You are on page 1of 34

Kerja Kursus Sejarah 2012

NIK MUHAMMAD AFIQ IQUAN BIN HASHIM 3 ARAB 2 [2012] PERAYAAN SUKU KAUM MELAYU DI MALAYSIA PUAN SYARLIZA

Tajuk kajian
Pakaian tradisional di Malaysia DI MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN
1. Tajuk Kajian. 2. Senarai Kandungan.. 3. Penghargaan 4. Objektif Kajian.. 5. Kaedah Kajian 6. Hasil Kajian Maklumat Asa Produk Tempatan Latar Belakang Kaedah/Cara Penghasilan Perkembangan Produk

7. Rumusan 8. Lampiran. 9. Rujukan.


4

PENGHARGAAN
Saya Nik Muhammad Afiq Iquan dari tingkatan 3 Arab 2 ingin merakamkan setinggitinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah ini. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya sempat menyiapkannya dengan sempurna dan lancar. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Pn.Syarliza yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini tanpa mengenal erti penat dan lelah. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada Tuan Che Hashim kerana memberi nasihat dan kerjasama kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya bapa saya, Hashim Bin Abdul Kadir dan ibu saya, Tuan Norasiah binti Tuan Abdullah yang sentiasa menghulurkan bantuan serta sokongan padu dalam bentuk material dan moral ketika saya memerlukan. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya, Muhamad Fazlan, Muhamad Khairul Imran dan Muhamad Nashran yang sangat setia dengan kerjakerja yang diberi dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran, semangat seta cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menjalankan kerja kursus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus. Objektif am ialah kajian yang telah dijalankan oleh saya dapat mengenal pasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang dijalankan. Pengalaman ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah mengikut disiplin dan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Objektif khusus pula bertujuan mengetahui dengan lebih mendalam tentang batik . Selain itu, saya juga dapat mengambil iktibar daripada proses pembuatan batik dan nilai yang perlu wujud dalam diri tukang batik.Di samping itu, saya akan dapat mengenal pasti teknikteknik dan proses penghasilan batik. Dengan membuat kajian ini juga, saya dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda. Melalui kajian ini juga saya telah mempelajari kaedah yang sesuai untuk menganalisis maklumat. Kerja kursus ini juga dapat membina sikap sabar terutama ketika menjalankan temu ramah dengan orang sumber.

KAEDAH KAJIAN
Ketika menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama untuk memperoleh kaedah utama untuk memperoleh maklumat antaranya kaedah rujukan, pemerhatian, penyelidikan serta temu ramah.

Kaedah Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan, majalah serta surat khabar. Saya juga telah melayari internet untuk mendapat maklumat tentang kaedah pembuatan batik, kepentingan batik dan sebagainya.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini dilakukan sekitar sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu .Kaedah ini dipilih bertujuan untuk memerhati kaedah pembuatan batik dan alatan yang diperlukan.

Kaedah Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, Perpustakaan Awam Kota Bharu, melawat laman web yang berkaitan dengan batik, menonton VCD dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Kaedah Temu Ramah


Saya telah menemu ramah Noor Arfa yang tinggal di Kuala Terengganu. Sebelum kaedah ini dijalankan, saya terlebih dahulu menyusun beberapa soalan yang bakal dikemukakan kepada guru Sejarah saya. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan kepentingan batik dan maklumat lain yang berkaitan.

HASIL KAJIAN
Maklumat Asas Produk

Produk tempatan yang saya pilih ialah batik iaitu termasuk dalam kategori pakaian tradisional. Nama pengusaha batik ialah Wan Mohamed Ariffin Wan Long . Wan Mohamed Ariffin Wan Long kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah. Namun, saya membuat kajian tentang batik adalah di kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu milik Wan Mohamed Ariffin Wan Long.

Latar Belakang

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.

Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

Wan Mohamed Ariffin Wan Long melaburkan modal sebanyak RM 15000 pada awalnya. Wang tersebut adalah dari hasil simpanan persendiriannya. Koleksi corak batik yang dikeluarkan oleh Noor Arfa Batik yang menampilkan warna dan corak menarik pastinya memikat lelaki dan wanita yang bijak memilih fabrik yang berkualiti bagi digayakan seharian dan mingguan sebagaimana yang diwajibkan kepada kakitangan awam pada setiap hari Khamis. Selain itu, batik juga dapat dijadikan pakaian seragam contohnya, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS.Di samping itu, kita dapat menjaga kelestarian warisan tradisional agar dapat dilihat oleh generasi akan datang kerana batik adalah salah satu pakaian tradisional. Seterusnya, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman . Antara kelebihan batik ialah warna yang dicetak pada batik ini juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar dan tidak mudah pudar. Penggunaan batik terutama batik kain kapas adalah sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan selesa digayakan. Ia mudah menyerap peluh dan tidak berbau lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering melakukan tugasan di luar pejabat. Batik juga begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Kaedah/cara Pengahasilan

Untuk membuat batik, bahan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda. Manakala peralatan yang diperlukan ialah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna atau sempadan mengasingkan warna. Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil. Antara langkah untuk menghasilkan batik ialah :

1. Kita membuat reka corak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/etnik, flora- fauna, geometrikal, organik, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya setiap orang memiliki selera berbeza-beza. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada.

2. Gunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. 3. Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. 4. Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Akhirnya, batik akan terhasil setelah menjalani beberapa langkah seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, batik juga memerlukan beberapa langkah untuk pengawalan mutu batik antaranya batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah digalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang lain dan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga ketahanan batik.

Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalah

baik

untuk

diamalkan.

Perkembangan produk

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira. Malah Noor Arfa Batik juga telah mendapat pengiktirafan dari Menteri Besar Terengganu. Noor Arfa Batik juga menggunakan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.

Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuk tujuan membangunkan satu khazanah corak-corak. Antara cabaran yang dihadapi oleh Noor Arfa Batik ialah persaingan dengan pengeluar batik lain. Terdapat terlalu banyak batik yang cantik

dan menawan dalam pasaran. Pengeluar atau pengusaha batik yang berdaya saing telah mengkaji dan menghasilkan pelbagai jenis batik bagi memenuhi selera pelanggan. Hasil daripada perkembangan ilmu dengan wujudnya institusi pengajian tinggi awam dan swasta menggalakkan lagi kreativiti pengeluar menghasilkan corak yang dapat memenuhi selera pelanggan. Selain itu, pihak Noor Arfa Batik mempunyai kekurangan tenaga kerja yang sangat mahir. Adalah tidak mudah menghasilkan batik tanpa ilmu dan kemahiran. Seseorang pelukis memerlukan kemahiran yang tinggi dalam melakar corak batik dengan menggunakan canting dan lilin panas. Lilin tersebut akan terus keluar melalui muncung canting bagi menghasilkan corak pada satah kain. Sekiranya ia dilukis dengan menggunakan pen, pensil, atau mana media lain, lebih mudah kerana boleh dipadam sekiranya ada kesilapan. Corak daripada mencanting tidak boleh dipadam. Kalau tersilap corak itu akan rosak. Selain itu, tekstil ini dicetak dengan corak batik yang ditiru daripada hasil usaha Noor Arfa Batik. Suatu yang menyedihkan tekstil peniruan corak ini mendapat tempat di kalangan orang tempatan atas sebab murah. Secara tidak disedari mereka mendapat keuntungan berganda. Noor Arfa Batik juga membuat beberapa perancangan masa hadapan agar industri tersebut terus kekal antaranya mewujudkan lebih banyak cawangan samada di dalam atau luar negara bagi memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan. Noor Arfa Batik juga akan mencari pekerja yang sangat mahir dan pelbagaikan corak batik meraka menepati dengan kehendak pelanggan.

RUMUSAN
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam keadaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa.Saya amat berbangga dan teruja dengan industri batik tempatan kerana disebabkan hal ini Negara kita dipandang tinggi oleh masyarakat luar kerana kelebihan dan keistimewaan rakyat Malaysia miliki. Secara tidak langsung, kita dapat menarik lebih ramai pelancong dari Negara luar seterusnya dapat meningkatkan hasil ekonomi Negara.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Batik adalah salah satu sumber pendapatan Negara kerana batik juga selalu diimport ke Negara luar. Selain itu, batik adalah salah satu warisan budaya masayarakat Melayu. Pengkajian ini juga

menaikkan semangat patriotisme saya. Saya juga dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya. Seperti yang disebut dalam peribahasa Melayu Tak kenal maka tak cinta

22

Peta NOOR ARFA CRAFT COMPLEX

Contoh batik

Kain batik

Contoh Batik Lukisan

RUJUKAN
i. INTERNET
http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=144: motif-dan-sejarah-batik

http://www.school network.com.my/default.php?page=batik

ii.

BUKU ILMIAH
Abdul Aziz Bin Abdul Rahman. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3. Percetakan Rina Sendirian Berhad: Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

iii.

AKHBAR
Berita Harian, 22 Oktober 2006, halaman 20 Metro, 22 Oktober 2006, halaman 19 Sinar Harian, 07 September 2009, halaman 2 Sinar Harian, 07 September 2009, halaman 5

iv.

MAJALAH
Pa&Ma, Oktober 2008, halaman 126, 127, 128, 129

v.

ORANG SUMBER

Noor Arfa,43 tahun,pemilik kilang batik yang tiggal di Kampung Chendering, Terengganu.

You might also like