You are on page 1of 48

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

1.0

PENGENALAN

Pendidikan merupakan usaha sistematik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada pihak yang tertentu (pelajar) dengan berusaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri. Ia dilakukan secara proses pembelajaran dan pengajaran di mana pembelajaran berlaku apabila pendidik (guru) menyampaikan maklumat dan pelajar menerima maklumat tersebut serta mengaplikasikan dalan kehidupannya. Pendidik perlu mengaplikasikan strategi-strategi tertentu dalam pengajaran. Strategi pengajaran yang dipilih dan digunakan menunjukkan kebijaksanaannya dalam memilih sesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sesuatu pengajaran. Pemahaman terhadap

48

konsep-konsep ini dapat membantu guru memilih kaedah dan teknik pengajaran serta membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk digunakan oleh seseorang guru kepada murid di dalam bilik darjah dan mecapai objektif pengajarannya. Pendekatan kaedah pengajaran tidak dibentuk sewenang-wenangnya, akan tetapi ia berasaskan teori dan prinsip pegangannya. 1.1 PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, STRATEGI DAN AKTIVITI

Juriah Long(2010), menyatakan pendekatan ditakrif sebagai prinsip atau pegangan teori yang menjadi panduan kepada guru dalam pengajaran. Ia juga merupakan kaedah atau cara, langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas tidak kira dalam mengatasi masalah atau sebagainya (Kamus Dewan 2005). Kaedah pula ialah prosedur pengajaran yang dibentuk berasaskan teori dan psikologi (Juriah Long, 2010). Keberkesanan dalam memilih kaedah yang digunakan dapat dilihat melalui pemahaman pelajar mengenai apa yang dipelajari akan menunjukkan bahawa kaedah yang dipilih bersesuaian dengan pengajaran atau sebaliknya. Juriah Long (2010), menyatakan teknik pula adalah tatacara pengajaran yang disarankan oleh sesuatu kaedah. Kemahiran atau alat guru yang digunakan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pembelajaran dan pengajarannya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan pendekatan yang sesuai. Strategi pengajaran bermaksud pengajaran yang dipilih oleh guru bagi menyampaikan isi pengajaran. Strategi ini amat penting bagi menarik perhatian pelajar dan memberi impaks dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Sementara aktiviti pengajaran dalah gerak kerja atau tugas yang dirancang untuk dilaksanakan oleh guru dan murid dalam sesuatu pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran atau pembelajaran (Juriah Long 2010).

2.0

KAEDAH PENGAJARAN

Kebiasaannya, kaedah ialah cara atau peraturan untuk membeuat sesuatu. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kaedah adalah prosedur pengajaran yang berasaskan teori dan psikologi. Penggunaan teori pengajaran dan melihat psikologi dalam bilik darjah atau bilik kuliah akan menjadikan penggunaan kaedah pengajaran yang berbeza. Selain itu, kaedah

48

pengajaran ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Perrott (1986) menerangkan antara langkah yang boleh digunakan, iaitu:

Planning (Perancangan) Guru perlu merancang pengajaran sebelum melakukan proses pembelajaran dan pengajaran. Perancangan pengajaran memerlukan tujuan pengajaran, objektif yang spesifik dan teknik pengajaran. Implementation (perlaksanaan) Guru mengaplikasikan perancangan yang telah dilakukan agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik. Evaluation (Penilaian) Pemahaman oleh pelajar terhadap pengajaran merupakan penilaian yang penting bagi mengetahui keberkesanan pengajaran yang dilakukan. Penilian ini boleh dilakukan melalui ujian atau boleh dilihat melalui peperiksaan.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Perkara-perkara tersebut merupakan asas pengajaran yang berkesan disamping pengetahuan seorang guru tersebut. Langkah-langkah disusun sedemikian rupa dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang berkedan dan menarik. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang berdedikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah yang dinamakan guru yang efektif (effective teacher). Guru yang berkesan

48

menggunakan gaya pembelajaran yang efektif. Di mana, pemilihan kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran mempunyai hubung kait yang boleh memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Guru bertanggungjawab mengaplikasikan kaedah pengajaran berbeza dengan mengambilkira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Melalui gaya pembelajaran juga guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan setiap pelajar. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan melakukan perbincangan, pertukaran idea, dan keupayaan berhujah. Seorang guru tidak boleh menggunakan gaya pembelajaran pelajar pintar terhadap pelajar yang kurang pintar. Hal ini akan memberi kesan terhadap pemahaman pelajar. Guru yang berkesan bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru juga boleh mempengaruhi sikap pelajar.

2.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH MENGAJAR

Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran. Lantaran itu, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai dengan gaya penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. Tiada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik kerana pemilihan kaedah dalam mengajar mempengaruhi beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuai agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan menurut Pierce dan Lorber (1977) adalah:-

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

i.

Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang mempunyai pencapaian pelajarnya yang baik, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.

48

ii.

Jangka Masa Pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atau 60 minit hingga 80 minit, sekiranya pelajaran tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangk amasa yang sepatutnya. iii. Bahan Pengajaran

Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajaran itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran. Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

digunakan dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih. iv. Latar Belakang Pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi muridmurid di peringkat rendah. Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada

48

hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut. v. Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah-pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan masing-masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, pusat sumber atau di persekitaran sekolah.

2.2

KEPELBAGAIAN KAEDAH MENGAJAR

Kepelbagaian kaedah mengajar dapat membantu guru dalam menilai sejauh mana penguasaan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran sebelum berpindah ke topik baru. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar pada pengajaran dengan meransang minat dan semangat. Kaedah mengajar dapat menjamin objektif pengajaran guru tercapai pada akhir pengajaran. Kepelbagaian kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan menggerakkan motivasi dalaman pelajar supaya terus berminat mengikuti pengajaran guru.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

2.3

JENIS-JENIS KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat sebelas jenis kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran iaitu:i.

Kaedah Syarahan/Kuliah Kaedah Amali atau Bengkel Kaedah Tunjuk Cara/ Demonstrasi Kaedah Projek Kaedah Simulasi Kaedah Interaktif (perbincangan, Brainstorming, buzz) Kaedah Lawatan Kaedah pengajaran kobeloratif

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

48

Kaedah Pengajaran Koperatif Kaedah Pengajaran Berkomputer Kaedah Pengajaran Andargogi

2.4

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN

2.4.1 KAEDAH SYARAHAN / KULIAH Kaedah syarahan atau kuliah merupakan salah satu kaedah mengajar. Ini bermakna bahawa seorang guru mempunyai ilmu pengetahuan memberi pengajaran kepada murid secara syarahan. Guru ibarat memenuhi tong yang kosong, di mana guru dianggap individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar tidak mengetahui apa-apa. Kaedah ini merupakan kaedah yang kerap digunakan di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Kaedah syarahan ini sesuai bagi memperkenalkan tajuk baru dalam pengajaran. Penerangan secara terus oleh guru boleh dilakukan dengan bantuan alat batun mengajar yang bersesuaian. Guru juga boleh melakukan penjelasan secara berulang jika terdapat ketidak fahaman oleh pelajar. Pelajar menggunakan keseluruhan pancaindera mereka terhadap pembelajaran dengan melihat apa yang ditunjukkan oleh guru, mendengar segala yang diperkatakan, dan membuat catatan atau menyalin nota. Guru dapat mengawal kelas dengan baik kerana guru bersemuka dengan pelajar. Dalam kaedah ini, suara guru amat penting agar boleh didengari oleh semua pelajarpelajarnya. Intonasi guru juga memainkan peranan dalam menjelaskan sesuatu perkara agar

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

ia dapat menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran yang ceria. Kaedah ini boleh digabungkan dengan kaedah menyoal bagi menjalankan proses 2 way comunication. Guruguru boleh menyoal kepada pelajar bagi mengetahui tahap pemahaman terhadap pembelajaran tersebut. Kaedah tersebut boleh disusuli dengan kaedah perbincangan di mana ia dilakukan pada akhir sesi kuliah. Kerja susulan perlu diberikan seperti tugasan tambahan atau kerja rumah. Teknik mempertingkatkan kuliah:i.

Kekalkan eye contect dengan pelajar Mengedarkan nota ringkas Berikan definisi bagi istilah dan konsep baru Pilih contoh yang releven untuk menerangkan iddea utama Membuat perkaitan idea baru dengan iddea sebelumnya Rumus idea penting dari semasa ke semasa Ulang penerangan atau perluaskan huraian jika perlu.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

48

Tindakan yang perlu dielakkan dalam menggunakan kaedah ini:


i.

Jangan menggunakan kata-kata kasar dan lucah. Guru adalah pembawa imej yang baik didalam kelas. Oleh itu, kata-kata kasar, kata-kata lucah seharusnya tidak dijadikan amalan pengajar tersebut. Ini akan memberikesan kepada pemikiran pelajar.

ii.

Jangan bermain-main dengan barang-barang yang berada ditangan seperti kunci. Jika terdapat kunci yang bermain-main ditangan pengajar, bunyi yang dihasilkan akan menjejaskan penyampaian maklumat.

iii.

Jangan bergerak terlalu aktif. Pengajar boleh bergerak di dalam kelas namun ia perlulah tidak terlalu aktif yang boleh menyebabkan pelajar jadi tidak berminat untuk mendengar apa yang mahu disampaikan oleh pengajar kerana perubahan jarak pendengaran dengan sumber sering berubah-ubah.

iv.

Jangan banyak berjenaka Jenaka adalah satu kaedah yang boleh memberikan mood yang baik terhadap pelajaran yang mahu disampaikan. Namun demikian, apabila terlalu kerap membuat jenaka

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

menyebabkan pelajar akan menganggap yang pengajar mereka seperti pelakon komedi tidak bertauliah. 2.4.1.1 Kebaikan Kaedah Syarahan/Kuliah

Penggunaan saiz bilik kuliah atau kelas yang tidak terhad membolehkan kaedah ini dijalankan. Saiz bilik kuliah tidak bergantung kepada kaedah syarahan. Walaupun begitu, bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru, bilangan pelajar perlu bersesuaian dengan ruang kuliah atau kelas. Perkara ini akan mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah syarahan juga memberi impak yang positif terhadap penyampaian oleh seseorang guru. Penyampaian maklumat boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan jelas. Selain itu, dapat memperkenalkan topik-topik baru dengan mudah kepada pelajar. Penggunaan alat bantuan mengajar yang bersesuain meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Antara kelebihan kaedah ini ialah guru dapat mengawal masa pengajaran. Sekiranya masa lebih daripada mencukupi, guru boleh menambahkan contoh-contoh atau mengulangi semula isi-isi penting. Namun jika kesuntukkan masa,guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan mengurangkan contoh-contoh. 2.4.1.2 Kekurangan kaedah syarahan/kuliah

48

Kaedah ini mempunyai kelemahan yang tersendiri dan ia boleh diatasi dengan menggunakan beberapa teknik pengajaran. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah kaedah ini cepat membosankan jika tiada kaedah lain diselitkan dalam pengajaran. Selain itu, kaedah ini tidak dapat mengenalpasti pemahaman pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Kelemahan ini akan terasa jika guru-guru hanya menggunakan teks semata-mata dalam pengajaran. Selain itu, antara kelemahan yang terdapat dalam kaedah kuliah ialah tidak begitu berkesan untuk pelajar sekolah menengah kerana tumpuan perhatian yang singkat. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang dan ini boleh menjejaskan fahaman dan ingatan mereka tentang bahan yang disampaikan. Mereka juga mungkin mempunyai masalah mengambil nota kerana apa yang dicatatkan mungkin perkara yang tidak penting untuk pelajaran yang disampaikan. Pelajar juga boleh merasa bosan jika dalam suatu pengajaran guru sahaja yang menyampaikan maklumat manakala mereka tidak berpeluanguntuk menunjukkan daya usaha atau kebolehan mereka. Kesimpulannya, guru memainkan pernanan penting bagi menarik perhatian pelajar untuk mengikiti keseluruhan

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

pengajaran. Gabungan pelbagai kaedah pengajaran menjadikan sesuatu pengajaran menjadi menarik dan pelbagai.

2.4.2 KAEDAH AMALI ATAU BENGKEL Dalam usaha untuk memudahkan pembelajaran para pelajar, guru merupakan orang penting dalam memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja harus menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif tetapi juga harus bijak dalam mencipta pengajaran yang berkesan. Oleh itu, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransang minat pelajar untuk belajar di samping sentiasa berfikir tentang kebajikan

48

dan keperluan pelajar. Menurut Gilbert Highet (1981) dalam Seni Mengajar, cara yang paling baik untuk mengelakkan kebolehan pelajar daripada terbuang begitu sahaja, guru perlu merancang kerja untuk pelajar. Selepas memberi penerangan, guru boleh merancang satu kerja amali untuk dilakukan oleh para pelajar supaya mereka dapat mengaplikasikan semula apa yang telah mereka pelajari. Semua ini dapat dilakukan melalui pembelajaran secara amali di mana semua orang terlibat dan bekerja bersama-sama. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), amali bermaksud bukan perlaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dan sebagainya), berasaskan pengalaman (perlaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan. Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar berpeluang untuk mengendalikan alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri. Kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal apabila digunakan dan dapat membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran di dalam bengkel. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), kerajaan telah menekankan pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya kaedah berpusatkan pelajar. Sebagai contoh, dicadangkan kepada pihak sekolah supaya menjalankan lebih banyak eksperimen, kerja-kerja amali, lawatan dan penyelesaian masalah. Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah amali atau eksperimen mempunyai

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

kelebihannya iaitu dapat mengesahkan sesuatu konsep atau teori yang diajar oleh guru. Kaedah amali akan lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi membolehkan mereka mendapat maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi, M.B, 1983). Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan peralatan bengkel. Dengan penggunaan kaedah tersebut, dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Secara keseluruhannya, penekanan kepada penggunaan pembelajaran secara amali dilihat mampu menghasilkan pelajar yang lebih kreatif, berpengetahuan di samping mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Namun terdapat juga beberapa kelemahan dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran kaedah amali seperti kawasan yang terhad, keadaan bengkel yang tidak selamat, guru yang kurang kemahiran dan sebagainya. Selain itu, perlaksanaan kaedah amali

48

memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari segi kos untuk membeli peralatan dan bahan bagi proses pengajaran dan kekurangan peralatan akan menyebabkan proses pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan baik. Pelajar juga tidak dijamin akan berfikir secara kreatif melalui kerja amali kerana biasanya kerja amali yang dilakukan dalam bentuk kumpulan dan hanya pelajar yang aktif sahaja dapat menyumbangan idea. Kaedah amali juga akan merugikan masa pelajar dan guru jika kaedah tersebut tidak berkesan dalam perlaksanaan dan kerja-kerja amali tertangguh. Oleh itu, kaedah amali atau bengkel ini ada kelemahan dan kebaikan yang tersendiri dan kaedah ini mengikut kesesuaian subjek yang diajar terutamanya subjek kemahiran hidup. Kesimpulanya daripada kaedah pengajaran amali atau bengkel ialah kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dibengkel. Selain itu, kerja amali banyak memerlukan tunjuk ajar daripada guru sebelum pelajar menjalankannya sendiri. Namun, persediaan guru berkaitan kaedah amali dapat melancarkan proses pengajaran di bengkel dan langkah-langkah keselamatan amat diambil berat dalam proses pengajaran danpembelajaran di bengkel.

2.4.3 KAEDAH TUNJUK CARA/ DEMONSTRASI Pendekatan pengajaran demonstrasi merupakan satu kaedah untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi atau tunjuk cara oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti, prosedur atau langkah pembelajaran. Ianya memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti samada pada waktu yang sama ataupun berbeza. (Tengku Sarina & Yusmini 2006). Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Pendekatan pengajaran demonstrasi membolehkan pelajar-pelajar memerhati bendabenda wujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat beberapa jenis kaedah demonstrasi

48

ini seperti demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid. Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid. Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan. Cara ini sesuai untuk pengajaran seperti tarian,olahraga, permainan dan membuat uji kaji. Pendekatan pengajaran demonstrasi atau tunjuk cara ini memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan pelajar- pelajar untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan. Demonstrasi juga boleh ditunjukkan melalui tayangan video,filem,video interaktif atau hypermedia. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Di samping itu, demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan tangan. Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (Abd. Ghafar 2003) :
i. Melihat kemahiran guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya.

Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. ii. Penglibatan pelajar dan guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu

48

pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. iii. Peluang untuk mendengar atau melihat guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. iv. Kaitan antara teori dan praktikal, kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajat tersalah faham dengan apa yang dipelajari. Terdapat beberapa jenis-jenis demonstrasi antaranya adalah model hidup. Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Model-model seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh muridmurid yang lain. Model simbolik merupakan model secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya:
i) Semasa waktu pelajaran pendidikan jasmani, guru memberi arahan langkah demi

langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN ii) Semasa waktu pelajaran sains rumahtangga, murid-murid mengikut langkah-langkah

yang dihuraikan dalam resipi untuk membuat kuih lapis.


iii) Semasa waktu pelajaran sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan

langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah.

Model persepsi pula menggunakan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya, sesuatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, maka tingkah laku yang lain dan tidak diingini diketepikan. Misalnya:
i) Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m

48

dengan menunjukkan gerakkan tangan secara perlahan-lahan mengikut tayangan video.


ii) Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan model

persepsi ini, guru-guru pelatih dapat mencontohi teknik pengajaran yang mereka tonton

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran demonstrasi ini. Antara kelebihan kaedah demonstrasi ini ialah kaedah ini memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada muridmurid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Dalam kaedah ini, pelajar dapat melihat sendiri contoh-contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenarnya dilaksanakan atau contoh model yang mengubah sikap pelajar. Selepas demonstrasi, pelajar boleh mengikuti contoh yang diperhatikan. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi iaitu kaedah ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara. Kaedah ini memakan masa yang panjang jika demonstrasi dibuat secara langsung. Oleh itu, guru perlu memastikan bahan dan alatan yang diperlukan dalam kaedah ini disediakan secukupnya untuk para pelajar. Walau bagaimanapun, pendekatan secara demonstrasi dapat membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru. Penglibatan pelajar dalam kaedah demonstrasi ini memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kesimpulannya, pendekatan pengajaran demonstrasi memberi peluang kepada pelajar dalam memahami apa yang hendak dipelajari setelah mereka melihat sendiri langkah-langkah sesuatu aktiviti berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh guru. Tambahan pula, perlaksanaan kaedah demonstrasi dapat mengikis perasaan bosan dan jemu pelajar dalam memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih berminat untuk menerima pengajaran daripada guru. Bagi memastikan pendekatan pengajaran demonstrasi ini boleh digunakan secara konsisten dalam proses pengajaran, pihak sekolah hendaklah memastikan bahan dan alatan untuk menjalankan kaedah ini mencukupi supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pihak sekolah haruslah sentiasa

48

memeriksa kelengkapan-kelengkapan pembelajaran yang terdapat di bilik darjah berfungsi dengan baik dan jika ada yang rosak haruslah diperbaiki dengan segera bagi memudahkan proses pengajaran guru.

2.4.4 KAEDAH PROJEK Professor William Kilpatrick telah memperkenalkan kaedah projek ini pada tahun (18711965). Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan penglibatan pelajar dan secara langsung mengembangkan kemahiran dan pengalaman kepada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain. Dalam satu pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung memberi kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam situasi sebenar. Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Terdapat beberapa jenis pembelajaran projek yang diperkenalkan antaranya ialah projek kaji selidik. Kaedah ini merupakan satu strategi yang membolehkan pelajar membuat kajian atas sesuatu topik melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis serta mentafsir data dan membuat rumusan. Untuk melaksanakan projek kaji selidik dengan hasil yang

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan kaji selidik berikut: a) Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman,kebolehan serta kecenderungan murid. b) Tujuan dan langkah-langkah menjalankan kaji selidik harus ditentukan terlebih dahulu dan diberikan kepada murid-murid yang akan menjalankan kaji selidik. c) Untuk memudahkan murid-murid menjalankan kaji selidik, guru boleh menyediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu dijawab serta bahan-bahan yang diperlukan.

48

d)

Pastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid dalam kumpulannya benar-benar melibatkan diri.

e) f)

Bimbingan guru harus diberikan semasa aktiviti kajian dijalankan. Hasil kaji selidik harus dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian telah selesai dijalankan. Projek kaji selidik yang digunakan sebagai aktiviti pembelajaran mempunyai beberapa

kelebihan. Kelebihan yang utama ialah projek kaji selidik memberi peluang kepada muridmurid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. Melalui aktiviti kajian ini, murid-murid dapat menggunakan deria mereka secara sepenuhnya untuk memerhati, menganalisis, mentafsir serta membuat rumusan. Disamping itu,murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan. Bagaimanapun, projek kaji selidik ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Misalnya, murd-murid sekolah rendah yang kurang matang dan kurang pengalaman tidak sesuai menjalankan kajian seperti ini. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, ia memerlukan banyak tenaga dan masa dari segi perancangan dan pengurusan. Tambahan pula, murid-murid lembap kurang berupaya mentafsir dan membuat rumusan yang tepat. Oleh itu, kemungkinan tidak ramai murid akan mendapat faedah daripada kaji selidik ini.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Projek hasil tangan pula merupakan satu aktiviti susulan atau pengayaan yang dijalankan oleh seseorang atau sekumpulan pelajar. Selepas mereka mempelajari dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Tujuannya adalah untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreativiti pelajar. Projek hasil tangan dapat dilaksanakan dalam banyak matapelajaran KBSR dan KBSM. Projek hasil tangan biasanya diadakan selepas murid-murid telah memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu. Prinsip-prinsip melaksanakan projek hasil tangan adalah seperti langkah-langkah berikut: a) b) c) d) e) f) g) Tentukan objek hasil tangan yang diberikan adalah berdasarkan minat dan kebolehan murid. Sediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk murid-murid membuatnya.

48

Berikan penerangan tentang langkah-langkah menghasilkan objek. Tunjukkan contoh atau memberi tunjuk cara bagaimana menghasilkan objek itu Tetapkan tempoh masa menghabiskan projek. Adakan perbincangan tentang hasil tugas yang telah dibuat. Pamerkan objek-objek yang dihasilkan dengan baik dan menarik sebagai galakkan. Projek hasil tangan ini mempunyai beberapa kelebihan, diantaranya adalah minat

pembelajaran dan gaya kretif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secra berterusan dengan lebih tekun lagi. Bagaimanapun, projek hasil tangan juga mempunyai beberapa kelemahan. Diantaranya ialah, projek hasil tangan ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk menguruskannya. Perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk dipamerkan dan akan berasa kecewa. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Kebaikan lain yang terdapat dalam pembelajaran kaedah projek ialah pendekatan yang digunakan oleh kaedah ini meliputi dominan kognatif,

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

afektif dan psikomotor. Selain itu, dapat memberi galakan kepada pelajar untuk turut serta dalam perancangan dan dengan ini boleh menimbulkan minat dan motivasi kepada pelajar. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Terdapat juga kelemahan yang terdapat dalam kaedah projek ini iaitu memerlukan tempoh masa yang panjang contohnya seperti pelajar tahun akhir yang perlu melakukan projek akhir dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek tersebut. Para pelajar juga akan melakukan kesilapan disebabkan pengetahuan atau teori-teori yang diperoleh adalah terhad dan tidak meluas terutamanya apabila bahan atau sumber bagi sesuatu projek yang dijalankan adalah terhad. Kesimpulanya, guru memainkan peranan yang penting dimana guru adalah perlu

48

menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuktajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.

2.4.5 KAEDAH SIMULASI Kemeterian Pelajaran Malaysia (1990) simulasi merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan bahan sumber. Mee (1993) menyatakan bahawa, simulasi adalah suatu situasi terkawal yang sengaja diwujudkan menyerupai situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan masalah. Marilyn Friend & Willian Bursuck (1996) menyatakan simulasi ialah satu aktiviti yang mana pelajar mendapat pengalaman daripada aktiviti tersebut, setelah mereka berbincang bagaimana untuk melakukan aktiviti dan memperolehi persefahaman. Daripada definisi di atas, dapat dibuat rumusan bahawa simulasi adalah satu jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar melakukan aktiviti yang terancang dan terkawal. Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan baik, guru dan pelajar

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

akan mengadakan beberapa sesi latihan sebagai persediaan dan pengukuhan sebelum aktiviti sebenar dijalankan. Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan pelajar menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan pelajar yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok pelajar terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. akan mampu menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran. Tujuan kaedah simulasi i. Untuk menguasai kemahiran ii. Untuk membina pemikiran yang analitis dan kritis iii. Untuk membina sikap positif iv. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif v. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam blik darjah vi. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran Ciri-ciri kaedah simulasi Guru akan berperanan sebagai penerang yang akan memberi penerangan dan penjelasan kepada setiap pelajar sebelum aktiviti simulasi dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan pelajar. Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagi jurulatih yang sentiasa menasihati, membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar dan akhirnya guru akan bertindak sebagai rakan untuk berbincang dengan pelajar sepanjang aktiviti simulasi berjalan. Adapun ciri-ciri yang terdapat pada pelajar pula ialah, mereka akan bekerja dalam satu kumpulan, mempunyai semangat bekerjasama, pembelajaran akan berpusat kepada pelajar, pelajar akan mengeluarkan idea, kreatif, pelajar menjaga disiplin diri dan pelajar akan dihargai. Daripada ciri-ciri di atas dapat dirumuskan bahawa simulasi melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka, pelajar akan dapat berlatih dalam kedaaan sebenar, boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu aktiviti yang

48

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

tidak membosankan mereka. Peranan guru juga lebih kepada sebagai fasilitator, membimbing aktiviti yang dijalankan agar pelajar dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari. Jenis-jenis simulasi Terdapat dua jenis kaedah simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. a) Sosiodrama Ia adalah satu aktiviti lakonan yang menarik yang berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Sebagai contoh adalah hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat. Oleh kerana sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka

48

dapat membaca dan membuat persediaan. Dengan kaedah ini, ia mengajar pelajar berfikir cara-cara menyelesaikan masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional. Sosiodrama ini juga membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama.

b) Main peranan Melalui kaedah ini ia merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Juga merupakan satu lakonan spontan tanpa skrip. Cara ia bermula adalah apabila suatu situasi direka dan ditimbulkan oleh guru. Biasanya di dalam aktiviti main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Melalui aktivit main peranan ini, muridmurid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Ia juga membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar. Prinsip-prinsip simulasi Antara prinsip simulasi yang diamalkan adalah: i. Guru merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkan secara bertulis atau lisan.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN ii.

Sebelum bermula aktiviti ini, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk mereka. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Bagi sosiodrama, skrip telah disediakan dan diedarkan. Jika perlu, sediakan topeng untuk pelakon Semasa simulasi, pastikan penonton benar-benar menumpukan perhatian. Selepas simulasi, guru minta pelajar beri pandangan tentang cara penyelesaian masalah. Satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran. Langkah-langkah pelaksanaan simulasi

iii. iv. v. vi. vii. viii.

48

Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut: i. ii. iii.
iv.

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan. Guru menerangkan secara ringkas tenteng situasi bermasalah, peranan watakwatak dan tempoh lakonan. Guru memilih murid-murid menjadi pelakon. Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya. Guru berbincang dengan murid prestai pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan. Kelebihan kaedah simulasi i. Membenarkan pelajar mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat dan member peluang kepada pelajar memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermaslaah yang diwujudkan. ii. Pembelajaran adalah berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi dengan suasana lebih menyeronokkan iii. Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa serta dapat meningkatkan kemahiran pertuturan mereka dan interaksi di antara mereka iv. Maklum balas tentang prestasi pelajar dalam satu-satu situasi dapat diperoleh dengan cepat. v. Pelajar dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.

v. vi.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

vi. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik dan seterusnya mengubah sikap negatif dan membina skop positif. vii. Sebagai persediaan kepada pelajar untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Kelemahan kaedah simulasi i. ii. iii. iv. v. B.4.6 KAEDAH INTERAKTIF (PERBINCANGAN, BRAINSTORMING, BUZZ) Situasi yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar Prestasi pelakon yang kurang baik menyebabkan penonton bosan dan membuat bising atau mengejek kesilapan pelakon tersebut. Hanya pelajar yang terlibat dengan lakonan sahaja mendapat faedah dan pengalaman berlakon. Penilaian pembelajaran hasil dari simulasi adalah sukar dilakukan.

48

2.4.6.1

Perbincangan

Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kela s. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan teknologi maklumat. Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan, ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar memainkan peranan dengan aktif memberikan pandangan masingmasing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru. Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas. Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar,antaranya ialah

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat memberikan idea mengenai tajuk asas komputer dan teknologi maklumat secara luas dan bebas,sistematik dan tepat.

Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka mengenai tajuk dengan jelas.

Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan.

48

Beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian di dalam kaedah perbincangan:

Mempunyai isu utama berdasarkan topik dan objektif-objektif pengajaran dirancang dengan rapi. Isu dan soalan-soalan pokok disediakan untuk memberi fokus kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu, ada peraturan asas dan tatacara perbincanagan termasuk masa dan corak persembahan hasil perbincangan.

Guru bertindak sebagai penggerak/fasilitator menentukan penglibatan pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli segelintir pelajar.

Penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa emosi/menyentuh peribadi.

Rumusan atau ringkasan idea-idea dan kesimpulan perbincangan disediakan dan dikemukakan oleh waki-wakil setiap kumpulan.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Berkesan digunakan dengan kaedah-kaedah lain

Elok diberikan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi dorongan / semangat kepada pelajar.

Bentuk perbincangan

48

Terdapat dua jenis bentuk perbincangan iaitu: i. Perbincangan keseluruhan kelas yang diketuai dan diarahkan oleh guru ii. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh pelajar.

Jenis-jenis perbincangan Berbagai jenis sesi perbincangan boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Di antara sesi perbincangan yang biasanya dipilih sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah perbahasan, seminar dan buzz. 1. Perbahasan Perbahasan merupakan satu jenis perbincangan formal. Sesi perbahasan terdiri daripada dua kumpulan kecil. Setiap kumpulan biasanya mengandungi tiga atau empat ahli. Satu kumpulan dikenali sebagai pencadang, menyokong tajuk perbahasan dan satu kumpulan lagi sebagai pembangkang, menentang tajuk perbahasan. Di samping itu, seorang pengerusi dipilih untuk mengendalikan segala aktiviti perbahasan, dan seorang penjaga masa yang bertugas untuk membunyikan loceng apabila masa yang diperuntukkan setiap ahli berbahas telah habis. Tiga orang hakim hendaklah dipilih untuk mengadili perbahasan. Biasanya hakim-hakim ini terdiri daripada guru-guru. 2. Seminar

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Seminar merupakan aktiviti perbincangan di antara penceramah dengan sekumpulan pelajar. Di dalam sesi ini, penceramah boleh terdiri daripada seorang pelajar atau beberapa orang pelajar. Penceramah ini akan menyediakan kertas kerja berdasarkan kepada topik perbincangan, kemudian membentangkannya dalam seminar. Sekumpulan pelajar yang lain akan memainkan peranan mereka sebagai pendengar. Selepas kertas kerja dibentangkan, pendengar-pendegar itu akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan untuk dijawab oleh penceramah. Dalam segala proses sesi seminar, guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan penasihat. Selepas sesi seminar, guru memberi komen terhadap prestasi penceramah dan kumpulan pelajar yang mengemukakan soalan. 3. Forum

48

Forum juga merupakan salah satu jenis aktiviti perbincangan. Dalam sesuatu forum, terdapat satu panel yang biasanya terdiri daripada seorang pengerusi dan empat hingga lapan orang pakar. Mereka akan menyampaikan idea dan pendapat mereka berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi. Soalan-soalan ini adalah disediakan terlebih dahulu berlandaskan topik perbincangan yang telah ditentukan. Di dalam sesuatu majlis forum, ahliahli panel hendaklah membuat persediaan berdasarkan topik perbincangan supaya mereka boleh memberi hujah-hujah yang bernas apabila soalan-soalan dikemukakan. Pengerusi juga perlu mnyediakan soalan-soalan yang sesuai dengan topik perbincangan supaya dapat mencungkil idea dan pendapat yanag berguna daripada ahli-ahli panel. Semasa forum dimulakan, pengerusi hendaklah memperkenalkan topik perbincangan, nama-nama ahli panel serta bidang kepakaran mereka, kemudian mengemukakan soalan demi soalan kepada ahliahli panel yang akan memberikan pendapat mereka masing-masing. Pendapat-pendapat yang akan disampaikan oleh ahli panel akan dicatatkan oleh pengerusi yang akan menggunakannya untuk menggulung dan mengulas pada peringkat akhir. Tujuan perbincangan i. Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif ii. Menggalakkan perkongsian pendapat iii. Mengikis sikap angkuh dan mendorong belajar menerima pandangan orang lain. iv. Memupuk smeangat kerjasama.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

2.4.6.2

Brainstorming / Sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan salah satu jenis kaedah penyelesaian masalah. Ini kerana tujuan utama penggunaan sumbangsaran sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Sumbangsaran kadangkala dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Oleh itu, sumbangsaran menggunakan teknik buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi peyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan. Dalam situasi bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalikan seperti sesi buzz. Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan berbentuk soalan masalah. Selepas guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan, murid-murid dibahagikan beberapa kumpulan kecil (setiap kumpulan mengandungi 6-10 orang murid). Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan menyumbangkan idea masing-masing oleh pengerusinya. Idea-idea yang telah dikemukakan akan dicatatkan oleh seorang pelapor yang dipilih daripada kumpulan kecil. Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka. Melalui kaedah ini, pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka. Selain itu, murid-murid juga dilatih supaya dapat menguasai kemahiran lisan dengan bermutu tinggi. Berikut merupakan kaedah sumbangsaran:

48

Menggalakkan penggunaan daya imiginasi dan pemikiran kreatif pelajar. Idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang

ditetapkan untuk mencari idea-idea yang baru


i. dalam penyelesaian sesuatu masalah ii. dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi iii. dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan (pada

papan tulis/kertas saiz besar)

Terdapat dua pilihan setelah tamat sesi sumbang saran iaitu: Memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan

Peraturan Sumbangsaran

Sebarang idea diterima

48

Dilarang mengkritik sebarang idea Sebanyak idea yang mungkin diperlukan Idea-idea disarankan secara spontan Idea-idea yang dikemukakan boleh diguanakan dan diperkembangkan oleh pelajar-

pelajar lain Keberkesanan sesi sumbang saran bergantung kepada:


Sikap positif gur dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar Suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea Guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea Diutarakan secara bebas, tanpa kritikan dan idea-idea yang dipilih akan diperkemaskan

wlaupun dianggap tidak penting

dan digunakan sebaik-baiknya. Kelebihan dan kekurangan sumbangsaran Penggunaan sesi sumbangsaran untuk menyelesaikan masalah mempunyai beberapa kelebihan. Di antaranya adalah:
i. ii. iii.

Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan pendapatnya. Idea-idea penyelesaian didatangkan daripada murid-murid sendiri. Strategi pembelajaran berpusatkan murid.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN iv.

Sesi sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertimbangkan. Murid-murid dilatih unutk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan. Semangat kerjasama dan berkongsi idea ke arah menyelesaikan masalah bersamasama dapat dipupuk. Selain daripada itu, sesi sumbangsaran juga tidak lari daripada beberapa kelemahan, di antaranya adalah:

v. vi. vii. viii.

i.

Murid-murid yang kurang cerdas mungkin tidak dapat memberi sumbangsaran yang sepatutnya. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbagsaran memakan masa yang lebih banyak. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitif mereka rendah. Banyak masa disia-siakan jika murid-murid menggunakan lebih banyak masa untuk berbualbual daripada memberi sumbangan. Terlalu banyak pendapat dan idea dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid berkenaan. Sukar menggubal soalan-soalan perbincangan yang sesuai

48

ii. iii.

iv.

v.

vi.

vii.

Tujuan brainstorming
i. Melatih pelajar mengemukakan pendapat yang logic dan rasional. ii. Memupuk semangat berkongsi idea iii. Melatih pelajar meyelesaikan masalah bersama.

2.4.6.3

Buzz

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Sesi buzz merupakan satu jenis aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil. Di dalam sebuah kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengadakan sesi buzz. Setiap kumpulan kecil biasanya mengandungi seorang pengerusi, seorang pelapor dan beberapa ahli. Sesi buzz biasanya dimulakan selepas guru mengajar sesuatu pelajaran. Murid-murid akan membincangkan topik yang diberikan guru dalam sesi buzz. Dalam proses perbincangan, pengerusi akan menggalakkan ahli kumpulannya memberikan idea dan pendapat yang akan dicatatkan oleh pelapor. Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula dalam satu kumpulan yang besar untuk mengadakan satu perbincangan yang am. Pelajar-pelajar akan membentangkan pendapat kumpulan kecil masing-masing. Pendapat-pendapat yang telah diselaraskan dan dipersetujui akan dikemukakan kepada guru yang akan merumuskannya di papan tulis untuk dicatatkan oleh semua murid dalam buku nota mereka. Melalui sesi buzz, murid-murid dapat dilatih dengan kemahiran bertutur, mengemukakan pendapat, berfikir dan berusaha mencari jawapan bersama-sama. Di samping itu, melalui aktiviti kumpulan, semangat kerjasama dapat dipupuk dan interaksi yang positif di antara murid dapat digalakkan.

48

B.4.7 KAEDAH LAWATAN Lawatan merupakan satu jenis aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang hendak dipelajari didalam buku seperti situasi sebenar. Kebiasannya, diperingkat sekolah ia dikendalikan oleh pihak sekolah manakala diperingkat yang lebih tinggi ia dikelolakan oleh pihak pelajar sendiri sambil dipantau oleh pensyarah mereka. Antara tempat lawatan yang kebiasannya akan pergi adalah seperti kilang, ladang, muzium, tapak pembinaan dan sebagainya yang berkaitan. Tujuan aktiviti lawatan dibuat adalah untuk:
i. ii.

Memberikan pelajar kesempatan memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik. Memberi kesempatan kepada pelajar membandingkan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang benar. Memperkukuhkan ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran disekolah.

iii.
iv.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN v.

Mempererat perhubungan antara sekolah dan masyarakat. Prinsip dan langkah-langkah lawatan Ia terbahagi kepada 3 komponen iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan. Sebelum lawatan.

i. ii. iii. iv. v.

Pilih tempat yang berkaitan. Mendapat kebenaran pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis dan ibu bapa pelajar jika perlu. Menguruskan hal pengangkutan ke tempat yang ingin dilawati. Memberi taklimat kepada pelajar tentang keselamatan, tingkah laku, tujuan serta perkara-

48

perkara yang hadir diperhatikan. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan. Semasa lawatan i. ii. iii. iv. Membahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik kajian. Memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti lawatan. Menjaga keselamatan pelajar dan melarang mereka bertindak sesuka hati. Memberi penerangan apabila pelajar menunjukkan keraguan. Selepas lawatan i. ii. Adakan perbincangan mengenai perkara-perkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan. Adakan aktiviti susulan seperti membuat modul, melukis pelan atau mempamerkan bendabenda dikumpulkan semasa lawatan. Kelebihan dan kelemahan lawatan Kelebihan mengadakan projek lawatan ialah: i. ii. iii. Memberikan murid-murid kesempatan memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik. Memberi kesempatan kepada murid-murid membandingkan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang sbenar. Mengukuhkan ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

iv. v.

Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah. Mengeratkan perhubungan di antara sekolah dengan masyarakat. Selain kelebihan-kelebihan yang dihuraikan di atas, projek lawatan juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya ialah:

i. ii. iii.
iv.

Pengelolaan lawatan adalah satu yang rumit. Ia memerlukan banyak masa dan tenaga serta kos yang tinggi untuk menguruskannya. Ia memerlukan tanggungjawab yang berat seperti menjaga keselamatan dan mengawal disiplin murid. Objektif lawatan mungkin tidak tercapai memandangkan ramai murid menggunakan lawatan dengan tujuan untuk menghiburkan hati.

48

Kebenaran melawat tempat-tempat seperti kilang dan ladang-ladang swasta tidak mudah didapati kerana ramai di antara mereka enggan menerima lawatan murid-murid yang mungkin menimbulkan masalah disiplin semasa membuat lawatan 2.4.8 KAEDAH PENGAJARAN KOLABORATIF Kolaboratif ialah kerjasama erat antara dua pihak atau lebih (Kamus Dewan, 1998). Manakala menurut kamus Webster, collaboration bermaksud bekerjasama antara satu sama lain. Ia juga memberi maksud berusaha bersama ke arah matlamat yang sama. Dengan itu, pembelajaran kolaboratif adalah pembelajaran yang melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama kea rah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Schrage (1990), menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif lebih menekankan aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemun dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996) pula, pembelajaran secara kolaborati dapat membantu pelejar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Cohen menegaskan bahawa pembelajaran kolaboratif boleh mencapai hasil dalam tiga bidang utama iaitu: i. ii. iii. Matlamat intelek Matlamat sosial Penyelesaian masalah bilik darjah

Matlamat intelek

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Pembelajaran kolaboratif adalah amat berkesan dalam meningkatkan pembelajaran konsep , pembelajaran bahasa, penyelesaian masalah serta peningkatan komunikasi secara lisan. Matlamat sosial Biasanya, pelajar-pelajar akan dapat memupuk nilai-nilai sosial yang baik seperti tolongmenolong, bertimbang rasa, belas kasihan, bekerjasama, tekun dan sebagainya jika bekerja dalam satu kumpulan. Penyelesaian masalah bilik darjah Melalui pembelajaran kolaboratif, pelajar mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan mereka.Sokongan seperti ini dapat meningkatkan imej kendiri serta menimbulkan tingkah

48

laku yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, jika terdapat kerjasama dan bertimbang rasa, masalah-masalah disiplin akan berkurangan. Oleh itu, guru mempunyai lebih masa untuk mengajar secara kreatif. 2.4.8.1 Kriteria asas menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara

kolaboratif Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah secara bersama. Di antara kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif ialah: a. Kebolehan bergaul dan bekerjasama di antara ahli kumpulan b. Perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi c. Saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik d. Mempunyai semangat saling bergantung antara satu sama lain secara positif 2.4.8.2 Strategi, kaedah dan teknik mengajara secara kolaboratif

Kaedah pengajaran secara kolaboratif memerlukan seseorang guru untuk merancang strategi yang tepat serta memerlukan guru menguasai kemahiran dan teknik tertentu agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru ialah:

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

i.

Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil dengan saiz yang sesuai. Kemudian guru boleh memberikan nama untuk setiap kumpulan agar mudah untuk mengidentifikasikan kumpulan pelajar.

ii. iii. iv. v. vi.

Nyatakan objektif, bahan-bahan pengajaran yang digunaan serta langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti Memberi tunjuk ajar mengenai prosedur untuk melaksanakan aktiviti Tentukan dan beri tunjuk ajar kemahiran-kemahiran kolaboratif yang diperlukan Tegaskan bahawa setiap ahli kumpulan adalah bertanggungjawab terhadap prestasi kumpulan Beri tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk menilai kejayaan bersama

48

2.4.8.3

Cabaran guru dalam melaksakan kaedah pengajaran kolaboratif

Kaedah pengajaran kolaboratif dapat memudahkan tugas guru dalam melaksanakan pengejaran dan pembelajaran. Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru yang menggunakan kaedah pengajaran kolaboratif iaitu: a. Kawalan bilik darjah mungkin menjadi sukar jika pelajar-pelajar gagal untuk bekerjasama di dalam kumpulan b. Guru akan memerlukan lebih masa untuk membuat persediaan mengajar c. Guru perlu mengambil kira perbezaan individu pelajar di dalam setiap kumpulan d. Guru perlu mahir dalam mengendalikan alat bantu mengajar yang pelbagai e. Kemungkinan terdapat maklumat baru yang menimbulkan percanggahan nilai f. Kemungkinan berlaku percanggahan idea di antara pelajar dalam kumpulan g. Pelajar keliru mengenai peranan guru h. Kesukaran mendapat kerjasama dari seseorang guru dalam sesuatu bidang yang amat diperlukan i. Kesukaran dalam menilai hasil kerja pelajar di dalam kumpulan 2.4.9 KAEDAH PENGAJARAN KOPERATIF

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Koperatif membawa maksud kerjasama. Pendekatan pengajaran koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama, berinteraksi, saling bantu membantudan dengan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya dalam aktiviti pembelajaran tujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang sama. Pembahagian pelajar kepada kumpulan kecil memudahkan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4.9.1 Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran koperatif

48
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif, pelajar menyedari bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik daripada pembelajaran kendiri b. saling berinteraksi secara bersemuka, di mana kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk c. akauntabiliti individu, di mana pelajar dilatih untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tanggungjawab terhadap prestasi kumpulan d. kemahiran koperatif, di mana pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan e. pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. 2.4.9.2 Cara pembelajaran koperatif

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli

48

kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. 2.4.9.3 Prosedur pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif

Seorang guru perlu mengetahui prosedur-prosedur sebelum melaksanakan kaedah pengajaran secara koperatif agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Prosedur perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Guru menyampaikan satu unit kaedah pembelajaran atau bahan pelajaran baru Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan dan membincangkan secara koperatif tentang pelajaran yang telah disampaikan oleh guru Guru memberi bimbingan melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai Ujian diberi untuk mengesan kemajuan atau pencapaian pelajar dalam setiap kumpulan Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang 2.4.9.4 Perbandingan antara kaedah pembelajaran tradisi dengan koperatif

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Kumpulan pembelajaran koperatif i. Saling bergantungan positif ii. iii. iv. v. vi. Akauntabiliti diri Kepimpinan berkongsi Tanggungjawab berkongsi Kemahiran sosial dipupuk Guru memerhati dan campur tangan jika perlu vii. Peninjauan keberkesanan kumpulan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Kumpulan pembelajaran tradisi Tiada saling bergantungan Tiada akauntabiliti diri Seorang pemimpin yang dilantik Tanggungjawab diri Kemahiran social tidak ditegaskan Guru tidak kumpulan mementingkan fungsi

vii.

Tiada

peninjauan

keberkesanan

kumpulan

48

2.4.10

KAEDAH PENGAJARAN BERKOMPUTER

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993), banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa teknologi menjadikan kehidupan lebih mudah dan tugas-tugas harian menjadi lebih senang.Beliau menyatakan teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan pengejaran dan pembelajaran. Perkembangan kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan.Sekarang ini tumpuan utama kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa. 2.4.10.1 Kegunaan komputer dalam pendidikan

48

Komputer dalam pendidikan telah digunakan dengan meluas di semua institusi pendidikan sama ada rendah, mengengah dan pengajian tinggi. Kegunaan komputer bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malah komputer juga digunakan dalam urusan pentadbiran dan kurikulum. Komputer digunakan dalam urusan-urusan pentadbiran guru dan sekolah untuk melicinkan lagi proses pentadbiran. Komputer digunakan untuk penyimpanan rekod pentadbiran, rekod pelajar dan merekod kedatangan guru.Pada masa kini, penggunaan dan aplikasi komputer telah dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran dalam kokurikulum. Selain itu, komputer dan teknologi komputer seperti multimedia telah menjadi satu alat bahan bantu mengajar yang sangat berkesan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 2.4.10.2 Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

Kaedah pengajaran berkomputer telah menjadi satu alternatif kepada guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga pecahan kaedah pengajaran berkomputer yang dapat diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: a. Pengajaran berbantukan komputer Komputer berfungsi sebagai alat bahan bantu mengajar di mana guru menyampaikan isi pelajaran menggunakan perisian tertentu seperti Microsoft Power Point. Perisian ini membolehkan guru meringkaskan dan menekankan isi penting pelajaran dan dapat menarik perhatian pelajar dan memberi rangsangan yang positif

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

b. Pengajaran multimedia Pengajaran multimedia melibatkan gabungan video, grafik dan teks dalam pengajaran dan pembelajaran.Ia menggunakan perisian pengajaran yang direka cipta khusus untuk mata pelajaran tertentu. Antara contohnya ialah Jaringan dan CD-Rom

c. Sumber maklumat Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan jaringan jalur lebar boleh menjadi sumber maklumat yang berguna kepada guru dan pelajar. Guru dan pelajar boleh membuat carian maklumat mengenai isi pelajaran menggunakan laman web. Pelajar juga boleh mengakses sendiri maklumat-maklumat di luar waktu belajar.Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar mengenai sesuatu pelajaran. 2.4.10.3 Jenis-jenis kaedah pengajaran berkomputer

48

Terdapat lima jenis kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer yang utama iaitu: i. ii. iii. iv. v. latihtubi tutorial simulasi permainan penyelesaian masalah

Setiap jenis kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer ini mempunyai kelebihan masingmasing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi. Latihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bilabila masa sahaja.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi. Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama. Permainan merupakan jenis kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Apabila hendak membina bahan kaedah pengajaran pembelajaran berkomputer, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi 2.4.10.4 Kelebihan dan kelemahan kaedah pengajaran berkomputer Kelemahan i. Kos penyediaan dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian yang tinggi
ii.

48

Kelebihan i. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik


ii.

Merangsang minda pelajar

Teknologi computer yang cepat

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN iii.

Proses penyampaian yang lebih efektif


iii.

berubah Guru memerlukan lebih masa dalam penyediaan bahan mengajar

iv.

Alat bahan bantu mengajar yang interaktif dan tidak membosankan

2.4.11

KAEDAH PENGAJARAN ANDRAGOGI

Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi mempunyai maksud yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza-beza.Antara tokoh terkenal di dalam pendidikan andragogi adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran kanak-kanak.Manakala kata lawannya pula muncul sebagai andragogi iaitu pembelajaran bagi orang dewasa. Andragogi merupakan konsep yang dipopularkan oleh Malcolm Knowles yang telah menulis buku mengenai andragogi pada tahun 1970.Bukunya bertajuk The Modern Practise of Adult Education.Menurutnya andragogi merupakan seni dan sains untuk membantu orang dewasa belajar. Perkataan andragogi berasal dari bahasa Yunani aner ertinya orang dewasa atau adult, dan agogos ertinya memimpin atau leader. Secara lebih tepat lagi andragogi boleh dinyatakan sebagai seni dan sains untuk pembelajaran bagi orang dewasa. 2.4.11.1 Teori andragogi

48

Teori andragogi oleh Knowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa.Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya.Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini. Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang rekabentuk pembelajaran: i. ii. iii. iv. Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna.Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan sumber dan kurang sebagai pensyarah atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam rekabentuk program latihan organisasi (pembangunan pengurusan). Knowles memberikan satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam rekabentuk latihan computer peribadi: Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi dll). Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas-tugas

48

dilakukan.Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman penggunaan komputer yang berbeza. 2.4.11.2 Prinsip asas pengajaran andragogi

Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku.Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam Deep Processing yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen dibangkitkan: a. Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya b. Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran c. Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya d. Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan 2.4.11.3 Andaian andragogi

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah kendiri atau selfdirectedness dan orang dewasa akan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. Oleh itu, terdapat beberapa andaian andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980) iaitu: i. ii. iii. Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman di mana pengalaman bagi orang dewasa adalah satu sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik yang dilakukan berasaskan pengalaman yang pernah dilalui mereka seperti perbincangan dan penyelesaian masalah.

48

iv.

Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah. Ini kerana mereka sedar akan keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar

Oleh itu, program-program pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar.Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai.Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup.Oleh itu, pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian.Kesungguhan orang dewasa menguasai suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa. 2.4.11.4 Model andragogi

Model andragogi telah dibentuk berdasarkan andaian-andaian di atas: a. Keperluan bagi memenuhi rasa ingin tahu/ke arah kendiri Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar, Tough (1979) mendapati apabila orang dewasa berkemampuan untuk belajar dan memperoleh faedah daripada pembelajarannya dan juga mengambil kira keburukan apabila tidak mempelajarinya.Peranan fasilitator di sini adalah untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan untuk memenuhi rasa ingin tahu, need to know. b. Keperluan menyempurnakan kendiri Orang dewasa mempunyai kesempurnaan kendiri dan mampu menilai sendiri

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

keputusan dan menentukan hidup mereka sendiri, orang dewasa membangunkan keperluan psikologi mereka bagi mendapatkan perhatian dan penghargaan daripada orang lain. c. Peranan pengalaman Orang dewasa memiliki pelbagai pengalaman yang diperoleh dari zaman remaja. Pengalaman yang dimiliki ini berbeza-beza mengikut latar belakang, cara pembelajaran, keperluan, pencapaian dan minat. Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah dan bertukar-tukar pengalaman.

48

d. Kesediaan belajar Orang dewasa bersedia untuk belajar perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti kehidupan. Kesediaan belajar ini penting bagi membangunkan kendiri. e. Orientasi pembelajaran Orang dewasa belajar berdasarkan berpusatkan kehidupan dan ia begitu berbeza dengan kanak-kanak yang tertumpu pada pelajaran atau berpusatkan subjek. Setiap perkara yang dipelajari adalah berkaitan dengan hidup mereka. f. Peranan motivasi Orang dewasa mendapat motivasi daripada pendorong luaran (seperti kenaikan pangkat, gaji tinggi) tetapi pendorong dalaman adalah lebih berpengaruh (seperti kualiti kehidupan, penghargaan).Tough (1979) mendapati orang dewasa sentiasa mendapat motivasi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri tetapi motivasi ini sering kali gagal kerana wujudnya konsep negatif pada diri pelajar, masa terhad dan program yang disertai tidak menepati prinsip-prinsip pembelajaran dewasa. 2.4.11.5 Prinsip-prinsip andragogi

Malcolm Knowles (1980) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu: i. Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja mereka.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

ii. iii. iv. v. vi.

Pelajar mesti diberikan matlamat sejauh mana pencapaian matlamatnya. Pengalaman adalah asas aktiviti pembelajaran. Menjadi tanggungjawab pelajar menerima pengalaman sebagai suatu yang bermakna. Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan kehidupan mereka. Pembelajaran adalah tertumpu pada masalah (problem-centered). Masalah memberi tenaga, arah dan menggalakkan daya belajar dan ia perlu dimotivasikan.

Gibb (1960) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu: i. ii. iii. Pembelajaran adalah berdasarkan problem-centered. Pemusatan pengalaman menjadi asas pembelajaran.

48

Pengalaman yang dimiliki mesti bermakna kepada pelajar. Matlamat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

C. Miller (1904) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu: i. ii. iii. iv. Pelajar perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku Pelajar perlu sedar tingkah laku yang tidak diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan dengan tingkah laku yang diingini Pelajar mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru Pelajar memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian yang dapat membantunya Berdasarkan ringkasan prinsip-prinsip yang diberikan oleh beberapa tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa prinsip andragogi adalah: a. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Orang dewasa merasakan keperluan dalam pelbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi masa depan mereka. b. Orang dewasa belajar dengan lebih baik apabila secara personelnya mereka terlibat dalam proses merancang, menilai dan melaksanakan persekitaran mereka tanpa mengganggu tahap keselamatan dalam diri mereka sendiri. c. Orang dewasa memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran.
d. Orang dewasa belajar dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk

berubah, self-discovered atau mempunyai kemahiran dan strategi spesifik

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Menurut Knowles terdapat empat definisi dewasa iaitu: i. ii. Daripada aspek biologi: Individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu dan mampu melahirkan anak. Daripada aspek undang-undang: Individu itu dianggap dewasa apabila mencapai syarat yang tertakluk dalam undang-undang dan membolehkan dia terlibat dalam mengundi, memiliki lesen memandu dan berkahwin. iii. iv. Daripada aspek sosial: Individu itu dianggap dewasa apabila dia dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa, bekerja sepenuh masa dan berumah tangga. Daripada aspek psikologi: Individu itu dianggap dewasa apabila dia mencapai tahap kesempurnaan kendiri di mana dia mampu menguruskan hidupnya sendiri.

48

Maka, individu itu dikatakan dewasa apabila dia sudah melalui zaman kanak-kanak dan remaja serta dipengaruhi oleh aktiviti sosial yang disertai semasa berada dalam alam persekolahan.Self-concept dan self-directedness hanya diperoleh apabila individu itu menamatkan zaman persekolahannya, mempunyai kerja sepenuh masa dan berkeluarga.Berbanding dengan kanak-kanak dan remaja, orang dewasa mempunyai tujuan sebagai seorang pelajar. Pembelajaran dewasa adalah bidang baru dan Knowles mempelopori bidang ini dan menyenaraikan beberapa kriteria tentang pelajar dewasa iaitu: i. ii. Orang dewasa adalah bebas dan bertindak ke arah kendiri Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak Fasilitator perlu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran. Contohnya, fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. Sebagai pemudah cara, fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri iii. Orang dewasa mempunyai pengalaman Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktiviti kerja, tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. Orang dewasa mengaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki iv. Orang dewasa mempunyai matlamat

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Sebelum menyertai kursus, orang dewasa tahu matlamat yang perlu dicapai.Fasilitator membantu pelajar mencapai matlamat mereka. Matlamat dan objektif kursus dibuat pada permulaan kursus v. Orang dewasa adalah berpusatkan objektif Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar.Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai kepada mereka. Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus itu bermula vi. Orang dewasa adalah praktikal Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan pada dirinya. Oleh itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka

48

vii.

Orang dewasa perlu dihormati Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Pelajar perlu diberi peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki

2.4.11.6

Kaedah pengajaran andragogi

Dalam konteks pendidikan andragogi, peranan guru, pengajar atau pembimbing yang juga kadangkala dikenali sebagai dengan fasilitator adalah pemotivasi bagi mereka untuk mendorong dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, yang kemudiannya dikembangkan melalui penglibatan para pelajar dalam proses pembelajaran yang melibatkan elemen-elemen seperti: a. Keadaan iklim dan suasana kondusif b. Mewujudkan mekanisme dan kaedah yang sesuai untuk penglibatan bersama c. Diagnosis keinginan atau keperluan pelajar d. Membuat rumusan bagi sesuatu pengajaran yang diajar e. Merekodkan pola pengalaman pelajar f. Melakukan dan menggunakan pengalaman belajar ini dengan cara dan teknik yang memadai g. Membuat refleksi dengan apa yang telah dipelajari dan membuat kesimpulan daripada pembelajaran.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

Oleh yang demikian pengajaran bagi orang dewasa dalam memproses interaksi belajar bukanlah asasnya memindahkan pengetahuan dan ketrampilan kepada pelajar. Peranan dan fungsi pengajar adalah mendorong dan melibatkan pelajar dalam proses interaksi belajar kendiri, iaitu proses belajar untuk memahami permasalahan nyata yang dihadapinya, memahami keperluan diri sendiri, dapat merumuskan tujuan belajar, dan merefleksi kembali apa yang telah dipelajari. Selain itu pengajar juga boleh menggunapakai beberapa proses yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran para pelajar di dalam kelas. Proses yang ketara dalam pengajaran andragogi termasuklah :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

sikap tidak preskriftif (nonprescriptive attitude) isu-pemusatan (issue-centered curricula)

48

mengemukakan permasalahan (problem posing ) rundingan berterusan (continuous negotiation) berkongsi tanggungjawab dalam belajar (shared responsibility for learning) menilai proses pembelajaran (valuing process) berdialog (dialogue) persamaan (equality) bersikap terbuka (openness) saling menghormati (mutual respect) menjana idea dalam pembelajaran (integrated thinking and learning)

Manakala teknik pengajaran andragogi yang boleh digunakan oleh pengajar adalah seperti :

Kajian kes (case studies ) role playing Kaedah (simulations ) self-evaluation

Dalam mempraktikan pengajaran andragogi, pelajar dewasa ini perlu lebih memberi tumpuan atau fokus kepada proses dan mengurangkan kandungan apa yang dipelajari agar lebih mudah memahami bukan menghafal atau menerima sahaja pengajaran pengajar. Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran berterusan dalam jangka masa panjang di mana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Walaupun pelbagai definisi dilontarkan oleh pelopor-pelopor pembelajaran dewasa, namun ia memberikan kesimpulan yang sama. Andragogi diaplikasikan dalam semua

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN

bentuk pembelajaran orang dewasa dengan meluaskan skop-skop latihan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya. Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi.Ia berbeza kerana pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan formal yang merangkumi pendidikan sekolah rendah, menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi. Orang dewasa tidak lagi bergantung harap dengan orang lain kerana mereka bertindak ke arah kendiri. Ia dianggap bersepadan dengan pemikiran dan pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa. Pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting dalam meningkatkan keupayaan orang dewasa dalam meneruskan proses pembelajaran.

48

2.5

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi menyampaikan pengajaran. Gabungan kaedah-kaedah pengajaran akan menghasilkan satu sistem pengajaran yang efektif dan mudah diterima oleh pelajar. Sehubungan itu, dengan melihat keupayaan pelajar, guru dapat membina strategi pengajaran agar dapat memberi penyampai terhadap sesuatu pelajaran dengan berkesan.

2.6

RUJUKKAN 1. Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Universiti Malaya: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Azizi Yahaya & Chu Siew Pang (______),, Kaedah Pengajaran Guru Dalam

Penggunaan Alatan Tangan Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia


3. Bruce Joyce and Marsha Weil . (1986). Models of Teaching. Third Edition.Prentice-

Hall, Inc., Englewood Cliffs. New Jersey.

PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN 4. Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York, Longman. 5. Ee, A. M. (1997). Pedagogi II: Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. 6. Ee, A. M. (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru.Petaling Jaya. Fajar Bakti Sulaiman, E.

(2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Penerbit UTM. 7. Gilbert Highet (1981). Seni Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8. Juriah Long 2010 Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Universiti

Kebangsaan Melaysia Bangi Selangor Darul Ehsan


9. Nurul Fatiyah binti Alias & Mohammad bin Mohammad Lassim (______), Tahap

Keberkesanan Kaedah Amali Berbanding Kaedah Teori Bagi Topik Jahitan Hiasan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam,Terengganu.
10. Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York: Longman, 7th ed

48

11. Ogunniyi, M. B (1983). An Analysis Of Laboratory Activities In Selected Nigerian Secondary School. Journal Science Educations. 5 (2): 195 201. 12. Ramlah Hamzah (1993). Persepsi dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru , Bahagian Pendidikan Guru (KPM) Bil.9 : 50-71 . 13. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 14. Zol Azlan. (2000). Strategi Pengajaran: Pendekatan Sains, teknologi masyarakat Selangor: Prentice Hall.
15. http://www.scribd.com/doc/38826992/Reka-Bentuk-Instruksional 16. http://jafrihussin.blogspot.com/2010/08/kaedah-tunjuk-cara.html 17. http://blogkita86.blogspot.com/2009/04/kaedah-dan-model-pengajaran-

pendidikan.html

You might also like