You are on page 1of 5

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, rakyat Malaysia perlu menanam semangat kejiranan yang tinggi dalam

kalangan anggota masyarakatnya supaya

mereka tidak hidup berasingan. Hidup berjiran dan bersatu padu itu banyak kepentingannya dan pelbagai usaha boleh dilakukan untuk merealisasikannya.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun kini jelas semakin terpinggir. Keadaan manfaatnya. tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak

Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Ini akan dapat mewujudkan suasana aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.

Dengan adanya semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan

mereka. Mereka akan membantu melihat-lihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang mencurigakan. Di sini juga kita dapat menekankan tanggungjawab dan kepentingan Rukun Tetangga kawasan setempat.

Seterusnya, semangat kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui semangat tersebut. Sikap saling hormatmenghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilang kaum di Malaysia. Misalnya dalam hidup bermasyarakat dan pelbagai budaya, bangsa Melayu menghormati adat dan budaya bangsa India dan Cina dan begitu juga sebaliknya. Hilangkan segala perangsaka buruk dan tanggapan negatif terhadap bangsa lain demi kesejahteraan bersama adalah lebih penting dalam hidup bermasyarakat. Ini akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia di mana perpaduan dan integrasi antara kaum berlaku.

Di samping itu, hidup berjiran juga dapat membendung gejala sosial yang kini berleluasa. Contohnya, masalah pembuangan bayi yang semakin mengancam masyarakat hari ini. Dengan adanya jiran yang sentiasa mengambil tahu dan kenal jiran setempatnya akan dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Misalnya, rumah sebelah didiami oleh anak-anak muda yang menyewa. Apabila jiran mendapati ada sesuatu yang mencurigakan di rumah tersebut seperti anak muda membawa pasangan masing-masing masuk ke rumah pada waktu malam, jiran boleh mengambil langkah menjaga tepi kain orang atau melaporkan perkara ini

kepada pihak berwajib agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting. Melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Agama dan Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar, bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah, umpama peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di sini jugalah peranan seorang guru perlu dimainkan dengan sebaiknya. Ini kerana, di

sekolah, guru merupakan ibu bapa yang perlu membimbing dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya.

Selain itu, antara usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah mengadakan kempen semangat kejiranan. Slogan tentang semangat kejiranan boleh disebarkan melalui media massa. Pelbagai pihak boleh menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah haruslah digalakan

mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi. Pelbagai pertandingan harus dijalankan supaya murid-murid sekolah terdedah kepada konsep hidup berjiran.

Pihak sekolah juga harus mempertingkatkan pendidikan mengenai budaya kemasyarakatan agar murid-murid dapat menanam nilai-nilai positif serta dapat bergaul mesra dengan pelbagai kaum serta mengubah pemikiran dan memecahkan jurang perkauman Pihak kerajaan harus mengambil inisiatif dengan mengadakan rumah terbuka semasa perayaan sesuatu kaum agar dapat mengetahui budaya sesuatu kaum tersebut. Di sekolah jugalah tempat terbaik untuk mereka mengenali sahabat-sahabat berlainan bangsa mereka dengan lebih mendalam. Usaha ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah yang berkaitan dengan isu perkauman.

Oleh kerana itu, kerajaan giat memperkenalkan konsep institusi kemasyarakatan kepada orang ramai. Ini kerana konsep sebegini dapat menyemaikan nilai-nilai murni kepada diri seseorang. Misalnya, di sesebuah taman perumahan boleh menubuhkan rukun tetangga dan menjalankan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, hari keluarga dan sebagainya. Ini dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Dengan itu, masyarakat dapat hidup aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.

Langkah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Antara contoh aktviti-aktiviti kemasyarakatan yang pernah diadakan demi menyatupadukan rakyat Malaysia ialah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid An-Nur Saujana Utama, Sg. Buloh menganjurkan program Mesra Masyarakat yang bertujuan untuk mendekatkan warga LZS dengan masyarakat setempat melalui aktiviti kemasyarakatan.1 Antara program yang dijalankan meliputi aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan masjid, kuliah zohor, pembukaan kaunter bergerak bagi memudahkan urusan zakat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan di akhiri dengan aktiviti cabutan bertuah.

Bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersatu padu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Kita juga haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat serta perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang
1

http://www.e-zakat.com.my/terkini/lzs-anjur-program-mesra-masyarakat/

kaum

negara

kita.

Diharapkan

semua

lapisan

masyarakat

akan

memikul

tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Kesepakatan masyarakat dalam sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling mengamalkan konsep kejiranan yang efektif sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri siapakah jiran kita?

You might also like