1.

0

DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.

Bidang ini disebut juga oleh

kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : “ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. 1

Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

2

2.0

DEFINISI FONETIK Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan

Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri. Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

3

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4

1982:29). manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.0 DEFINISI BAHASA Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa. Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. tekanan dan jeda. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain. ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Pada aspek keindahan pula. seseorang itu 5 . kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Apabila seseorang itu berbicara. ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka. diperoleh malah dihalangi. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. menyampaikan ilmu. benci dan lain-lain. tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari.3. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi. marah. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Berbeza dengan kebolehan berjalan. kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain. kasih sayang. mencipta keindahan. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri.

menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. 6 . Bagi menyampaikan ilmu. puisi.

bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. rongga takak dan mulut atau hidung atau keduaduanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. mereka saling memahami perkara yang dituturkan. kitar suara. 7 . Alat artikulasi adalah alat-alat atau organorgan yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Ini kerana apabila dua orang bertutur. 3. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.2 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pada hakikatnya. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak. bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Bunyi Bahasa Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang. Oleh itu. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna.

14. 16. 6. 2. 5. 18. 15. 9. 17. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 8. 4. 12. 7.3 Fungsi Alat Pertuturan Lidah 8 . 13. 10. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut : 3. 19.1. 20. 3.

Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bahagian hadapan lidah. • Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. iaitu bunyi vokal hadapan. tengah lidah. • Lelangit 9 . Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. dan belakang lidah. tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal. iaitu hujung lidah. Lidah terbahagi kepada empat bahagian. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. • Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. hadapan lidah. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. tengah dan belakang.

10 . Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup. bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. • Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Apabila dinaikkan. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.

4.0 BUNYI VOKAL 11 .

satu vokal tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ]. Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut : 12 . Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah. tetapi di dalam pertuturan.o dan u } dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε. [ o ] dan [ ‫. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis. [ε ]. tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah. e. [ e ]. terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan. Terdapat lapan bunyi vokal. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Garisgaris melintang menunjukkan ketinggian lidah. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. i . Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut. iaitu [ i ] . iaitu enam vokal asli { a. dan [ a ]. Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. ] כ‬ Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard. manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.dan ‫.Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Kata depan. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.} כ‬ Terdapat empat vokal depan.

taugeh. logo ‫כ‬rang. lima əmak. tεlor anak. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. boleh. lalu otak. bətul Udang. εlok.0 BUNYI KONSONAN. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. sekatan dan geseran sama ada di 13 . akhir kata ) Ikan. vokal dapat dilihat seperti berikut: Carta Vokal Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah. Kedudukan vokal- 5. bosan. b ‫כ‬leh.Nama Vokal g Vokal depan sempit Vokal depan separuh sempit ( e taling ) Vokal depan separuh luas Vokal depan luas Vokal tengah ( e pepet ) Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh Sempit Vokal belakang separuh luas Lamban [i ] [e] [ε] [a] [ə] [u] [o] [‫]כ‬ Contoh (awal .tengah. bila. kail Ekor. butang. masa. Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi – bunyi ini akan menerima sempitan.

Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan.bahagian rongga mulut. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Bunyi Konsonan Melayu Asli Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu: [p] [b] [t] [d] [k] [g] [ʔ] [č] [ǰ] [s] [r] [h] [l] [m] [n] [ŋ] [ɲ] [w] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara Konsonan letusan lelangit keras bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran glotis bersuara Konsonan geseran sisian gusi bersuara Konsonan sengau dua bibir bersuara Konsonan sengau gusi bersuara Konsonan sengau lelangit lembut bersuara Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara Separuh vokal dua bibir bersuara 14 . tekak atau hidung. bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan. misalnya apabila menyebut konsonan sengau.

Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu: [f] [v] [θ] [ŏ] [z] [š] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara [x] [γ] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan. Daerah Artikulasi Gusi Cara Dua Lelangit Lelangit Gusi Lelangit Penghasilan Bibir Keras lembut Keras Letupan p b t d k g Letusan č ǰ Geseran s Getaran r Sisian l Sengauan m n ɲ Ŋ Separuh w J Pita Suara ʔ h 15 .[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara 2.

3. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 16 . Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]. 3. Pita suara dirapatkan. 2. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].Vokal 5.1 Konsonan Letupan (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] Cara membunyikannya: 1. (b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p]. Bezanya ialah: 1. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Pita suara direnggangkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

(d) Konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. Bezanya ialah: 1. 3. 2. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta. 5. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] Cara membunyikannya: 1. Pita suara direnggangkan. Pita suara dirapatkan. 17 . Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 2. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. 6.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Pita suara direnggangkan. 6. 3. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].3. (e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] Cara membunyikannya: 1. 2. 4. 18 . 5. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Pita suara dirapatkan. 5. 6. Bezanya ialah: 4.(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k]. (g) Hentian glotis [ʔ ] 19 .

Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara 20 .Cara membunyikannya: Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan dinaikkan ke belakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari peparu ke rongga hidung. Manakala pita suara pula diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di belakang pita suara.

21 . 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. 2.5. 3. 4.2 Konsonan Letusan (a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] Cara membunyikannya: 1. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Bezanya ialah: 1. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. (b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ǰ ] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [č]. 6. Pita suara direnggangkan. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [ǰ]. Pita suara dirapatkan. 5.

Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan.5. 22 . arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. lalu terhasillah bunyi ( s ).3 Konsonan Geseran (a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Cara membunyikannya: Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r ). lidah bergetar.5. 23 .4 Konsonan Getaran (a) Konsonan getaran gusi bersuara [r] Cara membunyikannya: Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.

Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l ) 24 .5 Konsonan Sisian (a) Konsonan sisian gusi bersuara [l] Cara membunyikannya: Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat.5. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

arus udara akan menggetarkan pita suara dan akan masuk ke rongga mulut seterusnya ke rongga hidungakan menghasilkan bunyi [m].6 Konsonan Sengauan ( nasal ) Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu. bibir bawah akan dirapatkan untuk membuat sekatan udara. Perbezaan yang berlaku pada keempat – empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan manakala pita suara akan dirapaatkan. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. 25 .5. Contohnya adalah :(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] Cara membunyikannya: Semasa udara dari peparu dikeluarkan.

Ini akan menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n] Cara membunyikannya: Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang dirapatkan dan terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung lidah dinaikkan ke atas gusi untuk membuat sekatan udara. 26 .

27 .(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] Cara membunyikannya: Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [ŋ] adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung.

28 . Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Pita suara dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ ].(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ ] Cara membunyikannya: Depan lidah dianakkan ke lelangit keras.

5.7 Separuh Vokal (a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Cara membunyikannya: 29 .

(b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Cara membunyikannya: 30 .Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut akan dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga hidung. Pita suara pula akan bergetar dan lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal tengah [ə].udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut.

31 . Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang nak tekak. Pita suara di getarkan sambil lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal [ə].Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

0 BUNYI DIFTONG Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata. yang pertama mengikuti yang kedua. Manakala dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au. ai ) seperti yang digambarkan dengan gambarajah di bawah :- Tengah Hadapan sempit Belakang i e ε a (a) (b) u (c) o ‫כ‬ Separuh sempit Separuh luas luas (a) (ai) (b) (au) (c) (oi) PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].6. 32 . Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir dalam konteks yang sama. oi. yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.

bibir yang mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. 33 . lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i]. Semasa dihasilkan. Contoh [amboi]. bibir yang mula-mula dihamparkan. Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi].Diftong yang kedua pula ialah [ai]. kemudiaannya dibundarkan pula. Contoh [pulau]. Pada ketika ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u].

my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan. Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.com. ii. www. Psikologi Pendidikan.RUJUKAN i. vi.hm 34 . Pendekatan Kontemporari.” Selangor: Synergymate Sdn. 2004. “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi. Oxford Fajar Sdn. Awang Sariyan (1995). Selangor. Masudi Bahari. Karyanet. Kuala Lumpur. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. iv. McGrawHill Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 2004. vii.com. Universiti Pendidikan Sultan Idris.karyanet. Bhd. Bhd iii. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. Jurnal.ship. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1.htmlhttp://www.karyanet. viii. 2008. Dr Ali Mahmood. Siti Hajar Abdul Aziz. Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Onn. Nik Safiah Karim dan Farid M. Dawarna Sdn Bhd. Pengantar Linguistik Am. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Bhd. v.my http://www.edu/~cgboeree/bandura. Meteor Doc Sdn.

pdf 35 .ix. http://www.e-learn-dot.htm http://www.tutor.com.com/downloadcorner/PDF/bm_training.my/stpm/fonologi/Fonologi. x.

kita dituntut menguasai bahasa asing. akan terpancarlah `jati diri asing'. bahasa ekonomi. Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan merealisasikan Wawasan 2020. akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. bahasa sosial dan bahasa peradaban moden. bahasa pentadbiran. kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting. Oleh itu. Sebaliknya. ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Bahasa yang membentuk sebuah bangsa Malaysia ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu kerana “bahasa jiwa bangsa”. untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Satu Bangsa. Jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan. tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing.TRANSKRIP ASAL Satu Bahasa. 36 . selain wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa kebangsaan. Walaupun. jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing. Lantas. Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam segenap bidang. Bahasa sangat berdaulat kerana boleh membentuk jiwa dan jati diri kebangsaan. akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa Malaysia.

37 .

22200 KAMPONG RAJA. TERANGGANU. KG SEBERANG LIMBONGAN.BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah : MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR : 1 JANUARI 1988 : 22 : BUJANG : 1243 LRG MURNI. Negeri Pekejaan : TERANGGANU : PELAJAR (BAKAL GURU) institut / Universiti: INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU 38 .

[# sɔ bahasɔ # sc baŋsɔ # ̃] bahasɔ məlayu səbab bahasɔ ǰiwɔ baŋsɔ #] [# bahasɔ saŋãt bədaṵlat səbab ͂ bahasɔ məbetu? ǰiwɔ dƐ ǰati diɣi kəbaŋsaƐ #] ͂ [# kalu səluruh ra?jat məlajsia tɔ? kirɔ bezɔ asal-usul mendaṵlatkƐ ͂ [# bahasɔ məbetu? səbuɔh baŋsɔ məlajsia ialah bahasɔ kəbaŋsaƐ iaitu ͂ ͂ bahasɔ kəbaŋsaƐ # mãkɔ nãpɔ? Čitrɔ dƐ kəpəribadiƐ kitɔ səbagai sc baŋsɔ məlajsia #] [# kalu kitɔ daṵlat bahasɔ-bahasɔ asiŋ # mãkɔ kitɔ ni jati diɣi asiŋ ͂ walaṵpon kitɔ ŋãǰi kot bahasɔ asiŋ tapi ǰaŋƐlah sampai ǰiwɔ dƐ pemĩkirƐ kitɔ alah kot bahasɔ asiŋ #] [# nĩ bukƐ budaja baŋsɔ mãǰu #] #] [# ǰadi čačatlah pəmbentukƐ ǰati diɣi kitɔ səbagai baŋsɔ mãlajsia #] [# bahasɔ pətadbirƐ # bahasɔ ekonomi # bahasɔ sosial # dƐ bahasɔ pəradabƐ moden #] [# ǰadi bahasɔ kəbaŋsaƐ pətiŋ səbagai wadah təpətiŋ selain wadah ͂ pədidikƐ dƐ kəbudayaƐ kəbaŋsaƐ bagi məbətu? kəpəribadiƐ baŋsɔ məlajsia ͂ ͂ #] [# mãkɔ tələta?lah pəranƐ̃ bahas ɔ kəbaŋsaƐ dalƐ [# bahasɔ kəbaŋsaƐ ǰugɔ maen peranƐ dalƐ baɲa? bidaŋ # pa dalƐ ͂ ͂ mərialisasikƐ wawasƐ duwɔ puloh duwɔ puloh #] [# Kalu kitɔ abaḭ pəranƐ̃ d Ɛ ͂ kəpətiŋƐ̃ bahas ɔ kəbaŋsaƐ makɔ kitɔ ni təgəlicir daripadɔ gabak pəbətukƐ ͂ bahasɔ kitɔ sediri #] račaŋƐ̃ 39 .

40 .

41250 KLANG.BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah : ABDUL FATAH BIN ABDULKHAIR :23 APRIL 1988 : 22 : BUJANG : LOT 3542 KAMPUNG DELEK KANAN. SELANGOR Negeri Pekerjaan : SELANGOR DARUL EHSAN : PELAJAR (BAKAL GURU) Institut / Universiti : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU 41 .

[# Satu bahasə # satu baŋsə #] kəbaŋsaan iaitu bahasə mẽlayu keranə͂ bahasə jiwə baŋsə #] [# bahasə saŋat bərdaulat kəranə͂ boləh məmbəntu? jiwə dan ǰati diri kəbaŋsaan #] ͂ [# bahasə yang məmbəntu? səbuah baŋsə məlajsiə ialah bahasə ͂ ͂ məndaulatkan bahasə kəbaŋsaan akan tərzahirlah citra dan kəpəribadian kitə ͂ bahasə asiŋ akan tərpančarlah jati diri asiŋ#] [# lantas akan tərənčatlah pəmbəntu?kan jati diri kitə səbagai bangsə məlajsiə #] [# Walaṵpun kitə ͂ ͂ dikuasai oleh bahasə asiŋ #] [# ini bukanlah budayə bangsə yang maju #] dituntut məŋuasai bahasə asiŋ tətapi jaŋanlah pulə jiwə dan pəmikiran kitə ͂ ͂ ͂ [# bahasə kəbaŋsaan jugə bərpəranan səbagai bahasə elmu͂ dalam ͂ [# jikə səluruh ra?jat məlajsiə tanpə meŋirə pərbezaan asal-usul ͂ ͂ səbagai satu baŋsə malajsia #] [# səbali?ɲə͂ jikə kitə məndaulatkan bahasə͂ ͂ səgənap bidaŋ # bahasə pəntadbiran # bahasə ekonomi # bahasə sosial # ͂ ͂ dan bahasə pəradaban moden #] [# oleh itu kəpəntiŋan bahasə kəbaŋsaan ͂ ͂ səbagai wadah tərpənting selain wadah pəndidikan dan kəbudayaan kəbangsaan # untuk məmbentu? kəpəribadian bangsə məlajsiə #] ͂ ͂ [# di sini tərləta?ɲa͂ pəranan bahasə kəbaŋsaan dalam rančaŋan merialisasikan wawasan duwə puloh duwə puloh #] [# səkirəɲə͂ kitə ͂ məŋabaikan pəranan dan bahasə kəbaŋsaan # ini bermaknə͂ kitə telah ͂ ͂ ͂ tərgəlinčir daripadə gəraba? pəmbəntu?kan bangsə məlajsiə itu sendiri #] ͂ 42 .

43 .

BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat : ZUL HAKIM BIN IBRAHIM : 26 OKTOBER 1989 : 21 : BUJANG : NO. PULAU PINANG. 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA. Negeri Pekerjaan : PULAU PINANG : PELAJAR Institut / Universiti: INSTITUT JEPUN-MALAYSIA (JMTI) 44 . 212 PEMATANG TINGGI B.

[# Satu bahasa # satu baŋsa #] [# bahasa yang məmbəntu? səbuah baŋsa məlajsia adalah bahasa ͂ ͂ kəbaŋsaan iaitu bahasa mẽlayu səbab ia adalah bahasa jiwa baŋsa #] [# bahasə mẽmãŋ bərdaulat səbab ia buləh məmbəntu? jiwa dan ǰati diɣi ͂ kəbaŋsaan #] məndaulatkan ͂ [# kalaṵ semũa oɣaŋ məlajsia ta? kiɣa pərbezaan asai-usui depa ͂ bahasa kəbaŋsaan jadi akan tərzaherlah citɣa dan kəpƐribadian kita səbagai baŋsa məlajsia #] [# tapi kalaṵ depa məndaulatkan ͂ ͂ bahasa-bahasa asiŋ mẽmãŋ akan tərpančarlah jati diɣi asiŋ #] [# səbab tulah tərənčat jati diɣi kita səbagai oɣaŋ məlajsia #] [# Walaṵpun kita dituntut ͂ məŋuasai bahasa oɣaŋ lua? tapi jaŋanla sampai jiwa dəŋãn kita puɲã pala ͂ ͂ ota? kita dikuasai oleh bahasa oɣaŋ lua? #] [# ni bukanɲã budaya bangsa yang maju #] səgənap bidaŋ # bahasa pəntadbiɣan # bahasa ekonomĩ # bahasa sosial # ͂ ͂ dəŋãn bahasa pəɣadaban moden #] [# səbab tulah kəpəntiŋan bahasa ͂ ͂ kəbaŋsaan ni səbagai wadah tərpənting selain daɣipada wadah pəndidikan məlajsia #] ͂ [# bahasa kəbaŋsaan juga bəpəɣanan səbagai bahasa elmu͂ dalam ͂ dan kəbudayaan kəbangsaan # bagi məmbentu? kəpəɣibadian bangsa ͂ [# kat sinila tərləta?ɲa͂ pəranan bahasa kəbaŋsaan dalam rančaŋan me͂ɣialisasikan wawasan duwa puloh duwa puloh #] [# kalaṵ kita do? abaikan pəranan dia dəŋãn kəpəntiŋan bahasə ni mẽmãŋ kita akan tərgəlinčir la ͂ ͂ daripada gəɣaba? pəmbəntu?kan bangsa məlajsia tu sendiɣi #] ͂ 45 .

keserabutan otak mula bermain di minda. dengan bantuan dan kerjasama rakan sekelas. Pertama sekali saya mendapat tugasan ini. Kapayahan dalam melaksanakan tugasan ini amat mencabar kerana sumber rujukan yang agak terhad. Tidak dapat dinafikan setiap kerja pasti terselit juga masalah-masalah yang menggangu kelancaran setiap perancangan kerja buat kita. tajuk yang dibekalkan agak mencabar minda untuk memahaminya iaitu berkaitan fonetik dan fonologi. Alhamdulillah. Pada hari pertama menerima kerja kursus pendek ini. Tidak lupa juga bantuan pensyarah mata pelajaran ini yang selalu berhempas pulas cuba untuk memahamkan kami sekelas. saya seperti semester-semester yang lepas telah bersedia untuk menerima tugasan ini dengan tangan yang terbuka dan perasaan yang berkobar-kobar. Peringkat awal semasa proses membentuk rangka kerja kursus pendek ini.REFLEKSI Nama: Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. dapat juga saya memahami sedikit demi sedikit mengenai tajuk berdasarkan tugasan yang diberikan. Hari demi hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang anjakan yang bergerak dari 46 . Oleh itu agak sukar untuk saya memahami teks tersebut.Kebanyakkan sumber yang saya jumpa adalah berbahsa Indonesia. Puas fikiran saya berputar-putar mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi cabaran ini. sememangnya amat sukar untuk difahami apa yang patut dimuatkan dalam buku kerja kursus ini. Saya mengakui bahawa amat sukar untuk saya memulakan tugasan ini. Hal ini kerana.

setelah beberapa kali diterangkan. (MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID) 47 . Bagi meyakinkan kerja saya betul. terima kasih.tugasan ini. Sekian. YANG BENAR …………………………………………. Berkat kesabaran dan keikhlasan saya menyiapkan tugasan ini memberi impak yang amat positif kepada saya dan juga pihak lain. Alhamdulillah selepas itu. pensyarah berkenaan telah memberi penerangan yang terbaik. Oleh itu semasa di dalam kelas saya dan juga rakan-rakan sering mengajukan soalan berkaitan tugasan ini kepada pensyarah iaitu Encik Ibrahim Bin Idris. menyunting dan mengemaskini maklumat serta kerap kali bertanya kepada pensyarah tentang kekeliruan yang saya hadapi malahan pelajar lain juga turut menghadapi masalah yang sama. sekali lagi saya berjumpa pensyarah untuk mengetahui keterangannya yang diberikan semalam dengan lebih mendalam. akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus jangka pendek ini dengan jayanya sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan. saya meminta pandangan daripada pensyarah penasihat iaitu Encik Ibrahim selaku pensyarah yang mengajar subjek ini. Setelah semuanya selesai kami kembali meneruskan perjuangan menyiapkan tugasan ini. Ini kami perlu mentranskipkan percakapan dialek negeri mereka itu mengikut penyebutan fonetik yang betul. Akhirnya. tiada lagi masalah yang cuba untuk menguji saya. Dalam tugasan ini juga saya perlu menyelidik tiga orang yang berlainan negeri. Setiap kali soalan diajukan. saya masih lagi kabur dengan jawapan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan walaupun pada dasarnya. Setelah bertungkus-lumus mencari. Daripada ”menunggu bulan jatuh ke riba”. barulah saya dan rakan-rakan dapat cara untuk melaksanakan tugasan ini. Saya bersyukur kerana kolaborasi saya dan Aizat dalam menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar.

48 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful