Professional Documents
Culture Documents
- Perkatan tamadun berasal daripada perkatan dalam bahasab Arab,iaitu mudun dan madain. Ada kaitannya juga dengan perkataan madana yang bermakna tinggi budi bahasa atau pembukaan bandar
Petempatan kekal :
- Masyarakat tamadun awal akan memilih kawasan untuk membina petempatan kekal mereka.Kehidupan secara tetap ini membawa kepada corak hidup yang sistematik.Pemilihan kawasan ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.Hasil inovasi manusia ini juga membawa kepada kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman, penyimpanan makanan, serta perternakan binatang. - Penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengaliran yang lebih efektif mengamalkan hasil inovasi tersebut.
Kehidupan berorganisasi :
- Kehidupan berorganisasi penting kerana mampu mengatur cara hidup manusia dan memastikan kestabilan serta kemakmuran kehidupan mereka. - Pada peringkat awal, organisasi sosial atau masyarakat yang lahir itu berada pada tahap yang ringkas iaitu sistem kekeluargaan. Pembahagian masyarakat yang lebih kompleks wujud apabila terdapat pertambahan penduduk dan kepelbagaian kegiatan ekonomi.
- Sistem sosial atau sistem masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun piramid dan bersusun lapis : i) Raja dan golongan bangsawaan - Raja mengetuai sistem pemerintahan,golongan bangsawaan yang menerajui pemerintahan menduduki lapisan yang teratas. ii) Golongan pembesar - Merupakan golonagan pembesar, iaitu mereka yang menguasai upacara dalam hal ehwal agama,individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua kampung, ataupun ketua kelompok,kumpulan pentadbiran dan ilmuwan, serta mereka yang pakar dalam bidang kesenian. iii) Rakyat biasa - Golongan ketiga ini merupakan jumlah yang paling ramai,golongan ini penting kerana mereka merupakan tunjang kepada kegiatan ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan. iv) Golongan hamba - menduduki lapisan terakhir. Kehidupan golongan ini bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.
Sistem pemerintahan :
- Sistem pemerintahan bertujuan untuk meguruskan pentadbiran agar berupaya meguruskan masyarakat yang lebih besar.Dalam tamadun awal manusia seseorang pemimpin atau raja menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan suipaya mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.
Latar belakang :
- Merupakan tamadun yang terawal di dunia. - Mesopotamia berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani yang membawa makna "tanah di antara dua sungai. - Terletak di antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates. - Wilayah Mesopotamia berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik (7000 5000 S.M).Wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M. - Kerajaan yang paling awal ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M), manakala kerajaan Chaldea merupakan kerajaan terakhir yang runtuh pada tahun 539 S.M -Tamadun Mesopotania dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting.Kuasa Parsi telah menguasai wilayah Mesopotamia selepas kerajaan Chaldea jatuh. - Kerajaan-kerajaan lain ialah Akkad, Ur,Babylon, Kassites, dan Assyria.
- Raja juga merupakan : i) ketua pentadbiran ii) ketua tentera iii) ketua pendeta iv) ketua agama - Soal tanah,cukai,hasil pertanian dan perniagaan juga berada di bawah kuasa raja. - Sistem tulisan awal tamadun Mesopotamia berbentuk tulisan bergambar,namun kelamaan sistem tulisan ini berkembang menjadi tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform.
- Kod undang-undang Hammurabi digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon,Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. - Menurut undang-undang ini ,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan,tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. - Undang-undang ini dipahat pada tembok dan tiang besar untuk membolehkan rakyat membaca undang-undang tersebut. - Antar kepentingan Kod Undang-undang Hammurabi ialah:
Latar belakang
- Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil.Sungai Nil megalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. - Tamadun Mesir Purba terbentuk di tebing Sungai Nil. - Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai iaitu : a) Sungai Nil Biru ( yang bermula dari tanah tinngi di Ethiopia ) b) Sungai Nil Putih ( yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda ) - Perkembangan tamadun Mesir Purba bermula daripada petempatan awal pada Zaman Neolotik ( 10 000 S.M 5000 S.M )telah berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M. - Tamadun Mesir Purba terbahagi kepada empet zaman iaitu : i) Zaman Awal (3100-2200 S.M) ii) Zaman Pertengahan (2040-1785 S.M) iii) Zaman Empayar (1570-1085 S.M) iv) Zaman Keruntuhan (1080-322 S.M) - Kejatuhan tamadun Mesir Purba berlaku apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya,Kush,Assyria, Parsi,Yunani dan akhirnya Rom. Proses pembentukan : i) mencatat tahap kebudayaan gangsa semasa Zaman Logam lagi. ii) Mendirikan petempatan tetap dan menggunakan logam.
- Pembinaan piramid,penciptaan kertas daripada pokok papyrus,Tulisan hieratik berkembang menjadi tulisan hieratik,iaitu tulisan berangkai. - Sistem pendidikan diberikan kepada kanak-kanak diuruskan oleh rumah ibadat.Bidang perubatan berkembang maju dan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat.Orang mesir purba maggunakan ilmu matematik seperti algebra,geometri dan astronomi untuk mengawal banjir sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
Latar belakang :
- Merupakan tamadun terawal di India.juga di kenali sebagai Tamadun Harappa. - Terletak di Lembah Indus : mlembah ini mengalir dari Pergunungan Himalaya ke Laut Arab.
Proses pembentukan :
i) Bermula dengan hidup berpindah randah dengan memburu binatang dan mengumpul makanan. ii) Pengeluaran hasil pertanian yang semakin meningkat membawa kepada peningkatan jumlah penduduk.
- Pencapaian berkait rapat dengan kepakaran dalam bidang matematik,geometri, dan pembinaan. - Bandar-bandar tamadun Indus dirancang dan dibina dalam bentuk segi empat serta jaln raya yang lurus.
- Latar belakang :
- Terletak di lembah sungai, iaitu Sungai Hwang Ho.Muncul hasil daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau lebih dikenali sebagai Sungai Kuning. - Sungai Hwang Ho, sungai kedua terpanjang di china,terletak di bahagian utara negara China.Ia terletak jauh daripada pusat tamadun dunia yang lain,bersifat setampat kerana mempunyai ciri-ciri fizikal yang bergunung-ganang dan berpadang pasir. - Pembentukan tamadun in dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien iaitu Peking Man, ini menunjukkan bahawa wujud kehidupan zamanPaleolitik. - Pembinaan sistem pengaliran - Kemajuan dalam pembajaan serta penciptaan teknologi cangkul dan sabit. - Sistem tulisan yang digunakan oleh orang China di gunakan sehingga kini dan berkembang secara evolusi. - Pengenalan sistem berkelender iaitu semasa pemerintahan Dinasti Shang.
- Perkembangan dalam pemikiran dan kemahiran membawa kepada peningkatan tamadun.iaitu :dalam bentuk falsafah,sistem pendidikan,sistem pemerintahan, kesenian,keagamaan, serta sains dan teknologi.
- Bermula dengan pembentukan negara kota yang dikenali "polis".setipa polis terdapat acropolis,agora, dan kawasan pertanian. - Athens merupakan polis yang terbesar.mempunyai 40 000 orang penduduk sahaja. - Setipa negara kota mengandungi sebuah kota yang mempunyai pasar, kubu, kuil, dan istana.ia di kelilingi oleh kawasan pertanian - Negara kota ini mempunyai caorak pemerintahan dan undang-undang tersendiri,masyarakat dalam setiap negara kota selalunya bersatu padu. - Dari segi keagamaan,mereka mempunyai beberapa tuhan.Terdapat beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota tamadun Yunani,melalui pelbagai perubahan daripada monarki,oligarki,aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya demokrasi. - Antara ahli sains yang telah wujud dalam tamadun Yunani iaitu : i) Thales ii) Pythagoras iii) Hippocrates iv) Archimedes v) Ptolemy
Falsafah tamadun Yunani - Dalam tamadun Yunani,antara ahli falsafah yang terkenal ialah :
i) Herodotus * merupakan ahli sejarah dan ahli falsafah Yunani yang terulung * Diberi gelaran "Bapa Sejarah" ii) Thucydides * Dianggap sebagai "Pengasas Sejarah Saintifik"Menggunakan pendekatan penulisaan sejarah yang bertereskan penyelidikan. iii) Socrates * merupakan "Bapa Falsafah Barat" * Pakar dalam perbincangan berdasarkan kaedah soal jawab.
- Majlis perbandaran diwujudkan oleh pemerintahan Rom disetiap bandar pada abad kedua Masihi.Romulus pada tahun 753 S.M - Bandar-bandar yang wujud merupakan bandar terancang dengan pelbagai kemudahan. - Mengamalkan sistem beraja(753 S.M) iaitu diperintah mutlak ole raja-raja berketurunan Etruscan. - Semasa pemerintahan Julius Caesar, Rom mencapai taraf empayar. - Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seorang ahli falsafah Yunani, iaitu Zeno. - Falsafah ini mengutamakan keadilan,tanggungjawab, keberanian,dan perikemanusiaan. - Sains dan teknologi bagi tamadun Rom ialah seorang ahli matimatik iaitu Boethuis.Beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik,geometri dan astronomi.
- Mencapai zaman kegemilangan antar tahun 2500-1800 S.M,Namun mengalami keruntuhan disebabkan kedatangan orang Aryan yang telah ,e,bawa satu budaya kepada masyarakat Lembah Indus. - Empayar yang pertama wujud pada tahun 321 S.M apabila seluruh India utara telah di satukan semasa pemerintahan Dinasti Maurya - Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Asoka. - Memberikan penekanan kepada keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya. - Pada zaman ini,kaum lelaki mendominasi pendidikan,Golongan wanita tidak diberikan pendidikan .Pendidikan menumpuhkan kepada pembelajaran kitab-kitab Veda. - Sains dan teknologi dalam tamadun India merupakan cabang kepada pengetahuan Vedik. - Pengetahuaan mengenai astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. - Ilmu matematik dalam tamadun India berkembang pesat pada Zaman Gupta. - Ahli matemetik tamadun India seperti Aryabhata dan Varahamihira.
- Dinasti Chin membawa kepada kelahiran empayar yang pertama di China. - Dinasti Chin yang di asaskan oleh Maharaja Shih Huang Ti bermula pada tahun 221 S.M dan tamat tahun 206 S.M - Dalam tamadun China pendidikan adalah utama dan tujuan utamanya ialah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan dan mengisi jawatan dalam pentadbiran - Pendidikan di China terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,pendidikan rendah,menengah, dan tinggi.
- Antara sumbangan tamadun ialah sumbangan politik dan sumbangan sosial. - Dari segi politik, tamadun mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi diman kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat,Sebagai contoh,demokrasi yang diamalkan di malaysia iaiyu demokasi berparlimen. - Dalam sisitem ini,terdapat tiga komponen utama iaitu : i) Badan Pemerintahan (kuasa eksekutif) ii) Badan Perundangan (terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat) iii) Badan Kehakiman - Dalam sistem pemerintahn republik pula,contohnya tamadun Rom pemerintahan dikuasai oleh du orang konsul,bertujuan untuk mengimbangkan kuasa. - Konsul dibantu oleh Dewan Senat.Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat membantu senat. - Dari segi sosial,Agama,ilmu falsafah,seni bina,sains dan teknologi,bahasa,hasil
- Agama merupakan satu aspek penting dalam pembentukan dan peningkatan tamadun.Agama merujuk suatu kepercayaan atau ajaran yang ikuti oleh seseorang dan menjadi pedoman yang membimbing menusia ke arah kehidupan yang sempurna. - Dalam tamadun India, lahir agama Hindu diikuti pula oleh agama buddha.Mengikut agama Hindu Tuhan mempunyai tiga fungsi iaitu: i) mencipta (Brahman) ii) memerihara (Vishnu) iii) membinasa (Siva) - Agama Hindu berpegang kepada Hukum Karma yang berkait dengan kelakuan manusia.Kelahitan semula bergantung kepada karma "karma" seseorang individu.tujuan hidup adalah untuk mencapai "Moksya" bermakna kebebasan mutlak - Zaman kegemilangan agama Hindu antara tahun 320-181 S.M lagi telah menjadi agama yang terpenting sejak zaman empayar Maurya.Agama ini telah didominasikan oleh golongan Brahmin. - Dalam agama Buddha Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha adalah pengasas kepada agama Buddha. - Asas ajaran Buddha ini meliputi empet kebenaran mulia yang dapat melalui lapan jalan iaitu : i) Dukka (penderitaan) ii) Samudaya (sebab penderitaan) iii) Nirodha (nafsu yang membawa penderitaan) iv) Marga (cara memadamkan nafsu dan keinginan) - Lapan jalan ialah : i) Kepercayaan yang betul ii) Tujuan yang betul iii) Pertuturan yang baik iv) Perbuatan yang baik v) Hidup yang baik vi) Usaha yang baik vii) Fikiran yang baik viii) Renungan yang baik - Agama Buddha,mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Asoka.Dan agana Buddha dijadikan agama rasmi. - Bahasa pali digunakan dalam agama Buddha,kitab tripitaka merupakan kitab suci agama buddha.Kitab tersebut mengandungi SuttaPitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka. - Dalam tamadun awal China,muncul Confucianisme dan Taoisme.Manakala agama Kristian lahir di Palestin,peda tahun 610 M di mekkah lahir agama Islam.
- Jesus Christ yang berasal Jeruselam adalah pengasas kepada ajaran Kristian.Jesus Christ lahir pada 25 Disember dan setiap tahun pada tarikh ina penganut agama Kristian meraikannya sebagai Hati Natal. - Kitab suci agama Kristian ialah bible yang mengandungi Old Testament dan New Testament. - Pada masa pemerintahan Constantine,agama Kristian mendapat pengiktirafan sebagai salah satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat. - Agama islam diwahyukan oleh Allh s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6 ogos tahun 610 M.bersamaan dengan 17 Ramadan.Wahyu tersebut diturunkan melalui malaikat Jibril di Gua Hira. - Agama islam mula di sebarkan selepas Nadi Muhammad s.a.w menerima wahyu Allh s.w.t.Namun baginda mendapat tentangan daripada Quraisy Makkah.Baginda telah berhijrah ke Madinah pada 12 September tahun 662 M. - Terdapat dua teras dalam agama islam,iaitu akidah dan syariah.Akidah merujuk keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah s.w.t. Manakala Syariah merujuk undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang menjadi panduan umat islam. - Setiap umat islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam. Rukun Iman * Percaya kepada Allah s.w.t. * Percaya kepada malaikat. * Percaya kepada kitab. * Percaya kepada para nabi dan rasul. * Percaya kepada qadha dan qadar. Rukun Islam * Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. * Solat lima waktu sehari semalam. * Puasa di bulan ramadhan. * Menunaikan zakat. * Menunaikan fardhu haji di Makkah bagi yang mampu. - Confucius adalah pengasas kepada Confucianisme,yang lahir pada sekitar tahun 551 S.M di negeri Lu (shantung).Ajaran ini dijadikan satu kepercayaan oleh masyarakat Cina dan Confucius disembah sebagai dewa penting. - Ajaran ini menekankan kepada prinsip-prinsip moral yang tinggi iaitu : i) perikemanusiaan (ren) ii) kesusilaan (li) iii) ketaatan kepada ibu bapa (xiao) - Ajaran Taoisme muncul lebih lewat berbanding dengan ajaran Confucius.Ia diasaskan oleh Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada tahun 604 S.M. - Pada asalnya Taoisme berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama.Ajaran Taoisme mengutamakan konsep Toa yang bermakna jalan.
- Kewujudan kerajaan awal seperti Funan,Angkor,Ayuthia,Chenla dan Sukhotai telah membuktikan kemunculan di Tanah Besar di Asia Tenggara. - Tmadun awal di Kepulauan Asia Tenggara khususnya di kepulauan Melayu terbahagi kepada dua,iaitu a) Tanah Melayu seperti Kedah Tua,Gangga Negara dan Langkasuka. b) Kepulauan Indonesia seperti kerajaan Mataram.Srivijaya,Majapahit, dan Singhasari. - Pada Peringkat awal,kerajaan awal di Asia Tenggara telah mengadakan i) hubungan diplomatik dengan kerajaan China. ii) hubungan kebudayaan dengan Indai.
- Terdapat 2 bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu : a) Kerajaan agraria b) Kerajaan maritim - Terdapat perbandingan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim:
- Kemunculan kerajaan agraria bermula dengan kemunculan petempatan kekal di kawasan yang subur terutamanya di lembah sungai.Manakala kerajaan maritim di kawasan pesisir pantai, dan kepilauan . - Padi sawah merupakan kegiatan ekonomi utama mereka.Penanaman padi telah diusahakan sejak Zaman Neolitik lagi. - Sebab - sebab perkembangan kerajaan awal di asia tengggara:
- Orang tempatan,orang laut dan pegagang laut adalah penduduk kerajaan maritim.Ini
membawa kepada penggunaan lebih daripada satu bahasa. - Konsep saling bergantung antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria seperti :
- Berkembang sejak Zaman Logam,bermula dari abad ketiga Masihi,masyarakat Asia Tenggara dan telah menerima dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan India,serta mengamalkan kepercayaan animisme. - Aspek-aspek seperti sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja,kesenian dan kesusasteraan.
iv) Lahirlah konsep dewa-diwa dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. v) Pelbagai adat istiadat unsur mitos diadakan untuk menukuhkan kedudukan raja. vi) Wujud konsep orde kosmos.
- Tamadun Islam muncul di hijaz,iaitu sebuah tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering.Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama. - Jahiliah ialah beradalam Arab, iaitu jahala yang bermakna jahil,tidak mengetahui atau tidak mampunyai ilmu pengetahuan. Masyarakat jahiliah merujuk masyarakat Tanah Arab pada masa selepas keruntuhan Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w.
- Jangka masa Zaman Jahiliah berlangsung dari tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi.Pada tahun 570 Masihi Nabi Muhammad s.a.w telah di lahirkan,dan pada 610 Masihi turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bermulanya Zaman Islam.
1) Tergolong kepada dua kumpulan iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. 2) Masyarakat Badwi menetap di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab, iaitu di kawasan gurun dan pedalaman,manakala masyarakat Hadair tinggal di kawasan persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. 3) Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak. 4) Kedudukan wanita adalah yang paling rendah dalam masyarakat.Wanita pada zaman jahiliah,mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Bayi perempuan yang baru dilahirkan di tanam hidup-hidup kerana menganggap anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga mereka. 5) Masyarakat Jahiliah juga mengamalkan empat bentuk kepercayaan agama iaitu : i) Agama wathani ( menyembah berhala ) ii) Agama samawi ( Kristian dan Yahudi ) iii) Animisme ( memuja alam seperti pokok ) iv) Kepercayaan tahyul atau karut ( Khurafat )- seperti sihir,ramalan ahli nujum. 6) Agama Hanif agama yang diturunkan ole Allah kepada nabi-nabi terdahulu sebelum kedatangan Islam.Ia disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.Pengikutnya ialah Hunafa. 7) Antara pengikutnya ialah : i) Waraqah bin Naufah ii) Uthman bin Huwairith iii) Abdullah bin Jahsh iv) Umaiyah bin Abi Salt. - Jadual dibawah menunjukkan ekonomi dan sosial masyarakat Jahiliah.
1) Muhammad yang bermakna "terpuji" .Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.Bapa baginda Abdullah bin Muttalib dan ibu baginda Aminah binti Wahab.Baginda berketurunan Quraisy dan sangat di segani oleh kabilah Arab yang lain.Baginda berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal,iaitu Qusai bin Kilab tetapi keturunan nabi Muhammad s.a.w selalu dirujuk kepada Hasyim,iaitu moyang baginda. 2) Beliau dilahirkan pada 20 April 570 M.bersamaan dengan 12 Rabiulawal,Tahun Gajah.Nabi Muhammad dilahirkan di rumah datuknya iaitu Abdul Muttalib. 3) Makkah yang bermakna Kaabah dan telaga zamzam dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad s.w.a.Keturunan beliau bijak dalam mengendalikan bidang pentadbiran Makkah dan juga perniagaan. 4) Abdul Muttalib, Abdul Manaf, dan Hasyim iaitu datuk kepada Nabi Muhammad s.w.a pernah menjadi pemimpin Mekkah pada Zaman Jahiliah.
- melalui pujukan - membuat perbandingan - meggunakan ayat al-Quran - menunjukkan teladan yang baik - menanamkan keimanan
Peristiwa yang membawa kepada perjanjian Aqabah Pertama 1. Isi Perjanjian Aqabah Pertama : a) Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
b) Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w c) Mereka berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti meminum arak,mencuri dan membunuh bayi perempuan. 2. kesan Perjanjian Aqabah Pertama a) Mus'ab bin umar seorang pendakwah Islam yang telah dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah untuk tujuan menyebaran Islam. b) bermakan Islam telah tersebar ke Madinah sebelum Nabi Muhammad s.a.w.dan umat Islam telah tiba di kota tersebut. 3. Kecekalan yang di tunjukkan baginda dserta sikap tidak mudah mengalah. 4. Penghijrahan ke Madinah untuk meneruskan dakwah Islamiah dan berjaya mendidirikan sebuah kerajaan Islam.
1. Pada tahun 622 M Perjanjian Aqabah Kedua telah di tandatangani antara suku Ausb dan Khazraj dengan Nabi Muhammad s.a.w. 2. Isi kandungan perjanjian tersebut : a) Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan megukuhkan lagi taat setia terhadapNabi Muhammad s.a.w. b)Mereka menjuemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah untuk berhijrah ke Madinah. c) Mereka akan menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan baginda dan orang-orang Islam Makkah semasa berhijrah ke Madinah serta akan mempertahankan Islam. 3. Antara kepentingan Perjanjian Aqabah Kedua ialah : a) memberi jaminan keselamatan dan kerelaan orang Madinah untuk mempertahankan Islam telah mendorong penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah. b) Memberi sokongan serta bantuan orang Arab Madinah membolehkan penghijrahan orang Islam Makkah berlaku dengan jaya. 4. Penghijrahan ke Madinah untuk meneruskan dakwah Islamiah dan berjaya mendidirikan sebuah kerajaan Islam.
1. Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal atau 12 September 622 M.Penghijrahan berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. 2. Nabi Muhammad berhijrah bersama-sama Abu Bakar ai-Siddiq yang mengambil masa lebih kurang 12 hari.Umar bin al-Khattab yang lebih berani berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan.
Konsep Hijrah :
- Hijrah dalam perkataan Arab yang bermakna berpindah,iaitu perpindahan yang
berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain. - Menurut konteks tamadun Islam, hijrah merupakan perpindahan orang islam dari kota Makkah ke kota Madinah.Ia bertujuan : a) Strategi untuk menyebarkan islam kepada semua. b) Mengukuhkan kedudukan Islam. - Penghijrahan juga membawa maksud perjuangan untuk menegakkan kebenaran ajaran islam,meninggalkan keburukan,menjauhi kejahatan - Namun pandangan orientalis Barat memberikan tafsiran yang negatif terhadap penghijrajan Islam.
Kepentingan hijrah
1. Membolehkan berlakunya Dakwah Islamiah. - Umat Islam dapat menjalankan dakwah Islamiah secara aman dan tanpa berselindung lagi 2. Membantu menjalin hubungan persaudaraan. - Baginda mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bertelingkah sejak sekian lama. - dapat menjalinkan hubungan orang Islam Makkah dengan Madinah. 3. menyatupadukan penduduk Madinah, - Perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, agama, dan budaya. 4. Pembinaan Masjid al-Nabawi - Sebagai tempat beribadat,belajar,bertemu dan berbincang tentang permasalahan orang Islam. 5. Takwim Islam. - Mewujudkan takwim Islam iaitu tahun hijrah. 6. Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah. - Penukaran yang memberi makna kota bercahaya. 7. Kepentingan sikap toleransi. 8. Kepentingan sokongan dan pengorbanan 9. Menonjolkan kepentingan peranan wanita untuk memajukan negara. 10. Ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w 11. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w 12. Penubuhan negara Islam di Madinah
1. Juga dikenali sebagai Sahifah Madinah. 2. Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia. 3. Isi kandungannya digubal oleh nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 M. berpandukan wahyu Allah. 4. Telah dirangka dengan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar). 5. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah. 6. Merangkumi peraturan,tanggungjawab ketua negara dan rakyat. 7. Dan telah menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat. 8. Mengandungi 47 fasal i) 23 fasal mengenai hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. ii) 23 fasal pula mengenai tanggungjawab oraang bukan Islam termasuk orang yahudi terhadap negara Madinah. 9. Piagam Madinah memberikan tumpuhan kepada 7 aspek penting, iaitu :
1. Melalui penghantaran utusan a) perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan wilayah sekitar semenanjung Tanah Arab. b) Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai murni 2. Melalui Peperangan a) hanya membenarkan orang Islam berperang berdasarkan prinsip berikut i) Apabila orang Islam diserang musuh ii) Untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga iii) Menentang kezaliman dan mempertahankan diri. b) Tentera Islam memperolehi kemenangan kerana mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi. c) Islam berkembang secar sukarela dan toleransi, serta tidal melalui paksaan walaupun berlaku perperangan. d) Tentera Islam mesti mematuhi garis panduan semasa berada di dalam perang i) Tidak dibenarkan membunuh golongan yang lemah seperti orang tua, kanakkanak, orang sakit, wanita dan orang yang menyerah diri. ii) Tidak dibenarkan membunuh ternakan dan memusnahkan tanaman. iii) Dilarang merobohkan tempat beribadat. e) Selepas perang Badar, semakin ramai orang Arab Quraisy memeluk Islam.
1. Sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda di Madinah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh Khalifah selepas kewafatan baginda. 2. Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin.Terdapat empat khalifah ternama,iaitu :
Konsep Khalifah
- Kata jamaknya khulafa. - Khalifah bererti pengganti yang menunaikan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. - Manakala dalam konteks agama pula, ia bererti pengganti yang bertanggungjawab
memelihara kemurnian,keharmonian serta kestabilan agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Syarat dan cara pemilihan khalifah : Seseorang Khalifah mestilah Empat kaedah pemilihan khalifah
a) lelaki yang merdeka a) Musyawrah atau Syura b) beragama islam b) Cadangan satu nama sahaja c) bersifat adil c) Pemilihan daripada beberapa orang calon d) berfikiran cerdas d) Pencalonan oleh sekelompok masyarakat e) mematuhi perintah Allah f) mempunyai pengetahuan dalam Islam g) sanggup melaksanakan hukuman Allah h) mempunyai akhlak yang baik i) bertubuh badan yang baik dan sempurna j) warak (taat dan patuh kepada hukum Allah dan mematuhi segala larangannya). k) pandai mentadbir kerajaan. - Musyawarah atau syura merupakan perbincangan atau perundingan yang diadakan untuk mencapai keputusan mengenai sesuatu perkara. - Proses ini diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa perlantikan seseorang calon sebagai Khalifah - Baiah ialah pengakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang selepas beliau dilantik menjadi seorang pemimpin. - Dalam proses tersebut ia sangat penting kerana untuk memastikan pelantikan bakal pentadbir yang tepat,berkelayakan dan berhemah tinggi.
Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin) iii) sistem urus setia 4. Kesihatan turut berkembang iv) sistem hijabah i) Pembinaan hospital yang pertama di Damsyik c) Penubuhan 4 buah jabatan iaitu : oleh Khalifah al-Walid bin Adbul Malik i) Jabatan Cukai ii) Pembinaan hospital penyakit kusta oleh Khalifah ii) Jabatan Urusan Am Umar bin abdul Aziz. iii) Jabatan Surat Menyurat iv) Jabatan Urusan Cap Mohot Pemerintahan d) Sistem Ketenteraan diperkenalkan iaitu : i) Jabatan ketenteraan atau Diwanul Jundi ii) Angkatan tentera darat dan laut. e) Turut mengalami perubahan ialah perundangan : - Hakim menjatuhkan hukuman berteraskan ijtihad berpandukan al-Quran, sunnah, atau ijmak. 2. Dalam bidang sosial: a) Perkembangan dalam ilmu pengetahuan. - Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. - Melahirkan ramai ilmuwan - Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. - Tanda bunyi atau baris diperkenalkan dalam tulisan al-Quran - Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu diterjemahkan dalam bahasa Arab. - Turut berkembang bidang kimia dan astronomi.
Tahap Kedua
1. Bidang Sosial - Abdul Rahman III mengasaskan pusat pengajian Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan tinggi di Cordov,dan berkembang menjadi pusat ilmu dan perdagangan antarabangsa.. pengetahuan di Eropah Antara kegiatan utama ialah : - Al-Hakim II pula telah membina sebuah perpustakaan i) membuat barangan tembikar dan perhiasan daripada emas - Kedua0dua tokoh ini telah membina 17 pusat pengajian dan perak. tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia ii) memproses barangan kulit 2. Bidang Ekonomi iii) memmbuat senjata -
- Menubuhkan Baitulmal untuk menaimbangkan pendapatan - Manakala dalam bidang pertanian pula : dan pembelanjaan negara dan diperolehi daripada : i) pembinaan sistem saliran yang membantu menyuburkan a) zakat ii) penyelidikan untuk manghasilkan benih yang berkualiti. b) kharaj (cukai tanah) c) jizrah (cukai perlindunga) d) usyur (cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian yang diperolehi oleh yuan tanah) e) ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera dalam peperangan)
- Pertembunagan Islam dengan Tamadun lian di dunia melalui perdagangan dan perniagaan, hunungan diplomatik, penaklukan dan ketenteraan, kebudayaan dan intelektual..
Cara pertembungan
1. Perdaganan dan perniagaan - Satu cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain di dunia ialah melalui perdagangan jarak jauh. 2. Penaklukan dan ketenteraan - Kerajaan Hilafah al-Rasyidin,Bani Umaiyah,Bani Abbasiyah, dan Uthmaniyah telah membuat ekspedisi ketenteraan. 3. Hubungan dipomatik. - menjalankan hubungan dipolmatik dengan bukan Islam. 4. Pertembungan kebudayaan.
- Contohnya di Sepanyol telah muncul kebudayaan baru dengan kemasukkan Islam. 5. Pertembungan intelektual. - Berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
Kesan perkembangan
1. Keagamaan - Islam membawa perubahan kepada sistem kehidupan serta Islam mudah di terima oleh penganutnya dan orang-orang di bawah jajahan takluknya 2. Politik - Wujudnya pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam antaranya : i) Kerajaan Delhi Mughal di India ii) Masyarakat Islam di China wujud walaupun tiada kerajaan Islam Di China. iii) Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah mengamalkan sistem kerajaan pusat. 3. Ekonomi - Orang Islam dapat menguasai perdagangan dengan berkesan melalui perluasan kuasa dan wilayah. - Kawasan pusat ekoni Islam semakin meluas sehingga ke kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul. - Di Barat, mereka telah menjalin hubungan perdagangan dengan Sepanyol, selatan Perancis, Armenia, serta kawasan selatan Gurun Shara di benua Afrika. dan kesannya mereka dapat menguasai perdagangan di Laut Merah, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan laut China Selatan. 4. Sosial - Berlaku proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya - orang Islam juga mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti berpakaian, dan berpolitik masyarakat setempat.
a) Catatan china - menurutnya orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan Canton dengan China. b) Perdagangan dengan China - pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi. c) Persinggahan di perlabuhan di selat melaka. d) Pembinaan perkampungan di Asia Tenggara.- Semasa menunggu perubahan angin monsun,kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bula. e) Perkahwinan dengan wanita tempatan f) Penyebaran agama Islam g) Kehidupan dan nilai Islam yang murni yang ada pada pedagang dan pendakwa Islam dimana orang Islam menjalankan perniagaan secara jujur dan berhemah tinggi. h) Perkampungan Ta Shih - perkampungan Islam di Sumatera Utara pada tahun 650 M. 3. Manakala Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pula bersetuju bahawa Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab berdasarkan bukti berikut : a) Persamaan dalam bahan penulisan b) Pengaruh budaya Arab c) Pengislaman raya Asia Tenggera
Tenggara menerusi India,iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel. 2. Pendapat beliau berdasarkan : a) Wujud hubungan perdagangan yang lama antara India dengan Asia Tenggara. b) Terdapat ciri-ciri India pada batu nisan . c) Wujud hubangan kebudayaan dengan India.
Perdagangan
a) Peranan pedagang - Antara pelabihan tersebut ialah pelabuhan utama di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo China serta pelabuhan yang terdapat di Kepulauan Rempah. - Pedagang Islam juga menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincanagn tentang agama Islam. b) Sikap pedagang Islam - masyarakat tempatan tertarik dengan sikap tingkah laku pedagang Islam yang menunjukkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas dan lemah lembut c) Peranan ulama - ada dikalangan ulama yang tinggal selama beberapa bulan dan menetap di pelabuhan di Asia Tenggara untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah. d) Hubungan baik antara pedagang dengan pemerintahan tempatan. e) Peranan syahbandar
Perkahwinan
1. Perkahwinan siasah berlaku antara kerabat diraja a) Di Melaka,Sultan Mansur Syah dan Sultan Mazaffar Syah mengahwinkan puteriputeri mereka kepada raja Jambi, Kampar,Siak dan Inderagiri di Sumetera Utara b) Puteri raja Melaka juga telah dikahwinkan dengan raja dari Pahang dan Kedah c) dengan itu negeri-negeri tersebaut kemudianya diislamkan. 2. Manakala perkahwinan biasa antara pedagang Islam atau ulama Islam dari Semenanjung Tanah arab atau India dengan penduduk tempatan.
Peranan mubaligh
1. Iaitu golongan yang memainkan peranan secara langsung dalam menyebarkan 2. Antaranya ialah : a) Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad- pendakwah terawal di Asia Tenggara. b) Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani- berdakwah di Pasai c) Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, dan Maulana Yusufpendakwah yang giat berdakwah di Melaka. 3. Para ulama di Melaka hanya mengajar perkara asas tentang Islam tidak formal pada peringkat awal penyebaran Islam di Melaka. 4. Di Acheh ulama menjadi penasihat kepada raja yang memerintah di Acheh. 5. Wali Songo (wali Sembilan) yang berdakwah di Jawa dan ramai anggota masyarakat tempatan diislamkan olehnya.Beliau berdakwah dengan cara : i) menyedarkan dan menanamkan semangat delam masyarakat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar. ii) mengikis sikap malas bagi menghapuskan masalh pengangguran. iii) mengelakkan kehidaupan yang mewah dan membazir
Keistimewaan Islam
1. Islam mempunyai nilai-nilai murni. a) Konsep Tuhan Ynag Maha Esa atau tauhid. b) Keadilan,hak individu dan masyarakat. c) Kehidupan yang harmoni d) Menyanjungi akhlak mulia. e) Konsep kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
7. Semangat jihad dalam kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajahan Barat. - Undang-undang yang berasaskan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.
- mula muncul dalam kerajaan Perlak di Sumetera Utara.Juga dikenali dengan nama berbeza iaitu :
b) Istana - Pusat pendidikan formal bagi bangsawan - Tempat ulama berbincang - Tempat menasihati sultan. c) Surau - Tempat pengajian al-Quran secara tidak formal d) Madrasah - Tempat pendidikan formal dijalankan.
bahasa istana bahasa surat menyurat bahasa untuk berdakwah bahasa ilmu pengetahuan bahasa perhubungan antara wiliyah
1.Islam bertapak di Tanah Melayu mulai abad ke 13 dan abad ke 14. 2. Kehadiran Islam telah membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme yang sangat bermakna kepada masyarakat Islam
Pentadbiran
1. Sebelum kedatangan Islam,Tanah melayu mengamalkan sisitem pemerintahan beraja namun,selepas kedatangan Islam pengenalan konsep dan gelaran telah diperkenalakn. 2. Konsep-konsep Islam diberikan kepentingan,raja-raja mula menggunakan istilah Zillulah fil-alam dan Zillulah fir-ardh yang bermaksud 'bayangan Allah di Muka Bumi' 3. Gelaran bayangan Allah di muka bumi diwarisi daripda pemerintahan kerajaan :dan gelaran ini telah menjdi teras institusi raja. a) Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad b) Mamluk di Mesri c) Uthmaniyah di Turki d) Khilji dan Moghul di India
4. Gelaran ini digunakan oleh Sultan Melaka,iaitu Siltan Mahmud Shah dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang. 5. Selepas kedatangan Islam,tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkanain telah mula dirujuk sebagai asas nasad keturunan ini berdasarkan nama Islam 6. Dengan kedatangan Islam,institusi kesultanan kekal sebagai institusi berdasarkan sistem pewarisan dan corak pentadbiran berpandukan Islam. 7. Sultan di negeri-negeri Melayu dibantu oleh lapisan pembesar seperti bendahara,laksamana,penghulu bendahari dan temenggung. 8.Pda umumnya, terdapat toga lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu,iaitu : i) Pemerintahan pusat yang diketuai oleh Sultan ii) Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh pembesar daerah. iii) Pemerintahan kampung yang diketuai oleh penghulu. 9. Konsep daulat penting dalam pemerintahan selepas kedatangan Islam ia bermaksud seorang raja atau seorang Sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja menderhaka,iaitu melanggar pemerintahan sultan akan mendapat akibat. 10. Istiadat pertabalan yang dilaksanakan dengan penuh tertib menggambarkan kedaulatan seseorang sultan.Konsep in merupakan pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah.
Perundangan
- Ia sangat penting untuk menjamin keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat. 2. Undang-undang di negeri-negeri Melayu terbahagi kepada dua jenis,iaitu undangundang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. a) Undang-undang tidak bertulis atau hukum adat adalah seperti Adat Perpatih dan adat Temenggung b) Undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka dan undang-undang Perak.- merupakan peraturan dan hukum dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang tidak bertulis (Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Sistem perundangan sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu : a) Orang Melayu di negeri-negeri Melayu berpegang k d e d a rdasarkan d Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. b) Aspek perundangan dalam tradisi in ber k Hukum Kanun Manu.Sisitem perundangan setelah kedatangan Islam a Melayu a) Hukum-hukum Islam menjadi asas kepada perundangan temp tan. b) Menurut Profesor Ahmad Ibrahim,seorang sarjana tempatan,unda g-undang Islam dan adat melayu merupakan undang-undang asas atau undang-undang ne g telah digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum ke n penjajah British. c) Telah mengembangkan lagi undang-undang bertulis ) Untuk mencorakkan dan melicinkan perjal merintahan dan pentadbiran kerajaan.Anrata kepenting n g-undang bertulis a) Menjadikan perjalankan masyarakat lebi tersusun. b) Menentukan segala pe u tanggungjawab serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan dalam masyar kat. c) Melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa tert nggi dalam kerajaan kerana secara pratisn d - a b u g likan diri raja atau sultan dari sebarang tindakan.
Menjadi pengaruh kuat dan penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan MelayuTulisan jawi juga menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan .dan akhirnya ia menjadi hak milik orang Melayu.
2. Pertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu juga berlaku.Ini disebabkan oleh tambahan istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran. 3. Kesusasteraan Melayu dimana pada peringkat awal disebarkan secara lisan. 4. Penulisan karya berkembang setelah kedatangan Islam ke Melaka dan berbentuk prosa dan puisi. 5. Perbendaharaan persatuaan Melayubertambah disebabkan terhasilnya hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasn Damsyik
Kesenian
1. Berasal daripada perkataan seni yang bermaksud sesuatu yang indah dan menyenangkan sama ada penciptanya atau penatapnya. 2. keindahan kesenian merangkumi bentuk seni halus, seni rupa, seni tampak, seni persembahan, seni tekstil, dan busana. 3. Bidang kesenian yang menampakkan pengaruh Islam adalah seperti nerikut : \ a) Seni bina - antara binaan yang utama bagi masyarakat melayu,Binaan tersebut merupakan tempat untuk menunaikan solat dan juga berkumpul sosial - Ciri utama ialah mimbar ( sebuah pentas di masjid yang merupakan tempat khatib atau imam berkhutbah).Ciri kedua mihrab (suatu ceruk atau tonjolan di hadapan yang menunjukkan arah kiblat serta tempat untuk imam dalam solat jemaah) b) Seni ukiran - Iaitu merangkumi hiasan dalaman di kesemua ninaan sama ada masjid,rumah atau istana - Sebelum kedatangan islam motif berdasarkan binatang,namun apabila kedatangan Islam motif tumbuh-tumbuhan,bunga-bungaan dan geometri yang berunsurkan Islam.
c) Kesenian epigrafi - Yang terdapat pada batu bersurat dan batu nisan yang turut berkembang,ia dapat dilihat pada Batu Bersurat Terengganu,terutamanya dari segi tulisan. d) Seni khat/kaligrafi - Iaitu seni tulisan dalam Islam yang digunakan sebagai hiasan masjid, madrasah, batu nisan, barang tenbikar,pakian, mata wang. - Tulisan khat jenis kufi yang berbentuk lurus dan menegak berasal dari Kufah,Iraq.Manakala tulisan khat jenis nasakh yang berbentuk melengkung dan geometri muncul di Baghdad pada abad ke 11. e) Seni persembahan - Ynag meliputi bidang tarian, drama, muzik nyanyian dan wayang kulit. - Berdasarkan ajaran agama dan juga pengaruh dari Asia Barat dalam seni persembahan.
Seni dikir - Seni kata lagu yang bercampur baur antara bahasa Melayu dengan Bahasa Arab memperlihatkan pengaruh Islam,Dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang Seni ghazal - Berkembang di Johor.Merupakan sejenis puisi Arab yng memujimuji kebesaran Islam.
1.Perkembangan perdagangan
- Pedagang Islam telah menguasai perdagangan di Lautan Hindi dan laut China Selatan dari abad ke -12 hingga abad ke-18. - Pedagang Melayu terlibat secara aktif dalam kegiatan perdagangan Timur dan Barat sejajar dengan saranan Islam. - Dengan adanya 84 bahasa yang dipertuturkan perkembangan perdagangan di Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terpenting pada abad ke-15. a) Sebab perkembangan melaka ialah i) kedudukan yang strategik ii) Kehadiran pedagang iii) kemudahan pelabuhan iv) Pentadbiran pelabuhan yang licin v) Pelbagai barang dagangan seperti rempah ratus b) Jawatan juga telah diwujudkan oleh kerajaan Melaka i) Jawatan Laksamana untuk menjaga urusan kelautan ii) Jawatan Syahbandar untuk bertindak sebagai ketua pelabuhan.
c) Turut diperkenalkan sistem sukat timbang dimana Syahbandar yang dipertanggungjawab. Sistem sukat timbang seperti berikut :
- Kaedah urusan perdagangan yang digunakan di Melaka ialah kaedah pertukaran barang(sistem barter) dan kaedah jual beli. - Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis kerajaan Johor telah meneruskan perdagangan - Pada abad ke-17 dan ke 18 kerajaan Johor telah menjadi pesat dan tunjang kekuasaan melayu. - Selain Johor,negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan juga muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada zaman sama.
- Kedah telah mengeluarkan mata wang timah sejak abad ke 17 lagi untuk kegunaan sendiri. - Mta wang Kedah berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. - Boleh di patahkan dan digunakan secara berasingan - Mata wang emas digunakan secara meluas pada abad ke 16. iv. Kelantan. - Mata wang dikenali sebagai kijang.Ini kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.
3.Percukaian
1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap kegiatan atau barangan tertentu.Sisitem percukaian wtelah wujud seiring dengan kegiatan perdagangan. 2. Ia merupakan sumber pendapatan kerajaan yang akan disalurkan semua untuk pembangunan negara. 3. Sistem percukaian di Melaka wajib dikenakan kepada pedagang yang hendak berurusniaga di mana pedagang mestilah menjelaskan cukai sebelum menjalankan perniagaan di pondok di sepanjang sungai Melaka.Antara cukai yang dikenakan ialah : i) Cukai tetap - merupakan cukai yang paling asas - Juga dikenali sebagai cukai import. - Jumlahnya di tetapkan oleh pemerintah - Cukai dikenakan sebanyak 6% keatas jumlah barangan yang dibawa oleh pedagang dari Pegu,Siam,India,Ceylon,dan Tabh Arab. - Manakala cukai sebanyak 5% dikenakan ke atas pedagang dari China dan Jepun. ii) Cukai diraja - 3% dikenakan ke atas orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu. - 5% dikenakan ke atas orang asing lain. iii) Cukai lain - Dikenakan kepada orang asing yang mmenetap di Melaka. iv) Beras dan makanan tidak dikenakan cukai. 4. Amalan riba iaitu faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang tidak dibenarkan dalam perniagaan di kalangan Islam. 5. Golongan pemerintah telah menekankan kepada golongan kaya untuk membayar zakat harat memandangkan ekonomi yang pesat.
1. Zaman pertengahan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : a) Peringkat awal (476 M. - 1050 M.) b) Peringkat kemuncak (1050 - 1300 M.) c) Peringkat akhir (1300 - 1450 M.)
Zaman Renaissance
1. Pada Zaman Renaissance,kegemilangan tamadun bangkit semula.Istilah Renaissance berasal daripada perkataan itali iaitu ; "reniscimentt yang bermakna " kelahiran semula". 2. Ia cuba menonjolkan keupayaan manusia menggunakan fikiran untuk mencari penyelesaian kepada pemasalahannya.Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. 3. Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan seterusnya berkembang ke Eropah Barat sehingga abad ke-17 4. Sebab-sebab Zaman Renaissance bermula di Itali : a) Kedudukan strategik itali b) Kemunculan bandar-bandar penting c) Kemunculan golongan pedagang kaya d) Peranan Paus di Rom 5.Kemunculan individualisme iaitu pada zaman pertengahan, golongan pelukis dan pengukir bekerja secara berkumpulan 6.Perubahan konsep pendidikan
Gerakan Reformation
1.Antara sebab utama kemunculan Gerakan Reformation ialah : a) Kepincangan dan penyelewengan gereja Katolik b) Penjualan sijil Indulgences satu penyeleweng yang dilakukan oleh Gereja Katolik. Permulaan Reformation 1. Penentangan terhadap kewibawaan Gereja Katolik - Pada tahun 1517,Martin Luther seorang profesor ilmu teologi di jerman telah menentang amalan Indulgences. Kedudukan gereja dan institusi paderi tercabar akibat pendirian Luther. 2. Gerakan pertahankan kewibawaan gereja Katolik - Masyarakat mangadakan Counter Reformation, iaitu gerakan yang menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru. Kesan-kesan Zaman Reformation 1. Perpecahan agama dan peperangan terbahagi kepada 2 mazhad iaitu, Katolik dan Protestan. - Peperangan keagamaan yang meletus di Eropah ialah i) Peperangan keagamaan di Perancis yang berlaku dari tahun 1562 - 1598 ii) Perang 30 tahun di antara Sweden, Jerman, Denmark, Sepanyol dan Bohemia yang berlaku antara tahun 1618 - 1648.
2. Wujud sikap toleransi antara pelbagai mazhad. 3. Kemerosotan kuasa golongan gereja.
Sebab-sebab penjelajahan
1. Desakan ekonomi 2. Galakan dari pemerintah. 3. Semangat keagamaan 4. Galakan monarki baru 5. Semangat kebangsaan bangsa
1. Revolusi bermaksud suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh sama ada dalam bidang politik,sosial atau ekonomi. 2. Contoh- contoh revolusi politik adalah : (a) Revolusi Perancis (1789) - Perubahan daripada sistem monarki kepada demokrasi borjuis. (b) Revolusi China (1911) - Perubahan daripada sistem monarki kepada sistem republik. (c) Revolusi Rusia (1917) - Perubahan daripada sistem monarki kepada sistem komunis (d) Revolusi Indonesia (1949) - Perubahan daripada sistem kolonail kepada sistem peribumi. 3. Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap perkembangan Revolusi Perindustrian a)Perkembangan bidang pertanian - Sebelum berlaku Revolusi Pertanian,pengeluaran makanan dijalankan dalam skala yang kecil. 4. Pemilikan tanah persendirian a) sistem pemilikan tanah persendirian b) sistem pemilikan tanah awan. 5. Kaedah dan ciptaan baru bagi dalam pertanian - Penggunakan kaedah atau teknik saintifik i) cara penanaman yang lebih berkesan ii) penggunaan baja
iii) penggunaan peralatan moden. 6. Pertanian komersial - Penggunaan baja asli secara meluas
* Semasa Revolusi Perindustrian, perubahan yang berlaku termasuk " a) Peningkatan perdagangan antarabangsa b) Kemajuan dalam bidang pengangkutan c) Kemunculan golongan buruh dan majikan d) Perkembangan Eropah sebagai kuasa yang kuat dan kaya. 1. Pertanian sebagai punca ekonomi - Revolusi Pertanian talah membantu perkembangan perindustrian denhan menyediakan : a) bahan makanan yang cukup b) tenaga buruh yang banyak 2. Perindustrian sabagai punca ekonomi baru - Kegiatan partanian telah digantikan oleh kagiatan pambuatan dan pangilangan sebagai bidang utama ekonomi negara. 3. Peningkatan perdagangan antarabangsa - Lebihan produk yang dihasilkan semasa Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dipasarkan di peringkat antarabangsa. 4. Kemajuan bidang pengangkuatan - Sistem pengangkutan domestik diperlihatkan apabila kereta api dicipta. - Rekaan enjin berkuasa wap - Pengangkutan laut. 5. Kemunculan golongan buruh dan majikan. a) Beberapa akta ubaru telah diluluskan oleh kerajaan untuk membela nasib para pekerja kilang : b) Antara aktanya : i) Akta Kilang
Digubal pada tahun 1833. Melarang kanak-kanak di bawah umur 9 tahun berkerja dan mesti dihantar ke sekolah. Had masa berkerja tidak boleh melebihi 9 jam sehari bagi kanak-kanak yang layak berkerja. Keselamatan para pekerja mereka di kilang adalah tanggungjawab para majikan. ii) Akta Lombong
Digubal pada tahun 1842 Kanak-kanak perempuan dan wanita dilarang berkerja dalam perusahaan arang batu iii) Akta Sepuluh Jam
Digubal pada tahun 1847. Pekerja wanita yang terlibat dalam perusahaan tekstil dilarang bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari