You are on page 1of 15

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK SEMBILAN SEPASUKAN SEMPENA KARNIVAL SUKAN UPSI 2002 01.

PENGENALAN Bola Sepak sebagai sukan nombor satu di kalangan masyarakat UPSI terutamanya golongan muda. Sukan ini mempunyai keistemewaannya tersendiri yang boleh dilihat dari berbagai sudut. Bola sepak mempunyai sejarah tersendiri yang begitu sinonim dengan perjuangan, semangat cintakan negara, perpaduan dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan keputusan yang membanggakan. Kelab Bolasepak UPSI mempunyai perspektifnya tersendiri terhadap permainan bola sepak ini. Konsep dan falsafah bola sepak ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan perpaduan, jatidiri, kemampuan mengurus, ketenangan, kesabaran, ketabahan dan melahirkan pelajar yang mempunyai fizikal dan minda yang sihat demi meneruskan inspirasi dan cita-cita UPSI. 02. OBJEKTIF DAN MATLAMAT 2.12.22.32.42.5Melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan sihat mental. Membina, memupuk dan mempertahankan semangat kekitaan dan kekeluargaan di kalangan masyarakat UPSI. Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jatidiri, mampu bersaing dan menghadapi sebarang bentuk cabaran dan ancaman daripada sesiapa juga. Mengeratkat tali silaturrahim di kalangan pelajar. Menambahkan ahli Kelab Bolasepak UPSI dan membina rasa cinta kepada kelab dan perjuangannya.

Adalah diharapkan matlamat yang lebih penting adalah dapat menjalankan aktiviti dengan budaya Kelab Bolasepak UPSI supaya ahli kelab dapat menjadi sebuah pergerakan yang mantap hasil dari muafakat dan perkongsian pendapat serta tenaga. 03. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 05. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN Tarikh : 03 OGOS 2002 (Sabtu )

Masa Tempat: 06.

8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang

Padang UPSI / Padang Majlis Daerah Tanjung Malim

HADIAH DAN CENDERAMATA Johan Naib Johan Ke 3 : Medal 12 pemain dan 2 pegawai : Medal 12 pemain dan 2 pegawai : Medal 12 pemain dan 2 pegawai ( 2 pasukan Separuh Akhir )

07.

URUSETIA Bagi melancarkan lagi pertandingan beberapa Jawatan Kuasa telah dibentuk i. ii. Jawatan Kuasa Induk Jawatan Kuasa Pelaksana

Rujuk Lampiran 1 dan 2 08. METHODOLOGI PERTANDINGAN Pertandingan akan dijalankan mengikut mengikut kumpulan. Penetapan kumpulan akan dilakukan mengikut jumlah penyertaan pasukan yang akan ditentukan kemudian. 09. JADUAL PERLAWANAN Akan disediakan oleh JK Pertandingan dan akan diedarkan selewat-lewatnya sebelum perlawanan pertama dijalankan pada hari pertandingan. 10. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 10.1- Penyertaan , Pendaftaran dan Status Pemain. i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 12 orang pemain yang terdiri daripada warga UPSI ( Pelajar dan kakitangan ). Setiap Penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 15.00 ( Keahlian Kelab Bola Sepak UPSI ). Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan tidak lebih daripada TIGA orang pemain UPSI sahaja ( MASUM 2001 ).

ii.

iii.

Setiap pasukan berhak menamakan pasukan dengan nama pilihan masingmasing selagi ianya tidak menyentuh isu-isu sensitif dan bersalahan dengan peraturan serta budaya UPSI Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa. Jika berlaku perlanggaran syarat ( iii ) di atas pasukan yang berkenaan boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut terbatal. Setiap pemain hendaklah memakai jersey bernombor tetap seperti pendaftaran. Senarai pemain hendaklah disertakan dengan lampiran kad pengenalan untuk rekod urusetia kejohanan.

iv. v. vi. vii.

10.2- Sistem Pertandingan i. ii. iii. Pembahagian kumpulan akan ditentukan berdasarkan penyertaan pasukan di mana pertandingan secara liga akan dijalankan pada peringkat awal. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur. Pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati.

10.3- Pengadil i. ii. iii. iv. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara otomatik digantung satu perlawanan iaitu perlawanan berikutnya. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan permainan di dalam pertandingan tersebut. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau kekecohan di luar batasan permainan bola sepak akan dikenakan tindakan tidak dibenarkan lagi bermain di dalam pertandingan ini. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

v.

10.4- Lain-lain Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu adalah MUKTAMAD. 11. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 11.1- Masa Permainan Masa permainan adalah 19 minit ( 9 minit + 1 minit + 9 mnit ) 11.2- Ketepatan Masa i. ii. Setiap pasukan penganjur. hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh

Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol. Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 9 orang tetapi adalah dikira sah jika terdapat 7 orang pemain di atas padang ketika perlawanan akan dimulakan. Jika kurang maka pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma dengan mata dan jaringan yang sama pada perkara ( ii )

iii.

11.3- Pertukaran Pemaian. i. ii. iii. Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran bagi satu-satu perlawanan. Pemain yang telah diganti tidak dibenarkan masuk semula untuk perlawanan tersebut. Semasa perlawanan sudden death pertukaran pemain tidak dibenarkan.

11.4- Keputusan Seri

Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri 3 tendangan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang dan jika masih seri tambahan 1 + 1 akan diberikan sehingga semua 9 pemain di dalam padang melakukan tendangan dan jika masih seri toss coin akan dilakukan sebanyak maksima 3 kali oleh pengadil pertandingan ( toss coin dengan 2 kemenangan). 11.5 Persamaan Mata i. Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama bagi pasukan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya maka Perbezaan gol ( jaringan kena ) yang lebih besar dikira pemenang. Jika perbezaan gol masih sama , jumlah jaringan terbanyak dikira pemenang. Jika masih seri pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di dalam peringkat kumpulan akan dikira pemenang. Jika masih seri pasukan yang paling banyak menang di peringkat kumpulan akan dikira pemenang. Jika masih seri urusetia akan mengambil keputusan untuk melakukan toss coin.

ii.

iii. iv. v.

11.5- Offside Peraturan Offside tidak akan dikuatkusakan. 11.6- Kiraan Mata Menang Seri Kalah 11.6 3 mata 1 mata 0 mata

Persamaan Warna Jersey Jika sama maka pasukan kedua yang disebut di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar jersey. Oleh itu pasukan dinasihatkan membawa 2 set jersey.

11.7- Penarikan Diri i. Jika terdapat pasukan yang menarik diri pada atau selepas melalui satu perlawanan , maka keputusan perlawanan lepas yang melibatkan pasukan tersebut akan dimansuhkan. Jika menarik diri selepas bermain 2 perlawanan dan seterusnya maka pasukan ketiga dan seterusnya akan diberikan 3 mata dan 3 jaringan gol. Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan bermain untuk semua pertandingan.

ii.

iii.

11.8- Bantahan i. Bantahan boleh dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan kepada JK Penganjur 15 minit selepas sesuatu perlawanan yang hendak dibantah tamat. Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.00 dan tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat itu gagal. Bantahan hanya boleh dibuat oleh pasukan yang terlibat dengan perlawanan tersut sahaja.

ii. iii.

11.9- Lain-lain i. ii. Peraturan dan Undang-undang yang tidak disebut di atas adalah tertakluk kepada Peraturan dan Undang-undang FIFA dan FAM. Pihak Penganjur masih boleh menokok tambah atau mengenakan apa-apa syarat yang dirasakan relevan dengan pertandingan pada bila-bila masa dan keputusan tersebut adalah MUKTAMAD.

12.

TANGGUNGJAWAB PASUKAN i. ii. iii. Semua perbelanjaan yang melibatkan pasukan adalah tanggungjawab pasukan. Semua masalah keselamatan dan kecederaan pasukan dan pemain adalah tanggung jawab pasukan sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di dalam apa juga hal berkaitan pengurusan dan permasaalahan pasukan.

13.

PENUTUP Memandangkan Pertandingan begini adalah pertama kali dilaksanakan oleh Kelab Bola Sepak UPSI dan amat besar maknanya kepada Kelab ini maka adalah wajar mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan ini. Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti tetapi semangat ingin bersaing untuk menang secara bersih, semangat juang yang tinggi, mengeratkan perpaduan dan persahabatan, menambahkan kenalan di kalangan warga UPSI adalah jauh lebih penting dan tentukan Kehadiran Pasukan Kita Di Dalam Pertandingan Ini Disedari dan Kehilangan Pula akan dirindui Semua. Selamat bertanding . Disediakan oleh, Urusetia, Kelab Bola Sepak UPSI

~ AHLI JAWATAN KUASA INDUK ~ PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN KARNIVAL SUKAN UPSI

PENASIHAT ENCIK JASNI BIN LADIN PENSYARAH PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK UPSI PENGERUSI ROSLEE BIN ISMAIL TIMBALAN PENGERUSI MD. RAFAR BIN A. AZIZ SETIAUSAHA ADIB BIN JUSOH BENDAHARI MOHAMED YAZED BIN MOHAMED ISA AHLI JAWATAN KUASA

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BOLE SEPAK 9 SEPASUKAN CARNIVAL SUKAN UPSI 2002 PENGERUSI ROSLEE BIN ISMAIL

TIMBALAN PENGERUSI MD.RAFAR BIN A.AZIZ SETIAUSAHA ADIB BIN JUSOH BENDAHARI MOHAMED YAZED BIN MOHAMED ISA AHLI JAWATAN KUASA PENGURUS PERTANDINGAN PUBLISITI PERSIAPAN PADANG PENGADIL HADIAH & CENDERAMATA SIARAYA RAYUAN & BANTAHAN TEKNIKAL : : : : : : : : INDRA BIN AZALI MD. NOR RAMLI BIN ISMAIL INDRA SHAHRIL MAHADEE BIN RAMLEE FAUZI BIN BUSU EEZAMREE BIN HUSIN NAZRI BIN BEDIN AZNAN BIN ABAS

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN KARNIVAL SUKAN UPSI 2002 NAMA PASUKAN NAMA PENGURUS NAMA JURULATIH NO.TELEFON : : : :

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

NAMA PEMAIN

NO MATRIK

NO JERSEY

6. 7. 8. 9. 10 . 11 . 12 . Adalah diakui senarai di atas adalah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh Piahak Penganjur. Yang benar, . Pengurus pasukan

KELAB BOLA SEPAK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN Ruj kami : Tarikh : 09 Julai 2002 Semua Pengurus Kelab-Kelab Bola Sepak UPSI Tuan, PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN KARNIVAL SUKAN UPSI 2002 Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Bola Sepak UPSI akan mengadakan Pertandingan Bola Sepak seperti di atas sepertimana maklumat di bawah. Tarikh Pertandingan : 03 Ogos 2002 ( Sabtu ) Masa : 8.00 pagi 6.00 petang Tempat : Padang Bola Sepak UPSI 2. Bersama-sama ini disertakan maklumat pertandingan tersebut. Tarikh tutup penyerahan borang adalah pada 31 Julai 2002 pada atau sebelum jam 4.00 petang di Pusat Sukan UPSI. 3. Segala permasalah berkaitan boleh berhubung dengan Md Rafar Bin Abd Aziz Program Sains Sukan ( Semester 5 ) 019 6508063 5. Penyertaan dan sokongan tuan adalah dihargai.

Sekian terima kasih. MAJU BOLA SEPAK UNTUK UPSI Yang benar, ROSLEE BIN ISMAIL Pengerusi Kelab Bola Sepak UPSI. Sk : Unit Sukan UPSI Exco Sukan MPP UPSI Pensyarah Penasihat Kelab Bola Sepak UPSI

MAKLUMAT PERTANDINGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 07 April 2002 12 April 2002 19 April 2002 21 April 2002 03 Mei 2002 05 Mei 2002 17 Mei 2002 19 Mei 2002 31 Mei 2002 Borang Penyertaan diedarkan Taklimat Pertandingan dan Serah Borang Semua pasukan dari 4 DUN Pengundian bagi DUN Benta Di Dewan Badminton Budu Pertandingan peringkat DUN Benta Tempat SMK Panglima Garang Abdul samad Pengundian bagi DUN Batu Talam Tempat Rumah UMNO Batu Talam Pertandingan Peringkat DUN Batu Talam Tempat Padang Awam Batu Talam Pengundian bagi DUN Teras Tempat Bangunan UMNO Bahagian Raub Pertandingan bagi DUN Teras Tempat SK LKTP Krau Satu Pengundian bagi DUN Dong Tempat Balai Raya Dong

10. 11.

02 Jun 2002 07 Jun 2002

Pertandingan Peringkat DUN Dong Tempat Kg Ulu Jelu Taklimat Grand Final 4 pasukan terbaik peringkat DUN Tempat Bangunan UMNO Bahagian Raub. Pertandingan GRAND FINAL Tempat akan ditentukan kemudian oleh penganjur.

12.

09 Jun 2002

Masa Pengundian Masa Pertandingan

: :

3.30 petang 8.00 pagi hingga 6.00 petang

NOTA : Jadual di atas adalah tertakluk kepada pindaan.

KELAB BOLA SEPAK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN KARNIVAL SUKAN UPSI

2002

ANJURAN KELAB BOLA SEPAK UPSI UNIT SUKAN UPSI

~ MAJU BOLA SEPAK UNTUK UPSI ~

You might also like