Professional Documents
Culture Documents
ALLAH
Oleh
HARUN YAHYA
ISBN: 983-9384-51-1
Hakcipta Terpelihara © Harun Yahya
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa juga carapun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada penerbit.
Terbitan Bahasa Inggeris oleh Ta-Ha Publishers Ltd., London, April 2000
Judul Asal: Wonders Of Allah’s Creation
Diterjemahkan oleh
Saba Islamic Media Sdn. Bhd.
Rohidzir Rais
Penulis:
Harun Yahya
Laman Web:
http: // www.harunyahya.org
http: // www.harunyahya.com
http: // www.harunyahya.net
Dicetak oleh:
Percetakan Advanco Sdn. Bhd.
KANDUNCAN
Pengenalan
Kesimpulan
SABA ISLAMIC MEDIA
Dengan menggunakan nama pena HARUN YAHYA, penulis buku ini telah menerbitkan banyak buku
mengenai politik dan isu-isu berkaitan kepercayaan. Intipati penting tulisan-tulisan beliau adalah berhubung
dengan paradigma materialistik dan kesannya terhadap sejarah dan politik dunia. (Nama penanya terbentuk
hasil gabungan nama-nama 'Harun' (Aaron) dan 'Yahya' (John) sebagai kenangan abadinya terhadap dua orang
Nabi yang telah bergelut menentang kemungkaran.)
Antara hasil usahanya meliputi; The 'Secret Hand' in Bosnia, The Holocaust Hoax, Behind the Scenes of
Terrorism, Israel's Kurdish Card, A National Strategy for Turkey, Solution: The Morals of the Qur'an, Darwin's
Antagonism Against the Turks, The Evolution Deceit, Perished Nations, The Golden Age, The Art of Colour by
Allah, The Truth of the Life of This World, Confessions of Evolutionists, The Blunders of Evolutionists, The
Dark Magic of Darwinism, The Religion of Darwinism, The Qur'an Leads the Way to Science, The Real Origin
of Life, Miracles of the Qur'an, The Design in Nature, Self-Sacrifice and Intelligent Behaviour Models in
Animals, Eternity Has Already Begun, Children Darwin Was Lying!, The End of Darwinism, The Creation of
the Universe, Deep Thinking, Timelessness and the Reality of Fate, Never Plead Ignorance, The Miracle of the
Atom, The Miracle in the Cell, The Miracle of the Immune System, The Miracle in the Eye, The Creation
Miracle in Plants, The Miracle in the Spider, The Miracle in the Ant, The Miracle in the Gnat, The Miracle in
the Honeybee.
Antara risalah-risalah terbitannya adalah; The Mystery of the Atom, The Collapse of the Theory of
Evolution: The Fact of Creation, The Collapse of Materialism, The End of Materialism, The Blunders of
Evolutionists 1, The Blunders of Evolutionists 2, The Microbiological Collapse of Evolution, The Fact of
Creation, The Collapse of the Theory of Evolution in 20 Questions, The Biggest Deception in the History of
Biology: Darwinism.
Hasil-hasil tulisan beliau yang berkaitan dengan Al-Quran adalah; Ever Thought About the Truth?,
Devoted to Allah, Abandoning the Society of Ignorance, Paradise, The Theory of Evolution, The Moral Values
of the Qur'an, Knowledge of the Qur'an, Qur'an Index, Emigrating for the Cause of Allah, The Character of
Hypocrites in the Qur'an, The Secrets of the Hypocrite, The Names of Allah, Communicating the Message and
Disputing in the Qur'an, The Basic Concepts in the Qur'an, Answers from the Qur'an, Death Resurrection Hell,
The Struggle of the Messengers, The Avowed Enemy of Man: Satan, Idolatry, The Religion of the Ignorant, The
Arrogance of Satan, Prayer in the Qur'an, The Importance of Conscience in the Qur'an, The Day of
Resurrection, Never Forget, Disregarded Judgements of the Qur'an, Human Characters in the Society of
Ignorance, The Importance of Patience in the Qur'an, General Information from the Qur'an, Quick Grasp of
Faith 1-2-3, The Crude Reasoning of Disbelief, The Mature Faith, Before You Regret, Our Messengers Say, The
Mercy of Believers, The Fear of Allah, The Nightmare of Disbelief, Prophet Isa Will Come, Beauties Presented
by the Qur'an for Life, The Iniquity Called "Mockery", The Secret of the Test, The True Wisdom According to
the Qur'an, The Struggle with the Religion of Irreligion, The School of Yusuf, The Alliance of the Good,
Slanders Against Muslims Throughout History, The Importance of Following Good Word, Bouquet of the
Beauties of Allah 1-2-3-4.
Tujuan ditulis satu bab khas mengenai keruntuhan teori evolusi di dalam buku ini adalah kerana ia telah
menjadi asas kepada semua falsafah anti-kepercayaan kerohanian. Memandangkan Darwin sendiri telah
menolak kewujudan fakta mengenai penciptaan, dan justeru itu menolak kewujudan Allah SWT, sejak 140
tahun yang lampau, ramai yang telah menyisihkan kepercayaan mereka atau tergolong di kalangan mereka yang
curiga. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu tanggungjawab yang penting untuk menunjukkan kepalsuan
teori ini dan ia juga amat dituntut oleh agama. Adalah amat penting sekali bagi kita melaksanakan
tanggungjawab ini kepada setiap anggota masyarakat. Kemungkinan anda hanya sempat untuk membaca salah
satu daripada buku-buku kami. Atas sebab itulah, kami merasakan bahawa perlu dimasukkan satu bab mengenai
ringkasan topik ini.
Seperkara lagi yang ingin ditekankan ialah mengenai kandungan buku ini. Dalam semua buku yang
dihasilkan oleh penulis, isu-isu yang berkaitan dengan kepercayaan dijelaskan berteraskan ayat-ayat Al-Quran
dan para pembaca adalah dijemput untuk mempelajari dan membentuk kehidupan berasaskan ayat-ayat Allah
SWT. Semua perkara yang ada kaitan dengan ayat-ayat Allah diterangkan dengan jelasnya agar pembaca tidak
akan sangsi atau dibiarkan dengan persoalan-persoalan yang tidak terjawab. Pendekatannya yang ikhlas, mudah
dan lancar memastikan setiap pembaca dari pelbagai peringkat umur dan ras sosial dapat memahami buku ini
dengan mudah. Penjelasannya yang jelas dan berkesan menjadikan buku ini amat mudah dihabiskan dalam satu
sesi pembacaan. Penerangan mengenai fakta-fakta benar yang disampaikan di dalam buku ini telah turut
mempengaruhi mereka yang secara terang-terangan menolak unsur-unsur kerohanian di dalam kehidupan.
Buku ini dan juga semua penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah sesuai dibaca secara individu dan
juga boleh dibincangkan di dalam kumpulan. Pembacaan secara berkumpulan oleh mereka yang benar-benar
inginkan manfaat daripadanya, adalah amat berguna kerana mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan
pengalaman.
Sebagai tambahan, anda turut dapat menyumbang bakti kepada agama dengan menyebarkan persembahan
dan pembacaan buku-buku ini yang ditulis dengan niat hanya untuk mencari keredaan Allah. Semua buku yang
dihasilkan oleh penulis adalah amat menyakinkan. Atas sebab itu, bagi anda yang ingin mengembangkan agama
ini kepada orang lain, salah satu daripada kaedah yang berkesan adalah dengan menggalakkan mereka membaca
buku-buku ini.
PENGENALAN
Adik-adik!
Pernahkah adik terfikir?
“Bagaimana alam ini terbentuk?”
“Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?”
“Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?”
“Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?”
“Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi,
dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?”
“Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?” Bagaimana ia
membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?”
“Siapakah manusia pertama?”
Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa.
Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?”
Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.
Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu,
kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros
berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan
rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.
Kami menyoal kamu, “Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan
madu yang begitu lazat?” Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.
Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah
mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar “penyokong evolusi” dan
kisah yang mereka ceritakan dinamakan “evolusi”.
Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan dengan memberitahu kamu
perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang
mempercayai evolusi menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari ada sesiapa
yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh memberitahu mereka teori evolusi tidak benar,
dan Allah adalah Pencipta segala benda.
RAGAMANA ALAM SEMESTA INI TERBENTUK?
Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-
galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu
kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya.
Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-
juta bintang juga wujud bersama.
Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan
penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-
bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan
sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini.
Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya
telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang
pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains
menamakan letupan ini “Big Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada
Big Bang ini.
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan
pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan
udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah “meletup”. Apa berlaku
kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini
membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di
dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di
dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan
terbang atau sebuah rumah.
Allah adalah Pencipta kepada “Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di
angkasa selepas “Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi,
planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadi” maka jadilah
ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila
Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya “Al-Quran” di mana Dia telah menerangkan tentang diri-
Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-
Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, “Bagaimana
Allah mencipta segala-galanya?” Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak
mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui
akan segala-galanya. (Surah Al-An’am: 101)
1. Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat
di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada
matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau
sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.
2. Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi
hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat
hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya
sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia
terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.
3. Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan
oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk
membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-
haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu
bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.
4. Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat
hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga
permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu
lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.
Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak
berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku
secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini
berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat
paling sesuai untuk kita.
Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh
cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu
melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam
kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada
pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah
manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui
bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah
membentuknya”, apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya
berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?
Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara
tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang,
membinanya dan kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah
menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”,
tetapi mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara
kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”.
Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah
tanpa mempercayai yang benar. Kami akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir buku ini.
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan
dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Surah Maryam:67)
Kamu, seperti juga adik kamu dan manusia lain, mula membesar daripada satu sel tunggal, yang terus
membesar dan berubah menjadi seorang manusia sepenuhnya. Sekarang ini, kamu hidup dengan kehidupan
yang baik di dunia ini. Kamu terhutang budi kepada Allah. Allah telah menunjukkan rahmat-Nya kepada kamu
dan memberkati kamu. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta
kamu, Allah.
INI TUBUH KITA
Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi ini dengan selesa, untuk
berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis dan, ringkasnya, ia membolehkan kita melakukan sebarang
aktiviti. Organisma-organisma ini amat indah hingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan
mana-mana teknologi maju.
Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya
sendiri apabila rosak?
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal
fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl:78)
Tahukah kamu hidupan-hidupan yang kamu lihat setiap hari mempunyai sifat-sifat istimewa?
Setelah mejadikan bumi, Allah telah mejadikan banyak hidupan di dalamnya. Terdapat hidupan selain
daripada manusia di planet ini. Iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Di dalam bahagian ini, kami akan cuba menerangkan keajaiban sebahagian daripada haiwan-haiwan dan
tumbuh-tumbuhan ini. Sebahagian daripadanya adalah haiwan-haiwan yang kamu lihat setiap hari ketika keluar
bersiar-siar, bermain di halaman atau ketika duduk di atas batu. Mungkin kamu tidak pernah memikirkan
tentang keunikan sifat-sifat haiwan ini.
Apabila Allah mejadikan manusia, Dia menganugerahkan mereka beberapa sifat yang menyebabkan
mereka sentiasa mengingati-Nya. Sebagai contoh, kamu dapat melihat gambar seorang manusia dan seekor
nyamuk di dalam halaman ini. Nyamuk beratus-ratus kali ganda lebih kecil daripada manusia. Tetapi, manusia
tidak dapat melindungi dirinya daripada nyamuk ketika tidur di atas katil. Apapun yang dilakukannya, dia tidak
akan dapat menghalang nyamuk daripada menggigitnya. Allah telah mengugerahkan nyamuk banyak sifat-sifat
istimewa, walaupun ia jauh lebih kecil daripada manusia. Tujuannya adalah supaya manusia memikirkannya.
Dia mahu mereka mengetahui bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa, walaupun untuk melawan seekor
nyamuk, tanpa kehendak-Nya. Dengan cara ini, manusia akan menyedari mereka tidak mempunyai sebarang
upaya di hadapan Allah.
Sekarang, fikirkan tentang diri kamu. Kamu ke bilik tidur dan mendengar bunyi dengungan
berpanjangan. Ia adalah bunyi dengungan seekor nyamuk. Seperti yang kamu lihat di dalam gambar ini,
nyamuk sangat kecil tetapi bunyinya amat kuat. Ini kerana bakat istimewa yang Allah berikan kepadanya.
Bagaimanapun, tahukah kamu mengapa nyamuk terus menerus berusaha untuk menggigit kamu? Mari kami
jelaskan kepada kamu pengembaraan hebat seekor nyamuk.
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh
manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilha mka n dan dimudahkannya
kepadamu” (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,
yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang
demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah An-Nahl:68-69)
MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENCACUMKAN
Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu.
Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau
televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan
sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama
kamu akan berkata, “Betapa indahnya ciptaan Allah”.
Burung Kolibri
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil,
tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta
kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali,
tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia
tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang
begitu sukar.
Burung Pucung
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri tegak dengan membuka
sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada
permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini
menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap ikan di dalam bulatan ini.
Burung Unta
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan
melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu
daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari
menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.
Beruang Kutub
Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan
tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di
dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada
memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam),
untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia
dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di
dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.
Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia
dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak
sebagai “sepasang cermin mata gelap” dan ia melindunginya daripada buta salji.
Itik
Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan
haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam
air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.
Belalai Gajah
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut,
membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji
kacang dan memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh
digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk
minuman atau mandian.
Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat makhluk ini. Mereka
sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat
beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua
h a i w a n i n i me m p e r o l e h i keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah
yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa dan unik ini.
RAGAIMANA TUMBUH TUMBUHAN BERWARNA-
WARNI TUMBUH DARIPADA TANAH
Ibu kamu menyediakan makanan setiap malam dan menghidangkannya di atas meja. Terdapat
berbagai jenis sayur-sayuran di atas meja. Pernahkah kamu terfikir dari mana ia datang?
Semua tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan tumbuh dari tanah yang hitam. Jadi, bagaimana bunga
mawar yang harum atau durian, atau limau berbau harum dapat tumbuh daripada tanah hitam, yang berbau
busuk?
Setiap tumbuhan, sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan mempunyai bau, warna dan rasa yang berbeza.
Buah epal, kurma, tembikai, limau, belimbing, pisang, anggur dan buah ara (tin), setiap satunya mempunyai
rasa, bau dan bentuk yang berbeza. Allah menjadikan semuanya untuk kita. Semuanya menyelerakan, dan
juga, mempunyai vitamin dan galian yang amat kita perlukan. Contohnya, buah limau manis, limau mandarin
dan limau pahit, mempunyai vitamin C yang tinggi. Vitamin C meningkatkan kekuatan kita menghadapi
penyakit demam. Apabila cuaca menjadi sangat panas yang menyebabkan kita kehilangan air, kita dapat
mengantikan air dengan bantuan buah-buahan seperti tembikai dan tembikai susu.
Ini semua tidak berlaku secara kebetulan. Tembikai tidak memilih sendiri untuk tumbuh. Begitu juga rasa
dan bau, ia tidak berlaku dengan sendirinya. Tiada buah yang dapat memilih baunya sendiri. Contohnya,
bolehkah buah limau memilih, “biar bau saya seperti ini”, “saya nak berwarna oren”, “saya mahu rasa manis”,
“saya hendak bungkus tubuh saya dengan kulit” dan “bentuk saya berulas supaya manusia mudah makan”?
Sudah tentu tidak!
Allah menjadikan buah buahan untuk manusia dengan ciri-ciri tertentu supaya ia lebih bermanfaat kepada
mereka, supaya mereka terus kuat dan sihat, dan dapat menikmati buah yang mereka makan. Kerana itu, setiap
kali kita memakan sesuatu yang kita gemari, jangan sesekali lupa, Allah telah menjadikannya dan
memberikannya kepada kita. Kita mesti bersyukur kepada Allah untuk semua benda indah yang telah diberikan
dan tunjukkan kepada kita.
MARI FIKIRKAN SEMULA!
Setakat ini, kita telah menyebutkan tentang planet kita, tubuh kita dan hidupan di bumi ini. Kita mungkin
tertanya-tanya, “Bagaimana ini boleh berlaku?”. Fikirkan, bumi telah dijadikan dan tiada apa-apa pun di
dalamnya, dan kemudian secara tiba-tiba hidupan mula muncul. Di laut, terdapat ikan dan rumput air, dan di
darat terdapat singa, kucing dan semua mula muncul. Burung tiba-tiba sahaja muncul. Bagaimana semua
makhluk ini muncul tiba-tiba?
Sudah tentu kerana Allah telah menjadikannya.
Allah adalah Pencipta kepada setiap benda yang kita lihat sekeliling kita.
Mulanya Allah menjadikan alam ini dan planet kita. Kemudian Dia menjadikan haiwan, tumbuhan dan
manusia. Terlalu mudah bagi Allah menjadikan semua ini, kerana dia Yang Maha Perkasa. Allah dapat
melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dalam sekelip mata.
Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, sebahagian manusia tidak mahu menerima kebenaran ini.
Mereka yang dikenali sebagai “penyokong evolusi”, menyatakan bahawa, “segalanya berlaku dengan
sendirinya”.
Ini tidak masuk akal. Apa fikiran kamu jika kamu pulang ke rumah, dan mendapati sebiji kek? Pasti kamu
akan menyatakan, “Hmmm... ibu saya telah membakar kek ini?”. Ini bererti apabila terdapat sesuatu yang
kukuh dan dapat dilihat, sudah tentu ada seseorang yang telah membuatnya.
Tahukah kamu bagaimana penipuan yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ini? Ia seperti
menyatakan, “Tiada siapa membakar kek tersebut, sebaliknya, ia membakar dirinya sendiri secara tidak
sengaja”. Apa yang akan kamu katakana apabila mendengarnya. Mungkin kamu akan berkata, “Gila, bolehkah
kek membakar dirinya sendir? Sudah tentu ada orang yang membuatnya”. Bagaimana jika sahabat di sebelah
kamu menafikannya dan berkata, “skru-skru almari dapur longgar dan almari itu pun mula bergoyang. Ketika
bergoyang, tepung, mentega, gula dan biji coklat jatuh daripadanya dan bercampur. Mereka bercampur dalam
sukatan yang tepat. Setiap satunya berada dalam sukatan yang betul, gula, serbuk koko... Sementara adunan
juga jatuh daripada almari, dan ia jatuh betul-betul di dalam mangkuk pembakar dan mangkuk itu pula
kebetulan berada tepat pada tempat jatuhnya adunan itu. Tidak berapa lama kemudian, berlaku gempa bumi, dan
entah bagaimana mangkuk pembakar itu masuk ke dalam alat pembakar. Kemujuran yang berlaku setakat ini
masih belum cukup untuk menghasilkan sebiji kek. Perlu berlaku lagi beberapa kebetulan dan alat pembakar itu
pula perlu berada pada tahap kepanasan yang tepat. Sejurus selepas itu, satu lagi kemujuran telah berlaku: Alat
pembakar terpasang sendiri dan kemudian mematikan dirinya sebaik sahaja kek ini telah siap, jika pembakar ini
mematikan dirinya sebelum kek ini hagus”.
Pada pandangan kamu, siapa yang akan mempercayai cerita ini? Sudah tentu tidak!
Sekarang fikirkan seketika: Untuk membentuk matahari, bintang-bintang, lautan, tasik, gunung-ganang,
ikan, kucing, arnab dan manusia adalah lebih sukar dan kompleks daripada membuat sebiji kek, tetapi kek itu
sendiri tidak dapat terhasil secara kebetulan. Jadi, mengatakan bahawa matahari dan manusia telah terbentuk
sendiri secara kebetulan adalah sesuatu yang bodoh! Jika kek perlu dibuat oleh seseorang, maka sudah tentu ada
kebijaksanaan yang mencipta matahari dan manusia. Iaitu Allah, Tuhan kita.
Jika seseorang berbohong, pembohongannya akan dapat dikesan. Jika individu yang mendengar
pembohongannya itu bijak, dia dengan segera akan dapat mengetahui dia sebenarnya bercakap bohong. Para
penyokong evolusi ini mempunyai berbagai helah di dalam cerita mereka. Mari kita kaji sendiri kekarutan yang
mereka ceritakan kepada kita dan menjelaskan pembohongan mereka...
APAKAH TEORI EVOLUSI?
Mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain. Ia dikenali sebagai “teori
evolusi”. Mereka yang mempercayai teori evolusi ini digelar “penyokong evolusi”.
Individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin dan dia hidup 150 tahun dahulu. Darwin
tidak percaya Allah telah menjadikan semua hidupan. Menurut pandangan beliau, segalanya berlaku dengan
sendirinya dan secara kebetulan. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan
dengan cara inilah semua hidupan terbentuk.
#Ini bererti, menurut Darwin, suatu hari ikan telah berubah menjadi reptilia secara tidak sengaja.
Berdasarkan kepada cerita yang dikemukakan oleh Darwin, manusia terbentuk daripada beruk. Ini bererti, bagi
Darwin, nenek moyang kamu adalah beruk! Sekarang, untuk memahami dengan lebih baik kisah Darwin ini,
sila lihat gambar-gambar di halaman berikut.
Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati ialah
atom. Ini bererti kamu sebenarnya terdiri daripada berbilion-bilion atom yang bercantum.
Apabila bumi pertama kali muncul, tiada hidupan di dalamnya. Hanya ada benda-benda mati. Para
penyokong evolusi - yang mempercayai Darwin - menyatakan bahawa suatu hari atom-atom ini telah bercantum
secara kebetulan. Ini bererti, telah berlaku ribut atau mungkin juga taufan pada suatu hari selepas bumi
terbentuk, dan ia membantu atom-atom ini bercantum. Kamu pasti tertanya-tanya, apa berlaku kepada atom-
atom ini?
Menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Seperti yang kamu ketahui,
setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah, hati, kesimpulannya,
seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Mustahil untuk sesuatu yang begitu kompleks untuk
terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.
Di dalam sebuah sel, terdapat beratus-ratus bentuk kecil. Kita boleh samakan bentuk-bentuk ini dengan
sebuah kilang gergasi, tetapi kita perlu ingat ia organik bukan mekanikal; Cuma pengistilahannya
sahaja. Jika kamu perhatikan gambar di halaman berikut, kamu akan perasan ia mirip sebuah kilang.
Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan,
pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga, dan lain-lain. Pada pandangan kamu, apakah mungkin sebuah kilang
terbentuk dengan sendirinya, bersama batu-batu, tanah, dan air berkumpul setelah berlaku ribut dan segalanya
berlaku secara tidak sengaja? Sudah tentu tidak! Sesiapa sahaja akan ketawa mendengar dakwaan lucu ini.
Tetapi sebaliknya, para penyokong evolusi membuat dakwaan mengarut ini, “sel-sel ini terbentuk secara
kebetulan”.
Seperti yang disebutkan di dalam kenyataan para penyokong evolusi, sel-sel ini membentuk hidupan
apabila ia bercantum secara kebetulan.
Seperti yang dinyatakan di dalam teori evolusi, hidupan berkembang dengan peredaran masa, bererti
ia membangunkan sifat-sifat lain, dan kemudian berubah menjadi hidupan lain. Contohnya, menurut
kepercayaan para penyokong evolusi, reptilia telah berubah menjadi burung hasil daripada beberapa peristiwa.
Jadi, apakah peristiwa-peristiwa yang mereka dakwa dapat menukarkan seekor reptilia kepada seekor burung?
Para penyokong evolusi percaya evolusi berlaku hasil daripada dua peristiwa berasingan yang berlaku
serentak, dikenali sebagai “mutasi” dan “pilihan semula jadi”. Sebenarnya ia adalah suatu kepercayaan yang
tidak logik dan tidak mempunyai sebarang asas sains. Kamu akan bertanya, “Mengapa?”. Mari kita kaji
mengapa.
Apakah Mutasi ?
Mutasi adalah perubahan bahaya yang berlaku di dalam badan organisma hidupan. Radiasi dan bahan
kimia boleh menyebabkan mutasi. Kesan radiasi dan bahan kimia ke atas hidupan sentiasa memudaratkan.
Kira-kira 55 tahun dahulu, ketika Perang Dunia Kedua, sebuah bom telah digugurkan di sebuah bandar Jepun,
Hiroshima. Bom atom ini menyebarkan radiasi ke seluruh kawasan dan memudaratkan ramai orang. Radiasi ini
menyebabkan mereka jatuh sakit atau mati. Lebih daripada itu, ia juga memusnahkan sistem badan mereka yang
terdedah kepadanya, dan ini menyebabkan mereka melahirkan anak yang sakit atau cacat.
#Peristiwa lain berlaku di bandar Rusia, Chernobyl pada 1986. Telah berlaku satu letupan di loji nuklear
Chernobyl, dan ini menyebabkan radiasi tersebar ke seluruh bandar, kawasan sekeliling dan sehingga ke barat
Eropah. Seperti di Jepun, mereka yang tinggal di situ dan kanak-kanak yang dilahirkan selepas itu samada
menjadi cacat atau mati kerana radiasi.
Gambar-gambar yang kamu lihat menunjukkan bagaimana manusia dan hidupan lain menjadi cacat
selepas bermutasi hasil daripada radiasi.
Kamu mungkin bertanya, apa kaitannya dengan topik perbincangan kita? Kami sebutkan sebelum ini
bahawa para penyokong evolusi mendakwa hidupan bertukar menjadi spesies lain dan dengan cara inilah ia
berkembang. Contohnya, mereka mendakwa ikan telah bertukar menjadi reptilia.
Jika kamu bertanya, bagaimana seekor ikan boleh bertukar menjadi seekor reptilia, mereka akan
menjawab: Pada suatu hari seekor ikan bermutasi, bererti ia melalui peristiwa yang sama dilalui oleh kanak-
kanak di Japan yang terdedah kepada radiasi. Disebabkan mutasi ini, ikan tersebut telah melalui beberapa
perubahan dan suatu hari, berjuta-juta tahun kemudian, kamu akan menemui seekor buaya yang dahulunya
adalah ikan!
Dakwaan ini tidak masuk akal. Kerana, mutasi adalah berbahaya kepada hidupan. Ia hanya menyebabkan
mereka cacat atau sakit. Sebaliknya, teori evolusi masih terus mendakwa mutasi menyebabkan ikan berkembang
dan mengubahnya menjadi reptilia. Ia terlalu mengarut dan berkhayal untuk diterima.
Jika mutasi bermanfaat, apabila berlaku kebocoran radiasi, semua orang patut pergi ke Chernobyl untuk
berkembang menjadi makhluk yang lebih maju. Sebaliknya, semua orang melarikan diri daripada Chernobyl,
dan kesan bahaya kejadian Chernobyl masih dapat dilihat.
Kita dapat bandingkan dakwaan penyokong evolusi ini dengan contoh berikut: Jika kamu memegang
sebilah kapak dan mengapak sebuah televisyen hitam putih, dapatkah kamu menukarnya menjadi televisyen
berwarna? Sudah tentu tidak! Jika kamu mengapak sebuah televisyen secara membabi buta, ia akan rosak.
Sebagaimana pukulan dengan kapak menyebabkan kerosakan, mutasi juga merosakkan hidupan.
Boleh dikatakan bahawa mutasi tidak mengubah satu hidupan kepada sesuatu yang lebih baik, seperti
dakwaan para penyokong evolusi.
Sekarang, mari kita simpulkan apa yang telah kita sebutkan setakat ini: Para penyokong evolusi
mendakwa satu hidupan berkembang menjadi hidupan lain atau dari satu spesies kepada spesies yang lain.
Mereka mendakwa perubahan ini berlaku disebabkan oleh dua perkara, mutasi dan pilihan semula jadi, tetapi
kita telah pun melihat sama ada pilihan semula jadi atau mutasi tidak dapat mengubah satu hidupan. Tambahan
pula, mutasi menyebabkan kerosakan kepada hidupan, seperti yang telah kita saksikan di dalam gambar-gambar
ini.
FOSIL-FOSIL YANG TIDAK DAPAT DITEMUI PARA
PENYOKONG EVOLUSI
Kami telah sebutkan terdahulu bahawa Allah telah menjadikan alam ini di dalam Big Bang. Seluruh
alam ini, planet, bintang-bintang, dan bumi kita telah terbentuk selepas letupan gergasi ini.
Pada mulanya, tidak ada sebarang hidupan di planet kita ini, kemudian Allah menjadikan semua hidupan
di dunia ini: burung, serangga, pokok, bunga, ikan, harimau, rama-rama, gajah dan zirafah, dan lain-lain.
Tahukah kamu bilakah hidupan ini mula muncul? Ia mula muncul pada zaman yang dikenali sebagai
zaman Cambrian sekitar 500 juta tahun dahulu. Makhluk-makhluk awal yang hidup pada zaman ini ialah
seperti, siput, ulat dan tapak sulaiman. Makhluk-makhluk yang wujud ketika zaman Cambrian membuktikan
bahawa dakwaan teori evolusi salah. Mengapa?
Makhluk-makhluk ini muncul secara mendadak ketika zaman Cambrian. Sebelum itu, tidak ada sebarang
hidup pernah wujud di planet ini. Kenyataan bahawa makhluk-makhluk ini muncul secara tiba-tiba adalah bukti
bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika teori evolusi betul, maka sudah pasti makhluk-makhluk ini telah
berkembang daripada moyang yang ringkas. Tetapi, makhluk-makhluk ini tidak mempunyai moyang atau
bentuk perantaraan yang hidup sebelum mereka. Tidak ada pemburu fosil (ahli paleontologi) pernah menemui
walaupun satu bentuk perantaraan. Fosil-fosil telah membuktikan kepada kita bahawa makhluk-makhluk ini -
seperti juga hidupan lain - telah muncul secara tiba-tiba pada zaman Cambrian, tanpa kehilangan sifat-sifatnya,
dan tanpa moyang. Kerana Allah yang menjadikan mereka. Tambahan pula, makhluk yang hidup pada zaman
ini mempunyai ciri-ciri istimewa. Contohnya, terdapat hidupan digelar Trilobit yang hidup pada zaman
Cambrian, tetapi kita tidak dapat menemuinya kini kerana ia telah pupus. Trilobit mempunyai mata yang
kompleks dan sempurna. Matanya, seperti yang kamu dapat lihat di dalam gambar sebelah kanan, terdiri
daripada beratus-ratus mata berbentuk sel sarang lebah dan sel-sel ini membolehkannya melihat dengan jelas.
Apakah makhluk seperti ini dapat muncul tanpa punca? Jika adik lelaki kamu datang kepada kamu dan
berkata, “Saya sedang duduk di meja semalam dan entah dari mana muncul seekor lalat di hadapan saya. Saya
tidak tahu daripada mana ia datang tetapi ia datang mengejut, ia terhasil secara kebetulan. Ia mempunyai mata
berbentuk sarang lebah yang menarik. Mungkin ia juga terhasil secara kebetulan”.
Apa yang akan kamu fikirkan pada waktu itu? Mungkin kamu akan berfikir adik kamu masih terlalu
muda untuk menyedari betapa rumitnya hidupan ini. Bagaimanapun, adalah aneh apabila para penyokong
evolusi mendakwa hidupan telah muncul di laut secara mendadak. Mata yang dimiliki oleh seekor lalat adalah
mirip kepada mata yang dimiliki oleh makhluk ini. Dalam keadaan ini, para penyokong evolusi telah melakukan
kesilapan. Kerana mereka terlalu angkuh dan sombong, mereka tidak mahu mengakui bahawa Allah telah
menjadikan semua hidupan. Mereka mereka-reka cerita, senario-senario khayalan, dan kisah-kisah dongeng
untuk menyembunyikan kebenaran supaya manusia berpaling daripada Allah.
PEMBOHONCAN IKAN BERUBAH MENJADI
REPTILIA
Para penyokong evolusi menyatakan bahawa reptilia berubah daripada ikan. Menurut mereka, suatu hari,
apabila makanan di dalam laut berkurangan, ikan-ikan cuba mendapatkannya di darat, dan apabila ia berada di
darat, ia berubah menjadi reptilia untuk membolehkannya hidup di darat. Seperti yang dapat kamu saksikan,
semua orang tahu apa akan terjadi kepada seekor ikan jika ia naik ke darat: Ia akan mati!
Pernahkah kamu pergi memancing? Cuba fikir! Apakah sangka akan terjadi jika seekor ikan memakan
umpan kamu dan ia tersekat di tali pancing kamu dan kamu menyelamatkannya dan membawanya pulang untuk
berehat di halaman rumah kamu? Seperti yang telah kamu sebutkan, ia akan mati. Jika kamu pergi memancing
sekali lagi, dan kali ini kamu mendapat banyak ikan dan membaringkan ikan-ikan itu di halaman rumah kamu,
apa akan berlaku? Mereka akan mati!
Para penyokong evolusi tidak menerima perkara ini. Mereka menyatakan bahawa salah seekor daripada
ikan-ikan kamu, ketika menanti saat kematian, mula berubah secara tiba-tiba, dan berubah menjadi seekor
reptilia dan meneruskan hidupnya! Perkara seperti ini adalah mustahil!
Mustahil ia dapat berlaku, kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara ikan dan haiwan darat, dan
semua perubahan ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya secara tidak sengaja. Mari kita senaraikan apa
yang perlu dimiliki oleh seekor ikan untuk hidup di atas darat:
1.Ikan menggunakan insang untuk bernafas di dalam air. Bagaimanapun, di darat mereka tidak dapat
bernafas dengan insang dan mereka akan mati. Mereka memerlukan paru-paru. Jika seekor ikan hendak naik ke
darat, dari mana ia hendak mendapatkan paru-paru?
2.Ikan tidak mempunyai sistem buah pinggang seperti kita, tetapi mereka memerlukannya jika hendak
hidup di darat. Boleh jadi mereka terjumpa buah pinggang di mana-mana apabila mereka berfikir untuk naik ke
darat.
3.Ikan tidak mempunyai kaki. Kerana itu, mereka tidak dapat berjalan apabila mereka sampai ke pantai.
Bagaimana ikan yang memilih untuk naik ke darat mendapat kaki? Kerana ia amat mustahil, maka jelaslah para
penyokong evolusi silap tentang perkara ini.
Ini hanya tiga daripada beratus-ratus perkara yang diperlukan oleh ikan untuk hidup di darat.
Jika benar ikan telah berubah menjadi reptilia, sudah tentu kita dapat menemui berjuta-juta fosil bentuk
perantaraan di antara ikan dan reptilia yang didakwa wujud.
Ini bererti, terdapat banyak makhluk separuh kaki, separuh paru-paru dan separuh buah pinggang, dan
sudah tentu kita dapat menemui fosil-fosilnya hari ini, tetapi fosil-fosil ini tidak wujud.
Kenyataan salah lain yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ialah tentang bagaimana burung
muncul.
Kisah mereka ialah bahawa reptilia yang tinggal di atas pokok mula melompat dari satu pokok ke satu
pokok yang lain, dan ketika mereka melompat, mereka membentuk sayap. Kisah lain pula menyatakan bahawa
reptilia yang cuba menangkap lalat telah mengepakkan kaki hadapannya, dan ini bertukar menjadi sayap!
Para penyokong evolusi tidak mungkin dapat menjelaskanya. Seperti yang kami jelaskan sebelum ini,
lalat adalah haiwan terbang terbaik di dunia. Ia dapat mengepakkan sayapnya 500 hingga 1000 kali sesaat.
Seperti yang kamu tahu, ia dapat terbang dengan lincah. Walaupun sebanyak mana para penyokong evolusi
mengemukakan cerita-cerita mereka, mereka masih tidak dapat menjelaskan bagaimana sayap burung muncul.
Malah mereka tidak mahu memikirkannya!
Sebenarnya, Allah telah menjadikan burung dan lalat bersama sayap dan kebolehan untuk terbang.
Archaeopteryx, Yang Para Penyokong Evolusi Gelar Sebagai Satu Bentuk Perantaraan, Sebenarnya
Adalah Seekor Burung Yang Sempurna
Kami kemukakan kepada kamu beberapa perbezaan di antara reptilia dan burung.
1. Burung mempunyai sayap, tetapi reptilia tidak.
2. Burung mempunyai bulu pelepah, tetapi reptilia mempunyai sisik.
3. Burung mempunyai sistem tengkorak yang unik dan tulang mereka berlubang. Ini menjadikan
mereka lebih ringan dan memudahkan mereka terbang.
Ini hanya beberapa perbezaan yang dapat difikirkan sepintas lalu. Terdapat lebih banyak perbezaan-
perbezaan lain di antara dua makhluk ini.
Jika satu spesies reptilia telah bertukar kepada burung, sudah tentu terdapat makhluk-makhluk yang hidup
di antara reptilia dan burung mewakili fasa perubahan ini.
Pemburu fosil tentu sudah menemui sekurang-kurangnya satu fosil ini. Iaitu, satu makhluk yang
mempunyai separuh sayap, badan separuh bulu dan separuh sisik, separuh paruh dan separuh mulut, dan fosil
mereka tentu telah ditemui, tetapi sebaliknya tidak ada makhluk seperti ini pernah wujud di antara fosil-fosil di
bumi ini. Fosil-fosil yang ditemui adalah kepunyai burung-burung dan reptilia-reptilia sempurna. Ini bererti
burung tidak berubah daripada reptilia. Allah menjadikan burung sebagaimana Dia menjadikan hidupan-
hidupan lain.
Tetapi memandangkan para penyokong evolusi tidak mahu menerimanya, mereka cuba menyakinkan
masyarakat dengan mengada-adakan cerita. Bagaimana?
Mereka telah menemui fosil seekor burung yang dikenali sebagai Archaeopteryx dan mereka mendakwa
burung ini sebagai bentuk perantaraan di antara seekor dinosaur dan seekor burung. Mereka menyatakan,
“Archaeopteryx adalah moyang bagi semua burung”, pada mereka, makhluk ini mirip seekor burung tetapi
sebenarnya separuh dinosaur.
Tetapi ini tidak benar.
Archaeopteryx adalah seekor burung sebenar!
Kerana:
1. Archaeopteryx mempunyai bulu sama seperti burung-burung pada zaman kita.
2. Archaeopteryx mempunyai tulang dada, yang mengikat sayap, seperti burung-burung lain yang boleh
terbang.
3. Archaeopteryx tidak boleh menjadi moyang kepada semua burung, kerana fosil burung yang lebih
tua daripadanya telah ditemui.
MUNCKINKAH PERKARA SEPERTI INI BERLAKU?
Seperti yang kamu ketahui, ikan lumba-lumba dan ikan paus dikenali sebagai mamalia laut. Haiwan-
haiwan ini, walaupun hidup di dalam laut tetapi membiak seperti mamalia lain di darat. Bagaimanapun, ikan
membiak dengan bertelur. Kalau begitu bagaimana mamalia laut berkembang? Sudah tentu Allah telah
menjadikan mereka. Tetapi, para penyokong evolusi tidak mahu mempercayai perkara ini. Mereka tidak dapat
menjelaskan bagaimana ikan lumba-lumba dan ikan paus terbentuk. Charles Darwin (orang yang membuat teori
evolusi ini) menyatakan, di dalam buku pertamanya tentang teori evolusi, seperti berikut: Beruang-beruang
yang sering memburu di dalam air telah berubah menjadi ikan paus. Ya, kamu membacanya dengan betul! Dia
mendakwa beruang berbulu ini telah berubah menjadi ikan paus yang panjangnya bermeter-meter selepas
berenang di dalam laut.
Apakah kamu fikir seekor beruang dapat berubah menjadi seekor ikan paus, hanya kerana ia kerap
berenang? Kalau begitu sudah tentu manusia yang kerap berenang akan berubah menjadi mamalia laut?
Tidakkah ia melucukan?
Ini hanyalah khayalan-khayalan yang hanya terdapat dalam cerita-cerita dongeng. Seperti kisah ikan
duyung. Ikan duyung adalah makhluk separuh manusia dan separuh ikan. Mungkin para evolusionis ini masih
terpengaruh dengan kisah ikan duyung ini!
KISAH EVOLUSI MANUSIA
Dakwaan para penyokong evolusi tidak berhenti setakat ini sahaja, tetapi mereka juga mendakwa
manusia berkembang daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia.
Sama ada Darwin atau para penyokong evolusi lain mempunyai bukti untuk mempertahankan dakwaan
mereka. Kenyataan ini sepenuhnya khayalan. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk
menjadikan manusia lupa bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka
terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa bertanggungjawab
terhadap Allah. Sebaliknya, ini menyebabkan mereka melupakan nilai-nilai agama mereka dan mementingkan
diri. Orang yang mementingkan diri tidak akan mempunyai perasaan kasih kepada manusia lain daripada
keluarganya. Kamu lihat, para penyokong evolusi cuba menjauhkan manusia daripada perasaan baik, kerana
itulah mereka mempertahankan teori evolusi ini. Matlamat mereka adalah supaya manusia melupakan Allah,
dan untuk itu mereka memberitahu setiap orang, “Allah tidak menjadikan kamu. Kamu berasal daripada beruk,
jadi kamu ini adalah binatang yang telah maju”.
Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. Dibandingkan dengan hidupan lain, manusia yang merupakan
satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira dan membuat pilihan, adalah bijak, dapat
membentuk ketamadunan dan dapat berkomunikasi pada peringkat tinggi. Allahlah yang telah memberikan
semua sifat-sifat ini kepada manusia.
Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau membuat keputusan
sepertimana yang kita lakukan.
Muslihat Evolusi
1. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah
mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar di atas. Dengan melukis gambar-gambar ini, para
penyokong evolusi cuba mengelirukan masyarakat. Sebenarnya, makhluk-makhluk seperti ini tidak pernah
wujud. Dari zaman dahulu lagi telah wujud manusia yang sempurna dan beruk yang sempurna seperti yang ada
pada hari ini. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk yang dilukis di bawah ini pernah
wujud. Ia terlalu mustahil untuk berlaku. Seperti yang telah kami katakan, tidak ada satupun fosil pernah
ditemui.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi sering mencuba helah baru. Contohnya, apabila menemui satu
fosil kepunyaan satu spesies beruk yang telah pupus mereka mendakwanya sebagai fosil satu makhluk di antara
beruk dan manusia. Bagi mereka yang kurang arif dalam subjek ini, akan dengan mudah mempercayai apa yang
dikatakan oleh para penyokong evolusi.
2. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza
seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Seperti yang kamu ketahui, terdapat berbagai jenis kumpulan etnik manusia di dunia ini. Terdapat
manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, Cina, Orang Indian
Amerika, Turki, Eropah, Arab dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik
yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Contohnya orang Cina mempunyai mata sepet;
sebahagian orang Afrika mempunyai kulit gelap dan rambut kerinting. Apabila kamu melihat seorang Indian
Amerika dan seorang Eskimo, kamu pasti dapat mengetahui kedua-duanya berasal daripada etnik yang berbeza.
Dahulu, terdapat banyak kumpulan-kumpulan etnik dan sebahagian daripada sifat-sifat mereka berbeza dengan
manusia sekarang.
Contohnya, tengkorak manusia bangsa Neanderthal adalah lebih besar daripada manusia hari ini, dan
otot-otot mereka juga lebih kuat daripada kita.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan
kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji
tengkorak Neanderthal, “Ini adalah tengkorang moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu”.
Kadang kala fosil tengkorak yang ditemui adalah lebih kecil daripada saiz tengkorak manusia hari ini.
Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata, “Pemilik tengkorak ini berada pada tahap
perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia”.
#Sebenar, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih
kecil daripada tengkorak yang maju. Contohnya, ukuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia)
adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah
manusia biasa sama seperti manusia lain.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa fosil-fosil yang para penyokong evolusi kemukakan sebagai bukti
berubahan manusia daripada beruk sebenarnya adalah kepunyaan spesies beruk awal atau bangsa manusia yang
telah pupus. Ini bererti makhluk separuh manusia dan separuh beruk tidak pernah wujud.
Perbezaan Besar
Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa dan beruk
tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada
orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa,
mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan
ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia
yang mempunyai sifat unik ini.
Para penyokong evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui
banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Apakah terdapat kuasa
semuala jadi yang dapat memberikan kebolehan-kebolehan seperti melukis, berfikir, atau meniru beruk lain?
Sudah tentu tidak!
Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia tidak memberikan haiwan-
haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia adalah manusia dari mula ia dijadikan. Ikan adalah ikan dan
burung adalah burung. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah adalah Pencipta
kepada manusia dan semua hidupan.
TOPIK PALING MENAKUTKAN KEPADA DARWIN
DAN PARA PENYOKONG EVOLUSI
Seperti yang kami sebutkan di awal buku ini, mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna
rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang.
Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara
kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar
tempat, mata tidak dapat berfungsi.
Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak
mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi
mata daripada kuman.
Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua
komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar
motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi
jika salah satu komponennya hilang.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil
sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum
pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-
lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!
Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta
ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum
dan membentuk kereta ini, apakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia
mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-
bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?
Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan
kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan.
Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, “Saya masih ingat
apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk”. (Norman Macbeth, Darwin
Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu
untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.
Allah telah menjadikan bulu burung merak yang amat kita gemari. Tetapi Darwin menyatakan ia
“menyebabkannya pening” kerana dia tidak menerima kebenaran ini.
Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa terdapat bertrilion sel di dalam badan kita. Setiap sel ini
mengandungi data tentang semua sifat-sifat manusia. Apa yang belum kami sebutkan ialah di dalam setiap sel
ini semua data tersimpan di sini.
Di dalam nukleus setiap sel, terdapat bahagian mengandungi DNA. DNA mengandungi semua maklumat
tentang tubuh manusia. Semua data, seperti warna rambut atau mata, organ dalaman kamu, penampilan kamu,
ketinggian kamu, disimpan di dalam DNA. Data-data ini dapat dikod di menggunakan 4 bahan kimia dirujuk
dengan menggunakan abjad A, T, G dan C. Setiap abjad mewakili nama setiap molekul. Keempat-empat bahan
kimia ini disusun di dalam kombinasi berbeza dapat membentuk data berbeza. Kamu dapat bandingkannya
dengan satu abjad. Contohnya, terdapat 26 abjad di dalam bahasa Inggeris, dan kombinasi berbeza abjad-abjad
ini membentuk perkataan yang berbeza.
Terdapat banyak maklumat disimpan di dalam DNA ini. Untuk mengambarkan betapa luasnya maklumat
ini, kita lihat pada perbandingan berikut: Jika kita menulis semula semua maklumat yang terdapat di dalam DNA,
kita akan mendapat sebuah perpustakaan besar 900 jilid, setiap satunya 500 muka surat. Perpustakaan ini adalah
sebesar padang bola sepak. Tetapi, semua maklumat ini telah dipadatkan ke dalam sebuah molekul sangat halus
hinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.
Siapakah yang memasukkan semua maklumat ini? Siapa yang mampu memasukkannya? Para penyokong
evolusi tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan ayat biasa mereka, “Semuanya berlaku secara tidak
sengaja?” Tetapi, mustahil perkara yang begitu sukar ini dapat berlaku secara kebetulan.
Di atas ini kami telah memberikan perumpamaan sebuah perpustakaan. Kami katakan data di dalam DNA
ini mencukupi untuk memenuhi jilid-jilid yang memenuhi sebuah perpustakaan sebesar padang bola. Apabila
kamu melihat perpustakaan seperti ini, apakah kamu percaya data-data yang terdapat di dalamnya telah ditulis
secara tidak sengaja? Atau, apakah kamu fikir ia ditulis oleh para ilmuwan dan profesor terpelajar dan kemudian
diterbitkan oleh sebuah syarikat buku? Sudah tentu, pendapat yang kedua lebih tepat.
Tahukah kamu persamaan dakwaan para penyokong evolusi ini? Ia seperti seseorang menyatakan, “Telah
berlaku satu letupan di dalam kilang pencetakan dan semua jilid-jilid buku ini telah terbentuk dengan
sendirinya”.
Mungkin ketika kamu sedang duduk di meja kamu, kamu terpandang satu halaman bertajuk “Ciri-ciri
Geografi Dunia Ini”, dan kamu bertanya kepada sahabat kamu siapa yang menulis halaman ini, dia menjawab:
“Tadi ada sebotol dakwat di atas kertas ini. Saya tidak sengaja menumpahkannya dan tulisan ini muncul!”
Tidakkah kamu akan memikirkan dia telah tersesat akal?
Para penyokong evolusi mendakwa sesuatu yang lebih mustahil.
Sebagaimana satu halaman tulisan tidak dapat ada tanpa seorang penulis, begitu juga sebuah databank
seperti DNA tidak dapat terjadi dengan sendiri.
Allah, Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana, yang mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja,
yang mencipta langit dan bumi dan apa sahaja di antara keduanya, Dia jugalah yang menjadikan DNA.
ALLAH ADALAH PENCIPTA SEMUANYA
Tuhan kita telah memasukkan berbilion-bilion maklumat di dalam satu tempat kecil sehinggakan kita pun
tidak dapat melihatnya.
Allah telah menjadikan kita, mata kita, rambut kita, dan kaki kita.
Dia juga pencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak, kawan-kawan dan guru-guru.
Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita, coklat, kek dan gula-gula, buah-buahan dan
sayur-sayuran yang menjadikan kita kuat dan sihat. Jika Allah tidak mejadikannya, kita tidak dapat tahu
bagaimana rasanya coklat.
Allah juga mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita keistimewaan ini, kita
tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama sahaja sama ada kita makan kentang atau kek.
Allah tidak hanya menjadikan makanan yang lazat dan harum, Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan
yang membolehkan kita menikmatinya.
Kerana Allah mengasihi hambanya, Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.
Mulanya kamu tidak wujud. Fikirkan, kamu tidak wujud sebelum kamu dikandung (di dalam perut ibu
kamu). Kamu kosong. Allah menjadikan kamu. Dia menjadikan kamu daripada kekosongan.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara yang
kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah, dan berkata, “Saya sentiasa menyukuri setiap apa
yang Kamu berikan”. Apabila kita berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada
Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut.
Allah sentiasa mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam minda
kita. Ketika membaca buku ini, contohnya, kamu sedang memikirkan sesuatu, tetapi jika kamu tidak
menyuarakannya, siapapun tidak akan mengetahui apa yang kamu fikirkan. Allah, bagaimanapun, mengetahui
apa setiap apa yang kamu fikirkan dan sentiasa melihat kamu. Walaupun ketika kamu bersendirian, Allah
melihat kamu dan mengetahui segala yang kamu lakukan.
Kerana itu, seorang yang baik apabila berseorangan tidak akan berfikir, “Tiada siapa dapat melihat saya
sekarang” dan kemudian melakukan kejahatan. Mereka tahu Allah sentiasa melihat dan mendengar mereka
walaupun ketika tiada sesiapa di sekeliling.
KESIMPULAN
Tujuan buku ini adalah untuk memberitahu kamu bahawa Allah Pencipta seluruh alam ini dan semua
hidupan. Sudah tentu Allah telah menjadikan seluruh alam ini. Sesetengah manusia, bagaimanapun, tidak mahu
mempercayai kewujudan Allah. Kerana itulah mereka mengemukakan cerita-cerita dongeng seperti teori
evolusi.
Ketika memperkatakan tentang kewujudan Allah di dalam buku ini, kami juga menjelaskan kepalsuan
teori evolusi. Kami hanya menyebutkan sebahagian kecil topik-topik yang membuktikan kepalsuan teori
evolusi. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang bukti untuk membuktikan sebagai wajar teori evolusi.
Sekarang, kamu mengetahui mereka yang mempertahankan teori evolusi adalah pembohong!
Mulai sekarang, berhenti sejenak dan fikirkan setiap apa yang kamu saksikan. Jika kamu melihat seekor
nyamuk, contohnya, fikirkan bagaimana ia terbentuk. Atau ketika kamu sedang makan buah, fikirkan kenyataan
Allah telah memberikannya rasa dan bau. Jangan sekali-sekali lupa setiap kali kamu mendongakkan kepala ke
langit dan melihat bulan dan bintang, bahawa Allah yang meletakkan semuanya di tempatnya. Teruskan berfikir
tentang Allah dan teruskan mengingatkan teman kamu tentang Allah. Kerana Allah amat menyayangimu dan
memberikan kamu kehidupan yang penuh dengan keindahan.