. Keropok lekor yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan pasar tani atas permintaan daripada penduduk sekitar sahaja.

PUNCA DAN JUMLAH MODAL SAMA ADA PERSENDIRIAN / BERKONGSI / HASIL BANTUAN ATAU PINJAMAN Pada awal pengeluaran keropok lekor ini , Encik Mohd Osman Bin Md Tap hanya menggunakan wang simpanannya di bank iaitu kira-kira RM10,000.00 bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran keropok lekor. Beliau tidak memerlukan modal yang tinggi kerana hanya untuk membayar gaji beberapa orang pekerja sahaja. Sekitar tahun 2010 beliau telah mendapatkan bantuan daripada Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, FAMA, dan juga Jabatan Perikanan iaitu secara purata sebanyak RM 100,000 untuk membeli pelbagai mesin membuat keropok dan dapur. PENDAFTARAN PERNIAGAAN / LESEN PERNIAGAAN En. Mohd Osman Bin Md Tap telah mendaftarkan perniagaannya atas nama Best Food Indusrty pada 7 Mei 2009. Perniagaan ini akan tamat pada 7 Mei 2009. Nombor pentaftaran syarikat beliau ialah JM0543418-T. Lesen perniagaan ini diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beralamat Podium 4B & 5, Menara Ansar, 65, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor. TUJUAN / KEPENTINGAN PRODUK Syarikat Best Food Industry di bawah kendalian En. Mohd Osman, mengeluarkan produk keropok lekor ini adalah untuk memenuhi permintaan penduduk setempat. Selain itu, syarikat mengeluarkan keropok lekor ini juga untuk menjana pendapatan keluarga khususnya dan meningkatan ekonomi Negara umumnya. Produk ini juga menrupakan produk Halal yang boleh dinikmati oleh orang ramai tanpa was-was. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga dapat dikembangkan. Disamping memenuhi keperluan peniaga setempat/ tempatan yang menggunakan keropok lekor ini sebagai bahan jualan di pasar malam, produk ini juga dijual terus kepada orang ramai untuk dimakan di rumah masing-masing. Keropok lekor ini juga bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kedai runcit, gerai-gerai, warung-warung dan kedaikedai makan. KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN/ KEUNIKAN Keropok lekor keluaran tempatan ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tertentu. Keropok lekor ini berasaskan produk ikan sebenar yang mengandungi 80% ikan sebenarnya. Oleh kerana itu keropok lekor itu amat lembut di dalam dan ranggup di luar. Ikan yang digunakan adalah ikan segar yang diperoleh daripada nelayan-nelayan dari Pontian.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor keluaran syarikat ini boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Inilah keunikan keropok lekor yang dihasilkan oleh En. Mohd Osman Bin Md Tap.

KAEDAH/CARA PENGHASILAN TENAGA KERJA Syarikat ini mempunyai 10 orang tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk tempatan. 6 orang pekerjanya adalah wanita dan 4 lagi adalah lelaki. Pekerja syarikat ini masing-masing dibayar gaji antara RM800-RM1200 sebulan mengikut jawatan yang disandang. SENARAI BAHAN Bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor agak mudah didapati dan murah. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor adalah ikan Parang/Kembong, tepung sagu atau tepung kanji, garam, air dan air batu. Minyak sayuran dan Monosodium juga digunakan untuk menambahkan kelazatan keropok lekor. SENARAI PERALATAN Jikalau dahulu, keropok lekor dihasilkan menggunakan tangan semata-mata. Peralatan tradisional masih digunakan oleh syarikat ini untuk menampung penggunaan mesin. Antaranya papan gentel yang digunakan secara manual, mesin pemotong ikan, meja pengeringan, mesin vakum dan juga alat pembukusan. Syarikat Best Food Industry, menggunakan pelbagai mesin untuk menghasilkan keropok lekor keluaranya. Antaranya ialah mesin membuang tulang, mesin mengisar ikan, mesin mengadun, mesin membentuk, mesin membulat, mesin mengadun dan mesin memasak keropok lekor. Selain penggunaan mesin yang serba canggih, periuk yang besar juga digunakan untuk merebus dan juga dapur. PROSES PERINGKAT PENGHASILAN Bagi menghasilkan keropok lekor yang enak, kita memerlukan proses peringkat penghasilan yang betul. Mulamula ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Asingkan tulang ikan ini dengan menggunakan mesin ataupun secara manual. Kemudian, tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Boleh juga menggunakan mesin mengisar ikan. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal.Uli secara manual ataupun menggunakan mesin mengadun. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder dan uli serta digentel panjang bertali. Gunakan mesin khas iaitu mesin membulat keropok lekor dan mesin membentuk keropok lekor. Potong keropok lekor yang telah siap secara memanjang ataupun pendek mengikut permintaan semasa. Terakhirnya, jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis. Apabila telah sejuk, bolehlah dibungkus untuk dipasarkan atau disejukbekukan. SISTEM PEMASTIAN KUALITI DALAM PENGENDALIAN PEMPROSESAN DAN PENYEDIAAN KEROPOK LEKOR Kebersihan dan sanitasi adalah aspek penting dalam penyediaan makanan bagi menentukan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Penyediaan makanan dalam keadaan yang tidak bersih boleh menimbulkan berbagai masalah seperti keracunan makanan. Walaupun industri keropok ini diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusaha tempatan, sewajarnya pengetahuan tentang kebersihan dan sanitasi tidak boleh dianggap ringan. Oleh itu semua yang terlibat dalam pemprosesan dan penyediaan keropok ini perlu didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan kebersihan dan sanitasi agar keropok yang dihasilkan adalah bersih dan selamat daripada pencemaran. PERKEMBANGAN PRODUK PENGIKTIRAFAN / SAMBUTAN DARIPADA PENGGUNA / PENGHARGAAN Semua orang tahu keropok adalah sejenis makanan berasaskan ikan yang paling popular di negeri Terengganu tetapi sebenarnya seluruh Malaysia suka akan keropok lekor. Keropok lekor akan dimakan sebagai hidangan minum petang. Oleh sebab itu keropok lekor mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk tempatan. Buktinya, syarikat ini mengeluarkan keropok lekor 1 tan sehari.

KEMAJUAN YANG DICAPAI (KAPASITI/ TEKNOLOGI/ KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEH)

Berniaga keropok lekor sememangnya tidak merugikan pengusahanya. Begitu juga dengan En. Mohd Osman Bin Md Tap. Syarikat beliau mengeluarkan 1 tan keropok lekor sehari. Permintaan terhadap keropok lekor bukannya sekadar penduduk sekitar tetapi permintaan juga sehingga ke Negeri Sembilan. Manakala peralatan yang digunakan adalah berteknologi tinggi. Hal ini demikian, menyebabkan keropok lekor yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan mengurangkan tenaga manusia. Antaranya, semasa proses membancuh yang menggunakan mesin mengadun. Manakala, proses memotong ikan juga menggunakan mesin. Proses pembungkusan juga menggunakan mesin. Menghasilkan produk tradisional tempatan seperti keropok lekor memberikan pendapatan lumayan. Keuntungan yang diperolehi sekitar RM6000 sehari. Sebulan, keuntungan yang diperoleh adalah RM154,000.00.

CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI Masalah utama yang dihadapi pengusaha keropok ini ialah dalam mendapatkan bekalan ikan. Ini kerana wujud masalah dari segi harga ikan yang mahal dan kesukaran untuk memperolehinya secara berterusan. Ia mungkin terjadi kerana faktor cuaca yang menyukarkan nelayan ke laut dan seterusnya menjejaskan bekalan ikan. Selain itu, syarikat Bumiputera ini agak kecil dan tergolong dalam IKS, masalah yang dihadapi adalah terpaksa bersaing pengeluar lain yang lebih besar yang terdapat di Skudai, Mersing, Pontian dan lain-lain kawasan. Masalah yang seterusnya adalah kadang kala permintaan terhadap keropok lekor juga berkurangan. Hal ini berlaku kerana ekonomi negara yang semakin merosot.

PERANCANGAN MASA DEPAN Syarikat Best Industry mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk memperbesar perniagaannya. Jika boleh, beliau membina kilang keropok lekor yang akan dikenali di seluruh negara. Jikalau perniagaan diperbesar, pasaran juga akan dapat diperluaskan hingga luar dari negari Johor. Harapan lain adalah dapat mencapai target jualan ke tahap maksima dan mendapat keuntungan yang maksima. Keropok lekor tradisional ini juga akan dipertingkatkan kualitinya dan diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan trend pasaran masakini. Keropok lekor sekarang lebih pendek seperti sosej yang mana lebih senang dimakan dan mesra pengguna. Keropok lekor juga boleh disimpan sejukbeku.Pengguna hanya perlu memanaskannya sebelum dimakan. Inilah perancangan masa depan syarikat ini. RUMUSAN Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk tempatan yang dikeluarkan oleh rakyat negara kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai produk negara kita dengan tidak mengagung-agungkan produk luar negara.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan produk tempatan.Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia.

ELEMEN 3: PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

You might also like