You are on page 1of 5

Asid sulfuric

Penggunaan asid sulfuric 1. Penggunaan utama asid sulfurij adalah untuk membuat baja kimai bagi sector pertanian. (a) Baja superfosfat Baja ini diperbuat daripada tindak balas antara asid sulfuric pekat dengan batu fosfat. Batu fosfat mengandungi kalsium fosfat. Ca3(PO4)2 5Ca3(PO4)2 + 11H2SO 4Ca(H2PO4)2 + 2H3PO4 + 11CaSO4 Baja superfosfat mengandungi bahan kimai monokalsium fosfat, Ca(H2PO4)2, bahan ini larut dalam air. (b) Baja nitrogen. Contoh baja ini ialah ammonium sulfat, (NH4)SO4. Baja ini diperbuat daripada tindak balas antara asid sulfuric dengan ammonia. H2SO4 + 2NH3 (NH4)2SO4 Baja ini larut dalam air dengan mudah. 2. Satu lagi penggunaan penting asid sulfurik adalah dalam pembuatan detergen moden. Detergen dibuat daripada tindak balas antara asid sulfurik pekat dengan natrium alkil sulfat. R-OSO3Na dan natrium alkil benzene sulfonat. R-C6H5-SO3Na 3. Asid sulfuric cair digunakan sebagai larutan elektrolit dalam akumulator asid plumbum, iaitu bateri bagi kenderaan seperti kereta, bas dan lori. 4. Banyak bahan industri dapat dihasilkan daripada asid sulfurik seperti : (a) pigmen cat seperti barium sulfat dan titanium (IV) oksida. (b) gentian seperti sutera tiruan dan rayon. (c) bahan kimia seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Alium Pewarna Dadah Plastik Racun serangga Bahan letupan Asid hidroklorik

5. asid sulfurik juga digunakan untuk proses pembersihan logam, iaitu penyingkiran lapisan oksida pada permukaan logam. Misalnya, zink perlu dibersihkan sebelum proses penggalvinian atau penyaduran dan badan keluli kereta perlu dibersihkan sebelum dicat. Asid sulfurik digunakan untuk melarutkan lapisan oksida logam tersebut. 6. penggunaan asid sulfurik dirumuskan dalam carta dibawah

Penghasilan asid sulfurik 1. asid sulfurik dihasilkan secara besar-besaran dalam industri melaui proses sentuh. 2. pembuatan asid sulfurik melibatkan tiga peringkat: (a) (b) (c) pembentukan sulfur dioksida. SO2 pembentukan sulfur trioksida. SO3 pembentukan asid sulfurik H2SO4

3. rajah dibawah menunjukkan tiga peringkat dalam pembuatan asid sulfurik melaui proses sentuh.

Peringkat 1: pembentukan sulfur dioksida. 1. sulfur dibakar dalam udara untuk menghasilkan gas sulfur dioksida. S(ce) + 02(g) SO2(g)

2. sulfur dioksida juga dapat diperolehi daripada sumber lain seperti:

(a)

pemanasan logam sulfide seperti plumbum (II) sulfide. 2PbS(p) + 3O2(g) 2PbO(P) + 2SO2(g)

(c)

Pembakaran hydrogen sulfida. 2H2S(g) + 3O2(g) 2SO2(g) + 2HO2(g)

3. sulfur dioksida dicampurkan dengan udara yang berlebihan 5. campuran ini ditulenkan dan dikeringkan. 6. benda asing seperti sebatian arsenic perlu disingkirkan untuk mengelak sebatian ini daripada meracuni mangkin dan menyebabkan mangkin tidak berkesan.

Peringkat II: Pembentukan Sulfur Trioksida

1. dalam peringkat ini, sulfur dioksida ditukarkan kepada sulfur trioksida. 2. Campuran sulfur dioksida dan udara yang berlebihan dialirkan ke atas mankin platinum atau vanadium (V) oksida pada suhu 400C hingga 500C. 3. Satu tindakan balas berbalik yang eksotermik berlaku. 2SO2(g) + O2(g) = 2SO3(g) H = - 190kJ mol 4. Keadaan tindak balas untuk peringkat ini ialah (a) Suhu (b) Tekanan (c) Mankin = 400C - 500C. = 1 atmosfera = Vanadium (V) oksida atau platinum.

5. Kira-kira 98% sulfur oksida dapat ditukarkan kepada sulfur trioksida.

Peringkat III: Pembentukan asid sulfurik.

1. Sulfur trioksida kemudian dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk menghasilkan sebatian bernama oleum . H2S2O7. SO3(g) + H2SO4(ak) H2S2O7(ce)

2. Oleum kemudian dicairkan dengan air unutuk menghasilkan lebih banyk asid sulfurik. H2S2O7(ce) + H2SO4 2H2SO4(ak)

3. Sulfur trioksida tidak dilarutkan terus kedalam air, ini adalah kerana tindak balas sulfur trioksida dengan air sangat eksoternik. SO3(g) + H2O(ce) H2SO4(ak) + banyak haba.

Haba yang terbebas dapat mendidihkan larutan dan menghasilkan wasap asid sulfurik yang mengakis, mencemarkan udara dan sukar dikondensasikan.

Sulfur dioksida agen pencemaran. 1. Tindakan yang digunakan untuk menghasilkan gas sulfur dioksida bagi pembuatan asid sulfurij melalui proses sentuh ialah: (a) Pembakaran sulfur dalam udara. (b) Pemanasan logam sulfide dalam udara. 2. Lebih kurang 98% sulfur dioksida ini dapat ditukarkan kepada sulfur dioksida. Maka, terdapat gas sulfur dioksida terbebas ke atmosfera dan menyebabkan pencemaran udara. 3. Sulfur dioksida merupakan salah satu agen utama dalam pembentukan hujan asid.

You might also like