You are on page 1of 7

Huraikan pembinaan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak.

Interaksi sosial kanak-kanak bermula sebaik sahaja dilahirkan dan berkembang mengikut peringkat umur. Interaksi sosial kanak-kanak dapat dikesan semasa bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan hubungan sosial antara mereka.

0 2 tahun 2 bulan bayi belajar cara membina hubungan seperti diam apabila di dukung atau tersenyum apabila di agah oleh orang dewasa. Senyuman daripada bayi menunjukkan yang mereka rasa selamat, selesa dan di sayangi. 6 bulan pertama belajar cara meluahkan emosi asas seperti gembira, takut, terkejut dan minat terhadap sesuatu. Mereka senyum dan ketawa terhadap tindak balas situasi sosial. 18 bulan bermain permainan aktif. 2 tahun menggunakan bahasa sebagai interaksi sosial. Pandai memilih mainan yang bercirikan jantina mereka. Pada usia 1-2 tahun interaksi sosial kanak-kanak adalah minimum walaupun mereka bermain di lokasi yang sama. Semakin meningkatnya umur mereka belajar bekerjasama dan lebih mahir dalam berinteraksi seperti bantu-membantu, mengambil giliran dan berkongsi.

2 5 tahun 2 tahun peringkat kemahiran menyelesaikan masalah. Contohnya semasa merebut mainan dan menegaskan objek tersebut adalah miliknya.

4 - 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalin hubungan sosial ketika bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain. Antaranya ialah bermain peranan seperti melakonkan watak ibu atau ayah dan bermain mengenakan pakaian. Tingkah laku sosial yang dapat dilihat adalah meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati.

Huraikan interaksi sosial kanak-kanak dengan keluarga, kawan-kawan, guru dengan anak.

Interaksi sosial kanak-kanak dengan keluarga Kanak-kanak mengenal peranan dirinya sebagai manusia melalui keluarga. Proses terjadinya interaksi sosial di dalam lingkungan keluarga dimulai sejak kelahiran. Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki keperibadian sendiri dan berkembang mengikut corak rangsangan daripada keluarga sehingga perkembangan dicapai

dapat berjalan dengan normal dan ideal. Dengan demikian, interaksi sosial yang pertama kali dirasakan oleh kanak-kanak adalah perlakuan dan kasih sayang. Interaksi sosial kanak-kanak semakin berkembang melalui komunikasi dengan ibu bapanya sama ada secara sederhana atau bersifat simbolik. Komunikasi dengan ibu bapa berkembang dengan penggunaan bahasa sehingga interaksi sosialnya semakin matang dan nyata.

Tiga peringkat interaksi keluarga adalah interaksi sensori, emosi dan intelek. Interaksi sensori Interaksi non verbal seperti kasih sayang iaitu tidak dapat dijelmakan dengan katakata. Penting kerana kanak-kanak peringkat awal masih tidak mahir berkomunikasi.

Interaksi emosi melibatkan perasaan sedih, gembira dan benci yang dijelmakan melalui tingkah laku. Interaksi intelek Interaksi yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak sebab proses ini telah wujud sebelum kanak-kanak dapat bertutur.

Interaksi keluarga adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak, jika interaksi dalam keluarga adalah baik, maka perkembangan sosial kanak-kanak juga adalah baik dan jika interaksi dalam keluarga adalah rapuh maka akan merencatkan perkembangan sosial kanak-kanak itu. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih luas dan berasa tertekan.

Interaksi kanak-kanak dengan guru Bermula dari peringkat awal persekolahan lagi, guru harus mewujudkan komunikasi yang berbentuk interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak dengan kanak-kanak dan kanak-kanak dengan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan berbuat demikian guru dapat membantu kanak-kanak yang mulai mengikuti pendidikan formal ini memperlengkapkan serta memperbaiki pengetahuan yang tidak formal yang telah terbina sebelum ini. Guru perlu mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan dan dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar, mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan kanak-kanak, memupuk sikap dan pandangan positif kanak-kanak terhadap sekolah dan berupaya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak serta membantu mereka menangani masalah itu.

Bagi meningkatkan interaksi sosial di dalam kelas, Nordin (2006) menyatakan bahawa bilik darjah perlu disusun dengan lebih kemas dan teratur supaya kanakkanak berada dalam keadaan selesa dan dapat bersosial sesama mereka dengan

lancar. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah. Guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti di dalam kelas dan menggalakkan semua kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Cara ini dapat mengekalkan ketenteraman dan disiplin kelas selain memupuk sikap bekerjasama dan berani mencuba serta mampu mengutarakan pendapat dalam kalangan mereka.

Interaksi kanak-kanak dengan rakan Kebanyakan interaksi dengan rakan-rakan bermula dengan bermain. Bermain dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu;

Bersendirian Bermain sendiri walaupun dikelilingi persekitaran yang dipenuhi kawan-kawan lain yang juga sedang bermain.

Pemerhati Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak menyertai mereka bermain bersamasama. Sejajar Dua sehingga tiga kanak-kanak melakukan aktiviti yang serupa dalam masa yang sama di tempat yang sama tetapi secara individu dan tidak bercakap antara satu sama lain. Penyatuan Bermain beramai-ramai dengan tujuan yang berbeza.

Bersama Dua hingga tiga kanak-kanak bermain bersama bagi mencapai tujuan yang sama iaitu menang.

Berpura-pura Melakonkan simbol-simbol atau objek-objek tertentu.

Bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan bahasa, kognitif dan sosial kanak-kanak. Rakan sebaya berperanan sebagai asas ataupun tapak yang penting dalam aspek perkembangan emosi seperti perkembangan konsep kendiri, harga diri dan identiti. Kanak-kanak belajar tentang diri mereka semasa interaksi antara satu sama lain dan menggunakan maklumat ini untuk membentuk naluri mengenai siapa diri mereka yang sebenarnya. Interaksi kanak-kanak dengan rakan biasanya bermula pada tahun kedua dalam hidupnya, setelah ia mula dapat berjalan dan bercakap, mendapat sedikit kebebasan dan setelah memperolehi pengalaman sedikit sebanyak berinteraksi dengan orang-orang yang bukan keluarganya. Pada peringkat awal, kanak-kanak biasanya akan bermain sendirian atau pun dalam lingkungan kejiranan sahaja dan apabila memasuki prasekolah ataupun tadika mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk perhubungan dengan rakan dan meluaskan pengalaman sosial mereka. Interaksi sosial kanak-kanak dengan rakan sebaya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak tersebut dan tingkah laku yang sering dipengaruhi adalah sifat berdikari, simpati dan sebagainya.

Interaksi kanak-kanak dengan masyarakat Bagi kanak-kanak, masyarakat adalah komuniti yang berada dalam linkungan kejiranan mereka. Persepsi kanak- kanak terhadap kejiranan dan komuniti mempengaruhi aspek perkembangan sosio-emosi. Apabila kanak-kanak semakin banyak terlibat dengan komuniti berkenaan mereka menjadi semakin aktif dan terikat dengan budaya yang akan menjadikannya pakar yang berpengalaman. Kanakkanak menjadikan asas interaksi dengan keluarganya sebagai dasar untuk

berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya. Semakin ramai yang dikenali oleh kanak-kanak menyebabkan pergaulan kanak-kanak semakin meluas. Kesannya apa yang diperoleh dari keluarganya akan semakin berkembang dan menyempurnakan interaksi sosialnya. Kanak-kanak akan belajar untuk menyesuaikan diri dengan tingkah laku yang ditemui dalam masyarakatnya dan persekitaran. Daripada penyesuaian diri tersebut, kanak-kanak mendapat pengalaman-pengalaman baru yang menjadi sangat berharga untuk pengamatan keperibadiannya. Pengalamanpengalaman tersebut menjadi dorongan bagi kanak-kanak untuk lebih aktif

menjalani interaksi sosialnya. Akhirnya pengalaman-pengalaman tersebut berubah menjadi simbol-simbol yang mempunyai nilai tersendiri bagi kanak-kanak.

Bagaimana Zon Perkembangan Proksimal (ZPP) dan Skaffolding membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Zon perkembangan terdekat (ZPP) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada di had bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.

Bagi membantu kanak-kanak menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik scaffolding diperkenalkan iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran.

Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak atau pelajar. Bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila pelajar telah dapat melakukan sendiri.

Secara tidak langsung konsep ZPP dan Scaffolding yang di asaskan oleh Vygotsky ini membantu dalam perkembangan sosial kanak-kanak. Perbualan, dialog, rundingan dan arahan yang diberi semasa berlakunya proses tersebut menjadikan kanak-kanak lebih berpengetahuan dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Perbualan akan membantu kanak-kanak menyusun konsep baru secara lebih sistematik. Pertanyaan dari guru akan membantu kanak-kanak mengurus fakta yang ditemuinya semasa pembelajaran. Galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba yang diberi semasa proses ini berlangsung juga akan membantu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak itu. Pembentukan kumpulan oleh guru bagi membantu kanakkanak yang kurang mahir oleh kanak-kanak yang mahir melalui scaffolding menggalakkan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif dan berupaya mengembangkan kemahiran komunikasi dan merapatkan hubungan antara mereka.

Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri dan mempercayai kanak-kanak ini mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri.

You might also like