You are on page 1of 50

HUBUNGAN ANTARA CARA PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS DI SMK SULTAN ISMAIL

KEMAMAN TERENGGANU

ROHAIMI BIN KADIR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

HUBUNGAN ANTARA CARA PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS DI SMK SULTAN ISMAIL KEMAMAN TERENGGANU

ROHAIMI BIN KADIR

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

ii

PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

15.01.2004

ROHAIMI BIN KADIR 20011-08738

iii

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ilmiah yang telah diamanahkan kepada saya. Sepanjang menyiapkan tugasan ilmiah ini banyak memberi pengalaman serta pengetahuan yang berguna kepada saya untuk saya aplikasikan pada masa akan datang. Tugasan ilmiah ini tidak dapat disiapkan tanpa bantuan daripada pensyarahpensyarah serta rakan-rakan. Untuk itu ribuan penghargaan terima kasih saya kepada En. Azhar b. Ahmad penyelia saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya. Ribuan terima kasih juga kepada Dr. Lim Chong Hin yang merupakan pensyarah penyelidikan dengan memberi panduan serta tip-tip yang berguna untuk menyiapkan tugasan ilmiah ini. Seterusnya kepada pihak pentadbiran dan guru-guru Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman Terengganu yang telah memberi kerjasama baik kepada saya. Tidak lupa juga rakan seperjuangan yang banyak berkongsi idea serta pendapat. Akhir sekali buat isteri, anak-anak dan keluarga tersayang yang telah memberi sokongan moral serta semangat kepada saya. Segala jasa baik dan budi yang telah banyak diberikan oleh semua pihak tidak mampu saya membalasnya dan tidak akan hilang dari ingatan. Sekian terima kasih.

iv

ABSTRAK Kajian ini adalah satu tinjauan tentang cara belajar yang diamalkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Kemaman, Terengganu. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti cara-cara belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut dan hubungan di antara cara belajar dengan pencapaian Matematik Tambahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang murid. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang telah digunakan oleh Robertson et al. (1995) yang mengandungi 28 item subskala cara belajar. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sains Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman mempunyai cara belajar yang menggalakkan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tingkatan Empat Sains di Sekolah Menengah Sultan Ismail Terengganu sedar akan kepentingan cara belajar yang betul dan berkesan untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

ABSTRACT This research is an overview of the pattern of learning students in secondary school in Kemaman district, Terengganu. It is aimed at identifying the way of learning of these students and its relationship with their achievement in Additional Mathematic. The sample consists of 40 students. Data collected used a set of questionnaire by Robertson et al. (1995) which consists 28 subscale item of way of learning. The results showed that students of Form Four Science of Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman have an excellent way of learning. The results also showed that students of Form Four Science at Sekolah Menengah Sultan Ismail Terengganu aware of the importance of the right way of learning in achieving excellence in education.

vi

KANDUNGAN Muka surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 BAB 2 Pengenalan Pernyataan Masalah Soalan Kajian Kesignifikan Kajian Batasan Kajian 1 4 6 7 8 ii iii iv v vi viii

KAJIAN LITERATUR 2.1 Tinjauan Kajian Lepas 10

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Alat Kajian Sampel Kajian Tatacara Pengumpulan Data 15 16 16

vii 3.4 BAB 4 Tatacara Analisis Data 17

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Analisis Tahap Pencapaian Matematik Tambahan Peperiksaan Akhir Tahun 2003 18 Analisis Cara Belajar Di Kalangan Responden Hubungan Cara Belajar Dengan Pencapaian Matematik Tambahan 19 26

BAB 5

KESIMPULAN 5.1 5.2 Kesimpulan Cadangan 28 30 33

RUJUKAN LAMPIRAN

xiii

SENARAI JADUAL Jadual Jadual 3.1 Jadual 4.1 Pecahan soalan berdasarkan cara pembelajaran Analisis Tahap Pencapaian Matematik Tambahan Peperiksaan Akhir Tahun 2003 Taburan Kekerapan Item Latih Tubi Taburan Kekerapan Item Belajar Secara Kumpulan Taburan Kekerapan Item Menghadiri Kelas Tuisyen Taburan Kekerapan Item Belajar Sendiri Muka surat 16

19 20 21 23 24

Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 Jadual 4.5 Jadual 4.6

Jadual Analisis Korelasi Hubungan Cara Belajar Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2003 26

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan menghuraikan tentang pernyataan masalah, persoalan kajian, kesignifikan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Huraian bab ini merupakan gambaran umum tentang tajuk kajian yang dijalankan iaitu hubungan cara belajar dengan pencapaian Matematik Tambahan.

1.1

Pengenalan Namun begitu bagi seseorang pelajar keberkesanan dalam

Penguasaan yang baik dalam sesuatu subjek yang dipelajari amatlah diharapkan oleh seseorang pelajar. Matematik Tambahan. Sudah menjadi lumrah masyarakat hari ini melihat subjek Matematik Tambahan sebagai satu subjek yang terlalu sukar untuk dikuasai. Pandangan yang negatif ini terbawa-bawa ke dalam pemikiran para pelajar sehingga mereka merasa gerun dan takut setiap kali berhadapan dengan subjek ini. pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dalam menguasai subjek

2 Bagi pelajar, persoalan pembelajaran biasanya menyentuh dua aspek utama iaitu kemahiran belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan. komponen pembelajaran tadi. Untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik, seorang pelajar itu haruslah menguasai kedua-dua Belajar tanpa kemahiran adalah tidak berkesan, manakala belajar tanpa strategi yang betul sukar untuk mencapai kecemerlangan. Ada pendapat yang agak popular mengatakan bahawa sekiranya strategi dan amalan pembelajaran yang baik dan berkesan maka dengan sendirinya pelajar tidak akan menghadapi masalah apabila menghadapi peperiksaan. Kebanyakkan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya terdiri dari mereka yang tidak menguasai teknik dan kemahiran belajar yang betul. Amalan pembelajaran pelajar yang tidak berkesan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah. Mengikut petikan kajian daripada Theresa N. Ikem, didapati kajian-kajian yang dibuat oleh Colwell dan Entwistle (1971) dan Entwistle (1970) telah mencadangkan bahawa ada hubungan positif di antara amalan pembelajaran dan kejayaan akademik. (Dole, 1985, dalam Choo Chee Seng, m.s.2) pula melaporkan dalam Laporan pelajar-pelajar maktab terhadap penggunaan masa mereka, bahawa pelajar-pelajar secara puratanya membazirkan 69.5 jam setiap minggu dan menyimpulkan bahawa pelajar-pelajar mengendalikan masa pembelajaran dengan tidak berkesan. Sementara (Holtzman, 1969, dalam Choo Chee Seng, 1999, m.s.2) pula, dalam penyelidikannya ke atas pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam proses pembelajaran, mendapati bahawa sindrom kemalasan pelajar merupakan isu utama (primary issue). Di samping itu, kekurangan motivasi, pengaruh prinsip hedonestik (suka berseronok), masalah pembelajaran juga merupakan punca pencapaian akademik yang rendah. Pengkaji-pengkaji dalam bidang pendidikan telah banyak menghuraikan tentang pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi pembelajaran. Pembolehubah yang mempengaruhi pembelajaran meliputi pelajar itu sendiri (termasuk motivasi, keupayaan, umur, seks dan pengalaman lepas). Pembolehubah

3 tugas termasuk faktor kesukaran, makna atau pengertian tugas kepada pelajar serta gangguan terhadap tugas dan pembolehubah kaedah mengajar meliputi latihan pembelajaran melalui pengajar serta bimbingan yang diberikan oleh pengajar. Pelajar dikatakan cenderung belajar secara pasif. Mereka hanya menghafal nota-nota guru dan mencurahkan semula perkara yang dihafal itu semasa peperiksaan. Masalah pelajar yang lebih cenderung menghafal daripada berfikir ini ada hubungannya dengan cara mereka belajar, iaitu cara mereka memproses maklumat dan pengalaman serta menukarkannya menjadi pengetahuan untuk disimpan dalam ingatan. Sebenarnya keadaan ini bukanlah satu perkara baru. Sejak di bangku sekolah lagi pelajar-pelajar digalakkan supaya menghafal. Markah yang tinggi atau gelaran pelajar yang baik biasanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menghafal nota-nota guru serta mencurahkannya semula di dewan peperiksaan. Tabiat ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat sekolah menengah. Masalah tidak berfikir atau malas untuk berfikir ini merupakan sebahagian daripada masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan pelajar dalam mengharungi proses pembelajaran. Dalam membicarakan aspek gaya belajar, penekanan juga harus diberikan kepada peranan guru. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Malaysia, seperti (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989, m.s. 77) menyatakan bahawa salah satu dari peranan guru yang penting ialah merancang dan menyusun persekitaran pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya. Persekitaran pembelajaran mestilah menarik, mengadakan peluang-peluang pembelajaran dan mengoptimumkan peluang-peluang tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mengenali dan memahami perbezaan-perbezaan individu dan kategori kecerdasan pelajar iaitu sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Guru perlu memahami perbezaan-perbezaan tersebut, kerana ia dipercayai boleh menimbulkan masalah-masalah yang berbeza di kalangan pelajar dalam proses pembelajaran. Selain daripada peranan guru, aspek perbezaan intelektual harus diberi penekanan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Abdul Rahim Abdul Rashid (1989),

4 beliau mengatakan bahawa pengajaran yang baik adalah pengajaran yang menyesuaikan kaedah, aktiviti pembelajaran dan tugasan yang diberi dengan ciri-ciri pelajar belajar. Segala bimbingan dan nasihat yang diberikan kepada pelajar adalah berdasarkan pemahaman guru mengenai ciri-ciri keunikan seseorang pelajarnya belajar. Perbezaan intelektual seseorang pelajar mempengaruhi perbezaan-perbezaan dari segi emosi, sosial, fizikal, kerohanian, estetika dan perkembangan moral.

1.2

Pernyataan Masalah

Terdapat dua fakta yang boleh dianggap asas kepada masalah kajian iaitu. a) Pembelajaran matematik adalah menyakitkan b) Matematik Tambahan adalah sukar dipelajari. Ramai di kalangan pelajar tidak suka kepada Matematik Tambahan dan menyatakan bahawa Matematik Tambahan terlalu sukar dan sungguh membosankan. Walau bagaimana pun mereka terpaksa mempelajari Matematik Tambahan, justeru itu pelajar-pelajar ini menganggap bahawa mata pelajaran tersebut amat membosankan. Ramai pelajar hilang minat untuk belajar Matematik Tambahan malahan takut kepadanya. Seterusnya fenomena ini berlanjutan dan mengakibatkan kegagalan. Kegagalan dalam pembelajaran Matematik Tambahan ini akan mengakibatkan kebimbangan yang dipanggil mathphobia (Clark-Thayer, 1987, dalam Norlia Goolmally, 2000, m.s. 8)) melaporkan bahawa cara belajar yang tertentu mempunyai hubung kait dengan profil pelajarpelajar yang cemerlang. Cara belajar ialah cara serta ciri tingkah laku seseorang dari segi kognitif, psikomotor dan afektif apabila cuba memahami sesuatu yang dipelajarinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi cara pembelajaran pelajar. Namun demikian ada segelintir pelajar yang mempelajari sesuatu menurut pendekatan serta kaedah tersendiri tanpa menyedari bahawa mereka mempunyai suatu cara belajar yang tersendiri yang mungkin berbeza daripada gaya belajar pelajar lain.

5 Subjek Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran yang penting disemua peringkat pendidikan di Malaysia. Perhatian yang berat harus diberikan kepada pelajar, supaya mereka memperolehi asas yang kukuh dalam matematik sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau pun bekerja. Namun begitu sejak kebelakangan ini prestasi pelajar dalam matematik kurang memuaskan. Sebahagian besar daripada mereka tidak dapat menguasai konsep dan kemahiran asas matematik. Apa yang ingin diketengahkan sekarang ialah adakah benar cara belajar boleh mempengaruhi pencapaian khususnya pencapaian Matematik Tambahan. Dengan itu kajian ini dijalankan untuk meninjau sama ada cara belajar mempunyai kaitan dengan pencapaian Matematik Tambahan di kalangan pelajar Tingkatan 4 Sains di sebuah sekolah menengah di daerah Kemaman Terengganu. Kepelbagaian cara belajar ini memerlukan komitmen guru untuk mengenali dan memahami perbezaan-perbezaan cara belajar mereka. Cabaran baru ini mesti dihadapi oleh guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan dengan memberi pertimbangan kepada perbezaan cara belajar akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. (Maznah Hamid, 1987, dalam Alias Muhammad Shah 1999, m.s. 19) menyatakan bahawa kefahaman dan pengetahuan guru tentang cara belajar pelajar adalah penting kerana ini memberi peluang kepada guru untuk menyediakan dan menyampaikan pengajarannya di bilik darjah dengan cara yang berbeza. Guru dapat mereka bentuk tugasan-tugasan dan ujian-ujian dalam berbagai cara, dan guru akan merasa lebih yakin terhadap dirinya kerana pelajar-pelajar telah diberi peluang belajar dengan cara yang mereka senangi. Sehubungan dengan itu pelajar haruslah tahu apakah cara belajar mereka. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan membantu pelajar memahami kecenderungan pelajar dan juga cara mereka belajar. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dipadankan dengan cara belajar pelajar akan meningkatkan dan memberi keyakinan kepada pelajar tentang kebolehan diri mereka untuk menjalankan sesuatu

6 aktiviti dengan sendiri. Pelajar akan berasa lebih yakin jika mereka mempunyai cara belajar yang betul dan cara tersebut mampu memberi lebih kefahaman kepada mereka. Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa Matematik Tambahan dikatakan sukar untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar. oleh pelajar ialah: a) ia mempunyai bahasa khas. b) bahasa biasa mempunyai makna berlainan dalam Matematik Tambahan. c) ia berhieraki atau berturutan (sangat bergantung kepada pengetahuan asas yang lalu). d) ia adalah abstrak. e) ia memerlukan taraf pembelajaran yang lebih tinggi daripada ingatan dan kefahaman fakta-fakta. Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas maka satu kajian haruslah dijalankan untuk meninjau cara-cara pembelajaran Matematik Tambahan di sekolah menengah dan sejauh mana keberkesanannya cara tersebut. Sejauh mana aras kesukaran subjek tersebut sebenarnya bergantung kepada individu. Antara sebab yang diketengahkan

1.3

Soalan Kajian 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 Adakah terdapat hubungan cara belajar melalui kelas tuisyen dengan pencapaian Matematik Tambahan? Adakah terdapat hubungan cara belajar sendiri dengan pencapaian Matematik Tambahan? Adakah terdapat hubungan cara belajar berkumpulan dengan pencapaian Matematik Tambahan? Adakah terdapat hubungan cara belajar latih tubi dengan pencapaian Matematik Tambahan?

Bagi soalan 1.3.1 Hipotesis : Ho : Tidak terdapat hubungan cara belajar melalui kelas tuisyen dengan pencapaian Matematik Tambahan.

7 H1 : Terdapat hubungan cara belajar melalui kelas tuisyen dengan pencapaian Matematik Tambahan. Bagi soalan 1.3.2 Hipotesis: Ho : Tidak terdapat hubungan cara belajar sendiri dengan pencapaian Matematik Tambahan. H1 : Terdapat hubungan cara belajar sendiri dengan pencapaian Matematik Tambahan.

Bagi soalan 1.3.3 Hipotesis: Ho : Tidak terdapat hubungan cara belajar berkumpulan dengan pencapaian Matematik Tambahan. H1 : Terdapat hubungan cara belajar berkumpulan dengan pencapaian Matematik Tambahan. Bagi soalan 1.3.4 Hipotesis: Ho : Tidak terdapat hubungan cara belajar melalui latih tubi dengan pencapaian Matematik Tambahan. H1 : Terdapat hubungan cara belajar melalui latih tubi dengan pencapaian Matematik Tambahan.

1.4.

Kesignifikan Kajian

Hasilan daripada kajian ini diharapkan akan memberi gambaran tentang perbezaan bentuk-bentuk cara belajar Matematik Tambahan di kalangan pelajar tingkatan 4 Sains. Hasil daripada penemuan ini akan dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada guru-guru yang mengajar Matematik Tambahan mengenali bentuk-bentuk cara pembelajaran yang semestinya berbeza mengikut individu di kalangan pelajar tingkatan 4 Sains. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat memberi beberapa panduan kepada guru untuk menyediakan perancangan kaedah dan strategi pengajaran yang

8 lebih terperinci dan teliti bersesuaian dengan cara pembelajaran pelajar-pelajar mereka. Pengetahuan tentang cara belajar pelajar-pelajar adalah penting kerana ia dapat membantu guru menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran murid. Seharusnya guru dapat menyediakan cara pembelajaran yang menarik serta menyeronokkan untuk mempastikan pelajar terus belajar dan mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak guru dalam menyediakan pilihan cara belajar yang sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan keputusan mata pelajaran Matematik Tambahan pelajar-pelajar mereka. Kepelbagaian cara belajar yang diamalkan ketika ini boleh dilihat sebagai alat untuk diguna pakai oleh mereka semasa menjalani proses pembelajaran. Kesimpulannya dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai teras untuk pihak sekolah merancang program meningkatkan kemahiran dan teknik mengajar yang sesuai dengan cara belajar pelajar yang berbeza-beza. Melalui program-program ini pelajar dapat diberi pendedahan tentang cara belajar mereka sendiri. Kesedaran ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka menyesuaikan cara belajar mereka dengan cara mengajar guru supaya pembelajaran yang lebih efektif boleh berlaku.

1.5

Batasan Kajian Murid tingkatan 4 Sains ini dianggap telah

Murid tingkatan 4 sains di sebuah Sekolah Menengah Harian biasa di Terengganu adalah fokus kepada kajian ini. bangku sekolah. menghayati sistem pendidikan dan persekolahan setelah sembilan tahun belajar di Mereka juga diandaikan sudah mempunyai cara belajar sendiri setelah menduduki dua jenis peperiksaan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Alat yang digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini ialah soal selidik (survey) inventori gaya belajar Dunn, Dunn dan Price (1985) yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Terjemahan ini diperlukan untuk memudahkan

9 pemahaman item-item soal selidik ini apabila ditadbirkan kepada murid sekolah ini yang terdiri daripada 85% murid Melayu dan selebihnya terdiri daripada murid Cina. Pencapaian Matematik Tambahan pelajar diperolehi daripada peperiksaan akhir tahun 2003 dan dinyatakan dalam gred A, B, C, D dan E. Dengan batasanbatasan ini, kajian ini kemungkinan tidak begitu sesuai digunakan sebagai rujukan kajian kebangsaan, bagaimanapun hasil dapatannya dapat menjadi perintis kepada kajian-kajian lain yang lebih mendalam bukan sahaja dalam mata pelajaran Matematik Tambahan malah mata pelajaran lain.

10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Bab ini akan membincangkan beberapa dapatan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tajuk kajian. Perkara yang disentuh adalah mengenai cara atau gaya belajar dan pencapaian daripada tokoh-tokoh pengkaji terdahulu sebagai panduan untuk menyediakan kajian ini.

2.1

Tinjauan Kajian Lepas

Ibubapa mementing dan mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka. Mereka menyekolahkan anak-anak mereka untuk mendapatkan pelajaran dan mengharapkan kejayaan cemerlang daripada itu. Biasanya ibubapa akan cuba menyelesaikan masalah pelajaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Menurut Ingham (1992) menyatakan bahawa guru melibatkan ibubapa di dalam aktiviti pembelajaran di rumah serta sokongan, galakan dan bantuan daripada ibubapa memberi keyakinan kepada pelajar-pelajarnya.

11 Galakan ibubapa dalam usaha meningkatkan prestasi di sekolah mempunyai perkaitan yang signifikan dengan motivasi pelajar-pelajar (Griggs, 1985, m.s. 67) dan pencapaian pelajar-pelajar (Claxton dan Murrel, 1987, m.s. 96). Ini menunjukkan peranan ibubapa adalah penting dalam membantu meningkatkan pencapaian anakanak dalam pelajaran. Dewasa ini kebanyakan ibubapa bekerja dan sentiasa sibuk sehinggakan tidak ada masa yang diperuntukkan untuk anak-anak. Namun demikian mereka sedar akan kepentingan anak-anak mereka dan langkah-langkah biasa yang diambil ialah dengan menghantarkan anak-anak mereka ke kelas tuisyen persendirian dengan harapan mereka dapat mempertingkatkan prestasi anak-anak mereka. Ini adalah satu sebab mengapa pusat-pusat tuisyen persendirian berkembang dengan pesatnya. Kajian yang dibuat oleh pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (1984) menunjukkan pelajar-pelajar menghadiri kelas tuisyen persendirian kerana beberapa sebab. Kira-kira 70% pelajar yang menghadiri kelas tuisyen menyatakan bahawa mereka lemah dalam mata pelajaran tersebut. Tinjauan juga mendapati kebanyakan ibubapa merasakan perlunya anak mereka mendapat bimbingan tambahan memandangkan persaingan hebat di kalangan pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks negara kita memang jelas prioriti diberikan kepada pencapaian akademik daripada perlakuan pelajar. Buktinya dapat diperhatikan dalam surat khabar tempatan yang sentiasa menyiarkan nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Sedangkan perlakuan-perlakuan terpuji seperti menolong orang tua Oleh itu pelajar hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran melintas jalan jarang disiarkan (Tan Ah Thau, 1985, dalam Alias Muhammad Shah, 1999, m.s. 11). sahaja, kerana itu pelajar sanggup menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menghadiri kelas tuisyen persendirian. Kajian juga menunjukkan beberapa kegagalan dan kesan negatif kelas tuisyen persendirian. Para pelajar tidak mempunyai masa untuk bersukan dan menghadiri lain-lain aktiviti kokurikulum tambahan kerana menghadiri tuisyen. Guru sering

12 mengakui kelas tuisyen persendirian sering mengganggu aktiviti sekolah. persatuan kerana kedatangan pelajar kurang memuaskan. (Abdul Rahim Ahmad, 1984, dalam Alias Muhammad Shah, 1999, m.s 13) telah menghasilkan satu rencana berdasarkan pengalamannya sendiri semasa beliau menjadi guru besar di sebuah sekolah rendah di luar bandar. positif dalam meninggikan prestasi pelajar dalam peperiksaan. Menurutnya cara Misalnya dalam pembentukan kelas tambahan yang telah dijalankan mempunyai sumbangan yang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sekolah tersebut. Beliau membuat perbandingan keputusan SPM sebelum dan selepas mengadakan kelas tambahan dalam bentuk yang dicadangkan. Menurut Abdul Rahim tujuan kelas tambahan yang dijalankan di sekolah adalah untuk meninggikan prestasi peperiksaan dari segi kualiti dan kuantiti. Menurut (Lim Lee Choo, 1984, dalam Alias Muhammad Shah, 1999, m.s. 26) pelajar boleh mendapat keuntungan dari kelas tuisyen persendirian ini sekiranya pendekatan para pelajar adalah praktis. Pelajar harus berhati-hati terhadap tenaga pengajar yang tidak bertanggungjawab dan lebih mementingkan keuntungan diri. Pelajar juga harus tidak terikut-ikut dengan trend kelas tuisyen persendirian dan tidak terlalu mementingkan pencapaian gred yang lebih tinggi. Menurutnya lagi seseorang pelajar yang merasakan dirinya memerlukan bimbingan seharusnya bertanya kepada diri sendiri sama ada kelas tuisyen itu menguntungkan dari segi kewangan dan masa. Kajian yang dijalankan oleh Douglass (1979, m.s. 407-412), yang dijalankan ke atas pelajar biologi sekolah tinggi, beliau mendapati bahawa apabila padanan gaya belajar pelajar disesuaikan dengan sumber pengajaran, pencapaian akademik mereka akan meningkat dan apabila padanan gaya belajar mereka tidak sesuai, pencapaian akademik mereka merosot. Pendapat ini telah disokong oleh Dunn (1980, m.s. 3336). Beliau menjelaskan beberapa kajian telah membuktikan bahawa apabila kita mengenalpasti dan memadankan gaya belajar individu dengan kaedah pengajaran dan sumber-sumber, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan sikap pelajar. Ini menunjukkan padanan gaya pengajaran guru dan gaya belajar seseorang murid dapat membantu seseorang pelajar itu belajar dengan lebih berkesan. Guru

terpaksa meminda waktu untuk perjumpaan, permainan dan sukan atau mesyuarat

13 Mengenai pengaruh gaya belajar ke atas ketahanan dan pencapaian pelajar kolej, Marshall (1990, m.s. 62-64), mendapati bahawa pelajar yang menerima pengajaran yang sesuai dengan kekuatan gaya belajar mereka menunjukkan pencapaian akademik lebih tinggi daripada mereka yang tidak diberi pendedahan tentang gaya belajar. Dengan itu adalah wajar guru mengenalpasti gaya belajar pelajar mereka supaya mereka dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif dan dapat diterima oleh semua pelajar. Contohnya, (Zak, 1990, dalam Norlia Goolamaly, 2000, m.s. 30) mendapati faktor-faktor seperti persekitaran, emosi dan fizikal sebagai faktor yang penting di dalam proses pembelajaran. Dapatan-dapatan yang dilaporkan dalam kajian Zak bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya belajar di antara pelajar vokasional dan bukan vokasional. Beliau mendapati pelajar vokasional mempunyai perbezaan yang signifikan. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Gaya Belajar oleh Dunn dan Dunn. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar vokasional suka belajar dalam kumpulan dan secara individu, mereka juga memerlukan motivasi guru berbanding dengan dapatan yang diperolehi daripada pelajar bukan vokasional. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan vokasional lebih mengutamakan cara latih tubi. Mereka juga tidak mempunyai sikap yang Kajian ini menunjukkan bahawa bertanggungjawab, tidak suka belajar dalam beberapa cara yang berbeza dan mereka tidak suka belajar melalui taktil dan kinestetik. pelajar-pelajar bidang vokasional. faktor fizikal dan emosi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran Penemuan ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh (Amirudin Jamil, 1993, dalam Choo Chee Seng, 2001, m.s. 18) yang menunjukkan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah membantu ke arah pembelajaran berkumpulan yang berkesan. Pendekatan pengajaran guru dengan menggunakan gaya belajar pelajar merupakan satu pendekatan pendidikan moden. Pendidik yang cuba menyesuaikan kurikulum dengan penyampaian pengajaran mereka dan juga mengambilkira gaya belajar pelajar mereka akan membantu pelajar belajar dengan kebolehan mereka sendiri.

14 Pengajaran yang dipadankan dengan gaya pelajar belajar bukan saja menjadikan proses pengajaran itu menarik tetapi dapat membekalkan dan memupukkan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar. Pengajaran yang dijalankan mengikut gaya belajar pelajar boleh dikatakan dapat membuka ruang kepada pelajar untuk mengetahui gaya belajar mereka, dengan itu dapat mengekalkan minat mereka untuk terus belajar. Guru-guru yang dapat menyediakan suatu pengalaman pembelajaran yang berasaskan minat pelajar akan dapat memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran, seterusnya menyiapkan tugasan-tugasan pelajaran mereka dengan lebih kerap. Kaedah pengajaran ini boleh dikatakan dapat meninggalkan kesan yang lebih baik berbanding kaedah pengajaran yang berpusatkan guru.

15

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini memerlukan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Bab ini akan menerangkan proses mengumpul maklumat dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat responden serta tatacara menganalisis data.

3.1

Alat Kajian

Kajian yang dijalankan adalah merupakan kajian yang bersifat deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah soal selidik dipilih bagi mendapatkan data. Jacob dan Ary (1990) berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ini ialah ianya mampu melibatkan responden yang ramai, lebih luas dan menyeluruh. Johnson (1994) menyenaraikan tiga kekuatan kaedah ini. Pertama, dapat melibatkan responden yang ramai. Kedua, membolehkan penyelidik membuat kajian hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi yang lebih besar dan ketiga, dapat menghasilkan fakta dan maklumat yang boleh di cross -tabulate dalam pelbagai kaedah statistik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A memerlukan maklumat diri pelajar dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik

16 Tambahan pada peperiksaan akhir tahun 2003 . Manakala bahagian B merupakan 28 soalan berskala Likert dengan empat kategori iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju yang berkaitan dengan unsur-unsur cara pembelajaran Matematik Tambahan murid. Pembahagian dimensi unsur (cara) yang diperlukan dalam kajian adalah seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual 3.1 Pecahan soalan berdasarkan gaya pembelajaran. Dimensi i) Latih Tubi ii) Belajar Sendiri iv) Belajar Cara Kumpulan v) Kelas Tuisyen Soalan 7 soalan 7 soalan 7 soalan 7 soalan

3.2

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas 4 buah kelas aliran sains tingkatan empat di sebuah sekolah daerah Kemaman Terengganu. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 128 orang. Hanya 40 orang pelajar yang akan dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.

3.3

Tatacara Pengumpulan Data

Sebelum data dipungut kebenaran diminta terlebih dahulu melalui pihak pengetua sekolah agar tidak timbul masalah semasa proses mengumpul data. Penyelidik akan menggunakan kaedah tinjauan dengan penggunaan borang soal selidik untuk memperolehi data primer dari responden. Kaedah soal selidik dapat menjimatkan masa dan wang. Selepas itu penyelidik akan meminta bantuan guru sekolah memilih 40 orang secara rawak yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. hendaklah dijawab oleh responden dalam masa 30 minit sahaja. Soal selidik Semua soalan

17 hendaklah dijawab, setelah selesai menjawab soal selidik dikutip untuk dianalisis. Segala maklumat yang diperolehi adalah rahsia dan tidak boleh didedah kepada sesiapa tanpa kebenaran.

3.4

Tatacara Analisis Data

Data yang dikumpul akan diproses menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social Science (SPSS 11.5 Windows). Data-data yang diperolehi dikumpul dan diolah dengan teliti bagi memastikan segala kecuaian dapat dielakkan. Data-data dianalisis dengan Korelasi Pearson Moment. Tahap signifikan ditetapkan pada aras p < 0.05. Statistik yang digunakan berkaitan dengan tujuan menyempurnakan objektif dan hipotesis. Korelasi Pearson Moment digunakan untuk membuat perbandingan mengenai perbezaan cara pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan.

Analisis kajian memberi tumpuan kepada mengenalpasti cara belajar responden berhubung dengan pencapaian Matematik Tambahan berdasarkan empat item cara belajar iaitu latih tubi, kumpulan, belajar sendiri dan tuisyen. Untuk tujuan ini, pernyataan dalam setiap item cara belajar akan dianalisis secara deskriptif dengan menghurai peratus kekerapan keseluruhan responden dalam skala Likert yang digunakan dalam soalselidik. Menurut Mohd. Nawi Ab. Rahman (2001), nilai pekali korelasi berada di antara 1.0 hingga +1.0. Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang Manakala nilai pekali negatif yang signifikan mengikut arah yang sama.

menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada hubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi, semakin kuat hubungan di antara cara belajar dengan pencapaian. Berdasarkan kaedah yang digunakan untuk memungut data, penyelidik akan menggunakan analisis ini supaya proses pengiraan data berlaku dengan cara yang sistematik. Kaedah ini dipilih kerana data dapat dianalisis dengan cepat, mudah serta tepat. Penganalisisan data ini adalah suatu proses yang amat penting untuk menentukan pencapaian objektif dalam kajian yang dijalankan.

18

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Keseluruhan bab ini akan memberi tumpuan kepada analisis dapatan-dapatan kajian serta membincangkan analisis dapatan kajian berdasarkan soalan-soalan penyelidikan kajian yang telah dikemukakan dalam bab 3. Bab ini turut membincangkan keputusan dan penganalisisan daripada soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden. Penganalisisan akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:4.1 4.2 4.3 Analisis mengenai tahap pencapaian Matematik Tambahan akhir tahun 2003 pelajar Tingkatan 4. Analisis cara belajar di kalangan responden Hubungan gaya belajar dengan pencapaian Matematik Tambahan. Analisis data yang digunakan ialah pekali Korelasi Pearson Moment pada aras signifikan p < 0.05. peperiksaan

19 4.1 Analisis Tahap Pencapaian Matematik Tambahan Peperiksaan Tahun 2003. Jadual 4.1 Analisis Tahap Pencapaian Matematik Tambahan Peperiksaan Akhir Tahun 2003 Pencapaian Matematik A B C D E Jumlah % Sampel 10.0 22.5 52.5 7.5 7.5 100 Akhir

Merujuk kepada jadual di atas kita dapati 10 % daripada murid mendapat A dalam peperiksaan akhir tahun dan 22.5 % mendapat B dan 52.5 % memperolehi C manakala gred D dan E 7.5 % masing-masing.

4.2

Analisis Cara Belajar Di Kalangan Responden 4.2.1 Latih Tubi Taburan kekerapan murid terhadap 7 pernyataan yang terkandung di dalam subskala latih tubi ditunjukkan di dalam Jadual 4.2 di sebelah.

20 Jadual 4.2 Taburan Kekerapan Item Latih Tubi Taburan Kekerapan Soalan 1 Latih tubi 1 % 2.5 2.5 0.0 5.0 2.5 0.0 0.0 2 % 5.0 5.0 7.5 3 4 % % 52.5 40.0 30.0 62.5 45.0 47.5

Saya suka mempelajari Matematik Tambahan dengan cara latih tubi 5 Belajar Matematik Tambahan dengan cara latih tubi memberi lebih kefahaman 9 Latih tubi dalam Matematik Tambahan adalah salah satu cara belajar yang menarik 13 Saya dapat menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang sukar dengan cara latih tubi 17 Saya banyak membuat latih tubi tambahan dari buku rujukan untuk mengukuhkan pemahaman 23 Langkah dalam pengiraan Matematik Tambahan lebih mudah diingat dengan cara latih tubi 25 Latih tubi dalam Matematik Tambahan mampu memberi keputusan yang baik kepada saya Nota: 1- Sangat tidak setuju 2- Tidak Setuju 3- Setuju

32.5 50.0 12.5 12.5 55.0 30.0 10.0 42.5 47.5 2.5 57.5 40.0

4 Sangat Setuju

Analisis terhadap kesemua pernyataan di dalam subskala latih tubi menunjukkan terdapat persetujuan yang tinggi dalam item tersebut. Peratus murid yang setuju dengan latih tubi adalah antara 30 57.5 % dan 12.5 62.5 % memilih sangat setuju. Berbanding dengan sangat tidak setuju iaitu antara 0.0 5 % manakala 2.5 32.5 % tidak setuju. Majoriti responden memilih skala 3 dan 4 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara latih tubi dengan pencapaian mereka. Cara latih tubi yang dipraktikkan di sekolah terutama dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dilihat mampu memberi lebih kefahaman kepada responden. kejayaan yang besar kepada mereka. Kecenderungan responden memilih item-item 3 & 4 adalah disebabkan kaedah ini memberi impak

21 4.2.2 Kumpulan

Analisis dapatan kekerapan jawapan responden kepada 7 soalan berikutnya yang berkaitan dengan cara belajar berkumpulan yang terkandung dalam soal selidik dapat ditunjukkan dalam jadual 4.3 di bawah. Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Item Belajar Secara Kumpulan Soalan 2 Kumpulan Taburan Kekerapan 1 2 3 4 % % % % 0.0 7.5 40.0 52.5

Berbincang dengan rakan jika menghadapi masalah dalam menjawab soalan Matematik Tambahan. 6 Belajar Matematik Tambahan secara 2.5 7.5 52.5 37.5 kumpulan dapat membantu saya mencapai keputusan yang baik. 11 Saya suka bertanya kepada rakan dalam 2.5 40.5 45.0 12.5 kumpulan berbanding guru. 15 Saya aktif memberi pendapat semasa 7.5 37.5 42.5 12.5 dalam kumpulan. 19 Belajar secara kumpulan lebih 2.5 0.0 77.5 20.5 menyeronokkan. 21 Dengan bantuan rakan-rakan dalam 0.0 5.0 65.0 30.0 kumpulan Matematik Tambahan lebih mudah dipelajari. 24 Kemahiran Matematik Tambahan dapat 2.5 2.5 67.5 27.5 dikuasai melalui perbincangan dengan rakan-rakan dalam kumpulan. Nota: 1- Sangat tidak setuju 2- Tidak setuju 3- Setuju 4- Sangat setuju Analisis dapatan mengenai cara belajar Matematik Tambahan secara berkumpulan diwakili oleh 52.5 % sangat bersetuju, 40.0 % setuju dan selebihnya memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi soalan 2. Bagi soalan 6 peratus responden yang memilih sangat setuju adalah 37.5 % dan setuju adalah 52.5 %. Seterusnya bagi soalan 11 pembahagian antara setuju dan tidak setuju agak seimbang iaitu 45 % memilih setuju dan 40 % memilih tidak setuju berbanding dengan soalan 15, 7.5 % memilih sangat tidak setuju dan 37.5 % memilih tidak setuju dan selebihnya memilih setuju dan sangat setuju.

22 Manakala bagi soalan 19,21 dan 24 majoriti responden memilih setuju dan sangat setuju iaitu 20 % dan 77.5 % memilih setuju dan sangat setuju bagi soalan 19, 30 % dan 65 % masing-masing bagi soalan 21. Manakala sebanyak 27.5 % memilih sangat setuju dan 67.5 % setuju bagi soalan 24. Pemilihan skala 3 dan 4 bagi item belajar Matematik Tambahan secara kumpulan ini adalah disebabkan oleh pencapaian yang memberangsangkan di kalangan pelajar yang mengutamakan kaedah ini. membincangkan soalan-soalan Matematik Penggunaan kaedah ini Interaksi dan mampu memberikan kefahaman yang maksimum kepada responden semasa Tambahan. perbincangan sesama ahli kumpulan adalah satu input yang sangat berguna untuk proses pembelajaran Matematik Tambahan.

23 4.2.3 Tuisyen Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Item Menghadiri Kelas Tuisyen Soalan 4 Tuisyen Taburan Kekerapan 1 2 3 4 % % % % 15 45 35 5.0

Saya lebih suka belajar Matematik Tambahan di pusat tuisyen. 7 Saya berpuashati dengan cara 7.5 32.5 35.0 25.0 pengajaran guru Matematik Tambahan di pusat tuisyen. 10 Saya lebih berpeluang 15 45 30 10 menyuarakan masalah saya di kelas tuisyen. 14 Saya suka belajar Matematik 7.5 42.5 40 10 Tambahan di pusat tuisyen kerana persekitarannya selesa. 18 Pusat Tuisyen banyak menyediakan 7.5 45 32.5 15 soalan-soalan Matematik Tambahan yang menarik. 22 Tuisyen dapat memperkembangkan 5.0 32.5 45 17.5 lagi daya pemikiran saya. 26 Tuisyen boleh membantu saya 5.0 37.5 40 17.5 menyelesaikan masalah Matematik Tambahan. Nota: 1-Sangat tidak setuju 2-Tidak setuju 3-Setuju 4-Sangat setuju Dalam soalan 4, sebanyak 45 % responden memilih skala 2 iaitu tidak setuju dengan cara tuisyen untuk meningkatkan pencapaian. Manakala 15 % sangat tidak setuju. Seterusnya 35 % responden memilih setuju dan hanya 5 % memilih sangat setuju. Bagi soalan 7 peratus setuju dan sangat bersetuju melebihi peratus tidak setuju dan sangat tidak setuju. Jumlah peratus tersebut ialah 60 % berbanding dengan 40 % bagi tidak setuju. Soalan 10 pula adalah sebaliknya iatu 40 % memilih setuju dan 60 % tidak setuju. Pola bagi soalan 14, 18, 22 dan 26 kelihatan agak sama. Pilihan utama responden adalah skala 2 dan 3 tetapi lebih cenderung kepada setuju dan sangat setuju bagi soalan-soalan tersebut. Kaedah pembelajaran ini kurang

24 mendapat sambutan berbanding dengan kaedah latih tubi dan kumpulan adalah disebabkan oleh status atau latar belakang responden tersebut.

4.2.4

Belajar sendiri Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Item Belajar Sendiri Taburan Kekerapan

Soalan Belajar sendiri

1 2 3 % % % 3 Saya berasa lebih tenang jika saya 22.5 47.5 20.0 belajar Matematik Tambahan secara persendirian. 8 Saya lebih mudah mengingat rumus 12.5 32.5 42.5 Matematik Tambahan jika saya belajar seorang diri. 12 Saya suka membuat kerja rumah 2.5 62.5 30.0 Matematik Tambahan secara sendirian. 16 Saya hanya akan bertanya kepada 2.5 22.5 60.0 guru jika saya tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik Tambahan. 20 Matematik Tambahan mudah 17.5 52.5 25.0 dipelajari secara persendirian. 27 Belajar Matematik Tambahan 5.0 25.0 45.0 sendirian tidak membuang masa. 28 Saya lebih yakin belajar Matematik 7.5 62.5 25.0 Tambahan secara sendirian. Nota: 1-Sangat tidak setuju 2- Tidak setuju 3-Setuju 4-Sangat setuju

4 % 10.0 12.5 5.0 15.0

5.0 25.0 5.0

Sebanyak 22.5 % responden sangat tidak bersetuju dengan soalan 3 selain itu hampir separuh atau 47.5 % lagi tidak setuju dengan soalan tersebut. Manakala 20 % lagi menjelaskan bahawa mereka selesa belajar Matematik Tambahan secara individu. Terdapat 10 % responden berasa kaedah belajar sendiri amat sesuai dengan diri mereka. Manakala soalan 8 pula kita dapati peratus bersetuju adalah lebih besar berbanding dengan peratus tidak bersetuju berbanding dengan soalan 12 yang sebaliknya. Terdapat 15 % responden yang merasakan cara belajar sendiri ini sangat sinonim dengan mereka dalam soalan 16. Walau bagaimanapun terdapat lebih daripada separuh atau pun 60 %

25 responden mengatakan cara tersebut sesuai dengan mereka. Malah sebanyak 22.5 % responden mengeluarkan pandangan tidak bersetuju dengan cara itu. Sebanyak 2.5 % lagi berpendapat sangat tidak setuju dengan cara itu. Bagi soalan 20 pula 70 % responden menolak cara belajar Matematik Tambahan dengan cara sendiri manakala selebihnya merasakan kaedah tersebut sesuai dengan mereka. Berbeza dengan soalan 27 yang menyaksikan kelebihan pada item sangat setuju dan setuju. Jumlah kedua-dua item tersebut mewakili 70 % daripada responden, seterusnya 30 % lagi mewakili skala 1 dan 2. Bagi soalan terakhir dalam cara ini kita dapati 7.5 % merasakan diri mereka sangat tidak setuju dengan cara ini dan majoriti responden memilih tidak setuju dengan cara ini yang mewakili 62.5 %. Selain dari itu 25 % lagi mengatakan mereka setuju dengan cara tersebut dan 5 % lagi mengatakan bahawa mereka sangat setuju dengan cara itu. Cara belajar sendiri dalam mata pelajaran Matematik Tambahan kurang mendapat sambutan di kalangan responden. Cara belajar sebegini memerlukan masa yang panjang untuk menguasai sesuatu topik. Untuk mendapatkan kefahaman menyeluruh responden terpaksa mentelaah semua topik dengan sendiri tanpa ada bantuan dari rakan-rakan. Justeru itu responden terpaksa menghabiskan banyak masa untuk belajar dan menganalisa semua topik. Peratus responden memilih skala 3 dan 4 adalah kecil, membuktikan kepada penyelidik bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara belajar sendiri dengan pencapaian Matematik Tambahan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan 4 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman Terengganu.

26 4.3 Hubungan Gaya Belajar Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Jadual 4.6 Jadual Hubungan Cara Belajar Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2003 Cara Belajar Korelasi Pearson Sig.(2 tailed) Kumpulan 0.633** 0.000 Latih tubi 0.319* 0.045 Sendiri 0.109 0.504 Tuisyen 0.701** 0.000 ** Nilai Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2 hujung) * Nilai Korelasi signifikan pada aras 0.05 (2 hujung) Jadual di atas menunjukkan hubungan antara cara belajar dengan pencapaian Matematik Tambahan dalam peperiksaan akhir tahun 2003 bagi murid tingkatan 4 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Kuala Terengganu. Data yang telah dikutip dalam kerja lapangan telah diinputkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Science 11.0 for Windows (SPSS). Hasil dari proses tersebut kita dapati keputusannya adalah seperti dalam rajah di atas. (rujuk lampiran A) Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan antara cara belajar berkumpulan dengan markah Matematik Tambahan dalam peperiksaan akhir tahun 2003. Hubungan yang sangat bererti ini dapat ditunjukkan dengan nilai pekali Korelasi Pearson 0.633 Jadual di atas juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara latih tubi dengan pencapaian Matematik Tambahan dalam peperiksaan akhir tahun. Hubungan yang signifikan ini dapat ditunjukkan oleh nilai pekali Korelasi Pearson 0.319. Hubungan yang sangat bererti juga dilihat antara pencapaian Matematik Tambahan dengan belajar melalui tuisyen dengan nilai pekali Korelasi Pearson 0.701. Belajar melalui tuisyen dilihat sangat sinonim dengan pencapaian dalam peperiksaan, atau meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

27 Namun begitu jika dilihat pada cara belajar sendiri kita dapati ianya berlainan dengan yang lain. Hubungan yang tidak signifikan didapati antara belajar Matematik Tambahan secara sendiri dengan pencapaian Matematik Tambahan semasa peperiksaan akhir tahun 2003 bagi murid tingkatan 4 Sains sekolah ini. Hubungan yang tidak signifikan ini dapat dibuktikan dengan nilai pekali Korelasi Pearson 0.109. Boleh dikatakan bahawa kaedah latih tubi, kumpulan dan tuisyen memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik Tambahan. Namun ianya berbeza bagi pelajar yang menggunakan kaedah belajar sendiri yang kita dapati kaedah tersebut tidak mampu untuk meningkatkan pencapaian dalam Matematik Tambahan. Persoalan yang perlu dibincangkan sekarang ialah mampukah dapatan kajian ini mewakili populasi? Berdasarkan kepada dapatan dari kerja-kerja lapangan yang telah diinputkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Science 11.0 for Windows (SPSS) kita dapati data-data tersebut taburan populasinya tidak menentu atau berselerak. Perkara ini dapat dibuktikan dengan sisihan piawai yang ditunjukkan adalah agak tinggi iaitu sebanyak 16.30196. (rujuk lampiran B) Berdasarkan kepada prosedur pemilihan sampel dan jumlah responden yang terlibat seramai 40 orang, di mana jumlah tersebut melebihi 30 orang. Bersesuaian dengan jumlah sisihan piawai yang besar bolehlah disimpulkan bahawa apa yang didapati dari sampel boleh menggambarkan populasi sebenar.

28

BAB 5

KESIMPULAN

Dalam bab ini akan menghuraikan apakah rumusan serta kesimpulan yang telah didapati oleh pihak penyelidik serta rumusan berdasarkan kepada dapatan dan juga analisis yang telah dihasilkan dalam bab yang lepas. Berdasarkan rumusan beberapa cadangan akan dikemukakan sebagai bantuan untuk menyelesaikan masalah yang telah dikesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.1

Kesimpulan

Hasil daripada analisis dapatan data dari kerja-kerja lapangan penyelidik dapati muridmurid tingkatan 4 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman Terengganu mempunyai cara-cara belajar Matematik Tambahan yang berkesan. Dapatan daripada soal selidik item latih tubi, penyelidik mendapati 87.5 % responden bersetuju dengan cara belajar melalui latih tubi. Bukti ini dapat dikukuhkan lagi dengan terdapatnya hubungan yang signifikan antara latih tubi dengan pencapaian melalui ujian Korelasi Pearson 0.045. Penyelidik mendapati corak latih tubi dalam proses pembelajaran sangat sesuai sebagai satu bentuk cara belajar. memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan murid. Cara ini Penggunaan masa yang

29 banyak serta daya usaha yang lebih pastinya akan mengimplimentasikan hasil yang memuaskan. Pengorbanan di kalangan murid sangatlah dituntut untuk membolehkan mereka mengecapi kejayaan. Manakala dalam item belajar secara kumpulan pula penyelidik mendapati purata responden menjawab skala 4 ialah 27.6 % manakala skala 3 pula ialah 55.7 %. Jika dijumlahkan keseluruhannya didapati sebanyak 83.3 % yang bersetuju dengan cara belajar berkumpulan. Melalui ujian Korelasi Pearson 0.000 menunjukkan terdapat hubungan yang sangat bererti antara belajar secara kumpulan dengan pencapaian Amalan belajar secara berkumpulan merupakan satu teknik yang sangat berkesan. Pelbagai idea dapat diketengahkan oleh setiap ahli dalam kumpulan. Masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan. Jika dibandingkan dengan cara belajar sendiri kita dapati belajar secara kumpulan lebih efektif dan bersesuaian. Berhubung dengan kaedah tuisyen pula penyelidik mendapati 51.1 % responden bersetuju dengan kaedah tersebut berbanding dengan 48.9 % yang tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.Terdapat hubungan yang sangat bererti antara tuisyen dengan pencapaian dengan nilai Korelasi Pearson 0.000. Lebihan kepada item 3 dan 4 dalam soal selidik tersebut membayangkan kepada kita bahawa kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang berkesan untuk menentukan kejayaan dalam peperiksaan. Kaedah ini dilihat semakin popular di kalangan murid-murid di negara ini. Ianya bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh pelajar-pelajar sekolah Pada kebiasaannya tinggi Bukit Mertajam (1984) yang menunjukkan bahawa pelajar menghadiri kelas tuisyen kerana mereka lemah dalam mata pelajaran tersebut. kaedah tuisyen ini perlulah berjalan seiring dengan kaedah lain seperti latih tubi dan berkumpulan bagi menentukan kejayaan dalam peperiksaan. Kaedah ini selalunya dilihat sebagai pembantu kepada kaedah-kaedah lain. Kaedah belajar sendiri pula menyaksikan kebanyakkan responden tidak bersetuju dengan item tersebut, 53.6 % responden memberikan jawapan pada skala 1 dan 2 berbanding 46.47 % memberikan jawapan pada skala 3 dan 4. Melalui ujian

30 Korelasi Pearson penyelidik dapati terdapat hubungan yang tidak signifikan antara pencapaian dengan kaedah belajar sendiri dengan nilai Korelasi Pearson 0.504. Keputusan ini memberikan mesej yang jelas kepada penyelidik bahawa responden tidak menggemari kaedah tersebut. Belajar sendiri sebenarnya memberikan impak yang kurang baik kepada seseorang pelajar. Idea yang bernas tidak dapat dicungkil atau dikembangkan melalui kaedah ini. terdapat pada kaedah kumpulan. Antara keempat-empat kaedah tersebut latih tubi dan belajar secara kumpulan mendapat sambutan paling baik di kalangan murid-murid di samping kelas tuisyen. Perkara sebaliknya berlaku pada kaedah belajar sendiri. Fenomena ini bertepatan dengan trend belajar masa kini yang lebih menumpukan kepada tiga kaedah yang di sebutkan tadi. Namun demikian ianya bergantung kepada individu tersebut untuk menentukan yang mana sesuai dengan diri mereka sendiri. Penggembangan idea biasanya berlaku melalui perbincangan antara rakan-rakan dalam kumpulan. Perkara ini biasanya

5.2

Cadangan

Cara belajar yang berbeza-beza di kalangan murid membawa implikasi yang berbagai kepada sistem pendidikan negara. Sebagai langkah memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi, pelajar harus mempunyai disiplin diri, pelajaran sepatutnya diberi prioriti utama dibandingkan dengan aktiviti lain. Pelajar juga harus merancang pembelajaran secara sistematik, membuat jadual waktu belajar dan membuat latih tubi. Belajar secara kumpulan atau dalam kumpulan kecil dua hingga empat orang sekumpulan harus dipraktikkan. Selain dari itu pelajar mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya di dalam kelas semasa guru mengajar, mencatat kaedah atau contoh dan membuat latihan dengan bantuan buku rujukan. Pelajar sepatutnya menggunakan buku rujukan sebagai bahan tambahan dan bertanya guru sekolah jika menghadapi masalah. Menghadiri kelas tuisyen juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan prestasi

31 peperiksaan. Namun begitu pelajar harus bijak memilih tempat tuisyen yang benarbenar memberi manfaat kepada mereka bukan yang hanya mementingkan keuntungan. Pihak sekolah juga harus menganjurkan bengkel pembinaan sikap, semangat dan keyakinan untuk pelajar-pelajar lemah yang bertujuan untuk memperbaiki sikap pelajar serta membina keyakinan diri dalam menguruskan pembelajaran. Kelas bimbingan dan pemulihan juga harus diadakan untuk pelajar-pelajar lemah dalam matematik khasnya semasa di tingkatan empat lagi untuk memupuk minat dan keyakinan pelajar dalam bidang Matematik Tambahan. Pihak sekolah juga harus mengadakan siri seminar tentang kemahiran belajar seperti penggunaan bilik sumber sekolah dan perpustakaan, teknik mengulangkaji pelajaran, strategi menghadapi peperiksaan, mengorganisasikan masa dan kerja sekolah dan pembelajaran menerusi perbincangan serta kerja berkumpulan. Sistem mentor mentee boleh diadakan di antara guru dengan pelajar atau antara pelajar yang baik dengan pelajar yang lemah. Dengan ini diharapkan bimbingan dan tunjuk ajar boleh disalurkan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam Matematik Tambahan. Pelajar-pelajar juga harus ditanam dengan sikap cintakan sekolah dan mempunyai sikap yang positif terhadap sekolah serta persekitarannya. Aktiviti seperti mengecat sekolah, mencantikkan sekolah, gotong royong boleh diadakan supaya menyediakan kawasan sekolah yang ceria dan selesa untuk pembelajaran. Pada dasarnya, Matematik Tambahan bukanlah merupakan suatu mata pelajaran yang sangat sukar untuk dipelajari. Cara belajar Matematik Tambahan Unsur utama yang Sekiranya merupakan suatu jalan ke arah pencapaian yang cemerlang.

menganggu pembelajaran sebenarnya adalah sikap pelajar itu sendiri.

pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap Matematik Tambahan maka masalah keciciran dalam mata pelajaran tersebut dapat dielakkan. Walau apa jua suasana pembelajaran penyelidik berasa tidak menjadi halangan kepada pelajar dalam

32 proses pembelajaran Matematik Tambahan mereka. Faktor-faktor lain hanya

merupakan faktor pembantu dalam mencapai pembelajaran yang lebih sempurna.

33

RUJUKAN Abdul Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi pengajaran sejarah KBSM, Petaling Jaya: Fajar Bakti. Alias Muhammad Shah (1999). Kajian mengenai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen matematik di luar waktu persekolahan: Tesis B. Ed yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Mara, Skudai, Malaysia. Choo Chee Seng (2001). Amalan pembelajaran matematik tambahan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 aliran sains: Satu kajian kes. Tesis B. Ed yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. Claxton, C.S and Murrel, P.H. (1987). Learning Styles: Implications for improving Education Practices. Washington: ASHE-ERIC Higher Education Report No. 4. Douglass, C.B & Kahle, J.B (1978). The effects of field independence and instructional sequence on the achievement of high school biology students. Journal of Research in Science Teaching, 15, 407-412. Dunn, R & Price, G.E (1980). The Characteristics of Gifted Student. Gifted Child Quarterly. Arkansas: Association for Gifted Children 4, 1 (Winter) Dunn, R.Dunn. K. & Price, G.E. (1985). Learning Style Inventory Manual, Lawrence, Kansas: Price System Inc. Box 1818. Griggs, S.A. (1985). Counseling student through their individual learning style, Eric, the National Institute of Education, The University of Michigan. Ingham, J. (1992). Learning Styles: Challenging and Transforming Education. Innotech Journal, 5(2), 23-25. Marshall, C(1990). The Power of Learning Styles Philosophy. Educational Leadership, Oktober 1990.

34

Mohd. Nawi Ab. Rahman (2001). Asas Statistik (4 . Ed).Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Norlia Goolmally (2000). Hubungan gaya belajar dengan pencapaian matematik dan pencapaian akademik pelajar Tingkatan 4. Tesis M.Ed yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Theresa. N.I. (1984). Structural Analysis of Study Habit Patterns of Malaysian Students. Jurnal Pendidikan. 1984/86. 10:147-156.

35

LAMPIRAN A

Correlations
Correlations M Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N M 1 . 40 .319* .045 40 .627** .000 40 .109 .504 40 .701** .000 40 LTU .319* .045 40 1 . 40 .411** .008 40 .059 .716 40 .308 .053 40 KPU .627** .000 40 .411** .008 40 1 . 40 .186 .249 40 .476** .002 40 SDU .109 .504 40 .059 .716 40 .186 .249 40 1 . 40 .091 .575 40 TUU .701** .000 40 .308 .053 40 .476** .002 40 .091 .575 40 1 . 40

LTU

KPU

SDU

TUU

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

36

LAMPIRAN B

Descriptives
Descriptive Statistics S Valid N (listwise) N Minimum Maximum Mean Std. Deviation 40 71.00 133.00 96.7000 16.30196 40

37

LAMPIRAN C Bulatkan jawapan anda pada nombor yang disediakan di sebelah kanan setiap pernyataan. Terdapat empat nombor yang mewakili darjah persetujuan seperti berikut: 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Setuju 4. Sangat setuju

INGATAN : Berikan satu jawapan sahaja untuk setiap pernyataan. Anda dikehendaki memberi jawapan mengikut apa yang sebenarnya anda rasa. B1 Saya suka mempelajari Matematik Tambahan dengan cara latih tubi. 1234

B2

Saya selalu berbincang dengan rakan jika saya menghadapi masalah dalam menjawab soalan Matematik Tambahan

1234

B3

Saya berasa lebih tenang jika saya belajar Matematik Tambahan secara persendirian.

1234

38 B4 Saya lebih suka belajar Matematik Tambahan di Pusat Tuisyen. 1234

B5

Belajar Matematik Tambahan dengan cara latih tubi memberi lebih kefahaman.

1234

B6

Belajar Matematik Tambahan secara kumpulan dapat membantu saya mencapai keputusan yang baik.

1234

B7

Saya berpuashati dengan cara pengajaran guru Matematik Tambahan di Pusat Tuisyen.

1234

B8

Saya lebih mudah mengingat rumus Matematik Tambahan jika saya belajar seorang diri.

1234

B9

Latih tubi dalam Matematik Tambahan adalah salah satu cara belajar yang menarik

1234

B10

Saya lebih berpeluang menyuarakan masalah saya di kelas tuisyen.

1234

B11

Saya lebih suka bertanya rakan dalam kumpulan daripada guru jika saya menghadapi masalah dalam suatu soalan Matematik Tambahan.

1234

39 B12 Saya suka membuat kerja rumah Matematik Tambahan secara sendirian. 1234

B13

Saya dapat menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang sukar dengan cara latih tubi.

1234

B14

Saya suka belajar Matematik Tambahan di Pusat Tuisyen kerana persekitarannya selesa.

1234

B15

Saya aktif memberi pendapat semasa belajar Matematik Tambahan bersama kumpulan saya.

1234

B16

Saya hanya akan bertanya kepada guru jika saya tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik Tambahan.

1234

B17

Saya banyak membuat latih tubi tambahan dari buku rujukan untuk mengukuhkan pemahaman saya dalam Matematik Tambahan.

1234

B18

Pusat Tuisyen banyak menyediakan soalan-soalan Matematik Tambahan yang menarik.

1234

B19

Belajar Matematik Tambahan secara kumpulan lebih menyeronokkan.

1234

40 B20 Matematik Tambahan mudah dipelajari secara persendirian. 1234

B21

Dengan bantuan rakan-rakan dalam kumpulan Matematik Tambahan lebih mudah dipelajari.

1234

B22

Tuisyen dapat memperkembangkan lagi daya pemikiran saya.

1234

B23

Langkah-langkah dalam pengiraan Matematik Tambahan lebih mudah diingat dengan cara latih tubi.

1234

B24

Kemahiran Matematik Tambahan dapat dikuasai melalui perbincangan dengan rakan-rakan dalam kumpulan.

1234

B25

Latih tubi dalam Matematik Tambahan mampu memberi keputusan yang baik kepada saya.

1234

B26

Tuisven boleh membantu saya menyelesaikan masalah Matematik Tambahan.

1234

B27

Belajar Matematik Tambahan sendirian tidak membuang masa.

1234

41 B28 Saya lebih yakin belajar Matematik Tambahan secara sendirian. 1234

You might also like