You are on page 1of 4

Tajuk : Nilai-nilai kemanusiaan merupakan faktor asas dalam membentuk akhlak seseorang individu di dalam dunia kini yang

penuh dengan segala jenis cabaran.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa, Sekalung budi seuntai bahasa, Pusaka warisan budaya bangsa.

Rangkap pantun yang dilafazkan jelas menggambarkan bahawa bangsa yang beradat dan dipandang tinggi adalah bangsa yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka.Ketinggian sesuatu bangsa turut dikaitkan dengan kejituan budi yang dimiliki oleh seseorang. Bangsa yang berbudi luhur dan santun akan sentiasa diingati dan dikenang lantaran penggunaan bahasanya nan santun telah malar subur meresap jauh ke mandala atma pendengar. Konsep perikemanusiaan adalah sikap perikemanusiaan bertindak dengan sifat dan nilai-nilai yang ada belas kasihan sesama manusia,haiwan dan alam sekitar. Pascamodenisasi kini,rakyat Malaysia semakin alpa tentang nilai-nilai kemanusiaan dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab dalam menghargai nyawa dan keamanan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang pascamerdeka haruslah menanam nilainilai kemanusiaan di dalam diri masing-masing sebelum nasi menjadi bubur.
Haziqah/smktsj2/2011

Datin Sri Rosmah Mansor menyeru kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu mengambil berat berhubung isu-isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Tambahan pula,walaupun negara kita semakin pesat membangun namun kelakuan manusia amat menyedihkan kerana moral manusia semakin pudar. Sebagaimana kita semua maklum kes-kes keganasan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak meningkat walaupun pelbagai langkah yang diambil seperti penguatkuasa undang-undang,pelaksanaan program-program kesedaran di samping pengukuhan institusi kekeluargaan ,tetapi kes-kes keganasan masih berleluasa. Kita juga sedar bahawa isu-isu yang dihadapi wanita hari ini bukanlah sesuatu yang baharu malah sudah dibincangkan berpuluh-puluh tahun lagi,namun kebebasan dengan cabaran global kini masalah yang terpaksa dihadapi kaum wanita hari ini semakin kompleks. Kita semua sedia maklum hawa keganasan bukan sahaja dari segi penderaan semata-mata malah terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada keganasan. Setiap rakyat haruslah mempunyai nilai anti-keganasan dan membantu mangsamangsa keganasan agar mereka tidak terus trauma atau menyembunyikan diri dalam dunia yang penuh cabaran ini. Sebagai rakyat yang prihatin perlulah berusaha membanteras isu-isu keganasan dan usaha-usaha ini memerlukan kesabaran dan kerajinan bak kata pepatah Melayu adat periuk berkerak , adat lesung berdedak. Mengikut perkembangan kisah Tee Hui Yee iaitu remaja perempuan yang mempunyai jantung mekanikal , seharusnya dapat menyedarkan kita betapa nilai kemanusiaa tiada sempadan agama , bangsa dan budaya. Memetik kata-kata bapa penderma , walaupun anak saya sudah tiada , tetapi saya merasakan kami mendapat seorang anak angkat , seharusnya ia dapat membuka hati setiap insan bahawa kita semua bersaudara. Lihat sahaja pembunuhan zalim yang berlaku kepada insan-insan malang selama ini. Nurin Jazlin Jazimin , merupakan antara tragedi yang amat dekat di hati kita , yang menimbulkan kemarahan dan membangkitkan kebencian kita kepada pelaku-pelakunya. Kemarahan bukan hanya ada pada mereka yang rapat dengan mangsa , malah seluruh masyarakat di negara ini. Lihatlah mereka yang turut berziarah tatkala jenazah Nurin Jazlin disemadikan.Lihat air mata yang tumpah dalam kalangan semua yang hadir. Semuanya lahir daripada kasih sayang dan kecintaan yang sama.Kita tidak perlu mengenal orang yang menjadi mangsa untuk merasai sakit , perit dan derita yang dilalui.Kita juga tidak perlu mengenal ibu bapa dan keluarga mangsa untuk menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di dada kita. Sesungguhnya nilai kemanusiaan dan kasih sayang inilah harus kita pupuk ,
Haziqah/smktsj2/2011

semai dan nyalakan demi melahirkan kecintaan yang berpanjangan. Mengapakah kita perlu bersengketa sedangkan kita dilahirkan atas rasa kasih sayang dan cinta. Ketika dunia sibuk dengan isu antarabangsa seperti ujian nuklear Korea Utara , program nuklear di Iran dan rampasan kuasa di Fiji , isu Palestin semakin dilupakan seolah-olah tercapai penyelesaian di wilayah bergolak tersebut.Hakikatnya , Palestin masih lagi dibelenggu serangan-serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan. Hak mutlak rakyat negara masih disekat , pelan damai Palestin Israel masih tergantung , dan pemimpin-pemimpin negara itu masih ditahan oleh tentera Israel serta sedang menunggu masa untuk dibicarakan. Perkara itu diperakui sendiri oleh Menteri Luar , Datuk Seri Syed Hamid Alba yang berpandangan bahawa dunia seolaholah menganggap konflik di Palestin telah selesai sedangkan hakikatnya negara itu masih dihujani serangan-serangan daripada tentera Yahudi. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang aman dan damai seperti Malaysia perlulah mempunyai nilai cinta akan keamanan supaya negara kita tidak dikuasai oleh kuasa luar seperti mana suatu ketika dahulu Tanah Melayu dimonopoli oleh kuasa luar. Anak ialah harta paling berharga dan menjaganya adalah amanah yang perlu dilaksana. Berdasarkan berita yang disiarkan melalui akhbar , peningkatan gejala sosial seperti kes pembunuhan dan pembuangan bayi semakin membimbangkan. Gejala yang berleluasa ini berpunca daripada masalah pergaulan bebas. Kita sebagai rakyat yang berfikiran luas perlulah menghargai nyawa demi kemanusiaan. Kesannya , generasi yang akan menerajui Malaysia ke tahap yang lebih tinggi semakin berkurang kerana sikap tidak bertanggugjawab pelaku pembuangan bayi. Sebagai rakyat yang pascamerdeka perlulah mempunyai nilai menghargai nyawa agar dapat melahirkan individu yang prihatin dan bertanggungjawab. Deduksinya , semua pihak haruslah berganding bahu berkerjasama memupuk nilai kemanusiaan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Nilai kemanusiaan bukan sahaja dapat dipupuk dalam kalangan warga tua malah ia juga dapat disemadikan dalam sanubari remaja dan kanak-kanak agar mereka lebih menghargai diri mereka sendiri dan orang lain. Mereka juga perlu dibimbing dari awal lagi supaya mereka lebih mengetahui mengenai nilai-nilai kemanusiaan bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat perikemanusiaan akan mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang. Masyarakat penyayang akan menjadikan kehidupan lebih harmoni dan negara
Haziqah/smktsj2/2011

lebih aman dan sejahtera. Isu kemanusiaan ini perlu ditangani dengan bijak untuk kesejahteraan umat sejagat.

800 patah perkataan

Haziqah/smktsj2/2011

You might also like