You are on page 1of 14

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz banyak menghabiskan masa di tebing sungai.Di tebing sungai itulah Bujei berehat dan mengenang kisah pada zaman kanakkanaknya.Satu per satu tragedi yang menimpa ahli keluarganya diimbas kembali oleh Bujei.Bapanya seorang tentera manakala ibunya seorang suri rumah tangga.Bujei amat bangga dengan tugas bapanya malah dia ingin mengikut jejak bapanya apabila besar kelak.Malangnya,bapa Bujei terkorban dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Karak.Selepas kematian bapanya,dia dan ibunya,Fatimah berpindah ke kampung itu.Kemudian,ibunya telah berkahwin dengan Harun,duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit,tidak berapa jauh dari kampung itu. Perkahwinan antara Fatimah dengan Harun kurang disenangi oleh sesetengah pihak.Mereka kesal dan kecewa kerana Fatimah memilih Harun sebagai pengganti kepada arwah suaminya.Setelah beberapa bulan berkahwin,Harun mula menunjukkan belangnya yang sebenar.Segala janji manis untuk menyayangi Fatimah dan Bujei hanya palsu sematamata.Harta dan wang simpanan Fatimahhabis dikikis oleh Harun.Malah,Fatimah sering menjadi magsa deraan Harun.Kemuncaknya adalah apabila pada suatu hari Harun menerajang Fatimah sehingga pengsan kerana enggan memberinya wang dan seutas rantai.Bujei yang cuba menyelamatkan ibunya itu turut menjadi mangsa sebelum Harun menyepak pelita.Api pelita itulah yang menyebabkan kebakaran di rumah mereka manakala ibu Bujeingagal diselamatkan oleh orang kampung.Bujei dituduh oleh bapa tirinya sebagai punca kematian ibunya kerana suka bermail pelita.Kesan daripada peristiwa tersebut,Bujei mengalami tekanan perasaan dan gangguan jiwa. Adila yang baru sahaja tamat pengajian dari England membawa diri ke kampung bapa saudaranya,Sidang Saman.Selama dua bulan berada di kampung itu,Adila menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib malang Bujei.Atas nilai kemanusiaan yang tinggi,Adila ingin memulihkan Bujei menjadi manusia yang normal semula.Adila yakin bahawa kelebihan yang tersendiri dan mampu dipulihkan.Dia juga tidak jemu-jemu memberi nasihat,dorongan,bimbingan serta sokongan kepada Bujei.Walau bagaimanapun,hubungan yang terjalin antara Bujei dan Adila kurang disenangi oleh Alias.Alias yang sering membuli dan mempersendakan Bujei cuba meracuni fikiran Adila dengan mengatakan bahawa Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit dan seorang maniac. Pada musim buah-buahan,Harun pulang ke kampung itu untuk mengutip hasil dusun.Tujuan sebenar Harun adalah untuk meminta Bujei menandatangani surat jual beli tanah sawah dan tapak rumah milik Fatimah.Harun ingin membeli tanah tersebut yang telah dijual kepada Wak Senen dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.Atas saranan Sidang Saman,Harun menemui Bujei di tebing sungai untuk mendapatkan cap jarinya kerana mereka berdua mempunyai hak ke atas tanah pusaka tersebut.Disebabkan Bujei

sengaja merosakkan jual beli tanah tersebut,dia telah ditampar dan dibelasah oleh Harun sehingga pengsan. Adila agak gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya seperti biasa lalu meminta sepupunya,Samsul mencari Bujei.Akhirnya,Sidang Saman membawa Bujei yang kesakitan ke rumahnya.Keesokkan harinya,Bujei ke bandar bersama-sama dengan Adila,Sameah,Saniah dan Samsul untuk menggunting rambut.Bujei turut membeli kasut,jam tangan,pakaian dan radio.Bujei sangat gembira kerana radio baharunya berfungsi dan bersemangat mengemas rumahnya.Ketika dia sedang mengemas,Alias datang ke rumah Bujei lalu mengejek dan merosakkan radio baharunya itu.Bujei yang naik marah telah menumbuk perut Alias menghayunkan parang karat ke arah Alias.Bujei juga meminta Alias membayar wang ganti rugi sebanyak RM80.Dengan camour tangan Sidang Saman,Alias terpaksa membayar ganti rugi tersebut.Keberanian Bujei menentang Alias itu menjadi buah mulut orang kampung. Menjelang sepuluh hari perkahwinan Sameah,Pak Iman dan isterinya yang mewakili nenek Alias telah ke rumah Sidang Saman untuk merisik dan meminang Adila untuk Alias.Berita tersebut sedikit sebanyak melemahkan semangat Bujei untuk bercucuk tanam.Hal ini demikian kerana Bujei tidak mengetahui bahawa Adila telah menolak peminangan tersebut.Dalam pada itu,Bujei keliru akan perasaannya terhadap Adila.Pada malam majlis perkahwinan Sameah,Bujei diminta menyampaikan sebuah lagu atas permintaan seseorang.Ternyata Bujei mempunyai bakat terpendam dan berjaya menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada para hadirin.Orang ramai turut memuju usaha murni Adila untuk memulihkan Bujei dan kejayaannya membentuk jati diri Bujei menjadi pemuda yang mampu berdikari. Alias berpura-pura insaf atas layanan buruknya tehadap Bujei selama ini.Alias telah menyebarkan fitnah bahawa Adila mengamalkan gaya hidup kurang sihat semasa menuntut di luar negara sehingga menyebabkan dia menghidap penyakit AIDS.Adila juga dikatakan berbuat baik kepada Bujei kerana ingin memperalatkannya semata-mata.Bujei temakan katakata hasutan Alias.Sejak itu,Bujei tidak berani bertandang ke rumah Sidang Saman kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS.Adila pula amat kecewa kerana menjadi mangsa fitnah melalui surat layang yang dihantarkan kepadanya.Adila kemudiannya membuat keputusan untuk menenangkan fikirannya di Kuala Lumpur buat seketika.Kepulangan Adila itu menguatkan lagi kebenaran kata-kata Alias.Namun,setelah mengetahui hal yang sebenarnya,Bujei dan Adila kembali akrab.Sementara itu,Alias melakukan pelbagai usaha untuk memiliki Adila.Tanpa diduga,Alias berubah menjadi seorang yang kyrang siuman kerana tergila-gilakan Adila dan kecewa peminangannya telah ditolak oleh Adila. Adila menyuarakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bkal suaminya kepada Pak Long dan Mak Longnya.Pada mulanya,Sidang Saman dam Mak Lamah kurang bersetuju kerana taraf Adila dan Bujei jauh berbeza.Walau bagaimanapun,mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila.Sidang Saman menyatakan bahawa Bujei masih belum bersedia untuk menjadi suami.Perbincangan itu menjadi rahsia antara mereka bertiga dan menunggu masa

yang sesuai untuk disuarakan kepada Bujei.Sebelum meninggalkan kampung itu,Adila memberitahu Bujei bahawa dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah disebuah institusi swasta di Kuala Lumpur.Bujei pula sudah mampu berdikari tanpa bimbingan Adila.Ketika rancak berbual,mereka terpandang perlakuan Alias yang tidak siuman di luar pagar rumah Sidang Saman.Mak Lamah yang memerhati dari hauh mengharapkan yang terbaik buat Adila dan Bujei.

JELASKAN BEBERAPA LATAR TEMPAT DAN PERISTIWA DALAM NOVEL INI

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Hassan.Terdapat beberapa latar tempat dan peristiwa dalam novel ini.Antaranya ialah di tebing sungai di mana tempat Bujei mengelamun tentang untung nasibnya dan mengimbas kembali kisah pahitnya semasa kecil. Selain itu,latar tempatnya adalah di rumah Sidang Saman yang mana merupakan tempat Adila menemu ramah Bujei tentang pengalaman hidupnya untuk dijadikan bahan kajian manusia abnormal dalam usaha untuk memulihkan Bujei supaya menjadi insan yang normal kembali. Di samping itu,latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah di rumah nenek Bujei iaitu tempat Wak Senen menemui Bujei untuk mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah milik arwah ibunya yang telah dijial oleh bapa tirinya,Harun kepadanya tanpa surat jual beli yang sah atau resit.

HURAIKAN TEKNIK PLOT IMBAS KEMBALI DAN SUSPENS

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan.Dalam novel ini terdapat beberapa teknik plot.Antaranya ialah imbas kembali dan suspens.Contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Bujei mengimbas kembali kenangan pada zaman kanak-kanaknya.Bujei begitu bangga dengan tugas bapanya sebagai tentera dan kerap menceritakan perihal bapanya kepada rakan-rakan sekolah dan bercita-cita untuk menjadi tentera apabila dewasa kelak. Selain itu,Bujei juga mengingatkan kembali peristiwa bapanya terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak serta sikap bapa tirinya yang mata duitan serta kematian ibunya yang berpunca daripada tindakan bapa tirinya yang menyepak pelita sehingga rumah mereka terbakar. Seterusnya, teknik suspens yang terdapat dalam novel ini ialah ketika kebakaran yang berlaku di rumah ibu Bujei yang berpunca daripada api pelita yang disepak oleh bapa tiri.Daripada peristiwa ini,pembaca akan tertanya-tanya sama ada Fatimah selamat atau tidak dan apakah yang akan terjadi kepadanya. Di samping itu,teknik suspensnya ialah ketika Faizal datang menemui Adila dan memujuk Adila kembali ke pangkuannya setelah mereka putus tunang.Pembaca tertanya-tanya sama ada Adila akan kembali ke bekas kekasihnya kerana Faizal memujuk Adila untuk kembali bersama seperti dahulu.

JELASKAN BEBERAPA UNSUR SUSPENS DALAM NOVEL INI

Novel yang telah saya kaji semasa berada dalam Tingkatan 5 ialah Sutera Dalam Lukisan.Terdapat pelbagai unsur di dalam novel ini.Antaranya ialah unsur suspens.Unsur suspens yang terdapat ialah ketika Adila mempunyai hasrat untuk membantu Bujei kembali normal dan mempunyai kehidupan yang normal juga.Daripada peristiwa ini,pembaca tertanya-tanya tentang masa depan Bujei sama ada dia akan pulih seperti sedia kala atau tidak kerana Adila berasa yakin yang dia mampu memulihkan Bujei. Unsur suspens yang seterusnya ialah ketika kebakaran yang berlaku di rumah ibu Bujei yang berpunca daripada api pelita yang disepak oleh bapa tirinya,Harun.Melalui tragedi ini,pembaca akan tertanya-tanya sama ada Fatimah akan selamat ataupun tidak dan bagaimana keadaannya. Selain itu,unsur suspens ialah ketika Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk menemui Adila dan memujuknya kembali ke pangkuannnya.Pembaca akan tertanya-tanya dan ingin mengetahui yang selanjutnya yang mana Adila akan kembali ke pangkuan bekas kekasihnya mahupun tidak kerana Faizal mengajak mereka meneruskan hubungan seperti dahulu. Unsur suspens ynag terdapat dalam novel ini ialah sewaktu Bujei menunjukkan sejumlh wang yang banyak kepada Samsul hasil pemberian Wak Senen kepadanya.Daripada peristiwa ini,pembaca akan tertanya-tanya sama ada Samsul akan menuduhnya sebagai pencuri ataupun tidak memandangkan hidupnya yang agak kucar-kacir dan Samsul akan mempercayai penjelasan Bujei ataupun tidak. Akhir sekali,unsur suspens yang terdapat dalam novel ini ialah sewaktu Samsul mengajak Bujei ke hospital untuk melawat seseorang yang sakit.Bujei berfikiran bahawa orang itu adalah Adila dan memandangkan Bujei termakan dengan fitnah yang ditaburkan oleh Alias,dia merasa sangsi untuk ke hospital.Di sini,pembaca akan tertanya-tanya sama ada Bujei tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu ke hospital bersama Samsul ataupun Bujei berubah fikiran dan mengikut sahaja kehendak Samsul.

JELASKAN SIKAP-SIKAP POSITIF WATAK UTAMA

Novel yang saya pelajari ialah Sutera dalam Lukisan .Terdapat watak utama dalam novel ini.Watak utama dalam novel ini disandang oleh Bujei atau nama sebenarnya Mohd Hafiz.Sikap positif watak utama ialah dia merupakan seorang yang rajin.Contohnya Bujei rajin mengusahakan kebun dan menanam beberapa jenis sayur.Dia membersihkan kawasan disekitar rumahnya dan rajin menanam sayur dikawasan tersebut. Selain itu,Bujei merupakan seorang yang penyayang.Ini boleh dilihat melalui kasih sayang Bujei terhadap ibu Fatimah.Dia mempertahankan ibunya yang ,didera oleh bapa tirinya,Harun.Dia turut cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. Sikap positif yang seterusnya watak utama ialah dia merupakan seorang yang berani.Sebagai contoh,Bujei berani melawan Alias yang telah merosakkan radio yang baru dibelinya.dia mengugutnya mahu membakar motosikal Alias jika Alias tidak mengganti rugi radionya.Bujei turut membalas balik tindakan kasar Alias yang telah menyepaknya. Di samping itu,watak utama dalam novel ini menggambarkan dia merupakan seorang yang tabah.Hal ini sama sekali boleh dilihat yang mana Bujei tidak berasa serik walaupun sering diperlakukan dengan kasar oleh Alias.Dia membasuh motosikal Alias walaupun dia tahu bahawa Alias selalu menganiayainya. Akhir sekali,sikap positif watak utama ialah dia merupakan seorang yang berjimatcermat.Contohnya,Bujei menyimpan banyak wang dirumahnya yang merupakan wang pemberian daripada Wak Senen setiap kali berjumpa dengannya dan wang itu tidak pernah digunakan.Sebaliknya disimpan dengan sebaik-baiknya.Bujei mengeluarkan sedikit wang untuk berbelanja di bandar bersama-sama Samsul,Sameah,Saniah dan Adila.

HURAIKAN BEBERAPA PERSOALAN


Novel yang telah saya kaji ialah Sutera dalam Lukisan karya Abdul Talib Hassan.Dalam novel ini,terdapat beberapa persoalan.Yang pertama,persoalannya ialah kasih sayang dan pengorbanan.Kasih sayangwujud antara Adila dan Bujei.Bermula dengan keinginan Adila untuk memulihkan keadaan Bujei,lama kelamaan timbul perasaan simpati dan kasih sayang terhadap Bujei yang mana Bujei pun mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Kedua,persoalannya ialah sikap masyarakat terhadap orang kurang upaya.Contohnya Alias dan Harun memandang rendah terhadap Bujei dan kemudian memperlakukan pelbagai perkaraburuk terhadap Bujei.Alias sering mengejek dan menganiayai Bujei dengan tidak mahu memberikan upah selepas Bujei melakukan sesuatu kerja yang disuruh olehnya Seterusnya,spersoalan yang terdapat ialah penindasan terhadap golongan kurang upaya.Dalam novel ini,Harun menindas Bujei selepas kematian ibunya Fatimah.Harun berusaha untuk mendapatkan tanah pusaka yang diduduki oleh Bujei tetapi usaha tersebut tidak berjaya. Selain itu,usaha untuk mengubah sikap dan persepsi manusia merupakan persoalan dalam novel ini.Adila berusaha untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Bujei yang dianggap bodoh.Bagi Adila,Bujei mampu dipulihkan supaya menjadi seperti manusia normal yang lain.Oleh itu,Adila mendekati Bujei dan bertanyakan masalah kepada Bujei malah cuba untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh Bujei. Akhir sekali,persoalannya ialah sifat dengki dan iri hati.Hal ini dapat dilihat melalui watak Alias yang mempunyai sifat dengki terhadap keakraban Adila dan Bujei.Apabila dia melihat Bujei berbual-bual mesra dengan Adila di rumah Sidang Samar,timbul perasaan sakit hati dan mahu menggangu perbualan tersebut sehingga menyebabkan Bujei meninggalkan tempat itu.

HURAIKAN KONFLIK DALAMAN WATAK UTAMA

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera dalam Lukisan.Terdapat ke beberapa konflik dalaman yang dialami oleh watak utama dalam novel ini.Antaranya ialah watak Bujei yang mengalami perasaan sedih,takut dan kecewa apabila mengenangkan keadaan dirinya yang dipandang hina dan diperolok-olokkan oleh orang kampung terutama Alias. Watak utama juga mengalami konflik dalaman apabila dia cemburu melihat Alias dan Faizal berbual-bual dengan Adila.Melalui peristiwa ini dapat dilihat bahawa Bujei mempunyai perasaan terhadap Adila tetapi tertangkap. Akhir sekali,konflik dalamannya ialah apabila Bujei memikirkan cerita Alias tentang Adila.Alias telas memberitahunya bahawa Adila menghidap penyakit AIDS yang berbahaya sehingga Adila tidak diterima dalam kalangan orang bandar.Kata-kata Alias ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa Bujei.

HURAIKAN PERWATAKAN DUA WATAK ANTAGONIS

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera dalam Lukisan.Dalam novel ini terdapat beberapa watak antagonis.Antaranya ialah watak Alias.Watak Alias dalam novel ini menggambarkan dia seorang yang pendendam.Hal ini dapat dilihat sewaktu Alias melihat Bujei yang kelihatan mesra dengan Adila,lantas dia berasa sangat iri hati dan menyimpan dendam terhadap Bujei.Selain itu,Alias seorang yang bijak membuat muslihat.Alias telah memberitahu Bujei bahawa Adila menghidap penyakit AIDS dengan harapan Bujei menjauhkan dirinya daripada Adila. Harun yang merupakan bapa tiri Alias juga merupakan watak antagonis dalam novel ini.Harun merupakan seorang yang sangat zalim.Dia sanggup memukul Bujei semata-mata kerana gagal mendapat cap jari daripada Bujei.Dia membelasah Bujei dengan teruk tanpa perasaan belas kasihan.Disamping itu,Harun juga seorang yang tidak berhati perut.Contohnya dia memukul dan mendera Fatimah setelah gagal mendapatkan harta daripada isterinya itu.Dia sering menampar,menyepak dan menerajang Fatimah jika keinginannya tidak dipenuhi.

TERDAPAT BEBERAPA PERISTIWAYANG MENYAYAT HATI ATAU MENYENTUH HATI.JELASKAN TIGA PERISTIWA TERSEBUT

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan.setelah membuat kajian terhadap novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menyayat hati atau menyentuh hati.Salah satu peristiwanya ialah sewaktu Harun mendesak Fatimah supaya menynyaerahkan wang kepadanya,namun Fatimah enggan berbuat demikian.Harun berasa sangat marah dan menendang Fatimah sehingga pengsan.Bujei cuba membantu ibunya tetapi tidak berdaya.Selepas itu Harun menyepak pelita sehingga menyebabkan rumah mereka terbakar.Bujei cuba menyelamatkan ibunya tetapi gagal.Fatimah telah mati dalam kebakaran itu dan Bujei telah tinggal sebatang kara.Melalui peristiwa ini,pembaca berasa sangat sedih mengenangkan nasib yang menimpa Bujei. Seterusnya peristiwa yang menyentuh hati ialah ketika Bujei ketika Bujei sedang duduk mengelamun di tebing sungai sehingga terlelapdan kemudiannya terjaga apabila dikejutkan dengan seseorang dengan kasar.Orang itu adalah Harun.Harun mengarahkan Bujei supaya menurunkan cap jari pada sepucuk surat dan Bujei ingin mengetahui isi suratnya tetapi Harun tidak mahu memberitahunya.Bukei tidak berani menindas Harun dan menurunkan sahaja cap jarinya tetapi sengaja dirosakkan tanda cap jarinya.Harun berang lalu Harun memukul dan menumbuk Bujei dengan teruk dan zalim.Bujei telah pengsan dan telah sedar Bujei hanya baring sahaja tanpa berdaya berbuat apa-apa.Bujei mengelamun dan mengenangkan nasibnya yang dibenci oleh Harun dan Alias dan tanggapan orang kampung terhadapnya.Melalui peristiwa ini,pembaca akan berasa tersentuh memandangkan nasib Bujei yang malang. Peristiwa yang menyayat hati yang menyayat hati ialah Bujei sering diperbodohkan dan dipermainkan oleh Alias.Bujei juga menganggap dirinya bodoh dan dipandang rendah oleh sesetengah penduduk kampung.Selain itu,dia telah dituduh menjadi punca kematian ibunya dalam kebakaran walhal itu semua angkara Harun.Daripada peristiwa ini sahaja pembaca akan berasa tersentuh melihatkan Bujei yang hanya menerima apa sahaja dugaan dalam hidupnya tanpa membalas kembali perbuatan mereka terhadapnya.

JELASKAN PELERAIAN SUTERA DALAM LUKISAN

Novel yang telah saya pelajari ialah Sutera dalam Lukisan.Dalam novel ini terdapat peleraian.Pada bahagian peleraian, jiwa Alias semakin terganggu apabila Adila menolak cintanya,Pelbagai usaha yang diperlakukan untuk memiliki Adila juga menemukan jalan buntu.Sebagai akibatnya Alias menjadi pemuda yang tidak siuman.Adila kemudiannya menyatakan isi hatinya untuk memilih Bujei sebagai suaminya kepada Pak Long dan Mak Longnya.Mereka terpaksa akur dengan pilihan Adila tetapi hasrat itu menjadirahsia mereka bertiga.Hal ini demikian kerana Bujei masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.Sehari sebelum meninggalkan kampung,Adila bertemu dengan Bujei untuk memaklumkan bahawa dia telah menerima tawaran kerja sebagai pengarah di institut swasta di Kuala Lumpur.Inilah dia pengakhiran ataupun peleraian novel Sutera dalam Lukisan.

JELASKAN KRITIKAN SOSIAL YG TERKANDUNG DALAM NOVEL INI

Novel yang telah saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Hasan.Terdapat beberapa perkara yang tidak disukai oleh pembaca semasa membaca novel ini.Sebagai contoh,kebanyakkan penduduk kampung menganggap Bujei sebagai seorang yag bodoh,dungu dan tidak berakal serta tidak pandai mengatur kehidupannya.Masyarakat seperti ini dikategorikan sebagai masyarakat yang memandang hina kepada golongan yang kurang berakal.Pada pendapat saya,perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita sepatutnya saling membantu dan bukannya memandang serong terhadap seseorang dan menindasnya. Selain itu,novel ini juga menceritakan tentang masyarakat yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.Hal ini dapat ditunjukkan sewaktu Harun yang ingin mengikis harta isterinya,Fatimah sedikit demi sedikit iaitu hasil daripada pampasan angkatan tentera dan sumbangan orang ramai yang diperolehi oleh Fatimah.Saya berpendapat,manusia seperti Harun seharusnya diberikan hukuman setimpal dengan perbuatannya. Seterusnya,novel ini memaparkan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.Hal ini jelas dapat dibuktikan ketika Harun membiarkan Fatimah yang pengsan rentung di dalam api yang sedang marak.Harun telah keluar menyelamatkan dirinya dan menuduh Bujei sebagai punca kebakaran di rumah mereka.Daripada peristiwa ini,jelas membuktikan bahawa Harun sememangnya mementingkan diri sendiri.Pada pendapat saya,kita sesama insan seharusnya melindungi antara satu sama lain bukan membiarkan sahaja sesuatu perkara itu terjadi terutamanya kepada keluarga sendiri. Akhir sekali,novel ini juga telah mengisahkan tentang masyarakat yang sanggup menganiayai golongan manusia abnormal.Sebagai contoh,Aliassering mendera Bujei.Bujei pula terpaksa melaksanakan suruhan Alias walaupun mengetahui sikap Alias.Contohnya,Alias menyuruh Bujei membasuh motosikalnya dan berjanji akan memberikan upah tetapi Alias memungkirinya.Daripada peristiwa ini,jelaslah bahawa ada manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan.Seharusnya kita menunjukkan keprihatinan kepada golongan abnormal seperti ni bukannya menindas mereka dengan perkara negatif.Ini sahaja kritikan sosial yang diperolehi daripada novel yang saya kaji.

You might also like