Belanjawan awam

1.0

Pengenalan

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan pasaran secara bersama memainkan peranan masing-masing dalam perlaksanaan asas ekonomi seperti apa, berapa banyak perlu dikeluarkan, bagaimana ia dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan. Dalam kertas karangan ini akan membincangkan tentang definisi belanjawan, tujuan atau objektif belanjawan. Komponen yang terdapat dalam belanjawan, dan juga sistem-sistem belanjawan yang ada di Malaysia. 2.0 Definisi Belanjawan

Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusansumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Belanjawan negara merupakan anggaran perbelanjaan dan hasil untuk satu-satu tahun kewangan tertentu. Dalam konteks Malaysia, Belanjawan Negara dibentangka di Parlimen pada bulan Oktober atau November setiap tahun oleh Menteri Kewangan (Ahmad Atory, 1983).

Khoo Boon, Cheng Hin & Che Ros Zainal (2006) menyatakan bahawa belanjawan negara ialah satu penyata anggaran kerajaan tentang perbelanjaan dan hasilnya untuk satu tahun kewangan yang akan datang. Dalam belanjawan negara, kerajaan akan mengumumkan perubahan dalam kadar cukai yang memperkenalkan cukai baru dan memansuhkan cukai yang lama. Dalam belanjawan negara ini juga, kerajaan juga mengumumkan rancangan perbelanjaan kerajaan seperti jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus dan jumlah peruntukan pembangunan.

Selain itu, Robert W. Smith dan Thomas D. Lynch menghuraikan belanjawan awam melalui empat perspektif iaitu dari perspektif ahli politik, ahli ekonomi, akauntan dan juga dari perspektif pengurusan awam. Bagi ahli politik, ia yang melihat proses bajet sebagai "peristiwa politik yang dijalankan dalam arena politik bagi tujuan politik". Manakala bagi ahli ekonomi menganggap bajet sebagai sesuatu perkara yang memperuntukkan sumber dari segi kos dan peluang di mana memperuntukkan sumber kepada satu pengguna dengan mengambil sumber dari pengguna lain.

Dari perspektif akauntan pula memberi tumpuan kepada nilai akauntabiliti dalam belanjawan yang menganalisis jumlah belanjawan untuk perbelanjaan sebenar dengan itu menerangkan "kebijaksanaan polisi asal". Manakala dari segi perspektif pengurus awam pula, Smith dan Lynch mendefinisikan belanjawan merupakan satu alat dasar untuk menerangkan pelaksanaan dasar awam. Di samping itu, mereka membangunkan definisi operasi: “A "budget" is a plan for the accomplishment of programs related to objectives and goals within a definite time period, including an estimate of resources required, together with an estimate of resources available, usually compared with one or more past periods and showing future requirements.”

Sementara itu, mengikut Robert D. L, Ronald W. J, Philip G. J (2008), belanjawan bertujuan sebagai satu mekanisme untuk menetapkan matlamat dan objektif, untuk memperuntukkan sumber yang diperlukan kearah objektif untuk mengukur kemajuan ke arah objektif, untuk mengenal pasti kelemahan atau kekurangan dalam organisasi, dan untuk mengawal dan mengintegrasikan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh subunit banyak dalam tempoh yang besarbirokrasi, awam dan swasta.

Selain itu, Kementerian kewangan Malaysia telah mendefinisikan konsep bajet belanjawan merupakan satu perancangan yang menggariskan

Dalam bahagian seterusnya akan membincangkan tentang tujuan membuat belanjawan dan rasionalnya. V. VI. Pengagihan sumber kewangan mengikut program. Antara tujuan belanjawan adalah untuk memberi arah kepada tindakan kerajaan untuk memaksimumkan faedah dari penggunaan sumber yang terhad. Program. akitiviti dan projek yang dirancang. Bajet menentukan keutamaan kerajaan dalam perbelanjaaan. II.0 Tujuan membuat belanjawan Kementerian Kewangan Malaysia turut menyatakan rasional keperluan bajet belanjawan iaitu untuk mengurus sumber kewangan yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad. belanjawan boleh dedifinisikan sebagai merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. aktiviti dan projek.I. matlamat dan strategi kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tahun bajet. IV. kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil. Bagaimana dan berapa banyak hasil yang dikutip untuk membiayai program. 3. bajet belanjawan sebagai alat yang mempengaruhi kegiatan ekonomi negara dan alat pengagihan kekayaan bagi menjamin keadilan sosial. . III. Jumlah pembiayaan dari sumber pinjaman Sasaran prestasi output dan impak Oleh itu. aktiviti dan projek yang akan dilaksanakan bagi mencapai strategi dan matlamat yang ditetapkan. Ia mengandungi perancangan ekonomi. Dasar.

untuk menggalakkan perkembangan ekonomi. perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi. II. pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Antara objektif dan kepentingan Dasar Belanjawan adalah untuk: I. pengangkutan. kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya. Pertumbuhan ekonomi Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Oleh itu. Jamal Ali (2009). Dari segi dasar belanjawan pula. telah menyatakan beberapa objektif dan kepentingan belanjawan kepada negara. bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. tabungan diperlukan. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. . Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia.Selain itu. Dr. Sebagai contoh. insentif pengecualian cukai boleh diberikan kepada pelabur baru. dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam. landasan keretapi dan pelabuhan. perdagangan dan perindustrian. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama. keperluan infrastruktur yang baik diperlukan.

Contoh dasar yang boleh dibuat ialah mengenakan cukai dan menggunakan hasil cukai tersebut untuk memberi biasiswa kepada anak-anak orang miskin. peningkatan pendapatan berlaku. kemahiran. Ini memberikan satu kesan yang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara. kerajaan perlu membuat dasar belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kaya kepada golongan yang miskin.III. kesihatan. kekuatan semangat dan sebagainya yang berbeza-beza. sudah tentu pendapatan yang diterima oleh mereka juga berbeza-beza. Mencapai kestabilan harga Kestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. . harga barangan akan meningkat (ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). kecekapan. menyediakan rumah yang bersesuaian dan mengujudkan peluang-peluang perniagaan. IV. Untuk mengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut. Hasil daripada kekukuhan ekonomi. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara Disebabkan manusia mempunyai kebolehan. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan.

sumber hasil negara. Jumlah hasil dan pembiayaan akan disatukan dan membentuk kumpulan wang disatukan.1 di atas menunjukan komponen-komponen belanjawan awam dalam membuat sesuatu perbelanjaaan awam. serta pinjaman dan penggunaan harta kerajaan. 5.4.0 Sumber hasil negara.0 Komponen Belanjawan Hasil Pembiayaan Kumpulan Wang Disatukan Bajet / Belanjawan Perbelanjaan Rajah 1. Bagi menampung kos perbelanjaan. hasil Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi negara yang meningkat dengan kadar lapan peratus setahun pada masa kini. . Sepintas lalu. sektor awam mengutip hasilnya melalui hasil cukai. Belanjawan memainkan peranan untuk menentukan penggunaan sumber yang diperolehi terhadap perkara atau bidang mengikut keutamaan dan seterusnya menentukan perbelanjaan . hasil bukan cukai.1 : Komponen Belanjawan Rajah 1. Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang sumber.

1 Hasil cukai Hasil cukai terdiri daripada cukai langsung dan cukai tak langsung.5. b) Cukai Tak Langsung . 5. a) Cukai Langsung . penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain dan hasil daripada Wilayah Persekutuan dan Labuan.mencakupi bayaran lesen kenderaan bermotor. faedah dan perolehan pelaburan (dari Kumpulan Wang Matawang Lebihan dan keuntungan Bank Negara Malaysia) dan royalti ke atas petroleum. duti import. cukai perjudian dan lesen-lesen selain daripada pengangkutan jalanraya. cukai jualan. kredit antara jabatan.2 Hasil Bukan Cukai dan Penerimaan a) Hasil Bukan Cukai .terdiri daripada duti eksport. yang dikenakan di bawah pelbagai undang-undang seperti Akta Cukai Pendapatan 1947 dan Akta Kastam 1967 dan lain-lain. cukai spekulasi tanah dan cukai atas keuntungan harta benda. . duti eksais. cukai perolehan.terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan. b) Penerimaan . cukai pendapatan petroleum. cukai harta pusaka. pulangan balik bayaran lebihan atau bayaran tersilap dalam tahun fiskal yang lepas. cukai pendapatan individu. cukai perkhidmatan.terdiri daripada cukai pendapatan korporat.

Di Malaysia. Kelima-lima peringkat ini berlangsung dalam tempoh beberapa tahun bermula dari tahun anggaran tersebut mula dirangka di peringkat agensi sehinggalah ia dinilai oleh Ketua Audit Negara.6. ianya mengandungi lima aktiviti utama iaitu penyediaan. permohonan dasar baru. proses permulaan budget cycle bermula dengan penyediaan belanjawan iaitu apabila Perbendaharaan menghantar surat pekeliling kepada semua agensi dan jabatan kerajaan lalu mengarahkan mereka supaya menyediakan cadangan anggaran belanjawan bagi tahun akan datang. Ia juga meliputi format dan borang yang perlu diisi dalam melengkapi keperluan yang diminta oleh Perbendaharaan. Tindakan seterusnya bagi agensi dan jabatan adalah menghantar anggaran belanjawan yang telah siap mengikut format yang ditetapkan kepada Bahagian Belanjawan di Perbendaharaan selewatlewatnya dalam bulan Mac tiap-tiap tahun. Pada bulan April. pemeriksaan. Peringkat pemeriksaan memerlukan tempoh yang mencukupi bagi Skop pemeriksaan anggaran memastikan pemeriksaan yang berkesan dapat dijalankan.0 Pusingan Belanjawan (budget cycle) Pusingan belanjawan „budget cycle‟ ialah satu proses atau kitaran aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan perbelanjaan. dasar-dasar. Surat pekeliling yang dikirim pada bulan Januari tersebut mengandungi objektif. kelulusan. proses dan prosedur penyediaan belanjawan yang mesti dipatuhi oleh agensi dan jabatan kerajaan (Suresh Narayanan. Secara rasminya di Malaysia. pelaksanaan dan pengauditan belanjawan. Peringkat ini dikenali sebagai “call for estimates”. Banyak agensi yang terlibat dalam setiap peringkat yang biasanya mengambil masa melebihi daripada setahun. Bahagian Belanjawan mula menerima ratusan anggaran belanjawan untuk diperiksa. dasar one-off dan jumlah peruntukan perbelanjaan . belanjawan tahunan di bawah Modified Budget System akan meliputi kepatuhan batas perbelanjaan. 2001).

Selepas Yang Di Pertuan Agong meluluskan anggaran belanjawan tersebut. memeriksa dan menyediakan cadangan anggaran perbelanjaan. legislatif ialah ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Melalui waran peruntukan ini. Dalam erti kata lain peringkat ini dipanggil peringkat kelulusan. Bahagian Belanjawan pula akan meneliti. Peringkat kelulusan perlu melalui tiga peringkat bacaan sehinggalah dipersetujui oleh ahli-ahli Parlimen seterusnya mendapat perkenan daripada Yang Di Pertuan Agong. Di peringkat ini.keseluruhan (Arahan Perbendaharaan. Setiap anggaran belanjawan mestilah melalui meja Mereka akan meluluskan apa-apa legislatif kerana mereka adalah wakil kepada rakyat. Seterusnya di peringkat kementerian dan jabatan pula. Pegawai Pengawal akan menghantar waran peruntukan kecil kepada pusat tanggungjawab atau kos yang menyatakan bahawa anggaran mereka telah diluluskan di Parlimen. 1998). Peringkat budget cycle seterusnya iaitu pelaksanaan belanjawan di Malaysia yang bermula secara rasmi pada 1 Januari tahun fiskal. maka Menteri Kewangan akan mengarahkan Waran Am dikeluarkan oleh Akauntan Negara bagi menandakan wang yang dikeluarkan dari Kumpulan Wang Yang Disatukan (KWDS). Akauntan Negara pula akan memberitahu pegawai-pegawai pengawal bahawa perbelanjaan bagi tahun baru boleh dilakukan melalui waran peruntukan yang dihantar kepada setiap agensi awam (Suresh Narayanan. belanjawan dikembalikan kepada pihak eksekutif agar penguatkuasaannya dapat dilaksanakan. Legislatif terdiri daripada anggota Parlimen iaitu ahli-ahli Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di peringkat negeri pula. . mereka dibenarkan membuat perbelanjaan yang dibuat daripada vot peruntukan yang diberikan kepada mereka. 2001). Peringkat ketiga ialah peringkat yang memulakan peranan legislatif di Malaysia. cadangan berkenaan cukai yang ingin dikutip oleh kerajaan. mengurus pindah peruntukan dan menjalankan kuasa bagi pihak Menteri Kewangan.

maka bermulalah peringkat terakhir dalam kitaran hayat belanjawan. 1999). Setelah tamat tahun fiskal. semua agensi mestilah melaporkan penyata kewangan mereka. 1998). Melalui penyemakan yang dilakukan oleh jawatankuasa ini. Tujuan peringkat ini dibuat adalah memeriksa sama ada eksekutif kerajaan telah melaksanakan belanjawan mengikut peruntukan yang telah diluluskan. Bagi agensi yang mempunyai bendahari sendiri maka laporan kewangan akan dibuat sendiri oleh bendahari agensi berkenaan. Laporan beliau akan disemak oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (Public Accounts Committee) dan segala teguran audit terhadap agensi awam wajib diberi perhatian yang sewajarnya (Arahan Perbendaharaan. Selepas siap akaun-akaun mereka. Ketua Audit Negara akan membentangkan hasil pemeriksaan audit di Parlimen. Prosedur-prosedur perakaunan yang seragam digunakan oleh jabatan kerajaan. memeriksa akauntabiliti awam dan kejujuran dalam membelanjakan wang awam dan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. maka tamatlah kitaran sesuatu belanjawan yang pada hakikatnya beredar untuk lebih daripada satu tahun. Jika tidak.Pengauditan belanjawan adalah peringkat terakhir dalam budget cycle. Juruaudit perlu memperolehi bukti-bukti yang sesuai dengan secukupnya melalui pelaksanaan tatacara-tatacara pematuhan (compliance procedures) dan tatacara-tatacara penyokongan (substantive procedures) supaya beliau boleh membuat kesimpulan-kesimpulan sebagai asas untuk melahirkan pendapat mengenai penyata kewangan. Peringkat terakhir. . agensi tersebut mestilah melantik akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun bagi pihak mereka (Sadano Sukirno & Mohamed Aslam Gulam Hassan.

Manakala bag belanja bekalan pula merupakan perbelanjaan bagi menguruskan aktiviti kerajaan samada yang berterusan atau “one-off” dan diperuntukan mengikut maksud bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai satu akta bekalan bagi tahun belanjawan (Perkara 100 Perlembagaan/ Rang Undang-Undang Perbekalan). 2006). jenis-jenis perbelanjaan kerajaan akan dijelaskan dengan lebih terperinici. pencen. .0 Jenis perbelanjaan kerajaan Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. (Che Ros Zainol. Contoh perbelanjaan ini adalah bayaran emolumen. 2009) Kementerian kewangan membahagikan perbelanjaan mengurus kepada dua iaitu perbelanjaan tanggungan dan perbelanjaan bekalan. Belanjaan tanggungan bermaksud perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan wang disatukan melalui perlembagaan persekutuan dan undang-undang tertentu (perkara 98 Perlembagaan Persekutuan).Cheng Hin Soo & Khoo Boon Chong . Cheng Hin & Che Ros Zainal. gaji hakim dan pemberian kepada negeri-negeri. Contoh perbelanjaan adalah seperti Gaji YDP Agong. Perbelanjaan mengurus ialah peruntukan kerajaan yang digunakan untuk pentadbiran dan pengurusan sementara perbelanjaan pembangunan ialah peruntukan kerajaan yang digunakan untuk menyediakan infrastruktur ekonomi (Khoo Boon. sewaan ruang pejabat. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan semasa kerajaan dan ia membolehkan pentadbiran kerajaan berjalan dengan licin.1 Belanjawan Mengurus Perbelanjaan mengurus ialah peruntukan kerajaan untuk membayar kos pengurusan dan pentabiran kerajaan. pembelian aset dan penyelenggaraan. khidmat hutang kerajaan. Dalam bahagian seterusnya. 7.7.

Perbelanjaan pembangunan akan meningkatkan pengeluaran sesebuah negara dan membolehkan orang ramai menikmati taraf hidup dan kebajikan yang lebih baik pada masa hadapan. Menurut Che R.0 Sistem Berlanjawan di Malaysia Malaysia telah melalui zaman yang berbeza-beza dalam pentadbiran kewangan. Perbelanjaan ini digunakan untu membiayai projek-projek pembangunan. Bahagian ini akan membincangkan tentang tahap-tahap sistem belanjawan yang pernah dilaksanakan di Malaysia. (2009). . Dibentangkan sebagai usul untuk kelulusan Dewan Rakyat (Kementerian Kewangan). Perbelanjaan pembangunan ini terbahagi dua iaitu perbelanjaan secara langsung dan perbelanjaan pembangunan secara pinjaman. 8.S. & Khoo B.Cheng H. Lazimnya perbelanjaan ini akan mengakibatkan pertambahan modal fizikal sesebuah negara..Z. Perbelanjaan secara langsung merupakan peruntukan yang disalurkan terus sebagai perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan manakala bagi perbelanjaan pembangunan secara pinjaman merupakan peruntukan yang dibiayai oleh kerajaan dan diberikan secara pinjaman dan perlu dibayar balik dalam tempoh tertentu.7.2 Belanjawan Pembangunan Belanja Pembangunan adalah perbelanjaan Modal (Capital Outlay) dan perbelanjaan tidak terulang dan bukan perbelanjaan penggunaan sebaliknya lebih bersifat pelaburan. C. Perbelanjaan pembangunan ialah pelaburan oleh kerjaan.

Segala hasil negara yang dipungut dikawal oleh raja yang dinamakan Perbendaharaan Negeri. Terdapat juga cukai kepala dan cukai pelabuhan yang dipungut oleh Syahbandar ke atas pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan. para penjajah mengambil kesempatan dengan kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan dari dibawa pulang ke negara asal mereka. Hasil yang paling utama ialah dalam bentuk cukai.2 Sistem Belanjawan Zaman Penjajah Zaman penjajah menyaksikan Tanah Melayu di tadbir oleh kuasa asing.1 Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu Tradisi Di zaman masyarakat melayu tradisi menekankan kepada sistem „rakyat-raja‟ dan „hambatuan‟. Golongan rakyat atau hamba akan bekerja untuk raja atau tuan mereka.8. . Mengawal sumber ekonomi adalah punca utama penjajah ke atas Tanah Melayu. Jadi. Oleh itu. Ini termasuk pengurusan kewangan. didapati komponen utama kepada belanjawan adalah „hasil‟. Oleh itu. pada zaman ini sistem belanjawan yang digunakan adalah sistem berdasarkan amalan negara penjajah. Proses ini membentuk satu hierarki di mana golongan bawahan akan memberi sumbangan kepada golongan yang lebih atas. boleh mengeluarkan harta dan perbendaharaan untuk dibelanjakan mengikut keperluan negara. khususnya mengenai sistem belanjawan yang diamalkan. Hanya sultan atas nasihat Bendahara. 8. Contohnya cukai hasil tanaman yang dipungut oleh raja atau pembesarpembesar ke atas masyarakat di dalam jajahan takluk mereka. di peringkat tertinggi sesebuah kerajaan.

8. Belanjawan jenis ini juga cenderung untuk . Contohnya pembinaan sekolah dan jalan raya. sistem belanjawan lini juga tidak ada mekanisme kawalan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan terhadap peruntukan yang dibelanja. Di bawah sistem ini agensi-agensi kerajaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti (objek atau item) yang dirancang untuk dilaksanakan. 8. Salah satunya ialah melalui agihan peruntukan perbelanjaan negara. Menurut Russell Huebsch (2011). Tumpuan negara pada awal kemerdekaan adalah terhadap pembangunan infrastruktur dan luar bandar. Satu sistem belanjawan telah diperkenalkan dan dikenali sebagai sistem belanjawan lini (Line-item budget). Selain itu.3 Sistem Belanjawan Lini (line-item budget) Selepas mencapai kemerdekaan. kerajaan berpeluang mengambil alih sepenuhnya pentadbiran negara dari penjajah. Peruntukan hanya diberi berasaskan kepada anggaran perbelanjaan yang diminta. Biasanya aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan ke arah pembangunan sosial dan ekonomi akan diberi keutamaan. Kerajaan berusaha pelbagai cara ke arah mencapai matlamat pembangunan. beserta dengan anggaran perbelanjaan yang terperinci.4 Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) Sistem belanjawan Lini didapati kurang berkesan kerana terdapat banyak kelemahan seperti tumpuan yang lebih ke atas aktiviti-aktiviti tertentu menyebabkan berlaku keutamaan tertentu dalam agihan perbelanjaan negara. Wang yang diperuntukkan dalam belanjawan ini adalah satu cara membelanjakan dana umum berbanding tindak balas yang lebih spesifik. Ini termasuk dalam aspek pengurusan kewangan negara. Kelemahan utama belanjawan Lini adalah bahawa peruntukan dana mempunyai perkaitan yang sedikit dengan matlamat dan prestasi organisasi.

Mengenal pasti isu utama yang perlu diselesaikan dalam penggubalan perancangan objektif atau program. Mendefinisikan tujuan organisasi dengan lebih spesifik Menentukan perancangan termasuk kaedah alternatif yang mungkin untuk mencapai matlamat. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1961 di Amerika Syarikat oleh Setiausaha Kementerian Pertahanan. kerajaan telah memperkenalkan satu sistem belanjawan yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Progam dan Prestasi (SBPP). Robert S. Menurut Daud Novick (1973). IV. II. Tinjauan tahunan ke atas setiap langkah-langkah dalam perancangan. PPBS adalah sistem pengurusan yang mempunyai 10 ciri-ciri utama. Sistem belanjawan ini sebenarnya adalah diambil dan diubah suai dari sistem Perancangan Program Sistem Belanjawan .Planning Programming Budgeting System (PPBS). III. . Ciri-ciri ini dapat dilihat seperti di bawah: I. Perancangan Program Sistem Belanjawan (PPBS) adalah satu program belanjawan yang merupakan sistem pengurusan membuat keputusan dalam bajet. Oleh itu.memberi tumpuan kepada prestasi masa lalu berbanding keperluan masa hadapan selain kurang fleksibeliti dalam aliran dana jika berlaku perubahan dalam perancangan. ia telah diperkenalkan kepada kementerian masing-masing. Mc Namera. pada tahun 1968. program dan anggaran belanjawan untuk memastikan suatu pendekatan dilakukan teratur dalam jangka masa yang tertentu untuk dianalisis dan membuat keputusan untuk setiap peringkat pengurusan. Apabila sistem itu menampakkan kejayaan awal.

Melalui sistem ini. 2000). agensi-agensi kerajaan telah mencapai banyak kemajuan. Seterusnya prestasi ini akan menjadi asas kepada peruntukan di tahun-tahun akan datang. klasifikasi perbelanjaan dengan kos. setiap agensi dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan untuk tahun hadapan dengan menjelaskan secara terperinci objektif-objektif dan strategi-strategi perlaksanaan bagi sesuatu projek. menilai kepentingan perkhidmatan agensi kepada faedah yang diterima oleh rakyat dan meningkatkan prestasi matlamat prestasi tahunan mereka. Dengan SBPP ini. Ini disebabkan kefahaman yang lebih baik agensi-agensi tersebut terhadap peranan dan fungsi pengurusan kewangan. PPBS di Malaysia telah dikenali sebagai 'Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)'. Beberapa perbendaharaan juga dikeluarkan untuk berkhidmat sebagai petunjuk cara dan syarat-syarat yang perlu diikuti dalam melaksanakan sistem ini. sistem perakaunan yang bersesuaian dengan sistem belanjawan telah diperkenalkan selepas Pekeliling Perbendaharaan 5/68 (Pengawalan Ekonomi Malaysia. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1968 dengan 5 tahun Pekeliling Perbendaharaan Bil 1968. Meneliti dan menilai hasil setiap program yang dijalankan secara berterusan berhubung dengan jangkaan kos dan hasil untuk menentukan perubahan dalam program-program dan objektif yang telah ditetapkan pada peringkat awal. Kementerian Kewangan adalah bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan SBPP yang telah membantu banyak maklumat perbelanjaan yang akan membantu kesahihan di Parlimen . Prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan diukur berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif mengikut strategi pelaksanaan yang ditetapkan itu.V. Sistem prestasi bajet.

Antara peraturan dan prosedur yang diperkenalkan ialah dengan menetapkan jumlah peruntukan melalui Batas Perbelanjaan. 8. MBS adalah sistem yang berasaskan SBPP yang dibuat pengubahsuaian kepada bidang kuasa dan proses perbelanjaan. Sekiranya agensi-agensi kerajaan tidak dapat mencapai . Pengubahsuaian ke atas bidang kuasa melibatkan penurunan kuasa untuk membuat keputusan kepada peringkat pengurusan bawahan. kuasa membuat keputusan ini dihadkan kepada pegawai-pegawai pada peringkat akauntabiliti yang bersesuaian. Bagaimanapun.5 Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budget System: MBS) telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1990 sehingga ke hari ini. Manakala pengubahsuaian dalam proses pula melibatkan peraturan dan prosedur dalam agihan peruntukan belanjawan. Malah. Batas Perbelanjaan ditetapkan dengan mengambil kira peruntukan perbelanjaan bagi projek yang sama atau yang setara pada tahun sebelumnya.untuk menggubal dasar dan strategi perbelanjaan negara (Sadano Sukirno & Mohamed Aslam Gulam Hassan. Pengubahsuaian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerana setiap aktiviti dapat ditadbir dan dikawal oleh individu yang paling hampir kepada pelaksana. 1999). Batas Perbelanjaan merupakan satu had perbelanjaan kasar ke atas sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira faktorfaktor lain dan tidak boleh dilampaui oleh agensi yang melaksanakanya. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan dan Kebajikan Negara telah dipilih sebagai projek perintis.

seperti Thailand dan Indonesia. produktiviti. Kerajaan telah cuba untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku semasa kemelesetan. Pengubahsuaian dalam proses juga melibatkan aspek penilaian ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan. serta kelemahan-kelemahan yang diperolehi dari semasa ke semasa. yang dilancarkan pada lebih awal. penentuan asas-asas pengukuran kecekapan dan keberkesanan. kualiti dan akauntabiliti.5. Di samping itu. keberkesanan. inflasi dan perkara-perkara lain. kejatuhan dalam mata wang asing. 1990-an dan 2000.prestasi yang dipersetujui. 8. Dengan sistem baru ini dikatakan untuk membantu mengoptimumkan peruntukan sumber. semua tindakan kerajaan adalah tertakluk kepada dasar akan digubal oleh kerajaan Malaysia itu sendiri. kejatuhan dalam permintaan agregat.1 Sebab sistem SBPP ditukar kepada MBS Terdapat beberapa episod kemelesetan ekonomi yang telah melanda Malaysia pada awal 1920-an. Malaysia telah mengalami kemelesetan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Akibat kemelesetan ekonomi. 1980-an. Walau bagaimanapun. Ini bertujuan menkaji semula kesesuaian agihan peruntukan bagi aktivitiaktiviti yang berkenaan. termasuk mengkaji semula dasar-dasar yang berkenaan. kerajaan Malaysia telah menghadapi masalah kewangan dan pengangguran yang . mereka dikehendaki mengemukakan sebab-sebab yang munasabah melalui Laporan Pengecualian kepada Perbendaharaan. Di samping itu ia juga mengemas kini aspek pengurusan kewangan bagi mencapai matlamat kecekapan. Kemelesetan ekonomi di Malaysia juga timbul akibat krisis kewangan.

oleh itu. 2009).terus meningkat. oleh itu kadar cukai yang akan meningkat pada masa akan datang untuk menampung kos hutang kerajaan. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurun kepada 6. perbelanjaan sektor awam yang tinggi yang ditanggung dengan cara pinjaman. Walau bagaimanapun. Untuk menangani situasi ini. Selain itu. Di samping itu. . Ini menyebabkan ekonomi tidak berkembang dan lambat untuk sembuh. 1996-2000).6 peratus dalam tempoh 1976-1980 (Dasar Pengurangan Beban beli Awam. negara ini telah mengalami inflasi pada tahun 1980-an. Kemelesetan ekonomi Malaysia juga mempunyai kaitan dengan kemelesetan di Amerika Syarikat. yang merupakan lebih daripada separuh daripada pendapatan yang diperolehi oleh hasil eksport negara (Penilaian Prestasi Ekonomi Makro. Pengaruh ini akan menjejaskan tahap ekonomi negara. Malaysia adalah sebuah negara kecil yang lebih terdedah kepada perkembangan ekonomi semasa di peringkat antarabangsa. kemelesetan ekonomi global telah memberi kesan yang tidak diingini yang disebabkan oleh dasar ekonomi terbuka yang diamalkan Malaysia. Kelembapan dan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat terus terus menjunam dan juga telah merebak ke negara-negara lain juga. isi rumah akan mengurangkan penggunaan dan meningkatkan simpanan mereka. terdapat mereka yang mengatakan bahawa kemelesetan ini berlaku kerana ketidakcekapan dan kelemahan pengurusan ekonomi.4 peratus setahun sepanjang 1981-1982 berbanding dengan 8. Akibat kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan. Malaysia mempunyai cara dan kaedah yang berkesan dalam menangani kemelesetan ekonomi yang melanda negara sebagai disebabkan pengaruh ekonomi luar. Pengurangan dalam perbelanjaan penggunaan isi rumah akan menyebabkan sektor awam akan mengurangkan kesan bersih ke atas permintaan agregat. Menurut teori Ricardian Kesetaraan.

Kedudukan ekonomi yang lembab telah menyebabkan banyak dalam defisit belanjawan dan imbangan akaun semasa pembayaran.9 bilion pada akhir tahun 1980 kepada $ 13. berbanding dengan $ 5. daripada $ 4. jumlah hutang negara kesemuanya bernilai $ 24.825 juta pada tahun 1982 (iaitu 13. Baki akaun pembayaran defisit semasa meningkat kepada $ 7.1 bilion atau 14 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada tahun 1980 kepada $ 11.4 peratus daripada KNK). Jika hutang-hutang lain termasuk sifat kerajaan negara peminjaman dan badan-badan berkanun yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Tindakan kerajaan. adalah untuk mendapatkan pinjaman dari luar negara untuk memenuhi kekurangan sumber kewangan telah meningkat hutang awam. Akibat kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Kerajaan telah melaksanakan Dasar Fiskal untuk meningkatkan pengecutan negara. Sehubungan itu.2 bilion atau 18. kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan awam dan meningkatkan kadar cukai ke atas perbelanjaan pengguna.9 peratus daripada KNK pada tahun 1982. Dasar ini juga bertujuan untuk mengawal pertumbuhan hutang awam supaya tidak menjejaskan kira-kira . 2009). Kerajaan telah melaksanakan Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam. Di samping itu. Objektif dasar ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas ekonomi dan pada masa yang sama mengawal inflasi dan memperbaiki imbangan negara mengenai kedudukan pembayaran.1 peratus daripada KNK) (Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam.2 peratus daripada KNK.2 bilion pada akhir tahun 1982.3 bilion pada tahun 1982 atau 41. Antara tujuan polisi ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan selaras dengan sumber-sumber negara yang ada.477 juta pada tahun 1981 (iaitu 10. Di samping itu. Defisit Kerajaan Persekutuan meningkatkan daripada $ 7. ia juga adalah untuk mengurangkan defisit negara ke arah pengurusan ekonomi yang cekap.

Kerajaan telah menyemak semula skop dan manfaat daripada perbelanjaan sektor awam di mana agensi-agensi yang terlibat perlu mengkaji semula keperluan. Tahun ini. Ini pengukuran prestasi sebab tidak boleh dibuat dengan prestasi yang komprehensif dan keseluruhan dinilai kepada agensi tidak sempurna. 2009). Bagi memastikan dasar ini dalam mencapai objektifnya. yang telah diperkenalkan dan hampir selama dua puluh tahun tidak dapat memenuhi matlamat prestasi negara. SBPP. Di samping itu. Antara kelemahan utama yang dikenal pasti di bawah sistem MBS adalah seperti berikut: I.negara mengenai kedudukan pembayaran dan kadar pertukaran asing (Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam. Dalam mengurangkan perbelanjaan awam. 2009). Kerajaan juga memperkemaskan operasi pentadbiran awam dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bajet yang sedia ada Sistem Belanjawan Program Prestasi (SBPP) dan pengenalan sistem baru seperti mikro perakaunan-. Walau bagaimanapun. Kerajaan telah diswastakan beberapa aktiviti di bawah Dasar Penswastaan Kerajaan (Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam. . Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) sahaja. keutamaan dan manfaat program selaras dengan kedudukan kewangan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pengukuran beban kerja oleh struktur program ini tidak boleh berkembang sepenuhnya sebagai disebabkan output kasar agensi yang sukar untuk menilai secara objektif.

kerajaan telah menyediakan satu rangka kerja bagi pembaharuan dan pengubahsuaian untuk SBPP. Beberapa kementerian telah dipilih untuk memulakan pembaharuan sehingga tahun 1995. Pengukuran prestasi organisasi tidak berkaitan dengan prestasi individu dan tidak ada mekanisme yang diperkenalkan untuk menghubungkan kedua-dua perkara ini. III. .II. apabila semua agensi kerajaan telah dikehendaki untuk menggunakan dengan sepenuhnya peraturan-peraturan bajet yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budgeting System: MBS). SBPP tidak dapat berfungsi dengan baik apabila kerajaan yang berurusan dengan hasil negara tidak stabil manakala perbelanjaan dijangka meningkat setiap tahun. prestasi individu tidak boleh dianalisis melalui pencapaian agensi. Menyedari kelemahan yang wujud dan tidak boleh diatasi menerusi sistem itu. Fenomena ini terus menurunkan moral kakitangan bersungguh-sungguh untuk membantu agensi itu tetapi tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Bajet pemotongan aktiviti telah dibuat oleh Perbendaharaan atas perbelanjaan tahunan agensi itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pengurus agensi yang menggunakan potongan rawak yang akan menjejaskan matlamat agensi. kerajaan telah bertindak untuk menyemak sistem yang sedia ada dan merancang reformasi untuk mengatasi masalah yang terkandung dalam SBPP. Oleh itu. Hasil pada tahun 1990.

gov. kehendak dan keperluan. matlamat dan objektif untuk menjelaskan setiap wang yang dibelanjakan. Government expenditure will emphasize value-for-money as well as programmes and projects with high multiplier effect. apabila memperkenalkan Rang Undang-undang Perbekalan (2010) di Dewan Rakyat berkata: “The Outcome Based Budgeting (OBB) system will be developed in 2010. Dalam respons kepada realiti global dan selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. . Kerajaan Malaysia telah memulakan beberapa inisiatif termasuk langkah untuk memberi tumpuan Perancangan dan Belanjawan Negara berasakan hasil.treasury. Under the OBB approach. This system will be implemented during the 10thMP period to replace the existing Modified Budgeting System. Belanjawan yang berasaskan hasil ini berbeza daripada pendekatan tradisional kerana ia memberi tumpuan kepada hasil daripada penggunaan input iaitu perbelanjaan dan hasil daripada perbelanjaan ini membolehkan pembuat dasar untuk menentukan apakah aktiviti kos-berkesan dalam mencapai hasil akhir.myresults.8. Menurut YAB Dato 'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menguruskan ekonomi negara telah semakin menjadi suatu perkara yang bertindak balas kepada trend pasaran global. Kejayaan dalam abad ke-21 bukan hanya bergantung pada saiz pasaran domestik tetapi juga kepada keupayaan negara untuk mengurus sumber modal. In addition.6 Sistem Bajet Berasas Hasil (Outcame Base Budgeting – OBB) Globalisasi memerlukan untuk negara-negara menjadi lebih berdaya saing di arena antarabangsa. Ia adalah satu cara untuk memperuntukkan sumber untuk mencapai objektif khusus berdasarkan matlamat program dan keputusan pengukuran. barang siap dan kepakaran dari peringkat global.my).” Belanjawan berasaskan hasil atau Prestasi menggunakan penyata misi. (http://www. bahan mentah. compared with expenditure and output. emphasis will be given to the outcome and effectiveness of projects and programmes.

Ia mengandungi perancangan ekonomi. Kebertanggungjawaban dan Pengurusan Sistem Maklumat. OBB bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan kecekapan Sektor Awam. berkesan danmematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan.0 Kesimpulan Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara demi memastikansetiap peruntukan dan perbelanjaan negara diselia dan dikawal dengan cekap. kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil. ini mewujudkan hubungan menegak dan mendatar antara Keutamaan Kebangsaan dan Aktiviti Kementerian dan memperbaiki rangka kerja akauntabiliti untuk memacu prestasi seluruh rangka kerja strategik yang lebih tersusun.OBB adalah satu proses yang bersepadu yang menggabungkan 5 komponen utama pembangunan bagi Perancangan. Belanjawan. Pemantauan & Penilaian. Perlembagaan Persekutuanmenjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran kewangan dalammembentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Dengan mengintegrasikan komponen ini. 9. Secara keseluruhanya. Bahagian yang boleh diperbaiki termasuk memberi fokus perancangan pada hasil keluaran (Outcames). Dasar Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. mendapatkan pandangan tunggal bajet menggabungkan Belanjawan Pembangunan dan Operasi di bawah Program. .

Syarahan Pelantikan Profesor: Universiti Sains Malaysia. Lynch. Dr. Philip G. Diakses pada 2 Jun 2012 http://jamal7478. Robert D.gov.Diakses pada 2 Jun 2012 dari http://www. New Jersery. 37.com/. Robert W. Bhd.my). (1998). Cheng Hin & Che Ros Zainal (. (2009). Canada. Suresh Narayanan.10.myresults.utusanonline. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam.geocities. Kuala Lumpur: Percetakan Russell Huebsch (2009) . Acsessed on 14 December 2011 from http://www.com. Joyce (2008). Selangor: Prentice Hall (M) Sdn. Jamal Ali (2009). Pelangi Publishing Smith. (2003).treasury. 5th Edition. (1999). Pearson. Makroekonomi: Teori. Arahan Perbendaharaan.0 Rujukan Khoo Boon.com Laporan ekonomi dan belanjawan. Masalah dan dasar kerajaan. Kementerian Kewangan.my/laporan_ekonomi_dan_belanjawan_2003. Dasar fiskal di Malaysia: Pengalaman dan pengajaran. (http://www. Public Budgeting in America.com/hualian_studentclub/dasar/dasar_pengurangan_beban_ perbelanjaan_awam. (2001).blogspot. Nasional Berhad. Lee.Upper Saddle River. Kepentingan Belanjawan Kepada Ekonomi Malaysia. htm. . Line-Item Budget Weaknesses . Ronald Wayne Johnson.ehow.) Ekonomi Asas .html. (2004). Jones and Barllet publisher International. and Thomas D. Acsessed on 13 December 2011 from http://www. Public Budgeting Systems . Sadano Sukirno & Mohamed Aslam Gulam Hassan..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful