You are on page 1of 12

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TEMA:PENCAPAIAN KENDIRI TAJUK:TOKOH CEMERLANG

NAMA: MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN SAPARIJAN NO.KAD PENGENALAN: 980722-10-6023 TINGKATAN: 2 GIGIH

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU ALAMAT SEKOLAH: PEKAN MERU,41050 KLANG,SELANGOR

NAMA GURU PENILAI: NORHAYATI BINTI BAJURI

Page 1

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya menyiapkan folio ini.Seperti ahli keluarga saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Page 2

KANDUNGAN

OBJEKTIF
1.Menghuraikan ciri-ciri kecemerlangan diri seseorang tokoh

2.mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri

3.menunjukkan sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti

Page 3

PENDAHULUAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Page 4

BIODATA TOKOH

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj

AC CH

Perdana Menteri Malaysia Tempoh berjawat 31 Ogos 1957 22 September 1970 Raja Abdul Rahman Hisamuddin Alam Shah Putra Ismail Nasiruddin Shah Timbalan Abdul Razak Hussein Didahului oleh Pejabat ditubuhkan Digantikan oleh Abdul Razak Hussein Tarikh lahir 8 Februari 1903 Tempat lahir Alor Star, Kedah, British Malaya Meninggal 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur, Malaysia Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front Pasangan Meriam Chong (1933 1935) Violet Coulson (1935 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 1990) Pekerjaan Peguam Agama Islam

Page 5

KEHIDUPAN PERIBADI

Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Page 6

PENDIDIKAN
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Page 7

KELUARGA

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di [[Kedah]. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Page 8

KERJAYA
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengahtengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Page 9

PENUTUP

Setelah membuat kajian ini saya dapat mengetahui lebih dalam tentang latar belakang beliau yang mempunyai semangat patriotik. Melalui kajian ini juga,saya dapati ramai generasi masyarakat tanpa mengira kaum menghormati,menghargai dan mengenang jasa Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selain itu,kajian ini dapat memberi kesedaran kepada generasi yang akan datang tentang kepimpinan beliau dalam membangunkan negara yang aman dan makmur.

Page 10

RUJUKAN

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, Kuala Lumpur, 2004

Page 11

LAMPIRAN

Page 12

You might also like