You are on page 1of 3

SINOPSIS RINGKAS

Novel Putera Gunung Tahan mengisahkan kisah dua orang iaitu Tuan Robert
dan Tuan William yang dihantar ke Tanah Melayu untuk mencari tempat
peranginan yang sesuai bagi tempat beristirahat. Mereka diberi upah lima ribu
paun sekiranya usaha mereka Berjaya.
Destinasi utama mereka ialah puncak Gunung Tahan. Tuan Robert dan
Tuan William menuju ke pucak gunung itu dengan ditemani oleh Ali dan
Awang. Nasib tidak menyebelahi mereka di mana Ali dan Awang telah mati
dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, Tuan Robert dan Tuan William tetap
meneruskan perjalanan. Oleh sebab musim hujan, mereka telah berlindung
dalam sebuah gua.
Setelah hujan reda, Tuan Robert keluar dari gua untuk meninjau-ninjau
keadaan sekitar tempat tersebut. Tiba-tiba, dia telah ditawan oleh sekumpulan
orang sakai. Tuan Robert telah dibawa ke perkampungan mereka. Di situ,
Tuan Robert telah diberi layanan yang baik dan dilantik oleh orang-orang
sakai sebagai Batin Putih. Di perkampungan orang-orang sakai itu, Tuan
Robert telah bertemu dengan seorang perempuan Melayu. Perempuan tua
Melayu itu telah menceritakan segala kisahnya kepada Tuan Robert dan
menyatakan tentang ilmu pengasih serta ubat-ubatan orang sakai di tempat
itu. Perkara tersebut tidak dipercayai oleh Tuan Robert.
Oleh sebab benci akan sikap Tuan Robert yang sedemikian itu, maka
perempuan tua itu pun mengenakan cenuai terhadap Tuan Robert. Akhirnya,
Tuan Robert telah tergila-gila akan seorang gadis Sakai. Dengan pertolongan
perempuan tua itu, Tuan Robert telah direstui berkahwin dengan gadis
berkenaan. Tetapi, dengan muslihat perempuan tua itu juga, iaitu dia telah
mengarahkan gadis berkenaan supaya berlari dengan pantas semasa
upacara perkahwinan mereka supaya Tuan Robert tidak dapat menangkap
gadis tersebut. Dalam upacara perkahwinan berikutnya, Tuan Robert
dikehendaki memanjat pokok yang dipanjat oleh gadis itu untuk menangkap
gadis tersebut. Tetapi, Tuan Robert telah terbunuh kerana terjatuh dari pokok.
Tuan William telah mencari Tuan Robert. Semasa mencari Tuan
Robert, dia telah berjumpa dengan Kusina, iaitu pengiring Ratu Bongsu yang
menetap di puncak Gunung Tahan. Dengan pertolongan Kusina, Tuan William
di bawa berjumpa dengan Ratu Bongsu. Melihatkan tempat itu sungguh
menarik, maka timbullah di hati Tuan William untuk menakluki kawasan
tersebut. Dia telah mengutuskan surat kepada kerajaan negerinya agar
menghantar kapal terbang untuk mengebom kawasan itu.
Dengan kebijaksaan Ratu Bongsu, dia dapat mengesan niat jahat Tuan
William itu. Akhirnya, ketika Tuan William diarahkan untuk mengambil
teropong, dia dikurung oleh Kusina di dalam bilik itu dan mati terperangkap
apabila bom digugurkan. Isteri Tuan William yang dating bersama-sama kapal
terbang itu telah tercedera. Ratu Bongsu telah terpikat dengan isteri Tuan
William dan akhirnya mereka bersetuju untuk hidup bersama.
TEKNIK PLOT
Teknik Plot Huraian
Teknik Dialog: Dialog antara Ratu Bongsu dengan Tuan William:
Pertuturan ataupun
perbualan yang …”Tetapi bagaimana tuanku tahu akan rahsia
melibatkan dua atau lebih yang begitu sulit, pada hal tuanku belum beristeri
watak. lagi?” tanya Tuan William.

“Hendaklah tuan mengetahui bahawa saya ini


seorang raja yang memerintah dan tak dapat
tiada sebagai seorang raja saya mengetahui
darihal perempuan dan rahsiayang sulit-sulit
berkenaan dengan perempuan,” jawab Ratu
Bongsu. (halaman 70-71)

Teknik Monolog: Contoh monolog dalaman Tuan Robert yang


Satu teknik yang menjelaskan tentang watak perempuan tua
memperlihatkan watak- Melayu yang bersopan-santun:
watak berbicara “Tidakkah sesia rupanya beberapa orang
sendirian. Segala yang telah memuji akan perangai dan budi
perasaan dan fikiran bahasa orang Melayu kerana walaupun di tengah
dilahirkan sendiri melalui hutan rimba ini tertib dan adabnya tidak sedikit
kata-kata yang pun berubah. Sesungguhnya saya tidak akan
diucapkan. berjumpa dengan manusia seumpama ini lagi.”
(halaman 24)

Teknik Pemerian: Pengarang mengisahkan secara langsung


pengarang menceritakan tentang kedatangan dua orang kulit putih ke
secara langsung negeri Pahang dan tujuan kedatangan mereka ke
mengenal mengenai negeri tersebut. Katanya:
aspek-aspek tertentu
dalam novel. …Terdahulu sedikit daripada bah besar tahun
1926 M atau bah merah kata orang-orang
Kelantan dan Terengganu, dua orang kulit putih
telah sampai di Kuala Tembeling dari Kuala
Lumpur. Adapun mereka itu ialah penyiasat isi-isi
hutan dan seorang daripadanya sangat mahir di
dalam ilmu tumbuh-tumbuhan dan jadi-jadian.
Maka tujuan mereka itu ialah hendak mendaki
Gunung Tahan naik ke kemuncaknya kerana
menyiasat tumbuh-tumbuhan, gali-galian dan
barang yang ajaib-ajain di sana. (halaman 6)
Konflik: Pengeboman puncak Gunung Tahan:
Detik ketegangan bagi yang timbul
bagi menjadikan sesebuah cerita …Hatta tidak lama kemudian
menjadi tegang. daripada itu terdengarlah bunyi-bunyi
yang dasyat. Bom! Bom! Bom! Iaitu
bunyi-bunyi letupan yang digugurkan
dari kapal-kapal terbang yang ia
sendiri telah menjemputnya....
(halaman 80)

Unsur Saspens: Ketika upacara majlis perkahwinan


Keadaan tertunggu-tunggu, tertanya- Tuan Robert dengan gadis Sakai.
tanya pembaca terhadap sesuatu (halaman 44-46)
peristiwa dalam cerita. Dalam peristiwa ini, pembaca
tertanya-tanya sama ada berjaya atau
tidak Tuan Robert berkahwin dengan
gadis tersebut kerana syarat untuk
berkahwin dengan gadis itu agak
sukar untuk dilaksanakan oleh Tuan
Robert.

Teknik Imbas Kembali: Semasa perempuan tua mengimbas


Watak mengingati semula sesuatu kembali asal-usulnya:
peristiwa yang pernak dialami, dilihat
atau berlaku pada masa silam. …”Saya sakit tiga hari lamanya. Wah
amatlah sedihnya sakit di tengah-
tengah hutan rimba bertikarkan bumi,
beratapkan langit dan bersuluhkan
bintang di langit! (halaman 32)

Teknik Imbas Muka: Imbas muka perempuan Melayu,


Gambaran atau bayangan tentang sekiranya dia mengenakan cenuai
sesuatu yang akan berlaku, sama kepada Tuan Robert:
ada seseorang watak sesebuah
masyarakat, sesuatu peristiwa dan …”Esok-esok dah menyasar baru
sebagainya. sedap!...” (halaman 40)

Teknik Kejutan: Tuan Robert memanjat pokok


Perubahan dalam urutan cerita yang sepertimana yang dinyatakan oleh
berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga pengarang bagai beruk patah kaki.
oleh pembaca. Sesuatu yang berlaku Tuan Robert mati kerana terjatuh dari
selalunya tidak sama dengan apa pokok dalam upacara
yang diduga oleh pembaca. perkahwinannya. (halaman 46)

You might also like