You are on page 1of 3

TERAPI BERMAIN Terapi bermain secara umumnya digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 3 hingga 11 tahun.

Terapi bermain menyediakan satu jalan untuk mereka meluahkan atau mengekspresikan pengalaman dan perasaan. Oleh kerana kanak-kanak biasanya pengetahuan dan pengalaman wujud ketika mereka sedang bermain, ia menjadi satu medium penting dimana mereka mendapat mengenali dan menerima diri mereka dan rakan-rakan. Terapi bermain adalah penggunaan model-model teori yang sistematik untuk membentuk satu proses interpersonal di mana pakar terapi menggunakan kemahiran terapi bermain untuk membantu murid-murid supaya mereka dapat mengatasi atau menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya mencapai perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. Selalunya, terapi bermian menggunakan peralatan untuk mengdiagnosis klien. Seorang ahli terapi akan memerhati klien bermain dengan alat permainan ( binatang peliharaan, anak patung dan lain-lain) untuk mengesan penyebab gangguan tingkahlaku. Penggunaan alatan permainan dan cara bermain klien adalah satu cara untuk klien bertindak balas bersama ahli terapi. Tindakbalas ini, digunakan untuk memahami dan menjadi asas yang rasional untuk tingkahlaku semasa atau diluar sesi terapi. Menurut pandangan ahli psokodinamik, manusia terutamanya kanak-kanak bermain dengan tingkahlaku mereka melalui perasaan keliru dan cemas mereka sendiri. Sehebungan dengan itu, ahli terapi bertindak sebagai satu medium iaitu pemudah cara, sepanjang mereka bermian dengan bebas. Dari sudut perkembangan

psikologi, bermain adalah salah satu komponen dalm perkembangan kesihatan kanak-kanak. Salah satu pendekatan untuk rawatan untuk terapi bermain adalah menggunakan terapi jenis desensitisasi sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah tingkahlaku yang terganggu. Terapi ini biasanya digunakan ke atas kanak-kanak tetapi ia juga diterapkan mereka yang menghadapi masalah lambat belajar, masalah dadah dan kerosakan otak.

SEJARAH Bermain telah dikenalpasti sebagai medium yang penting sejak zaman Plato (429347 B.C. ) menurut Plato anda akan mendapat tahu dengan lebih mendalam mengenai seseorang dalam masa satu jam berbanding dengan satu tahun berbicara dengannya. Pada kurun ke 18, Rousseau (1762/1930), di dalam bukunya yang bertajuk Emile menyatakan kepentingan untuk memerhati kanak-kanak bermain sebagai salah satu cara untuk belajar dan memahami kanak-kanak. Friedrich Frobel, di dalam bukunya The Education of Man (1903), menegaskan kepentingan bermain. Beliau menyatakan, bermain adalah perkembangan yang tertinggi semasa zaman kanak-kanak, ia sendiri akan berekspersi sendiri apa yang ada di dalam jiwa kanak-kanak tersebut..cara kanak-kanak bermain bukanlah sukan yang mudah tetapi penuh dengan kepentingan dan bermakna. (Frobel, 1903, p.22). terapi bermain yang pertama di dokumentasikan adlah pada tahun 1909 apabila Sigmund Freud menerbitkan hasil kerjanya iaitu Little Hans. Little Hans adlah kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang mengalami fobia yang mudah. Freud melihat secara ringkas dan menyarankan kepada bapa Hans untuk mengambil data cara bagaimana Hans bermain yang mana memerlukan Hans bermain bagi meningkatkan kecerdasan yang mana mungkin akan membantu kanak-kanak tersebut. Di dalam kes Little Hans merupakan kajian kes yang pertama dimana masalah kanak-kanak dikaitkan dengan factor emosi. Hermain Hug-Hellmuth (1921) menetapkan standart bagi proses terapi bermain

dengan memberi kemudahan peralatan permainan untuk memperlihat ekspresi murid dan menggunakan terapi bermain sebaiknya bagi menganalisa murid-murid tersebut. Pada 1919, Melanie Klein (1955) telah mula mengimplementasikan teknik terapi bermian sebagai salah satu cara untuk menganalisa kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Beliau mempercayai permainan kanak-kanak adalah tidak ubah seperti apa yang digunakan oleh orang dewasa yang mana ia dapat

menyumbangkan peluang untuk meneroka minda bawah sedar kanak-kanak. Anna Freud (1946, 1965) menyatakan bermain adalah satu cara untuk menyediakan persekitaran positif bagi kaunselor dan peluang untuk kaunselor meneroka masalah dalaman murid-murid.

KESAN TERAPI BERMAIN Sebuah badan bebas telah mendokumentasikan keberkesanan terapi bermain, sebagai satu model kaunseling bagi meneroka murid-murid dan remaja. Sejak tahun 1940-an penyelidik telah mempelajari terapi bermain dan mendekumentasikan keberkesananya. Kajian menunjukkan keberkesanan terapi bermain berkait rapat dengan masalah perlakuan, keagresifan dan kecelaruan tingkahlaku. Kanak-kanak juga kompleks seperti orang dewasa. Kanak-kanak kadangkala sukar menzahirkan perasaan mereka. Melalui terapi bermain perasaan kanak-kanak boleh dizahirkan tanpa mereka sedari dan memudahkan kita sebagai orang dewasa untuk mengenali mereka serta mengenalpasti masalah yang kanak-kanak tersebut alami. Sebagai salah satu contoh, apabila kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dengan ibunya. Mungkin kanak-kanak itu akan menggunkan satu patung yang lebih besar dan patung yang lebih kecil untuk dijadikan sebagai simulasi dalam permainannya. Kanak-kanak ini mungkin akan menibaratkan patung besar itu sebagai ibunya dan yang kecil mewakili dirinya sendiri. Dalam situasi ini, dia mungkin akan menunjukkan satu keadaan patung besar memarahi patung kecil dan patung kecil merasa sedih. Dia juga akan meluahkan segala fikiran dan pandangan terhadap ibunya melalui patung tersebut. Menurut Tedjasaputra, saat orangtua menyediakan waktu untuk bermain bersama anak-anak mereka, saat itulah anakanak merasa dihargai. Selain itu orang tua juga bisa mengetahui kestabilan emosi mereka yang diungkapkan dalam permainan.

You might also like