You are on page 1of 2

TEKS FORUM TINGKATAN 2 Pengacara :

TAJUK: (TILAWAH) DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, pada pagi ini kita bersama lagi dalam rancangan, ............................. Bersama saya hos forum ini, . Topik yang akan dibincangkan pada pagi ini, cukup hangat iaitu KHAIRU UMMAH PEMANGKIN DAKWAH. Bersama saya pada pagi ini, panel penceramah yang tidak asing di tanah air iaitu di sebelah saya: 1. Ustaz.. daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia 2. Professor Doktor.daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 3. Doktor .daripada Perkim. Kita mulakan forum ini dengan soalan pertama ditujukan kepada 1. .. Bolehkah ustaz jelaskan maksud khairu ummah? Panel 1 : Terima kasih saudara pengacara. BismillahKhairu ummah membawa maksud yang cukup besar iaitu sebaik-baik ummah. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan. Contohnya, jika sebagai pelajar, kita mestilah menjadi pelajar yang terbaik dan cemerlang. Pengacara: Terima kasih ustaz. Baiklah perbincangan kita bertambah hangat nampaknya. Seterusnya, Professor, boleh terangkan pula, bagaimana dengan cirri-ciri khairu ummah? Panel 2 : Bismillah..Terima kasih atas soalan pengacara. Baiklah, saya akan fokuskan kepada 2 ciri khairu ummah yang utama. Pertama, mestilah memiliki daya saing. Maksudnya, kita mesti memiliki kekuatan atau kemampuan untuk berlumba-lumba mengejar kemajuan dan sentiasa meningkatkan kualiti hidup. Contohnya pada ini kita perlu berlumba-lumba menguasai ilmu teknologi maklumat. Ini ialah ilmu fardu kifayah yang perlu dipelajari agar Islam tidak ketinggalan. Cirri yang kedua ialah mempunyai jati diri. Ertinya, kita mesti mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran agama Islam. Jika kedua-dua cirri ini kita miliki, ummat Islam akan menjadi ummah yang cemerlang dan maju, Insya Allah. Pengacara : Terima kasih prof. seterusnya, Doktor, mengapa kita perlu menjadi peneraju kemajuan? Panel 3:

Hadirin hadirat yang dikasihi Allah. Kita ialah khalifah Allah untuk mendaulatkan syariat-Nya di muka bumi. Kita yang memimpin bukannya dipimpin. Disamping itu, kita dapat memanfaatkan kemajuan untuk kesenangan hidup di dunia dan di akhirat serta kebaikan manusia sejagat. Pengacara: Terima kasih doctor. Baiklah, untuk memeriahkan majlis pada hari ini, kita bersama rakan setugas di bawah pentas , Wartawan: Assalamualaikum. Nampaknya program hari ini cukup mendapat sambutan di seluruh Malaysia. Ada tetamu yang hadir dari Johor, Pahang dan Kedah semata-mata untuk dating ke majlis ilmu ini. Bersama dengan saya Puan dari ..ingin bertanyakan soalan kepada panel penceramah kita, silakan. Orang awam: Baiklah, saya ingin menujukan soalan kepada ustaz.. iaitu panel pertama. Sebagai khairu ummah kita dipertanggungjawabkan untuk meneruskan dakwah. Bagaimana cara dakwah berkesan yang dapat memantapkan ummah? Panel 1: Dakwah ialah menyeru kepada kebaikan. Dakwah yang berkesan dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah berdakwah dengan hikmah dan bijaksana. Iaitu menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat penerima serta tindakan yang sesuai selaras dengan syariat. Kedua, dengan memberikan pengajaran atau contoh yang baik kepada penerima, dengan itu mereka akan lebih mudah menerimanya. Dan Ketiga, menggunakan perbahasan yang berkesan iaitu kita memberikan hujah dan keterangan yang jelas dan difahami oleh penerima. Wartawan: Terima kasih ustaz, saya serahkan kembali majlis kepada Hos di pentas. Pengacara: Ya terima kasih kembali saudara/ri . Nampaknya kita sudah dipenghujung rancangan. Semoga perkongsian ilmu pada hari ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Bertemu kembali pada hari dan waktu yang sama, bersama saya dalam rancangan Assalamualaikum..

You might also like