You are on page 1of 21

BAB1:PENDAHULUAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing

(En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan & bahasa, kurang upaya mental(kerencatan akal), kurang upaya fizikal & kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi & tingkah laku serta pintar cerdas. Selain itu, masalah kanak-kanak hiperaktif juga tergolong dalam kanak-kanak yang berkeperluan khas dimana ia juga adalah satu masalah yang dihadapi oleh ibubapa diluar sana. Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan urat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih

menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif . Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa . Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang terlatih. Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) lebih berkesan ,Perlu ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach )dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka. Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan . Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini . Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu 2

rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa . BAB2 : KAJIAN LITERATURE Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu; Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau diam, tidak bisa berkonsentrasi dan bertindak sekehendak hatinya atau impulsif. Sedangkan hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap aktif, tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak mengikut hatinya).Kanak-kanak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyik dan tertarik dengan permainan atau mainan yang disukai oleh rakan-rakan lain seusia mereka. Perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan lain dari yang lain. Hiperaktif juga mementingkan diri, contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan akibat-akibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan. Demikian juga James Dobson merumuskan pengertian anak hiperaktif (disebut juga hiperkinensis, kelainan kecil pada otak, kelainan impuls, dan sedikitnya ada tiga puluh istilah lainnya) didefinisikan sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali. TANDA-TANDA KANAK-KANAK YANG HIPERAKTIF Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B. A. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan 4

Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa

B. Hyperaktif Kanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti) Kanak-kanak akan : Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu 5

Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya.

KESAN-KESAN PELAJAR HIPERAKTIF Kesan hiperaktiif ke atas pelajar kebanyakkannya negatif. Antara kesan hiperaktif ialah mempunyai sifat kendiri yang rendah, kurang tumpuan dalam pelajaran dan terlalu emosional. Kendiri yang Rendah Menurut Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) kendiri didefinisikan sebagai persepsi seseorang mengenai dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan di pengaruhi oleh peneguhan yang di terimanya daripada orangorang penting dalam persekitarannya. Selain itu, maksud kendiri menurut Huffman (2002) menyatakan daripada pandangan Teori Rogers, konsep kendiri ialah semua maklumat dan kepercayaan individu terhadap kehidupan mereka, kualiti dan tingkah laku merekasendiri. Manakala menurut Carl Rogers (1902- 1987), komponen personaliti yang utama adalah kendiri ( self ), sebahagian yang dikenali sebagai saya. Menurut Rogers lagi individu yang kurang sihat mentalnya atau tidak dapat menyesuaikan diri bermula apabila individu mendapati mereka tiada kongruen antara konsep kendiri dan pengalamansebenar yang dialaminya. Biasanya pelajarpelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri negatif dalam dirinya sehingga mereka merasa rendah diri dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana orang ramai asyik memandang serong dan tidak menyokong dan memberi semangat dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Noran dan Habibah (1997), ciri- ciri kendiri negatif ialah tiada keyakinan diri, suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari,tidak suka menerima pendapat dari orang lain, selalu merasa tidak puas hati dengan apayang diterimanya, selalu menimbulkan masalah, suka menyinggung perasaan orang lain, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.Hal ini demikian akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif initidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka suka beranganangan dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu pelajarpelajar yang kendirinya rendah biasanya akan ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh. Sebagai contoh seperti pendaki gunung Everest yang mempunyai kendiri yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam hidup. Kesimpulannya, pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri yang rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka berupaya merubah diri mereka. Mungkin hasilnya lebih baik dari orang yang normal. 6

Kurang Tumpuan Dalam Kelas Akibat mempunyai sifat kendiri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka bermain berseorangan.Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Selain itu, kanak- kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana guru tidak pandai menarik minat mereka. Jikalau para guru bijak menarik minat mereka ini akan mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi.Selain itu, jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang telah menyebabkan pelajar-pelajar hiperaktif ini tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Hal ini kerana tidak kesemua pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang begitu terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar boleh di sesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari. Kesannya pelajar yang hiperaktif ini sering ketinggalan sedangkan mereka juga mempunyai daya ingatan yang baik. Pelajar- pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan mengantuk keranamereka telah menggunakan semua tenaganya untuk bermain. Ini menyebabkan mereka tidak fokus dan sering ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain itu mereka juga sering mengganggu pelajar- pelajar yang lain. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif ini sering membuat bising ketika guru sedang mengajar. Gangguan Emosi Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam

pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh 7

diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yanglebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yangmemberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Olehsebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).

BAB3 : METODOLOGI

TEMU BUAL NAMA: MOHD DANISH AKMAL B. KAMAL UMUR: 6 TAHUN Kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan menunjukan bahawa masalah hiperaktif yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki adalah ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Saya telah membuat kajian dan pemerhatian terhadap seorang kanak-kanak iaitu Mohd Danish Akmal b. Kamal berusia 6 tahun yang mempunyai masalah kanak-kanak hiperaktif. Mohd Danish adalah pelajar paling hiperaktif didalam kelas beliau, ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sering kali terganggu. Mohd Danish tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan sering kali melakukan perkara di luar jangkaan kita. Seperti contoh, menggunting bahan-bahan bantu mengajar dalam kelas, sentiasa mesembunyikan diri di dalam tandas dan bermain benda-benda tajam. Perlakuan ini sangat bahaya dan ia juga boleh membahayakan kawan-kawan sekelas beliau. Dalam pemerhatian juga, saya ada menemu bual ibu kepada mohd Danish ini iaitu Puan Azura. Puan Azura berkata beliau selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengendahkan sesiapa disekelilinganya. Mohd Danish boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain beliau memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri mendapati sangat sukar hendak mendisplinkannya. Beliau tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Mohd danish asyik suka bergolek-golek diatas lantai serta bercakap-cakap seorang diri. Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial , emosi , kognitif dan bahasanya. Hal ini membuatkan Puan Azura sangat risau dengan tingkahlaku mohd Danish disekolah mahupun di rumahnya sendiri. Dirumah, Mohd Danish berkelakuan sama sepertimana beliau berada disekolah dan akan pasif apabila beliau tidur. Oleh hal yang demikian, Puan Azura telah pun membawa Mohd Danish pakar psikologi namun kelakuan beliau masih lagi seperti biasa. Puan Azura berkata, pakar psikologi menyatakan bahawa keadaan ini boleh berlaku akibat dari masalah kekurangan daya tumpuan, 9

masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan - keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya . Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas . Kanak - kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak - kanak yang mengalami gangguan kelakuan. Disamping itu, ibu Mohd Danish berharap agar anaknya dapat dikawal tingkah lakunya kerana ini akan menyebabkan pembelajaran anaknya akan terganggu dan akan menjadi lebih teruk jikalau masalah anaknya tidak dapat diselesaikan. Pada pendapat saya, Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang diluar jangkaan dan memalukan. Perkataan yang diungkapkan oleh anak hiperaktif ditambah dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang boleh memalukan rakan-rakan kita di dalam sesetengah keadaan. Memahami sifat hiperaktif anak penting bagi membantu ibu bapa mengendalikannya dengan baik. Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan-rakan seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya samada merbahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

BAB4 : PENEMUAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF

10

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial. Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai ciri-ciri berikut: ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang. Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan. Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan 11

satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi. Manakala melalui tempoh tumpuan pelajar yang singkat pula akan menunjukkanciri-ciri seperti sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap perkara yang rumitatau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktivitilain. Selain daripada itu juga, pelajar tidak akan mematuhi arahan dan gagal untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja harian. Pelajar akan mengalami masalah untuk mengatur tugas serta aktiviti-aktiviti, tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatutugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) danselalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku, tugasan sekolah, mainan dansebagainya) .Tumpuan pelajar hiperaktif juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti kesatu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikutusia.Disamping itu juga, ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalahseperti selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar danhadapi kemalangan. masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualanorang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami

PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK YANG HIPERAKTIF Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti. Menurut kajian perubatan rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi penyebab masalah perilaku hiperaktif ini kepada anak anda. Keputusan ujian menunjukkan kanak-kanak hiperaktif ini mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanakkanak tersebut. Kanak-kanak sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. Faktor-faktor 12

Pelajar Hiperaktif Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif dikalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling. 1. Faktor Genetik Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan perananyang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD). Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahlikeluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudaramara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akandiwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif (ADHD) adalahdipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepadaanak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebihcenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif. 2. Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibusemasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah sepertigangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainyasecara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akanmenyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalamimasalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan,distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yangnormal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminumalcohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalahhiperaktif ( Norman Supadma, 2009). Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secaratidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif.Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosionalsekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hperaktif. Dalamkonteks ini, faktor neurologik adalah merupakan 13

masalah-masalah yang dihadapi oleh ibusemasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut. Faktor Kultural dan PsikologiTerdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah faktor kulturul danfaktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan oreintasikesenangan. a) Faktor pemanjaan Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan,membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanja oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka ingin kan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa. b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam 14

sekolah. Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkahlaku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi (di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid Bin Arshat, 2010)

RAWATAN Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau. Pemulihan Intervensi tingkah laku Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah : Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. 15

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Permasalahan dalam ruangan aktiviti pembelajaran didalam kelas merupakan satu bentuk kelemahan yang harus diambil pendekatan yang terbaik agar setiap isi ruang yang ada didalam kelas mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Lask (1985) menyatakan terdapat beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh murid yang berada di sekolah. Masalah ini mungkin akan dihadapi oleh mereka yang muda dan yang lebih dewasa. Namun masalah ini dihadapi dalm jangka masa yang pendek, merupakn sebahagian daripada proses pertumbuhan yang dihadapi oleh murid.

BAB5 : KESIMPULAN & CADANGAN Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di 16

bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan. Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan . Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakitpenyakit pada zuriat mereka. Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai Sindrom Hiperaktif merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik. Ini memerlukan kesabaran,pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para dirumah. profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas

17

Pada cadangan saya semua pihak perlu mengambil pendekatan yang terbaik untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah hiperaktif ini. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan diagnosis. Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud perawatan yang diberikan dalam bentuk kita perlu mengenal pasti corak tertentu tingkah laku, membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah laku pelajar dari masa ke semasa. Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka dirumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurang tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru dapat mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik. Cara atau keadah permerhatiaan ialah dengan menempatkan pelajar di bangku yang terdekat dengan guru dan juga diantara anak murid yang tenang, ini bagi membolehkan guru memberi perhatian dan pengawasan yang penuh. Car asebegini akan membolehkan setiap pergerakan yang dibuat oleh pelajar hiperaktif tadi dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketika itu juga guru dapat memainkan peranan untuk mengajar anak murid yang lain kerana pelajar hiperaktif tadi terletak dekat dengan guru sekaligus ini akan mengurangkan kadar pengawalan yang menyeluruh dan akan membolehkan aktiviti bilik darjah dapat dijalankan dengan lancar. Pendekatan dianogsis yang seterusnya perlu dibuat oleh guru dengan mengelakkan pelajar ditempatkan berhampiran dengan jendela atau pintu yang terbuka dan juga gambar atau lukisan yang berwarna terang kerana ia akan merangsang pergerakan mereka. Sifat semulajadi yang ada pada pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya yang agak menebal. Keadaan ini akan menganggu ruang danmasa aktiviti pembelajaran. Menyingkirkan perlengkapan yang tidak diperlukan di meja belajar supaya perhatian mereka tidak terganggu oleh objek lain. Guru digalakkan selalu memberi pujian kepada pelajar yang hiperaktif apabila mereka berada dalam keadaan tenang kerana ini akan meningkatkan semangat mereka. Secara keseluruhannya, hiperaktif atau gangguan tumpuan (ADHD) adalah merupaka nsalah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang sering melakukan 18

tindakan di luar batasan terutamanya di dalam sekolah. Terdapat pelbagai faktor yangtelah dibincangkan dalam tercetusnya masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak ataupun pelajar. Hal ini boleh dirumuskan bahawa faktor yang paling banyak mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif ini adalah melibatkan faktor kekeluargaan seperti faktor genetic dan caracara ibu bapa mengawasai anak-anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bijak dalam mencari resolusi yang baik dalam mendidik anak-anak. Pada hakikatnya, masalah hiperaktif ini merupakan satu msalah yang seharusnya dapat dielak daripada berlaku. Bak kata orang menggelak lebih baik daripada merawat.Sehubungan dengan itu, banyak masalah yeng telah timbul akibat daripada masalah hiperaktif yang telah dialami oleh kanak-kanak atau pelajar. Dalam hal ini,masalah-masalah yang berlaku ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada pelajar hiperaktif, namun ia juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada orang yang berada disekeliling mereka. Dalam konteks ini, orang yang paling dekat dan paling mudah menerima kesan ini adalah rakan-rakan satu kelas dimana keadaan mereka yang hiperaktif akan menganggu masa belajar rakan kelas mereka, tumpuan belajar dan sebagainya. Oleh kerana masalah ini bukan merupakan masalah yang ringan, maka pelbagai resolusi telah dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlaku. Semua pihak perlu terlibat sama dalam membantu menanggani masalah yang dihadapi oleh pelajar hiperaktif dan tidak hanya menunding jari terhadap masalah tersebut.

RUJUKAN Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). P sikologi P ersonaliti. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. 19 Perguruan.Shah

Raihanah Abdullah (2004). Anak Hiperaktif Berkurang Apabila Umur Meningkat. Goleman, D (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam. Hamid Bin Arshat (2010). K anak-kanak yang Hiperaktif . Diperoleh pada 6 September 2010, daripada http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanakkanak-yang-hiperaktif.htmlHuffman. Karen (2002). P sychology in Action. USA: John Wiley & Sons. Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). Membimbing Anak Hiperaktif . Diperoleh pada 14September 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing-Anak-Hiperaktif. Norman Supadma (2009). Hiperaktif P ada Anak . Diperoleh Pada 30 Ogos 2010,

daripadahttp://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anak-t1540.htm.

LAMPIRAN

20

21

You might also like